mujaddid alf tsani

11
Sebab bagi ketidakupayaan ini telah diberikan oleh Mujaddid dengan caranya yang tersendiri dengan sangat unik. Kebiasaannya dalil yang diberikan oleh Ulama’ serta Cendikiawan Islam adalah keupayaan ‘aqal serta kemampuannya terhad.Ianya telah dikatakan bahawa manusia tiada kekuatan dan ‘aqal untuk memahami Allah. Tetapi bagi Mujaddid, Dzat Allah ialah “Wara’ ul Wara’ melampaui dari yang dilampaui. Dan bagi manusia awam melampaui dari yang dilampaui ialah jarak dan terpencil iaitu kebiasannya merupakan permainan khayalan, manakala bagi Nabi-Nabi melampaui dari yang dilampaui adalah dalam erti Qurb kedekatan, di mana khalayan tiada tempatnya.Menurut Mujaddid, ia adalah satu daripada keterbatasan-keterbatasan kefahaman manusia bahawa ia tidak akan menganggap sesuatu sebagai “nyata” melainkan ia termasuk di dalam jenis “wujud”. Yang sebenarnya Dzat dan Shifat-Shifat Allah Ta’ala adalah teragung dan terlebih tinggi bukan sahaja di dalam kaitan dengan ’alam wujub dan ‘alam mumkinat, tetapi juga kaitannya dengan maqam wujud seperti yang disebutkan tadi.Inilah sebenarnya sebab kenapa setiap hubungan-hubungan,shifat-shifat dan pertimbangan- pertimbangan yang tiba di dalam pemahaman manusia, seperti Rubbubiyyat, Qadim dan Azali adalah semata-mata khayalan manusia dan ‘aqal, “sebaliknya yang sebenar Dzat Allah Ta’ala tiada kaitan dengan sebarang shifat,dinamai dengan sebarang nama, dan tertakluk kepada sebarang pertimbangan. Yang Maha Pencipta telah nama-nama dan kepada Dzat-Nya,tetapi ia adalah dengan

Upload: su

Post on 11-Jan-2016

16 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Thariqat

TRANSCRIPT

Page 1: Mujaddid Alf Tsani

Sebab bagi ketidakupayaan ini telah diberikan oleh Mujaddid dengan caranya yang tersendiri dengan sangat unik. Kebiasaannya dalil yang diberikan oleh Ulama’ serta Cendikiawan Islam adalah keupayaan ‘aqal serta kemampuannya terhad.Ianya telah dikatakan bahawa manusia tiada kekuatan dan ‘aqal untuk memahami Allah. Tetapi bagi Mujaddid, Dzat Allah ialah “Wara’ ul Wara’ melampaui dari yang dilampaui. Dan bagi manusia awam melampaui dari yang dilampaui ialah jarak dan terpencil iaitu kebiasannya merupakan permainan khayalan, manakala bagi Nabi-Nabi melampaui dari yang dilampaui adalah dalam erti Qurb kedekatan, di mana khalayan tiada tempatnya.Menurut Mujaddid, ia adalah satu daripada keterbatasan-keterbatasan kefahaman manusia bahawa ia tidak akan menganggap sesuatu sebagai “nyata” melainkan ia termasuk di dalam jenis “wujud”. Yang sebenarnya Dzat dan Shifat-Shifat Allah Ta’ala adalah teragung dan terlebih tinggi bukan sahaja di dalam kaitan dengan ’alam wujub dan ‘alam mumkinat, tetapi juga kaitannya dengan maqam wujud seperti yang disebutkan tadi.Inilah sebenarnya sebab kenapa setiap hubungan-hubungan,shifat-shifat dan pertimbangan-pertimbangan yang tiba di dalam pemahaman manusia, seperti Rubbubiyyat, Qadim dan Azali adalah semata-mata khayalan manusia dan ‘aqal, “sebaliknya yang sebenar Dzat Allah Ta’ala tiada kaitan dengan sebarang shifat,dinamai dengan sebarang nama, dan tertakluk kepada sebarang pertimbangan. Yang Maha Pencipta telah nama-nama dan kepada Dzat-Nya,tetapi ia adalah dengan cara perhubungan dan simile supaya manusia dapat memahami dan percakapan sesama manusia dengan pengetahuan ‘aqal boleh difahami. Seperti contoh sekiranya kita telah bersetuju untuk memutuskan dengan ‘aqal seorang manusia yang wujudnya juz’i (tidak sepenuhnya) . Apa tujuan kita yang sebenarnya, adalah lebih munasabah menghukum dengan ‘aqal dirinya sebagai juz’i daripada kulli. Dalam keadaan yang sama ia adalah munasabah dan lebih baik untuk menghukum dengan ‘aqal Yang Berdiri Dengan Sendiri-Nya

Page 2: Mujaddid Alf Tsani

dan Yang Maha Kaya sebagai Wujub dan Wujud dari Imkan dan Terhad.Hakikat sebenarnya , Dia adalah Maha Suci tidak boleh dianggap Wujub mahupun Wujud pada Diri-Nya, juga bagi maqam Kemuliaan-Nya tiada Imkani dan Keterbatasan dapat dikaitkan.

Kebolehan imaginasi dan merewangnya permikiran adalah sia-sia dalam memahami Dzat Allah Ta’ala,tetapi mereka tidak dibuang kesemuanya. Mujaddid menggambarkan ‘alam bayangan iaitu ‘alam mitsal (idea-idea) adalah lebih meluas daripada ‘alam-‘alam yang lain. Menurut beliau apa sahaja yang diperolehi dari ‘alam-‘alam lain diperolehi melalui surat (rupa bentuk) di dalam dunia ini. “Pemikiran Falsafah dan ma’ana kesemuanya ada rupanya yang tersendiri di sana.’Alam Mitsal seperti ‘Alam Kabir ialah yang terluas sekali. Di dalam manusia sebagai ‘Alam Saghir, peniruan ‘alam mitsal ini diperolehi daripada rupa bentuk imaginasi- kerana kesemua rupa bentuk benda-benda adalah terpantul dalam imaginasi, walaupun keadaan ahwal dan maqamat seseorang Salik ada keanehan pantulan-pantulan di dalam ‘alam imaginasi. Sebenarnya, ia adalah imaginasi di mana bayangan Haqiqat Sebenar dipantulkan dan tidak terikat dengan asal. Tiada boleh ada ikatan dengan yang asal. Sekiranya tiada bayang-bayang, maqamat yang lebih tinggi yang perlu menghilangkan bayang-bayang tidak akan pernah tercapai. Jalan Kesufian ini adalah berlandaskan khayalan dan imaginasi. Sekiranya tiada khayalan, kefahaman menjadi terbatas, dan sekiranya tiada imaginasi, keadaan akan terhijab. Di dalam jalan ini tiada apa yang lebih berharga dari khayalan dan imaginasi.Kebanyakan tanggapan-tanggapan yang lain dan penemuan-penemuan adalah berbetulan dengan yang sebenar. Ia adalah khayalan yang memendekkan perjalanan 50,000 batu di antara hamba dan Tuhannya dalam masa yang singkat. Dan ia adalah semata-mata imaginasi yang memantulkan bayang-bayang dan misteri-misteri di dalam cerminnya, dan membangunkan kesedaran Salik melalui jalan pengetahuan ilmi. Ia adalah khayalan dengan menggambarkan objek-objek

Page 3: Mujaddid Alf Tsani

membenarkan mereka untuk terzahir di luar, dan membuat manusia pemilik pengetahuan. Sekiranya tiada imej-imej atau sekiranya imaginasi tidak boleh mencapai ke sesuatu maqam hanya akan terjadi kejahilan. Disebabkan ini, segala maqamat di luar batasan bayang-bayang, tiada apa-apa didapati di sana hanya kejahilan dan kebingungan kerana pencapaian imaginasi hanya setakat maqamat bayangan, di mana jika tiada bayang, tiadalah imej (dan seterusnya tiadalah pengetahuan) dan sekiranya tiada pengetahuan, tidak boleh akan ada sebarang penilaian.

Daripada pertimbangan-pertimbangan tersebut, Mujaddid bahawa Allah Ta’ala bershifat Tanzih dan tidak boleh digambarkan, kerana bentuk Tanzih tidak boleh difahami walaupun di dalam ‘Alam Mitsal . Bagaimana ia mungkin difahami dalam imaginasi yang hanya satu pantulan idea-idea. Kejahilan dan kebingungan adalah tidak dapat dielakkan pada maqamat tersebut. Dan tidak aka nada kefahaman penilaian apabila tiada pengetahuan munasabah.”Seseorang yang ma’arifat akan Allah Ta’ala kelu lidahnya” adalah ungkapan sebenar pada tahap tersebut.

Pegangan Epistomologi ini adalah selari dengan fahaman Metafizik dan Ontologi Mujaddid dan menurut beliau adalah juga pendapat Ulama’ Ahli Sunnah. Kata beliau “ Dzat Allah Ta’ala adalah unik dan tiada bandingan menurut pegangan Ulama’ Ahli Sunnah dan apa-apa sahaja yang ada (dari shifat-shifat dan lain-lain) hanya sebagai zaidah tambahan kepadanya. Demikianlah pendapat Ulama’ Ahli Sunnah adalah lebih tepat (berbanding dengan Ahli Sufi). Apa-apa sahaja yang bermaksud Dzat pada pandangan atau istilah Ahli Shufi adalah termasuk di dalam kategori ‘yang lain’ Ghair.

Menurut Mujaddid, Ahli Sufi memahami pengetahuan tentang ‘alam adalah waham, kerana mereka memahami ‘alam tidak wujud di luar (pada kharji). Mujaddid beranggapan bahawa Ahli Sufi tetap mengaku wujud waham bagi ‘alam dan menggelarnya ”

Page 4: Mujaddid Alf Tsani

‘alam kharji “, kepelbagaian waham wujud adalah tidak dapat dinafikan.Ahli Shufi berpendapat wujud waham ini tidak seperti jenis waham yang akan hilang seperti kehilangan waham dalam imaginasi setelah hilang imaginasi, yang tidak wujud kekal dan stabil.Sebaliknya, sementara wujud waham dan wujud dalam khayalan ialah impression bagi shifat-shifat Allah Ta’ala dan Kuasa-Nya. Ia adalah bebas dari kerosakkan dan kehancuran. Sebenarnya kesemua perhubungan ‘alam dunia dan ‘alam-‘alam yang lain adalah berkait dengan ‘alam ini dan oleh sebab itu tidak boleh ‘alam ini tidak wujud bergitu sahaja.

Persoalannya kini, apa yang menyebabkan terjadinyapegangan oleh Ahli Shufi dalam kesatuan wujud. Dua (2) sebab yang diberikan oleh Mujaddid tentang kepercayaan tersebut telah menunjukkan ketajaman persepsinya dalam psikologi kemanusiaan. Tiada sebelumnya yang pernah bercakap tentang hal ini dalam makna yang jelas berkenaan fahaman kesatuan wujud di antara Tuhan dan ‘alam. Menurut Mujaddid di dalam perjalanan Ahli Shufi terdapat beberapa orang yang memegang fahaman kesatuan wujud kerana mereka terlalu banyak muraqabah akan Tauhid atau Kesatuan. Mereka tenggelam kerana terlalu banyaknya menyebut kalimah La ilaha Illa Allah dan menggambarkan di dalam imaginasi mereka untuk mempercayai La Maujud Illa Allah (Tiada Maujud Kecuali Allah). Bagi Ahli Shufi yang lain, ianya bukan kehendak mereka untuk dipengaruhi oleh Kesatuan Wujud, tetapi dominasi Kasih yang bersangatan terhadap Allah ta’ala telah membuat mereka tidak melihat wujud yang lain. Bagi mereka yang lain tiada wujud dan hanya Kekasih mereka Yang Wujud.

Kedua-duanya di atas adalah sebab ‘melihat satu’ dan seterusnya ‘mempercayai satu’ merujuk kepada Ahli Shufi. Beberapa Ahli falsafah mungkin mempunyai pandangan berbeza bagi pengalaman dan fahaman tersebut. Mereka percaya bahawa ‘alam adalah ciptaan imaginasi. “Bagi Ahli Shufi yang menyangka

Page 5: Mujaddid Alf Tsani

‘alam sebagai waham dan imaginasi, objek tersebut hilang dengan hilangnya imaginasi. Dia mengatakan bahawa kewujudan objek-objek adalah bergantung kepada kepercayaan kita; objek-objek tersebut tidak wujud dengan diri mereka sendiri. Sekiranya kita menyangka langit sebagai bumi, ia adalah bumi dan bumi di dalam kepercayaan kita boleh jadi langit!”. Tetapi ini bukan pegangan di kalangan Ahli Shufi Tulen yang juga seperti pegangan Mujaddid sendiri. Bagi mereka objek-objek tiada kewujudannya di luar, ia tiada lebih dari “wujud wahmi”. Tetapi wujud sepeeti itu tidaklah bermakna objek-objek tersebut tiada kewujudannya di luar. Malah, kewujudan seperti itu adalah kekal dan tetap pada dirinya. Kewujudan ini tidak pernah padam dengan padamnya imaginasi, seperti ‘alam makrokosmos berdiri dengan ‘sebenar’ di atas ketetapannya sendiri. Kebenaran dan mengukur sesuatu kekekalan yang mana ‘alam telah perolehi adalah disebabkan Allah Ta’ala sendiri telah menciptanya dalam martabat waham khayalan dan ini tidak boleh hilang dengan hilangnya imaginasi seseorang yang mati. Ia dipanggil Kewujudan Wahm kerana ia telah dicipta oleh Allah Ta’ala dalam martabat sensasi dan imaginasi dan oleh sebab ianya adalah ciptaanNya apa sahaja martabatnya ia mesti bebas dari pereputan biasa dan kemusnahan. Menjadi ciptaan Allah ta’ala, ia telah menjadi sebenar dalam dirinya. (Nafsul Amri) , sementara dengan dirinya sendiri ia tidak bergitu.

Kini, kita perlu berhenti sejenak untuk memahami apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan Ilmu Ilahi.

Mujaddid Alf Tsani menetapkan lapan Shifat Tsubutiyyah ialah asas pada Dzat Allah Ta’ala. Daripada Ibu Shifat atau Syuyun Allah Ta’ala, yang tertinggi ialah Shifat Hayyat kerana Hayyat adalah terutama di antara Shifat-Shifat yang lain. Tetapi menurut Mujaddid sekiranya kesemua Shifat-Shifat dan Syuyun telah dilucutkan, ‘Ilmu mempunyai statusnya yang tersendiri. Ilmu yang dishifatkan kepada Allah Ta’ala, tidak sama dengan shifat-shifat

Page 6: Mujaddid Alf Tsani

yang lain (termasuk shifat ilmu tentang semua perkara); ia adalah status yang membingungkan yang melampaui apa-apa perhubungan dan tidak memuatkan apa-apa melainkan konsep Nur. Ia tidak boleh dinamakan apa-apa selain dari ilmu tetapi ia bukan dari jenis ilmu yang digelar Hudhuri atau Hushuli, kerana Ilmu yang demikian adalah diperinci di bawah Shifat Hayyat. Sebaliknya ilmu yang semata-mata Nur Asli ialah unik dan tiada bandingan seperti Allah Ta’ala. Ia ialah kesedaran yang tiada terbanding yang tidak menerima Yang Tahu dan Yang Diketahuinya.

Mujaddid seterusnya berkata walaupun zhill bayangan bagi Nur transenden ini sangat unik dan tiada bandingan, apa pula nak dikata tentang keunikan Asalnya yang merupakan Nur Asli. Nur di dalam dirinya (‘Ain Nur). Kesemua kesempurnaan yang tertinggi samada Wujubi atau Imkani adalah tiada melainkan Zhillal bagi Nur ini dan wujud darinya. Kewujudan tiba kerana kewujudannya, dan telah menjadi sumber kesemua perkara. “Tahap awal dan emanasi kerena ia bershifat wujud yang diwarisi dari Hadhrat Nur Sirf, ialah Nur jam’iyyat dan Kesedaran; kerana itulah Rasulullah Shallahu ‘Alaihi Wa Sallam telah memanggilnya Makhluk, dan terkadang memanggilnya ‘Akal. Seperti Sabdanya “ Yang pertama diciptakan AllahTa’ala ialah ‘Akal, dan terkadang menggelarnya dengan Nur. Seperti Sabdanya “ Yang pertama diciptakan AllahTa’ala ialah Nurku’. Kedua-duanya bermaksud sama.Ini ialah Maqam ‘Hakikatul Muhammadiyyah’ yang mana Rasulullah Shallahu ‘Alaihi Wa Sallam telah mengaitkannya dengan hakikat dirinya. Tetapi Mujaddid dengan jelas berkata bahawa di sini ‘Ta’yyun Awwal’ dan ‘Hakikat Awwal’ para Shufiah bukanlah tujuan; juga bukannya ‘Active Intellect’ para Filosof. Di mana ada Ta’ayyin, terdapat keharusan Imkani. Tetapi di sini tiada sedikitpun kemungkinan bagi Imkani.

Mujaddid percaya bahawa apa sahaja Ilmu dan kefahaman yang didapati oleh manusia hanyalah pantulan dari Nur Ilahi.

Page 7: Mujaddid Alf Tsani

Perbezaan di antara Nabi Adam ‘Alaihi Salam dan ciptaan yang lain ialah, kelebihan yanmg telah diberikan kepadanya mengatasi yang lain sehingga para malaikat terpaksa bersujud sebagai sujud penghormatan kepadanya adalah kerana effulgence Nur Ilahi, ilmunya diberikan oleh tiada lain selain Allah Ta’ala. Tetapi kefahaman yang dipunyai oleh manusia adalah jauh dari puncanya iaitu Nur Ilahi. Kefahaman ilmu manusia dijangkakan oleh dua keadaan: Aqal Ma’ad “pengetahuan‘alam kemudian” dan “pengetahuan‘alam sekarang”. Kedua-dua keadaan ilmu ini adalah biasa bagi semua orang, akan tetapi setengah orang mendapat bahagian yang lebih dan berbeza menurut masing-masing.

Pengetahuan tentang ‘alam yang lain” menumpukan perhatiannya dengan makna kebaikan manusia iaitu kesejahteraannya di ‘alam akhirat; manakala pengetahuan ‘alam dunia ini hanya memberi penumpuan keperluan manusia di dunia ini. “Pandangannya adalah singkat” dan ia hanya mempertimbangkan keuntungan singkat, walaupun dengan keuntungan kehidupan yang tiada terbanding di akhirat. Sebagai contoh,menyibukan diri dengan ‘alam yang nyata tersebut ialah satu penyakit yang besar, akan tetapi kefahaman tentang penyakit ini memerlukan ke’arifan tentang ‘alam akhirat, kerana ‘arif tentang duniawi ialah satu pandangan yang singkat, dan mengambil kira hanya keperluan zahir, kerana ‘arif hal keduniaan, akan menghabiskan umur dengan perkara sementara dan keseronokan-keseronokan jangka pendek,tetapi tidak dapat memandang penyakit-penyakit yang tersembunyi di dalamnya walau apa sahaja jenis penyakitnya. Dalam cara yang sama ‘arif tentang ‘alam akhirat tidak memperdulikan penyakit-penyakit yang tidak menyenangkan menimpa tubuh badan berbanding dengan kepentingannya, iaitu ia akan menghasilkan ganjaran di ‘alam akhirat. Matlamat tentang ‘arif keduniaan ialah pandangan singkat dan kabur, dan matlamat tentang’arif ‘alam akhirat adalah maksud yang terang dan jelas.

Page 8: Mujaddid Alf Tsani

‘Aql Ma’ad sekali lagi terbahagi kepada 3 kategori; yang pertama ‘aqidah yang sahih. Ini ialah ilmu Tabi’ atau Ahli Taqlid perihal rukun iman. Pengetahuan yang lain pula merangkumi pemikiran diskursif ( kesimpulan yang didapatkan setelah melalui proses atau arah seperti induktif,deduktif,objektif,subjektif dan sebagainya). Al Quran Al-Karim menggalakan pengetahuan sebegini dan pertanyaan-pertanyaan yang didatangkan. Kitab Al-Quran menyuruh manusia supaya membuat pemerhatian berhati-hati dan berfikir tentang bumi,langit, matahari,bulan dan bintang, perubahan malam dan siang, perubahan musim, perbezaan warna kulit manusia dan bahasanya, pertumbuhan tanaman dan kehidupan semuala tanah yang kering. Perkara-perkara ini disebut di beberapa tempat di dalam Al Quran Al karim sebagai menunjukkan kewujudan Dzat Yang Maha Kuasa yang berkuasa di atas segala sesuatu.

Kategori yang ketiga bagi mencapai pengetahuan adalah melaui pengalaman- pengalaman rohani melalui Qalb dan Ruh. Perbincangan tentang bagaimana pengetahuan sebegini boleh dihasilkan, setakat mana pengungkapan kebenaran hakiki, dan ‘alam dan perhubungan di antara keduanya-telah membentuk salah satu dari beberapa bahagian penulisan Mujaddid dan persoalan-persoalan ini membentuk satu pusat Falsafah dan pengalaman kerohaniannya.

Bagi Imam Mujaddid Alf Tsani Rahmatullah ‘Alaihi, keselamatan yang abadi dihimpunkan oleh 3 perkara: Ilmu,’Amal dan Ikhlas.Kini ilmu perlu diletakkan di dalam 2 kategori