mqa

4
TEMUDUGA PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT) ANJURAN JKR NEGERI SEMBILAN Pada tanggal 10 Julai 2014, buat julung-julung kalinya telah berlangsung satu sesi Temuduga Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) anjuran JKR Negeri Sembilan. Temuduga PPT ini telah diadakan di Bilik Temuduga SUK Negeri Sembilan, Wisma Negeri dari jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Seramai 11 orang calon yang terdiri daripada 8 orang staf Jabatan Kerja Raya, 1 orang staf Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya, 1 orang staf Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dan 1 orang staf Pejabat Daerah dan Tanah Seremban telah menghadiri temuduga tersebut. Senarai calon adalah seperti berikut: a) En. Jeffrizal Bin Baharudin b) Pn. Fauzaipah Binti Mukhtar c) Pn. Sharifah Binti Mohamed d) En. Muhammad Bin Ali e) En. Shahazman Bin Mohamed f) En. Azhar Bin Arifin g) En. Mohd Hashim Bin Mohd Tahir h) En. Masidi Bin Malek i) En. Baharin Bin Kasim j) En. Azlan Bin Abdul Rahman k) En. Izaini Bin Kasim Manakala 5 orang Panel Penilai dari Jabatan Pembangunan Kemahiran telah hadir bagi merealisasikan temuduga tersebut. Senarai panel berkenaan adalah seperti berikut: a) En. Mohd Mazlan Bin Mohamed b) En. Hashim Bin Taja Ariffin c) En. Sanusi Bin Shariff d) Pn. Khadijah Bt Isaak e) Pn. Norzanarita Eezan Bt Abdul Ghani

Upload: sis-lavender

Post on 08-Nov-2015

224 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

mqa

TRANSCRIPT

  • TEMUDUGA PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT)

    ANJURAN JKR NEGERI SEMBILAN

    Pada tanggal 10 Julai 2014, buat julung-julung kalinya telah berlangsung satu sesi

    Temuduga Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) anjuran JKR Negeri Sembilan. Temuduga

    PPT ini telah diadakan di Bilik Temuduga SUK Negeri Sembilan, Wisma Negeri dari jam 9.00 pagi

    hingga 12.30 tengah hari.

    Seramai 11 orang calon yang terdiri daripada 8 orang staf Jabatan Kerja Raya, 1 orang

    staf Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya, 1 orang staf Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

    Sembilan dan 1 orang staf Pejabat Daerah dan Tanah Seremban telah menghadiri temuduga

    tersebut. Senarai calon adalah seperti berikut:

    a) En. Jeffrizal Bin Baharudin

    b) Pn. Fauzaipah Binti Mukhtar

    c) Pn. Sharifah Binti Mohamed

    d) En. Muhammad Bin Ali

    e) En. Shahazman Bin Mohamed

    f) En. Azhar Bin Arifin

    g) En. Mohd Hashim Bin Mohd Tahir

    h) En. Masidi Bin Malek

    i) En. Baharin Bin Kasim

    j) En. Azlan Bin Abdul Rahman

    k) En. Izaini Bin Kasim

    Manakala 5 orang Panel Penilai dari Jabatan Pembangunan Kemahiran telah hadir bagi

    merealisasikan temuduga tersebut. Senarai panel berkenaan adalah seperti berikut:

    a) En. Mohd Mazlan Bin Mohamed

    b) En. Hashim Bin Taja Ariffin

    c) En. Sanusi Bin Shariff

    d) Pn. Khadijah Bt Isaak

    e) Pn. Norzanarita Eezan Bt Abdul Ghani

  • Adalah difahamkan bahawa mana-mana peserta yang berjaya mendapatkan

    pengiktirafan ini berpeluang untuk meningkatkan kerjaya masing-masing ke tahap yang lebih

    tinggi.

    Para peserta dan panel bergambar kenangan dengan Urus Setia Temuduga JKR Negeri

    Sembilan.

  • PENERANGAN MENGENAI PPT

    PELAKSANAAN PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT)

    SECARA SINGLE TIER / FAST TRACK (TEMUDUGA KHAS)

    1. Pensijilan Kemahiran Malaysia merupakan salah satu fungsi utama Jabatan

    Pembangunan Kemahiran (JPK). Pensijilan ini menawarkan lima (5) tahap pensijilan iaitu:

    a) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1

    b) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2

    c) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3

    d) Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4

    e) Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5

    2. Pensijilan Kemahiran Malaysia boleh didapati melalui tiga (3) kaedah iaitu:

    a) Melalui Latihan di Institusi Yang Diiktiraf

    Kaedah melalui program latihan kemahiran di pusat-pusat bertauliah JPK bagi

    bidang dan tahap kemahiran yang tertentu dan telah ditauliahkan.

    b) Melalui Latihan Berorientasikan Industri (SLDN)

    Kaedah latihan perantisan dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang

    dijalankan di industri dan institusi latihan kemahiran

    c) Melalui Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT)

    Kaedah mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia melalui pengalaman lalu (kerja

    atau latihan) tanpa perlu menduduki ujian.

    Calon dikehendaki mengemukakan bukti-bukti ketrampilan yang telah dimiliki

    untuk dinilai oleh Pegawai Penilai dan disahkan oleh Pegawai Pengesah Luaran

    yang dilantik JPK.

  • 2.(b) Maklumat Umum PPT

    Apa itu PPT?

    Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) ataupun dahulu dikenal

    sebagai Pentauliahan Pencapaian Terdahulu merupakan satu kaedah

    untuk memberi pengiktirafan kepada mana-mana individu yang boleh

    membuktikan ketrampilan yang digariskan dalam Standard Kemahiran

    Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) berdasarkan kepada pengalaman dan

    pencapaian terdahulu yang dimiliki.

    Kaedah ini mula diperkenalkan sebagai salah satu kaedah Persijilan

    Kemahiran Malaysia pada 13 September 1996 bertujuan memberi

    pengiktirafan kepada pekerja mahir negara di mana kaedah ini

    menekankan konsep pembelajaran sepanjang hayat agar proses ini dapat

    membantu individu untuk menilai dan membina pembelajaran yang

    mereka telah perolehi secara formal atau tidak formal.

    Siapa Yang Layak Diberi Pengiktirafan ?

    Semua pekerja industri dari sektor perkhidmatan dan pembuatan yang

    memenuhi syarat tempoh pengalaman bekerja dalam bidang yang

    berkaitan serta syarat-syarat lain yang ditetapkan.