muka depan

Click here to load reader

Post on 12-Aug-2015

163 views

Category:

Documents

5 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PBS

TRANSCRIPT

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PENGENALAN Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kemneterian Pelajaran Malaysia. Program ini diharapkan dapat memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan dari perspektif seorang guru. Program ini memberi peluang kepada pelajar memahami sekolah sebagai institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah. Melalui PBS, guru pelatih dapat memahami tingkah laku murid,pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah untuk menyepadukan teori dan amalan dalam konteks pengajaran pembelajaran. Ringkasnya, dengan menjalani program PBS pelajar akan lebih memahami bagaimana seorang guru mengajar, bagaimana murid belajar dan bagaimana pengurus sekilah mentadbir sekolah.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Nama : Nurisina Felina Binti Mhaykan No. Kad Pengenalan : 920525-12-6776 Major : Bahasa Melayu Ambilan : Jan 2012

Tarikh Pbs : 5 Mac 2012

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PERNYATAAN SEBELUM PBSSeminggu sebelum menjalani PBS, kami semua diberi taklimat mengenai PBS di Dewan Zaba pada 28 Februari yang lepas. Taklimat PBS disampaikan oleh Encik Johari dari Jabatan Praktikum. Taklimat diadakan selama 2 jam bermula dari pukul 8:30 pagi sehingga 10:30 pagi. Sepanjang 2 jam taklimat diadakan, kami semua diberi pendedahan mengenai konsep PBS dan bagaimana pelaksanaannya dilakukan. Hal ini demikian kerana, ini kali pertama kami semua pergi ke sekolah untuk menjalani PBS. Pelbagai soalan yang ditujukan kepada Encik Johari berkenaan dengan PBS. Kemudian, kami diminta untuk pergi ke Jabatan Praktikum untuk menyemak semula nama dan alamat sekolah tempat kami menjalani PBS. Kami perlu menyemak semula semua maklumat mengenai sekolah dan kemudian kami diberi surat rasmi daripada pihak kampus yang mana merupakan surat penempatan rasmi PBS. Bagi melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) siri pertama, saya telah memilih Sekolah Kebangsaan Kidurong, Bintulu, Sarawak. Saya berasa agak teruja dan gementar kerana inilah kali pertama saya pergi ke sekolah selama seminggu. Ini adalah untuk melaksanakan tugasan yang diberikan dan melihat bagaimana pihak sekolah menjalankan pentadbiran mereka serta meninjau proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam kelas. Walaupun begitu, keinginan yang kuat untuk mengenali sekolah ini telah membuatkan saya berharap agar mendapat sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman yang berguna apabila berada di sekolah nanti. Saya ingin mengetahui bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas serta bagaimana sesebuah sekolah mengendalikan pentadbirannya. Selain itu, saya ingin melihat semua guru mengendalikan proses Pengajaran dan Pembelajaran di luar bilik kelas, contohnnya seperti kelas Pendidikan Jasmani. Jadi, saya mengharapkan banyak pengalaman yang saya peroleh semasa berada di sekolah nanti akan menjadi suatu pengalaman baharu yang akan menjadikan saya lebih berkobar-kobar untuk menjadi seorang guru yang berdedikasi dan berintegriti. Insyaallah.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUSHARI PERTAMA (ISNIN, 5 MAC 2012) Pada hari pertama melangkahkan kaki ke sekolah SK Kidurong ini sekitar pukul 6.30 am. Di SK Kidurong, kelas bermula pada pukul 7.00 am. Saya, Sofianah, dan Abdul Wail melaksanakan PBS di SK Kidurong, Bintulu, Sarawak. Kami memulakan PBS kami dengan pergi ke pejabat guru besar untuk melaporkan diri. Akan tetapi, pada masa kami melaporkan diri, Guru Besar sedang bercuti dan akan pergi ke sekolah pada hari selesa, iaitu hari kedua kami PBS. Oleh kerana Guru Besar tiada, kami diuruskan oleh guru PK1, cikgu Sim Anak Chandang. Cikgu Sim meminta kami duduk di meja guru sebelum kami diberi sedikit taklimat mengenai Sekolah Kebangsaan Kidurong ini. kami memulakan sesi PBS dengan berkenalan dengan cikgu Sim, Penolong Kanan HEM iaitu Puan Hasimah Bt Wahab, guru-guru SK Kidurong, kakitangan awam dan kerani. Budaya di SK Kidurong ini yang dapat saya lihat ialah loceng akan berbunyi setiap kali pertukaran kelas berlaku. Ini memudahkan guru-guru di SK Kidurong untuk mengetahui masa mereka mengajar dalam kelas dan memudahkan jadual waktu Pengajaran dan Pembelajaran berjalan dengan lancar. SK Kidurong terdapat 23 bilik darjah dan mempunyai lima kelas daripada tahun 1 hinggalah tahun 6. Iaitu Anggerik, Cempaka, Kenanga, Mawar, Selasih. Selepas itu, cikgu Sim memberi jadual guru-guru SK Kidurong kepada kami. Kami memilih untuk memasuki kelas 6C (6 Cempaka), pada pukul 8.05 am hinggalah 9.35 am. Cikgu yang mengajar pada masa itu ialah Cikgu Ernah. Kami ingin melihat kaedah-kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang cikgu Ernah laksanakan dalam kelas 6C. Cikgu Hasimah membawa kami ke pejabat Cikgu Ernah untuk memaklumkan kehadiran kami. Kami berkenalan dengan cikgu Ernah dan berbual serba sedikit tentang murid dan sekolah.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Semasa berada dalam kelas, saya dan kawan-kawan membuat pemerhatian tentang cara bagaimana cikgu Ernah mengajar dan sikap murid-murid kelas 6C. Sebelum mengajar, cikgu Ernah akan menyuruh semua murid membersihkan tempat masing-masing dan susun meja kemas-kemas. Cikgu Ernah mengajar subjek Bahasa Malayisa dan cikgu Ernah mengajar mengikut Sukatan Pelajaran dan melaksanakan Sek Induksi untuk proses Pengajaran dan Pembelajaran dengan baik dan berkesan. Selepas kami melihat kaedah pengajaran yang dilaksanakan oleh cikgu Ernah, kami berkolaborasi dan bertukar pendapat dengan cikgu Ernah tentang pelajar, sekolah dan sebagainya. Seterusnya, kami diminta untuk sit in (menggantikan cikgu) di kelas tahun 6D dan 4A. kami hanya berkenalan dan membuat sedikit permainan dengan pelajar-pelajar 6D. Akan tetapi berbeza dengan kelas 4A, kami hanya meninjau mereka membaca buku-buku cerita kerana pada masa itu mereka dalam program NILAM. Akhir sekali, kami melaporkan diri untuk pulang dengan menulis di buku catatan kehadiran guru-guru SK Kidurong sebagai bukti kami melaksanakan PBS di sekolah ini. sesi akhir SK Kidurong pada pukul 12.30 pm setiap hari isnin,selasa dan rabu. Hari khamis pula, sesi akhir pada pukul 12.50 pm dan hari jumaat, sesi akhir pada pukul 11.30 am.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

HARI KEDUA (SELASA, 6 MAC 2012) Pada hari kedua kami melangkahkan kaki ke SK Kidurong pada pukul 6.45 am. Kami terus ke bilik guru untuk mencatat dan merekod kehadiran kami untuk semakan Guru besar. Pada hari ini adalah sesi pertemuan kami dengan Guru Besar. Hal ini demikian kerana, Guru Besar baru lepas bercuti. Guru Besar memberi penghargaan kepada kami dengan mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kedatangan kami. Guru besar meminta borang pengenalan diri kami dan memberi kebenaran untuk kami melawat semua tempat di SK Kidurong. Guru besar memberitahu kami tentang visi,misi dan moto sekolah SK Kidurong. Selain itu, kami diberi nasihat dan panduan untuk menjadi seorang guru yang berkaliber. Guru Besar menyuruh kami menghadiri mesyuarat guru-guru sebagai pengalaman kami apabila mengajar kelak. Selepas sesi bertemu bual dengan Guru Besar, kami pergi ke kelas 6K dan 5K untuk melihat kaedah pengajaran yang cikgu-cikgu laksanakn. Selesai kami melihat kaedah pengajaran cikgu-cikgu dalam kelas, kami pergi berjumpa dengan GPK HEM , GPK KOKURIKULUM, Guru Akademik, Guru PJ, Ustazah, Kakitangan Awam, dan Pelajar untuk berkolaborasi. Akhir sesi persekolahan, kami pulang pada pukul 12.30 dan mencatat rekod kehadiran kami di bilik guru sebagai bukti kehadiran kami melaksanakan PBS di SK Kidurong.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

HARI KETIGA (RABU, 7 MAC 2012) Pada hari ini pula kami melangkahkan kaki pergi ke sekolah pada pukul 6.30 am. Kami terus pergi ke pejabat guru untuk merekod dan mencatat kehadiran kami sebagai bukti kami berada dalam sekolah melaksanakan PBS. Kami tidak melihat cikgu-cikgu mengajar dalam kelas pada hari ini tetapi akan masuk ke kelas menggantikan cikgu. Kami diminta masuk ke kelas tahun 4K dan 5S. kami menggunakan pengalaman kami yang semalam untuk menghadapi murid dalam kelas 4K dan 5S. 4K adalah kelas pertengahan manakala 5S adalah kelas yang hujung dan nakal. Kami perlu mempelbagaikan cara kami menghadapi murid-murid ini. Kami memperkenalkan diri dan melaksanakan aktiviti permainan untuk mereka sahaja dan bukan mengajar. Murid-murid di SK Kidurong menyukai guru-guru baharu. Tetapi ada juga kelas yang tidak menyukai guru baharu, mereka lebih suka kelas mereka dimasuki oleh guru lama mereka. SK Kidurong merupakan sekolah yang ceria dan bersih. Hal ini demikian kerana, murid-murid SK Kidurong mempunyai jadual bertugas untuk membersihkan kawasan sekolah setiap pagi dan dipantau oleh cikgu. Kami pulang lewat pada kali ini kerana ingin menghadiri mesyuarat guru-guru yang diadakan di Makmal Komputer Sk Kidurong yang bermula pada pukul 2.00 pm. Walaupun masa dinyatakan pukul 2.00 pm tetapi ada juga guru-guru yang datang lewat. Guru besar seorang tegas dan merupakan Guru Besar Cemerlang. Beliau menegur secara halus kepada guru-guru yang datang lambat ke mesyuarat tetapi dalam nada suara yang tegas dan berhemah. Mesyuarat itu membincangkan tentang 6 agenda. Semua agenda itu mengenai pencapaian sekolah, pencapaian akademik murid, sahsiah guru dan sebagainya. Banyak pengalaman yang kami perolehi sepanjang berada dalam mesyuarat. Kami dapat membuka minda dan hati kami untuk bersedia dari segi mental dan fizikal apabila bergelar seorang guru kelak. Seterusnya, guru besar meminta pandangan dan cadangan guru-guru dalam menyelesaikan sesuatu masalah seperti pelajar yang bermasalah daripada segi menulis, membaca san sebagainya.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Kami diminta hanya mendengar dan melihat perbincangan guru-g