mte3106

16
MTE 3106 RESOS DALAM MATEMATIK TAJUK 5 PENGURUSAN RESOS SINOPSIS Tajuk ini meliputi aspek-aspek penting dalam pengurusan resos supaya penggunaan resos dapat dilakukan secara berkesan, teratur dan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. HASIL PEMBELAJARAN Mengurus resos dalam Matematik secara teratur, cekap dan berkesan. Menyediakan borang rekod dan inventori dalam penggunaan serta pengendalian resos Matematik. Memastikan perolehan dan pelupusan dibuat secara cekap, berkesan dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Merancang dan menyediakan bajet untuk perolehan dan penggunaan resos dalam Matematik KERANGKA TAJUK 10 Pengurusan Resos Inventori dan Rekod Pemantauan dan Penyelenggaraan Perancangan dan Bajet

Upload: hailmi-othman

Post on 06-Aug-2015

529 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

TOPIK 5

TRANSCRIPT

Page 1: MTE3106

MTE 3106 RESOS DALAM MATEMATIK

TAJUK 5 PENGURUSAN RESOS

SINOPSIS

Tajuk ini meliputi aspek-aspek penting dalam pengurusan resos supaya

penggunaan resos dapat dilakukan secara berkesan, teratur dan mengikut

peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

HASIL PEMBELAJARAN

Mengurus resos dalam Matematik secara teratur, cekap dan berkesan.

Menyediakan borang rekod dan inventori dalam penggunaan serta

pengendalian resos Matematik.

Memastikan perolehan dan pelupusan dibuat secara cekap, berkesan

dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan

Malaysia.

Merancang dan menyediakan bajet untuk perolehan dan penggunaan

resos dalam Matematik

KERANGKA TAJUK

Resos matematik di sekolah merupakan harta Kerajaan yang perlu diurus

mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Kesan daripada

pengurusan resos yang tidak cekap boleh menyebabkan kesukaran

mengesan, mengakses dan mengembalikan bahan resos matematik di

sekolah. Kesukaran seperti ini boleh menyukarkan pelaksanaan pengajaran

10

Pengurusan Resos

Inventori dan Rekod

Pemantauan dan Penyelenggaraan

Perancangan dan Bajet

Page 2: MTE3106

MTE 3106 RESOS DALAM MATEMATIK

dan pembelajaran matematik di sekolah. Justerus itu, pengurusan resos

yang cekap adalah sangat penting bagi menjamin keberkesanaan proses

pengajaran dan pembelajaran matematik.

5.1 Inventori dan Rekod

Inventori dan rekod memainkan peranan yang sangat penting dalam

pengurusan resos yang sistematik dan berkesan. Aspek-aspek pengurusan

resos yang berkait rapat dengan inventori dan rekod adalah:

Perolehan Resos

Penyimpanan dan pameran Resos

Penggunaan Resos

Rekod Resos

Perlupusan Resos

Perolehan Resos

Perolehan merujuk kepada proses untuk mendapatkan bekalan, perkhidmatan

dan kerja yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu aktiviti. Bahan-bahan

resos dalam matematik di sekolah boleh diperolehi melalui pelbagai cara.

Antara cara-caranya adalah:

pembelian,

hasil kerja guru atau murid,

derma daripada pihak-pihak tertentu,

muat turun daripada Internet, dan

pengumpulan bahan-bahan kitar semula.

Memikir

Cuba kenal pasti contoh-contoh bahan resos matematik di sekolah anda yang telah diperolehi dengan setiap cara yang tersebut di atas.

Menurut Surat Pekeliling Perbedaharaan (SPP) Bil. 12 Tahn 2007,

pembelian setiap item yang melibatkan jumlah perbelanjaan tahunan tidak

melebihi RM50,000 (Lima Puluh Ribu Ringgit) boleh dibuat secara pembelian

11

Page 3: MTE3106

MTE 3106 RESOS DALAM MATEMATIK

terus. Walau bagaimanapun, bagi setiap item yang melibatkan jumlan

perbelanjaan tahunan yang melebihi RM50,000 (Lima Puluh Ribu Ringgit)

tetapi tidak melebehi RM500,000 (Lima Ratus Ribu Ringgit), SPP Bil.5

Tahun 2009 menetapkan bahawa pembeliannya hendaklah dibuat dengan

mempelawa sebut harga di kalangan sekurang-kurangnya lima pembekal

yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan. Selain daripada itu, barang-

barang yang diterima perlu dibuat pemeriksaan dengan teliti bagi

memastikan ia menepati spesifikasi yang ditetapkan. Setelah diterima,

butiran-butiran berkaitan perolehan item berkenaan perlu direkod ke dalam

Daftar Stok Bekalan Pejabat (borang KEW 314).

Penyimpanan dan Pameran

Resos yang telah diperolehi perlu disimpan dengan baik. Selain daripada

itu, ada juga resos yang boleh dipamerkan dari semasa ke semasa. Tiga

aspek penting yang perlu dipertimbangkan semasa menyimpan atau

mempamerkan resos adalah:

kesenangan untuk mengaksesnya (accessibility),

kesenangan untuk mendapatnya (availability), dan

lokasi untuk menyimpannya.

Dari segi kesenangan untuk mengaksesnya, resos perlu disimpan

dengan kemas dan teratur. Satu amalan baik yang boleh dipertimbangkan

ialah semua resos harus dilabel dengan jelas dari segi jenis, bilangan,

kategori kegunaan dan lokasi simpanannya. Ini dapat membantu guru dan

murid mengenal pasti serta mencari resos dengan mudah apabila hendak

menggunakannya. Selain daripada itu, ia juga akan memudahkan proses

mengembalikan resos ke tempat penyimpanannya setelah digunakan.

Dari segi kesenangan untuk mendapatnya, stok resos harus sentiasa

mencukupi dan disimpan di tempat yang mudah didapati.

12

Page 4: MTE3106

MTE 3106 RESOS DALAM MATEMATIK

Dari segi lokasi penyimpanan, ruang-ruang yang sedia ada seperti rak

terbuka, almari, troli, laci dan kabinet harus digunakan secara optimum. Satu

amalan baik yang boleh membantu ialah mengklasifikasikan lokasi-lokasi

penyimpanan ini mengikut topik matematik dan juga jenis kegunaan resos.

Secara ringkas, bilik resos matematik yang baik mempunyai susun atur yang

sistematik dan praktikal untuk membolehkan aktiviti pengurusan resos

berjalan dengan lancar, selamat, mudah dan menjimatkan masa.

Penggunaan Resos

Dokumen-dokumen yang berkait rapat dengan penggunaan resos adalah:

panduan pengguna (user’s guide),

manual pengguna (user’s manual), dan

aktiviti contoh (sample activities).

Dokumen-dokumen ini penting untuk mengoptimumkan penggunaan

resos yang sedia ada. Tanpa dokumen-dokumen ini, banyak resos akan

terbiar di sudut terpencil dalam bilik resos kerana guru mungkin

kekurangan idea tentang penggunaan resos-resos berkenaan dalam

pengajaran dan pembelajaran matematik.

Rekod Resos

Dua jenis rekod resos yang utama adalah:

daftar stok (inventory), dan

daftar pergerakan (log book).

Tujuan daftar stok ialah menyimpan rekod tentang stok resos yang

sedia ada. Rekod rasmi untuk daftar stok ialah Daftar Stok Bekalan Pejabat

(Kew 314) seperti yang ditunjukkan dalam Lampiran 1. Selain daripada

rekod rasmi, anda juga boleh mereka bentuk inventori resos tersendiri untuk

tujuan penyimpanan stok resos matematik. Jadual 1 menunjukkan contoh

inventori resos yang direka khas untuk menyimpan stok resos matematik di

sekolah.

13

Page 5: MTE3106

MTE 3106 RESOS DALAM MATEMATIK

Jadual 1: Contoh Inventori Resos Matematik

Nama Kuantiti Klasifikasi Lokasi

Rod Cusseinaire 20 set Nombor Bulat Rak A1

Muka Jam (besar) 2 buah Masa & Waktu Rak B2

Jalur Pecahan 10 set Pecahan Rak C3

Tujuan daftar pergerakan ialah mencatat pergerakan resos semasa

dipinjam untuk kegunaan selain daripada lokasi penyimpanannya. Rekod ini

penting untuk mengesan kedudukan resos dan seterusnya meminimumkan

kehilangan resos yang tidak disengajakan. Rekod rasmi untuk daftar

pergerakan ialah Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori (KEW PA-6)

seperti yang ditunjukkan dalam Lampiran 2. Sama seperti daftar stok, anda

juga boleh mereka bentuk rekod pinjaman resos tersendiri untuk mengurus

pergerakan resos di sekolah anda. Jadual 2 merupakan contoh rekod

pinjaman resos yang yang direka khas untuk kegunaan sekolah.

Jadual 2: Contoh Rekod Pinjaman Resos Matematik

Nama Peminjam Resos & Kuantiti Tarikh Pinjam

Tarikh Pulangkan

Tandatangan

Ali Bin Baba Jalur Pecahan (5 set) 6/3/2012 7/3/2012 Ali Baba

Bong Xia Ling Diene’s Blocks (8 sets)

14/3/2012 19/3/2012 Bong XL

Chandren Jam randik (2 buah) 26/3/2012 28/3/2012 Chadren

Rekod inventori dan rekod pergerakan bahan resos perlu dikemaskini

dari semasa ke semasa untuk mengetahui kedudukan stok resos.

Penyemakan sebegini penting untuk memastikan bilangan resos sentiasa

mencukupi dan berada dalam keadaan fizikal yang baik.

Latihan 1

1. Sediakan satu inventori untuk resos matematik di sekolah anda.

2. Reka bentuk satu borang daftar pergerakan resos matematik yang sesuai digunakan di sekolah anda.

14

Page 6: MTE3106

MTE 3106 RESOS DALAM MATEMATIK

Pelupusan Resos

Pelupusan ialah proses mengeluarkan aset dari milikan, kawalan, simpanan dan

rekod mengikut kaedah yang ditetapkan. Hapus kira pula ialah proses untuk

membatalkan rekod aset yang hilang. Resos yang rosak, tidak sesuai

digunakan atau tidak diperlukan lagi perlu dilupuskan mengikut prosedur

yang ditetapkan untuk mengelakkan pembaziran ruang simpanan.

Secara umum, dari segi prosedur pelupusan dan hapus kira, anda perlu

memastikan syarat-syarat untuk pelupusan dan hapus kira telah dipatuhi

sebelum berbuat demikian. Perhatian khas perlu diberikan kepada barangan

elektrik/elektronik seperti komputer, pencetak, pengimbas, mesin fotostat,

televisyen dan alat pendingin hawa yang dikategorikan sebagai asset

Buangan Terjadual. Aset seperti ini tidak boleh dijual sisanya tetapi perlu

dilupuskan kepada premis pemerolehan kembali yang dilesenkan oleh

Jabatan Alam Sekitar sahaja mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam

Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

Memikir

Apakah perbezaan paling utama di antara pelupusan dan hapus kira?

Latihan 2

Apakah kesan-kesan negatif dari segi pengurusan resos sekiranya proses pelupusan resos tidak dilaksanakan?

5.2 Pemantauan dan Penyelenggaraan

Kedua-dua proses pemantauan dan penyelenggaraan memainkan peranan

yang kritikal untuk memastikan pengunaan resos yang cekap tanpa

pembaziran yang tidak perlu.

Pemantauan

Pemantuan berterusan penting untuk memastikan bahan resos (a) disimpan

dengan selamat; (b) mudah dikesan; (c) mudah dikeluarkan dan dibawa

15

Page 7: MTE3106

MTE 3106 RESOS DALAM MATEMATIK

mengikut kehendak pengguna; dan (d) mudah dikembalikan semula ke

tempat penyimpan.

Penyelenggaraan

Bahan resos perlu dijaga dan diselenggara supaya sentiasa dalam keadaan

baik dan boleh dipakai. Aspek-aspek yang perlu diselenggarakan termasuk

(a) kebersihan; (b) kekemasan; (c) pembaikan barang yang rosak; dan

(d) penggantian barangan yang tidak boleh dibaiki lagi. Selain daripada itu,

langkah-langkah pencegahan seperti penyediaan sistem kawalan

keselamatan resos dan pecegahan kebakaran juga perlu diberi perhatian

sewajarnya.

Memikir

Apakah perbezaan di antara pemantauan dan penyelenggaraan dari segi tujuannya?

Latihan 3

1. Apakah kesan-kesan negatif dari segi pengurusan resos sekiranya proses pemantauan resos tidak dilaksanakan?

2. Apakah kesan-kesan negatif dari segi pengurusan resos sekiranya proses penyelenggaraan resos tidak dilaksanakan?

5.3 Perancangan dan Bajet

Pengurusan resos yang dibuat secara tidak tentu arah boleh membazirkan

banyak sumber kewangan dan tenaga manusia. Justerus itu, perancangan teliti

penting untuk menjamin proses penyediaan resos berlaku dengan hala tuju yang

jelas. Selain daripada itu, perancangan juga boleh memastikan semua sumber

yang sedia ada diselaras dan ditumpukan ke arah mencapai pengurusan resos

yang efisien.

Dalam usaha menyediakan bilik resos matematik di sekolah, perancangan

yang teliti perlu disediakan dengan mengambil kira aspek-aspek berikut:

Lokasi dan pelan bilik

16

Page 8: MTE3106

MTE 3106 RESOS DALAM MATEMATIK

Jenis kelengkapan dan resos yang diperlukan

Bajet

Lokasi dan Pelan Bilik

Di kebanyakan sekolah, bilik resos matematik boleh disediakan dengan

mengubahsuai mana-mana bilik kosong yang sedia ada. Sekiranya terdapat

lebih daripada sebuah bilik yang sedia ada, pilihan boleh dibuat untuk

menggunakan bilik yang senang diakses oleh guru dan murid. Seboleh-

bolehnya bilik yang dipilih harus berada di tengah-tengah kawasan sekolah dan

tidak jauh daripada bilik guru atau kelas-kelas lain. Ini penting untuk menjadikan

bilik resos sebagai bilik yang dapat berfungsi dengan sepenuhnya. Lokasi bilik

resos matematik yang jauh dari bilik guru mungkin menyebabkan guru merasa

berat hati untuk mengambil atau mengembalikan resos yang perlu digunakan

untuk pengajaran dan pembelajaran matematik.

Reka bentuk dalaman bilik resos matematik perlu mengambil kira saiz

bilik. Oleh itu, semasa penyediaan pelan bilik resos, penggunaan ruang-ruang

yang sedia ada perlu dirancang scara spesifik. Sehubungan itu, penggunaan

asas bilik resos termasuk (a) ruang penyimpanan resos, (b) ruang pameran

resos, dan (c) ruang aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Jenis Kelengkapan dan Resos yang Diperlukan

Dari segi kelengkapan, perabut seperti meja, kerusi, rak dan kabinet adalah

kelengkapan asas yang harus ada dalam setiap bilik resos matematik. Selain

daripada itu, kelengkapan seperti alat pendingin hawa dan projektor LCD

adalah alat-alat yang akan tambahkan nilai bilik resos berkenaan.

Selain daripada alat-alat tulis, penyediaan resos pengajaran dan

pembelajaran matematik juga perlu dirancang dengan teliti. Contoh bahan

berkenaan adalah manipulatif seperti blok Dienes dan rod Cuisenaire.

Selalunya, sumber kewangan untuk penyediaan resos adalah terhad. Oleh yang

17

Page 9: MTE3106

MTE 3106 RESOS DALAM MATEMATIK

demikian, keutamaan pilihan resos perlu ditentukan dalam perancangan

perolehan resos matematik di sekolah.

Memikir

Dengan sumber kewangan yang terhad, apakah faktor-faktor yang perlu diutamakan dalam perancangan perolehan resos?

Bajet

Bajet merupakan salah satu komponen asas yang mesti ada dalam semua

perancagan yang melibatkan sumber kewangan. Bajet yang baik dapat

membawa faedah yang maksimum dari sumber kewangan yang terhad. Perkara

pokok yang harus ada dalam setiap bajet adalah: (a) senarai alat dan bahan

yang hendak diperoleh, (b) kos perolehan, dan (c) justifikasi pemilihan alat dan

bahan berkenaan.

Selain daripada perolehan alat dan bahan baru, kos penyelenggaraan

resos juga perlu diambil kira dalam penyediaan bajet. Ini penting untuk

memastikan semua proses penyelenggaraan resos dan kelengkapan dapat

dilaksanakan dengan peruntukan yang mencukupi.

Latihan 4

Sediakan satu kertas cadangan untuk mewujud dan melengkapkan sebuah bilik resos

matematik di sekolah anda.

TAMAT

Rujukan

Kementerian Kewangan Malaysia. (2007). Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 12 Tahun 2007 – Had Nilai dan Syarat-syarat Pembelian Terus bagi Bekalan dan Perkhidmatan.

Kementeria Kewangan Malaysia. (2009). Lampiran 1 Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2009 – Tatacara Pengurusan Perolehan Kerajaan Secara Sebut Harga.

18

Page 10: MTE3106

MTE 3106 RESOS DALAM MATEMATIK

Lampiran 1: KEW314 Daftar Stok Bekalan Pejabat

19

Page 11: MTE3106

MTE 3106 RESOS DALAM MATEMATIK

Lampiran 2 : KEW PA-6 Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori

20