motor arus terus

Upload: akiey0577

Post on 14-Jan-2016

38 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sedfdrf

TRANSCRIPT

MOTOR ARUS TERUS

( MOTOR DC DIRECT CURRENT)

1. PENGENALAN

Motor adalah komponen yang sering digunakan pada elektrik. Ia selalu digunakan pada mesin industri, peralatan elektrik dan alat permainan. Motor berfungsi menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga kinetic. Motor arus terus kebiasaannya digunakan dalam peralatan elektrik mudah alih. Contoh peralatan yang menggunakan motor arus terus ialah alat permainan bermotor, motor penghidup kenderaan, kipas radiator kereta, dan skuter elektrik.

2. SPECIFIKASI MOTOR DC

Dilekatkan di luar badan motor. Ia berfungsi sebagai pemberi maklumat dari aspek Jenis(Type), Kuasa Bekalan(Power), Putaran (RPM), Watt, Kuasa Kuda(hp), dan Arus(I). Contohnya : o RPM: 17,400 oVOLT: 8,4 volt oWATT: 120

Contoh : Specifikasi Motor DC

3. JENIS MOTOR ELEKTRIK- Motor elektrik menghasilkan tenaga kinetic penggerak utama untuk menjalankan sesuatu kerja.Aci motor berputar apabila motor dibekalkan dengan sumber bekalan elektrik. Sumber bekalan elektrik terdiri daripada arus terus(DC) atau arus ulang-alik (AC). Oleh yang demikian, motor elektrik boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu motor arus terus (DC) dan motor arus ulang-alik(AC).

Motor Arus Terus (Motor DC)oArus Terus bergerak dalam satu arah sahaja.oDigunakan dalam alatan elektrik kuasa rendah.oSumber tenaga Motor DC ialah bateri.

Motor Arus Ulang Alik (Motor AC)oArus Ulang Alik bergerak dalam dua arah bertentangan secara berulang.oDigunakan dalam alatan elektrik kuasa tinggi.

4. BAHAGIAN UTAMA MOTOR DC

- Komponen utama motor arus terus sama dengan janakuasa arus terus (DC). Antara komponen utama dan fungsi ialah:

I. Rangka Utama (Yoke)

II. Angker (Armature)

II. Magnet Kekal (Stator Magnet)

III. Berus Karbon (Brush)

V. Penukar Tertib (Commutator)

5. FUNGSI RANGKA UTAMAIa menyediakan sokongan mekanikal untuk mesin dan bertindak sebagai penutup bagi mesin Membentuk sebahagian daripada litar magnet.

Contoh : Rangka Utama

6. FUNGSI ROTOR

Rotor ialah bahagian motor yang berputar dan merupakan bahagian yang menerima tenaga elektrik. Angker terdiri daripada beberapa bahagian iaitu teras angker, belitan angker dan lubang alur. Teras angker berfungsi sebagai elektromagnet dan berputar apabila arus elektrik mengalir melaluinya. Putaran ini disebabkan oleh prinsip kemagnetan iaitu kutub yang berlainan akan menarik dan kutub yang sama akan menolak.

Contoh : Rotor

7. FUNGSI MAGNET KEKAL Motor DC bersaiz kecil menggunakan magnet kekal sebagai kutub medan. Motor DC bersaiz besar menggunakan elektromagnet sebagai kutub medan. Belitan untuk menghasilkan kekuatan magnet pada kutub medan magnet pada kutub medan dinamakan belitan medan.

Contoh : Magnet Kekal

8. FUNGSI BERUS KARBON- Berus karbon berbentuk bongkah karbon kecil yang bertindak sebagai media penyambung litar elektrik yang berputar dengan bahagian yang pegun. Berus karbon digunakan untuk membawa arus masuk ke belitan angker atau keluar dari belitan angker.

Contoh : Berus Karbon

9. FUNGSI PENUKARTERTIB

Penukartertib ialah komponen yang berbentuk silinder yang terdapat di dalam pemutar. Komponen ini merupakan susunan ruas palang logam yang bertebat antara satu sama lain. Penukartertib berfungsi untuk menghubungkan pengaliran arus dari bekalan kepada belitan angker melalui berus karbon.

Contoh : Penukartertib

10.SIMBOL MOTOR DC

11.ARAH PUSINGAN MOTOR DC

12.PERATURAN TANGAN KIRI FLEMING

i. Ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu tangan kiri berserenjang antara satu sama lain.

ii.Jari telunjuk menunjuk ke arah medan magnet (utara ke selatan).

iii.Jari hantu menunjuk ke arah arus.

iv.Ibu jari akan menunjukkan ke arah daya yang bertindak.