movie

Upload: nadya-dieey

Post on 05-Jan-2016

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ss

TRANSCRIPT

1. Masalah / isu Dikisahkan, Erin Gruwell, seorang wanita idealis berpendidikan tinggi, datang ke Woodrow Wilson High School sebagai guru Bahasa Inggeris untuk kelas khusus murid murid yang hidup dalam komuniti gangster dan bersifat anti perkauman. Murid murid dalam kelas tersebut amat bersifat anti perkauman, mempunyai masalah disiplin dan juga sosial serta lemah dari segi motivasi dimana menganggap mereka sudah tiada masa masa depan dan tidak layak untuk menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Misi Cikgu Erin sangat mulia, ingin memberikan pendidikan yang layak bagi anak-anak bermasalah yang bahkan guru yang lebih berpengalaman pun enggan mengajar mereka.

2. Pendekatan pelajarAntara strategi yang digunakan oleh beliau adalah mengetahui terlebih dahulu latar belakang kesemua anak muridnya dan memilih dan menggunakan kaedah dan pendekatan yang betul seperti pendekatan pembelajaran berasaskan projek dimana ia memberikan buku jurnal harian kepada setiap pelajar. Mereka diminta untuk menulis apa sahaja tentang diri mereka supaya Cikgu Erin dapat mengetahui tentang kisah hidup pelajarnya dan seterusnya menambahbaik bahasa inggeris mereka. Pada penghujung tahun kelas mereka, Cikgu Erin telah mengumpulkan dan membukukan buku jurnal pelajarnya dengan memberi nama The Freedom Writers Diary dan buku ini telah banyak membuka mata guru guru yang lain dan juga pelajar pelajarnya dalam dunia pendidikan.Selain itu, antara aktiviti lain yang digunakan oleh Cikgu Erin dalam pengajaran beliau adalah : Bertukar tempat duduk untuk mengurangkan sifat anti perkauman di antara pelajar di dalam kelas Melakukan drama di dalam kelas untuk menarik minat pelajar tentang buku yang akan dibaca Melakukan aktiviti permainan Line Game Lawatan sambil belajar ke Museum of Tolerance Toast for Change Melihat Video Freedom Ride

3. Komen Sebagai seorang guru, kita mestilah mengetahui latar belakang setiap daripada pelajar sebelum memulakan aktiviti P&P supaya guru dapat memilih dan melakukan kaedah pengajaran yang tepat kepada para pelajar. Guru hendaklah tidak mudah putus asa dalam menarik minat pelajar dalam proses pembelajaran. Guru mestilah selalu kreatif dalam melakukan aktiviti P&P dan seterusnya mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Guru mestilah selalu bermotivasi dan memberikan motivasi kepada pelajar.