laporan penyelidikan tindakan muhammad hazwan bin abdul moris

52
MENINGKATKAN KEFAHAMAN DAN INGATAN MURID TAHUN 5 DALAM PEMBELAJARAN ISRA’ DAN MIKRAJ MENGGUNAKAN KAD WAJAH ISRA’ MUHAMMAD HAZWAN BIN ABDUL MORIS INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM NOVEMBER 2013

Upload: hazwanmoris

Post on 25-Nov-2015

85 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

  • MENINGKATKAN KEFAHAMAN DAN INGATAN MURID TAHUN 5

    DALAM PEMBELAJARAN ISRA DAN MIKRAJ MENGGUNAKAN

    KAD WAJAH ISRA

    MUHAMMAD HAZWAN BIN ABDUL MORIS

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU

    KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

    NOVEMBER 2013

  • i

    MENINGKATKAN KEFAHAMAN DAN INGATAN MURID TAHUN 5

    DALAM PEMBELAJARAN ISRA DAN MIKRAJ MENGGUNAKAN

    KAD WAJAH ISRA

    MUHAMMAD HAZWAN BIN ABDUL MORIS

    Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

    penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan

    Dengan Kepujian Pendidikan Islam Sekolah Rendah

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU

    KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

    NOVEMBER 2013

  • ii

    Pengesahan Penyelia

    Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini dan pada

    pandangan saya karya ini telah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

    penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Pendidikan Islam

    Sekolah Rendah.

    Tandatangan :

    Nama Penyelia : USTAZAH NORLIZA BINTI NOR HASHIM

    Tarikh : 1 NOVEMBER 2013

  • iii

    Pengakuan

    Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

    ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

    Tandatangan :

    Nama Penulis : MUHAMMAD HAZWAN BIN ABDUL MORIS

    Tarikh : 1 NOVEMBER 2013

  • iv

    Dedikasi

    Teristimewa buat ibu dan abah yang tercinta,

    Abdul Moris bin Sulaiman@Mohamad & Zainab binti Awang,

    Sekalung penghargaan diucapkan atas segala sokongan,

    semangat dan nasihat yang telah kalian titipkan.

    Buat adik-adik,

    Ummi Amirah, Muhammad Azeeb dan Ummi Bazlia,

    Terima kasih kerana menyinari dan menceriakan hidup Along,

    Walaupun penat mengerah idea dan tenaga,

    terutamanya untuk kajian ini.

    Buat guru-guru dan para pensyarah yang banyak berjasa,

    Buat sahabat-sahabat, khasnya geng Jilul Imtiyaz dan al-Murabbi,

    Terima kasih menjadi teman yang setia, memahami dan menceriakan hidup ini.

    Sesungguhnya, memori yang kita cipta bersama akan kekal,

    buat selama-lamanya.

    UNTUKMU ALLAHALHAMDULILLAH

    UNTUK SEGALANYA

  • v

    Penghargaan

    Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,

    Segala puji bagi Allah Azza Wajalla, Tuhan sekalian alam. Selawat dan

    salam semoga sentiasa dicurahkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.,

    ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda serta mereka yang sentiasa mengikut

    sunnahnya. Amin.

    Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia kajian

    saya, Ustazah Norliza binti Nor Hashim di atas bimbingan dan dorongan berterusan

    yang diberikan sepanjang tempoh menyiapkan laporan kajian ini.

    Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa yang

    sentiasa ada bersama saya. Penghargaan juga ditujukan kepada para pensyarah dan

    teman-teman seperjuangan serta pihak yang terlibat sama ada secara langsung

    mahupun tidak dalam membantu menjayakan kajian yang dilaksanakan ini.

    Harapan saya agar hasil kajian ini dapat memberi manfaat kepada dunia

    pendidikan terutamanya dalam meningkatkan kualiti amalan guru dalam sesi

    pengajaran dan pembelajaran. Segala kekurangan dan kelemahan yang terdapat

    padanya adalah dari kesilapan diri saya sendiri. Semoga kita semua beroleh manfaat

    dan sentiasa mendapat keredhaanNya. Amin.

  • vi

    ABSTRAK

    Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk mempertingkatkan amalan pengajaran

    guru di samping menambahkan kefahaman murid tahun 5 dalam pembelajaran Isra dan Mikraj. Masalah yang dihadapi oleh mereka adalah kesukaran dalam mengingat

    perkara yang dilihat oleh Rasulullah S.A.W. semasa peristiwa Isra dan Mikraj. Ujian awal dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar masalah yang dihadapi.

    Seterusnya, pengkaji menjalankan kajian ini dan mendapati bahawa masalah ini

    boleh diatasi dengan menggunakan bahan berbentuk grafik gambar dan kata kunci.

    Kajian ini dijalankan ke atas lima orang murid tahun 5 yang mendapat markah paling

    rendah dalam ujian awal. Instrumen yang digunakan untuk mentafsir kajian ini

    adalah antaranya pemerhatian, temubual, analisis dokumen dan jurnal refleksi guru.

    Dapatan kajian membuktikan bahawa kaedah ini amat berkesan untuk meningkatkan

    kefahaman murid terhadap tajuk berbentuk naratif seperti Isra dan Mikraj. Bahan pengajaran berbentuk grafik boleh diperluaskan penggunaannya kerana dapatan

    kajian menunjukkan penggunaannya memberi kesan yang amat positif.

  • vii

    ABSTRACT

    This action research was conducted in order to improve teaching skills and increase

    students understanding in learning Isra and Mikraj among year 5 students. The problem faced by students is difficulty in memorizing what have been seen by the

    prophet Muhammad S.A.W. during the Isra and Mikraj events. Initial tests had been performed to determine the exact cause of this problem. Next, the researcher

    conducted a study and found that the problem can be solved by using pictures and

    keywords. This study was conducted to five of year 5 students who achieved the

    lowest marks at the initial test. The instrument used for this study is through

    observations, interviews, document analysis and teachers journal reflection. The findings proved that the method is very effective to increase students understanding in narrative topics like in Isra and Mikraj. Teaching aids in the form of graphic can be widely used because the result shown that it gives positive impact.

  • viii

    KANDUNGAN

    Muka Surat

    PENGESAHAN PENYELIA ii

    HALAMAN PENGAKUAN iii

    DEDIKASI iv

    PENGHARGAAN v

    ABSTRAK vi

    ABSTRACT vii

    KANDUNGAN viii

    SENARAI JADUAL ix

    SENARAI RAJAH x

    1.0 PENDAHULUAN 1 1.1 Pengenalan 1 1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran 3 1.3 Refleksi Nilai Pendidikan 5

    2.0 FOKUS KAJIAN 7 2.1 Isu Kajian 7 2.2 Tinjauan Literatur Berkaitan dengan Isu Kajian 11

    3.0 OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN 14 3.1 Objektif Umum 14 3.2 Objektif Khusus 14 3.3 Soalan Kajian 14

    4.0 KUMPULAN SASARAN 15 5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN 16 6.0 CARA PENGUMPULAN DATA 18

    6.1 Data Pemerhatian 19 6.2 Data Temubual 21 6.3 Data Analisis Dokumen 27 6.4 Data Jurnal Refleksi Guru 28

    7.0 DAPATAN KAJIAN 29 7.1 Soalan Kajian Pertama 30 7.2 Soalan Kajian Kedua 33

    8.0 RUMUSAN DAPATAN KAJIAN 36 9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA 39 10.0 SENARAI RUJUKAN 40 LAMPIRAN

  • ix

    SENARAI JADUAL

    Jadual Muka Surat

    1 Maklumat kumpulan sasaran 15

    2 Perincian tindakan kajian 17

    3 Data instrumen pemerhatian 19

    4 Jawapan temubual soalan 1 21

    5 Jawapan temubual soalan 2 23

    6 Jawapan temubual soalan 3 25

    7 Analisis dokumen lembaran kerja 27

    8 Instrumen yang digunakan untuk menjawab soalan kajian 35

  • x

    SENARAI RAJAH

    Rajah Muka Surat

    1 Model Kemmis & McTaggart (1988) 16

  • 1

    1.0 PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan

    Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran wajib bagi semua peringkat

    persekolahan. Langkah ini selaras dengan pewartaan Islam sebagai Agama

    Persekutuan dalam Perlembagaan Malaysia. Pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan

    Islam merangkumi 4 bidang iaitu Asuhan Tilawah al-Quran, Asas Ulum Syariyah,

    Asas Akhlak Islamiah dan Jawi. Asas Ulum Syariah pula dibahagikan kepada Sirah,

    Akidah, dan Ibadah. Pembahagian secara terperinci ini adalah bertujuan untuk

    memastikan murid-murid dapat menguasai Islam dari pelbagai aspek.

    Merujuk kepada beberapa ketetapan di atas, ia menunjukkan betapa

    pentingnya kedudukan Islam dalam negara dan salah satu pihak bertanggungjawab

    melaksana, menguatkuasa dan memperkasakan Pendidikan Islam yang akan menjadi

    pemangkin kepada mantapnya Islam dalam negara ini ialah guru Pendidikan Islam.

    Pelbagai usaha perlu dilakukan agar Islam dapat diketahui dan yang paling utama

    dihayati dalam setiap jiwa rakyat yang beragama Islam.

    Kajian tindakan yang dilakukan seumpama ini amat penting untuk

    meningkatkan penguasaan pelajar dalam menghayati agama Islam dan dapat

  • 2

    memberikan sumbangan yang besar terhadap pelaksanaan amalan agama ini dalam

    kehidupan muslimin dan muslimat yang ada dalam negara ini kelak. Kajian ini telah

    dilaksanakan di salah sebuah sekolah berstatus Sekolah Kebangsaan (SK) yang

    mempunyai majoriti murid beragama Islam dan telah dilaksanakan pada waktu

    pengajaran Pendidikan Islam di mana topik dan subtopik yang telah menampakkan

    kelemahan pada mata pengkaji diuji dengan menggunakan bahan kajian yang

    diwujudkan.

    Pemberian nama kad ini diberikan berdasarkan reka bentuk dan konsepnya

    yang memaparkan gambaran perkara yang dilihat oleh Rasulullah S.A.W. semasa

    peristiwa Isra dan Mikraj. Menurut Kamus Dewan edisi keempat yang diterbitkan

    pada tahun 2005, kalimah Wajah merujuk kepada keadaan luaran, rupa atau keadaan

    sebagaimana yang dapat dilihat. Perkataan Isra pula dipilih kerana perkataan ini

    adalah panggilan ringkas murid-murid tahun 5 terhadap peristiwa Isra dan Mikraj.

    Akhirnya setelah digabungkan dan dinilai maksudnya, kad ini diberi nama Kad

    Wajah Isra berdasarkan konsep kad ini yang memaparkan gambaran perkara yang

    dilihat oleh Rasulullah semasa peristiwa Isra dan Mikraj.

  • 3

    1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

    Murid-murid dari tahun 5 yang diberikan ruang untuk saya mengajar pada

    sesi Praktikum 3 yang lalu terdiri daripada murid yang berstatus sederhana

    memandangkan kelas ini adalah kelas yang berada di kedudukan kedua daripada tiga

    kelas di tahun 5. Majoriti murid dalam kelas ini dapat membaca dengan baik,

    menulis dengan baik dan boleh memahami arahan-arahan yang diberikan oleh guru.

    Pengajaran saya di dalam kelas ini dapat dilaksanakan dengan baik tanpa perlu

    diulang sesuatu isi pelajaran berkali-kali. Majoriti murid dapat memberikan respon

    yang sangat baik dan mampu memberikan tanggapan kepada saya bahawa apa yang

    saya telah ajarkan pada waktu itu telah dikuasai oleh mereka.

    Semua tanggapan ini mula diragui oleh saya apabila suatu hari saya

    terserempak dengan tiga orang ahli kelas tersebut dan secara tidak langsung saya

    bertanyakan isi pelajaran pada hari sebelumnya iaitu berkenaan perkara-perkara yang

    Rasulullah S.A.W. lihat sewaktu peristiwa Isra dan Mikraj kepada murid tersebut.

    Masing-masing menunjukkan respon yang negatif iaitu dengan menggelengkan

    kepala dan ada yang mengatakan tidak ingat.

    Selain dari itu, saya juga turut bertanyakan perbezaan antara Isra dan Mikraj.

    Untuk isi pembelajaran yang ini, mereka dapat menjawab dengan baik kerana pada

    sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi aras pembelajaran pertama ini, saya ada

    meminta mereka melakukan pergerakan-pergerakan yang membantu mereka

  • 4

    membezakan antara Isra dan Mikraj. Ini menunjukkan rangsangan seperti

    pergerakan dapat membantu mereka mengingat isi pelajaran tersebut.

    Penggunaan pergerakan atau juga dikenali sebagai kinestatik dalam langkah

    pengajaran ini merujuk kepada cadangan cara pembelajaran Bobbi De Porter (1992)

    yang mencadangkan dua cara pembelajaran iaitu Audio dan Kinestatik. Cadangan

    beliau ini didorong oleh prinsip beliau iaitu sangat pentingnya cara untuk belajar

    sebelum mana-mana proses pembelajaran itu berlaku. Ini merujuk kenyataan beliau

    yang mengatakan menghantar anak ke sekolah tanpa mengajarinya cara belajar

    samalah seperti mendorong anak ke kolam renang tanpa terlebih dahulu mengajarnya

    cara untuk berenang, mungkin ada yang berhasil tetapi akan lebih banyak yang

    tenggelam.

  • 5

    1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

    Selepas dari insiden tersebut, dapat saya simpulkan bahawa pengajaran dan

    pembelajaran bagi tajuk Isra dan Mikraj pada hari sebelumnya masih tidak

    sepenuhnya dikuasai. Sebagai seorang guru, jujur saya berasa kecewa dan tercabar

    dengan apa yang berlaku. Ternyata aktiviti bercerita yang saya lakukan pada

    langkah-langkah pengajaran gagal membantu murid untuk mencapai isi pelajaran

    dengan jayanya.

    Segala yang berlaku ini amat menggusarkan saya kerana bimbang mereka

    pasti tidak mampu menjawab dengan baik dan betul dalam ujian atau peperiksaan

    berkenaan tajuk ini dan yang paling saya bimbangkan adalah apa yang akan terjadi

    pada masa akan datang di mana mereka akan sukar untuk menghayati Islam kerana

    sirah Rasulullah S.A.W. adalah merupakan elemen yang amat penting dalam

    membentuk jati diri Islam yang teguh. Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. adalah

    contoh teladan yang baik untuk diteladani dan dijadikan contoh yang paling utama.

    Ini merujuk kepada firman Allah SWT di dalam al-Quran al-Karim (Surah al-Ahzb

    33 : ayat 21)

  • 6

    Maksud:

    Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah

    S.A.W. itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang

    sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari

    akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-

    banyak (dalam masa susah dan senang)

    (Abdullah Basmeih, 2001)

    Pada hemat saya, hal ini perlu ditangani dengan segera kerana daripada

    penghayatan kisah Rasulullah S.A.W. seperti ini, murid akan lebih mudah

    terpengaruh untuk mengamalkan dan menghayati Islam kerana didorong oleh status

    Rasulullah S.A.W. yang merupakan kekasih Allah SWT dan qudwah hasanah agung

    seperti yang termaktub dalam al-Quran al-Karim. Ini juga salah satu usaha menyemai

    kecintaan kepada Rasulullah S.A.W. sebagaimana dalam sabdanya:

    Belum sempurna iman seseorang kamu sebelum ia mencintaiku melebihi daripada cintanya kepada anaknya, kepada bapanya dan

    kepada manusia semuanya.

    (Riwayat Muslim)

  • 7

    2.0 FOKUS KAJIAN

    2.1 Isu Kajian

    Sirah Rasulullah S.A.W. amat sinonim dengan Pendidikan Islam. Mengikut

    pengalaman saya menjadi guru praktikum dan guru kelas agama petang di bawah

    tadbiran kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus sebelum mengikuti pengajian di

    Institut Pendidikan Guru, sirah amat penting dalam usaha menarik minat murid untuk

    mendekati perjalanan hidup kekasih Allah dan dalam masa yang sama dapat

    meningkatkan minat sesiapa sahaja umumnya dan murid sekolah khususnya untuk

    lebih menimba ilmu agama Islam. Beralih kepada kepentingan sirah dalam skop

    sekolah di peringkat rendah itu sendiri, sirah merupakan sumber minat murid untuk

    subjek Pendidikan Islam. Bayangkan apabila seorang guru Pendidikan Islam

    melangkah masuk ke dalam kelas untuk waktu Pendidikan Islam itu sendiri ataupun

    untuk menggantikan kelas guru yang tiada pada waktu tersebut, murid pasti meminta

    guru untuk menceritakan kisah nabi samada Rasulullah S.A.W. mahupun nabi-nabi

    yang terdahulu. Pengalaman seperti ini amat membuktikan sirah adalah pencetus

    semangat murid dalam mendalami ilmu Pendidikan Islam.

    Justeru, saya sebagai guru Pendidikan Islam cuba untuk melihat dan

    meneroka sesuatu mekanisme yang terbaik dalam bidang sirah khususnya untuk

  • 8

    meningkatkan lagi tahap minat murid yang mampu untuk memberikan kesan

    mendalam terhadap subjek Pendidikan Islam itu sendiri. Maka dengan hasrat saya

    dengan diserasikan dengan pengajaran dan pembelajaran pada tempoh Praktikum 3,

    saya dapati topik Isra dan Mikraj amat sesuai dipilih sebagai medium untuk saya

    lebih merealitikan hasrat saya. Pemilihan fokus kajian saya ini pastinya dipilih dan

    ditentukan berdasarkan kriteria-kriteria asas penyelidikan tindakan yang perlu saya

    penuhi seperti berikut:

    Kebolehtadbiran

    o Kajian ini dapat ditadbir dengan mudah kerana tidak memerlukan

    bahan yang banyak dan remeh dan mampu menampakkan hasil yang jelas

    tanpa perlu untuk lebih banyak penganalisaan yang lebih teliti.

    Kepentingan

    o Mampu menyumbang kepada pembangunan kurikulum Pendidikan

    Islam yang mana sirah menjadi elemen penting untuk menarik minat murid

    mahupun pelajar di peringkat pembelajaran yang lebih tinggi.

    Kebolehgunaan

    o Kaedah yang diperkenalkan mampu untuk diolah untuk digunakan

    dalam tajuk yang lain dalam bidang sirah mahupun luar bidang sirah seperti

    ibadah, akidah, jawi, dan al-Quran.

  • 9

    o Pembuatan dan penggunaan kaedah ini tidak terlampau membebankan

    guru dalam cara penyediaan ataupun kos penyediaan bahan itu sendiri.

    Kawalan

    o Pengawalan bahan tidak terlampau sukar kerana bahan ini adalah

    bahan maujud dan mudah disimpan dan digunakan.

    Kolaborasi

    o Penggunaan kaedah ini dapat meningkatkan kolaborasi murid dan

    guru dan ini amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana

    kolaborasi yang maksimum antara guru dan murid mampu untuk

    mempermudahkan pencapaian hasil dan objektif pembelajaran.

    Kerelevanan kepada sekolah

    o Kaedah dan bahan ini relevan untuk pihak sekolah samada dari segi

    kos ataupun cara mentadbir bahan-bahan seperti cara penyimpanan dan

    sebagainya.

    Pemilihan fokus kajian saya ini juga tidak lain dan tidak bukan turut dipacu

    oleh refleksi pengajaran dan pembelajaran saya yang terdahulu. Apa yang saya

    dapati daripada refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu adalah murid saya

    gagal untuk mengingat isi pembelajaran yang pada proses pembelajaran dan

    pengajaran (PdP) yang lalu mereka hanya duduk dan mendengar cerita. Akan tetapi

  • 10

    pada langkah pengajaran yang melibatkan ransangan seperti pergerakan yang

    dilakukan pada aras pertama pembelajaran, mereka mampu untuk membezakan

    antara Isra dan Mikraj. Benarlah pernyataan oleh Felder-Silverman (1993 & 1996,

    seperti yang dinyatakan dalam Mok, 2010) bahawa gaya pembelajaran

    mempengaruhi penguasaan murid dalam memproses maklumat, mengingat dan

    menyimpan di dalam otak. Oleh sebab demikian, saya perlu memikirkan cara untuk

    menarik minat mereka terhadap pembelajaran sekaligus bakal membantu mereka

    mengingat isi pembelajaran dengan lebih kukuh.

    Menurut Mohd. Jarjis (1994), apabila melihat benda yang hendak diingat,

    kita boleh menggunakan empat dasar daya ingatan dengan cara memikirkan

    persamaan, kehampiran, perbezaan bentuk dan rupa dengan bentuk rupa benda-

    benda yang kita ketahui. Penegasan perkataan rupa oleh Mohd. Jarjis ini memberikan

    inspirasi kepada saya untuk menggambarkan rupa sebenar apa yang diceritakan

    dalam sesuatu kisah nabi tanpa melanggar etika Islam di mana rupa Rasulullah

    S.A.W. tidak boleh digambarkan dengan imaginasi kita sendiri. Ini boleh dijadikan

    satu usaha kita untuk menarik minat murid untuk lebih menghayati kisah Rasulullah

    S.A.W. itu sendiri. Masih saya dapat ingati bagaimana murid-murid saya begitu

    mahu saya gunakan gambar dalam pembelajaran berbentuk naratif ataupun

    penceritaan seperti yang terdapat dalam bidang sirah. Ini sedikit sebanyak membuka

    minda saya untuk menggunakan gambar sebagai asas kajian saya demi memantapkan

    lagi pembelajaran dan pengajaran (PdP) bidang sirah. Semoga dengan kajian ini

    mampu meningkatkan penguasaan mereka dalam tajuk Isra dan Mikraj.

  • 11

    2.2 Tinjauan Literatur Berkaitan dengan Isu Kajian

    Kajian tindakan yang diperkenalkan di Institut Pendidikan Guru (IPG) amat

    berperanan besar dalam melahirkan guru berfikiran analitikal yang mampu untuk

    menginvovasikan proses pengajaran dan pembelajaran mereka sendiri. Ini secara

    tidak langsung dapat membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya

    Bahagian Pembangunan Kurikulum untuk memperkenalkan kaedah-kaedah baru

    pembelajaran untuk lebih meningkatkan gaya pembelajaran murid-murid. Ini

    disokong oleh Felder-Silverman (1993 & 1996, seperti yang dinyatakan dalam Mok,

    2010) bahawa gaya pembelajaran mempengaruhi penguasaan murid dalam

    memproses maklumat, mengingat dan menyimpan di dalam otak.

    Pembelajaran Sirah Rasulullah S.A.W. amat berkaitan dan sinonim dengan

    proses kronologi penceritaan yang tidak mampu dicapai objektifnya dengan hanya

    mempercikkan air liur di hadapan kelas untuk menceritakan kisah Rasulullah S.A.W.

    tetapi memerlukan cara yang lebih menarik minat murid. Memetik kata-kata Mohd.

    Jarjis (1994), apabila melihat benda yang hendak diingat, kita boleh menggunakan

    empat dasar daya ingatan dengan cara memikirkan persamaan, kehampiran,

    perbezaan bentuk dan rupa dengan bentuk rupa benda-benda yang kita ketahui.

    Penegasan perkataan rupa oleh Mohd. Jarjis ini memberikan inspirasi kepada saya

    untuk menggambarkan rupa sebenar apa yang diceritakan dalam sesuatu kisah nabi

    tanpa melanggar etika Islam di mana rupa Rasulullah S.A.W. tidak boleh

    digambarkan dengan imaginasi kita sendiri. Ini boleh dijadikan satu usaha kita untuk

    menarik minat murid untuk lebih menghayati kisah Rasulullah S.A.W. itu sendiri.

  • 12

    Pembelajaran berasaskan gambar ini banyak dibantu dan disokong oleh

    pendapat berapa lagi cendekiawan seperti yang dinyatakan oleh Norasiah (2010)

    iaitu penyampaian maklumat oleh guru kepada murid menjadi lebih berkesan dengan

    menggunakan gambar atau simbol yang lebih konkrit atau gambar yang lebih besar.

    Maklumat guru itu boleh diimaginasikan dengan pantas oleh murid dan dapat

    membantu murid untuk menghayati kisah yang disampaikan oleh guru dengan

    mudah dan lebih memudahkan pencapaian objektif pembelajaran. Pada hakikatnya,

    grafik bergambar sebegini sudah dirintiskan oleh Rasulullah S.A.W. ketika

    menyampaikan ilmu kepada para sahabat.

    Daripada Ibnu Masud R.A. berkata, Rasulullah S.A.W. melukis rajah empat segi. Kemudian, di tengah-tengah segi empat itu

    baginda melukis satu garisan panjang yang sehingga terkeluar dari

    segi empat itu.

    (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Nawawi)

    Beberapa lagi pendapat yang dapat disertakan di sini adalah daripada

    Zaidatun (2000) yang mana beliau menyatakan penggunaan gambar, bunyi-bunyian

    dan animasi membantu deria penglihatan dan pendengaran untuk lebih menguasai isi

    pelajaran. Melalui pendapat ini, kita boleh menggubal bahan dalam kaedah ini

    dengan meletakkan bunyi ataupun pergerakan yang dipanggil animasi untuk lebih

    menceriakan pembelajaran dan mampu untuk lebih menarik minat murid.

    Ramlan Hamzah (2005) juga menegaskan gambar atau grafik didefinisikan

    sebagai gambaran visual dua dimensi yang direka serta digubah khas untuk

    menyampaikan mesej atau idea. Pendapat ini pula boleh ditafsirkan dengan grafik

  • 13

    yang ingin digunakan boleh diubah berdasarkan mesej atau idea yang ingin kita

    sampaikan mengikut kesesuaian.

  • 14

    3.0 OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN

    3.1 Objektif Umum

    Menguasai isi pembelajaran Isra dan Mikraj dengan tepat dan mampu

    menceritakan semula peristiwa Isra dan Mikraj.

    3.2 Objektif Khusus

    Meningkatkan kefahaman dan ingatan murid dalam pembelajaran Isra dan

    Mikraj menggunakan Kad Wajah Isra.

    Meningkatkan amalan pengajaran guru dengan menggunakan Kad Wajah

    Isra.

    3.3 Persoalan Kajian

    Bagaimanakah Kad Wajah Isra dapat membantu murid memahami dan

    mengingati perkara yang dilihat oleh Rasulullah S.A.W. semasa peristiwa Isra dan

    Mikraj?

    Bagaimanakah penggunaan Kad Wajah Isra dapat meningkatkan amalan

    pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru dalam bidang Sirah?

  • 15

    4.0 KUMPULAN SASARAN

    Kajian ini melibatkan 5 responden yang dipilih dari 31 orang murid tahun 5

    yang diajar oleh saya di salah sebuah sekolah yang terletak dalam daerah Hulu

    Langat, Selangor Darul Ehsan. Responden-responden ini dipilih selepas saya dapati

    bahawa mereka ini mendapat markah terendah dalam ujian awal yang telah saya

    lakukan. Berikut adalah butiran responden:

    Jadual 1: Maklumat kumpulan sasaran

    Perkara Maklumat Responden

    Bilangan Murid 5 orang murid

    Jantina 4 Lelaki

    1 Perempuan

    Tahun 5

    Ciri Unik

    R1 : Suka mengelamun

    R2 : Suka mengutuk rakan

    R3 : Suka berbual kosong

    R4 : Suka mengelamun

    R5 : Suka memberikan respon yang tidak berkaitan dengan isi

    pengajaran dan pembelajaran (PdP)

  • 16

    5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

    Perjalanan dan perlaksanaan kajian ini berjalan dengan dipandu oleh model

    terkenal dalam kajian-kajian tindakan terdahulu iaitu berdasarkan model Kemmis &

    McTaggart (1988, seperti yang dinyatakan dalam Buku Manual Kajian Tindakan,

    2008) di mana model tersebut menyarankan empat langkah kajian tindakan iaitu

    merancang, bertindak, memerhati, dan melakukan refleksi. Langkah tersebut dirujuk

    dan dijadikan pedoman dan panduan melaksanakan kajian ini. Berikut dipaparkan

    Model Kemmis & McTaggart (1988) dan perincian tindakan kajian:

    Rajah 1: Model Kemmis & McTaggart (1988)

    Planning

    (Merancang)

    Action

    (Tindakan)

    Observe

    (Memerhati)

    Reflect

    (Refleksi)

  • 17

    Jadual 2: Perincian tindakan kajian

    Langkah Tindakan

    Merancang Merancang pembinaan Kad Wajah Isra dan menetapkan

    cara penggunaannya.

    Tindakan

    Membina Kad Wajah Isra.

    Melakukan ujian awal kepada responden sebelum Kad

    Wajah Isra digunakan di dalam kelas.

    Melaksanakan kaedah semasa proses pembelajaran dan

    pengajaran (PdP) berlangsung.

    Memerhati Memerhatikan tingkah laku dan kefahaman responden

    semasa kaedah dijalankan berbantukan senarai semak.

    Refleksi Merumuskan tahap keberkesanan Kad Wajah Isra

    terhadap responden.

  • 18

    6.0 CARA PENGUMPULAN DATA

    Data-data bagi kajian ini dikumpul dan saya bahagikan kepada empat iaitu

    data pemerhatian, data temubual, data analisis dokumen dan data jurnal refleksi guru.

    Berikut disenarai dan diterangkan justifikasi data.

  • 19

    6.1 Data Pemerhatian

    Jadual 3: Data instrumen pemerhatian

    Aspek yang dinilai R1 R2 R3 R4 R5

    Boleh menyebut perkara

    yang dilihat Rasulullah

    S.A.W. semasa peristiwa

    Isra dan Mikraj dengan

    betul sambil melihat Kad

    Wajah Isra.

    Boleh mengingat kembali

    perkara yang dilihat

    Rasulullah S.A.W. semasa

    peristiwa Isra dan Mikraj

    setelah Kad Wajah Isra

    diambil semula.

    Dapat menyatakan

    maksud dan pengajaran

    bagi setiap perkara yang

    dilihat Rasulullah S.A.W.

    semasa peristiwa Isra dan

    Mikraj dengan tepat.

    X X

    Jadual 3 menunjukkan keputusan pemerhatian yang dilakukan terhadap

    responden. Kesemua lima responden menunjukkan respon yang amat baik dan positif

    terhadap skop pemerhatian saya seperti yang tercatat. Kesemua mereka mampu

    menjawab dengan pantas dan tepat apa yang dilihat oleh Rasulullah S.A.W. semasa

    peristiwa Isra dan Mikraj.

  • 20

    Walaubagaimanapun, terdapat dua responden yang gagal memberikan

    maksud dan pengajaran yang tepat terhadap salah satu perkara yang dilihat

    Rasulullah S.A.W. semasa peristiwa Isra dan Mikraj. Ini berikutan dua daripada

    responden ini gagal memahami secara jelas mengenai apa yang kata kunci pada Kad

    Wajah Isra maksudkan. Ini kerana kata kunci tersebut adalah pernyataan maksud

    dan pengajaran bagi setiap gambar di atas kad tersebut.

  • 21

    6.2 Data Temubual

    Berikut dinukilkan hasil temubual antara saya dan responden setelah

    penggunaan Kad Wajah Isra berlangsung.

    Jadual 4: Jawapan temubual soalan 1

    Soalan 1:

    Apakah perasaan kamu apabila ustaz menggunakan Kad

    Wajah Isra?

    R1 Gembira sangat sebab saya suka gambar.Tak suka

    dengar je cerita sebab bosan.

    R2 Seronok, sebab macam Facebook.

    R3 Best sangat sebab ustaz buat hari ni macam main

    Facebook dalam kelas.

    R4

    Excited sebab hari ni saya tak perlu duduk dengar

    cerita ustaz je. Boleh gerak-gerak pilih dan tengok

    gambar macam tengah online Facebook.

    R5 Mestila best. Akhirnya ustaz guna gambar jugak bila

    ajar cerita Nabi Muhammad. Terima kasih ustaz.

    Jadual 4 adalah hasil temubual pertama saya bersama dengan lima orang

    responden. Keseluruhan jawapan menampakkan respon positif dari responden.

    Kesemua daripada mereka setuju bahawa gambar menaikkan semangat dan

    meletakkan mereka dalam keadaan yang gembira untuk belajar. Perasaan gembira

    ataupun lebih umumnya adalah set minda yang positif amat membantu untuk

    meningkatkan kefahaman murid dalam menguasai objektif pembelajaran dalam apa

    jua aras dalam setiap sesi pembelajaran.

  • 22

    Responden 1 (R1) dengan jelas menjawab bahawa hanya dengan mendengar

    cerita sahaja tidak mampu menaikkan semangat pembelajaran yang positif dan hanya

    membuatkan proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) menjadi bosan. Selain itu,

    jawapan responden 5 (R5) amat membuktikan bahawa responden ini sudah lama

    menanti saya menggunakan gambar sebagai bahan bantu belajar dan sangat

    berterima kasih apabila akhirnya saya menggunakan kaedah ini. Tiga dari responden

    pula iaitu Responden 2 (R2), Responden 3 (R3), dan Responden 4 (R4) amat teruja

    dengan konsep amalan teknologi terkini yang digunakan iaitu dengan

    mengaplikasikan cara melihat gambar dari laman web sosial terkenal pada masa kini

    iaitu Facebook. Ini menunjukkan betapa perlunya guru peka dengan teknologi terkini

    dan mengaitkan teknologi tersebut dalam proses pembelajaran dan pengajaran (PdP)

    agar murid lebih bersemangat untuk belajar.

  • 23

    Jadual 5: Jawapan temubual soalan 2

    Soalan 2:

    Adakah penggunaan Kad Wajah Isra dapat membantu kamu

    mengingat perkara yang dilihat Rasulullah S.A.W. semasa

    peristiwa Isra dan Mikraj? Kenapa?

    R1 Mestilah, senang nak ingat gambar. Semua saya ingat

    tau.

    R2 Boleh tahanla ustaz. Sebelum ni tak ingat sangat.

    R3 Aah. Takut bila ingat balik.

    R4 Semua ni banyak sangat bantu saya ingat. Ustaz

    tanyalah. Kalau saya tak dapat jawab ustaz denda lah.

    R5 Kad tu buat saya lagi ingat. Daripada saya asyik

    dengar je.

    Jadual 5 pula adalah hasil temubual kedua saya bersama responden. Hasil ini

    jelas menunjukkan dapatan mengenai sejauh mana Kad Wajah Isra dapat membantu

    murid mengingat perkara yang dilihat Rasulullah S.A.W. semasa peristiwa Isra dan

    Mikraj. Lima responden ini amat bersetuju bahawa gambar meningkatkan

    kemampuan mereka untuk mengingat fakta sirah terutamanya dalam topik Isra dan

    Mikraj.

    Responden 4 (R4) jelas memberikan pengukuhan bahawa dia sanggup

    menerima hukuman jika tidak mampu mengingat apa yang tergambar di atas kad

    Wajah Isra. Ini jelas menunjukkan bahawa R4 mengingati keempat-empat gambar

    yang diperlihatkan kepadanya. Responden 5 (R5) pula memberi pernyataan bahawa

    dengan gambar daya ingatannya lebih kuat berbanding hanya mendengar cerita yang

  • 24

    disampaikan oleh saya. Responden 3 (R3) pula menunjukkan betapa gambar

    memberikan impak pengajaran kisah nabi dengan berasa takut dengan balasan Allah

    SWT apabila melakukan dosa. Jawapan-jawapan dari responden ini jelas

    menunjukkan gambar mampu memberikan impak positif dalam pembelajaran dan

    pengajaran (PdP) terutamanya dalam bidang sirah Rasulullah S.A.W.

  • 25

    Jadual 6: Jawapan temubual soalan 3

    Soalan 3:

    Adakah dengan tambahan kata kunci pada setiap gambar

    membantu kamu memahami maksud dan pengajaran

    daripada setiap perkara yang dilihat Rasulullah S.A.W.

    semasa peristiwa Isra dan Mikraj? Kenapa?

    R1 Memanglah. Kalau tak de saya tak tahu maksud dia.

    R2 Bolehlah sikit, kalau ustaz letak ayat lagi faham.

    R3 Saya boleh ingat dengan ada perkataan tu. Takut nak

    fitnah kawan lepas ni.

    R4 Bantu.

    R5

    Kata kunci tolong saya lagi faham. Bila tengok kepala

    pecah pastu ada perkataan solat kat gambar maknanya

    orang tak solat pecah kepala. Betul kan ustaz.

    Jadual 6 adalah hasil temubual ketiga saya bersama kelima-lima responden.

    Kata kunci yang diletakkan adalah ringkasan bagi setiap perkara yang dilihat

    Rasulullah S.A.W. semasa peristiwa Isra dan Mikraj. Jawapan daripada majoriti

    responden jelas menunjukkan kata kunci tersebut banyak membantu mereka untuk

    mengetahui maksud dan pengajaran daripada setiap gambar yang mereka lihat.

    Hanya ada seorang responden yang memberikan jawapan yang negatif dan meminta

    saya supaya meletakkan ayat supaya dia lebih faham akan maksud dan pengajaran

    gambar tersebut.

    Responden 3 (R3) mengukuhkan lagi dengan menyatakan pada jawapannya

    bahawa beliau takut untuk melakukan fitnah. Ini menunjukkan pengajaran dari

    perkara yang dilihat Rasulullah S.A.W. semasa Isra dan Mikraj sudah mula dikuasai

  • 26

    oleh R3. Responden 5 (R5) pula telah lebih mengukuhkan bahawa kata kunci

    tersebut membantu dengan menerangkan kembali bagaimana kata kunci tersebut

    berfungsi pada Kad Wajah Isra. Ini jelas menggambarkan bahawa kata kunci yang

    diletakkan pada gambar amat mudah digunakan sebagai punca fahamnya responden

    dengan apa yang ada pada kad tersebut.

  • 27

    6.3 Data Analisis Dokumen (Rekod Hasil Lembaran Kerja Murid)

    Jadual 7: Analisis dokumen lembaran kerja

    Responden Markah

    Sebelum Selepas

    R1 1/4 4/4

    R2 1/4 3/4

    R3 0/4 4/4

    R4 0/4 3/4

    R5 2/4 4/4

    Jadual 7 menunjukkan dapatan yang diperolehi melalui instrumen analisis

    dokumen (rekod hasil lembaran kerja murid). Seramai tiga orang responden dapat

    menjawab soalan yang diberikan dengan betul dan mendapat markah penuh. Hanya

    dua orang responden yang tidak berjaya menjawab soalan satu dengan betul. Perkara

    ini terjadi kesan daripada responden ini tidak begitu memahami kata kunci yang telah

    diletakkan pada setiap gambar pada Kad Wajah Isra. Secara keseluruhannya, Kad

    Wajah Isra dapat membantu responden mengingat dan menjawab soalan yang

    diberikan dengan betul dan tepat.

  • 28

    6.4 Data Jurnal Refleksi Guru (22 Julai 2013)

    Murid-murid amat memberi tumpuan mereka pada hari ini.

    Bertentangan dengan cara saya sebelum ini iaitu hanya bercerita

    tanpa bantuan yang menyaksikan ramai murid yang mengantuk,

    bermain, dan ada juga yang memberi respon yang tidak berkaitan

    dengan tajuk pembelajaran. Ada murid yang selama ini bersikap

    negatif dalam kelas semasa pengajaran tetapi pada kali ini mampu

    memberi tumpuan dan memberi respon positif mengenai gambar.

    Saya berasa amat gembira dengan respon positif daripada mereka

    dan bersyukur kepada Allah SWT

    Melalui catatan jurnal refleksi yang ditulis oleh saya sendiri, dapat

    dirumuskan bahawa amalan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang diamalkan ini

    mampu memberi iklim positif dalam suasana pembelajaran di dalam kelas. Majoriti

    murid menunjukkan perubahan dengan memberikan sepenuh tumpuan kepada

    pengajaran guru. Secara tidak langsung, usaha guru untuk mengawal kelas menjadi

    lebih mudah. Murid juga terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti pengajaran yang

    dikelolakan oleh guru dan mereka berusaha untuk menjalankan aktiviti-aktiviti

    tersebut dengan bersungguh-sungguh. Secara keseluruhannya dapat saya simpulkan

    bahawa minat mereka terhadap pengajaran guru meningkat apabila Kad Wajah Isra

    digunakan oleh saya sebagai seorang guru.

  • 29

    7.0 DAPATAN KAJIAN

    Kajian tindakan seumpama ini banyak memberikan saya kesedaran tentang

    pentingnya uji dan kaji bagi meningkatkan tahap kualiti pengajaran saya sebagai

    seorang guru. Setelah kaedah yang saya perkenalkan ini dijalankan, iklim

    pembelajaran yang lebih positif dapat dilihat dalam kelas pengajaran saya dan

    permintaan untuk saya jalankan lagi kaedah seumpama ini amat tinggi dalam

    kalangan murid. Keberkesanan kaedah ini juga banyak dibuktikan berdasarkan

    dapatan kajian hasil daripada instrumen yang telah digunakan iaitu pemerhatian,

    temubual, dan analisis dokumen. Semua ini dibuktikan dengan persoalan kajian yang

    berjaya dijawab melalui instrumen terbabit.

  • 30

    Soalan Kajian Pertama:

    Bagaimanakah Kad Wajah Isra dapat membantu murid memahami dan

    mengingat perkara yang dilihat oleh Rasulullah S.A.W. semasa peristiwa Isra

    dan Mikraj?

    Merujuk kepada data temubual yang dijalankan antara saya sebagai pengkaji

    dengan kelima-lima responden, mereka memberi respon yang positif terhadap

    persoalan ini. Mereka menyatakan bahawa dengan gambar membangkitkan daya

    ingatan mereka berbanding hanya duduk mendengar cerita guru semata. Ada antara

    mereka yang sudah lama menunggu saya menggunakan gambar dalam pengajaran

    Pendidikan Islam:

    R5: Mestilah best. Akhirnya ustaz guna gambar jugak bila ajar

    cerita Nabi Muhammad. Terima kasih ustaz.

    Respon seperti di atas amat menunjukkan betapa kaedah bercerita semata-

    mata sememangnya sudah mula menjadi punca murid berasa bosan dan tidak

    berminat untuk belajar dan mereka amat gemar seandainya kaedah bercerita itu

    dibantu dengan variasi rangsangan dan salah satu dari rangsangan tersebut adalah

    dengan menggunakan grafik seperti gambar. Mereka juga mengatakan mereka lebih

    senang mengingat fakta dengan menggunakan kaedah ini. Ini adalah hasil temubual

    yang membuktikan peningkatan daya ingatan dalam kalangan mereka:

  • 31

    R1: Mestilah, senang nak ingat gambar. Semua saya ingat tau.

    R4: Semua ni banyak sangat bantu saya ingat. Ustaz tanyalah.

    Kalau saya tak dapat jawab ustaz denda lah.

    R5: Kad tu buat saya lagi ingat. Daripada saya asyik dengar je.

    Mengenai kefahaman pengajaran dalam kalangan mereka pula, saya telah

    melengkapkan gambar dengan kata kunci. Mereka semua bersetuju bahawa kata

    kunci tersebut banyak membantu mereka memahami apa yang gambar itu

    maksudkan dan membuat mereka faham pengajaran dari gambar tersebut. Dengan

    pemahaman pengajaran tersebut maka harapan untuk mereka menghayati tajuk Isra

    dan Mikraj lebih besar. Berikut adalah hasil temubual mengenai kata kunci dan

    pengajaran daripada perkara yang dilihat Rasulullah S.A.W. ketika peristiwa Isra

    dan Mikraj:

    R1: Memanglah. Kalau tak de saya tak tahu maksud dia.

    R3: Saya boleh ingat dengan ada perkataan tu. Takut nak fitnah

    kawan lepas ni.

    R5: Kata kunci tolong saya lagi faham. Bila tengok kepala pecah

    pastu ada perkataan solat kat gambar maknanya orang tak solat

    pecah kepala. Betul kan ustaz.

  • 32

    Perkara ini disokong dengan hasil dapatan melalui analisis dokumen yang

    menunjukkan bahawa tiga daripada lima responden dapat menjawab kesemua soalan

    yang diberikan dengan betul.

  • 33

    Soalan Kajian Kedua:

    Bagaimanakah penggunaan Kad Wajah Isra dapat meningkatkan amalan

    pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru dalam bidang Sirah?

    Dapatan melalui pemerhatian menunjukkan respon yang positif dari

    responden apabila disoal mengenai apa yang dilihat Rasulullah S.A.W. semasa

    peristiwa Isra dan Mikraj. Kebanyakan mereka boleh menerangkan kembali apa

    yang ada pada gambar dan mampu untuk menceritakan peristiwa Isra dan Mikraj

    berdasarkan gambar yang terdapat pada Kad Wajah Isra.

    Selain itu, dapatan pemerhatian juga menunjukkan penggunaan Kad Wajah

    Isra ini banyak membantu dalam lebih memperjelaskan kisah Isra dan Mikraj

    kepada murid. Lanjutan dari dapatan ini, kaedah seumpama ini juga sesuai

    diaplikasikan dalam pembelajaran berbentuk naratif seperti topik-topik dalam bidang

    Sirah. Murid lebih seronok dan bersemangat untuk belajar dan amat membantu untuk

    murid lebih pantas mengingat fakta penting sesebuah kisah dan juga mudah untuk

    mereka memahami dan menghayati iktibar dan pengajaran daripada kisah yang

    diajar.

    Dapatan pemerhatian ini juga turut disokong oleh data analisis dokumen yang

    menunjukkan responden mampu untuk mengingat perkara yang dilihat Rasulullah

    S.A.W. semasa Isra dan Mikraj dan juga mampu untuk memberikan pengajaran dari

    setiap perkara yang dilihat oleh Rasulullah S.A.W. tersebut. Sebelum ini mereka

  • 34

    tidak dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul, keadaan ini berbeza

    apabila mereka dapat menjawab dengan betul soalan yang diberikan setelah

    penggunaan Kad Wajah Isra.

    Melalui catatan jurnal refleksi yang ditulis oleh saya sendiri, dapat

    dirumuskan bahawa amalan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang diamalkan ini

    mampu memberi iklim positif dalam suasana pembelajaran di dalam kelas. Majoriti

    murid menunjukkan perubahan dengan memberikan sepenuh tumpuan kepada

    pengajaran guru. Secara tidak langsung, usaha guru untuk mengawal kelas menjadi

    lebih mudah. Murid juga terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti pengajaran yang

    dikelolakan oleh guru dan mereka berusaha untuk menjalankan aktiviti-aktiviti

    tersebut dengan bersungguh-sungguh. Secara keseluruhannya dapat saya simpulkan

    bahawa minat mereka terhadap pengajaran guru meningkat apabila Kad Wajah Isra

    digunakan oleh saya sebagai seorang guru.

    Kesimpulannya, soalan-soalan kajian dapat dijawab menggunakan instrumen-

    instrumen yang telah digunakan iaitu pemerhatian, temubual, analisis dokumen dan

    jurnal refleksi guru. Penggunaan instrumen-instrumen ini dalam menjawab soalan-

    soalan kajian dapat dirujuk pada Jadual 8.

  • 35

    Jadual 8: Instrumen yang digunakan untuk menjawab soalan kajian

    Soalan

    Instrumen

    Pemerhatian Temubual Analisis

    Dokumen

    Jurnal

    Refleksi Guru

    1

    2

    Melalui jadual ini, secara ringkasnya dapat dirumuskan bahawa telah wujud

    triangulasi data pada kajian ini apabila dapatan-dapatan kajian saling menyokong

    untuk menjawab soalan-soalan kajian yang telah dikemukakan. Ini menunjukkan

    hasil yang amat positif apabila Kad Wajah Isra digunapakai oleh guru di dalam sesi

    pengajaran dan pembelajaran (PdP).

  • 36

    8.0 RUMUSAN DAPATAN KAJIAN

    Alhamdulillah, perjalanan kajian ini dapat diselesaikan dan disiapkan dengan

    baik dan dapat dikumpulkan data-data dengan baik. Akhirnya di sini dapat saya

    membuat beberapa rumusan penting yang menjadi target utama dalam mana-mana

    kajian iaitu kata putus yang ringkas tetapi padat.

    Seperti yang telah diterangkan pada catatan-catatan sebelum ini, pemilihan

    topik dari bidang Sirah yang merupakan salah satu cabang-cabang Pendidikan Islam

    adalah melalui pandangan saya sebagai pengkaji yang mana Sirah Rasulullah S.A.W.

    adalah pencetus dan nadi utama minat dan pemangkin keinginan murid sekolah

    rendah yang rata-ratanya terdiri daripada peringkat umur kanak-kanak. Justeru, atas

    sebab betapa sirah itu amat penting dalam membangkitkan iklim Islam dalam diri

    murid-murid, saya sebagai pengkaji merasakan amat perlu untuk mewujudkan

    rangsangan-rangsangan berkesan dalam lebih meningkatkan minat murid-murid

    sekolah rendah ini ke tahap yang paling maksimum supaya Pendidikan Islam

    menjadi sebati dalam hidup mereka lebih-lebih lagi Islam adalah agama mereka itu

    sendiri.

    Rangsangan yang menjadi pilihan utama dalam kajian ini adalah grafik

    berasaskan gambar dan diperkukuhkan lagi dengan kata kunci yang menjadi elemen

  • 37

    bantuan kepada murid supaya mereka dapat faham apa yang gambar maksudkan.

    Melalui kajian yang telah dijalankan ini, dapat dilihat peningkatan dalam memahami

    dan mengingat fakta-fakta penting iaitu perkara yang dilihat oleh Rasulullah S.A.W.

    semasa peristiwa Isra dan Mikraj.

    Berikut dijustifikasikan beberapa aspek penting yang dapat saya lihat sebagai

    sebab utama kejayaan penggunaan rangsangan ini sebagai elemen utama kajian. Ada

    di antara responden seperti yang tercatat pada salah satu pada hasil temubual yang

    menampakkan betapa responden tersebut sudah lama menunggu guru menggunakan

    gambar sebagai bahan bantu belajar baginya. Ini juga disusuli dengan respon positif

    dari responden-responden lain yang menunjukkan dan melambangkan betapa

    pengajaran yang menggunakan rangsangan grafik seperti ini mewujudkan rasa

    seronok dan meningkatkan keinginan untuk belajar dalam diri murid umumnya dan

    responden khususnya.

    Selain itu, data-data lain seperti analisis dokumen, pemerhatian, dan jurnal

    refleksi guru juga banyak menzahirkan peningkatan mendadak dari segi iklim

    pembelajaran dan yang paling utama peningkatan kefahaman dan ingatan murid itu

    sendiri. Hasil pengumpulan data-data yang positif sebegini amat menunjukkan bahan

    bantu sebegini amat membantu meningkatkan minat dan prestasi murid dalam bidang

    sirah dan secara tidak langsung membantu juga dalam meningkatkan minat dan

    prestasi mereka dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.

  • 38

    Kesimpulannya, bahan bantu belajar mahupun mengajar yang berunsur

    rangsangan seperti ini sama ada rangsangan itu terdiri dari grafik, audio dan

    sebagainya perlu ditingkatkan penggunaan dan pembikinannya seupaya Pendidikan

    Islam khususnya mampu ditingkatkan minat dan penguasaannya dan pada akhirnya

    penghayatan terbaik dalam Pendidikan Islam dapat dicapai. Ini amat penting dapan

    bagi saya ianya telah sampai ke tahap mandatori kerana penghayatan Islam dalam

    kalangan anak muda berada pada tahap kritikal. Beralih semula pada kajian ini, dapat

    disimpulkan secara umum bahawa Kad Wajah Isra mampu untuk meningkatkan

    kefahaman dan ingatan murid tahun 5 dalam pembelajaran Isra dan Mikraj.

  • 39

    9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

    Menepati kemajuan teknologi yang semakin lama semakin pesat, tidak

    dinafikan Kad Wajah Isra memerlukan ubahsuai seiring dengan kemajuan teknologi

    semasa. Penerapan unsur teknologi seperti perisian Wondershare, Microsoft Power

    Point dan lain-lain mampu untuk lebih meningkatkan lagi penguasaan murid dalam

    tajuk ini. Audio juga boleh disertakan mengikut kreativiti dan kemahiran pengkaji

    seterusnya.

    Selain itu, merujuk kepada kelemahan penggunaan kata kunci pada Kad

    Wajah Isra, ianya juga boleh diubahsuai supaya memenuhi keperluan kefahaman

    murid. Ini mungkin lebih membantu meningkatkan kefahaman murid terhadap

    mesej-mesej yang ingin disampaikan oleh gambar kepada mereka.

    Akhir sekali, penggunaan rangsangan grafik sebegini juga mampu untuk

    diaplikasikan pada pengajaran dan pembelajaran bidang lain dalam Pendidikan Islam

    dan juga subjek-subjek lain yang berkaitan yang dirasakan sesuai dan mampu

    memenuhi aras-aras dan objektif pembelajaran yang dihajatkan.

  • 40

    10.0 SENARAI RUJUKAN

    Al-Quran Al-Karim

    Abdullah Basmieh (2001). Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-

    Quraan (30) Juz. Kuala Lumpur: Darul Fikir

    Al-Imam Muslim (2003). Sahih Muslim. (Mamur Daud, Terj.) Singapura: Darel Fajr Publishing House

    Alberta Teachers Association. (2000). Action Research Guide for Alberta Teachers. Edmonton, Canada: Alberta Teachers Association

    Bobbi De Porter, Mike Hernacki (1999). Quantum Learning:Membiasakan Belajar

    Nyaman dan Menyenangkan. (Alwiyah Abdurrahman, Terj.) Bandung,

    Indonesia: Kaifa Publishing

    Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran

    Malaysia. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan. Putrajaya: Bahagian

    Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran

    Malaysia

    Dewan Bahasa Dan Pustaka. (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur:

    Dewan Bahasa Dan Pustaka

    David Lim Chong Lim, Nor Azizah Salleh, Saat Md Yasin, Mohd Kidin Shahran,

    Alias Mohd Yatim, Abdul Razak Habib (2009). Kaedah Penyelidikan Dalam

    Pendidikan. Kuala Lumpur: Open University Malaysia

    Ernie Stringer (2004). Action Research in Education. California, United States:

    SAGE Publications

    Geoffrey E. Mills (2006). Action Research: A Guide for the Teacher Researcher (3rd

    Edition). New Jersey, United States: Prentice Hall

    Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Panduan

    Penulisan Laporan Penyelidikan Tindakan Program Ijazah Sarjana Muda

    Perguruan Dengan Kepujian. Putrajaya: Institut Pendidikan Guru

    Kementerian Pelajaran Malaysia

  • 41

    Madzniyah Md. Jaafar (2006). Pelaksanaan Kajian Tindakan oleh Guru di Sekolah.

    Bangi, Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

    Mohd Jarjis Ali (1994). Strategi Meningkatkan Daya Ingatan. Bangi, Selangor:

    Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

    Mok Soon Sang (2010). Kompetensi Kecerdasan Emosi. Puchong, Selangor:

    Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

    Norasiah Binti Abdullah, Nor Risah Jamilah Binti Mat Lazim, Rosnah Binti Ahmad

    Zain (2010). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Puchong,

    Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

    Ramlan Hamzah, Lily Mastura Harun (2005). Kemahiran Belajar untuk Kursus

    Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP). Subang Jaya,

    Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

    Zaidatun Tasir (2000). Multimedia dalam Pendidikan. Siri Modul Pembelajaran.

    Skudai, Johor: Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia