oda jepun di ke- - jica.go.jp · ... pinjaman jangka panjang dengan kadar faedah yang rendah, turut...

4
Per ak Kedah Pul au Pinang Kelant an Perl i s Terengganu Pahang Mel aka Sabah Sar awak Sel angor Kual a Lumpur Negeri Sembil an Johor ke- ODA Jepun di Malaysia Ulang Tahun Dicetak pada Februari 2017 Japan International Cooperation Agency Malaysia Office Suite 29.03, Level 29, Menara Citibank, 165, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: 03-2166 8900 Fax: 03-2166 5900 http://www.jica.go.jp tumpuan kepada kerjasama JICA

Upload: hadung

Post on 03-Mar-2019

265 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ODA Jepun di ke- - jica.go.jp · ... Pinjaman jangka panjang dengan kadar faedah yang rendah, turut dikenali sebagai pinjaman yen, yang diberikan ... Ia memerlukan perancangan jangka

Perak

Kedah

Pulau Pinang

Kelantan

Perlis

Terengganu

Pahang

Melaka

Sabah

Sarawak

Selangor

Kuala Lumpur

Negeri Sembilan

Johor

ke-ODA Jepun di Malaysia

Ulang Tahun

Dicetak pada Februari 2017

Japan International Cooperation Agency Malaysia OfficeSuite 29.03, Level 29, Menara Citibank,165, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia.Tel: 03-2166 8900 Fax: 03-2166 5900http://www.jica.go.jp

tumpuan kepada kerjasama JICA

Page 2: ODA Jepun di ke- - jica.go.jp · ... Pinjaman jangka panjang dengan kadar faedah yang rendah, turut dikenali sebagai pinjaman yen, yang diberikan ... Ia memerlukan perancangan jangka

Selari dengan pembangunan ekonomi Malaysia sepanjang enam puluh tahun yang lalu, pertalian ekonomi antara Malaysia dan Jepun semakin kukuh. Pada tahun 1960-an dan 1970-an, bahan eksport dari Malaysia ke Jepun kebanyakannya terdiri daripada kayu dan timah, dan Malaysia pula mengimport mesin dan produk besi dari Jepun. Bermula dari pertengahan tahun 1980-an dan seterusnya, pengeluar-pengeluar Jepun telah menubuhkan banyak anak syarikat di Malaysia, dan dengan ini industri elektrik dan elektronik telah berkembang pesat. Ini juga adalah kesan daripada dasar Kerajaan Malaysia yang memperkenalkan pelaburan asing secara terus, dan juga kedudukan kukuh mata wang Jepun dalam pasaran mata wang asing. Jepun telah mengeksport bahan dan bahagian perkilangan ke Malaysia manakala Malaysia pula mengeksport produk yang telah dikilangkan di Malaysia selain daripada minyak mineral serta kayu ke Jepun. Sepanjang tempoh ini, perniagaan antara Jepun dan Malaysia

Semenjak kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957, ekonomi Malaysia telah berkembang secara stabil sepanjang lebih daripada enam puluh tahun. Jumlah populasi meningkat sebanyak 3.7 kali ganda dari 8.16 juta pada tahun 1960 menjadi 29.90 juta pada tahun 2014. Sepanjang tempoh tersebut juga, keluaran dalam negara kasar (GDP) Malaysia telah meningkat sebanyak 180 kali ganda manakala GDP per kapita pula telah meningkat sebanyak 50 kali ganda. Pembangunan ekonomi ini telah meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia. Kadar kemiskinan berdasarkan pendapatan isi rumah di bawah garis kemiskinan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia kini berkurang daripada 49% pada tahun 1970* menjadi 0.6% pada tahun 2014.

Di bawah “Wawasan 2020” yang merupakan visi jangka panjang negara Malaysia, Kerajaan Malaysia menggalakkan pertumbuhan ekonomi serta peningkatan kualiti hidup bagi semua rakyat Malaysia, dengan harapan dapat menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. *Angka tahun 1970 hanya untuk Semenanjung Malaysia sahaja. Pada 2014, purata pendapatan paras kemiskinan bulanan adalah RM930 untuk Semenanjung Malaysia, RM1,170 untuk Sabah, dan RM990 untuk Sarawak.

Official Development Assistance (ODA) Jepun ke Malaysia bermula pada tahun 1956, di mana sekumpulan pelatih teknikal yang pertama dari Persekutuan Tanah Melayu telah dibawa melawat ke Jepun. Semenjak itu, kerajaan Jepun terus bekerjasama dengan Kerajaan Malaysia sehingga hari ini. ODA secara amnya ditakrifkan sebagai aliran sumber yang disediakan oleh agensi-agensi rasmi bagi mempromosikan pembangunan ekonomi dan kebajikan negara-negara sedang membangun. ODA terdiri daripada kerjasama dua hala serta kerja sama pelbagai pihak. Kerjasama dua hala dilaksanakan sesama kerajaan, manakala kerjasama pelbagai pihak pula dijalankan menerusi sumber kewangan yang telah disalurkan ke organisasi-organisasi antarabangsa. Kerjasama dua hala Jepun mempunyai tiga modus seperti berikut: Bantuan pinjaman: Pinjaman jangka panjang dengan kadar faedah yang rendah, turut dikenali sebagai pinjaman yen, yang diberikan kepada projek infrastruktur berskala besar di Malaysia, termasuklah program pengajian di luar negara; Kerjasama teknikal: Kerjasama yang tertumpu kepada pembangunan sumber manusia dan institusi dalam pelbagai bidang termasuklah infrastruktur, ekonomi, masyarakat, dan alam sekitar menerusi latihan, nasihat/rundingan daripada pakar, dan aktiviti oleh Sukarelawan Kerjasama Luar Negara Jepun (Jepun Overseas Cooperation Volunteers); dan Bantuan geran: Bantuan kewangan tanpa adanya kewajipan bayaran semula, yang diberikan bagi penaiktarafan alatan dan bangunan bagi pembangunan.

Perhubungan Ekonomi antara Malaysia dan Jepun

KDNK dan KDNK per Kapita Malaysia (pada harga semasa)

Jumlah Perdagangan antara Malaysia dan Jepun

Pembangunan Sosial dan Ekonomi Malaysia

Sepanjang enam dekad yang lalu, Official Development Assistance (ODA) Jepun telah bergerak seiring dengan pembangunan Malaysia, dan telah menjadi asas kepada ikatan yang lebih kukuh antara rakyat Malaysia dan rakyat Jepun. Risalah ini menerangkan pengkhususan ODA Jepun ke Malaysia dengan tumpuan utama terhadap kerjasama JICA.

Gambaran Keseluruhan ODA Jepun

Ciri dan Sumbangan Kerjasama JepunKerjasama bagi memenuhi keperluan pembangunan yang kian berubah Jepun telah bekerjasama dengan Malaysia selari dengan keperluan-nya. Penekanan pada tahun 1970-an diberikan kepada pembangunan infrastruktur ekonomi, termasuklah penjanaan kuasa. Kemudian pada 1980-an dan 1990-an, penekanan lebih diberikan kepada penaiktara-fan teknologi perkilangan dan sumber manusia. Mulai tahun 2000, kerjasama telah diperluaskan kepada bidang-bidang yang lebih pelbagai, termasuklah pemulihan bandar dan alam sekitar. Kerjasama yang datang tepat pada waktunya ini mampu dilaksanakan hasil dari dasar-dasar pembangunan sistematik di bawah sebelas Rancangan Malaysia serta kepercayaan bersama antara rakyat Malaysia dan Jepun. Penekanan yang besar pada pembangunan sumber manusia Di bawah kerjasama Jepun, kebanyakan projek telah dirangka untuk menyertakan komponen pertukaran latihan dan teknikal, tidak kira sama ada dalam pembangunan industri mahupun infrastruktur.

Di Malaysia, bantuan pinjaman telah lama diberikan kepada program biasiswa serta pembangunan infrastruktur. Hasilnya, asas sumber manusia yang terbina secara meluas dan berterusan bukan sahaja telah membantu kerajaan Malaysia dan juga pembangunan industri dan masyarakat tempatan, malah membuka ruang bagi lebih banyak pelabur Jepun untuk meluaskan perniagaan mereka di Malaysia. Evolusi dari projek kerjasama oleh kerajaan ke interaksi yang lebih meluas melibatkan sektor swasta, pihak berkuasa tempatan dan masyarakat awam Melalui kerjasama Malaysia-Jepun, kepercayaan dipupuk dalam kalangan mereka yang terlibat melaksanakan pelbagai projek. Kepercayaan ini menjadi asas kepada pertalian yang menyeluruh bukan sahaja antara pegawai-pegawai kerajaan Malaysia dengan Jepun, malah juga peserta yang terlibat seperti syarikat, pihak berkuasa tempatan dan masyarakat umum di kedua-dua buah negara. Pertalian-pertalian ini merupakan aset yang penting bagi Malaysia dan Jepun pada masa hadapan.

1960

1962

1964

1966

1968

1970

1972

1974

1976

1978

1980

1982

1984

1986

1988

1990

1992

1994

1996

1998

2000

2002

2004

2006

2008

2010

2012

2014

0

50.0

100.0

150.0

200.0

250.0

300.0

350.0

0

2,000

4,000

6,000

8,000

10,000

12,000

KDNK (semasa US$ bilion): Paksi kiri

KDNK per kapita (semasa US$ bilion): Paksi kanan

(US$ bilion)

(Tahun)

(US$)

Sumber: Bank Dunia, “Petunjuk Pembangunan Dunia”

0

10,000

20,000

30,000

40,000

50,000

60,000

70,000

80,000

90,000

0

10

20

30

40

50

1960 1965 1970 1975 1980 1985 1990 1995 2000 2005 2010 2014

(RM Juta) (%)

(Tahun)Sumber: Jabatan Statistik; JETRO,"Angka Ekonomi Malaysia 2010"

Eksport ke Jepun (Paksi kiri)

Import dari Jepun (Paksi kiri)

% Eksport ke Jepun dalam Jumlah Eksport (Paksi kanan)

% Import dari Jepun dalam Jumlah Import (Paksi kanan)

Imbangan Pelaburan Terus Asing di Malaysia mengikut Negara/Kawasan (sehingga akhir 2015)

Krisis Kewangan Global

Krisis Kewangan Asia

0

500

1,000

1,500

2,000

2,500

3,000

1975

1980

1985

1990

1995

2000

2005

2010

2014

(USD Juta)

(Tahun)

Sumber: Kementerian Luar Negeri Jepun, “Data Negara ODA”, dll.

Bantuan Pinjaman (Pemberian Bersih) Kerjasama Teknikal Bantuan Geran

Bantuan Pembangunan Rasmi Jepun ke Malaysia(Jumlah Kumulatif)

107,524

73,757

43,882

26,63423,278

21,620

21,532

18,467

14,337

8,659

8,254

101,790

(RM Juta)

Singapura

Jepun

Belanda

35,193Amerika SyarikatHong Kong

Switzerland

United Kingdom

Kepulauan Virgin (British)

Jerman

Bermuda

Australia

Republik Korea

Lain-lain

Sumber: Jabatan Statistik Malaysia

membawa pertumbuhan yang besar kepada jumlah perniagaan keseluruhan Malaysia. Pada 1995, produk pembuatan merangkumi lebih 80% daripada jumlah eksport negara dan Malaysia telah berjaya bertukar daripada sebuah negara berasaskan pertanian menjadi sebuah negara industri yang mengeksport produk berasaskan industri ke serata dunia. Pada tahun 2000-an, perniagaan antara kedua-dua buah negara ini telah terus berkembang hasil daripada peningkatan eksport gas cecair asli oleh Malaysia.

Pelaburan daripada syarikat Jepun telah lama memainkan peranan penting dalam dasar industri Malaysia yang menetapkan penarikan pelaburan asing secara terus sebagai strategi utamanya. Pada penghujung tahun 2015, jumlah pelaburan terus dari Jepun di Malaysia merangkumi RM 73.8 bilion, menjadikan Jepun negara pelabur terbesar kedua di Malaysia selepas Singapura.

Pembayaran kasar oleh ODA Jepun kepada Malaysia dari tahun 1969 hingga tahun 2014 berjumlah USD 7.8 bilion. Jumlah total ODA Jepun berdasarkan pembayaran bersih bantuan pinjaman (setelah menolak amaun yang telah dibayar semula) melebihi USD 2.5 bilion menjelang akhir tahun 2014.

Walaupun kerjasama dua hala Jepun telah dilaksanakan oleh pelbagai organisasi kerajaan yang lain, JICA menerusi tiga modus kerjasama di atas telah memainkan peranan utama dalam kerjasa-ma dua hala tersebut, di bawah dasar kerajaan Jepun. Menyentuh tentang sokongan sumber insan, sejak tahun 1956, Jepun telah menerima lebih kurang 17,000 orang pelatih dari Malay-sia menerusi program latihan JICA. JICA telah menghantar kira-kira 3,600 orang pakar ke Malaysia. Selain daripada itu, sejumlah lebih kurang 1,500 orang sukarelawan, antaranya Sukarelawan Kerjasama Luar Negara Jepun (Japan Overseas Cooperation Volunteers) (JOCV) juga telah bekerjasama dengan rakyat Malaysia.

1 2

Page 3: ODA Jepun di ke- - jica.go.jp · ... Pinjaman jangka panjang dengan kadar faedah yang rendah, turut dikenali sebagai pinjaman yen, yang diberikan ... Ia memerlukan perancangan jangka

Ekonomi Malaysia kebanyakannya bergantung kepada pertanian, perhutanan, dan perlombongan sehingga tahun 1960-an. Pada tahun 1970-an, industrialisasi telah bermula bergiat secara pesat, kesan daripada dasar kerajaan yang menekankan pembangunan infrastruk-tur dan pendidikan. Malaysia terus berusaha untuk mengukuhkan kapasiti industri termasuklah daripada segi teknologi, sumber manusia, dan pengurusan, sambil turut bergantung pada pelaburan asing. Kerjasama Jepun telah tertumpu kepada usaha-usaha berdika-

Kepelbagaian kerjasama dengan Institut Piawaian dan Penyelidi-kan Perindustrian Malaysia (Standards and Industrial Research Institute of Malaysia) (SIRIM) sepanjang tiga dekad yang lalu juga adalah signifikan. SIRIM bertanggung jawab ke atas penyebaran, penubuhan dan kelulusan bagi taraf antarabangsa dan domestik bagi produk-produk perindustrian. JICA telah membantu SIRIM dalam memenuhi misi ini dengan menjalankan latihan, penghan-taran pakar, dan penyediaan alatan. Dalam bidang pembangunan dan penyebaran teknologi perindustrian, pelbagai projek kerjasama telah di jalankan agar SIRIM dapat menerajui industrialisasi Malay-sia. Bidang projek termasuklah teknologi asas seperti faundri dan pemprosesan besi hinggalah ke teknologi maju seperti seramik serta pembangunan sistem kecerdasan buatan (artificial intelligence) (AI). Kerjasama tersebut telah berjaya menarik pelabu-ran asing terus termasuklah dari Jepun dan merupakan asas yang penting bagi dasar-dasar ekonomi terkini.

Infrastruktur air dan jalan raya dibangunkan bukan sahaja untuk memenuhi keperluan semasa, malah sebagai persediaan untuk perubahan struktur sosio-ekonomi akan datang. Ia memerlukan perancangan jangka panjang yang menyeluruh. Dengan itu, kerjasa-ma Jepun dalam pembangunan infrastruktur telah menekankan perancangan jangka panjang secara keseluruhan. Antara contoh yang dapat diberikan termasuklah sebuah rancangan pembangunan sumber air nasional yang dibuat antara tahun 1978-82 serta sebuah rancangan pembangunan rangkaian jalan raya antara tahun 1990-93. Di bawah rancangan-rancangan nasional ini, beberapa rancangan telah diwujudkan pada tahap daerah, termasuklah rancangan pengurusan lembangan sungai bagi Kinabatangan, Klang, Kelantan dan Mudah, serta rancangan pengangkutan bagi bandar-bandar utama dan kawasan sekelilingnya, termasuklah Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Lembah Klang, dan sebuah rancan-gan untuk menghubungkan kawasan metropolitan Kuala Lumpur dan Johor menerusi laluan ekspres.

Beberapa projek pelaburan telah dikenal pasti untuk diberikan bantuan kewangan menerusi bantuan pinjaman Jepun. Antara contoh termasuklah “laluan ekspres tol Seremban – Ayer Hitam”. Sembilan projek telah dibiayai oleh bantuan pinjaman Jepun untuk pembinaan jalan raya dan pengurusan sumber air, termasuklah “Projek Jalan Raya Merentasi Banjaran Crocker” di Sabah yang merupakan antara projek pembinaan jalan yang pertama, serta “Projek Terowong Tukaran Air Mentah Pahang – Selangor” dengan jumlah bantuan pinjaman Jepun yang terbesar. Kerajaan Malaysia turut melaksanakan projek-projek berdasarkan pelan ini dengan menggunakan dana sendiri.

Kerjasama pembangunan infrastruktur ini bukan sahaja bagi pembangunan fizikal malah juga bagi pencapaian teknikal dan pengurusan. Pegawai kerajaan yang terlibat dengan pembangunan jalan raya dan pengurusan sungai sering berkata bahawa cara-cara perancangan dan pengurusan yang telah dipelajari di Jepun telah diperkenalkan di Malaysia dan telah dikembangkan lagi menerusi proses aplikasi berdasarkan situasi di Malaysia.

Pembangunan tenaga dan elektrik merupakan asas industrialisasi serta komuniti secara keseluruhan. Kerjasama bermula dengan Projek Hidroelektrik Temengor di mana Jepun telah menyediakan pinjaman jangka panjang dalam yen. Pertengahan tahun 1970-an merupakan tempoh di mana keperluan bekalan elektrik meningkat secara mendadak selaras dengan pembangunan pesat ekonomi negara. Pinjaman jangka panjang dalam yen diberikan untuk loji kuasa hidroelektrik dengan empangan berbilang kegunaan, loji kuasa termal-elektrik dan pembinaan kemudahan baharu. Selain itu, kajian telah dibuat untuk merangka pelan pembangunan elektrik. Kemudian pada lewat 1990-an selepas krisis mata wang Asia di mana pelaburan swasta dalam sektor elektrik tidak berkembang, Projek Pemulihan Stesen Jana Kuasa Port Dickson, contohnya, telah dijalan-kan, dan kerjasama tersebut menyumbang kepada kemudahan baru bagi penjanaan kuasa elektrik yang mesra alam. Alat janaan kuasa

Projek Penyaluran Air Mentah Pahang - Selangor

Projek Jalan Merentasi Banjaran Crocker

Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)

Institut Metrologi Kebangsaan Malaysia (dahulu dikenali sebagai Makmal Metrologi Negara, SIRIM Berhad)

Bertindak balas secara pantas kepada keperluan dan kepentingan dasar industri

Tenaga

Membina Asas Industrialisasi

Pembangunan Industri

Kerjasama konsisten berasaskan perancangan, pelaksanaan menerusi operasi

Infrastruktur Air dan Jalan raya

ODA Jepun telah dilaksanakan dalam pelbagai bidang.Berikut adalah beberapa contoh utama kerjasama yang dilaksanakan.

ri ini secara khusus. Penekanan telah diberikan kepada pembangu-nan industri menerusi sokongan yang diberikan pada pembangunan teknologi, promosi SME, latihan vokasional, dan promosi perniagaan dan pelaburan. Semua ini telah dilaksanakan selari dengan keutama-an dasar industri kerajaan Malaysia pada ketika itu. Baru-baru ini, penaiktarafan industri merupakan fokus utama dalam pembangunan sektor swasta, seperti penjimatan tenaga, keselamatan pekerjaan, kawalan pencemaran, hak harta intelek, dan sistem kastam.

elektrik baru itu telah mencapai kecekapan janaan yang tertinggi sebanyak 55% antara kesemua loji kuasa di Malaysia pada tempoh itu, dan loji tersebut telah mencapai pengurangan pengeluaran gas efek rumah hijau sebanyak 37.7% pada tahun 2009-2011. Sehingga kini hubungan erat antara kedua-dua buah negara diteruskan; syarikat-syarikat swasta di Malaysia dan Jepun yang telah bekerjasama bagi sesetengah projek tersebut telah menandatangani perjanjian kerjasama berdasarkan kepercayaan bersama antara jurutera dan syarikat kedua-dua buah negara.

Stesen Jana kuasa Hidroelektrik Tenom Pangi (Dibina pada 1979; Baik pulih pada 1992)

Stesen Jana kuasa Port Dickson (Tuanku Jaafar) (Baik pulih pada 1999)

3 4

Page 4: ODA Jepun di ke- - jica.go.jp · ... Pinjaman jangka panjang dengan kadar faedah yang rendah, turut dikenali sebagai pinjaman yen, yang diberikan ... Ia memerlukan perancangan jangka

Kawasan perairan Malaysia merupakan laluan laut yang strategik bagi banyak kapal. Ia merupakan pusat yang penting bukan sahaja bagi Malaysia malah juga negara-negara lain di Asia Tenggara serta Asia Timur, termasuklah Jepun. Pada tahun 2005, kerajaan Malay-sia telah menubuhkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Malaysian Maritime Enforcement Agency) (MMEA) untuk menguku-hkan lagi keselamatan maritim dan bagi menghadapi isu lanun, penyeludupan, dan penangkapan haram hidupan laut yang dihadapi oleh Selat Melaka dan kawasan laut Malaysia yang lain. Jepun telah bekerjasama dengan MMEA dalam mengukuhkan kapasiti manusia dan kapasiti institusi semenjak penubuhannya lagi. Baru-baru ini, kerjasama telah diperluaskan dalam pelaksanaan undang-undang maritim dan operasi cari dan selamat. Daripada segi ini, MMEA kini dapat menjaga keselamatan maritim di laut-laut penting seperti Selat Melaka yang dapat memberi kesan kepada ekonomi global.

Kerjasama Selatan-Selatan merupakan sejenis kerjasama di mana sebuah negara membangun memberi sokongan kepada sebuah lagi negara membangun yang lain. Malaysia telah memulakan Program Kerjasama Teknikal Malaysia (Malaysian Technical Cooperation Programme) (MTCP) pada tahun 1980. Semenjak itu, ia telah menjadi sebuah peranan kunci bagi kerjasama Selatan-Selatan dalam komuniti antarabangsa. MTCP telah menarik lebih kurang 31,000 orang ahli dari lebih kurang 140 buah negara. Jepun telah memberi bantuan kewangan dan teknikal kepada MTCP semenjak tahun 1992, kebanyakannya berdasarkan pengalaman kerjasama teknikal dua hala antara Malaysia dan Jepun. Bidangnya berbeza-beza, dari teknologi produksi, latihan vokasional, IT, keselamatan pekerjaan, pembangunan keusahawanan, pemulihan alam sekitar, pencegahan jangkitan, pengajian tinggi, pentadbiran am, sistem tarif, kawalan pendapatan kerajaan, keselamatan perairan, soal keamanan, perniagaan sehinggalah ke kewangan. Sasaran utama merupakan negara-negara ASEAN termasuklah Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam, negara-negara Afrika, serta negara-negara Islam, terutamanya Afghanistan dan Palestin.

Sukarelawan Kerjasama Luar Negara Jepun (Japan Overseas Cooperation Volunteer) (JOCV) merupakan program ODA Jepun. Mereka diharapkan dapat menyumbang kepada pembangunan dengan bekerjasama dan hidup bersama masyarakat tempatan. Pada asalnya, lima orang sukarelawan telah terlibat dalam pemban-gunan Malaysia pada tahun 1966. Pada tahun 1960-an dan 1970-an, mereka telah terlibat dalam pembangunan pertanian, pendidikan pra-sekolah, dan aktiviti pembangunan pedalaman yang lain keban-yakannya di bawah program FELDA*. Pada tahun 1980-an dan 1990-an mereka telah mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti termasuklah industrialisasi seperti membaik pulih kereta, teknik komputer dan bahasa Jepun. Baru-baru ini, ramai yang mengambil bahagian dalam aktiviti yang sering diketepikan dalam pembangunan ekonomi seperti pemulihan alam sekitar dan bantuan serta pendidi-kan golongan kurang upaya. Semenjak tahun 1966, lebih kurang 1500 orang sukarelawan telah bekerja di Malaysia, yang merupakan negara keempat terbesar di serata dunia yang menerima ahli JOCV. Ini menjadi realiti hasil daripada kefahaman dan penerimaan daripa-da masyarakat, komuniti dan kerajaan negara Malaysia, serta usaha oleh para sukarelawan.

Nisbah penduduk bandar berbanding penduduk pedalaman telah bertukar dari “1 ke 3” menjadi “3 ke 1” sepanjang tempoh tahun 1960 ke tahun 2015. Malaysia kini merupakan masyarakat yang mempun-yai lebih ramai penduduk bandar berbanding penduduk pedalaman. Walau bagaimanapun, Malaysia tidak mampu menghadapi urbanisasi yang pesat ini sebagaimana ia telah menguruskan pembangunan ekonomi dengan jayanya. Oleh itu, terdapat kebimbangan yang meningkat tentang persekitaran bandar. Berhubung dengan ini, usaha kerjasama Jepun telah lama menumpukan perhatian terhadap isu ini semenjak zaman 2000-an. Komponen-komponen utama adalah pembangunan pembetungan dan bantuan teknikal kepada kerajaan tempatan untuk mengukuhkan kapasiti pengurusan dan kapasiti operasi dan penyelenggaraan kemudahan untuk pengurusan sisa pepejal. Pengurusan persekitaran bandar memerlukan kerjasama dengan penduduk tempatan dan juga kerajaan tempatan. Menerusi program perkongsian JICA, universiti, majlis perbandaran dan pertubuhan bukan kerajaan telah terlibat dalam berkongsi pengalaman mereka di Jepun bersama-sama kerajaan tempatan Malaysia dalam memulihkan persekitaran bandar. Semenjak itu, hubungan antara

Kerjasama Jepun dalam sektor pendidikan tertumpu kepada penga-jian tinggi. Kerajaan Malaysia amat mengutamakan peluasan univer-siti di negara ini dan bantuan bagi pengajian luar negara semenjak tahun 1980-an, di mana era industrialisasi memerlukan lebih banyak jurutera bertauliah. Kerjasama Jepun selari dengan kehendak ini, iaitu peluasan universiti sains dan teknologi di negara ini dan bantuan biasiswa bagi pengajian luar negara. Dasar Pandang Ke Timur merupakan salah satu ciri kerjasama pembangunan sumber manusia antara Malaysia dan Jepun. Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir memperjuangkan Dasar Pandang ke Timur tersebut dengan matlamat mempelajari nilai dan etika kerja, selain daripada bahasa dan teknologi dari negara-negara timur termasuk Jepun dan Korea Selatan. Beberapa projek pelajar dan latihan luar negara telah dijalankan di bawah kerjasama antara kerajaan Malaysia dan Jepun di bawah Dasar Pandang ke Timur. Jepun telah membantu pengembangan banyak universiti. Antara bantuan yang diberikan termasuklah pakej kemudahan, alatan dan pakar yang disediakan bagi Pusat Bahasa Universiti Malaya, Jabatan Marin dan Jabatan Bioteknologi di Universiti Pertanian Malaysia (kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia), Jabatan Perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaysia Sarawak dan Institut Antarabangsa Teknologi Malaysia-Jepun. Selain daripada itu, kerjasama dalam biodiversiti dan pemuliharaan ekosistem turut dijalankan bersama Universiti Malaysia Sabah. Sebuah lagi projek kerjasama besar telah diberikan dalam bidang pengajian tinggi bertujuan membantu para pelajar Malaysia yang menyambung pengajian di Jepun. Jepun telah memperuntukkan sebanyak JPY 18.5 bilion bagi Projek Dana Pinjaman Pengajian Tinggi (Higher Education Loan Fund Project) yang dilaksanakan secara berterusan dari tahun 1993 sehingga 2015 dalam tiga fasa. Selain daripada itu, Jepun turut memberi bantuan kepada kerajaan Malaysia tatkala kerajaan Malaysia menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bajet bagi program Dasar Pandang ke Timur akibat krisis mata wang Asia pada tahun 1997. Kerajaan Jepun telah menye-diakan lebih kurang JPY 14 bilion dari tahun 1999 sehingga tahun 2004 untuk meneruskan program tersebut. Lebih kurang 2,300 orang pelajar telah berjaya memperoleh ijazah sarjana muda/sarjana/doktor dari Jepun hasil daripada projek-projek pelajar luar negara ini.

Pengajian Tinggi

Persekitaran Bandar: Pengurusan Loji dan Bahan Buangan

Membangunkan sumber manusia menerusi pengembangan universiti dan bantuan sokongan bagi pelajar luar negara

Ke arah kerjasama antara bandar bagi persekitaran yang lebih baik

Sekuriti Maritim

Meningkatkan keselamatan di Selat Melaka dan kawasan perairan yang lain

Menyumbang kepada komuniti antarabangsa menerusi kerjasama Malaysia-Jepun

Kerjasama Selatan-Selatan

Membina masa depan dengan bekerjasama dan menjalani kehidupan dengan masyarakat

Sukarelawan JICA

Projek pelajar luar negara membantu pembangunan tenaga kerja kejuruteraan yang diperlukan oleh Malaysia. Pembangunan sumber manusia menerusi projek-projek ini turut menggalakkan interaksi antara orang Malaysia dan orang Jepun.

Malaysia dan Jepun telah menyaksikan bertambahnya kepelbagaian kerjasama antara daerah/bandar, sebagai tambahan kepada kerjasama antara kerajaan dan kerjasama antara syarikat yang sedia ada.

*Federal Land Development Authority (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan): Agensi kerajaan Malaysia yang ditubuhkan untuk memupuk petani tanah persendirian melalui pembangunan tanah dan penempatan semula.

Malaysia-Japan International Institute of Technology

Program Latihan Negara Ketiga (TCTP) bagi Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Aktiviti anggota Sukarelawan Kerjasama Luar Negara Jepun (JOCV) : Pembaikan Automatif

Kerjasama dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)

Kerjasama Teknikal peringkat Akar Umbi bagi Meningkatkan Pengurusan Sisa di Kota Kinabalu (Lawatan ke Bandar Akita, Jepun)

Projek Dana Pinjaman Pendidikan Tinggi

5 6