munir halimah badioze zaman -...

6
Munir Halimah BadiozeZaman PENDAHULUAN nya. Makna inovatif pula ialah mengem- bangkandayakreativiti yang dimiliki. Oalam konteks ini, Barbara Clark (1992) men- definisikan kreatif sebagai penggabungan fikiran, perasaan, penginderaan,dan firasat. Keempat-empat un sur kreatif itu membuka peluangbarn untuk menjadikan multimedia sebagai titik permulaan ke arah fikiran yang inovatif. M EL (Multimedia in Education for Literacy) adalah disiplin barn yang sedang giat dijalankan untuk mengembangkan kecekapan literasi membaca, khususnya di kalangan kanak- kanak prasekolah. Kaedah ini berbantukan teknologi pengertian dictionary style kerana yang ditekankan ialah pemelajaran untuk meningkatkankecekapan membaca, menulis dan kemahiran tertentu yang berguna (In- ternational Development Research Centre 1979). Selain itu, adabanyak kajian kaedah pemelajaran literasikanak-kanak di peringkat prasekolah untuk menyediakan mereka menghadapi pemelajaran sepanjang hayat. Oalam buku Creativity, the Magic Synthesis, Silvano Arienti menyatakan bahawa setiap orang memiliki kemampuan berkreatif. Beliau membezakan kreatif biasa daripada kreatif unggul. Kreatif biasa ialah sifat kreatif individu dalam memecahkan masalah di luar kebiasaan, seperti yang dilakukan oleh kebanyakan orang, sedangkan kreatif unggul hanya dimiliki oleh orang yang mempunyai IQ yang luar biasa, seperti Edison, Newton, dan P. Ramlee. Namun, fikiran kreatif dapat diperoleh dengan modal intelektual yang penting dalam membentuk dan mencipta sesuatu yang baru, yang tidak wujud sebelumnya selain memperbaik dan mengembangkan apa-apa yang sedia ada supaya menjadi lebih bermanfaat. Oalam Sebab utama banyak orang makin ghairah terhadap multimedia ialah teknologi itu didapati boleh memberi dimensi barn dalam meningkatkan literasi membaca kanak- kanak.Keistimewaannya, teknologi itu dapat melahirkan gaya dan cara berfikir secara kreatif dan inovatif. Makna kreatif di sini lebih terfokus kepada kemampuan seseorang memecahkanpermasalahan yang dihadapi-

Upload: ledien

Post on 17-Mar-2019

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Munir Halimah Badioze Zaman - file.upi.edufile.upi.edu/Direktori/FPMIPA/PRODI._ILMU_KOMPUTER/196603252001121...belajar sambil bermain. Banyak lagi raTa lain yang dapat digunakan untuk

MunirHalimah Badioze Zaman

PENDAHULUAN nya. Makna inovatif pula ialah mengem-bangkan daya kreativiti yang dimiliki. Oalamkonteks ini, Barbara Clark (1992) men-definisikan kreatif sebagai penggabunganfikiran, perasaan, penginderaan, dan firasat.Keempat-empat un sur kreatif itu membukapeluang barn untuk menjadikan multimediasebagai titik permulaan ke arah fikiran yanginovatif.

M EL (Multimedia in Education forLiteracy) adalah disiplin barn yangsedang giat dijalankan untuk

mengembangkan kecekapan literasimembaca, khususnya di kalangan kanak-kanak prasekolah. Kaedah ini berbantukanteknologi pengertian dictionary style keranayang ditekankan ialah pemelajaran untukmeningkatkan kecekapan membaca, menulisdan kemahiran tertentu yang berguna (In-ternational Development Research Centre1979). Selain itu, ada banyak kajian kaedahpemelajaran literasi kanak-kanak di peringkatprasekolah untuk menyediakan merekamenghadapi pemelajaran sepanjang hayat.

Oalam buku Creativity, the Magic Synthesis,Silvano Arienti menyatakan bahawa setiaporang memiliki kemampuan berkreatif.Beliau membezakan kreatif biasa daripadakreatif unggul. Kreatif biasa ialah sifat kreatifindividu dalam memecahkan masalah di luarkebiasaan, seperti yang dilakukan olehkebanyakan orang, sedangkan kreatif unggulhanya dimiliki oleh orang yang mempunyaiIQ yang luar biasa, seperti Edison, Newton,dan P. Ramlee. Namun, fikiran kreatif dapatdiperoleh dengan modal intelektual yangpenting dalam membentuk dan menciptasesuatu yang baru, yang tidak wujudsebelumnya selain memperbaik danmengembangkan apa-apa yang sedia adasupaya menjadi lebih bermanfaat. Oalam

Sebab utama banyak orang makin ghairahterhadap multimedia ialah teknologi itudidapati boleh memberi dimensi barn dalammeningkatkan literasi membaca kanak-kanak. Keistimewaannya, teknologi itu dapatmelahirkan gaya dan cara berfikir secarakreatif dan inovatif. Makna kreatif di sinilebih terfokus kepada kemampuan seseorangmemecahkan permasalahan yang dihadapi-

Page 2: Munir Halimah Badioze Zaman - file.upi.edufile.upi.edu/Direktori/FPMIPA/PRODI._ILMU_KOMPUTER/196603252001121...belajar sambil bermain. Banyak lagi raTa lain yang dapat digunakan untuk

tinjauan kembali, dapat dikatakan bahawapenyelidikan ke at as kaedah yang terbaikuntuk memotivasi literasi telah berubah.Kajian barn banyak menimbulkan keraguandan persoalan ke atas kajian lama yang me-merlukan perubahan dalam aspek pening-katan literasi terutama bagi kanak-kanak.

contoh, dan menyediakan pelbagai ke-mudahan yang membolehkan kanak-kanakyang berminat mencuba bakat untukmembaca. Buku cerita yang sesuai dengankebolehan mereka dapat meningkatkanimaginasi dan memperkaya fantasi danseterusnya mengasah kreativiti mereka.Oalam kajiannya, Safiah Osman (1978)menyatakan bahawa untuk meningkatkanpencapaian pendidikan orang dewasa, guru,terutamanya, perlu membimbing, selaindapat merangsang perkembangan minat dankreativiti kanak-kanak.

PENGERTIAN LITERASI

SELAMA ini, literasi lebih cenderungdiertikan sebagai pemelajaran membaca.Membaca pula ditakrif sebagai penyuaraantulisan dalam erti kata memahami isi danfikiran yang tertulis. Analoginya dapat dilihatpacta firman Allah (96: 1-4) yang meme-rintahkan manusia belajar membaca,t'Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmuyang menciptakan. Dia telah menciptakanmanusia daripada segumpal darah. Bacalahdan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah yangmengajar manusia dengan perantaraankalam (menulis)."

Yang renting, pemelajaran membacakanak-kanak prasekolah seharusnya dijadi-kan sesuatu yang seronok dan tidak meka-nikal. Suasana yang seronok membantumereka berasakan seolah-olah mereka sedangbermain dan bukannya belajar membaca.Pemelajaran sambil bermain yang disebutsebagai "belajar sambil bermain" itu sangatberkesan dalam membuka minda kanak-kanak mengasah kreativiti mereka Oeng- YiTzeng 1996). Kejayaan siri televisyen SesameStreet yang dikembangkan pacta tahun 1969di Amerika Syarikat pun berkonsepkan"belajar sambil bermain". Kaedah yangbermata serempak, seperti siri televisyen itu,menarik kanak-kanak prasekolah untukbelajar sambil bermain. Banyak lagi raTa lainyang dapat digunakan untuk membuatkanak-kanak meminati "belajar sambilbermain". Yang renting, semua kaedah itumengambil kira un sur yang dapat merang-sang minat membaca di kalangan kanak-kanak peringkat prasekolah.

Oleh sebab manusia perlu mempunyailiterasi untuk membaca dan memahami apa-apa yang dibacanya, manusia perlu di-dedahkan kepada pembacaan sejak peringkatprasekolah. Di peringkat awal itu, manusiaperlu menguasai perbendaharaan katadengan cepat dan banyak. Dalam kajiannya,Ee Ah Meng (1992) mendapati bahawakebanyakan kanak-kanak yang berumurempat tahun bukan sahaja perlu memilikiperbendaharaan kata yang banyak, tetapiturut menggunakan perkataan itu untukmerujuk kepada. bend a dan peristiwa disekeliling mereka. Di sini acta perbezaanprestasi antara kanak-kanak yang didedahkankepada buku cerita dan majalah serta orangdewasa yang berpendidikan dengan yangtidak berpendidikan. penguasaan bahasagolongan kanak-kanak yang pert am ameningkat dengan lebih cepat berbandingdengan golongan kanak-kanak yang lain.Oleh itu, ternyata bahawa peningkatanliterasi kuat dipengaruhi oleh pergaulankanak-kanak. Orang dewasa didapati telahmemainkan peranan penting dalammengembangkan minat membaca. Orangdewasa dapat membimbing, memberi

KECEKAPAN LITERASI

ADA perbezaan dalam pendekatan peme-lajaran literasi di peringkat prasekolah dahuludan sekarang. Dahulu, kanak-kanakdikatakan sudah mempunyai literasi apabilasudah dapat membaca teks dengan lancar,tanpa mengambil kira sarna acta dia me-mahami apa-apa yang dibacanya. Sekarang,literasi bukan sahaja bermakna kanak-kanakpandai membaca, tetapi mengerti sertamemahami apa-apa yang dibacanya.Menurut Gibson dan Levin (Safiah Osman

Page 3: Munir Halimah Badioze Zaman - file.upi.edufile.upi.edu/Direktori/FPMIPA/PRODI._ILMU_KOMPUTER/196603252001121...belajar sambil bermain. Banyak lagi raTa lain yang dapat digunakan untuk

1986), bacaan ialah kebolehan rnernperolehrnakna daripada teks. Sulairnan Harnzah(1977) rnaju selangkah dengan rnenyatakanbahawa dalarn pernelajaran, nahu bahasa,karangan, dan ejaan bacaan tidak bolehdiasingkan. 01eh itu, dalarn pengajaranbahasa dan bacaan, guru dinasihatkan supayatidak rnengajarkan fonern, suku kata, atauhuruf sebagai unit secara terpisah-pisah, iaituhanya dengan perkataan, ayat, sertaungkapan tanpa rnernberi rnakna apa-apakepada kanak-kanak. Hal ini dipaparkan jugadalarn filern The Sound of Music.

kognitif, afektif, dan psikomotor. Dari segikognitif, kanak-kanak di peringkat prasekolahdidapati berada pacta tahap pertumbuhan danperkembangan yang pesat. Hakikat ini perludiberi sokongan supaya mereka dapatmengembangkan kemampuan diri dalammerealisasikan minat serta bakat yangberasaskan imaginasi, fantasi, emosi, dankreativiti. Yang penting, setelah diberilatihan, mereka mulai menggemari per-mainan, selain menyukai aktiviti belajardengan rakan sebaya di tempat yang sarnapacta waktu tertentu. Sehubungan dengan itu,usaha membangunkan pakej multimediauntuk menggalakkan pembacaan kanak-kanak, lebih-Iebih lagi mengembangkanimaginasi, fantasi, dan kreativiti untukmenghadapi pemelajaran formal di sekolah,didapati perlu dikembangkan. Kaedah mul-timedia dirasakan penting kerana meng-gabungkan teks, imej, video, suara, dananimasi dalam persekitaran digital, yangmembolehkan berlakunya saling interaktivitidengan lebih berkesan (Thompson 1994).

Pemelajaran bahasa kini lebih banyakmenggunakan bahasa sepadu at au bahasamenyeluruh. Menurut Cullinan (MacHado1995), kaedah itu kaedah menyeluruh,bermakna, dan berfungsi, dan didapati pa-ling baik untuk kanak-kanak kerana teksdibaca secara lengkap, bukan mengikut hurufatau suku kata. Kaedah itu memudahkanmereka memahami isi serta mengerti perihaltindakan yang mesti dilakukan setelahmembaca. Walaupun didapati tidak mudahuntuk kanak-kanak peringkat prasekolahyang belum begitu mengenal erti huruf danperbendaharaan kata, faktor asosiasi, imitasi,dan motivasi yang diberikan terus-menerusdapat membantu mereka. Asosiasi diertikansebagai melazimkan bunyi dengan objek,imitasi meniru pengucapan dan strukturkalimat, dan motivasi ialah kecenderunganatau kemahuan kanak-kanak untuk belajar.Orang dewasa dapat memainkan perananpenting dalam mewujudkan keadaan yangbermanfaat untuk kanak-kanak.

MEDIA PEMELAJARAN LITERASI

PERKEMBANGAN teknologi banyak mem-bawa pembaharuan dalam dunia pendidikan.Di Malaysia, kerajaan dan orang Tarnaimenunjukkan perhatian yang semakin seriusterhadap peranan yang dapat dimainkan olehteknologi dalam pendidikan. Kedua-duapihak yakin bahawa teknologi dapat men-jadikan proses pengajaran dan pemelajaranlebih berkesan berbanding dengan medialain. Keistimewaan yang utama ialah multi-media yang merangkum pelbagai mediamembolehkan interaktif dengan pengguna.Penggunaan multimedia dalam pendidikanmampu membantu dunia pendidikan men-jadi lebih berkesan, terutama daTi segi prosespengajaran dan pemelajaran bahasa kanak-kanak.

Kajian lain mendapati bahawa peng-gunaan kaedah bahasa menyeluruh ban yakmemberi sumbangan terhadap perkem-bang an pemelajaran bahasa kanak-kanak.Sehubungan dengan itu, Spalding(McCulloch 1994) menjelaskan faedahnya,iaitu memberi kefahaman membaca,mengembangkan kecekapan menulis danberfikir secara kreatif, dan meningkatkanpenguasaan kemahiran asas bahasa. Semuamanfaat itu berkait rapat dengan taksonomiobjektif pendidikan yang dikemukakan olehBloom (Halimah Badioze Zaman 1996), iaitu

Berbeza daripada media pendidikan yanglain, multimedia dapat menjadikan komu-nikasi an tara guru dengan pelajar lebihberkesan. Menurut D'Lgnazio (Bairley 1996),multimedia merupakan teknologi barn yangdapat memberi manfaat yang banyak kepada

Page 4: Munir Halimah Badioze Zaman - file.upi.edufile.upi.edu/Direktori/FPMIPA/PRODI._ILMU_KOMPUTER/196603252001121...belajar sambil bermain. Banyak lagi raTa lain yang dapat digunakan untuk

pembangunan dunia pendidikan. Antaranya,pemelajaran dapat dilaksanakan denganlebih berkesan kerana digabungkan deriapancaindera pelajar. Penglibatan deriamembolehkan mereka dapat mempelajariilmu yang acta sesuai dengan minat, kesuka-an, bakat, keperluan, pengetahuan, danemosi masing-masing. Yang lebih penting,multimedia membolehkan pengajaran danpemelajaran dijalankan secara persendirian.Pemelajaran sedemikian tidak bererti bahawabimbingan guru dan orang dewasa tidakdiperlukan. Bimbingan pengajaran langsungdaripada guru tetap penting. Tetapi multime-dia meringankan beban pengajaran, terutamaguru, kerana mereka tidak perlu mengu-langkan penerangan itu. Sebaliknya, pelajardapat mengikuti pelajaran yang kurangdifahami berulang kali sehingga faham.

mereka mahu belajar sesuatu yang ber-manfaat untuk masa depan mereka. Masayang dibazirkan ini melebihi masa yangdiperlukan bagi seseorang untuk memperolehijazah. Perhatian kanak-kanak perlu dialihdaripada peti televisyen kerana rancangantelevisyen belum tentu mengandungpendidikan yang sesuai kepada multimediayang dirancang khusus untuk menjadisumber yang mengandung berbagai-bagaipemelajaran yang berkualiti (NazruI1998).

Keupayaan multimedia dalam mening-katkan kreativiti sudah teruji kerana multi-media turut memiliki unsur interaktiviti.Sehubungan dengan itu, Romiszowski (1993)menterjemahkan interaktiviti sebagaihubungan dua hala antara pengajar denganpelajar. Keberkesanannya berlaku keranapengajar akan menjawab so alan pelajardengan serta-merta, di samping mengawasiperkembangan kognitif, afektif, danpsikomotor pelajar. Stratfold (1994) majuselangkah dalam mengukur unsur inter-aktiviti pakej multimedia dengan me-nyarankan, untuk kali pertama, supayapereka multimedia mesti menentukan jenismaklum balas yang perlu diberikan kepadapelajar kerana maklum balas itulah yang akanmembentuk hubungan dua hala an tarapengajar dengan pelajar. Selain itu,pemelajaran, termasuk pemelajaran bahasa,turut melibatkan pelbagai deria dankemahiran. Hal ini termasuklah mememekdan meniru kerana perbuatan itu melibatkanpelbagai deria yang merangsangkan kanak-kanak dalam proses pemelajarannya. Collins(yang dipetik oleh Nazru11998) menjelaskanmakna daripada implikasi maklum balas yangdapat diterapkan dalam pemelajaran mem-baca berbantukan multimedia melaluikonsep permodelan, kejurulatihan, sokong-an. artikulasi. dan refleksi.

KEUPAYAAN MULTIMEDIA DALAMMENGEMBANGKAN FIKIRAN KREATIF

KIN I sudah terbukti perihal besarnyapengaruh teknologi ke atas tingkah lakukanak-kanak, walaupun mereka belummengerti atau memahami nilaibaiknya danburuknya pengaruh media ke atas dirimereka. Sehubungan dengan itu, perludijelaskan bahawa tingkat fikiran dan kreatifkanak-kanak turut dipengaruhi oleh penga-laman yang dilalui. Kanak-kanak yang selalumenonton televisyen kuat dipengaruhi olehwatak pelakon dalam televisyen. Pengaruh ituberlaku kerana" pacta peringkat usia itu,mereka belum dapat membangunkan mindaagar dapat berfikir secara kritikal. Kajian diAmerika Syarikat mendapati bahawa banyakkanak-kanak yang berusia tiga tahunmenonton televisyen selama 30 jam se-minggu, sekerap kanak-kanak yang berusia10 tahun. Apabila dicampurkan dengan masamenonton video, mereka menghabiskanmasa 6000 jam menonton televisyen danvideo setahun (Trelease 1989). Mereka tertarikkepada teknologi digital itu kerana ke-istimewaan televisyen dan video yangmempunyai sifat yang hampir sarna denganmultimedia. Akhirnya, tidak hairan jikatingkah laku kanak-kanak tersebutmerisaukan orang ilia yang berharap agar

Dalam konteks perbincangan ini, per-modelan bermakna bahawa multimediadiibarat sebagai pakar yang dengankepakarannya dapat mempamerkanpelajaran dengan lebih berkesan .kepadakanak-kanak. Pelajaran membaca dapatdiwujudkan dengan modifikasi un sur yang

Page 5: Munir Halimah Badioze Zaman - file.upi.edufile.upi.edu/Direktori/FPMIPA/PRODI._ILMU_KOMPUTER/196603252001121...belajar sambil bermain. Banyak lagi raTa lain yang dapat digunakan untuk

acta dalam multimedia. Antaranya, men-jadikan teks berklip, memasukkan intonasisuara yang serasi, dan menjadikan gambaryang bersesuaian dengan animasi yangmenarik. Kejurulatihan (latih tubi) pulamemerlukan perisian untuk membolehkankanak-kanak terus-menerus melakukaninteraktif ke atas soalan yang diberikansehingga menemukan jawapan yang benardan tepat. Kaedah latih tubi lebih ber-kecenderungan kepada perbaikan untukmeningkatkan pelajaran berdasarkan tingkatkreativiti kanak-kanak dalam memecahkanmasalah yang diberikan.

dijelaskan secara animasi dan video.Penjelasan itu sangat penting untukmenjadikan masalah yang abstrak menjadilebih nyata dan lebih mudah difahami. Olehitu, pakej multimedia didapati banyakmemberi pilihan kepada kanak-kanak.

Konsep timbal balas yang disediakan dapatmenentukan tingkat kreativiti kanak-kanak.Semakin ban yak timbal balas yang di-sediakan, semakin banyaklah kreativitikanak-kanak yang diperlukan. Daripadatimbal balas yang diberikan itu, setidak-tidaknya acta dua kreativiti yang dapatditunjukkan oleh kanak-kanak. Pertama,kreativiti memperluas pengetahuan bahasadan menambah penguasaan kosa kata, selainpemahaman antara teks bahasa dengankonteks bahasa. Kedua, kreativiti meng-gunakan butang, araban, dan simbol yangdisediakan dalam pakej pemelajaranbermultimedia.

Faktor yang tidak kurang pentingnyadalam konteks ini ialah pakej multimediayang dapat membawa kanak-kanak me-ngikuti pelajaran, sarna acta secara ber-sendirian mahupun berkumpulan, denganlebih mudah. Untuk mencapai matlamat itu,pangkalan data yang berisikan kat a yangdigunakan dalam pemelajaran membacadiperlukan. Hal ini dapat memudahkanpemelajaran kerana mereka dapat meng-gunakan pangkalan data untuk memahamierti kat a dan kalimat. Kemudahan yangmerupakan nilai tambahan itu disebutsebagai sokongan. Semuanya untuk me-rangsang kanak-kanak yang sukar untukmemahami araban dalam bentuk teks. Fasilitiyang disebut sebagai artikulasi yang diberisecara audio dapat membantu. Konsep lainialah refleksi. Hal ini merupakan tambahanpakej multimedia yang akan menjelaskansesuatu masalah atau soalan dengan meng-gunakan keupayaan animasi atau video.Dengan itu, soalan yang memerlukal;lpenjelasan yang lebih terperinci dapat

KESIMPULAN

DARIPADA beberapa banyak segi, keisti-mewaan multimedia temyata terletak pactakeupayaan menyepadukan teks, grafik, suara,animasi, dan video sehingga dapat melahir-kan kreativiti dan interaktiviti yang diperlu-kan. Multimedia istimewa kerana melibatkanseluruh deria kanak-kanak dan menjadikanpemelajaran lebih berkesan. Keterlibatansemua deria menentukan tingkat kreativitikanak-kanak dalam kecekapan literasi dankecekapan penggunaan komputer.

Page 6: Munir Halimah Badioze Zaman - file.upi.edufile.upi.edu/Direktori/FPMIPA/PRODI._ILMU_KOMPUTER/196603252001121...belajar sambil bermain. Banyak lagi raTa lain yang dapat digunakan untuk

Bibliografi

Bailey, D.H. 1996. "Constructivism and Multimedia:Theory and Application Innovation and Transforma-tion" dIm. Journal of Instruction Media 23:2 hIm. 161-165.

Tesis Sarjana Teknologi Maklumat, UniversitiKebangsaan Malaysia.

Munir 1998. "pengajaran Membaca bagi Kanak-kanakmelalui Bahasa Menyeluruh" dim. lumal DewanBahasa 42:2 Februari him. 115-120.Clark, B. 1992. "Growin.g up Gifted: Developing the

Potential of Children at Home and at School" 4th.Ed. Ohio: Merrill Pub. Munir daD Halimah Badioze Zaman 1998. "Meng-

galakkan Kanak-kanak Belajar Membaca Berban-tukan Multimedia" dlm.lumal Dewan Bahasa 42: 12Disember him. 1122-1128.

Nazrul Azha Mohd. Shaari 1998. Pembangunan Pake;Galakan Literasi: Pendekatan Multimedia. Tesis SarjanaTeknologi Maklumat, Universiti Kebangsaan Malay-sia.

Departemen Agama RI. 1988. AI-Qur'an danTerjemahannya. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

Ee Ah Meng 1992. PsikologiPerkembangan. PetalingJaya:Fajar Bakti.

Halimah Badioze Zaman 1996. Model Pakej Multimediadalam Pendidikan (MEL): Literasi dan Model PendekatanKesusasteraan: Bercerita dalam Perkembangan Literasi.IRPA 04-02-02-0008.

Romiszowski, A.J. 1993. "Developing Interactive Multi-media Courseware and Networks: Some Current Is-sues" dim. Latchem, J.W. Ex Henderson-Lancett, L.1994. Interactive Multimedia: Practice and Promise. 57-78. London: Kogan Page.

Safiah Osman 1978. "Pendidikan, Bahasa danPemasyarakatan Kanak-kan~k Kuala Lumpur" dim.Dewan Masyarakat 16:5 him. 18-19.

Safiah Osman 1986. "Memahami Proses PemahamanBacaan daripada Perspektif Psikolinguistik'l dim.,umal Dewan Bahasa 30:6 Jun him. 402-407.

Safiah Osman 1992. "Peningkatan KemahiranMembaca" dim. Jurnal Dewan Bahasa 36:3 Mac him.262-269.

Thompson, S.A. 1994. Up Grading Your PC to Multime-dia. Indianapolis: QUE Corporation.

Trelease, J. 1989. The Read-Aloud Handbook. New York:Penguin Books.

Stratfold, M.P. 1994. "Investigation into the Design ofEducational Multimedia: Video, Interactivity andNarrative." Tesis Ph.D. Milton Keynes: Open Univer-sity.

Halimah Badioze Zaman 1988. Glimpses into Research onLiteracy in Malaysia. httpiwww.readingonline.org/interna tional/malaysia/index.h tml.

International Development Research Centre 1979. TheWorld of Literacy: Policy, Research and Action. Canada.

]eng-Yi Tzeng 1996. Instructional Technology Foundation:Historical Timelines Project. Internet: http://www.copper.vcs. Indiana.Edu? - ]tseng.

Kamaruddin Hi. Husin 1988. Pedagogi Bahasa. Kuala

Lumpur: Longman.

MacHado, ].M. 1995. Early Childhood Experiences in Lan-guage Arts: Emerging Literacy. New York: Delmar Pub-lishers.

McCulloch, M.T.1994. "Phonetics-Spelling-Whole lan-guage: How We Put Them Together for the Best ofBoth Worlds". Beaverton, Oregon: The Riggs Insti-tute. E-mail:info @ riggsinst.org.

Munir 1997. Pakej Galakan Bacaan Melalui Multimedia.