muhammad ibnu ‘abdul wahhāb

5
1 Muhammad ‘Abdul Wahhāb Dalam Era Tajdid Se-Dunia Kurun-18 Penentuan mengenai baik tidaknya Syeikh Muhammad Ibnu ‘Abdul Wahhāb (1115 A.H.- 1206 A.H/ 1703-1792), iaitu mengenai fakta pembasmiannya terhadap “syirik dan bid‘ah” dan peranannya sebagai “mujaddid” telah ditulis dengan amanah oleh para ulama Islam berdasarkan metodologi ilmu Islam, antaranya daripada maklumat orang-orang Islam yang hidup sezaman dengannya. Malangnya, banyak daripada penulisan-penulisan tersebut tidak diketengahkan di dalam Bahasa Melayu atau Inggeris. Setakat ini, Ustaz Muhammad Fuad Kamaluddīn di dalam bukunya Wahabisme Dari Neraca Syara' telah meyenaraikan 101 tajuk di dalam bahasa Arab yang ditulis oleh para ulama Islam mengenai dan berkaitan Ibnu ‘Abdul Wahhāb dan ajarannya di mana antara penulis-penulis itu hidup sezaman dengan Ibnu ‘Abdul Wahhāb atau di zaman pertumpahan darah ketika pengikut-pengikut Ibnu ‘Abdul Wahhāb memerangi umat Islam di Hijaz. Catatan Ustaz Ziadi ‘Abdullah di dalam bukunya, Pegangan Sejati Ahli Sunnah Wal-jamaah: Satu Keluhuran Dan Kemurnian Pegangan Hidup di dalam bab Faktor-Faktor Syubhah daripada halaman 35 hingga 44 boleh juga dijadikan panduan awal untuk mengesan maklumat-maklumat terawal mengenai Ibnu ‘Abdul Wahhāb daripada perspektif para ulama tersohor yang hidup sezaman dengannya. Kertas kerja Tuan Haji Zaidi Hasan bertajuk Penjelasan Tentang Kekeliruan Terhadap Kertas Kerja Muhammad Ibnu ‘Abdul Wahhāb Pro dan Kontra juga memberikan pendedahan yang saksama terhadap fenomena Ibnu ‘Abdul Wahhāb. Memang sungguh terkilan rasanya apabila saya menemui hakikat bahawa zaman kemunculan "dakwah" Ibnu ‘Abdul Wahhāb merupakan zaman di mana Linggi dan Melaka bertempur dengan Belanda (1756-1758) manakala Yamtuan Muda Riau ke 4, Raja Haji (1777-1784) daripada kerajaan Johor-Riau yang merupakan kelangsungan kerajaan Melaka gugur syahid dengan badik di satu tangan dan kitab Dalāilul Khayrāt di tangannya yang lain di Teluk Ketapang, Melaka. Riau diserang Belanda yang mulanya ketewasan 6 buah kapal, dengan diikuti pula oleh 17 kapal kecil yang diketuai oleh kapal besar Malakka's Velvaren pimpinan Arnoldus Lemker selama 9 bulan, sehingga Sultan Ibrahim Selangor dan Rembau datang membantu Riau. Kapal Malakka's Velvaren meletup sehingga mengorbankan semua anak kapal menyebabkan Belanda berundur ke Melaka. Tragisnya, Raja Haji bersama-sama Sultan Ibrahim yang membuat serangan offensive kecundang juga setelah penjajah Belanda dibantu dengan tambahan kekuatan kapal-kapal besar Utrecht dan Princess Louisa dari Betawi. Di dalam kurun ke 18 Masehi hingga ke kurun yang berikutnya, Syeikh ‘Abdul Samad Al- Palembani (c. 1710-1829/1244) yang mendukung tarikat Khalwatiyah dan Sammaniyyah melalui gurunya Syeikh Muhammad ‘Abdul Karim al-Samman (w. 1776), setelah dimaklumkan oleh saudaranya, Syeikh ‘Abdul Qadir Mufti Kedah; bersama-sama dengan Tunku Muhammad Saad dan Dato' Kama Jaya bertempur dengan Siam yang melanggar Kedah di mana berlaku pertempuran di Alor Ganu, Haadyai dan Singgora sehingga Syeikh ‘Abdul Samad sendiri gugur syahid di Singgora manakala Tunku Muhammad

Upload: the-orchard-at-raudhat-al-dzakiriin

Post on 08-Aug-2015

81 views

Category:

Spiritual


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Muhammad Ibnu ‘Abdul Wahhāb

1

Muhammad ‘Abdul Wahhāb Dalam Era Tajdid Se-Dunia Kurun-18 Penentuan mengenai baik tidaknya Syeikh Muhammad Ibnu ‘Abdul Wahhāb (1115 A.H.- 1206 A.H/ 1703-1792), iaitu mengenai fakta pembasmiannya terhadap “syirik dan bid‘ah” dan peranannya sebagai “mujaddid” telah ditulis dengan amanah oleh para ulama Islam berdasarkan metodologi ilmu Islam, antaranya daripada maklumat orang-orang Islam yang hidup sezaman dengannya. Malangnya, banyak daripada penulisan-penulisan tersebut tidak diketengahkan di dalam Bahasa Melayu atau Inggeris. Setakat ini, Ustaz Muhammad Fuad Kamaluddīn di dalam bukunya Wahabisme Dari Neraca Syara' telah meyenaraikan 101 tajuk di dalam bahasa Arab yang ditulis oleh para ulama Islam mengenai dan berkaitan Ibnu ‘Abdul Wahhāb dan ajarannya di mana antara penulis-penulis itu hidup sezaman dengan Ibnu ‘Abdul Wahhāb atau di zaman pertumpahan darah ketika pengikut-pengikut Ibnu ‘Abdul Wahhāb memerangi umat Islam di Hijaz. Catatan Ustaz Ziadi ‘Abdullah di dalam bukunya, Pegangan Sejati Ahli Sunnah Wal-jamaah: Satu Keluhuran Dan Kemurnian Pegangan Hidup di dalam bab Faktor-Faktor Syubhah daripada halaman 35 hingga 44 boleh juga dijadikan panduan awal untuk mengesan maklumat-maklumat terawal mengenai Ibnu ‘Abdul Wahhāb daripada perspektif para ulama tersohor yang hidup sezaman dengannya. Kertas kerja Tuan Haji Zaidi Hasan bertajuk Penjelasan Tentang Kekeliruan Terhadap Kertas Kerja Muhammad Ibnu ‘Abdul Wahhāb Pro dan Kontra juga memberikan pendedahan yang saksama terhadap fenomena Ibnu ‘Abdul Wahhāb. Memang sungguh terkilan rasanya apabila saya menemui hakikat bahawa zaman kemunculan "dakwah" Ibnu ‘Abdul Wahhāb merupakan zaman di mana Linggi dan Melaka bertempur dengan Belanda (1756-1758) manakala Yamtuan Muda Riau ke 4, Raja Haji (1777-1784) daripada kerajaan Johor-Riau yang merupakan kelangsungan kerajaan Melaka gugur syahid dengan badik di satu tangan dan kitab Dalāilul Khayrāt di tangannya yang lain di Teluk Ketapang, Melaka. Riau diserang Belanda yang mulanya ketewasan 6 buah kapal, dengan diikuti pula oleh 17 kapal kecil yang diketuai oleh kapal besar Malakka's Velvaren pimpinan Arnoldus Lemker selama 9 bulan, sehingga Sultan Ibrahim Selangor dan Rembau datang membantu Riau. Kapal Malakka's Velvaren meletup sehingga mengorbankan semua anak kapal menyebabkan Belanda berundur ke Melaka. Tragisnya, Raja Haji bersama-sama Sultan Ibrahim yang membuat serangan offensive kecundang juga setelah penjajah Belanda dibantu dengan tambahan kekuatan kapal-kapal besar Utrecht dan Princess Louisa dari Betawi. Di dalam kurun ke 18 Masehi hingga ke kurun yang berikutnya, Syeikh ‘Abdul Samad Al-Palembani (c. 1710-1829/1244) yang mendukung tarikat Khalwatiyah dan Sammaniyyah melalui gurunya Syeikh Muhammad ‘Abdul Karim al-Samman (w. 1776), setelah dimaklumkan oleh saudaranya, Syeikh ‘Abdul Qadir Mufti Kedah; bersama-sama dengan Tunku Muhammad Saad dan Dato' Kama Jaya bertempur dengan Siam yang melanggar Kedah di mana berlaku pertempuran di Alor Ganu, Haadyai dan Singgora sehingga Syeikh ‘Abdul Samad sendiri gugur syahid di Singgora manakala Tunku Muhammad

Page 2: Muhammad Ibnu ‘Abdul Wahhāb

2

Saad dan rakan-rakannya yang lain terpaksa berundur ke Pulau Pinang. Syeikh ‘Abdul Samad bukan sekadar beribadat dan beratib khusus tetapi telah juga menulis Nasihat al-Muslimīna wa-Tadzkirat al-Mu'minīna fī-Fadhāil al-Jihād wa-Karāmat al-Mujāhidīna fī-Sabīlillāh pada 1819/20 iaitu ketika meletus peperangan Belanda dengan kerajaan Palembang atau 1829 bahkan telah membuktikan sikapnya yang beramal dengan ilmu dengan penglibatannya di dalam kancah peperangan-perangan menentang pencerobohan Belanda dan Siam. Syeikh Daud bin ‘Abdullah Al-Fattani (1769-1847) juga pulang ke Nusantara untuk misi jihad menentang Siam (1832) tetapi terpaksa berundur ke Pulau Duyung Terengganu, dan akhirnya kembali ke Makkah sebagai buruan politik Siam di samping menulis berpuluh-puluh tajuk buku termasuk Furu‘ul-Masāil, Bughyatuţ Ţullāb, Jawāhīr al-Saniyyah dan Muniyatul Muşalli yang terkenal itu. Dan tragis sekali bahawa telah ada percubaan untuk membongkar kubur Syeikh Daud oleh pengikut-pengikut ajaran Muhammad ‘Abdul Wahhāb ketika mereka menguasai Hijaz untuk kali ketiga di awal abad ke 20 Masehi sehingga jenazah Syeikh Daud yang ditakdirkan masih utuh dipindahkan daripada Taif ke Makkah oleh anak saudaranya, Syeikh Ismail Dawud Al-Fattani yang juga dikenali sebgai Nik Mat Kecil, pengarang Matla‘ul Badrayn. Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari (1710-1812) pula setelah menekuni ilmu di Hijaz, pulang ke Banjar, Kalimantan setelah singgah di Batavia (1773/1186), berkhidmat dengan Kesultanan Banjar Inderagiri Kalimantan dengan membina satu tamaddun Islam yang mantap di bawah naungan Sultan Tamhidullah (1778-1808). Di zaman itu juga, Sultan Muhammad Fattani (perintah 1776-1786) menerima ancaman daripada General Chakri kerana melindungi pelarian daripada Singgora di mana 15,000 daripada 90,000 umat Islam Pattani melarikan diri ke Kuala Muda, Kedah (1778) dan Sultan ‘Abdullah Mukarram Syah (1778-1789) juga di beri amaran supaya tidak melindungi mana-mana pelarian Islam Pattani. Rama I Tibodi menakluk Pattani pada 1786 diikuti dengan gugur syahidnya Sultan Muhammad dengan diikuti oleh pemberontakan Tengku Lamdin (1789-1791) dan Dato' Pengkalan (1809). Datok Syahbandar di bawah perintah Sultan Mansur Syah I Trengganu (1733-1793) terpakasa meminta bantuan Francis Light di Pulau Pinang untuk melindungi Trengganu daripada gangguan Siam kerana kejamnya Siam dengan penggunaan gajah untuk memijak-mijak umat Islam. Di benua kecil India, Nawab Bengal Sirajud-Daulah bertempur dengan Robert Clive hingga ke titisan darah terakhir di dalam Battle of Plassey (1757) yang memulakan era baru British di India dan pada 1762, British merampas kepulauan Filipina yang diduduki oleh orang-orang Islam daripada penguasaan kerajaan Sepanyol. Ketika semua itu berlaku, Muhamad Ibnu ‘Abdul Wahhāb di Semenanjung ’Arab dengan semboyan “membasmi syirik dan bid‘ah’ telah membuat pakatan dengan ‘Amir Muhammad Ibnu al-Sa‘ud (perintah 1737-1765) pada 1746. Pendukung-pendukung ‘Amir Ibnu al-Sa‘ud dengan semangat ajaran Ibnu ‘Abdul Wahhāb menundukkan al-‘Uyainah pada 1749 dengan membunuh Qadi ‘Uthman Mu‘amar. Syeikh Sulaiman ‘Abdul Wahab, abang kepada Muhamad Ibnu ‘Abdul Wahhāb memimpin ketumbukan kecil di Huraimila

Page 3: Muhammad Ibnu ‘Abdul Wahhāb

3

untuk menentang tentera Wahhābi, tetapi gagal lalu lari menyelamatkan diri ke Sudair (1750). Amir ‘Abdul ‘Aziz al-Sa‘ud (perintah 1765-1803) menguasai Riyadh (1773) dan menyerang Syammar dan Mutair yang dikuasai oleh ‘Amir Makkah (1787). Umat Islam di bawah pimpinan Syarif Ghalib Ibnu Mus‘id bertempur lagi dengan Ibnu al-Sa‘ud ( 1790). Pertempuran-pertempuran berlanjutan sehingga selepas kewafatan Ibnu ‘Abdul Wahhāb (1792) seperti penaklukan al-Ahşa yang sebelumnya di bawah ‘Uthmaniyyah (1793) dan pertempuran dengan Syarif Nasr Ibnu Yahya yang diutus Syarif Ghalib ( 1795). Segala peperangan yang berlaku di awal abad ke 19 berikutnya telah menyumbang sama kepada keruntuhan Khilafah ‘Uthmani yang tenat dengan banyak permasalahan seperti peperangan melawan Russia (1768-1774 dan 1787-1792) di mana Crimea dan pantai utara Laut Hitam dirampas oleh Russia di bawah pemerintahan Ratu Catherine, pemberontakan Janissari di Belgrade, persoalan politik di Mesir dan pencerobohan British untuk merampas Dardanalles. Sehingga kini, ajaran Muhammad Ibnu ‘Abdul Wahhāb giat menghapuskan kesan-kesan sejarah yang tidak ternilai di mana di zaman awal kemunculan mereka, hampir-hampir kubah hijau di atas kubur jasad manusia yang paling suci, SAW pun mahu dibinasakan oleh segolongan badui-badui liar. Memang aneh sekali di zaman kita ini bahawa di antara maklumat yang diguna pakai untuk memuji Ibnu ‘Abdul Wahhāb dikutip daripada penulisan seorang sejarawan non-Muslim, Lothrop Stoddard seperti yang dinukil oleh Dr. Azzam Tamimi (di dalam kertas kerja Muhammad Ibnu ‘Abd Al-Wahhāb: From 18th Century Revivalism to 21st Century Activism) dan Dr Mahmud Daud (di dalam buku Tokoh-Tokoh Pemikir Islam Jilid Satu yang diulang nukilannya di dalam kertas kerjanya berjudul Muhammad ‘Abdul Wahhāb Pro dan Kontra). Sebagai perbandingan tamaddun, abad ke-18 Masehi merupakan abad bermulanya Revolusi Industri (1760an) di Britain. Penduduk dunia pada 1750 dianggarkan seramai 731 juta. Perkembangan tamaddun dan peristiwa utama dunia serentak dengan era keaktifan “dakwah” Muhammad Ibnu ‘Abdul Wahhāb di Jazirah Arab adalah antaranya: penubuhan Universiti Berkley (1740); penemuan pig iron oleh Cort di Lancaster (1740); pengklasifikasi penyakit (nosologi) kepada empat bahagian utama: pyrexiae, atau penyakit-penyakit febril; neuroses, atau penyakit-penyakit urat saraf (nervous); cachexiae, iaitu penyakit-penyakit yang yang berpunca daripada tabiat buruk tubuh badan; dan locales, atau penyakit-penyakit tempatan oleh Dr. Cullen (1710-1790); pemisahan obstetrik daripada monopoli para bidan dan permulaannya sebagai salah satu cabang perubatan tersendiri oleh pakar obstetrik, pendidik dan penulis bidang perubatan Dr Hunter (1746); ujikaji mengenai tenaga elektrik daripada halilintar yang nekad serta berani oleh Benjamin Franklin (1746) yang hidup di antara 1706-1790; kejadian gempa bumi dan Tsunami di Lisbon, Portugal (1755), Seven Years War (1756-1763), Jean Jacques Rousseau dengan penerbitan Social Contract nya di negara Perancis (1760); pemodenan dan perluasan Russia oleh Ratu Catherine yang Agung (1762-1796); penciptaan kronometer marin yang membolehkan pelayar-pelayar mengukur longitud di laut oleh horologis Inggeris, Foulby Harrison (1693-1776); insuran nyawa pertama dikeluarkan di Philadelphia (1761); kemunculan teori baru di dalam ilmu kimia dan penemuan peranan oksigen dan perkaitan di antara oksidasi dengan respirasi oleh Antoine Lavoisier (1762); Sir William

Page 4: Muhammad Ibnu ‘Abdul Wahhāb

4

Blackstone mula menulis Commentaries on the Laws of England yang sangat masyhur itu (1765); pemisahan gas hidrogen untuk pertama kalinya oleh Henry Cavendish (1766), penjelajahan pantai timur Australia oleh James Cook (1768); penyempurnaan enjin stim oleh James Watt (1769), "spinning jenny" ciptaan James Hargreaves dan spinning frame untuk memudahkan penenunan kapas ciptaan Richard Arkwright mula digunakan di kilang-kilang tekstil di utara England (1764-1769); paderi dan saintis British, Joseph Priestley menemui oksigen (1774); Revolusi Kemerdekaan sebuah negara yang hari ini menjadi sebuah kuasa besar (1775-1783); penyempurnaan sebuah buku mengenai industrialisasi baru dan ekonomi, Inquiry into the Wealth of Nations yang memberi kesan besar kepada polisi Kewangan British oleh Adam Smith (1776); Common Sense di sempurnakan oleh Robert Paine (1776); ujian belon udara pertama yang menjurus kepada penerokaan tamaddun dimensi ketiga oleh Montgolfier bersaudara di Paris (1783) yang menjadi perintis kepada penggunaan belon udara untuk aerial reconnaissance dalam peperangan oleh orang-orang Perancis, ujikaji-ujikaji oleh Alessandro Volta (1745-1827) dan Luigi Galvani (1737-1798) yang menjurus kepada penemuan bateri elektrik di Italy, Revolusi Perancis (1789-1795); dan penyempurnaan buku The Art of Boxing yang memaparkan rahsia-rahsia kelicikan seorang pejuang Yahudi oleh Daniel Mendoza (1789) dan peristiwa Jewish Emancipation di negara Perancis pada 1791. Di dalam zaman tersebut juga, Syeikh Syihābuddīn al-Haji Ibnu ‘Abdullah al-Jawi menyempurnakan Syarh 'Aqidat il-Iman pada 1748, Syeikh Muhammad Zain bin al-Faqih Jalaluddīn Aceh menyelesaikan Bidāyat ul-Hidāyah di Makkah pada 1756, Syeikh ‘Abdul Samad Al-Palembani menyempurnakan sebuah buku di dalam ilmu tawhīd, Źahrat al-Murīd fī Bayaan Kalimat il-Tawhīd pada 1764, Siyar al-Saalikiin pada 1788 manakala Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari menulis Tuhfat ul-Rāghibīn fī Bayān Haqīqat Imān il-Mu’minīn wa mā Yufsiduhū fī Raiddat il-Murtaddīn pada 1774 atas permintaan Sultan, yang sekali gus menyangkal dakwaan Dr. ‘Abdullah Yasin di dalam kertas kerjanya bertajuk Gejala Syirik & Masalah Kepercayaan Umat Islam: Satu Pendedahan dan Pemurnian bahawa “Para pendakwah di Nusantara pada umumnya memberi penekanan kepada persoalan ibadah dan akhlak, bukan mengutamakan persoalan akidah sebagaimana dakwah Rasulullah saw.” Di samping itu semua, terlalu ramai para ulama Islam mu‘tabar yang hidup sezaman dengan Ibnu ‘Abdul Wahhāb dengan segala sumbangan mereka kepada tamaddun keilmuan Islam di dalam segala bidang seperti Syeikh Muhammad Al-‘Abdali (w. 1747), Syeikh Mustafa Al-Bakrī (1687-1749), Syeikh al-Madābighi (w. 1756), Syeikh Muhammad Ibnu Sulaiman Al-Kurdi (1715-1780), Imam ‘Abdullāh Bin Muhammad Bin ‘Amir al-Syubrawī (1724–1757), Syeikh Muhammad Salīm al-Hifni (1689-1757), Syeikh al-Sayyid Muhammad Al-Balidi (1684-1762) yang merupakan seorang tokoh terkemuka Mazhab Malik dan al-‘Asya‘irah, Syeikh Muhammad Ibnu Mustafa Ibnu Kamaluddīn Al-Bakri (1730-1781), Syeikh al-Sayyid Muhammad Murtadha Al-Zabidi Al-Husayni (1732-1791), Syeikh ‘Abdullah al-Syarqawi (1737-1812), Syeikh ‘Abdul Rahman bin Muhammad Al-Kuzbayri Al-Şaghir (1771-1846) yang merupakan guru kepada Syeikh Al-Sayyid Ahmad Zayni Dahlan (1817-1886), Syeikh Muhammad Al-Safarini al-Hanbali (w. 1775), Syeikh Muhammad Al-Munayyar Al-Khalwati (1688-1785) yang merupakan Masyakhat al-Azhar bermazhab Syafi‘i yang pertama, Syeikh Ghulam ‘Ali Azad Al-Baljarami (1698-1786), Syeikhul Islam Al-Syeikh al-Dardīr al-‘Adawi (1715-1786), Syeikh Ahmad al-‘Arusi (w. 1794), Al-Sayyid Ahmad bin Idrīs Al-Fāsi (1757-1837), Mufti Zabid, Sayyid ‘Abdul

Page 5: Muhammad Ibnu ‘Abdul Wahhāb

5

Rahmān Ibnu Sulayman al-Ahdal (1765-1839) dan Syaykh Ibrahim Al-Bajūri (1785 - 1860). Yang saya nukilkan ini cuma secebis daripada apa yang para penyelidik yang ikhlas dan tidak bertaklid buta terhadap mana-mana tokoh yang dianggap sebagai “mujaddid” yang saudara-saudara boleh temui dan sudah tentu masih bertimbun maklumat yang ada tetapi kurang ditonjolkan. Satu perkara yang cukup menarik ialah bahawa nama Muhammad Ibnu ‘Abdul Wahhāb pun tidak di sebut sebagai di antara ulama mazhab Hanbali tersohor di dalam kitab al-Suhūb al-Wābilah yang di karang oleh Ibnu Humayd, seorang mufti mazhab Hanbali. Jika peminat-peminat Muhammad Ibnu ‘Abdul Wahhāb merasa tersentak setelah membaca artikel ini, saya juga sedemikian apabila menemui maklumat-maklumat yang saya temui bertaburan seperti yang telah saya ketengahkan di atas kerana sebagaimana rakan-rakan satu generasi yang terlibat dengan fenomena kebangkitan Islam semenjak akhir 70’an lagi, nama Muhammad Ibnu ‘Abdul Wahhāb memang pernah saya sinonimkan dengan fenomena tajdīd dan işlah. Wallāhu ta‘ālā A‘lām. Ismail Ahmed Januari 2006