moti vasi

14
Kata Aluan Laporan Tahunan Aktiviti Ko Kurikulum 2012 Pengenalan Aktiviti kokurikulum sekolah bagi tahun 2012 kokurikulum adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kepentingan program ini juga setara dengan kepentingan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya merupakan penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Kegiatan kokurikulum dapat didefinisikan sebagai kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah. Kegiatan ini termasuklah kegiatan sukan dan permainan, pertubuhan pakaian seragam dan kelab atau persatuan. Kegiatan kokurikulum ini bukan sahaja menyeronokkan malahan dapat mendatangkan pelbagai faedah kepada pelajar yang menyertainya. Peruntukan yang banyak telah disediakan daripada peruntukan Sekolah Berprestasi Tinggi mengikut ketetapan perancangan setiap unit Kelab Persatuan, Kelab Sukan & Permainan serta Unit Beruniform. Perayaan Sekolah a. Kejohanan Olahraga / Sukantara telah dijalankan pada 28 Mac 2012. b. Perayaan Hari Guru telah dijalankan pada 16 Mei 2012 yang disertai oleh seluruh warga SKSAT dan dimeriahkan dengan jamuan makan, acara sukaneka, permainan dan juga persembahan guru dan murid.

Upload: princess-yana

Post on 02-Oct-2015

225 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ccc

TRANSCRIPT

Kata Aluan Laporan Tahunan Aktiviti Ko Kurikulum 2012

Pengenalan Aktiviti kokurikulum sekolah bagi tahun 2012 kokurikulum adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kepentingan program ini juga setara dengan kepentingan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya merupakan penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Kegiatan kokurikulum dapat didefinisikan sebagai kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah. Kegiatan ini termasuklah kegiatan sukan dan permainan, pertubuhan pakaian seragam dan kelab atau persatuan. Kegiatan kokurikulum ini bukan sahaja menyeronokkan malahan dapat mendatangkan pelbagai faedah kepada pelajar yang menyertainya. Peruntukan yang banyak telah disediakan daripada peruntukan Sekolah Berprestasi Tinggi mengikut ketetapan perancangan setiap unit Kelab Persatuan, Kelab Sukan & Permainan serta Unit Beruniform.Perayaan Sekolaha. Kejohanan Olahraga / Sukantara telah dijalankan pada 28 Mac 2012.b. Perayaan Hari Guru telah dijalankan pada 16 Mei 2012 yang disertai oleh seluruh warga SKSAT dan dimeriahkan dengan jamuan makan, acara sukaneka, permainan dan juga persembahan guru dan murid.c. Pertandingan dalam yang melibatkan persatuan, kelab permainan dapat dijalankan mengikut perancangan di awal bulan April hingga Ogos.d. Sambutan Hari Anugerah Kecemerlangan telah dijalankan pada 5 Julai 2012 dengan dihadiri para waris dan bekas pelajar yang telah mendapat 5A dalam UPSR 2011.e. Sambutan bulan Kemerdekaan dapat dijalankan pada 30 Ogos 2012 yang dipenuhi dengan aktiviti mengebarkan jalur gemilang, pertandingan melukis, mewarna, pertandingan kelas tercantik, mendeklamasikan puisi serta ucapan khas.Lawatan Kokurikuluma. Aktiviti lawatan sekolah telah dilaksanakan pada 2 September 2012 dengan membawa pasukan Action Song ke Negara Jiran iaitu Thailand untuk memenuhi jemputan dari Sekolah Wichianchom, Songkhla Thailand.b. Pada 27 Oktober 2012 pula akan diadakan lawatan bagi pasukan Sketsa, murid Tahun 6 dan guru yang terlibat dalam aktiviti kokurikulum.c. Pada 29 Oktober 2012, seramai 40 orang murid yang telah membawa kejayaan di dalam bidang kokurikulum sekolah dibawa ke Pameran Sains dan Angkasa Lepas di USM, Pulau Pinang.d. Pada 13 14 Disember 2012, satu lawatan bagi murid Tahun 6 telah dijayakan ke Melaka dan Kuala Lumpur dengan menaiki bas menggunakan perkhidmatan KTM Berhad.Kokurikulum Mingguana. Perancangan dapat dilaksanakan mengikut takwim yang bermula pada 2 Februari 2012 hingga berakhir pada 18 Oktober 2012.b. Peruntukan aktiviti sepanjang tahun dipohon oleh guru pemimpin mendapat kelulusan pihak pentadbir bagi melancarkan program yang dirancang.c. Penyertaan sekolah dalam bidang ko akademik dan unit beruniform mencapai penyertaan ke peringkat kebangsaan. Ini merupakan pencapaian yang membanggakan. Tarikh-tarikh pertandingan telah dilaksanakan mengikut takwim daripada Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri.Kejayaan Kokurikulum di Anugerah Kokurilum Peringkat Kebangsaan.a. Pengurusan Kokurikulum Sekolah telah mendapat tempat Naib Johan di Peringkat Kebangsaan bagi Kategori Sekolah Bandar pada 8 November 2012.b. Persatuan Bulan Sabit Merah sekolah telah mendapat tempat keempat bagi Pertandingan Kokurikulum Peringkat Kebangsaan bagi Kategori Unit Beruniform pada 8 November 2012.PenutupKesimpulannya, program kokurikulum di sekolah bukanlah sesuatu yang baru dalam aktiviti pendidikan pelajar. Pihak sekolah hendaklah memainkan peranan supaya pelajar bergiat cergas dalam kegiatan kokurikulum. Hal ini demikian kerana kegiatan kokurikulum ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk menjadi lebih giat dan cergas. Pepatah Melayu mengatakan bahawa hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Oleh itu, semua pelajar digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum supaya pelajar yang berdaya saing, berketerampilan, kreatif dan inovatif dapat dihasilkan.BERKHIDMAT UNTUK NEGARAPENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANGCategory: Ko Kurikulum Pautan Lain

PenafianPenafian: Kerajaan Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, Pusat Pendidikan Daerah Kubang Pasu dan Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin.Paparan terbaik 1280 x 800 dengan Internet Explorer 9 atau Mozilla Firefox 9+ atau Google Chrome..:Dibangunkan:.Biro Penerangan dan Teknologi Informasi dan Telekomunikasi Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad TajuddinBack to Top

The mind is everything. What you think you become.

Just know, when you truly want success, youll never give up on it. No matter how bad the situation may get.SURAH AL-FATIHAHAmalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. InsyaAllah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

SURAH YAASINTelah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Quran ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Quran. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Quran seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan At-Muammah (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan.

Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

SURAH AD-DHUHANDibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

SURAH AL-WAQIAHMenurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqiah pada tiap-tiap malam, insyaAllah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insyaAllah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insyaAllah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum.

Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqiah Ayat 35-38 ialah : Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

SURAH AL-KHAUTHARSesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insyaAllah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

SURAH AL-KHAAFIRUUNSesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Quran, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

SURAH AL-MULKSebuah lagi Surah dari Al-Quran iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insyaAllah, akan terselamat dari azab kubur..

SURAH AL-IKHLASRasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Quran. Siti Aisyah lalu berkata, Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Quran sebanyak 30 juzuk itu.

Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Quran keseluruhannya. Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali.

Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.

SURAH AL-FALAQSiti Aisyah menerangkan : Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

SURAH AN-NASSurah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Quran. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati- See more at: http://luvislam92.blogspot.com/2013/01/10-surah-yang-mujarab-dari-nabi.html#sthash.cfzHA6Yx.dpuf

alau kita berjaya memotivasi diri sendiri, itu hebat. Tetapi andainya kita boleh menjadikan orang lain seperti kita, itu baru hebat sangat.

Tak mampu buat semua jangan tinggal semua.

Jangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita kena juga telan yang pahit sebab kadang-kadang yang pahit itu ubat sedang yang sedap itu racun.

Tengok awan usah terlupa pada bumi yang dipijak.

Air mata untuk kekasih, untuk sedih dan untuk rasa pedih, tentu lebih berharga air mata tatkala gembira, berjaya dan ternama.

Bila kapal besar lalu, perahu kecil tentu terbuai ombak.

Berubah itu mungkin mudah, tapi kekal dengan perubahan yang dibuat itu mungkin payah.

Lebih baik memandai-mandai daripada langsung tak pandai.

Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan.

Kaya di mata orang belum tentu kaya di mata sendiri.

Kaya itu bukan sahaja kerana wang, boleh jadi kaya hutang, kaya anak, kaya musuh atau kaya perasaan.

Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kaya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.

Tidak perlu merayu pada orang yang sudah tiada simpati. Hati kita milik kita. Bawalah hati itu dan pergilah dari situ.

Ada waktunya, sepi menjadi lebih indah kerana di saat itu kita ada ruang untuk mengingati, merindui.

Usah sangka kereta jenama paling mahal tidak memberikan masalah. Ada kalanya meragam juga. Usah sangka orang yang serba kekurangan itu tidak membahagiakan, ada kalanya dia lebih mengerti.

Usah sangka apa yang belum kita miliki janji pada kebahagiaan kita. Ada kalanya setelah kita miliki itulah punca masalah kita. Jangan sangka semua yang cerah kekal cerah sampai bila-bila, ada kalanya menjadi hitam dan menyusahkan.

Selalu kita menyangka yang di tangan orang indah dan menawan; apa yang di tangan sendiri sentiasa kedam. Selalu kita meletakkan impian yang muluk-muluk pada kepunyaan orang sedangkan orang turut terliur dengan apa yang kita miliki.

Jangan mudah membuang, tambah-tambah lagi jika ia bukan barang tapi orang.

Boleh diharap merupakan asas pertama peribadi yang baik.

Sifat peribadi anda dapat ditentukan menerusi rakan-rakan anda

Reputasi anda ialah apa yang orang lain fikirkan tentang diri anda; sikap peribadi anda ialah tingkah laku anda.

Sifat peribadi yang kukuh adalah aset kita yang paling hebat kerana ia kuasa yang membolehkan kita berhadapan dengan kecemasan.

Apa yang anda fikirkan mengenai diri anda, akan mempengaruhi diri anda sendiri.

Jangan serahkan sesuatu yang penting seperti sifat peribadi anda kepada nasib.

Antara nasib dan takdir adalah suatu yang lebih kurang sama. Mereka akan berubah hanya dengan doa kita dan dengan keizinanNya.

Kemahiran dan ilmu semakin diguna semakin banyak.

Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza. Semalam kanak-kanak. Hari ini remaja. Dan esok, hari tua. Semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna...

Seekor singa yang ganas lebih mudah ditentang daripada seorang pemerintah yang kejam, dan pemerintah yang kejam lebih mudah dihadapi daripada angkara fitnah yang berkekalan.

Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas.

Jaga-jagalah bergurau, kerana ia membawa kepada keburukan dan menimbulkan rasa dendam.

Jika anda menyayangi seseorang itu kerana Allah, maka janganlah bertengkar dan berbalah dengannya, janganlah menanyakan sesiapa tentangnya, kerana orang yang ditanya itu mungkin memberitahu anda perkara yang mengelirukan yang boleh menghalang perhubungan anda dengan orang itu.

Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat tidak pernah selesai.

Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang.

Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikut anda ke mana pun anda pergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga.

Jadilah orang cerdik supaya senang hidup tapi kalau dah terlalu senang selalu jadi tak cerdik.

Tupai kalau tak pernah jatuh ke tanah kira memang pandai, tapi bila jatuh itu tentu terlebih pandai.

Jika anda mengaku orang jadilah orang, jangan jadi orang-orang.

Usah mimpi menakluk bintang kalau bulan pun tak kelihatan.

Orang yang banyak duit selalunya tak bawa duit dalam poket tapi kadang-kadang orang yang tak bawa duit dalam poket sebab memang tak berduit.

Jika anda diperdaya orang, itu tandanya anda baik, sebab orang jahat tak akan pilih orang jahat untuk diperdayakan.

Belumlah seseorang itu layak digelar pendekar selagi dia belum berjuang.

Jangan takut terlambat. Yang paling bahaya adalah berhenti dan langsung tak bertindak.

Apa nak takut dengan madu, masuk ke perut jadi ubat; tapi takutilah lebah, kalau menyerang boleh padam.

Kaya bukan tiket hidup bahagia tapi kalau tak kaya kembarnya derita.

Paling indah hidup apabila kita mendapat semua yang kita inginkan, tapi paling tak indah bila dah dapat itulah punca masalah hidup kita.

Nak pandai belajarlah, tapi kalau nak memandai-mandai tak payah tunggu pandai.

Sembahyang itu ketenangan. Ketenangan benihnya kepintaran, kepintaran itu jawapnya kecemerlangan.

Manusia takut pada hantu tapi tak takut berperangai macam hantu.

Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.

Pesawat yang betul bukan saja memastikan kita selamat ke destinasi yang betul, tapi penghujung yang betul.

Baca buku menyuluh ilmu. Ilmu dibaca banyak manfaat, kenapa susah sangat nak baca buku. Kan buku tu penuh khasiat.

Bawa pulang seorang sahabat yang tidak jemu-jemu menasihat.

Setiap jalan keluar dari alam perkahwinan jawapannya derita, sengsara dan air mata.

Nak mencium wangi jangan berdiri atas duri.

Tanamlah benih yang baik supaya kamu memetik hasil yang baik.

Nak buat sesuatu jangan terjah dulu tapi belajarlah dulu.

Fikir itu kepalanya berkat.

Cinta untuk dinikmati bukan ditangisi.

Tak semua yang indah tu membahagiakan, kadang-kadang ia hanya indah di anak mata, bila di tangan sendiri ia berubah warna.

Usah direnung ke langit hingga terlupakan bumi, sedangkan langit tak mungkin dicapai, bumi setia di bawah telapak kaki.

Tak ada orang untung sepanjang masa; ada ketikanya rugi jugak; tak ada orang rugi sepanjang masa, ada ketikanya untung jugak.