murid berkecil hati

5
JURNAL PRAKTIKUM Nama Pelajar : Syirazi Bin Abdul Khalid Kursus & Ambilan : PISMP Ambilan Januari 2012 Tempoh Praktikum : 8 Minggu Pengkhususan : Pendidikan Islam Pendidikan Rendah Pensyarah Pembimbing (Major) : Ustaz Mohd Radzi Bin Lebai Mat Pensyarah Pembimbing (Elektif) : Ustaz Mohd Zailani Bin Ismail Catatan Minggu : Tujuh (31.08.2014 – 4.09.2014) Tajuk : Murid Berkecil Hati Dan Memasamkan Muka Jika Tidak Dapat Menjawab Soalan Dan Menyertai Aktiviti Masalah / Isu / Peristiwa Yang Difokuskan Sepanjang 6 minggu menjalani praktikum, saya berdepan dengan masalah murid-murid tidak mengendahkan arahan guru, membuat bising, berbual dengan rakan disebelah dan membuat hal sendiri. Akan tetapi,pada minggu ke-7 saya berada disekolah ini,masalah lain pula jadinya. Masalah yang saya hadapi pada minggu ini ialah murid saya akan berkecil hati jika mereka tidak dapat menjawab soalan yang ditanya guru dan apabila mereka tidak dapat menyertai aktiviti yang disediakan oleh guru. Jadi sebagai 1

Upload: syirazi-muhammad-al-fateh

Post on 23-Dec-2015

12 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

masalah didalam kelas

TRANSCRIPT

Page 1: Murid Berkecil Hati

JURNAL PRAKTIKUM

Nama Pelajar : Syirazi Bin Abdul Khalid

Kursus & Ambilan : PISMP Ambilan Januari 2012

Tempoh Praktikum : 8 Minggu

Pengkhususan : Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Pensyarah Pembimbing (Major) : Ustaz Mohd Radzi Bin Lebai Mat

Pensyarah Pembimbing (Elektif) : Ustaz Mohd Zailani Bin Ismail

Catatan Minggu : Tujuh (31.08.2014 – 4.09.2014)

Tajuk : Murid Berkecil Hati Dan Memasamkan Muka Jika Tidak Dapat Menjawab

Soalan Dan Menyertai Aktiviti

Masalah / Isu / Peristiwa Yang Difokuskan

Sepanjang 6 minggu menjalani praktikum, saya berdepan dengan

masalah murid-murid tidak mengendahkan arahan guru, membuat bising, berbual

dengan rakan disebelah dan membuat hal sendiri.

Akan tetapi,pada minggu ke-7 saya berada disekolah ini,masalah lain pula

jadinya. Masalah yang saya hadapi pada minggu ini ialah murid saya akan berkecil hati

jika mereka tidak dapat menjawab soalan yang ditanya guru dan apabila mereka tidak

dapat menyertai aktiviti yang disediakan oleh guru. Jadi sebagai guru saya seringkali

mempunyai masalah bagi memilih pelajar untuk menjawab soalan atau melakukan

aktiviti yang saya sediakan.

Apabila saya memilih salah seorang daripada mereka,maka akan adalah

beberapa orang murid yang akan bising dan berkata pelbagai kata.Antara kata-kata

yang sering mereka lafazkan adalah :

1

Page 2: Murid Berkecil Hati

“ustaz selalu pilih kasih”

“asyik dia ja yang ustaz pilih”

“saya nak merajuk la dengan ustaz”

Kadang-kadang saya rasakan perkara tersebut agak lucu,namun apabila difikirkan

semula akan tahap pemikiran mereka,mereka benar-benar meluahkan rasa tidak puas

hati mereka. Oleh itu,saya sebagai guru mereka,saya perlu mencari jalan penyelesaian

agar masalah ini tidak berlarutan. Kebetulan,saya masih mempunyai 1 minggu

lagiwaktu disekolah sebelum saya kembali pulang ke IPG Kampus Darulaman.

Tahun (1965), William Glasser mengemukakan Model Terapi Realiti yang

menerima bahawa tingkah laku secara luarannya dipandu motivasi dalaman. Model ini

adalah berdasarkan tiga prinsip berikut:

i.Individu bertanggungjawab terhadap tingkah lakunya sendiri.

ii.Individu boleh hidup dengan lebih baik apabila diberi bimbingan dan sokongan.

iii.Individu berkelakuan dalam pelbagai tingkah laku supaya persekitarannya sesuai

seperti mana yang ia kehendaki.

Teori Kawalan (1970), mengatakan bahawa “Kita cuba mengawal tingkah laku

supaya apa yang kita lakukan adalah sesuatu yang paling memuaskan hati kita pada

waktu tersebut”. Jadi dalam masalah ini pelajar akan memuaskan hati mereka dengan

menunjukkan sifat sebenar dalam diri mereka.

Analisis masalah/isu/peristiwa

Masalah saya ini berlaku pada kebanyakkan kelas yang saya ajar. Sehingga terdapat

murid yang memasamkan muka apabila tidak dapat menjawab soalan dan menyertai

aktiviti yang disediakan oleh guru. Masalah yang timbul ini mungkin disebabkan oleh

saya seorang cikgu baru di sekolah ini dan kaedah pengajaran saya yang melakukan

aktiviti yang boleh menarik perhatian pelajar membuat keinginan mereka menjawab

soalan dan menyertai aktiviti di dalam kelas berkobar-kobar.

2

Page 3: Murid Berkecil Hati

Cadangan Penyelesaian

Saya perlu menyoal murid secara beramai-ramai agar mereka berpuas hati

dapat meluahkan idea yang terbuku di minda masing-masing.

Saya melakukan permainan kotak beracun bagi melakukan sesuatu aktiviti

bagi memperlihatkan saya adil dan tidak berat sebelah dalam memilih

pelajar. Murid-murid juga akan menggap bahawa ia merupakan sesuatu yang

adil jika mana-mana pelajar terpilih.

Saya juga menggunakan undian nama. Saya meletakkan semua nama

pelajar yang terdapat dalam kelas di dalam sebuah kotak dan mencabut

nama tersebut jika mahu murid menjawab soalan ataupun melakukan

sesuatu aktiviti.

Tempoh Penyelesaian

Saya merancang agar menggunakan satu minggu yang terakhir, iaitu dari 7

September 2014 hingga 11 September 2014 untuk mengatasi atau menyelesaikan

masalah pengurusan bilik darjah saya

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, masalah ini bukanlah menjadi isu besar yang menjadi

masalah utama saya untuk melaksanakan praktikum saya sehingga tamat. Murid-murid

adalah generasi yang bakal menaungi kesejahteraan bangsa dan Negara pada masa

akan datang. Maka, setiap masalah yang berlaku ada penyelesaianya.Terpulanglah

kepada guru itu sendiri untuk mengatasi dan menyelesaikannya.

3

Page 4: Murid Berkecil Hati

Pandangan / Komen Guru Pembimbing :

……………………………………………………………………………………………………...

……………………………………………………………………………………………………...

……………………………………………………………………………………………………...

Pandangan / Komen Pensyarah Pembimbing :

……………………………………………………………………………………………………...

……………………………………………………………………………………………………...

……………………………………………………………………………………………………...

4