mtq 2016

11
KISAH ASHABUL SABTI KISAH ASHABUL SABTI Terima kasih tuan pengerusi majlis. Yang dihormati dan disegani barisan para hakim yang arif lagi bijaksana, barisan guru-guru, sahabat-sahabat dan para hadirin yang dihormati sekalian. Berdirinya saya di hadapan ini adalah semata-mata untuk menyampaikan sebuah kisah al-quran iaitu Kisah Ashabus Sabti. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Pantun; Bunga Melor Di dalam Taman Dipetik jangan Dipandang Indah Ashabus Sabti Kisah Teladan Dalam Al-Quran Terbukti Sudah Dikisahkan bahawa terdapat sebuah kaum yang tinggal di Ailah pada zaman Nabi Daud alaihi salam. Penduduk di negeri ini adalah berbangsa Yahudi. Mereka mengamalkan syariat yang dibawa oleh nabi Musa alaihisalam. Mereka diperintah oleh Allah swt agar setiap hari Sabtu merupakan hari untuk beribadah kepada Allah swt dan meninggalkan segala urusan dunia. Firman allah swt dalam surah Al-Jumaah ayat 10: 10. Apabila Telah ditunaikan shalat, Maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak- banyak supaya kamu beruntung.

Upload: wati

Post on 13-Apr-2016

96 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

teks cerita

TRANSCRIPT

Page 1: mtq 2016

KISAH ASHABUL SABTIKISAH ASHABUL SABTI

Terima kasih tuan pengerusi majlis. Yang dihormati dan disegani barisan para hakim yang arif lagi bijaksana, barisan guru-guru, sahabat-sahabat dan para hadirin yang dihormati sekalian.

Berdirinya saya di hadapan ini adalah semata-mata untuk menyampaikan sebuah kisah al-quran iaitu Kisah Ashabus Sabti.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Pantun;

Bunga Melor Di dalam Taman

Dipetik jangan Dipandang Indah

Ashabus Sabti Kisah Teladan

Dalam Al-Quran Terbukti Sudah

Dikisahkan bahawa terdapat sebuah kaum yang tinggal di Ailah pada zaman Nabi Daud alaihi salam. Penduduk di negeri ini adalah berbangsa Yahudi. Mereka mengamalkan syariat yang dibawa oleh nabi Musa alaihisalam. Mereka diperintah oleh Allah swt agar setiap hari Sabtu merupakan hari untuk beribadah kepada Allah swt dan meninggalkan segala urusan dunia.

Firman allah swt dalam surah Al-Jumaah ayat 10:

   �       �  � 

 10. Apabila Telah ditunaikan shalat, Maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung.

Kita sama-sama ketahui, pada masa kini setiap kali waktu solat fardhu di Mekah semua urusan jual beli dihentikan sementara sehingga selesai solat fardhu.

Pengajaran bernilai ialah walaupun kita sibuk dengan urusan seharian, ibadah kepada Allah swt jangan diabaikan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Page 2: mtq 2016

Sesungguhnya, pada setiap hari sabtu banyak ikan terdapat di dua buah batu putih di pesisir pantai negeri Ailah.Namun, hari-hari yang lain tidak ada seekor ikan timbul. Penduduknya yang kebanyakkan bekerja sebagai nelayan tidak tahan melihat ikan yang banyak khususnya pada hari sabtu.

Sebahagian daripada mereka ingkar dengan syariat Allah swt. Mereka menjadikan hari Jumaat untuk membuat jerat manakala pada hari Ahad adalah memungut hasil tangkapan ikan. Tahun demi tahun berlalu, ikan semakin banyak dan semakin ramai di kalangan mereka yang kufur kepada syariat Allah swt.

Firman Allah swt dalam surah As-Yasin ayat 9;

            

9. Dan kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat Melihat.

Pada masa sekarang, terjadinya pembunuhan kejam kepada seorang jutawan kosmetik beberapa tahun lepas.

Pengajarannya, rezeki yang banyak merupakan ujian daripada Allah swt kepada kita dan kita jangan jadi tamak atas rezeki yang diberikan oleh Alla swt.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Sebahagian daripada mereka yang masih beriman memberikan peringatan kepada golongan yang kufur ini namun nasihat mereka tidak diendahkan. Mereka yang kufur mempersenda-sendakan ajaran dan syariat Allah swt.

Apabila mereka yang kufur tidak mendengar nasihat dan amaran daripada mereka yang masih beriman kepada Allah swt, orang-orang yang beriman telah keluar dari negeri tersebut dan mereka membina sebuah tembok yang kukuh memisahkan orang yang beriman dengan yang kufur agar mereka tidak ditimpa hukuman dari Allah swt.

Firman allah swt dalam surat Al-A’raf ayat 164 :

               

    

Page 3: mtq 2016

164. Dan (Ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa.

Pada masa kini, banyak program-program ilmu dijalankan di televisyen seperti sentuhan kalbu dan liga ilmu.

Pengajarannya, melaksanakan dakwah merupakan kewajipan ke atas individu muslim di samping ia menyebarkan syiar Islam.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Setelah bertahun-tahun lamanya penduduk Ashabul sabti yang kufur menangkap ikan pada hari Sabtu, mereka telah menjadi kaya raya dan bertambah tamak haloba. Maksiat dan dosa semakin bermaharajalela. Nabi Daud alaihi salam berdakwah kepada mereka namun mereka tetap berdegil.

Firman Allah swt dalam surah Al-Mukmin ayat 4:

       �  � �   

4. Tidak ada yang memperdebatkan tentang ayat-ayat Allah, kecuali orang-orang yang kafir. Karena itu janganlah pulang balik mereka dengan bebas dari suatu kota ke kota yang lain memperdayakan kamu.

Pada masa sekarang gejala membuang bayi berada di tahap yang amat kritikal.

Pengajaran bernilai ialah dalam berdakwah memerlukan ketabahan dan kesabaran.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Setelah Nabi Daud alaihi salam berdakwah supaya mematuhi syariat Allah swt , baginda pun memohon doa kepada Allah swt agar di turunkan hukuman bagi mereka yang kufur. Allah swt mengabulkan doa Nabi Daud as. Mereka yang kufur kepada Allah swt, wajah dan sikap mereka berubah seperti kera. Allah swt seterusnya menurunkan azab dan siksaan berupa gempa bumi bagi melenyapkan Ashabul Sabti dari muka bumi ini.

Firman Allah swt dalan surah Al-Baqarah ayat 65:

Page 4: mtq 2016

          �  

65. Dan Sesungguhnya Telah kamu ketahui orang-orang yang melanggar diantaramu pada hari Sabtu, lalu kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina".

Beberapa bulan yang lepas banjir besar di Pakistan dan gempa bumi berlaku di Sumatera.

Pengajarannya ialah azab pasti Allah swt turunkan kepada golongan yang ingkar kepada syariat Allah swt. Allah swt juga Maha Berkuasa untuk melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya.

Kesimpulannya, marilah kita bersama-sama bertakwa kepada Allah swt agar kita menjadi Mukmin yang berjaya di dunia dan akhirat.

Wabillahitaufiq walhidayah wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sekian terima kasih.

Page 5: mtq 2016

TAJUK :KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAW

  

Terima kasih  Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana , guru-guru serta hadirin  sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah kisah yang bertajuk: kelahiran Nabi Muhammad S.A.W

        Nabi Muhammad SAW berasal daripada keturunan Bani Hasyim, sebuah kabilah yang paling mulia dan tinggi darjatnya di kalangan suku Quraisy yang mendominasi masyarakat Arab. Ayahnya bernama Abdullah bin Abdul Muttalib, yang merupakan seorang pembesar Quraisy yang besar pengaruhnya. Ibunya pula bernama Aminah binti Wahab dari yang berasal dari Bani Zuhrah dan baginda juga merupakan keturunan daripada Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail A.S.

         Rasulullah dilahirkan didalam keluarga yang cukup berpengaruh di tanah arab. Lahirnya baginda dikalangan keluarga pilihan adalah asas lahiriah yang kuat, apatah lagi ketika itu masyarakat masih berpegang kepada semangat Assabiyah yang kuat.         Adapun, tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW juga dikenali sebagai Tahun Gajah kerana pada masa itu sebuah peristiwa besar telah berlaku di Kota Mekah:

 Datanglah Abrahah bersama bala tenteranya

Pasukan bergajah yang amat gagahDatang menyerbu kota mekah

Menghancurkan Ka’abah satu matlamatIngin membina empayar jajahannya

                                                                                                                                                                              sajak                                                                                                     

Kuasa Allah Maha berkuasaTentera abrahah hancur dan musnah

Tatkala Burung ababil melempari tentera gajah dengan batu-batuan nerakaManakala Abrahah melarikan diri meninggalkan tenteranya.

 Firman Allah: Surah Al-Fil ayat 1-5 :  .  / =/  

     /.  =     =  //    

Page 6: mtq 2016

       = .    

         Sebelum kelahiran Rasulullah, berita tentang akan lahirnya nabi akhir zaman telahpun menjadi buah mulut dikalangan pendita-pendita agama samawi yang lain. Berita ini telah tersebar dengan cepat sekali dan seakan-akan semua sudah tahu dan sedang menunggu lahirnya insan istimewa itu. Malah Nabi Isa sendiripun telah mendapat wahyu daripada Allah swt bahawa akan lahirnya seorang rasul kedunia dan merupakan nabi yang terakhir yang akan memimpin ajaran sebenar.

  

Firman Allah Surah As-Sof (61) ayat ke-6: . /  

 Maksudnya: ”.......yang akan datang kemudian daripadaku bernama Ahmad.”-------------------

Adapun setelah Abdul Mutallib menikahkan anaknya Abdullah dan Aminah binti Wahab, tidak lama berkahwin maka mengandunglah si ibu.         Suatu hari Aminah bermimpi didatangi seseorang, kemudian berkatalah orang itu kepadanya, "Sesungguhnya engkau mengandung pemimpin umat ini. Jika engkau melahirkannya ucapkan, "Aku meminta perlindungan untuknya kepada Allah Yang Maha esa dari keburukan semua pendengki, dan beri nama dia Muhammad."

Selama masa kehamilannya, Aminah juga melihat sebuah cahaya memancar dari perutnya. Dengan cahaya itu ia dapat melihat istana-istana Busra di Syam. Kejadian yang menakjubkan ini menunjukkan bahwa di masa depan Muhammad akan diangkat sebagai Nabi Allah.

Namun begitu kesedihan melanda keluarga Abdul Mutallib tatkala anaknya Abdullah meninggal dunia ketika berada di Syam. Lebih-lebih lagi Aminah yang sedang mengandungkan anak mereka, alangkah sedih pilu hatinya apabila memerima perkhabaran tersebut.

Akhirnya,Masa yang dinanti-nantikan telah pun tiba.

Tanggal 12 rabiul awal tahun gajahTarikh kelahiran junjungan mulia

Seluruh alam bersyukur dan bergembiraLahirnya insan yang teristimewa

Membawa kemuliaan dan juga kerahmatan. 

Dalam masa yang sama berlakulah perkara yang tidak diduga:Terpadamlah api di biara MajusiRuntuhnya istana kisra di parsi

Dan terpancarnya cahaya putih dari langit yang menerangi kota Mekah.Tanda kelahiran junjungan mulia.

 Firman Allah Surah Al-Fath (48) ayat ke 8:

!) =    

Page 7: mtq 2016

  Maksudnya: Sesungguhnya kami telah mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai seorang rasul yang menjadi saksi (yang diterima keterangannya); dan sebagai pembawa berita kegembiraan kepada orang-orang yang beriman serta pemberi amarah kepada orang-orang yang ingkar.

        Sebaik sahaja dilahirkan oleh ibunya, baginda lalu dibawa kepada datuknya Abdul Muttalib. Beliau menyambutnya dengan penuh gembira dan membawanya ke kaabah untuk memanjatkan doa kesyukuran kerana telah dikurniakan seorang cucu lelaki. Baginda diberi nama Muhammad yang telah diilhamkan oleh Allah kepada keluarga baginda. Muhammad bererti orang yang terpuji. Ia adalah nama yang paling layak untuk rasulullah.         Orang yang paling gembira menyambut kedatangan Rasulullah adalah bapa saudara baginda iaitu Umar bin Hashim ataupun Abu Jahal. Sebaik sahaja baginda lahir Abu Jahal terus berlari disekeliling kota mekah untuk memberitahu perkhabaran gembira itu. Kerana itulah pada hari kelahiran nabi, Allah menghentikan seksaan kepada Abu Jahal kerana menyambut kelahiran nabi dengan begitu gembira sekali.         Sungguhpun Muhammad lahir tidak berbeza dengan bayi-bayi lain, tapi keadaan sekelilingnya amat luar biasa.Aminah tidak berasa sakit sewaktu melahirkan.Sambil disaksikan oleh mak bidan, Muhammad lahir dengan sihat dan selamat.

        Biasanya, bayi yang baru lahir sudah tentu menangis, tapi Muhammad tidak begitu, dia diam sahaja. Mak Bidan menepuk-nepuk tubuhnya, tapi Muhammad tetap diam. Keadaannya seperti orang berfikir. Matanya kelihatan bersinar-sinar seperti hendak melihat sesuatu.

        "Luar biasa anakmu ini, dia tidak menangis, tapi matanya liar seolah-olah merenung sesuatu diatas," kata Mak Bidan. Aminah terbaring, diwajahnya terbayang kegembiraan, bagai mendapat sebuah gunung emas. "Luar biasa anak ini, " ulang Mak Bidan, sambil membelek-belek tubuh bayi itu. "Apa yang luar biasa?' Tanya Aminah. "Biasanya, bayi lahir terlentang, tapi dia tertiarap, kepalanya mendongak kelangit, jari-jarinya terangkat-angkat seolah-oleh mengira sesuatu, matanya juga merenung ke langit, seolah-oleh ada benda yang dipandangnya. Macam dia mengerti sesuatu, walaupun dia baru di lahirkan."         Kisah keganjilan Muhammad ini diceritakan oleh Mak Bidan kepada jiran-jirannya. Mereka turut hairan mendengarkan cerita itu. Sejak Muhammad dilahirkan, keadaan dalam rumah itu tiba-tiba sahaja berubah. Rumah yang tidak bermaya selama ini, tiba-tiba sahaja berseri-seri dipandang serta menjadi tumpuan orang ramia.

        Pada waktu malam, rumah itu kelihatan terang benderang seperti bulan terang walaupun adakalanya bulan gelap. Wanita-wanita amat suka  ke rumah Aminah mereka datang berduyun-duyun untuk melihat Aminah dan anaknya yang baru lahir. Mereka suka melihat bayi itu. Seolah-olah ada satu tarikan pada tubuhnya.

        Ada diantaranya datang berkali-kali, semata mahu melihat Muhammad. Mereka sayang kepada Muhammad. "Alangkah gembiranya aku kalau mendapat seorang anak seperti ini," kata

Page 8: mtq 2016

diantara wanita yang datang itu.        

Kisah keistimewaan Muhammad itu telah tersebar di merata-rata tempat. Orang semakin ramai yang datang. Malah orang yang tidak kenal dengan Aminah pun turut datang melihat Muhammad.

Keadaan cuaca juga berseri-seri. Seolah-olah tersenyum menyambut kelahiran Muhammad. Sekitar kampung tempat kelahirannya begitu meriah. Seolah-olah dia memberi semangat dan cahaya baru kepada penduduk-penduduk di situ.

        "Budak ini bertuah, boleh jadi dia akan menjadi pemimpin besar di masa akan datang. Semua orang sukakan kepadanya," kata seorang tua sambil menepuk-nepuk tubuhnya.         Beberapa hari selepas kelahiran nabi, baginda disusukan oleh Thuwaibah, hamba perempuan Abu Lahab. Kemudian Abdul Muttalib mencari perempuan yang bersedia untuk mengambil upah bagi menyusukanya dikalangan orang badwi. Begitulah hal orang arab yang ingin bayi yang dilahirkan dibesarkan dalam suasana harmoni dan jauh dari unsur yang tidak baik di kota mekah. Allah  berfirman dalam Surah Al-Ahzab: 

) %.    !  Ertinya : ” Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik ”

               Berdasarkan ayat itu tadi dapat kita fahami bahawa Allah telah menurunkan seorang insan yang mulia untuk melengkapkan Akhlak dan iman kita supaya sentiasa tunduk menjunjung perintah Allah azzawajalla iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Justeru itu jelaslah bahawa kita sebagai seorang Islam wajib mengikut dan meneladani setiap perbuatan yang ditunjukkan dan dianjurkan oleh Rasulullah sepanjang hayat baginda. Sekian.. Wabillahi Taufik walhidayah..assalamualaikum wbt.

Page 9: mtq 2016