muka 5 muka 7 muka 11 amal dasar terbuka - selangorkini.my · timbangan majlis mesyuarat kerajaan...

23
MediaSelangor selangortv.my Media_Selangor www.selangorkini.my RUMAH SELANGORKU HADIAH ISTIMEWA RAKYAT muka 11 UNISEL BANGUN PENDIDIKAN NEGERI muka 7 KOMITED BANGUN SMART SELANGOR muka 5 AMAL DASAR TERBUKA OLEH LIZAWATI MADFA KUALA LUMPUR - Penjawat awam Selangor dijamin be- bas daripada campur tangan dan desakan politik dalam membuat sebarang kepu- tusan membabitkan urusan negeri dan rakyat. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ber- kata, pentadbirannya sentia- sa memberi ruang kepada pegawai kerajaan menyua- rakan pandangan bagi per- timbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Katanya, jika pegawai ti- dak diberikan ruang bersua- ra, ia dibimbangi menjadi budaya yang bakal mero- sakkan demokrasi dalam ne- gara. “Sebagai contoh, apabi- la kita siapkan kertas Exco, Pegawai Daerah dapat beri- kan pandangan dan ulasan cukup professional tanpa menunggu pengaruh ekse- kutif atau parti politik. “Kalau ini dapat diperta- hankan, saya percaya Sela- ngor akan terus maju pada masa akan datang,” katanya. BERSAMBUNG DI MUKA 3 PERCUMA 17 - 23 Januari 2018, 29 Rabi'ulakhir - 6 Jamadilawal 1439

Upload: phungtruc

Post on 26-May-2019

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: muka 5 muka 7 muka 11 AMAL DASAR TERBUKA - selangorkini.my · timbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Katanya, jika pegawai ti- dak diberikan ruang bersua-ra, ia dibimbangi

MediaSelangorselangortv.my

Media_Selangorwww.selangorkini.my

RUMAH SELANGORKU HADIAH ISTIMEWARAKYATmuka 11

UNISEL BANGUN PENDIDIKAN NEGERI muka 7

KOMITED BANGUN SMART SELANGOR

muka 5

AMAL DASAR TERBUKA OLEH LIZAWATI MADFA

KUALA LUMPUR - Penjawat awam Selangor dijamin be-bas daripada campur tangan dan desakan politik dalam membuat sebarang kepu-tusan membabitkan urusan negeri dan rakyat.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ber-kata, pentadbirannya sentia-sa memberi ruang kepada pegawai kerajaan menyua-rakan pandangan bagi per-timbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Katanya, jika pegawai ti-dak diberikan ruang bersua-ra, ia dibimbangi menjadi budaya yang bakal mero-sakkan demokrasi dalam ne- gara.

“Sebagai contoh, apabi-la kita siapkan kertas Exco, Pegawai Daerah dapat beri-kan pandangan dan ulasan cukup professional tanpa menunggu pengaruh ekse-kutif atau parti politik.

“Kalau ini dapat diperta-hankan, saya percaya Sela-ngor akan terus maju pada masa akan datang,” katanya.

BERSAMBUNG DI MUKA 3

PERCUMA 17 - 23 Januari 2018, 29 Rabi'ulakhir - 6 Jamadilawal 1439

Page 2: muka 5 muka 7 muka 11 AMAL DASAR TERBUKA - selangorkini.my · timbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Katanya, jika pegawai ti- dak diberikan ruang bersua-ra, ia dibimbangi

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda 2

UtamaSelangorKini 17 - 23 Januari 2018

Calon Perdana Menteri PAKATAN

Terus pertahanagenda reformasiOLEH HAFIZAN TAIB

GOMBAK - Pemilihan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PAKATAN) tidak me-minggirkan agenda reformasi diperjuangkan KEADILAN, sejak sekian lama.

Malah, Timbalan Presiden-nya, Dato’ Seri Mohamed Az-min Ali berkata, keputusan itu dibuat bagi merealisasikannya apabila PAKATAN berjaya me-ngambil alih tampuk pentadbir-an negara selepas pilihan raya umum (PRU) nanti.

“Saya antara mereka yang pertama bertemu dengan Dr Mahathir bagi membincangkan berkenaan perkara ini, kira-kira tiga tahun lalu.

“Kita gembira dengan per-setujuan beliau dan menerus-kan agenda reformasi diper-juangkan selama ini,” katanya

kepada media selepas majlis penyerahan Masjid Zakaria dan solat Jumaat di sini, pada 12 Januari lalu.

Konvensyen PAKATAN baru-baru ini, memutuskan Dr Ma-hathir dan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri jika gabungan itu berjaya me-ngambil alih kerajaan daripada Umno-Barisan Nasional (BN) selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata, persetujuan Dr Mahathir itu selari dengan kehendak semua pihak dalam PAKATAN berbanding cadangan asal mantan perdana menteri itu yang hanya mahu menjatuh-kan Datuk Seri Najib Razak.

“Ia adalah keputusan dan cadangan dikemukakan PAKA-TAN kepada rakyat, maka jika rakyat menerima dengan baik

seorang pemimpin 93 tahun untuk mengetuai kerajaan jika kita mengambil alih (kerajaan), mengapa tidak?” soalnya.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata, beliau akan memberi tumpuan bagi pem-bangunan Selangor selaku Dato’ Menteri Besar.

“Kita adalah penyumbang besar kepada Keluaran Negara Kasar Negara (KDNK), maka saya bersama pimpinan negeri akan mmeberi tumpuan, khususnya untuk pembangunan Selangor.

“Duli Yang Maha Mulia Sul-tan Selangor, Sultan Sharafud-din Idris Shah juga menitah-kan amat berpuas hati dengan prestasi Kerajaan Negeri, maka saya akan fokus terhadap pen-tadbiran negeri,” katanya me-nambah sebahagian pimpinan PAKATAN akan memberi tum-puan terhadap perkembangan di peringkat pusat.

Mohamed Azmin akan meneruskan agenda membangunkan Selangor bagi memastikan kebajikan rakyat, di negeri itu terus terbela

Tiada keperluan pilihan raya negeri awalGOMBAK - Tiada keperluan bagi Kerajaan Negeri mengadakan pi-lihan raya negeri lebih awal ke-rana tempoh perkhidmatan bagi penggal ini akan berakhir tidak lama lagi.

Sehubungan itu, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, cadangan disuara-kan Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard tidak lagi relevan buat masa ini.

“Sudah tentu cadangan ini ti-dak munasabah kerana ia akan menimbulkan ke-resahan dalam kala-ngan rakyat dan juga menyebabkan kos lebih besar kerana kita perlu bertang-gungjawab terha-dap wang rakyat.

“Jika cadangan ini dibuat seta-hun lalu, mungkin ia boleh dibin-cangkan berhubung kewajaran mengadakannya lebih awal,” ka-tanya.

Beliau berkata, tumpuan Kera-jaan Negeri ketika ini adalah bagi meningkatkan perkhidmatan dan menyelesaikan masalah rakyat seperti ditegaskan dalam Konvensyen Pakatan Harapan (PAKATAN), baru-baru ini.

Katanya, kenyataan bahawa KEADILAN Selangor tidak bersa-ma dengan parti lain dalam PA-

KATAN dalam menandata- ngani resolusi bersama

gabungan itu adalah tudu-han jahat bertujuan mela-ga-lagakan antara sesama parti di dalamnya.

“Semua resolusi dan cadangan dibentangkan dalam konvensyen perlu diterjemahkan dalam ben-tuk tindakan menjelang pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Kenal pasti gantian paip bocor SHAH ALAM - Sebanyak 84 hotspot membabitkan paip sepanjang 425.7 kilometer (km) dikenal pasti untuk tujuan peng-gantian paip seluruh negeri bagi tempoh 2016 hingga 2019.

Pengurus Operasi Air Sela-ngor, Ir Abas Abdullah berkata, tiga fasa gantian paip membabit-kan peruntukan keseluruhan RM248.7 juta.

“Daripada jumlah itu, 27

hotspot baru membabitkan Pakej 11B-14 de-ngan kos projek RM97 juta menerusi sumber dana RM93 juta hasil pinjaman Kera-jaan Negeri, pada 2018 dan 2019.

“Penganugerahan tender dibuat, pada suku tahun kedua 2018 dan dijangka siap secara berperingkat menjelang Disem-ber 2019,” katanya.

Untuk rekod katanya, 23 hotspot membabitkan fasa per-

tama yang dilaksanakan sejak 2016 lalu dijangka siap Januari ini.

Katanya, ia membabitkan projek pembinaan RM125.6 juta dengan sumber RM50 juta di-peroleh daripada SYABAS dan RM75.6 juta daripada Geran Ke-rajaan Selangor.

“Semua projek dianugerah-kan kepada kontraktor berjaya dan projek sedang dalam pe-

ringkat pembinaan,” katanya.Sementara itu, bagi fasa ke-

dua, semua projek pembaikan 34 hotspot dianugerahkan ke-pada kontraktor dengan jumlah keseluruhan projek RM155 juta.

“Sumber dana 2017 membabitkan peruntukan RM55 juta dan RM100 juta untuk 2018 diterima daripada suntikan pin-jaman Kerajaan Selangor,” ka-tanya.

Aduan air turun ��%SHAH ALAM - Aduan masalah gangguan air membabitkan ko-muniti setempat, di Selangor berkurangan 20 peratus bagi tempoh 2017.

Pengurus Operasi Air Sela-ngor, Ir Abas Abdullah menyifat-kan kejayaan itu sebagai perkem-bangan positif hasil pelaksanaan penstrukturan air negeri.

“Kebanyakan aduan yang kami terima sebelum ini adalah daripada rungutan pengguna yang membuat aduan terhadap masalah gangguan air setempat.

“Namun, aduan ini berjaya dikurangkan sebanyak 20 pera-tus hasil gerak kerja dan komit-men pengurusan air Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian pada

sesi Taklimat Jawatakuasa Pilih-an Khas Pengurusan Sumber Air Selangor (JPK-SAS), di Ba-ngunan Annexe, pada 16 Januari lalu.

Terdahulu, CRIS atau ‘Cus-tomer Information Systems’ di-perkenalkan Air Selangor dalam memastikan perkhidmatan pe-ngurusan air yang lebih efektif dan efisien.

Inisiatif reformasi baru Air Se-langor itu bertujuan memberi-kan perkhidmatan terbaik ke-pada pelanggan, pengguna dan pembayar bil.

Sistem baru terbabit meng-gantikan sistem pengebilan lama yang berkemampuan memberikan perkhidmatan le-bih baik kepada pelanggan.

Page 3: muka 5 muka 7 muka 11 AMAL DASAR TERBUKA - selangorkini.my · timbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Katanya, jika pegawai ti- dak diberikan ruang bersua-ra, ia dibimbangi

Utama3SelangorKini 17 - 23 Januari 2018

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Terima pandangan semua

Pentadbiran negerikekal sistem demokrasi

BERSAMBUNG DARI MUKA DEPAN

Beliau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Sempena Per-saraan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Selangor, di sebuah hotel, di sini, pada 11 Januari lalu.

Mohamed Azmin turut me-ngakui pengalamannya dalam perkhidmatan awam sebagai pa-ling manis dan bermakna sepan-jang usianya.

Katanya, pengalaman di-hantar menjalani kursus di Uni-ted Kingdom pada 1997 turut memberi pengajaran penting kepadanya sebagai penjawat awam.

“Saya dapat rumuskan ang-gota perkhidmatan awam di sana tegas dalam memperta-hankan kedaulatan dan kepent-ingan rakyat tanpa membiarkan campur tangan dan kuasa poli-tik sekalipun parti pemerintah berubah.

“Suatu masa dahulu, anggota perkhidmatan awam Malaysia juga di antara yang terbaik di ran-tau ini.

“Saya mahu kegemilangan ini dapat dihidupkan semula sama ada di Selangor mahupun di pe-ringkat persekutuan,” katanya.

Mohamed Azmin beramah mesrabersama anggota pentadbiran Kerajaan Negeri, di Hotel MandarinOriental, Kuala Lumpur

Pegawai bersara digalak tulis buku kongsi pengalamanKUALA LUMPUR - Pegawai ber-sara dicadang untuk berkongsi pengalaman dan ilmu perkhid-matan mereka dalam bentuk penerbitan buku, seru Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Dato’ Menteri Besar itu ber-kata, hasil perkongsian itu adalah aset penting kepada pegawai muda terutamanya dalam menangani isu rakyat.

Katanya, pengalaman yang dibukukan itu tidak dapat di-peroleh menerusi kuliah mahu-pun buku akademik.

“Pengalaman mereka yang bersara itu semua amat besar,

jadi saya ingin cadangkan ka-lau ada masa selain jaga keluar-ga dan cucu, tulis dan bukukan pengalaman berharga selama bergelar penjawat awam.

“Saya amat berharap ilmu itu dapat diturunkan kepada ge- nerasi akan datang dan per-caya ia usaha baik bagi menja-min kelangsungan kepimpinan terbaik,” katanya.

Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Apresiasi Sempena Per-saraan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Selangor, khusus bagi meraikan persaraan mantan Pegawai Kewangan Negeri, Dato’

Noordin Sulaiman, mantan Pega-wai Daerah Petaling, Dato’ Mohd Misri Idris dan mantan Panglima Markas 11 Briged, Briged Jeneral Abd Kadir Ahmad.

“Kita mahu menzahirkan rasa penghargaan kepada tiga pegawai kanan Kerajaan Ne-geri yang banyak menabur bakti dan jasa untuk memba-ngunkan Selangor demi ke- sejahteraan rakyat.

“Saya ingin merakamkan terima kasih tidak terhingga atas sumbangan penting ka-lian untuk negeri dan rakyat,” katanya.

Mohamed Azmin menyerahkan cenderahati kepada mantan Pega-wai Kewangan Negeri, Dato’ Noordin Sulaiman sempena Majlis Apresiasi Persaraan Pegawai Kanan Kerajaan Selangor

Pemimpin mesti ada sikap ‘walk the talk’BANGI - Pemimpin politik diingatkan su-paya tidak bersikap suka menabur janji kosong kepada rakyat seperti diamalkan pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN).

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali berkata, sebagai pe-mimpin, seseorang itu perlu memiliki si-kap ‘walk the talk’ atau bertanggungjawab terhadap setiap janji yang dilafazkan.

“Siapa pun boleh menabur janji tetapi apa yang penting, sebagai pemimpin ber-tanggungjawab kita mesti ‘walk the talk’, apa dijanjikan perlu ditunaikan,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika me-ngulas kenyataan Pegawai Khas Perdana Menteri, Isham Jalil kononnya Umno-BN mahu menurunkan cukai hartanah di Se-langor bagi mengurangkan harga rumah,

kos perniagaan serta harga barangan dan perkhidmatan.

Mohamed Azmin berkata, berbeza dengan Kerajaan Negeri hari ini, pentad-birannya sentiasa berusaha memastikan kesejahteraan rakyat negeri termaju itu ditingkatkan melalui pelbagai dasar dan program yang dilaksanakan.

Katanya, situasi itu berbeza ketika Umno-BN mentadbir Selangor yang dili-hat lebih mementingkan kepentingan kedudukan politik dan kroni masing-ma-sing.

“Sebagai pembangkang, mereka boleh janjikan semua perkara tetapi saya kira dasar Kerajaan Negeri hari ini memberi manfaat langsung kepada rakyat untuk mengurangkan bebanan kos sara hidup,” katanya.

Page 4: muka 5 muka 7 muka 11 AMAL DASAR TERBUKA - selangorkini.my · timbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Katanya, jika pegawai ti- dak diberikan ruang bersua-ra, ia dibimbangi

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda 4

UtamaSelangorKini 17 - 23 Januari 2018

SIDANG PENGARANGPENASIHAT: Lembaga Editorial CCSB

PENGARANG KUMPULAN: Mohsin AbdullahKETUA PENGARANG: Cecelia Alphonsus

PENGARANG : Nurul Farina NazlanPENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa Afeera

WARTAWAN: Hafizan Taib: [email protected],

Nazli Ibrahim: [email protected], Afix Redzuan: [email protected],

Lizawati Madfa: [email protected], Norhayati Umor: [email protected],

Ermizi Muhamad : [email protected] Aziz : [email protected] Fathil : [email protected]

JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN:Nadhrah Azlan : [email protected] l 03-5523 4856 (ext 117)

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin, Shuaib Ayob & Hafiz OthmanGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

Prihatin nasib rakyat

Kerajaan Negeri selesai masalah peneroka

OLEH NAZLI IBRAHIM

BANGI - Masalah penempatan dihadapi peneroka tanah Kera-jaan Persekutuan akhirnya dise-lesaikan Kerajaan Negeri apabila enam peneroka terbabit diberi tanah kediaman, di Taman Mas, Kajang.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ber-kata, hal itu ekoran tanah yang didiami peneroka terbabit akan dibangunkan projek pembangu-nan wad tambahan wanita dan kanak-kanak oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Ini keputusan Kerajaan Ne-geri untuk menyelesaikan ma-salah penempatan peneroka tanah Kerajaan Persekutuan memandangkan ada cadangan pembangunan untuk mem-bangunkan wad tambahan un-tuk wanita dan kanak-kanak, di tapak berkenaan.

“Tapak tanah ini milik Kera-jaan Persekutuan tetapi kita merasakan tanggungjawab ber-sama untuk melihat bagaimana peneroka ini dapat ditempatkan di satu tempat kekal dan pem-bangunan dapat diteruskan.

Mohamed Azmin bergambar kenangan bersama peneroka yang menerima Notis 5A daripada Kera-jaan Negeri memastikan mereka memiliki kediaman selesa

Peluang �� tahun Umno-BN sia-siaBANGI - Rakyat Selangor diingat-kan supaya tidak lagi terpedaya dengan janji palsu ditabur Umno-Barisan Nasional (BN) bagi meraih sokongan, dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ke-pura-puraan Umno-BN dapat dili-hat apabila mereka tidak mengen-dahkan untuk melaksanakan dasar mementingkan kebajikan rakyat semasa diberi peluang lebih 50 ta-hun berkuasa, di Selangor.

“Sebagai pembangkang, me-reka boleh janjikan semua perka-

ra tetapi saya kira dasar Kerajaan Negeri hari ini memberi manfaat langsung kepada rakyat untuk mengurangkan bebanan kos sara hidup.

“Contohnya, enam keluarga yang mendapat tanah (pada 11 Januari lalu) diberi pilihan sama ada membayar premium semasa mengikut Kanun Tanah Selangor atau minimum RM1,000 sahaja,” ka-tanya.

Beliau berkata demikian me-ngulas kenyataan Pegawai Khas Perdana Menteri, Isham Jalil konon-nya Umno-BN mahu menurunkan

cukai hartanah, di Selangor bagi mengurangkan harga rumah, kos perniagaan serta harga barangan dan perkhidmatan jika berjaya mentadbir semula negeri itu.

Sebelum ini, pemimpin Umno-BN , pada 2008 yakin mereka tidak akan dapat ditumbangkan parti pembangkang dan kekal berkuasa selamanya, di negeri temaju itu.

Keadaan terbabit menyebab-kan pemimpin Umno, pada masa itu dilihat sebagai golongan elit dan angkuh di mata masyarakat kerana kedudukan tinggi dan ke-mewahan dimiliki.

Sembah tahniah Hari Keputeraan Tengku Amir ShahSHAH ALAM - Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Sela-ngor, Tengku Amir Shah berke-nan menerima ucapan sembah tahniah daripada Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sempena sambutan Hari Ke-puteraan baginda.

Dalam majlis ringkas berlang-sung di pejabat Raja Muda Se-langor, di Tingkat 24 Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Mohamed Azmin menyem-

bahkan surat ucapan tahniah dan cenderahati kepada baginda.

Tengku Amir Shah dipute-rakan, pada 12 Disember 1990 merupakan putera tunggal kepa-da Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj.

Baginda mempunyai dua orang kakanda sebapa iaitu Teng-ku Zerafina dan Tengku Zatashah.

Baginda berjaya menamatkan pengajian di Wellington College, United Kingdom, pada 2009.

“Dengan sokongan dan ker-jasama Pegawai Daerah Hulu Langat serta pegawai Pejabat Tanah dan Daerah Kerajaan Ne-

geri, maka kita dapat selesaikan perkara ini dengan baik dengan enam keluarga diberi pemilikan tanah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Notis 5A di Pejabat Tanah dan Dae-rah Hulu Langat, di sini, pada 11 Januari lalu.

Mohamed Azmin berkata, penerima tanah terbabit juga diberi tawaran sama ada mahu membayar mengikut nilai sema-sa seperti tertakluk dalam Kanun Tanah Selangor atau bayaran minima RM1,000 sahaja.

Katanya, tawaran itu dibuat bagi menggalakkan peneroka terbabit tidak menjual tanah masing-masing, sebaliknya me-wariskannya kepada generasi akan datang.

“Tiada negeri dalam ne-gara ini memberikan tawaran sedemikian.

"Memandangkan mereka dari keluarga yang susah, maka kita berikan pilihan itu asalkan mereka tidak menjual tanah terbabit kepada pihak lain,” ka-tanya.

Page 5: muka 5 muka 7 muka 11 AMAL DASAR TERBUKA - selangorkini.my · timbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Katanya, jika pegawai ti- dak diberikan ruang bersua-ra, ia dibimbangi

Pelbagai inisiatif tahun 2018

SSDU terus beraksi jayakan Smart SelangorOLEH LIZAWATI MADFA

Selepas pelaksanaan inisiatif penting pada 2017, Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) kini bersedia untuk melancarkan beberapa inisiatif baharu pada 2018.

Timbalan Pengarahnya, Dr Fahmi Ngah berkata, Traffic Monitoring System akan diperkasa dengan me-letakkan kamera yang berupaya mengira jumlah ken-deraan melalui laluan tertentu selain menganggarkan penjanaan karbon dioksida oleh kenderaan berke-naan.

Katanya, data berkenaan berguna dalam usaha me-nyelesaikan masalah berkaitan seperti kesesakan lalu lintas, kemalangan dan kematian akibat kemalangan serta pencemaran udara.

"Kita juga akan cuba dan demonstrasi sistem Digital Wallet yang menyimpan duit serta dokumen penting seperti kad pengenalan, lesen memandu dan baucar secara digital.

"Dengan 'cashless society', ia lebih memudahkan orang ramai untuk urusan jual beli sama ada di pasar raya besar juga pasar malam," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi dialog Seminar Halatuju Penyelidikan Bidang-bidang Strategik Utama

Selangor, di Institut Darul Ehsan, di sini, baru-baru ini.Fahmi berkata, Smart Parking System juga akan di-

perkenalkan dalam sedikit masa lagi dan boleh digu-nakan, di seluruh Selangor.

Katanya, sistem berkenaan buat masa ini wujud di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), namun penggunaannya terbatas kepada PBT berkenaan sa-haja dan tidak boleh digunakan di PBT lain.

"Dengan sistem bersepadu, pengguna tidak perlu lagi bersusah payah untuk mendapatkan kupon letak kenderaan menerusi aplikasi berbeza.

"Mereka hanya perlu muat turun dan tambah nilai menerusi satu aplikasi sahaja selepas ini dan menggu-nakannya di mana-mana PBT, seluruh negeri," katanya.

Inisiatif lain yang bakal diteroka adalah Smart Ap-plication Development Platform, Research State Area Network dan Program Epicentre & Accelerator.

Pada masa sama, beliau turut mengalukan kola-borasi bersama penyelidik Universiti Selangor (UNISEL) bagi merealisasikan agenda Smart City menjelang 2025.

Fahmi berkata, ia membolehkan UNISEL menghasil-kan karya penyelidikan berwibawa seterusnya melon-jakkan universiti milik Kerajaan Negeri itu ke tahap lebih membanggakan.

Katanya, kerjasama itu juga mampu membuka ru-ang bagi menyegerakan program pembangunan sistem dan aplikasi di bawah Smart Selangor.

"Seminar ini memberi peluang untuk berdialog dengan ahli akademik dan penyelidik UNISEL, sekali gus berbincang bagaimana kolaborasi dapat dijalin bagi menjana lebih banyak inovasi bermanfaat buat rakyat.

"Jadi, kami amat berharap selepas pertemuan hari ini, kita dapat duduk dan berbincang bersama untuk memperkasa inisiatif sedia ada selain mewujudkan inovasi baharu," katanya.

Terdahulu, beliau turut berkongsi inisiatif yang su-dah dilaksanakan seperti Smart Waste Management, Disaster Management, Smart Transport & Mobility menerusi aplikasi Selangor Intelligent Transport System (SITS) dan Community Opinion On-Line (COOL).

Dirasmikan Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman, seminar diteruskan dengan pembentangan panel kedua dari-pada Invest Selangor Berhad, Jamie Haniff diikuti sesi soal jawab bersama kesemua ahli panel.

Panel jemputan lain termasuk Pengerusi Hijrah Se-langor, Dato' Mansor Othman dan CEO Halal Interna-tional Selangor, Raja Dato Aznil Raja Hisham.

5SelangorKini 17 - 23 Januari 2018

Kita juga akan cuba dan demonstrasi sistem Digital Wallet yang menyimpan duit serta dokumen penting seperti kad pengenalan, lesen memandu dan baucar secara digital.Dengan 'cashless society', ia lebih memudahkan orang ramai untuk urusan jual beli sama ada di pasar raya besar juga pasar malam

- Dr Fahmi NgahTimbalan Pengarah SSDU

Page 6: muka 5 muka 7 muka 11 AMAL DASAR TERBUKA - selangorkini.my · timbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Katanya, jika pegawai ti- dak diberikan ruang bersua-ra, ia dibimbangi

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda 6

UtamaSelangorKini 17 - 23 Januari 2018

Persempadanan semula DNS

SPR ingkar agih pengundiOLEH SABIRAH AZIZ

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pili-han Raya (SPR) didakwa ingkar terhadap agihan pengundi, di DUN Selangor seperti dinyatakan dalam Sub Seksyen 2(c) Jadual 13, Perlembagaan Persekutuan.

Penyelaras DUN Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri ber-kata, perkara itu menyebut bila-ngan pengundi di dalam setiap bahagian pilihan raya di dalam sesuatu negeri hendaklah lebih kurang sama banyak.

Katanya, ia dapat dilihat apa-bila jumlah pengundi di N46 Pelabuhan Klang mempunyai 28,604 pengundi, berbanding 59,917 pengundi di N47 Pan-damaran.

“Ini bermakna, jumlah pe-ngundi Pandamaran adalah dua kali ganda pengundi, di Pelabu-han Klang dan perkara ini mesti diperbetulkan kerana secara tidak langsung mendiskrimi-nasi pengundi, di Pandamaran kerana nisbah nilai undi 2:1 daripada seorang pengundi, di Pelabuhan Klang.

“Tindakan SPR melanggar peruntukan Persekutuan, khu-susnya prinsip satu orang, satu undi, satu nilai, yang termaktub dalam Perlembagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri pende- ngaran awam bantahan per-sempadanan semula SPR, di Hotel Concorde, di sini, pada 9 Januari lalu.

Sementara itu, Ahli Parli-men Klang, Charles Santiago berkata, tindakan itu dilihat memberi kelebihan kepada pi-hak tertentu untuk memena-ngi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di kawasan itu.

“Bilangan itu menunjukkan tingginya diskriminasi ke atas pengundi, di P110 Parlimen Klang dengan kawasan DUN di dalamnya lebih besar daripada kawasan Parlimen, dalam ne-geri yang sama.

“Ia juga memecahkan talian dan hubungan komuniti tem-patan daripada tempat asal, sekali gus meningkatkan potensi calon Umno untuk menang dalam PRU14,” kata-nya.

Beberapa kawasan Dewan Negeri Selangor dikuasai PAKATAN dilabel sebagai ‘super DUN’ apabila mengalami pertambahan besar jumlah pengundi sehingga mengatasi pengundi, di beberapa Parli-men dikuasai Umno-BN

Pengundi bantah persempadanan semulaSHAH ALAM - Sekumpulan pe-ngundi dari kawasan N46 DUN Pelabuhan Klang, dalam Parli-men Klang membantah cada-ngan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat persempadanan semula yang bercanggah de-ngan Perlembagaan Persekutuan dan bertentangan undang-un-dang.

Penyelaras DUN Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri ber-kata, peta cadangan diberi SPR dalam Notis Cadangan Persem-padanan Semula kawasan pili-han raya menunjukkan DUN itu tidak lengkap seperti tidak mem-punyai nama jalan atau nama ta-man menyebabkan banyak keke-liruan.

“Ini adalah pembahagian tidak sekata menyebabkan pengundi tidak tahu di mana dia mengundi dan tidak tahu persempadanan baharu yang dicadangkan de-ngan tepat.

“Terdapat kegagalan keadilan hak asasi manusia di dalam pro-ses demokrasi yang sepatutnya dilakukan dengan adil dan saksa-ma oleh SPR terhadap semua pengundi berdaftar sebagai pe-milih sah dalam Daftar Pemilih Induk (DPI) SPR,” katanya.

Azmizam berkata, perkara itu menimbulkan persoalan berke-naan kesaksamaan hak pengundi untuk mendapatkan nilai undi yang sama dan mengapa SPR mempromosikan sistem yang akan menghalang pengundi memilih wakil rakyat mereka de-ngan bebas.

“Pemecahbelahan ini secara langsung melanggar peruntukan Jadual 13 Perlembagaan, iaitu pemeliharaan hubungan tempa-tan Seksyen 2(d) dan ia mesti di-

perbetulkan.“Kami membantah peme-

cahan hubungan tempatan dicadangkan di DUN Pelabuh-an Klang dalam P110 Parlimen Klang, iaitu daerah mengundi Bandar Bukit Tinggi 1, 2, Bandar Botanic, lokaliti Pendamar Indah 1, 2 dan Pendamar Indah Baru yang akan dipindahkan ke P111 Parlimen Kota Raja dan N48 DUN Kota Alam Shah.

“Manakala daerah mengundi Sungai Aur pula dicadangkan un-tuk pindah ke kawasan N47 DUN Pandamaran. Maka, tidak wajar SPR mengeluarkan daerah me-ngundi ini dari DUN Pelabuhan Klang dan sepatutnya mengekal-kan daerah mengundi itu dalam DUN Pelabuhan Klang,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago meminta SPR mempertimbangkan ban-tahan dan menerima cadangan mereka supaya tidak mengelu-arkan kawasan terbabit dari DUN Pelabuhan Klang.

“Semua orang perlu bangkit untuk membantah perkara ini kerana ia adalah satu ‘pencurian’ besar-besaran yang mengambil hak orang lain dengan memberi-kan kelebihan kepada Umno-BN dan bukan Pakatan Harapan,” ka-tanya.

Pada masa ini, kawasan N46 Pelabuhan Klang mempunyai representasi daripada pelbagai kaum seimbang, iaitu 53 peratus Melayu, 28 peratus Cina, dan 18 peratus India.

Namun, cadangan SPR akan menukar dinamik N46 DUN Pelabuhan Klang daripada satu kawasan majmuk kepada ka-wasan yang hanya mendomina-sikan satu kaum sahaja.

Tindakan SPR berat sebelahSHAH ALAM - Tindakan Suruhanja-ya Pilihan Raya (SPR) melakukan proses persempadanan semula, di DUN Selangor bertentangan de-ngan undang-undang selain dilihat tidak wajar dan berat sebelah.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, V Ganabatirau berkata, perkara itu menunjukkan SPR melakarkan kawasan sempadan mengikut so-kongan Umno-BN, pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

“Terdapat kawasan majoritinya daripada satu kaum sahaja, ada yang banyak Cina manakala ada juga kawasan banyak Melayu.

“Cara mereka menggariskan sempadan ini sebenarnya hanya

untuk menangkan sesuatu kum-pulan politik sahaja seperti DUN Kota Alam Shah dan Pelabuhan Klang yang terbabit,” katanya ke-pada SelangorKini.

Beliau berkata demikian me-ngulas tindakan SPR membuat persempadanan semula DUN, di Selangor.

Ganabatirau yang juga Ahli De-wan Negeri Kota Alam Shah berka-ta, proses itu juga membantu pihak tertentu meraih sokongan dengan menggunakan isu perkauman.

“Apa yang pasti, mereka bu-kan setakat menumpukan se- suatu kaum sahaja di kawasan itu, malah memindahkan kaum lain bagi meraih undi yang banyak.

Saya percaya SPR menyalahgu-nakan kuasa dan tidak telus dalam perkara ini.

“Ini menunjukkan SPR tidak ber-hemah, berintegriti dan menjadi alat kepada pihak berkepentingan serta terdesak seperti Umno-BN yang sanggup melakukan apa sa-haja,” katanya.

Pada masa sama, katanya, isu itu melakarkan ketidakharmonian untuk pengundi dari pelbagai pe-ringkat dengan menggunakan cara jijik dan tidak baik.

Justeru, beliau menyarankan rakyat Selangor menolak keza-liman itu dan melawan secara berhemah demi menyelamatkan negara.

Page 7: muka 5 muka 7 muka 11 AMAL DASAR TERBUKA - selangorkini.my · timbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Katanya, jika pegawai ti- dak diberikan ruang bersua-ra, ia dibimbangi

Fokus7SelangorKini 17 - 23 Januari 2018

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

PKNS bantu tingkat kemudahan Sekolah KAFA Integrasi Taman Desa KemandulOLEH NORHAYATI UMOR

KUALA LANGAT - Pelajar Orang Asal Taman Desa Kemandul kini dapat menikmati kemu-dahan pembelajaran yang le- bih kondusif dan serba leng-kap hasil sumbangan Per-badanan Kemajuan Negeri Se-langor (PKNS).

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datin Paduka Dr Noraida Mohd Yusof berkata, PKNS bersama anak syarikat, PKNS Real Estate Sdn. Bhd. (PREC) mengambil inisi- atif mengagihkan wang zakat per-niagaan berjumlah RM170,000 kepada Jabatan Agama Islam Se-langor (JAIS).

Katanya, ia sebagai bantuan pembinaan bangunan Sekolah KAFA Integrasi Taman Desa Ke-mandul bagi memberi peluang kepada anak masyarakat Orang Asal mendalami ilmu agama dan mendapatkan pendidikan formal.

“Kami benar-benar tersentuh

dengan kesungguhan anak di ka-wasan ini yang begitu bersema-ngat serta menunjukkan dedikasi yang cukup tinggi untuk menge-jar ilmu akhirat.

“Walaupun sebelum ini fasi-liti dan keperluan yang serba kekurangan, mereka tidak pa-tah semangat dan tetap teguh menuntut ilmu,” katanya dalam ucapannya ketika merasmikan sekolah itu, baru-baru ini.

Sekolah KAFA Integrasi Taman Desa Kemandul merupakan seko-lah kedua ditubuhkan, di Sela-ngor selepas Sekolah KAFA Inte-grasi Kampung Orang Asli Bukit Bangkong yang menawarkan pengajian al-Quran dan Fardhu Ain.

Penyerahan kunci bangu-nan Sekolah KAFA Integrasi Ta-man Desa Kemandul secara ras-minya disempurnakan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Dato’ Haris Kasim.

Dr Noraida berharap dengan

terbinanya bangunan baharu beserta kelengkapan perabot itu sedikit sebanyak memberi man-faat dan keselesaan kepada anak Orang Asal, di kawasan itu untuk mengenali Islam dengan lebih mendalam dan mengelakkan mereka daripada terjebak dalam kancah masalah sosial.

“Saya berharap sumbangan disampaikan ini dimanfaatkan sebaiknya untuk kebaikan ber-sama serta objektif sumbangan dana ini dapat dicapai, sekali gus menyemarakkan lagi semangat kami untuk terus menyumbang kepada masyarakat di negeri ini,” katanya.

Sekolah KAFA Integrasi itu menawarkan dua kelas merang-kumi tahap 1 (darjah 1 hingga darjah 3) dan tahap 2 (darjah 4 hingga darjah 6) mempunyai jumlah pelajar terkini seramai 23 orang pelajar dan dijangka ber-tambah kepada 50 orang keselu-ruhan dalam masa terdekat untuk

sesi persekolahan kali ini.Bagi tahun ini, PKNS komi-

ted mengagihkan semula per-untukan wang zakat berjum-lah RM1.4 juta mengikut lunas hukum syarak yang ditetap-kan untuk asnaf fakir, miskin, muallaf, fisabilillah dan ghari-

min dalam mencapai keseim-bangan holistik, di Selangor menerusi sumbangan kepada Kerajaan Negeri, komuniti dan kebajikan sosial serta pendidi-kan yang diterjemah menerusi program Tanggungjawab So-sial Korporat (CSR) PKNS.

Kukuh agenda pendidikan Selangor

Harapan baru Reformasi UNISELOLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Memacu kece-merlangan hala tuju pendidikan di Universiti Selangor (UNISEL) menjadi teras utama pembangu-nan reformasi, di institut pendidi-kan negeri itu.

Bukan bersandarkan kepada polemik tertentu, komitmen itu dilaksanakan secara konsisten menerusi agenda pembangunan yang berteraskan prinsisp keter-bukaan untuk mengangkat jari-ngan pendidikan negeri, pada landasan terbaik dekad ini.

Naib Canselor UNISEL, Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, pembaharuan

demi pembaharuan terus dilak-sanakan di peringkat penguru-san dan pendidikan di universiti berkenaan, sejak beliau diberi kepercayaan menerajui kepimpi-nan tertinggi UNISEL.

"Saya memulakan tema untuk 2018 ini memacu kecermerla- ngan. Ia seiring pendekatan ba-hawa tahun ini pentadbiran UNISEL komited untuk menja-dikan UNISEL terus melangkah dengan penuh yakin.

"Hal ini menjadi teras bagi kami susulan kejayaan mengatasi masalah sebelumnya membabit-kan beberapa pembaharuan bagi mengukuhkan peranan UNISEL sebagai universiti swasta paling

berdaya saing, di Malaysia."Antara kejayaan terbesar

kami termasuk pembaikan fasi-liti seperti kemudahan teknolo-gi baru dan penjenamaan be-berapa bidang pengajian bagi memboleh-kan peranan UNISEL dilebar luas kepada masyarakat," ka- tanya kepada SelangorKini dalam temubual eksklusif di pejabatnya, baru-baru ini.

Tidak terhenti setakat itu, re-formasi pendidikan UNISEL turut dilaksanakan secara kompetitif menerusi galakan pengurusan tertinggi universiti terbabit ter-hadap kakitangannya.

"Berkenaan hasrat untuk me-naikkan semangat kerja dalam kalangan kakitangan, kita ber-jaya memberikan kenaikan tahu-nan dan pemberian dua bulan in-sentif kepada mereka.

"Ini memberikan satu sema-ngat, di samping dapat melon-jakkan lagi iltizam pentadbiran UNISEL untuk terus menyum-bang bakti dan memberikan perkhidmatan terbaik," katanya.

Sementara itu, seiring hasrat Kerajaan Negeri membudayakan amalan pengurusan hijau di Se-langor, UNISEL tidak terkecuali untuk mendukung pelaksanaan dasar berkenaan.

Mohammad Redzuan berkata,

pembangunan dasar 'Kampus Hijau' di UNISEL dilaksanakan secara komprehensif dengan menggalakkan aktiviti hijau di dalam kampus UNISEL, di Shah Alam dan Bestari Jaya.

"Ketika saya masuk ke UNISEL, antara perkara yang ditekankan adalah untuk menjadikan univer-siti ini sebagai kampus hijau yang berteraskan kepada penanaman pokok, di dalam kampus.

"Oleh itu, sasaran kita meletak-kan sekurang-kurangnya 2,000 tanaman pokok untuk 2018 dan pelaksanaan dasar inilah yang

akan mengubah imej UNISEL, di samping meneruskan usaha pembinaan.

"Dalam konteks ini, UNISEL sangat menghargai sokongan pentadbiran negeri, Dato' Men-teri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali atas kepercayaan sepenuhnya kepada UNISEL," ka-tanya.

Hampir 20 tahun penubu-hannya, UNISEL dibangunkan seiring hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadikan Selangor se-bagai hab pendidikan serantau dan terunggul.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datin Paduka Dr. Hajah Noraida binti Haji Mohd Yu-sof (tengah) menyerahkan replika kunci sebagai simbolik penyerahan bangunan Sekolah KAFA Integrasi Taman Desa Kemandul kepada Pengarah JAIS, Sahibus Saa-dah Dato’ Haji Haris Bin Kasim (kiri) sambil disaksikan oleh Hajah Siti Zubaidah binti Haji Abd. Jabar, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Wang Zakat PKNS.

Page 8: muka 5 muka 7 muka 11 AMAL DASAR TERBUKA - selangorkini.my · timbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Katanya, jika pegawai ti- dak diberikan ruang bersua-ra, ia dibimbangi

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda 8

NasionalSelangorKini 17 - 23 Januari 2018

BERSIH 2.0 menyatakan kebimbangan terhadap langkah terbaru SPR dalam sidang media, di pejabatnya, di Pusat Perniagaan 8 Avenue

OLEH NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA - Sembilan ka-tegori baru pengundi pos yang diwartakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara senyap menim-bulkan kebimbangan Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (BER-SIH 2.0).

Pengerusinya, Maria Chin Abdullah berkata, langkah ter-baru SPR itu bakal meningkatkan risiko kejadian manipulasi jumlah undi, sekali gus membantu Bari-san Nasional (BN) memenangi Pi-lihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“BERSIH 2.0 sangat prihatin kemungkinan berlaku manipu-lasi pilihan raya seperti PRU-13 lalu yang menyaksikan undi pos digunakan untuk membantu ke-menangan BN di 30 kerusi parli-men,” katanya.

Maria berkata, BN pada awal-nya didapati tewas di 30 keru-si terbabit, namun keputusan berubah sebaliknya apabila jum-lah pengundi pos dicampur.

Katanya, sembilan kategori terbabit adalah Jabatan Penjara, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Maritim, kakitangan ins-titusi kesihatan kerajaan, ang-gota sukarela simpanan Polis Di-raja Malaysia, Jabatan Pertahan Awam, Jabatan Imigresen, Agen-si Pengurusan Bencana dan Ja-

Timbul kebimbangan

SPR warta undi pos dalam diam

batan Pendaftaran."SPR harus memastikan prose-

dur dan proses yang menjamin kebebasan serta kerahsiaan undi anggota keselamatan polis juga tentera," katanya.

BERSIH 2.0 sangat prihatin kemung-kinan berlaku manipulasi pilihan raya seperti PRU-13 lalu yang menyaksikan undi pos digunakan untuk membantu kemenangan BN di 30 kerusi parlimen

MARIA CHINPengerusi BERSIH 2.0

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didakwa ga-gal mengurangkan jurang per-bezaan jumlah pengundi di ka-wasan Parlimen dan DUN dalam notis keduanya, berhubung pelaksanaan persempadanan semula Selangor yang dikeluar-kan, pada 15 Januari lalu.

Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming berkata, SPR juga ga-gal mengurangkan jurang angka pengundi antara kerusi DUN wa-laupun kerusi di kawasan sama.

“Contohnya, Parlimen Kapar yang mempunyai 146,317 pe-ngundi, hampir empat kali ganda lebih ramai berbanding di Parli-men Sabak Bernam (37,126).

“Begitu juga jumlah pengun-di di Seri Serdang dan Kinrara dalam Syor 2 ialah masing-ma-sing 74,563 dan 34,910, kedua- nya di bawah kerusi bandar untuk Parlimen Puchong dan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya.

“Hakikatnya, Seri Serdang mempunyai dua kali jumlah pengundi di Kinrara, walaupun keduanya kerusi bandar dan ia melanggar Seksyen 2(C) Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutu-an,” katanya dalam kenyataan.

Kian Ming berkata, keadaan sama juga boleh dilihat di Parli-men Petaling Jaya Utara dengan dua kerusi DUN di bawahnya iaitu Damansara Utama dan Kampung Tunku, masing-masing 53,440

Gagal atasi jurang pengundi

dan 31,016 pengundi, walaupun keduanya di bawah Majlis Banda-raya Petaling Jaya.

Katanya, SPR sepatutnya me-nambah jumlah kerusi DUN dan Parlimen bagi mengurangkan perbezaan jumlah pengundi antara kerusi seperti menu-rut Seksyen 2(C) Perlembagaan Persekutuan.

“Seksyen 2(C) menyatakan jumlah pengundi dalam setiap kawasan di negeri sepatutnya hampir sama, dengan beberapa langkah diambil untuk penye-suaian kawasan bandar dan luar bandar,” katanya.

Sehubungan itu, Kian Ming menggesa Perdana Menteri, Da-tuk Seri Najib Razak bertang-

gungjawab memastikan Sela-ngor membuat pindaan untuk memenuhi peningkatan jumlah kerusi, selain mendapatkan so-kongan dalam Parlimen bagi pin-daan itu dilaksanakan.

“Perdana menteri perlu meya-kinkan dua pertiga ahli parlimen di Dewan Rakyat bahawa pelak-sanaan persempadanan semula perlu disokong, bagi memboleh-kan pindaan dibuat terhadap Perlembagaan Persekutuan dan menambah jumlah kerusi Parli-men.

“Perdana menteri juga perlu bekerjasama dan mendapatkan persetujuan Selangor untuk me-nambah jumlah kerusi DUN,” ka-tanya.

SHAH ALAM - Umno-Barisan Na-sional (BN) diramal menerima ten-tangan sengit pembangkang, ter- utama Pakatan Harapan (PAKAT-AN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan sekali lagi kehila-ngan undi popular.

Mantan Ketua Pengarang Kumpulan New Strait Times Press (NSTP), Datuk Seri Kalimullah Has-san berkata, jangkaan itu boleh berlaku, pada PRU14 walaupun Umno-BN mungkin tidak kalah dari segi majoriti, di Parlimen.

“Walaupun saya yakin Umno-BN akan kehilangan undi popular pada PRU akan datang tetapi saya tidak pasti ia akan kehilangan ma-joriti Parlimen,” katanya dipetik Strait Times Singapore.

Beliau berkata demikian dalam Regional Outlook Forum anjuran ISEAS – Yusof Ishak Institute di Si-ngapura, baru-baru ini.

Pada PRU13 lalu, Umno-BN buat kali pertama kehilangan undi popular dengan mengumpul 47.4 peratus daripada keseluruhan jum-lah undi, manakala parti pembang-kang diketuai Pakatan Rakyat (keti-ka itu) mendapat 52 peratus.

Walaupun hilang undi popular, Umno-BN masih mengekalkan ke-menangan kerana terdapat lebih banyak kerusi di luar bandar Se-menanjung Malaysia, yang mesra dan memihaknya berbanding ka-wasan bandar dengan majoriti

Umno-BN diramal hadapi laluan sukar

rakyat cenderung menyokong PAKATAN.

Seorang lagi pemerhati dalam forum itu, Pengerusi Agensi Berita Bernama, Datuk Seri Azman Ujang berkata, Umno-BN akan mengha-dapi laluan sukar dalam PRU14 wa-laupun diyakini mampu mengekal-kan kuasa sedia ada.

Katanya, keadaan itu berdasar-kan rasa tidak puas hati sebilangan rakyat terhadap isu skandal berkai-tan kerajaan juga kos sara hidup tinggi yang terpaksa diharungi.

“Dengan undi di Sabah dan Sa-rawak dijangka kekal milik Umno-BN selain undi masyarakat Melayu luar bandar, ia mampu mengekal-kan kuasa pada PRU14 yang di-jangka dipanggil dalam beberapa bulan lagi," katanya.

Pada PRU13 lalu, Umno-BN buat kali pertama kehilangan undi popular dengan mengumpul 47.4 peratus daripa-da keseluruhan jumlah undi, manakala parti pembangkang diketuai Pakatan Rakyat (ketika itu) mendapat 52 peratus

Page 9: muka 5 muka 7 muka 11 AMAL DASAR TERBUKA - selangorkini.my · timbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Katanya, jika pegawai ti- dak diberikan ruang bersua-ra, ia dibimbangi

Global9SelangorKini 17 - 23 Januari 2018

JEDDAH - Jurucakap Suruhanjaya Pelan-congan dan Warisan Kebangsaan Arab Saudi (SCTH) melaporkan wanita berusia 25 tahun dan ke atas dibenarkan masuk ke negara itu menggunakan visa pelancong.

Kebenaran itu tidak membabitkan wanita berusia 25 tahun ke bawah kerana mereka perlu ditemani ahli keluarga atau mahram untuk masuk ke negara itu, lapor Arab News.

Memetik Berita Harian Online, Ketua Pengarah, Jabatan Pelesenan SCTH, Omar Al-Mubarak berkata, visa pelancong akan berfungsi sebagai visa masuk tunggal dan sah selama 30 hari. “Visa ini turut merang-kumi mereka yang sudah berada di Arab Saudi termasuk bagi mereka yang bekerja, melancong, menunaikan haji dan umrah”.

Baru-baru ini, SCTH berkata, peraturan membabitkan pengeluaran visa pelan-cong itu bakal diumumkan dalam tempoh suku pertama tahun ini.

“Peraturan eksekutif membabitkan pengeluaran visa itu sedang dimuktamad-kan. Jabatan Teknologi Maklumat SCTH juga sedang membangunkan sistem elek-

tronik bagi mengendalikan pengeluaran visa pelancong ini dengan kerjasama wakil Pusat Maklumat Kebangsaan dan Kemen-terian Luar,” kata Omar kepada Arab News.

Sementara itu, pelaksanaan sistem visa pelancong sepanjang 2008 hingga 2010, berjaya menarik lebih 32,000 pelancong mengunjungi Arab Saudi.

Ketika ini, prosedur pengeluaran visa itu dikendalikan beberapa syarikat pe-ngendali pelancongan yang diberikan lesen oleh SCTH.

Inisiatif visa pelancong itu bertujuan menaik taraf sistem visa pelancong sedia ada bagi membolehkan orang ramai me-neroka destinasi baharu pelancongan, di Arab Saudi.

Ia sekali gus bertujuan menjana sektor pelancongan dan membangunkan per-khidmatan pelancongan serta warisan, di negara itu.

Pada masa sama, ia juga sebahagian daripada inisiatif Program Transformasi Kebangsaan 2020 untuk mencapai Wa-wasan 2030 yang memberi tumpuan ke-pada industri pelancongan.

Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Arab Saudi

Benar wanita masuk tanpa mahram

ANFILED - Rekod 22 perlawanan tanpa tewas milik Manchester City akhirnya berjaya dileburkan Liverpool dengan ke-menangan tipis 4-3, pada satu perlawan-an penuh mendebarkan, di Stadium An-field, awal pagi 15 Januari lalu.

Liverpool bermula garang apabila mendahului lawan seawal minit ke-9 menerusi Oxlade Chamberlain sebelum berjaya disamakan Manchester City se-belum memasuki bilik persalinan.

Pada separuh masa kedua, Liverpool berjaya menjaringkan tiga gol sumba-ngan Firmino, Mane dan Salah, menjadi-kan kedudukan 4-1.

Bagaimanapun, pasukan kendalian Pep Guardiola itu kembali merapat-kan jurang menerusi jaringan Bernardo

Silva dan Ilkay Gundogan menjadikan kedudukan 4-3.

Permainan minit akhir terus berlang-sung dalam suasana penuh mendebar-kan selepas Manchester City mendapat rentak lebih bertenaga dan kemas de-ngan kemasukan Bernardo Silva.

Akhirnya, skuad Jurgen Klopp berjaya memastikan perlawanan dramatik itu milik mereka, sekali gus meletakkan Li-verpool, di tangga ketiga.

Manchester City kekal menghuni tangga teratas kini memiliki 62 mata mening-galkan pencabarnya, di tangga kedua Manchester United, ketiga Liver-pool dan Chelsea, di tangga keempat dengan ketiga-tiganya berkongsi 47 mata.

Rekod tanpa kalah Man City lebur

Page 10: muka 5 muka 7 muka 11 AMAL DASAR TERBUKA - selangorkini.my · timbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Katanya, jika pegawai ti- dak diberikan ruang bersua-ra, ia dibimbangi

10ADN

SelangorKini 17 - 23 Januari 2018

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH NORHAYATI UMOR

PUCHONG - Lebih 2,000 penduduk di Lake Edge dan Taman Mutiara Puchong kini boleh menggu-nakan laluan penjalan kaki yang siap sepenuh-nya, bulan ini.

Ahli Dewan Negeri Kinrara, Ng Sze Han ber-kata, laluan penjalan kaki yang menelan belanja RM20,000 itu sebagai inisiatif memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti.

Katanya, tanpa memandu kenderaan, pen-duduk dapat menjimatkan masa untuk ke Pusat Bandar Puchong.

“Jika mahu menggunakan kenderaan, pen-duduk terpaksa membuat satu pusingan yang agak jauh.

“Tetapi dengan adanya laluan ini, penduduk boleh ke Pusat Bandar antaranya Tesco, Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) dengan hanya berja-lan kaki,”katanya ketika ditemui.

Sze Han berkata, pihaknya berbincang de-ngan komuniti di kawasan terbabit untuk mewu-judkan komuniti berjalan kaki sebelum ini.

Katanya, hasil perbincangan itu mendapat sambutan positif daripada persatuan penduduk.

“Saya berbincang dan hasilnya positif, jadi saya menggunakan peruntukan ADN untuk membina laluan pejalan kaki ini.

“Di samping mengurangkan kenderaan, pen-duduk juga dapat bina gaya hidup sihat dengan berjalan kaki.

“Saya berharap penduduk dapat mengguna-kan peluang ini dengan sebaiknya,”katanya.

PUTRAJAYA - Ahli Dewan Negeri Sri Muda, Mat Shuhaimi Shafiei mengemukakan per-mohonan semakan keputusan Mahkamah Persekutuan, pada 8 Januari lalu yang me-ngenepikan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa ‘niat’ wajib dibuktikan dalam kes hasutan.

Permohonan itu dibuat menerusi peguam, N Surendran mengikut Peraturan 137 Peraturan-Peraturan Mahkamah Perse-kutuan 1995, pada 11 Januari lalu.

Bercakap kepada pemberita, Suren-dran berkata, beliau hai-

ran mengapa Barisan Nasional (BN) masih menggunakan Akta Hasutan, sedangkan ia menjejaskan hak bersuara rakyat Malaysia.

“Shuhaimi mahu meneruskan perkara ini sehingga akta itu dihapuskan kerana ia memberi kesan kepada kebebasan bersua-ra di negara kita. Ini akta yang digunakan British.

“Kita akan terus berjuang supaya akta ini dimansuhkan,”katanya.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan Mahkamah Ra-yuan, pada November 2016 berhubung keperluan pihak pendakwaan membuk-tikan niat individu yang didakwa sebagai menghasut.

Mahkamah juga menyifatkan rayuan Shuhaimi supaya Seksyen 3 (3) Akta Hasu-tan diisytiharkan tidak berpelembagaan se-bagai penyalahgunaan proses mahkamah.

Bagaimanapun, Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Ahmad Maarop yang menulis kepu-tusan sebulat suara tidak membuat kepu-tusan berhubung bahagian perlembagaan berkenaan.

Mahkamah menyifatkan permohonan sivil berkenaan sebagai penyalahgunaan proses mahkamah kerana Shuhaimi sebe-lum ini tidak berjaya mengetepikan sek-syen 4 akta sama.

Hakim lain dalam panel itu ialah Datuk Ramly Ali, Datuk Balia Yusof Wahi, Tan Sri Zaharah Ibrahim dan Datuk Dr Prasad San-dosham Abraham.

Jimat masa ke pusat bandar

Galak komuniti jalan kaki

Sze Han bersama penduduk mencuba laluan pejalan kaki sebagai alternatif ke Pusat Bandar Puchong

Permohonan ketepi keputusan Mahkamah Persekutuan

Shuhaimi (kiri) bersama Surendran di perkarangan MahkamahPersekutuan bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung Akta Hasutan

Stadium Mini Paya Jaras jadi bualanPAYA JARAS - Stadium Mini Majlis Banda-raya Shah Alam (MBSA) di Kampung Paya Jaras mula menjadi buah mulut penduduk setempat dan masyarakat sekitarnya dan kampung sekitarnya.

Ahli Dewan Negeri Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berkata, ia ekoran ke-lengkapan stadium bernilai RM7 juta itu memiliki piawaian lengkap bagi perlawan-an Liga Malaysia dengan sistem canggih dan terkini.

“Piala ADN Paya Jaras melangsungkan perlawanan akhir, baru-baru ini di stadium yang baru disiapkan dan apa yang mem-banggakan, mutu juga piawaian stadium ini sangat baik.

“Apabila saya turun ke kawasan, semua orang bercakap berkenaannya, justeru saya ucapkan terima kasih terutama kepa-da Dato’ Menteri Besar kerana menyokong stadium ini,” katanya kepada SelangorKini.

Katanya, selain mempunyai 500 tem-pat duduk berbumbung (grand stand), stadium mini itu turut dilengkapi sistem pengumpulan air hujan dengan tangki bawah tanah dan sistem solar di atas bumbung serta ruang bateri penyimpan-an tenaga solar.

“Sistem pengumpulan air ini dibuat bagi mengelakkan air bertakung yang boleh merosakkan padang dan mengganggu rentak permainan se-perti di kebanyakan padang pasukan Liga Malaysia,” katanya.

Stadium itu dilengkapi lampu limpah bagi membolehkan perlawanan di sebe-lah malam diadakan, 12 kamera litar ter-tutup (CCTV) bagi tujuan keselamatan, bilik pengawasan, papan skor dilengkapi jam elektronik, bilik persalinan, podium VIP, petak pengawal, bilik rawatan, peja-bat pengurusan dan stor.

Stadium itu dilengkapi pelbagai kemudahan infrastruktur bagi kegunaan penduduk setempat

Page 11: muka 5 muka 7 muka 11 AMAL DASAR TERBUKA - selangorkini.my · timbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Katanya, jika pegawai ti- dak diberikan ruang bersua-ra, ia dibimbangi

11SelangorKini 17 - 23 Januari 2018

IPR MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH SABIRAH AZIZ

Skim Rumah Selangorku adalah Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang diper-kenalkan Kerajaan Neg-

eri, pada 2014 bagi membuka peluang rakyat Selangor memi-liki sebuah rumah sendiri berni-lai tidak melebihi RM250,000.

Skim itu meletakkan syarat bahawa pemohon adalah warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas, belum memiliki rumah di Selangor dan ha-nya dibenarkan membuat pilihan satu jenis rumah sahaja, sama ada jenis A, B, C, atau D ketika membuat permohonan.

Bagi permohonan jenis A, pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM3,000, manaka-la jenis B, C dan D pendapa-tan seisi rumah tidak melebihi RM10,000.

Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama dua tahun dan selepas tempoh itu, data permo-honan yang masih dalam sena-rai menunggu akan dikeluarkan daripada sistem serta pemohon perlu membuat permohonan baharu sekiranya masih bermi-nat untuk memohon Rumah Se-langorku.

106,348 unit RumahSelangorku lulus

Sejak mula diperkenalkan pada 2014 hingga kini, sebanyak 106,348 unit Rumah Selangorku diluluskan Kerajaan Negeri yang membantu lebih ramai pemohon dapat memiliki kediaman sendiri, sehingga 2020.

Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Se-langor (LPHS), Norzaton Aini Mohd Kassim berkata, daripada jumlah itu, 3,608 unit siap dibi-na serta 20,627 unit Rumah Se-langorku dalam pembinaan dan memperoleh kelulusan APDL (Lesen Permit Pengiklanan Pembangunan) yang dijangka akan siap secara berperingkat,

Rumah Selangorku

���,��8 pemohon miliki kediaman sendiri

menjelang 2020.“Sementara itu, baki 82,113

unit lagi masih belum dibina dan kini di peringkat kelulusan Ke-benaran Merancang dan Pelan Bangunan.

“Setakat ini, terdapat lapan kawasan kekosongan projek Rumah Selangorku iaitu Hulu Langat (9), Kuala Selangor dan Klang masing-masing lima, Peta-ling (4), Sepang dan Gombak ma-sing-masing tiga, Kuala Langat (2) serta Hulu Selangor (1). Seki-ranya berminat, pemohon boleh melayari laman sesawang LPHS di http://lphs.selangor.gov.my.

“Sejak Rumah Selangorku di-perkenalkan, seramai 23,581 pemohon ditawarkan, manakala hanya 4,245 pemohon menolak

tawaran atas pelbagai faktor an-taranya tidak memenuhi syarat pinjaman (52%), lokasi dan reka bentuk (22%), pemohon tidak dapat dikesan (19%) dan pel-bagai sebab lain (7%),” katanya kepada SelangorKini, baru-baru ini.

Rancang adakan 15pameran hartanah

Norzaton berkata, LPHS merancang untuk mengadakan 15 pameran hartanah yang akan diadakan, di seluruh Selangor bagi membolehkan lebih ramai warga negeri berpeluang memi-liki Rumah Selangorku.

Sementara itu, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Az-

min Ali menegaskan IPR adalah teras utama pembangunan ne-geri dengan pembangunan yang berkualiti adalah teras peduli rakyat.

“Pembangunan yang tidak peduli rakyat adalah pemba- ngunan yang tempang. Justeru, kita perlu menggembeleng sega-la tenaga dan sumber untuk ber-sama Membangun Bangsa dan Memakmur Negeri.

“Demi menjamin hak rak-yat Selangor yang bukan hanya mempunyai akses bagi memi-liki sebuah rumah mampu milik, maka ia turut memberi tumpuan supaya rumah yang dimiliki itu menjadi aset berkualiti.

“Justeru, pembinaan Rumah Selangorku perlu diteruskan

secara agresif sebagai tang-gungjawab sosial Kerajaan Negeri kepada masyarakat,” ka-tanya.

Katanya, waalupun sasaran awal hanya 15,000 unit dalam tempoh 2014 hingga 2017 teta-pi sasaran itu berjaya dilepasi iaitu sejumlah 20,627 unit hasil komitmen berterusan daripada Kerajaan Negeri dan pemaju perumahan.

“Kerajaan Negeri turut mem-buat pemantauan secara dekat setiap dua minggu bagi me-lihat kemajuan projek pem-bangunan,” katanya sambil menambah akan menyenarai hitamkan pemaju yang gagal menyiapkan projek dalam tem-poh ditetapkan.

Setakat ini, terdapat lapan kawasan kekosongan projek Rumah Selangorku iaitu Hulu Langat (9), Kuala Selangor dan Klang masing-masing lima, Petaling (4), Sepang dan Gombak masing-masing tiga, Kuala Langat (2) serta Hulu Selangor (1). Sekiranya berminat, pemohon boleh melayari laman sesawang LPHS

NORZATON AINI MOHD KASSIMPengarah Eksekutif LPHS

Page 12: muka 5 muka 7 muka 11 AMAL DASAR TERBUKA - selangorkini.my · timbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Katanya, jika pegawai ti- dak diberikan ruang bersua-ra, ia dibimbangi

Album Album13SelangorKini 17 - 23 Januari 201812 SelangorKini 17 - 23 Januari 2018

02ADN Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari turun padang menyantuni masyarakat setempat dan mengagihkan kalender 2018 kepada mereka

04ADN Pelabuhan Klang, Dr Halimah Ali turun padang dan menyantuni penduduk di Kampung Sireh Tambahan

01ADN Kuala Kubu Bharu,

Lee Kee Hiong turun padang menyantuni

pimpinan dan penduduk setempat di DUN beliau

03Ahli Parlimen Ampang,

Zuraida Kamaruddin menyantuni dan

bersarapan bersama wakil jawatankuasa di kawasan

beliau mengadakan perbincangan gerak kerja

semasa

05ADN Hulu Bernam, Datuk

Rosni Sohar turut serta dalam program Touch

Point Baik Pulih Rumah Secara Gotong Royong

bersama masyarakat setempat3

1 2

54

SENTIASA DIPEDULI, BANTUAN

BERTERUSAN UNTUK RAKYAT

Dis

edia

kan

oleh

juru

foto

Sel

ango

rKin

i

Page 13: muka 5 muka 7 muka 11 AMAL DASAR TERBUKA - selangorkini.my · timbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Katanya, jika pegawai ti- dak diberikan ruang bersua-ra, ia dibimbangi

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN

KENYATAAN TENDERTender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/PUKONSA/UPKJ/Kementerian Kewangan dalam Gred kategori dan Pengkhususan dan jenis-jenis pendaftaran yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja/bekalan berikut:-

TARAF

Bhg. Ukur Bahan &

Kontrak JPS Selangor

Bhg. Ukur Bahan &

Kontrak JPS Selangor

JPS/N/SEL/S/2/2018

Projek Menaiktaraf Anak Sungai Udang Di Taman Selayang Sejati Dari CH00 Ke CH700 Serta

Kerja-Kerja Berkaitan, Mukim

Batu, Daerah Gombak,

Selangor Darul Ehsan

JPS/N/SEL/S/3/2018

Kerja-Kerja Menaiktaraf

Sistem Saliran Di Kampung Jawa, Daerah Klang,

SelangorDarul Ehsan

Bumiputera

Bumiputera

Berdaftar Dengan CIDB

Memegang Perakuan Pendaftaran Kontraktor,

Sijil Perolehan Kerja Kerajaan dan Sijil Taraf

Bumiputera yang masih sah

Gred : G4

Kategori CE

Pengkhususan CE21 dan CE36

Berdaftar Dengan CIDB

Memegang Perakuan Pendaftaran Kontraktor,

Sijil Perolehan Kerja Kerajaan dan Sijil Taraf

Bumiputera yang masih sah

Gred : G6

Kategori CE & ME

Pengkhususan CE21, CE36 dan M15

Kaunter Bhg. Ukur Bahan & Kontrak

JPS Selangor, Tkt. 5, Blok

Podium Selatan, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul

Aziz Shah, 40626 Shah Alam,

Selangor.

19hb Januari 2018hingga

09hb Februari 2018

Kaunter Bhg. Ukur Bahan & Kontrak

JPS Selangor, Tkt. 5, Blok

Podium Selatan, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul

Aziz Shah, 40626 Shah Alam,

Selangor.

19hb Januari 2018hingga

09hb Februari 2018

RM 130.00,Pengarah JPS

Selangor (Kiriman Wang/Bank Draf/Wang

Pos)

RM 480.00,Pengarah JPS

Selangor (Kiriman Wang/Bank Draf/Wang

Pos)

Peti Tender.Bhg. Ukur Bahan

& Kontrak JPS Selangor,

Tkt. 5, Blok Podium Selatan, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul

Aziz Shah, 40626 Shah

Alam, Selangor

12hb Februari 2018 (Isnin)

Jam 12.00 tengahari

Peti Tender.Bhg. Ukur Bahan

& Kontrak JPS Selangor,

Tkt. 5, Blok Podium Selatan, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul

Aziz Shah, 40626 Shah

Alam, Selangor

13hb Februari 2018 (Selasa)

Jam 12.00 tengahari

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat.Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil-wakil kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini wakil-wakil kontraktor hendaklah membawa Sijil ASAL PERAKUAN PENDAFTARAN CIDB, SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN CIDB ATAU SIJIL PENDAFTARAN KEWANGAN SERTA SIJIL TARAF BUMIPUTERA PKK jika berkenaan dan satu SALINAN bagi sijil-sijil berkenaan semasa membeli dokumen tender.

SyARAT PendAFTARAn

TeMPAT & TARIkh

dokuMen MulAI dIjuAl

noMboRTendeR

TAjuk PRojek(PeMbIAyAAn)**

PejAbAT yAnGMeMAnGGIl

TAWARAn

hARGA dokuMen

& bAyARAn ATAS nAMA

TeMPAT, TARIkh &

WAkTu TendeR TuTuP

TARAF

Lawatan Tapak Adalah dIWAjIbkAn kepada PenAMA di dalam Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), PUKONSA, UPKJ atau bagi pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan hanya penama di Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat yang boleh menghadiri taklimat.

Syarikat TIdAk boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PPK, SPKK, PUKONSA atau Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat, Kementerian Kewangan.

Lawatan Tapak Adalah dIWAjIbkAn pada : 18hb Januari 2018 (Khamis) Masa : 10.00 pagi. Tempat Berkumpul : Dewan Kayangan, Kuarters Pegawai Daerah, Persiaran Pegawai, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan

Lawatan Tapak Adalah dIWAjIbkAn kepada PenAMA di dalam Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), PUKONSA, UPKJ atau bagi pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan hanya penama di Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat yang boleh menghadiri taklimat.

Syarikat TIdAk boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PPK, SPKK, PUKONSA atau Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat, Kementerian Kewangan.

Lawatan Tapak Adalah dIWAjIbkAn pada : 18hb Januari 2018 (Khamis) Masa : 2.30 petang. Tempat Berkumpul : Bilik Mesyuarat, Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Klang, Jalan Tali Air, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan

14Ekonomi

SelangorKini 17 - 23 Januari 2018

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Pengambilalihan Century Bond jana pulangan maksimumSHAH ALAM - Pengambilalihan Century Bond Bhd oleh Kumpu-lan Perangsang Selangor Bhd (Perangsang Selangor) mampu mencipta sinergi baru kepada penstrukturan penswastaan anak syarikat milik Kerajaan Negeri itu.

Laporan portal berita The Edge mendedahkan, pengam-bialihan baru itu membolehkan syarikat berkenaan memper-lebar jaringan perkhidmatannya dengan lebih kompetitif.

"Penswastaan berlaku dalam

dua peringkat, pada 11 Ogos 2016 ketika Perangsang Sela-ngor membuat tawaran untuk membeli 85.73 juta saham me-wakili 71.44 peratus ekuiti dari-pada pemegang saham (milik) Century Bond.

"Setelah saham itu diperoleh, Perangsang Selangor meluaskan tawaran am mandatori kepada pemegang saham lain pada har-ga RM1.75 sesaham," menurut portal itu.

Terdahulu, perjanjian pe-ngambilalihan yang diketuai

Kumpulan CIMB Investment Bank Bhd dengan persetujuan secara bersama dan diperakui beberapa kumpulan panel pela-buran bebas.

Untuk rekod, Century Bond Bhd adalah syarikat pengeluar pembungkusan simen terbesar negara dengan nilai pasaran se-banyak 60 peratus, di Semenan-jung Malaysia.

Mengulas inisiatif penstruk-turan baru itu, panel penilai be-bas Public Investment Bank Bhd menyifatkan pengambilalihan

itu adalah munasa-bah seiring kehen-dak pasaran terkini.

"Tawaran itu agak menarik daripada aspek perspektif pe-nilaian panel peni-lai," katanya.

Sementara itu, laporan terbabit juga memaklum-kan langkah penstrukturan itu bakal memberi pulangan per-modalan jangka panjang kepa-da Perangsang Selangor.

Terdahulu, perlu ditegaskan bahawa Century Bond menjana pulangan dalam tempoh lima tahun perniagaan operasinya sebelum ini.

Page 14: muka 5 muka 7 muka 11 AMAL DASAR TERBUKA - selangorkini.my · timbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Katanya, jika pegawai ti- dak diberikan ruang bersua-ra, ia dibimbangi

15SelangorKini 17 - 23 Januari 2018

Rencana MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH NAZLI IBRAHIM

Isu sekatan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terbabit dalam poli-tik atau dipilih sebagai Ahli Parlimen selama lima tahun selepas menjalani

hukuman penjara nanti menjadi topik perbualan hangat, sejak kebelakangan ini.

Sekatan yang dikenakan itu bukan sa-haja menyebabkan Anwar tidak boleh bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), malahan beliau juga harus menjalani ‘tempoh edah’ selama lima ta-hun, sekali gus merencatkan rancangan Pakatan Harapan menamakan beliau se-bagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh.

Sekatan yang dikenakan itu selaras peruntukan Perkara 48 fasal 1 (e) Perlem-bagaan Persekutuan yang menyatakan seseorang itu hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Negeri (ADN) jika dijatuhi hukuman penjara ti-dak kurang setahun atau didenda tidak kurang RM2,000 oleh mana-mana mah-kamah, di Malaysia.

Anwar sebelum ini juga pernah hilang kelayakan untuk bertanding dalam PRU-12 pada 2008 apabila menjalani ‘tempoh edah’ akibat hukuman penjara enam ta-hun berkaitan kes fitnah rasuah dan salah guna kuasa.

Selain Anwar, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli turut berhadap risiko hilang kelayakan bertanding dalam PRU14 apa-bila dijatuhkan hukuman 18 bulan penja-ra di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kera-na memiliki dokumen rahsia kerajaan.

Bagaimanapun, Rafizi masih berpelu-ang memfailkan kes beliau, di peringkat Mahkamah Persekutuan.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, pada Januari 2017 juga hampir hi-lang kelayakan apabila didenda RM2,900 oleh Mahkamah Rendah Syariah selepas didapati bersalah mengajar agama Islam tanpa tauliah di sebuah surau di Klang, enam tahun lalu.

Bagaimanapun, pada November lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Salehan Yatim mengurangkan jum-lah denda dari RM2,900 kepada RM1,900 bermakna Khalid masih layak bertanding, pada PRU-14.

Selain hukuman yang dijatuhkan mah-kamah, Pekara 48 fasal 6 turut memper-untukkan seseorang Ahli Parlimen hilang kelayakannya jika beliau sengaja me-lepaskan keahliannya sebagai ahli parli-men.

Isu hilang kelayakan faktor meletak jawatan ini pernah dialami Presiden KE-ADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang, pada 31 Julai 2008 untuk memberi laluan kepada Anwar bertan-ding dalam pilihan raya kecil.

Krisis perlembagaan 1998

Selain itu, peristiwa Tan Sri Shahrir Sa-mad melepaskan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Johor Bahru, pada 1988 pula di-

anggap sebagai punca yang membawa kepada penambahan fasal 6 sebelum di-kuatkuasakan, pada 11 Mei 1990.

Peristiwa perletakan jawatan ketika kri-sis perlembagaan 1998 sedang memun-cak itu juga dianggap sebagai salah satu peristiwa penting yang pernah terakam dalam sejarah politik negara.

Fasal 6 menyatakan “seseorang yang melepaskan keahliannya di dalam Dewan Rakyat hendaklah, bagi tempoh lima ta-hun bermula daripada tarikh pelepasan keahliannya berkuat kuasa, hilang kela-yakan untuk menjadi ahli Dewan Rakyat”.

Perletakan jawatan Shahrir selepas Umno diharamkan itu dibuat dipercayai untuk membuktikan kekuatan sentimen Tun Musa Hitam di Johor, sekali gus me-nolak barisan kepimpinan Umno yang menang Pemilihan Umno 1987.

Rentetan perletakan jawatan itu, satu pilihan raya kecil diadakan pada 25 Ogos 1988 dan Shahrir bertanding semula di kerusi sama menggunakan tiket bebas dengan simbol kunci.

Dalam kempen yang hebat dan sengit iaitu ketika ahli UMNO masih meratapi musibah yang menimpa Umno, akhirnya Shahrir menang.

Dalam politik negara, sehingga kini Shahrir adalah satu-satunya calon bebas, di Semenanjung yang pernah memena-ngi pilihan raya.

Kemenangan Shahrir itu memberi isyarat bahaya kepada Umno, sekali gus meletakkan Umno Johor yang dianggap sebagai kubu kuat Umno berada dalam keadaan goyah.

Beliau memperoleh 23,581 undi me- ngalahkan calon Barisan Nasional, Mas’ud Abdul Rahman (10,968 undi) dan Abdul Razak Ahmad (PSRM) memperoleh 2,260 undi.

Peristiwa itu menyebabkan fasal 6 di-tambah dalam Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan, pada 11 Mei 1990 bagi me-mastikan tiada ahli Dewan Rakyat dengan sengaja meletakkan jawatan.

Faktor lain puncahilang kelayakan

Faktor lain menyebabkan seseorang hilang kelayakan sebagai ahli parlimen apabila seseorang diisytiharkan tidak

sempurna akal, seorang bankrap, gagal menyerahkan apa-apa penyata perbelan-jaan pilihan raya seperti dikehendaki un-dang-undang.

Bagaimanapun, Perkara 48 turut me-nyebut kehilangan kelayakan seseorang di bawah perenggan (d) fasal 1 iaitu ke-gagalan menyerahkan penyata perbe-lanjaan pilihan raya dan perenggan (e)

fasal 1, dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun atau denda tidak kurang RM2,000 oleh mahkamah boleh dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Hal itu bertepatan dengan langkah Pa-katan Harapan memohon pengampunan Yang di-Pertuan Agong terhadap sabitan kepada Anwar, sekali gus membolehkan beliau serta-merta bertanding dalam ma-na-mana kerusi parlimen.

Selain itu, ahli parlimen yang secara su-karela memperoleh kewarganegaraan ma-na-mana negara, di luar persekutuan atau dengan sukarela menggunakan hak ke-warganegaraan, di mana-mana negara luar atau sudah membuat suatu akuan setia ke-pada mana-mana negara luar juga dilucut-kan kelayakannya.

Perlembagaan Persekutuan

Peristiwa di sebalik Perkara �8Anwar sebelum ini juga pernah hilang kelayakan untuk bertanding dalam

PRU-12 pada 2008 apabila menjalani ‘tempoh edah’ akibat hukuman penjara enam tahun berkaitan kes fitnah rasuah dan salah

guna kuasa

Page 15: muka 5 muka 7 muka 11 AMAL DASAR TERBUKA - selangorkini.my · timbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Katanya, jika pegawai ti- dak diberikan ruang bersua-ra, ia dibimbangi

16Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 17 - 23 Januari 2018

OLEH A MUZIRU IDHAM

Seingat aku, novel mu-takhir Faisal Tehrani (FT) yang aku baca adalah novel Bagaimana Anyss

Naik Ke Langit sekitar empat ta-hun lalu. Selebihnya, aku banyak mengulang baca novel mag-num opusnya, 1511 (bacaan wa-jib setiap tahun) dan baru sahaja membaca novel Cinta Hari-Hari Rusuhan pada tahun lepas (dicari bertahun-tahun) melalui edisi ce-takan Creative Enterprise.

Seingat aku lagi, kali terakhir aku menulis tentang novel FT adalah melalui tulisan “Perem-puan Nan Bercinta: Adab Dalam Berkhilaf Pendapat” sekitar lima tahun lepas, ketika aku tingkat-an enam. Tulisan itu disiarkan satu akhbar arus perdana de-ngan tajuk dan suntingan isi yang benar-benar menenggelamkan semangat sebenar yang ingin aku sampaikan. Agak “bising” seketika masyarakat maya apa-bila tulisan itu tersiar. Kali ini, aku menulis lagi tentang seorang FT - sasterawan yang aku kenali seawal darjah enam dan mulai serius meladeni tulisannya ketika tingkatan empat.

Aku sudah memiliki Profesor seawal sebulan lalu tetapi hanya membacanya minggu lalu. Me-nyiapkan tugasan benar-benar menguras tenaga mental, justeru aku perlukan waktu yang benar-benar serius untuk membaca Profesor. Novel-novel FT sentiasa menagih waktu pembacaan yang istimewa daripada aku, dan aku tidak pernah melayaninya seba-gai bacaan senggang.

Selain ia tulisan terbaru seorang FT, hanya satu sahaja sebab lain untuk aku membaca Profesor, ke-rana di dalamnya ada Ali Taqi. Se- siapa yang membaca Tuhan Ma-nusia pasti membayangkan dirin-ya Ali Taqi sebagai seorang remaja yang lantang bersuara dan berani berfikir serta membaca melebihi usia seorang remaja biasa. Teta-pi, orang yang ingin membaca Profesor semata-mata kerana Ali Taqi pasti kecewa kerana Ali Taqi dalam Profesor hanyalah seorang profesor yang sudah tua; yang sesekali memberi syarahan tetapi banyak masanya dihabiskan di ru-

ang bacaan dan mengada-kan pertemuan-pertemuan yang dijanjikan. Agak kece-wa, kerana terlalu cepat dia di”tua”kan dan diperlahank-an, sedangkan aku percaya banyak lagi pemikiran pro-vokatifnya belum terluah-kan.

Membaca Profesor adalah membaca Dalila dan Suliza yang hidup sebagai pasa-ngan cinta yang memper-juang hak asasi manusia. Jalur masa itu terlalu pantas, ya sepantas Ali Taqi dalam Tu-han Manusia sebagai seorang remaja, mendewasa sebagai seorang ahli akademik ter-nama yang provokatif dalam Perempuan Nan Bercinta, dan menikmati hari-hari tuanya dalam Profesor.

Aku tidak tahu apakah aku ini terlalu naif atau apa, tetapi setiap kali Prof Su-liza atau Dalila berkhutbah tentang hak asasi manusia (dan ada beberapa petikan khutbah daripada makalah tulisan Prof Ali Taqi), sering-kali juga akal aku tertanya- tanya, “Kenapa mesti ruju-kan paksinya adalah dekla-rasi PBB? Bukankah deklara-

si PBB cumalah tumbuh daripada pengalaman sejarah yang relatif? Gagasan idea tidak harus dipak-sikan sekadar kepada piagam dan deklarasi institusional.” Teta-pi pembacaan aku mulai segar semula oleh kuliah-kuliah Jebat yang melihat sisi hak asasi ma-nusia daripada prasasti Melayu kuno yang lebih memberi jejak kepada gagasan hak asasi manu-sia dalam sebuah relativisme bu-daya. Paling tidak, ada kesegaran inti yang diberi kepada sebuah perbincangan hak asasi manusia dengan melihat hal selain dari-padanya.

Bukanlah seorang FT jika ti-dak gayanya yang provokatif. Tetapi tidak dapat tidak, aku ha-rus berterima kasih kepadanya yang sering membawa kepada perbincangan yang jarang mahu dimasuki oleh ramai orang yang lebih selesa berbicara seputar hal playsafe. Aku faham, FT tidak se- sekali menulis melainkan isu kepe ngarangannya mengangkat ma-syarakat marjinal yang ditindas. Paling tidak, ini kalilah, sekali lagi seorang FT memprovokasi minda kita dengan isu gender kepada permukaan perbincangan dan menyeluruhi naratifnya dengan cemerlang.

Membaca Profesor seperti me- nonton filem Desert Hearts (1986) untuk melihat sisi percintaan an-tara manusia pada sisi seksualiti yang berbeza. Sudah tiba ma-sanya kita meneropong sisi ke-hidupan yang lebih luas; tidak sekadar terperangkap dalam du-nia heteroseksual. Aku cemburu amat, kerana idea cerita sebegini pernah aku impikan untuk ditulis, tetapi seringkali ia cumalah seka-dar idea yang terpenjara di min-da sedangkan FT berani menge-luarkannya dengan penuh jiwa.

Aku ada membaca tulisan nota sahabat alumni Minggu

Penulis Remaja (MPR) 2009, Nur Adilla Abd Rahim tentang novel ini. Katanya, “Aku lebih bersyu-kur ini novel dengan cerita yang tetal, yang lebih baik dari Tuhan Manusia.” Sebaliknya, aku lebih merasakan bahawa Tuhan Manu-sia lebih dijiwai berbanding Pro-fesor. Aku tidak tahu sama ada aku terlalu sentimental dengan watak seorang Ali Taqi atau apa, tetapi aku lebih menyenangi no-vel tersebut; yang lebih menam-pakkan sosok seorang pemuda yang diasak dengan pergolakan di kiri dan kanannya, lalu bangkit melawan dengan keberanian dan belajar mencari kebenaran.

(Khabarnya novel itu telah di-tolak sendiri oleh pengarangnya sekarang dan boleh jadi Profesor adalah antitesis kepadanya. Se-bab itu, selak saja halaman per-tama novel itu, tajuk sebenarnya ialah Profesor (Manusia Tuhan), kebalikan daripada Tuhan Manu-sia. Tapi kataku, novel itu tidak perlu disesalkan kerana itulah ti-tik tolak evolusi pemikiran yang lazim pada diri manusia sebagai sebuah pemetaan kepada proses pemajuan diri.)

Tolak ke tepi sama ada aku yang sekarang boleh bersetuju atau tidak dengan pewacanaan Tuhan Manusia, tetapi kekuatan seorang Ali Taqi cukup ampuh untuk menggembur hujah. Ber-banding Tuhan Manusia yang lebih menggempur wacana, dan Perempuan Nan Bercinta yang agak keras perdebatannya, maka Profesor memaparkan sisi pewa-canaan yang lebih toleransi tapi tegas berprinsip. Mungkin tanpa “pembacaan nota-nota syara-han”, pergerakan naratif dalam Profesor sudah cukup ampuh mengakar hujah. Perjalanan hidup seorang Suliza yang me-lihat sendiri sisi-sisi gelap peran-gai ustaz berjubah syaitan lalu

Setelah hari ituSetelah akukau permalukandengan cerca dan hinadan dipaksa melepaskan kerusi amanahyang diserahkan oleh jutaan rakyathanya kerana aku tak mahusama jadi pendustadan mengulangi sebuah dosa.

Hari ini kembali kaubercakap tentang maafdan damaiwalau lukamasih mengalir darahnyadan maluku tetap menjadipekung yang terngangaHanya kerana kautetap mendahulukan tamakmudan salakan anjing penjilat itutak kau tahu nantiakan menjadi api di dacing pengadilan membakar rentungangkuh dan segala kesombon-ganinsan.

Marsli N.O

bangkit melawan dengan hak asasi manusia, cukup membun-tangkan mata. Ah, aku terlalu sentimental dengan seorang Ali Taqi, tetapi seorang Dalila juga tidak kurang kentalnya. Seorang Dalila yang pintar dan berdikari namun masih mencari-cari mak-na diri.

Masih aku ingat ketika menyak-sikan teater Luncai Kena Hudud, Dalila berani bangun bersuara menyahut cabaran Faisal Tehrani (ya, seorang Faisal Tehrani ma-suk ke dalam novelnya sendiri dan menjadi watak seorang pe- ngarah teater yang menghenti-kan teaternya sebentar bagi mem-beri pilihan kepada penonton un-tuk menentukan plot mana yang ingin dipilih bagi meneruskan perjalanan teater seterusnya) lalu menyatakan hujah-hujah yang menolak agar Luncai dikenakan hukuman hudud disebabkan oleh kebobrokan feudalisme.

Aku rasa aku telah membaca sebuah buku yang tepat sebagai penanda aras kepada bacaanku untuk 2018. Aku tidak mahu ter-lalu berapologia kepadanya, teta-pi paling tidak, keberadaannya membuat aku rasa sastera kita masih ada harapan. Bukan semua orang harus mengikuti caranya. Tapi setiap orang ada “kebera-nian” yang mereka pendamkan dalam diri. “Keberanian” itulah yang perlu dilontar ke luar jika tidak mahu sekadar terperuk dalam dunia yang ditelunjuki autoriti. Sebutlah apa sahaja — autoriti bahasa, autoriti sastera, autoriti moral, autoriti wacana, autoriti apa-apa sahaja. Autoriti hanya akan memastikan kita be-tul apabila kita terus ikut cara me-reka, sedangkan mereka tetap- lah manusia yang tidak selalu betul dan kita tidak semestinya salah. Tanpa “keberanian” ini, sas-tera akan terus mewarisi dosa-dosa lama yang melekatkannya sebagai dunia “orang-orang yang berhati jiwang”.

* A Muziru Idham aktif menulis cerpen, sajak dan beberapa kali menang hadiah sastera selain menghasilkan esei berkaitan pel-bagai isu.

Profesor: Syarahan

di atas katil

Page 16: muka 5 muka 7 muka 11 AMAL DASAR TERBUKA - selangorkini.my · timbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Katanya, jika pegawai ti- dak diberikan ruang bersua-ra, ia dibimbangi

17SelangorKini 17 - 23 Januari 2018

Seni MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Bantu artis veteran

Karyawan sasar kumpul dana RM��,���

OLEH SABIRAH AZIZ

KUALA LUMPUR - Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) mensasarkan kutipan dana RM50,000 sempena pengan-juran Malam Nostalgia Lagenda siri kedua, yang berlangsung di WOWKL!, pada 27 Januari ini.

Presidennya, Datuk Freddie Fernandez berkata, acara itu ber-tujuan membantu artis veteran yang kekurangan tempat meng-adakan persembahan dan me-ningkatkan pendapatan mereka.

“Bagi penganjuran kali perta-ma pada 10 Disember lalu, kami berjaya mengumpulkan dana RM25,000 dan berharap kutipan akan meningkat kali ini.

“Acara seumpama ini dilihat dapat membuka peluang kepa-da nama besar terdahulu untuk meneruskan kerjaya seni mereka yang sesetengahnya kini amat ja-rang mendapat tawaran menga-dakan persembahan pentas.

“Ia juga bagi mengutip dana tabung kebajikan persatuan un-tuk membantu artis memerlu-kan,” katanya dalam sidang me-dia Malam Nostalgia Lagenda siri kedua, pada 15 Januari lalu.

Malam Nostalgia Lagenda siri kedua anjuran Karyawan dan RR Charity Lane dengan kerjasama WOWKL! akan menampilkan persembahan dari bintang dipilih iaitu Rahimah Rahim, Mimiloma, Norlia Ghani, A.Rozaini, S.Rohani serta artis veteran India V. Sara-ngapani.

Dalam sidang media itu, Kar-yawan turut memberikan sum-bangan hasil kutipan penjualan meja siri pertama Malam Nostal-gia Lagenda kepada Hamid Gur-kha, Connie, Norlia Ghani dan Mimiloma.

Freddie berkata, bagi menerus-

kan usaha membantu lebih ramai lagi artis yang memerlukan ban-tuan, Karyawan kini sedang me-rencanakan beberapa program, pada masa hadapan.

Sementara itu, Pengasas RR Charity Lane, Datuk Raja Ropiah

Raja Abdullah berkata, sebagai penganjur, pihaknya berharap orang ramai dapat menyokong dan membantu artis veteran berkenaan.

“Kami juga ada perancangan untuk mempromosikan acara

ini dengan lebih meluas melalui pelbagai medium, namun perlu mengukuhkan identiti terlebih dahulu.

"Semoga usaha untuk menjual tiket acara ini akan berjaya,” ka-tanya.

Karyawan terus komited menjaga kebajikan artis termasuk golongan veteran yang memerlukan

Bagi penganjuran kali pertama pada 10 Disember lalu, kami berjaya mengumpulkan dana RM25,000 dan berharap kutipan akan meningkat kali ini. Acara seumpama ini dilihat dapat membuka peluang kepada nama besar terdahulu untuk meneruskan kerjaya seni merekaFREDDIE FERNANDEZPresiden Karyawan

Page 17: muka 5 muka 7 muka 11 AMAL DASAR TERBUKA - selangorkini.my · timbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Katanya, jika pegawai ti- dak diberikan ruang bersua-ra, ia dibimbangi

18PBT

SelangorKini 17 - 23 Januari 2018

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Pelan Rancangan Tempatan diperkenalkan Maj-lis Perbandaran Sepang (MPSp) bagi menjadikan pembangunan, di pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu lebih mam-pan dan sistematik.

Yang Dipertua MPSp, Dato’ Puasa Mohd Taib berkata, tum-puannya terarah kepada pem-bangunan hijau dan bersifat Smart City, seiring hasrat Kera-jaan Negeri menjadikan Selangor sebagai Smart State.

“Pelan ini dijayakan secara komprehensif memastikan pem-bangunan asas seperti penguru-san sampah, longkang dan jalan perumahan, bandar juga luar bandar diselia secara berkesan.

“Sememangnya MPSp mem-punyai peruntukan sedia ada untuk melaksanakan pelan ini, memandangkan Sepang kini dili-

hat sebagai bandar yang sedang membangun dengan rancak.

“Faktor ini juga terarah kera-na kedudukannya yang sangat dekat dengan Putrajaya sebagai kawasan tumpuan pelancongan dan pentadbiran kerajaan, di pe-ringkat Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Hi-Tea dan Pelancaran Program Pen-jenamaan Semula Imej Bandar Dengkil, di Taman Dengkil Jaya, baru-baru ini.

Terdahulu, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menyarankan PBT memainkan peranan lebih aktif setara komit-men berkebajikan dan pemba-ngunan efisien yang dijayakan Kerajaan Negeri.

Beliau berkata, peruntukan PBT perlu diurus secara berkesan dengan menyediakan pelbagai kemudahan, di kawasan pentad-biran majlis.

Pelan Rancangan Tempatan Sepang

Bina pembangunan mampan

MPSp menambah baik keperluan fasiliti setempat untuk manfaat jangka panjang rakyat

SEPANG - Penjenamaan semula imej bandar Dengkil dilaksanakan Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) bagi menjadikan kawasan bandar lama itu lebih bersih dan boleh dikomersialkan.

Yang Dipertua MPSp, Dato’ Puasa Mohd Taib berkata, bandar Dengkil Jaya dipilih sebagai ‘pilot project’ penjenamaan pemba-ngunan baru, di kawasan pentad-biran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu.

Katanya, antara insiatif dijalan-kan termasuk kerja mengecat ba-ngunan kedai lama dengan lukisan mural yang boleh menjadi antara daya penarik, di kawasan itu.

“Kita memilih Dengkil Jaya se-bagai ‘pilot project’ memandang-kan kawasan itu berdekatan UiTM Dengkil dan menjadi tumpuan umum.

“Berdasarkan kajian yang dilak-

sanakan sebelum 2016, kita secara komprehensif optimis memasti-kan semua bandar lama sedia ada, di Sepang akan dibangunkan se-hingga 2026.

“Ini selaras hasrat pihak majlis untuk menjadikan Sepang sebagai perbandaran bersih, indah dan se-jahtera,” katanya.

Puasa berkata, MPSp turut menjalinkan kerjasama dengan pihak swasta, penduduk setem-pat dan agensi kerajaan bagi membangunkan projek penje- namaan baru itu.

“Kita turut mendapat penje-namaan cat baru daripada bebe-rapa syarikat swasta untuk proses mengecat bangunan lama.

“Bagaimanapun, kos keseluru-han penjenamaan baru ini akan ditanggung pihak majlis, namun bergantung kepada keupayaan dan bajet yang ada,” katanya.

‘Lukisan mural’ indahkan bandar lama Dengkil Jaya

SHAH ALAM - Orang ramai kini berpeluang menggunakan perkhidmatan sistem bayaran layan diri, Kiosk Bayaran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) iaitu K-PAY.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shah-rin Ahmad berkata, ia merupa-kan salah satu kaedah alterna-tif transaksi pembayaran yang disediakan di kaunter utama MBSA.

Katanya, mereka tidak perlu beratur panjang dan menunggu giliran, sekali gus menjimatkan masa menerusi perkhidmatan yang mula diperkenalkan, pada Julai 2017.

“Orang ramai yang meng-gunakan kiosk K-PAY ini boleh membuat transaksi pembayaran secara layan diri tanpa perlu berurusan di kaunter utama.

“Ia membabitkan urusan urus niaga seperti pembayaran cukai taksiran, kompaun, cagaran, pe-

K-PAY mudahkan pengguna

nyewaan dan sebagainya,” ka-tanya.

Shahrin berkata, terdapat dua Kiosk K-PAY disediakan di kaun-ter utama MBSA selain pejabat cawangan di Kota Kemuning, Sungai Buloh dan Setia Alam.

“MBSA berhasrat untuk me-

nambah lagi Kiosk K-PAY bagi mempertingkatkan kualiti ke-cekapan perkhidmatan, pada masa akan datang,” katanya.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh hubungi Kaunter Utama, Jabatan Kewa-ngan di talian 03-5511 3251.

K-PAY sebagai alternatif memudahkan penduduk menjelaskan bayaran secara layan diri

Puasa (tengah) melihat usaha mengkomersialkan semula daerah Sepang bagi menarik tumpuan umum

SHAH ALAM - Usaha dan pro-gram dijalankan selama ini akhirnya berbaloi apabila Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 3, menjuarai Anugerah Ke-seluruhan Terbaik JKP, Majlis Per-bandaran Subang Jaya (MPSJ) 2017.

Wakil JKP Zon 3, M Singam berkata, pihaknya amat bangga dan bersyukur dengan keme-na-ngan itu yang juga kemena-ngan kali kedua selepas pernah

memenanginya, pada 2015.“Ini adalah hasil kerjasama

pasukan kami walaupun pada kali ini, jumlah program di-jalankan berkurangan, ber-banding tahun sebelumnya.

“Bagaimanapun, kami ber-pendapat program kali ini berkualiti, sekaligus menjadi bukti kepada apa yang kami lakukan selama ini,” katanya.

Singam berkata, pihaknya berhasrat untuk memberikan

wang kemenangan itu kepada mereka yang memerlukan ban-tuan.

“Kami juga akan berusaha lebih gigih untuk memenangi lebih banyak kategori, pada masa akan datang.

“Selain itu, bagi menjadikan sesebuah JKP itu bagus, setiap ahli mesti mempunyai sikap bertanggungjawab dan me-luangkan masa bersama komu-niti,” katanya.

Usaha nyata berbaloi

Page 18: muka 5 muka 7 muka 11 AMAL DASAR TERBUKA - selangorkini.my · timbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Katanya, jika pegawai ti- dak diberikan ruang bersua-ra, ia dibimbangi

19SelangorKini 17 - 23 Januari 2018

PBT MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

SHAH ALAM - Lebih 1,200 peser-ta menyertai acara ‘Melawati Run’ yang berlangsung, pada 7 Januari lalu, di Lorong Sarawak, Taman Melawati.

Acara bertemakan ‘Run With The Environment’ itu adalah anjuran Kelab Rekreasi Taman Melawati dengan sokongan Maj-lis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Berdasarkan kenyataan di Facebook, acara yang berlang-sung seawal jam 7 pagi itu di-sempurnakan Ahli Dewan Ne-geri Hulu Kelang, Saari Sungib.

Larian itu membabitkan jarak 15 kilometer (km) Terbuka Lelaki (18-45 tahun), Terbuka Wanita (18-40 tahun), Lelaki Veteran (46 tahun dan ke atas) serta Wanita Veteran (41 tahun dan ke atas).

Selain itu, turut diadakan

Lebih �,��� sertai Melawati Run

Saari (dua dari kanan) melepaskan peserta yang menyertai 'Melawati Run', pada 7 Januari lalu

OLEH SABIRAH AZIZ

SHAH ALAM - Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 3 memena- ngi Anugerah Keseluruhan Ter-baik, pada majlis Anugerah Jawatankuasa Penduduk dan Zon Bersih JKP Majlis Perbandar-an Subang Jaya (MPSJ) 2017.

Anugerah disampaikan Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya, Hannah Yeoh diiringi Yang Dipertua MPSJ, Noraini Roslan.

JKP Zon 3 menerima hadiah RM5,000, piala dan sijil, manaka-la JKP Zon 10 memenangi Anu-gerah Zon Bersih Keseluruhan Terbaik serta membawa pulang RM3,000, piala, plak juga sijil.

Pada majlis itu, Hannah ber-

kata, MPSJ adalah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tempatan ter-baik, di Selangor.

“MPSJ juga berjaya mengekal-kan status lima bintang dan anta-ra PBT yang kurang dibangkitkan isunya, di Dewan Negeri Sela- ngor.

“Saya juga berbangga de-ngan MPSJ kerana menjadi PBT yang bersih, tiada isu denggi dan kurang masalah sumber bekalan air,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis itu, di Hotel Grand Bluewave, pada 12 Januari lalu.

Turut hadir Exco Kerajaan Tem-patan, Pembangunan Kampung Baru dan Pemutihan Kilang Ha-

ram, Ean Yong Hian Wah dan ADN Kinrara, Ng Sze Han.

Sementara itu, Noraini berka-ta, dalam tempoh 20 tahun, MPSJ banyak melakar sejarah dengan kejayaan dan pengiktirafan, di pelbagai peringkat.

“MPSJ menerima 50 anugerah di peringkat negeri, 36 di pering-kat kebangsaan dan 13 di pering-kat antarabangsa.

“Kejayaan ini tidak dapat di-laksanakan tanpa kerjasama dan hubungan erat antara MPSJ dan JKP.

“Diharapkan jalinan ini berte-rusan bagi membolehkan setiap perkhidmatan disalurkan diteri-ma setiap lapisan masyarakat,” katanya.

Anugerah Jawatankuasa Penduduk (JKP) 2017

JKP Zon � juara keseluruhan

JKP Zon 3 mempertahankan kejuaraan selepas sekali lagi dipilih mengungguli Anugerah Keseluruhan Terbaik, di bawah pentadbiran MPSJ

KUALA SELANGOR - Pemilik harta yang terawal menjelaskan bayaran cukai taksiran 2018, di kawasan pentadbiran Majlis Dae-rah Kuala Selangor (MDKS) ber-peluang memiliki cawan eksklu-sif edisi khas secara percuma.

Pengarah Jabatan Peranca-ngan Pembangunan, Mohamad Yusli Askandar berkata, pem-berian cawan ‘eco’ diperbuat daripada sekam gandum itu se-bagai menghargai komitmen dan tanggungjawab pembayar cukai.

Katanya, ia juga bertujuan meningkatkan kesedaran ma-syarakat berkenaan ancaman plastik dan polistirena terhadap kesihatan masyarakat, alam seki-tar serta hidupan liar.

“Bahan digunakan ini me-ngambil masa singkat untuk ter-urai, lebih mudah dikitar semula dan tidak bertoksik.

“Orang ramai digesa merebut peluang ini melalui pembayaran penuh cukai taksiran 2018 dan pemberian hadiah berdasarkan

siapa cepat dia dapat,” katanya.Mohamad Yusli berkata, bil

untuk penggal Januari hingga Jun 2018 sudah dikeluarkan dan orang ramai diminta membuat semakan dan bayaran segera sebelum 28 Februari ini bagi mengelakkan Fi Notis (Denda Lewat).

Katanya, pemilik harta dinasi-hatkan membawa bil lama atau dokumen harta jika tidak mene-rima bil semasa untuk membuat bayaran.

“Hasil kutipan cukai itu dipu-langkan menerusi perkhidmatan seperti kutipan sampah domes-tik dan pembersihan awam, pe-nyelenggaraan infrastruktur ja-lan, lampu jalan, longkang dan sebagainya.

“Ia juga dapat meningkat-kan mutu perkhidmatan dalam menyediakan persekitaran per-bandaran kondusif bagi pem-bangunan ekonomi hijau, peme-liharaan alam sekitar, warisan sejarah dan kehidupan berkua-liti," katanya.

Bayar cukai dapat hadiah

Bayaran cukai boleh dilakukan di Ibu Pejabat MDKL dan kaunter Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat, pada setiap hari termasuk cuti umum

acara santai’Fun Run’ (13 tahun dan ke atas) dan ‘Family Fun Run’ (dua dewasa dan dua kanak-kanak 4 tahun ke atas) dengan jarak masing-masing 7km.

Menariknya, acara itu turut disertai peserta dari dalam dan luar negara.

Antara hadiah ditawarkan adalah medal, trofi dan hamper.

PUCHONG - Satu mesyuarat pe-nyelasaran bagi mencari peny-elesaian menyeluruh isu pence- robohan dan pembuangan sam-pah haram, di tapak kosong ber-sebelahan Intan Apartmen, di sini, akan dilaksanakan.

Timbalan Pengarah Korporat Jabatan Korporat dan Pengurus-an Strategik Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Azfarizal Abdul Rashid berkata, ketika ini pihaknya mengambil tindakan dengan meletakkan batu konkrit bagi menghalang tindakan itu dari terus dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.

Katanya, MPSJ menerima adu-an berkenaan kegiatan pem-buangan dan pelupusan haram itu, pada 12 Disember lalu dan hasil semakan mendapati tanah terbabit adalah rizab sekolah.

“Siasatan turut mendapati ta-

nah terbabit diceroboh untuk aktiviti sampah haram bagi sisa binaan dan domestik, justeru kita mengemukakan surat makluman kepada Jabatan Pendidikan Se-langor berkenaannya.

“Kita juga mengadakan ope-rasi di kawasan itu bersama Ke-menterian Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Ke-tua Pengarah Tanah dan Galian serta Pejabat Tanah dan Daerah,” katanya.

Baru-baru ini, penduduk di kawasan berkenaan mengadu tidak tahan menghidu bau bu-suk ekoran terdapat aktiviti pem-buangan sampah haram yang terletak kurang 100 meter dari kediaman mereka.

Penduduk mendakwa bebera-pa lori lima tan keluar masuk ke tapak itu yang membawa mua-tan sampah.

MPSJ giat atasi aktiviti sampah haram

Page 19: muka 5 muka 7 muka 11 AMAL DASAR TERBUKA - selangorkini.my · timbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Katanya, jika pegawai ti- dak diberikan ruang bersua-ra, ia dibimbangi

20Pendidikan

SelangorKini 17 - 23 Januari 2018

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM - Kolej Antarabangsa INPENS (IN-PENS) terus menambah Inkubator SmartSela-ngor dalam usaha melahirkan graduan berke-mahiran, sekali gus menyertai keusahawanan.

Pembukaan Inkubator SmartSelangor ter-baru, di Masjid Bandar Baru Sungai Buloh, di sini, yang menawarkan perkhidmatan gun-ting rambut dan jahitan adalah komitmen kolej itu bagi memberi peluang kepada gra-duan menimba ilmu dan berdikari dalam ker-jaya.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Mela-yu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kam-pung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, perancangan INPENS itu adalah baik dan lokasi dipilih bersesuaian kehendak pa-saran.

“Kita lihat ramai jemaah masjid memerlu-kan khidmat gunting rambut tetapi mereka perlu ke kedai di luar sana sedangkan mereka boleh mendapatkan perkhidmatan itu ketika

menunaikan solat, di masjid ini.“Peranan masjid sebagai institusi ke-

agamaan terus diperkasakan melalui kae-dah ini kerana sesebuah masjid bukan sahaja tempat mendirikan solat tetapi berperanan sebagai gedung ilmu dan diskusi,” katanya selepas merasmikannya, pada Disember lalu.

Inkubator SmartSelangor INPENS, di Masjid Bandar Baru Sungai Buloh adalah yang kelima menggunakan dua unit kontena untuk men-jalankan operasinya.

Pengurus Komunikasi Korporatnya, Jefri Mejan berkata, sebelum ini INPENS membuka empat yang lain di Meru, Sijangkang, Batang Kali dan Sungai Besar.

“INPENS merancang membuka beberapa Inkubator SmartSelangor, di lokasi berpotensi dalam usaha melahirkan lebih ramai graduan berkemahiran.

“Ini kerana kebergantungan kepa-da  makan gaji sudah semakin tipis dan gra-duan berkemahiran boleh bekerja terus apa-bila tamat pengajian,” katanya.

SHAH ALAM - Universiti Selangor (UNISEL) berhasrat menghasilkan lebih banyak ker-tas penyelidikan dan penerbitan bermula tahun ini, kata Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman.

Presiden dan Naib Canselor itu berkata, ia selaras status UNISEL sebagai salah satu universiti yang memiliki 13 pensyarah ber-taraf profesor, 20 bertaraf profesor madya selain lebih 27 peratus kakitangan memiliki kelulusan doktor falsafah (PHD).

Katanya, setiap profesor madya disasar menghasilkan satu buku setiap seorang se-lain sasaran 500 hasil penerbitan keseluru-han bagi UNISEL.

“Saya positif ia boleh dicapai kerana kita ada kemampuan untuk melakukannya dan berdiri sebaris universiti awam lain.

KUALA SELANGOR - Kolej Antarabangsa INPENS (INPENS) mencatat rekod baru apa-bila 650 pelajar baharu mendaftar, di kolej itu bagi pengambilan pelajar 2018, pada 9 Januari lalu.

Ia mengatasi catatan terdahulu, tertinggi direkodkan bagi pengambilan sebelumnya adalah 500 pelajar untuk melanjutkan pelajar-an dalam bidang kemahiran.

Ketua Eksekutifnya, Ahmad Zabri Yaman berkata, perkembangan itu membuktikan pe-lajar menyedari Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah bidang yang menjadi keutamaan, di pelbagai industri.

Katanya, ia ditambah gelombang revo-lusi industri 4.0 memerlukan lebih ramai tenaga mahir bagi menjayakannya.

“Masyarakat kini perlu yakin bidang ke-mahiran adalah untuk semua belia yang berpotensi dan bukan hanya golongan ke-

SHAH ALAM - Kolej Univer-siti Islam Se-langor (KUIS) mensasarkan k e m a s u k a n 4,000 penun-tut baru bagi sesi pengam-bilan pelajar, pada tahun ini.

Timbalan Rektor Pengurusan Kor-porat (Pembangunan dan Pengan-tarabangsaan) KUIS, Dr Zulkifli Abd Hamid berkata, pelan jangka panjang dilaksanakan bagi menarik lebih ra-mai memilih kolej berkenaan sebagai institut pendidikan pilihan.

Katanya, pelaksanaan pelan jangka panjang berkenaan juga di-jayakan seiring komitmen institut pendidikan tinggi milik Majlis Aga-ma Islam Selangor (MAIS) itu untuk memperlebar jaringan pendidikan, di negeri ini.

“Sasaran 4,000 kemasukan pelajar baru adalah relevan dan jika jumlah ini dapat dicapai, keseluruhan penun-tut di KUIS akan mencecah 12,000 orang.

“Justeru, dalam usaha menca-pai sasaran ini, pelbagai strategi di-rancang Bahagian Pemasaran dan Komunikasi KUIS melalui promosi, pameran pendidikan dan ceramah pendidikan,” katanya ketika di-hubungi SelangorKini.

Untuk rekod, KUIS menerima 3,272 kemasukan penuntut baru sepanjang 2017 lalu.

Sementara itu, orang awam yang berminat dan berkelayakan boleh menyambung pengajian di KUIS de-ngan membuat permohonan secara dalam talian di www.kuis.edu.my.

Inkubator SmartSelangor INPENS

Lahir graduan berkemahiran

Dr Ahmad Yunus cuba memotong rambut ketika merasmikan Inkubator SmartSelangor INPENS, di Masjid Bandar Baru Sungai Buloh

KUIS sasar �,��� pelajar baru

TVET makin laris

Lebih 600 pelajar mengambil peluang mendaftar, di IN-PENS bagi mendalami ilmu kemahiran sebagai perse-diaan menghadapi revolusi industri 4.0

Pelbagai penyelidikan dan penerbitan

ciciran akademik sahaja.“Semakin ramai memilih

aliran kemahiran kerana me-nyedari kepentingan tenaga mahir ini dalam memba-ngunkan ekonomi negara.

“Buktinya, INPENS diban-jiri lebih 600 pelajar baru dan kita berhasrat mengang-kat martabat pendidikan ke-mahiran ke arah lebih tinggi dengan melahirkan alumni INPENS berkemahiran serta berkarakter unggul,” katanya.

Beliau berkata, belia berminat boleh meng-hubungi INPENS di pelbagai medium seperti laman sesawang, panggilan telefon, Facebook, Instagram atau Whatsapp untuk mengetahui peluang melanjutkan pengajian.

INPENS menjalankan kursus kemahiran

sejak 2006 menawarkan pendidikan kema-hiran dalam automotif, motosikal, penya-manan udara, teknologi maklumat, jahitan, kecantikan, dandanan rambut, kulinari, pas-tri, elektrik dan elektronik.

Sesi kali ini juga memperkenalkan satu kursus baharu iaitu semburan cat auto-motif.

UNISEL terus komited sebagai peneraju transformasi pendidikan menerusi tenaga kerja berkebolehan

“Universiti swasta hari ini bukan lagi sekadar bercakap dan bersyarah kemudian terima duit tetapi kita perlu sahut cabar-an untuk mempelbagai penyelidikan juga penerbitan seterusnya menaikan ranking UNISEL,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Perasmi-an Seminar Halatuju Penyelidikan Bidang-bidang Strategik Utama Selangor, di Insti-tut Darul Ehsan, di sini, pada 10 Januari lalu.

Mohammad Redzuan berkata, usaha berkenaan menerima sokongan Kerajaan Negeri yang menyalurkan peruntukan RM2 juta untuk melaksanakan penyelidikan bagi tahun ini.

Katanya, UNISEL turut menyediakan lan-dasan dan ruang berkaitan dengan me-nubuhkan  Unisel Press .

“Jadi, tiada sebab untuk tidak menulis dan menerbitkan hasil penyelidikan kita, malahan ia peluang yang akhirnya dapat dilihat orang luar,” katanya.

Page 20: muka 5 muka 7 muka 11 AMAL DASAR TERBUKA - selangorkini.my · timbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Katanya, jika pegawai ti- dak diberikan ruang bersua-ra, ia dibimbangi

21SelangorKini 17 - 23 Januari 2018

Agama MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Pelbagai penyelidikan dan penerbitan

OLEH HAFIZAN TAIB

GOMBAK - Masjid Zakaria di Jalan Gombak, di sini, berjaya disiapkan bagi memenuhi keperluan umat Islam, di kawasan terbabit.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Kerajaan Negeri memperuntuk-kan dana tambahan RM11 juta bagi tujuan itu dan mengatasi masalah tanah dihadapi sekian lama dengan penyediaan ka-wasan seluas tiga ekar.

“Ia berjaya disiapkan dan masjid ini mampu menampung 2,000 je-maah umat Islam, pada satu masa.

“Cuma cabaran kita ialah bagi mengimarahkannya dan saya ya-kin ia mampu memenuhi keper-luan juga hasrat Kerajaan Negeri mengembangkan syiar Islam,” ka-tanya.

Katanya, Masjid Zakaria yang adalah antara masjid tertua, di Selangor yang dibina pada 1938 dan program pembangunannya dilakukan kerana uzur serta tidak

SHAH ALAM - Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) terus komited mem-bantu anak yatim dan memper-tingkatkan mutu perkhidmatan Pusat Dialisis Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Terbaru, yayasan itu mengada-kan kunjungan ke Prasarana Ma-laysia Berhad (PRASARANA) bagi menjalin kerjasama dari sudut penajaan anak yatim dan hemodi-alisis.

“YIDE komited dalam memban-tu anak yatim berdaftar bersama yayasan ini dan meningkatkan mutu perkhidmatan Pusat Dialisis

MAIS dengan menggantikan me-sin hemodialisis lama bagi melan-carkan operasi,” katanya.

Pada 10 Januari lalu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YIDE, Nur Mohd Razali Abdullah mengada-kan perbincangan dua hala ber-sama Naib Presiden Kanan Media & Komunikasi PRASARANA, Azhar Ghazli dan Pegawai Pehubungan Awamnya, Khairul Bariah.

YIDE adalah yayasan yang memberi khidmat sokongan ke-bajikan dalam bidang kesihatan dan perubatan seperti rawatan hemodialisis yang dikawal selia

Pusat Dialisis MAIS.YIDE mengurus selia enam

cawangan Pusat Dialisis MAIS, ia-itu Shah Alam, Kapar, Kuala Sela-ngor, Sungai Besar, Taman Mela-wati dan Bukit Jelutong.

Semua pusat dialisis itu menye-diakan 43 mesin hemodialisis bagi menampung kapasiti 258 pesakit daripada pelbagai peringkat umur.

Selain itu, YIDE turut berperan-an menguruskan hal ehwal anak yatim, di Selangor dengan melak-sanakan program agihan sumba-ngan kewangan dan bantuan pendidikan.

ERAT UKHUWAH...Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menyantuni anak kariah se-belum menunai-kan solat Jumaat pertama, di Masjid Zakaria, Gombak yang kini berwajah baru. Masjid berkenaan mam-pu memuatkan sehingga 2,000 jemaah, pada satu masa

WAKTU SOLAT SELANGOR17- 23 Januari 2018

29 Rabi’ulakhir - 6 Jamadilawal 1439HGombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak17 Rabu 5:55 6:05 7:23 1:26 4:48 7:24 8:3718 Khamis 5:55 6:05 7:23 1:26 4:49 7:24 8:3719 Jumaat 5:56 6:06 7:23 1:27 4:49 7:24 8:3820 Sabtu 5:56 6:06 7:24 1:27 4:49 7:25 8:3821 Ahad 5:56 6:06 7:24 1:27 4:49 7:25 8:3822 Isnin 5:57 6:07 7:24 1:28 4:50 7:25 8:3823 Selasa 5:57 6:07 7:24 1:28 4:50 7:26 8:38

17 Rabu 5:57 6:07 7:25 1:28 4:51 7:25 8:3818 Khamis 5:58 6:08 7:25 1:29 4:51 7:25 8:3919 Jumaat 5:58 6:08 7:25 1:29 4:51 7:26 8:3920 Sabtu 5:58 6:08 7:26 1:29 4:51 7:26 8:3921 Ahad 5:59 6:09 7:26 1:30 4:52 7:26 8:4022 Isnin 5:59 6:09 7:26 1:30 4:52 7:27 8:4023 Selasa 5:59 6:09 7:26 1:30 4:52 7:27 8:40

YIDE dan PRASARANA menjalin kerjasama bagi membantu na-sib insan memerlukan, di Selangor

Jalinan kerjasama YIDE-PRASANA bantu golongan memerlukan

Penuhi keperluan penduduk

Masjid Zakaria kini imej baru

lagi mampu menampung jumlah umat Islam, di situ.

Mohamed Azmin berkata, pembangunan masjid itu diterus-kan apabila beliau dipilih sebagai menteri besar, pada 2014.

“Apabila dipilih sebagai Ahli Parlimen Gombak pada 2008, saya berbincang dengan pen-duduk berkenaan pembangu-nannya dan pada 2009, saya menulis surat kepada Dato’ Men-

teri Besar ketika itu untuk pertim-bangan Kerajaan Negeri.

“Pada 2010, ia diluluskan de-ngan peruntukan RM6 juta, na-mun menghadapi masalah ta-nah,” katanya.

Page 21: muka 5 muka 7 muka 11 AMAL DASAR TERBUKA - selangorkini.my · timbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Katanya, jika pegawai ti- dak diberikan ruang bersua-ra, ia dibimbangi

22Wanita & Kebajikan

SelangorKini 17 - 23 Januari 2018

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Pertubuhan Ke-bajikan & Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) menghulurkan sumbangan kepada waris 22 pelajar dan dua warden asrama yang meninggal dunia akibat ke-bakaran Sekolah Maahad Tahfiz Ittifaqiyah, Hulu Klang, pada Sep-tember lalu.

Pengerusi PEKAWANIS, Datin Seri Shamshida Taharin berharap, sumbangan dihulurkan itu mam-pu meringankan sedikit bebanan ditanggung keluarga terbabit.

“Didorong rasa sedih yang tak terungkap, saya turut bersama di wad forensik pengecaman dan berkesempatan turut berbual dengan beberapa ibu, bapa serta keluarga.

“Melihat reaksi golongan ibu membuat saya amat terharu kerana berbagai cerita menyayat hati. Ketika itu, saya datang se-bagai seorang ibu,” katanya.

Beliau yang juga isteri Dato’ Menteri Besar Selangor berkata demikian pada Majlis Penyam-paian Sumbangan Kepada Waris Mangsa Kebakaran Maahad Tah-

Tragedi Maahad Tahfiz Ittifaqiyah

PEKAWANISsantuni waris mangsakebakaran

Shamshida (berbaju biru) bersama waris mangsa kebakaran Maahad Tahfiz Ittifaqiyah, Hulu Kelang

KLANG - Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) menyantuni anak yatim dengan mengagi-hkan 2,000 pakaian seragam sekolah dan kelengkapan alat tulis hasil sumbangan Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), di Masjid Nurul Jannah, Meru, di sini, pada 13 Januari lalu.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIDE, Ami Nardin Ishak berkata, jalinan kerjasa-ma bersama MBI melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu julung kali diada-kan bertujuan membantu anak yatim, di negeri ini yang berdaftar di bawah pengu-rusan YIDE.

“Terima kasih diucapkan kepada MBI kerana sudi menjayakan ‘pilot project’ ini, sekali gus dapat mengurangkan beban

anak yatim dan membuat mereka rasa di-hargai.

“YIDE turut membuka peluang dan ru-ang kepada mana-mana agensi korporat untuk bersama menyalurkan sumbangan bagi terus membantu masyarakat, khu-susnya di negeri ini,” katanya.

Majlis itu disempurnakan Ahli Dewan Negeri Meru, Dr Abdul Rani Osman yang turut menyokong inisiatif YIDE dan MBI dengan memberi bantuan kepada anak ya-tim.

“Saya sempat bertanyakan kepada anak yatim, mereka sendiri tidak pernah mendapat sumbangan sebegini, jadi inisi-atif ini sememangnya harus dipuji, sekali gus memberi sinar kegembiraan,” katanya.

SHAH ALAM - Pertubuhan Sa-habat Kucing Jalanan Selangor (PSKJS) memerlukan dana dan sumber tenaga daripada orang awam untuk bersama menjay-akan misi serta visi membela na-sib kucing jalanan.

Pengerusinya, Mohd Rosli Ariffin berkata, usaha berke-naan bagai tidak berkesuda-han, malahan bilangan haiwan itu dibuang saban hari semakin meningkat.

Katanya, PSJKS hanya mem-fokuskan kepada kes tertentu atau kritikal sahaja seperti kucing sakit, cedera atau bunting me-mandangkan pertubuhan berke-naan mempunyai kekangan ke-wangan dan sumber tenaga.

“Terlalu banyak persepsi nega-tif masyarakat dan pihak berkua-sa terhadap kucing jalanan,

SEPANG - Lembaga Zakat Selangor (LZS) Sepang menyediakan rumah transit kepada keluarga asnaf miskin apabila kediaman mer-eka di Kampung Salak Tunggu musnah dalam satu kejadian kebakaran, pada 8 Januari lalu.

Menerusi Facebook, LZS memaklumkan pi-haknya terus bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat kebakaran.

“Kami bergegas menziarahi keluarga ini walaupun di luar waktu pejabat dan mengesahkan kejadian terbabit. Tiada kemalan-gan jiwa dilaporkan.

“Rumah itu milik asnaf miskin

Anak yatim terima seragam sekolah

YIDE sedang merangka pelbagai program komprehensif supaya lebih dikenali umum, pada masa akan datang

fiz Darul Quran Ittifaqiyah di Ke-diaman Rasmi Dato’ Menteri Be-sar, di sini, pada 14 Januari lalu.

Beliau turut menasihati keluar-ga mangsa supaya tabah meng-harungi dugaan yang amat berat itu dan berkata mangsa berada dalam taman syurga dengan izin Allah SWT.

Ketika menyentuh kejadian awal pagi 14 September lalu,

Shamshida berkata, lebih menye-dihkan lagi apabila polis men-gumumkan bahawa kejadian itu berpunca daripada perbua-tan khianat sekumpulan remaja berusia serendah 11 tahun.

Katanya, beliau mengadakan perbincangan bagi membendung masalah sosial di negara ini selepas kejadian menyedihkan itu.

“Untuk mencapai kemakmu-

ran, bukan sahaja pembangu-nan fizikal diutamakan tetapi pembangunan mental keroha-nian. Pembangunan mental dan kerohanian insan perlu sejajar dengan kemajuan infrastruktur kerana mental kerohanian sangat menentukan keberhasilan pem-bangunan secara menyeluruh serta dua aspek ini perlu seiring juga seimbang, “ katanya.

kami, kebakaran memusnahkan keseluruhan rumah,” katanya.

Pada masa sama, LZS turut menzahirkan ucapan takziah buat keluarga terbabit dan men-doakan mereka dikurniakan ke-tabahan serta kekuatan.

LZS sedia rumah transit bantu asnaf

Perlu dana selamat kucing jalanan

Rumah asnaf fakir yang musnah dalam insiden kabakaran, pada Januari lalu

malahan ada yang melabelkan ia sebagai liar dan makhluk pero-sak,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, katanya, per-satuan itu turut memerlukan sa-ranan daripada masyarakat un-tuk bersama prihatin terhadap nasib kucing jalanan.

PSJKS adalah agensi yang ber-tanggungjawab menguruskan pu- sat perlindungan kucing di Sungai Buah, Dengkil dan kini terdapat lebih 700 kucing jalanan dijaga

ahli, di rumah masing-masing.Persatuan itu turut membantu

membawa kucing jalanan yang sakit ke klinik bagi mendapatkan rawatan selain bertanggungjaw-ab memandulkan kucing jalanan secara berperingkat, membuka gerai bagi memberi taklimat kes-edaran dan menawarkan khid-mat nasihat.

Dana boleh disalaurkan ke Sa-habat Kucing Jalanan menerusi akaun CIMB 8602398474.

Kucing jalanan memerlukan perhatian masyarakat dan perlu dilindungi

Page 22: muka 5 muka 7 muka 11 AMAL DASAR TERBUKA - selangorkini.my · timbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Katanya, jika pegawai ti- dak diberikan ruang bersua-ra, ia dibimbangi

23SelangorKini 17 - 23 Januari 2018

Sukan MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH AFIX REDZUAN

KELANA JAYA - PKNS FC mem-perkenalkan dua lagi pemain import baru, Zachary Ander-son dan Jonatan Leonel Acosta bagi memperkukuh pasukan menjelang permulaan musim 2018.

Bintang dari Australia dan Ar-gentina itu akan memantapkan bahagian pertahanan serta te-ngah bersama gandingan pe-main tempatan dengan tempoh kontrak selama setahun.

Majlis menandatangani kon-trak dan pengenalan pemain disertai Jurulatih PKNS FC, Da-tuk K Rajagobal dan Pengu-rus PKNS FC, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid itu turut disaksi-kan Setiausha PKNS FC Md Adi Harmizi Ariffin, di Kompleks Su-kan PKNS, di sini, pada 10 Janu-ari lalu.

Rajagobal pada sesi sidang media berkata, kualiti yang ada pada kedua pemain itu diyakini mampu memberikan yang ter-baik kepada skuad Red Ants.

“Mereka mempunyai kualiti kepimpinan dan persembahan diperlukan pasukan dengan Zac kita dapat lihat sumbangan di-berikan terhadap Kedah musim lalu, manakala Acosta pula pe-main yang kreatif.

“Saya yakin mereka berdua boleh mempertingkatkan mutu permainan termasuk kombinasi dengan pemain tempatan juga memberikan nilai tambah kepa-da pasukan,” katanya.

Beliau turut percaya PKNS FC mampu beraksi lebih baik ber-banding sebelumnya, tambah-an aksi musim ini pastinya akan menjadi lebih menarik.

Red Ants sebelum ini secara rasmi mengumumkan dua pe-main import baharu iaitu Romel Morales Ramirez dari Columbia dan Muhammad Faris Ramli dari Singapura.

Sementara itu, Zachary berka-ta, musim membanggakan ber-aksi di Liga Malaysia, pada 2017 menjadi antara faktor buatnya untuk terus kekal bermain, di sini dan memilih PKNS FC sebagai pa-

SHAH ALAM - PKNS FC masih meneliti beberapa calon pemain import di bahagian serangan bagi memantapkan pasukan menjelang pembukaan saingan Liga Malaysia 2018, pada 3 Feb-ruari ini.

Jurulatihnya, Datuk K Raja-gobal berkata, pasukannya ti-dak mahu terburu-buru mengisi kekosongan bahagian berkenaan kerana mahu mencari yang ter-baik, terutama dalam menyudah-kan peluang di hadapan gawang.

“Kita masih lagi mahu me-mantapkan bahagian serangan dengan mencari penyerang yang sesuai dan mampu menjalankan tugas menjaringkan gol serta se-rasi dengan pasukan.

“Kita tahu tarikh akhir untuk mendaftarkan pemain dan tidak mahu terburu-buru kerana itu

Kukuh pasukan musim 2018

Zac dan Acosta senjata baru PKNS FC

sukan baru.Katanya, walaupun mene-

rima tawaran beberapa kelab A-League di negaranya, beliau menyifatkan saingan lebih kom-petitif di Malaysia dan berharap beliau mampu memberikan persembahan terbaik, khususnya dalam aksi bersama pemain tem-patan.

“PKNS FC mempamerkan persembahan baik pada musim 2017 dengan pemain muda. Sua-sana latihan juga baik dan kita optimis untuk melalui musim ini sebaik mungkin,” katanya.

Manakala bagi Acosta, beliau berharap dapat membantu Red Ants menjulang satu piala, pada musim ini.

“Saya lihat banyak pemain muda berbakat dalam pasukan ini. Saya suka untuk bermain ber-sama mereka dan cuba menja-ringkan lebih banyak gol musim ini,” katanya.

Rajagobal (tengah) bersama dua pemain import baru, Zachary (dua kiri) dan Acosta (paling kanan) tekad kukuh jentera PKNS FC, pada saingan kali ini

Red Ants mantap jentera serangan

bahagian penting bagi mengha-dapi kempen liga,” katanya kepa-da SelangorKini.

Menyentuh soal keserasian pemain sepanjang beberapa siri latihan dan perlawanan persaha-batan, Rajagobal berkata, ia me-ngambil masa lama untuk semua pasukan tetapi beliau akan meli-

hat perkara itu lebih mendalam selepas bermulanya liga.

Red Ants sebelum ini secara rasmi mengumumkan dua pemain import baharu iaitu Romel Morales Ramirez dari Columbia dan Mu-hammad Faris Ramli dari Singa-pura bagi memperkuat pasukan mengharungi Liga Malaysia 2018.

Piala Sultan Selangor �� Ogos SHAH ALAM - Piala Sultan Selangor edisi ke-17 bakal berlangsung, pada 25 Ogos ini, di Stadium Shah Alam dengan per-tembungan Pilihan Selangor menentang Pilihan Singapura.

Pengerusi Piala Sultan Selangor, Tan Sri Abd Karim Munisar berkata, tarikh berkenaan dipilih atas perkenan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Sela-ngor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Katanya, kejohanan itu turut menerus-kan pertandingan Piala Pilihan dan Veteran serta Piala Cabaran Sekolah-Sekolah yang diperkenal julung kalinya, pada edisi lalu.

Kejohanan itu kesinambungan per-lawanan persahabatan antara Selangor dan Singapura yang diperkenalkan sejak 2001 bagi menggamit nostalgia dua mu-suh tradisi yang bersaing dalam Liga Ma-laysia sebelum ini.

Dengan perkenan Sultan Selangor, Piala Cabaran Sekolah-Sekolah yang per-tama kali diadakan, di Singapura tahun lalu, jelas mencetuskan satu lagi perkem-bangan kejohanan ini dalam erti kata lain memupuk semangat kesukanan bola sepak bermula dari peringkat sekolah, katanya lapor Harian Metro.

Perlawanan bermula dengan aksi Veteran, pada jam 8 malam diikuti perla-wanan utama, pada jam 9 malam dan jam 5 petang pula membabitkan aksi Pi-ala Cabaran Sekolah-Seko-lah.

Dalam edisi ke-16 yang berlangsung pada 6 Mei lalu, skuad Veteran Selangor dan Veteran Singapura dinobatkan sebagai juara ber-sama selepas terikat tanpa jaringan dalam aksi di Stadium Nasional, Singapura.

Bagaimanapun, Pilihan Singapura ber- jaya mempertahan-kan kejuaraan Piala Sultan Selangor se-lepas menewaskan Pilihan Selangor 3-2, manakala Sekolah Sukan Singapura membawa pulang

Piala Cabaran Sekolah-Sekolah selepas menewaskan Gabungan Sekolah Sela-ngor 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti.

Page 23: muka 5 muka 7 muka 11 AMAL DASAR TERBUKA - selangorkini.my · timbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Katanya, jika pegawai ti- dak diberikan ruang bersua-ra, ia dibimbangi

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM - Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mengadakan sesi pemilihan “Impian Ke MotoGP” fasa kedua, di Litar Kart Antarabangsa Sepang, pada 13 dan 14 Januari lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali berkata, pihaknya berpuas hati dengan sambutan diberi peserta terhadap program itu yang bermula, pada pertengahan Disember tahun lalu.

“Saya sangat teruja dengan minat ditunjukkan yang menyaksikan hampir 300 pemohon berdaftar.

“Bilangan pemohon menunjukkan kredibiliti ter-hadap usaha kita lakukan bagi mencungkil bakat akar umbi menjadi pelumba kejohanan dunia,” ka-tanya.

Sesi “Impian Ke MotoGP” itu dikendali World Supersports dengan pemilihan dilakukan bekas pelumba Moto3, Zulfahmi Khairuddin dan bekas juara Asia Road Racing, Ahmad Zamani Baharudin.

Ia disertai pelumba berusia 13 hingga 15 tahun yang menjalani sesi ujian dan saringan bagi pe-milihan lima pelumba terbaik untuk siri ujian lanjut dengan jentera produksi 250cc dan jentera perlum-baan Honda NSF250RR SIC.

Program bermula pada 18 Disember tahun lalu itu adalah inisiatif SIC membawa lima pelum-ba tempatan ke peringkat antarabangsa dengan mengasah bakat dan membentuk mereka menjadi pelumba bertaraf dunia.

Daripada sesi ujian itu, beliau berka-ta, dua pelumba terbaik akan diserap sebagai pasukan junior elit yang akan bersaing sama ada dalam Kejohanan CEV Sepanyol atau Kejohanan Dunia Junior bermula di Estoril, Portugal, pada Mac ini.

Pada masa sama, pasukan junior elit akan mempunyai pilihan untuk bertanding dalam Kejohanan MSBK dan Asia, pada ruangan masa antara pusingan Kejohanan CEV.

“Tiga lagi calon berjaya akan ber-lumba dalam dua siri berbeza sepan-jang tahun iaitu Malaysian Cub Prix di bawah kategori Wira dan KTM RC390 Cup Asia sebelum mereka boleh ber-alih ke pentas antarabangsa,” katanya.

Semua pelumba akan menyertai program itu sekurang-kurangnya se-lama tiga tahun.

Sesi ujian “Impian Ke MotoGP”

SIC cungkil bakat ke medan antarabangsa

Daripada sesi ujian itu, beliau berkata, dua pelumba terbaik akan diserap sebagai pasukan junior elit yang akan bersa-ing sama ada dalam Kejohanan CEV Sepanyol atau Kejohanan Dunia Junior bermula di Estoril, Portugal, pada Mac ini