muka surat: 11 4 perbendaharaan malaysia teras dan ... · komputer tablet merupakan gajet yang...

12
KOMPUTER Edisi1 2011 TABLET KECILKAN SAIZ IMEJ BULETIN ICT PERBENDAHARAAN EDISI 1 2011 WWW.TREASURY.GOV.MY TERAS DAN INISIATIF PSTM PERBENDAHARAAN MALAYSIA 4 Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTM) perkukuh hala tuju strategik muka surat: 2 muka surat: 11 muka surat: 9 muka surat: 8 Perbendaharaan Malaysia.

Upload: dinhkien

Post on 06-Mar-2019

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: muka surat: 11 4 PERBENDAHARAAN MALAYSIA TERAS DAN ... · Komputer tablet merupakan gajet yang telah dan ingin dimiliki oleh setiap peminat ... laksanakan secara perintis pada

KOMPUTER

Edisi1 2011

TABLET KECILKAN SAIZ IMEJ

BULETIN ICT PERBENDAHARAAN ● EDISI 1 2011 ● WWW.TREASURY.GOV.MY

TERAS DAN INISIATIF PSTM PERBENDAHARAAN MALAYSIA 4

Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTM) perkukuh hala tuju strategik

muka surat: 2

muka surat: 11

muka surat: 9

muka surat: 8 Perbendaharaan Malaysia.

Page 2: muka surat: 11 4 PERBENDAHARAAN MALAYSIA TERAS DAN ... · Komputer tablet merupakan gajet yang telah dan ingin dimiliki oleh setiap peminat ... laksanakan secara perintis pada

PERANG KOMPUTER TABLET TELAH BERMULA. Jika anda mengikuti berita perkembangan dunia teknologi, anda pasti tahu bahawa pada tahun 2010 banyak pengeluar komputer telah bersaing memasarkan produk komputer tablet masing-masing. Antara nama-nama besar yang terlibat dalam “perang komputer tablet” ini ialah Apple, Microsoft, HP, Google, Intel, Nokia dan beberapa syarikat lain.

Sebelum topik ini menerangkan dengan lebih lanjut mengenai komputer tablet, berikut adalah definisi komputer tablet yang didapati daripada wikipedia. Komputer tablet,

atau lebih dikenali sebagai tablet, adalah sebuah komputer mudah alih yang bersaiz sederhana. Ia dilengkapi dengan layar rata sesentuh yang membolehkan pengguna menggunakan stylus, pen digital atau hujung jari untuk menyentuh papan kekunci virtual pada skrin sebagai pengganti kepada papan kekunci fizikal. Sebagai mana komputer biasa, komputer tablet juga boleh dijadikan sebagai alat atau peranti untuk melayari web, melihat gambar, menonton video, bermain games mahupun membaca eBooks, surat khabar atau majalah secara on-line.

Terdapat pelbagai komputer tablet yang membanjiri pasaran pada waktu ini seperti Apple iPad, Blackberry Playbook, HP Slate, Samsung Galaxy Tab, CSL DroidPad, Dell Streak dan lain-lain. Namun, di sebalik kehadiran peranti yang telah mencuri perhatian ramai pengguna pada masa kini, masih terdapat golongan pengguna yang masih menyukai netbook berbanding komputer tablet. Berikut adalah perbezaan dua peranti tersebut:

KOMPUTER TABLET

PENAUNG: ● YBhg. Dato’ Dr. Azizah bt Arifin

KETUA EDITOR: ● Pn. Rohani bt Mohamad ● Cik Tan Siew Mooi

SIDANG EDITOR: ● Pn. Siti Sapura bt Raffee ● Pn. Norliza bt Jumeri

REKA BENTUK: ● En. Saidi b Murtada

EDARAN: ● En. Asahar b Ahmat ● Pn. Nik Fadhlina bt Nik Marwan

SUMBANGAN BAHAN & ARTIKEL: ● Pn. Norliza bt Jumeri ● Pn. Suraya bt Ya'acob ● Pn. Sharifah Norhazira bt Said Hamid ● Pn. Nor Sharimah bt Hj. Mohd Shariff ● Pn. Nor Saadah bt Sulaiman ● En. Muhammad Fendi b Osman ● En. Khairul Ridzuan b Che Ab Rahman ● Pn. Aida bt Abd Latif

DITERBITKAN OLEH: Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Perbendaharaan Malaysia, Kompleks Kementerian Kewangan, Aras 7, Blok Selatan, Presint 2, 62592 Putrajaya, Malaysia.

Tel: 03-8882 3636 Faks: 03-8882 4052

SIDANG PENGARANG

BULETIN ICT PERBENDAHARAAN

EDISI 1 2011

BULETIN ICT PERBENDAHARAAN EDISI 1 2011

2 | EDISI 1 2011

Page 3: muka surat: 11 4 PERBENDAHARAAN MALAYSIA TERAS DAN ... · Komputer tablet merupakan gajet yang telah dan ingin dimiliki oleh setiap peminat ... laksanakan secara perintis pada

Komputer Tablet Netbook

1. Melayari Internet • Ada di antara komputer tablet tidak menyokong penggunaan perisian Adobe Flash contohnya iPad

• Sangat ringkas dan unik serta mempunyai respon yang laju pada sentuhan jari

• Skrin dan resolusi bukan dalam widescreen namun paparan boleh secara portrait atau landscape di mana ia sangat ideal untuk membaca ebook

• Menyokong penggunaan perisian Adobe Flash

• Tidak mempunyai kemudahan papan kekunci virtual

• Dapat melihat keseluruhan laman web

2. Fungsi Kerja • Productivity software di dalam komputer tablet merupakan aplikasi yang baik namun ia terlalu ringkas dan masih tidak dapat memenuhi fungsi keperluan pengguna

• Kapasiti penyimpanan yang terbatas dan ada di antara komputer tablet tidak memiliki port USB dan slot SD

• Netbook menyokong perisian Word, Excel, dan PowerPoint yang membolehkan pengguna melakukan pelbagai fungsi menerusi perisian tersebut

• Kapasiti penyimpanan lebih besar berbanding komputer tablet dan ia juga memiliki port USB dan slot SD

3. Senang Dibawa • Kecil dan ringan berbanding netbook yang bersaiz terkecil

• Netbook lebih senang dibawa dan ringan berbanding notebook biasa namun, netbook terkecil masih dua kali ganda lebih berat dan lebih tebal berbanding komputer tablet

4. Video dan Audio • Perlu menukar format video ke format tertentu yang disokong oleh komputer tablet berkenaan

• Netbook menyokong semua jenis format video

5. Prestasi • Skrin yang besar serta menyokong fungsi multimedia, internet dan games

• Netbook boleh memaparkan semua PC games namun prestasi dan kualitinya tidak sebaik komputer tablet

6. Kapasiti Storan • Saiz maksima storan komputer tablet setakat ini hanyalah 64GB

• Saiz storan netbook menyamai notebook biasa sehingga menjangkaui 320GB

7. Rangkaian • Wifi / Wifi + 3G • Wifi • Wired network • 3G (bergantung kepada jenis model)

2 | EDISI 1 2011

BULETIN ICT PERBENDAHARAAN EDISI 1 2011

3 | EDISI 1 2011

Page 4: muka surat: 11 4 PERBENDAHARAAN MALAYSIA TERAS DAN ... · Komputer tablet merupakan gajet yang telah dan ingin dimiliki oleh setiap peminat ... laksanakan secara perintis pada

Make Apple HP Samsung CSL Dell

Price (RM) 1,990-2,599 2,424 2,699 1,599 1,699

Model iPad Slate Galaxy Tab Droid Pad Streak

On-Board Storage

16GB/32GB/64GB 64GB 16GB/32GB 16GB/32GB 16GB pre-installed

Operating System

Apple iOS 4.2 Microsoft Win7 Google Android 2.2

Google Android 2.2 Google Android

Display Size 9.7" IPS 8.9" TFT LCD 7" TFT LCD 7" TFT LCD 5" TFT LCD

Size 9.56" x 7.47" x 0.5"

9.21" x 5.7" x 0.57"

7.48" x 4.74" x 0.47"

7.04” x 4.33” x 0.45” 6.0" x 3.1“ x 0.40"

Weight 730g 680g 368g 410g 7.7 oz

Processor 1GHz Apple A4 1.8GHz Intel Atom

1GHz ARM Cortex QSD 8250

RAM Memory 256MB 2GB 256MB 512MB 512MB Storage Expansion

X SD Card √ √ √

Wi-Fi √ √ √ √ √ 3G Data Service √ X √ √ √ Battery Life 10 Hours 5 Hours 7 Hours 6 Hours 4 Hours

GPS For 3G Model only X √ √ √

Bluetooth √ √ √ √ √ Camera X √ √ √ √ Video Call Camera

X √ √ √ √

HDMI output X Via Dock Via Dock X X USB X √ √ √ X

Komputer tablet merupakan gajet yang telah dan ingin dimiliki oleh setiap peminat gajet-gajet yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa serta menggemari fungsi skrin sesentuh. Namun, masih juga terdapat sebilangan peminat gajet yang lebih mengambil sikap tunggu dan lihat terlebih dahulu. Memandangkan terdapat banyak persaingan produk-produk berkenaan di pasaran maka mereka berpendapat produk awal biasanya mempunyai banyak bugs, unfinished features dan limited support. Namun, pilihan bergantung kepada anda sendiri untuk menentukan samada ia berbaloi dimiliki atau tidak. Rajah di bawah mungkin boleh membantu anda melihat perbandingan produk-produk yang telah ada dipasaran sekarang. ___________________________________________________________________________________________________

BULETIN ICT PERBENDAHARAAN EDISI 1 2011

4 | EDISI 1 2011

Page 5: muka surat: 11 4 PERBENDAHARAAN MALAYSIA TERAS DAN ... · Komputer tablet merupakan gajet yang telah dan ingin dimiliki oleh setiap peminat ... laksanakan secara perintis pada

Sistem Maklumat Pengurusan Cukai (SMPC) adalah satu sistem aplikasi perkhidmatan kerajaan kepada rakyat (Government to Citizen – G2C) dan kerajaan kepada bisnes (Government to Business – G2B) berkaitan pengurusan percukaian yang berasaskan web yang membolehkan semua proses transaksi permohonan, pengesyoran, membuat keputusan dan memberi notifikasi dibuat secara atas talian (online). Dua komponen utama SMPC ialah Sistem Ejen Cukai dan Sistem Galakan Percukaian. Kedua-dua komponen sistem ini mempunyai beberapa modul yang dilaksanakan secara online.

Objektif SMPC adalah untuk mempercepatkan proses permohonan berkaitan percukaian serta memastikan pemantauan terhadap sesuatu permohonan dapat dibuat dengan lebih berkesan. SMPC membolehkan maklumat Ejen Cukai dan Galakan Percukaian dikongsi bersama oleh agensi-agensi terlibat seterusnya dapat menjana laporan eksekutif yang tepat melalui sistem. SMPC juga mengurangkan penggunaan borang manual (kertas).

Pengguna SMPC terdiri daripada orang awam, syarikat, badan sosial, Jabatan Kerajaan dan Bahagian Analisa Cukai, Kementerian Kewangan. Antara Jabatan Kerajaan yang berintegrasi dengan SMPC adalah

Jabatan Kastam Di Raja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kementerian Pelancongan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, BiotechCorp dan Multimedia Development Corporation.

Sistem Ejen Cukai mempunyai 2 modul online dan telah di-laksanakan secara perintis pada 19 Januari 2009 dan diguna pakai secara mandatori mulai 1 Julai 2010 manakala 16 modul online Sistem Galakan Percukaian telah live secara berperingkat-peringkat mulai 1 Mei 2010.

Sebagai penentusahan, setiap pemohon perlu menggunakan sijil digital untuk log masuk ke

PENGURUSAN CUKAI

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.treasury.gov.my

5 | EDISI 1 2011

BULETIN ICT PERBENDAHARAAN EDISI 1 2011

SISTEM MAKLUMAT

SMPC. Selain itu, surat keputusan yang dikeluarkan juga ditandatangani secara digital oleh Bahagian Analisa Cukai.

Maklumat keputusan akan diintegrasikan terus dengan Sistem Maklumat Kastam (SMK) . Dengan itu, proses penolakan kuantiti dapat dilakukan oleh pegawai Kastam di SMK. Pegawai Kastam di pelabuhan juga dapat melihat surat keputusan secara online dan ini akan dapat mengurangkan penipuan.

Berikut adalah di antara pecahan modul online mengikut komponen:

SISTEM EJEN CUKAI Melibatkan 20 Sektor antaranya automotif, pelancongan, sosial dan lain-lain.

SISTEM GALAKAN PERCUKAIAN Melibatkan Modul Permohonan Baru, Pembaharuan dan Pembayaran Online.

16 Modul

2 Modul

(SMPC)

Page 6: muka surat: 11 4 PERBENDAHARAAN MALAYSIA TERAS DAN ... · Komputer tablet merupakan gajet yang telah dan ingin dimiliki oleh setiap peminat ... laksanakan secara perintis pada

PENGGUNAAN E-MEL telah menjadi satu keperluan yang penting di dalam kehidupan kita masa kini. Kajian mendapati pengguna akan menghabiskan sekurang-kurang tiga hingga empat jam menggunakan sistem e-mel setiap hari. Aplikasi e-mel sekarang telah banyak berkembang dan menyediakan pelbagai ciri dan kemudahan berguna selaras dengan keperluan dan kemajuan teknologi semasa.

Bermula pada 13 Disember 2010, Perbendaharaan Malaysia telah sepenuhnya menggunakan sistem e-mel Zimbra Collaboration Suite (ZCS). Sistem yang dibangunkan berasaskan sistem terbuka (Open Source) ini menyediakan kemudahan kolaborasi e-mel yang lengkap di mana semua aplikasi seperti e-mel, kalendar, buku alamat (address book) dan tugasan (task) dikolaborasi di dalam satu sistem.

ZCS menyokong akses berasaskan web (web-based) dan berasaskan pengguna (client-based). Web based membolehkan pengguna mengakses sistem e-mel melalui pelayan web dari mana-mana lokasi yang mempunyai capaian ke Internet. Manakala client-based bermaksud ia menggunakan aplikasi email desktop yang dipasang di PC pengguna seperti Zimbra Desktop, Outlook, Thunderbird dan banyak lagi.

Zimbra™

BULETIN ICT PERBENDAHARAAN EDISI 1 2011

6 | EDISI 1 2011

Antara modul Sistem Galakan Percukaian yang telah digunakan adalah seperti berikut:

1. Pengecualian Duti Import Dan Cukai Jualan Ke Atas Bas Tanpa Badan (Chasis Fitted With Bus Engine). 2. Pengecualian 100% Duti Import, Duti Eksais Dan Cukai Jualan Ke Atas Kenderaan Yang Diimport Atau

Yang Dibeli Dalam Negara Bagi Peserta Program MM2H. 3. Pengecualian Duti Eksais ke Atas Kenderaan Pacuan Empat Roda Pemasangan Tempatan Bagi Ahli

Parlimen/ADUN Yang Bukan Anggota Pentadbiran. 4. Pengecualian 50% Duti Import Dan Duti Eksais Ke Atas Sebuah Kenderaan Persendirian Yang Dibawa

Balik Setelah Tamat Berkhidmat Di Luar Negara Bagi Kakitangan Kerajaan Dan Badan Berkanun. 5. Pengecualian 50% Duti Eksais Ke Atas Kenderaan Nasional Bagi Orang Kurang Upaya. 6. Pengecualian Pengecualian Duti Import, Duti Eksais Dan Cukai Jualan Ke Atas Dua Buah Kenderaan

Bagi Peserta Program Menggalakkan Warganegara Malaysia Yang Berkepakaran Yang Bekerja Di Luar Negara Pulang Ke Malaysia.

SISTEM EMEL Perbendaharaan Malaysia

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.treasury.gov.my

Page 7: muka surat: 11 4 PERBENDAHARAAN MALAYSIA TERAS DAN ... · Komputer tablet merupakan gajet yang telah dan ingin dimiliki oleh setiap peminat ... laksanakan secara perintis pada

Berikut adalah beberapa ciri-ciri dan fungsi sistem e-mel Perbendaharaan:

• Sistem e-mel Zimbra menggunakan Ajax Web Client yang memberikan ciri-ciri dan fungsi e-mel yang lebih baik dan lancar.

• Kemudahan capaian e-mel dari mana-mana lokasi yang mempunyai

akses ke Internet.

• Pengguna boleh memilih untuk mengakses e-mel melalui pelayar web atau desktop client (Zimbra Desktop Client, Thunderbird, Outlook).

• Menyokong sinkronisasi data e-mel dan kalendar (Zimbra Mobile)

dengan Blackberry, Nokia, HTC, Samsung, iPhone, iPad dan banyak lagi.

• Kemudahan perkongsian mailbox, calendar, contacts dan folder.

• Kemudahan kalendar secara individu dan berkumpulan.

• Boleh memaparkan lebih daripada satu kalendar (multi-calendar

views). • Pengurusan folder yang fleksibel dan mudah.

• Mempunyai fungsi drag & drop dan right click untuk memudahkan

penggunaan dan pengurusan e-mel.

• Kemudahan anti-virus dan anti-spam.

• Pemilihan tema dan warna oleh pengguna.

• Fungsi pencarian (search) yang menyeluruh dan fleksibel.

• Boleh menyimpan sejarah pencarian (search history).

• Boleh mengarkib e-mel (archive).

• Pilihan paparan mesej berdasarkan conversation.

• Kemudahan tag mesej.

• Kemudahan penapisan mesej (filter).

• Kemudahan import /eksport folder e-mel.

BULETIN ICT PERBENDAHARAAN EDISI 1 2011

7 | EDISI 1 2011

ZCS adalah di antara sistem e-mel berasaskan sumber terbuka (open source) yang paling popular dan terbaik pada masa kini. Sistem e-mel ini boleh diakses dengan mudah menggunakan pelayar web seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox, Safari, Chrome dan lain-lain. Sistem e-mel Perbendaharaan ini diperkukuhkan dari segi keselamatan dengan penggunaan sijil digital (SSL) untuk pengaksesan ke sistem e-mel yang lebih selamat. Zimbra Collaboration Suite juga adalah penyelesaian e-mel yang lengkap yang mempunyai perisian bina dalam (built in) seperti anti-spam, mail transfer agent (MTA), storage dan fungsi bagi pentadbir. Bagi membantu warga Perbendaharaan mendapat manfaat sepenuhnya daripada sistem e-mel ini, sebanyak enam siri Kursus Penggunaan E-mel Secara Berkesan (Zimbra) telah dirangka untuk tahun 2011. Kursus ini diadakan secara dalaman di Perbendaharaan bermula pada bulan Februari sehingga November 2011.

Page 8: muka surat: 11 4 PERBENDAHARAAN MALAYSIA TERAS DAN ... · Komputer tablet merupakan gajet yang telah dan ingin dimiliki oleh setiap peminat ... laksanakan secara perintis pada

PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT (PSTM) PERKUKUH HALA TUJU STRATEGIK PERBENDAHARAAN MALAYSIA

Pelan Strategik Teknologi Maklumat adalah merupakan satu dokumen blue print bagi Perbendaharaan Malaysia untuk membangun dan meng-optimakan penggunaan ICT dalam mencapai hala tuju dan objektif strategiknya. Ini adalah bagi me-mastikan ICT akan terus menjadi pemangkin kepada Perbendaharaan dalam mencapai hasrat untuk menjadi agensi unggul dalam Pengurusan Kewangan dan Ekonomi Negara.

Sejajar dengan Pelan Strategik Perbendaharaan Malaysia, PSTM ini dirancang untuk tahun 2011 hingga 2014 dengan mengambil kira keperluan ICT semua bahagian di Perbendaharaan termasuk Bahagian Pengurusan Pinjaman Perumahan (BPP) dan Unit ePerolehan.

Melalui khidmat perundingan daripada Pasukan Perunding Strategik ICT MAMPU, BPTM dengan kerjasama daripada semua bahagian di Perbendaharaan telah bertungkus-lumus menggubal PSTM Per-bendaharaan.

Projek ini bermula dari bulan Jun sehingga Disember 2010. Sebanyak 4

teras, 41 Inisiatif dan 81 Program dengan anggaran kos keseluruhan sebanyak RM643,743,236.00 telah dirancang untuk dilaksanakan. Justeru itu, Pelan Tindakan yang efisyen turut dirangka dengan penyusunan aktiviti secara teratur melalui KPI yang realistik dan sesuai. Ini adalah bagi memastikan pelaksanaan setiap program berjalan dengan lancar dalam tempoh masa 4 tahun yang telah ditetapkan.

PSTM ini dijangka akan dikaji semula sekurang-kurangnya 2 tahun sekali. Ini adalah bagi membuka ruang yang lebih fleksibel kepada perubahan keperluan ICT di Perbendaharaan selaras dengan keperluan semasa dan akan datang.

Peneraju Kecemerlangan ke arah keunggulan Pengurusan Kewangan dan ekonomi negara.

1. Memperkasakan perkhidmatan melalui pembudayaan ICT sebagai pemangkin dalam pengurusan kewangan dan ekonomi Negara.

2. Melestarikan perkhidmatan ICT yang cekap dan berkesan sebagai pemangkin pengurusan kewangan yang cemerlang.

PENGENALAN

VISI ICT

MISI ICT

BULETIN ICT PERBENDAHARAAN EDISI 1 2011

8 | EDISI 1 2011

Page 9: muka surat: 11 4 PERBENDAHARAAN MALAYSIA TERAS DAN ... · Komputer tablet merupakan gajet yang telah dan ingin dimiliki oleh setiap peminat ... laksanakan secara perintis pada

Teras 1:

PEMANTAPAN PERKONGSIAN MAKLUMAT MELALUI PEMBANGUNAN DAN PENINGKATAN APLIKASI YANG BERKESAN

..................................

PERBENDAHARAAN

1.1 Pembangunan aplikasi baru

1.2 Peningkatan aplikasi sedia ada

1.3 Perluasan aplikasi sedia ada

1.4 Pengintegrasian aplikasi yang berpotensi

1.5 Pembangunan repositori maklumat

BPP

1.6 Pembangunan aplikasi baru yang lengkap berdasarkan web dan workflow

1.7 Pemantapan aplikasi sedia ada

1.8 Peluasan aplikasi sedia ada

UNIT eP

1.9 Pembangunan sistem baru

1.10 Penyelenggaraan aplikasi sedia ada

Teras 2:

PEMANTAPAN INFRASTRUKTUR ICT YANG STABIL DAN SELAMAT SEIRING DENGAN PERKEMBANGAN TEKNOLOGI TERKINI

..................................

PERBENDAHARAAN

2.1. Pemantapan pengurusan infrastruktur ICT Perbendaharaan

2.2. Pengukuhan keselamatan ICT Perbendaharaan

2.3. Pusat Data Hijau

BPP

2.4. Peningkatan infrastruktur ICT

2.5. Pemantapan keselamatan maklumat

2.6. Pemantapan infrastruktur yang berkesan

UNIT eP

2.7. Menaiktaraf infrastruktur ICT Sistem ePerolehan

2.8. Penyelenggaraan perkakasan, perisian serta infrastruktur Sistem ePerolehan

2.9. New Integrated Sistem eP

Teras 3:

PENGUKUHAN TADBIR URUS ICT

............................................

PERBENDAHARAAN

3.1. Pemantapan dan penguatkuasaan polisi dan prosedur ICT Perbendaharaan

3.2. Pewujudan dan pemantapan jawatan kuasa dan fungsi ICT yang lebih berkesan

3.3. Pengukuhan struktur organisasi

BPP

3.4. Penguatkuasaan polisi ICT

3.5. Pemantapan struktur organisasi ICT

3.6. Pengwujudan Jawatankuasa Pengurusan ICT dan penyelarasan jawatan kuasa sedia ada

UNIT eP

3.7. Pengambilalihan Sistem eP

3.8. Pengukuhan polisi dan dasar ICT berkenaan Sistem eP

3.9. Penambahbaikan sistem eP sedia ada selaras dengan perkembangan ICT semasa

3.10. Pewujudan Jawatan Kuasa Pengurusan ICT dan penyelarasan jawatan kuasa sedia ada

TERAS DAN INISIATIF PSTM PERBENDAHARAAN

1 2 3 4

Teras 4:

PENGUKUHAN MODAL INSAN DAN PEMBUDAYAAN ICT

..................................

PERBENDAHARAAN

4.1. Penambahbaikan dan pelaksanaan pelan latihan ICT

4.2. Pemantapan kepakaran ICT

4.3. Penerapan nilai self awareness dan kepekaan dalam penggunaan, kemahiran dan keselamatan ICT

4.4. Pembudayaan perkongsian maklumat

4.5. Pemantapan mekanisma penghargaan

BPP

4.6. Pendedahan budaya ICT di kalangan warga BPP

4.7. Peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan BPP

4.8. Pemantapan kepakaran ICT

UNIT eP

4.9. Peningkatan pengetahuan dan kemahiran ICT pengguna eP

4.10. Peningkatan tahap kemahiran ICT di kalangan warga eP

4.11. Penghargaan kepada pengguna PTJ dan pembekal

4.12. Menyediakan perkhidmatan sokongan untuk PTJ/pembekal di seluruh negara

Page 10: muka surat: 11 4 PERBENDAHARAAN MALAYSIA TERAS DAN ... · Komputer tablet merupakan gajet yang telah dan ingin dimiliki oleh setiap peminat ... laksanakan secara perintis pada

NO COMMAND MAKSUD CONTOH

1 “[perkataan]“ perkataan tepat “Google Web Toolkit” "data migration process"

2 +[perkataan] included perkataan Joomla Extension +event +calendar 3 -[perkataan] excluded perkataan Joomla Extension +event +calendar –directory 4 ~[perkataan] perkataan sama makna adobe cs4 ~tutorial

5 [perkataan] OR [perkataan] | pipelink

carian ATAU digital camera SONY OR NIKON SONY | NIKON

6 [nombor].. [nombor] carian julat war 2000...2005

7 * wildcard * acceptance test * per*an masa

8 define: maksud perkataan define:actuary

9 site: carian di laman tertentu perolehan site: gov.my physiotherapy site:edu.my

10 filetype:[jenis fail] carian dokumen mengikut jenis fail perkhidmatan awam filetype:ppt (ms powerpoint)

11 intitle:[perkataan] allintitle: allintitle:“[perkataan]”

dalam sebarang nama dokumen dalam semua nama dokumen semua [perkataan] dalam sebarang nama dokumen

intitle:perlembagaan malaysia

12 intext:[perkataan] allintext: [perkataan] allintext: “[perkataan]”

mengandungi [perkataan] dalam teks carian intext:berjaya

13 inurl:[perkataan] allinurl mengandungi [perkataan] dalam alamat halaman inurl:index -inurl:(htm|html|php)

inurl:config.txt site:gov.my

14 inlink:[perkataan] allinlink: mengandungi [perkataan] dalam pautan halaman tersebut inlink: "http://www.treasury.gov.my"

15 info:[website] info:www.treasury.gov.my 16 [no flight] flight info MH9006

17 [nombor] in [tukaran] in hex, in binary, in octal, in decimal 23 in binary 0b1101011 in decimal

18 kalkulator 2*5+(10-8)^2 19 kg in pound unit conversion cooking 11 pound to kg, 5 ounces to ml, 3 teaspoon to oz

20 rupiah to ringgit malaysia currency conversion 10000 Rupiah to Ringgit Malaysia

21 weather [nama Bandar] cuaca di sesebuah tempat weather WP Putrajaya 22 time [nama Bandar] waktu bagi sesebuah tempat time Kuala Lumpur

23 sunrise / sunset [nama Bandar]

waktu matahari terbit (sunrise) atau terbenam (sunset) bagi sesuatu tempat sunrise Kuala Lumpur

24 translate [perkataan] into [bahasa] terjemahan perkataan ke dalam sesuatu bahasa translate selamat pagi into german/arabic

25 movies [nama Bandar] carian waktu tayangan filem di pawagam mengikut tempat movies Putrajaya

Exercises: This problem set is designed to give you experiences with search operators and practice with specifying more precisely what you’re seeking by using the Advanced Search form. For hints and answers to selected problems, see the solutions page. (http://www.googleguide.com/solutions/#advanced_operators)

1. Use the site: operator to search for armchairs on IKEA’s site, www.ikea.com. 2. Use the Advanced Search form to find the page whose title is “Some Ways to Detect Plagiarism.” When the title is entered in lower-

case letters, the query box on the results page contains [allintitle: “ways to detect plagiarism”]. 3. Find all pages on google.com but not on answers.google.com nor on directory.google.com whose titles include the words “FAQ” or

“Help”. 4. Use the link: operator to see who links to googleguide.com, your company’s website, or your favorite website. 5. Find pages whose titles include surfing that are not about surfing the World Wide Web. 6. Find out where the upcoming international conference on AIDS is being held. 7. How can you search for [Google help] on Google Guide, www.googleguide.com, and on the UC Berkeley library website,

www.lib.berkeley.edu?

GOOGLE SEARCH TIPS BY COMMAND

BULETIN ICT PERBENDAHARAAN EDISI 1 2011

10 | EDISI 1 2011

Page 11: muka surat: 11 4 PERBENDAHARAAN MALAYSIA TERAS DAN ... · Komputer tablet merupakan gajet yang telah dan ingin dimiliki oleh setiap peminat ... laksanakan secara perintis pada

Mungkin anda pernah menerima gambar diambil menggunakan kamera digital yang dihantar menerusi e-mel dan mendapati ia terlalu besar untuk dipaparkan. Atau anda mungkin juga pernah meletakkan gambar di laman blog dan apabila disemak, paparannya lebih besar dari laman web anda.

Sebenarnya tidak ada masalah berlaku pada komputer atau e-mel. Imej yang lebih besar itu disebabkan ia mempunyai tahap kepadatan tinggi. Saiz gambar merujuk kepada dua unsur iaitu saiz yang diukur dalam unit sentimeter atau kepadatan resolusi imej yang dikenali sebagai DPI (titik seinci).

Lebih tinggi keupayaan sesebuah kamera digital yang diukur dalam bentuk megapixel itu, lebih tinggi kepadatan gambar yang akan dihasilkan. Gambar tinggi kepadatannya elok untuk cetakan, tetapi tidak sesuai untuk diletak di laman web atau dihantar menggunakan e-mel kerana masa lebih panjang diperlukan untuk proses penghantaran.

Untuk menyelesaikan masalah itu, anda dinasihatkan mengecilkan terlebih dulu saiz imej yang hendak dihantar. Kebiasaannya proses mengecilkan saiz imej memerlukan perisian sokongan seperti Adobe Photoshop atau Paint.

Ikuti langkah seperti berikut:

1. Cari imej yang ingin anda dikecilkan. 2. Klik di atas imej menggunakan butang tetikus sebelah

kanan. 3. Pemilihan saiz akan muncul dan pilih saiz sesuai. 4. Satu imej baru yang bersaiz kecil seperti dikehendaki

akan diwujudkan secara automatik dengan tambahan perkataan (small) di belakang nama yang asal.

BULETIN ICT PERBENDAHARAAN EDISI 1 2011

11 | EDISI 1 2011

KECILKAN SAIZ IMEJ SEBELUM DIHANTAR KE WEB ATAU EMEL

Kemudian hantarkan imej itu melalui e-mel atau ke blog seperti biasa. Perbezaannya dapat dilihat apabila imej itu dipaparkan oleh perisian e-mel penerima atau di laman blog anda. Jika dulu imej dipaparkan besar sehingga sukar hendak dilihat, menggunakan teknik ini gambar yang diterima lebih kecil, menjadikannya lebih cepat untuk dipindah turun dan lebih mudah diuruskan.

Bagaimanapun, teknik ini tidak sesuai untuk penghantaran imej yang akan dicetak atau disunting kerana kepadatan atau resolusi gambar sudah berkurangan dengan banyak.

Jika anda tahu penerima hendak mencetak gambar yang diterima, maka hantarkan imej bersaiz asal tanpa diubah. Kemudahan pengecilan imej bersaiz besar memang wujud dalam sesetengah perisian, tapi ia tidak mengurangkan kepadatan dan saiz sebenar gambar itu.

Sumber: http://pmr.penerangan.gov.my

Selain daripada itu, cara lain yang disyorkan adalah menggunakan

Image Resizer yang boleh dipindah turun secara percuma.

Kelebihannya berbanding perisian lain ialah:

• Gambar boleh dikecilkan ketika proses pemilihan.

• Tidak perlu melancarkan perisian dan mengikuti arahan panjang.

Alamat laman web untuk memindah turun Image Resizer adalah

http://download.microsoft.com/download/whistler/Install/2/WXP/EN-

US/ImageResizerPowertoySetup.exe.

Page 12: muka surat: 11 4 PERBENDAHARAAN MALAYSIA TERAS DAN ... · Komputer tablet merupakan gajet yang telah dan ingin dimiliki oleh setiap peminat ... laksanakan secara perintis pada

04 : APRIL Aha Isn Sel Rab Kha Jum Sab 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30

Kursus ICT Perbendaharaan, 2011

05 : MEI Aha Isn Sel Rab Kha Jum Sab 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31

Kursus ICT Perbendaharaan, 2011

06 : JUN

Aha Isn Sel Rab Kha Jum Sab 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30

Kursus ICT Perbendaharaan, 2011

6-7/4/2011 Kursus Grafik

18/4/2011 Latihan Asas Penyelenggaraan PC (Sesi 1)

19/4/2011 Penggunaan Emel Secara Berkesan - Zimbra (Sesi 2)

14-16/6/2011 MS PowerPoint 2007/2010 (Sesi 2) - Basic & Intermediate

21/6/2011 Latihan Asas Penyelenggaraan PC (Sesi 2)

22-23/6/2011 Kursus OpenOffice.org

BULETIN ICT PERBENDAHARAAN EDISI 1 2011

12 | EDISI 1 2011

KALENDAR LATIHAN ICT

April-Jun 2011

9/5/2011 Penggunaan Emel Secara Berkesan - Zimbra (Sesi 3)

11-12/5/2011 MS Excel 2007/2010 (Sesi 2) - Basic & Intermediate

25-26/5/2011 MS Word 2007/2010 (Sesi 2) - Basic & Intermediate

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://training.treasury.gov.my