muzik - maksud irama dan harmoni

3
RITMA / IRAMA Irama di dalam bahasa Greek adalah 'mengalir' atau dalam bahasa Greek Moden , 'gaya' ialah kelainan penekanan bunyi- bunyi atau peristiwa-peristiwa lain yang berkait dengan berlangsungnya masa. Irama melibatkan pola-pola jangka masa yang wujud pada tahap yang luar biasa dalam muzik, dengan jangka masa dikesan melalui jarak waktu interonset . Apabila ditentukan oleh peraturan ini, irama dipanggil meter . Irama wujud dalam mana-mana satu perantara bersandar masa, tetapi ia paling berkait dengan muzik , tarian , dan kebanyakan puisi . Irama merangkumi faktor detik,meter, tekanan, tempoh masa ( duration ) dan tempo. Irama terbentuk daripada susunan bunyi. Kajian irama, tekanan, dan nada dalam pertuturan dipanggil prosodi ; irama adalah salah satu topik dalam linguistik . Semua ahli muzik, pemain muzik, dan penyanyi menggunakan irama, tetapi irama sering dianggap sebagai domain utama pemain dram dan pemain genderang . ‘Rhythm section’ adalah persoalan instrumentasi dan susunan muzik. Ianya motivate lagu dan ritma pula motivate melody dan inilah fungsi ritma. Sejauh mana keberkesanannya tetap bergantung kepada keinginan dan kefahaman individu yang berkarya. Perasaan individu kekal sebagai unsur utama. Perasaan ini pula kadangkalanya datang tanpa kefahaman, ini biasa terjadi tetapi inilah juga masalahnya. Kita gagal untuk

Upload: flower-girl

Post on 29-Dec-2014

165 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

maksud irama dan harmoni

TRANSCRIPT

Page 1: Muzik - Maksud Irama Dan Harmoni

RITMA / IRAMA

Irama di dalam bahasa Greek adalah 'mengalir' atau dalam bahasa Greek Moden, 'gaya' ialah

kelainan penekanan bunyi-bunyi atau peristiwa-peristiwa lain yang berkait dengan

berlangsungnya masa. Irama melibatkan pola-pola jangka masa yang wujud pada tahap yang

luar biasa dalam muzik, dengan jangka masa dikesan melalui jarak waktu interonset. Apabila

ditentukan oleh peraturan ini, irama dipanggil meter. Irama wujud dalam mana-mana satu

perantara bersandar masa, tetapi ia paling berkait dengan muzik, tarian, dan kebanyakan

puisi. Irama merangkumi faktor detik,meter, tekanan, tempoh masa ( duration ) dan tempo.

Irama terbentuk daripada susunan bunyi.

Kajian irama, tekanan, dan nada dalam pertuturan dipanggil prosodi; irama adalah salah satu

topik dalam linguistik. Semua ahli muzik, pemain muzik, dan penyanyi menggunakan irama,

tetapi irama sering dianggap sebagai domain utama pemain dram dan pemain genderang.

‘Rhythm section’ adalah persoalan instrumentasi dan susunan muzik. Ianya motivate lagu dan

ritma pula motivate melody dan inilah fungsi ritma. Sejauh mana keberkesanannya tetap

bergantung kepada keinginan dan kefahaman individu yang berkarya. Perasaan individu

kekal sebagai unsur utama. Perasaan ini pula kadangkalanya datang tanpa kefahaman, ini

biasa terjadi tetapi inilah juga masalahnya. Kita gagal untuk mengenalpasti antara keperluan

dan kebebasan berkarya. Ini bukan persoalan genre muzik atau teknik-teknik tipikal, tetapi ini

fundamental. Asas yang kukuh dengan idea yang jelas serta perasaan yang tulus pasti akan

memberi hasil yang lumayan.

HARMONI

Harmonium atau pun Harmonika ialah nama yang berinti kata daripada harmoni. Kita tidak

pernah mendengar instrumen yang diberi nama ‘melodium-melodi’ atau ‘ritmanika-ritma’

mahupun ‘temponium-tempo’. Justeru, elemen harmoni ini telah memberi isyarat jelas

tentang keistimewaannya dalam muzik. Instrumen-instrumen ini pada asasnya dimainkan

dengan mengikut melodi yakni bersama-sama dengan nyanyian vokal. Permainannya akan

memberi kesan harmoni kepada ditelinga kita, ia bagaikan bingkai pada melodi. Maka kesan

bunyi solo akan mati dan timbul garis bunyi duo atau lebih yang menjadi penarik dalam lagu.

Perhatikan ( dengar ) lagu-lagu Zapin mahupun Ghazal, mainan harmoniumnya meransang

Page 2: Muzik - Maksud Irama Dan Harmoni

sekali. Begitu juga dengan lagu-lagu Country dan Blues, harmonikanya mengkhayalkan

telinga. Harmoni merupakan penghubung di atas ‘pergerakkan’ sistem kod (chord), ‘paduan’

diantara nada-nada bunyi.

Dalam pengetahuan umum masyarakat kita, apabila disebut tentang harmoni ianya sering

dirujuk dengan lagu-lagu patriotik. Mengapakah fenomena ini terjadi? Telah dijelaskan

fungsi harmoni dalam komposisi lagu, iaitu ‘paduan suara-suara’. Elemen ini hanya akan

lebih efektif apabila digubah dengan komposisi lagu berbentuk ‘folk music’ atau lagu rakyat.

Lagu rakyat tidak semestinya lagu patriotik. Lagu patriotik diberi nama kerana kesan

nyanyiannya iaitu memberi semangat kebangsaan secara khusus, itulah patriotik.