multibudaya

3
Ulasan Artikel “Multiculturalism and education for citizenship in a context of Neoliberalism” Oleh : Christine E. Sleeter Sinopsis : Artikel ini membincangkan tentang cabaran yang dihadapi oleh pendidik dalam proses pengajaran mereka di sekolah dan pendidikan tinggi untuk warga pelajar yang migra dari luar negara. Masalah ini boleh dikatakan satu cabaran yang besar dihadapi oleh seluruh dunia. Dunia tanpa sempadan menjadikan pendidikan bertukar kepada pendidikan globalisasi. Pendidik dari seluruh negara dapat memperolehi ilmu yang dikehendaki di mana-mana negara yang digemari oleh mereka. Penulis mengatakan bahawa keadaan ini menjadikan pendidik di sesebuah negara menghadapi cabaran dalam menyampaikan pengajaran mereka kepada warga pelajar yang migran dari luar negara. Isu etnik, bahasa, budaya, dan sosial menjadi hal yang perlu dipertimbangkan dalam situasi ini. Cabaran ini boleh dikatakan menjadi satu persoalan yang semakin serius dalam golongan pendidik kini. Idea utama : Artikel ini membincangkan beberapa idea dan isu utama. Antaranya;

Upload: richard-hughes

Post on 22-Dec-2015

17 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

multi budaya

TRANSCRIPT

Page 1: multibudaya

Ulasan Artikel

“Multiculturalism and education for citizenship in a context of Neoliberalism”

Oleh : Christine E. Sleeter

Sinopsis :

Artikel ini membincangkan tentang cabaran yang dihadapi oleh pendidik dalam proses

pengajaran mereka di sekolah dan pendidikan tinggi untuk warga pelajar yang migra dari luar

negara. Masalah ini boleh dikatakan satu cabaran yang besar dihadapi oleh seluruh dunia. Dunia

tanpa sempadan menjadikan pendidikan bertukar kepada pendidikan globalisasi. Pendidik dari

seluruh negara dapat memperolehi ilmu yang dikehendaki di mana-mana negara yang digemari

oleh mereka. Penulis mengatakan bahawa keadaan ini menjadikan pendidik di sesebuah negara

menghadapi cabaran dalam menyampaikan pengajaran mereka kepada warga pelajar yang

migran dari luar negara. Isu etnik, bahasa, budaya, dan sosial menjadi hal yang perlu

dipertimbangkan dalam situasi ini. Cabaran ini boleh dikatakan menjadi satu persoalan yang

semakin serius dalam golongan pendidik kini.

Idea utama :

Artikel ini membincangkan beberapa idea dan isu utama. Antaranya;

1. Konsep liberal dan neoliberal yang sangat berbeza dalam pendidikan kepelbagaian

budaya. Terdapat 4 isu yang diutarakan oleh penulis dalam artikel ini. Antaranya;

2. a) golongan dominan tidak menghiraukan golongan minority dimana, identity

kewarganegaraan sendiri menjadi keutamaan kepada mereka. Masalah golongan minority

tidak menjadi isu kepada golongan dominen ini.

3. b) migrasi secara tradisional oleh golongan minority semakin meningkat disebabkan oleh

perubahan globalisasi dimana ramai golongan minority migrasi disebabkan oleh

kelonggaran undang-undang yang menyebabkan ramai mendapat kewarganegaraan di

negara yang berhijrah

Page 2: multibudaya

4. c) konsep liberal dan neo-liberal membincangkan bahawa kenegaraan kepelbagaian

budaya melibatkan etnik, ras, keturnunan dan kaum. Undang-undang sesebuah negara

yang tidak ketat dan memberi kebebesan dengan melindungi diskriminasi golongan

minority dan menjaga kebajikan mereka menjadi kesempatan kepada golongan minority

dalam pendidikan mereka.

5. d) Gologan minoriti ini juga gagal menganalisis penggunaan kuasa serta penglibatan

mereka dalam proses pembinaan demokratif.

Kesimpulan:

Pada pandangan saya, pihak sekolah dan pengajian tinggi harus menerapkan prinsip-

prinsip multi budaya ini dalam pendidikan supaya semua kaum yang berlainan budaya dapat

meningkatkan prestasi dalam pendidikan masing-masing. Dasar pendidikan harus digubal

mengikut kesesuaian dengan golongan dominen dan minority supaya dapat melahirkan

pendidik yang lebih berwibawa. Peranan guru juga sangat penting dalam situasi ini, dimana

seseorang guru harus prihatin terhadap kepelbagaian latar belakang pelajar mereka supaya

pengajaran yang lebih berkesan dapat disampaikan kepada para pendidik. Golongan pelajar

multibudaya ini juga harus digalakkan untuk melibatkan dalam aktiviti pnp dengan

sepenuhnya supaya dapat memahami dan menghormati nilai budaya masyarakat tempatan

dan pelajar lain.