mooney checklist

7
SENARAI SEMAK MASALAH MOONEY (MOONEY PROBLEM CHECKLIST) Pengenalan Alat ukuran yang dipilih adalah Senarai Semak Masalah Mooney (Ross L. Mooney & Leonad V. Gordon, 1950) College Form yang dibina bagi mengenalpasti masalah-masalah yang sering dihadapi oleh para pelajar sekolah, pelajar kolej dan juga sesuai untuk golongan Dewasa. Senarai Semak Masalah Mooney ini bukan suatu ujian. Ianya hanya suatu senarai masalah-masalah yang sering dialami oleh para pelajar dan remaja. Masalah-masalah yang disenaraikan ialah masalah fizikal dan kesihatan, kewangan, sosial dan hiburan, pergaulan dan seks, social psikologikal, psikologikal, moral dan agama, keluarga, akademik dan kerjaya, penyesuaian serta kurikulum dan pengajaran. Alat ukuran ini juga amat sesuai digunakan sebagai pra sesi kaunseling individu dan juga dalam pembentukan kelompok. Ianya bertujuan untuk mengenalpasti masalah utama yang dihadapi oleh para pelajar bagi menyedarkan mereka akan kepentingan berbincang mengenai masalah yang dihadapi bersama dengan kaunselor. Para guru dan kaunselor juga boleh menggunakan senarai semak ini bagi memahami masalah-masalah para pelajar mereka dalam usaha untuk membantu klien.

Upload: wan-nur-iffat-farain

Post on 13-Dec-2014

363 views

Category:

Documents


21 download

DESCRIPTION

EDU 3107 ^_^

TRANSCRIPT

Page 1: MOONEY Checklist

SENARAI SEMAK MASALAH MOONEY (MOONEY PROBLEM CHECKLIST)

Pengenalan

Alat ukuran yang dipilih adalah Senarai Semak Masalah Mooney (Ross L.

Mooney & Leonad V. Gordon, 1950) College Form yang dibina bagi mengenalpasti

masalah-masalah yang sering dihadapi oleh para pelajar sekolah, pelajar kolej dan juga

sesuai untuk golongan Dewasa.

Senarai Semak Masalah Mooney ini bukan suatu ujian. Ianya hanya suatu

senarai masalah-masalah yang sering dialami oleh para pelajar dan remaja. Masalah-

masalah yang disenaraikan ialah masalah fizikal dan kesihatan, kewangan, sosial dan

hiburan, pergaulan dan seks, social psikologikal, psikologikal, moral dan agama,

keluarga, akademik dan kerjaya, penyesuaian serta kurikulum dan pengajaran.

Alat ukuran ini juga amat sesuai digunakan sebagai pra sesi kaunseling individu

dan juga dalam pembentukan kelompok. Ianya bertujuan untuk mengenalpasti masalah

utama yang dihadapi oleh para pelajar bagi menyedarkan mereka akan kepentingan

berbincang mengenai masalah yang dihadapi bersama dengan kaunselor. Para guru

dan kaunselor juga boleh menggunakan senarai semak ini bagi memahami masalah-

masalah para pelajar mereka dalam usaha untuk membantu klien.

Senarai Semak Masalah Mooney ini bukanlah diketagorikan sebagai suatu ujian.

Ianya hanya suatu senarai masalah-masalah yang sering dialami oleh para pelajar dan

remaja. Masalah-masalah yang disenaraikan ialah seperti masalah fizikal dan

kesihatan, kewangan, sosial dan hiburan, pergaulan dan seks, sosial psikologikal, moral

dan agama, keluarga, akademik dan kerjaya, penyesuaian serta kurikulum dan

pengajaran.

Page 2: MOONEY Checklist

Terdapat beberapa alat ujian dan inventori yang boleh digunakan untuk

mendiagnosis dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh klien. Alat ujian dan

inventori yang biasanya digunakan adalah Mooney Problem Checklist (MPCL). Alat

ukuran MPCL sangat popular di Malaysia kerana ia sangat mudah ditadbir dan tidak

memerlukan pengetahuan yang mendalam. Disamping itu, MPCL selalunya dgunakan

untuk mengenal pasti masalah klien sebelum menjalankan sesuatu sesi kaunseling.

Senarai Semak Masalah Mooney ini adalah dibentuk untuk mengenal pasti masalah-

masalah yang menggangu kaum remaja atau pelajar di peringkat pelajar junior (J),

pelajar sekolah tinggi (H), dan pelajar kolej (C).

Peringkat Pengukuran MPCL

1.    Pelajar Junior (J)

2.    Pelajar Sekolah Tinggi (H)

3.    Pelajar Kolej (C).

Dalam penggunaan borang soal selidik MPCL[3], terdapat beberapa perbezaan

yang ketara dapat digunakan oleh penyelidik atau kaunselor dalam mengenal pasti

masalah klien. Antaranya ialah, borang MPCL pada peringkat junior (J) hanya terdapat

220 item atau soalan yang digunakan manakala borang MPCL peringkat pelajar

sekolah tinggi (H) dan pelajar kolej (C) mengandungi 330 soalan. Perbezaan item

dalam penggunaan borang MPCL adalah kerana mungkin  disebabkan oleh faktor umur

klien. Contohnya, kandungan soalan atau masalah klien dalam penggunaan borang

MPCL peringkat junior adalah lebih sedikit berbanding dengan borang peringkat

sekolah tinggi dan kolej disebabkan oleh kemungkinan klien pada peringkat junior tidak

dapat menghabiskan soalan sekiranya mereka menjawab soalan yang terlalu banyak.

Apabila hal ini berlaku, maka kebolehpercayaan terhadap klien mungkin kurang jika

Page 3: MOONEY Checklist

dibandingkan dengan pengisian soalan pada peringkat yang sepatutnya (borang MPCL

peringkat junior).

Latar Belakang Alat Ujian

Senarai semak masalah ini bermula apabila hasrat utama penerbit adalah untuk

mempunyai satu kaedah yang sistematik dalam meneroka permasalahan yang dihadapi

oleh para remaja. Pada tahun 1941 dan 1942[4], edisi pertama yang merangkumi tiga

borang untuk bidang pendidikan telah diterbitkan buat pertama kalinya. Penggunaan

prosedurnya adalah mudah di mana para pelajar hanya perlu membaca sepintas lalu

item-item dan menggariskan item yang berkaitan dengan masalah yang dinyatakan dan

membulatkan item-item yang ditanda pada awalnya berdasarkan keutamaan masalah

yang sering dihadapi. Mereka juga dikehendaki menulis satu rumusan pada akhir item

tersebut bagi membolehkan mereka memahami tentang isi kandungan item dan

permasalahan yang mereka hadapi.

Selain itu, dua lagi borang iaitu untuk para pelajar di kolej nursing dan "rural

Youth" yang telah diterbitkan pada tahun 1945 dan 1946[5].

Tujuan Senarai Semak Masalah Mooney

1.    Membantu kaunselor menjalankan sesi kaunseling dengan klien setelah melihat

senarai masalah itu dan memberi perhatian yang wajarterhadap masalah-masalah yang

hendak dibincang.

2.    Untuk memudahkan wawancara kaunseling dengan memberikan pelajar peluang

untuk meninjau dan meringkaskan masalah mereka sendiri.

Page 4: MOONEY Checklist

3.    Untuk kajian pada rancangan tindakan individu, sehingga termasuk masalah yang

paling biasa dinyatakan oleh pelajar sebagai asas untuk pembangunan baru dan

semakan, kurikulum, dan program bimbingan sekolah.

4.    Sebagai dasar untuk kelas induk, bimbingan kumpulan, dan program orientasi yang

akan membincangkan topik dan aktiviti kumpulan yang berkaitan dengan kepentingan

peribadi dan keperluan peserta.

5.    Untuk meningkatkan pemahaman guru dalam mengajar kelas biasa dan menyarankan

pendekatan di mana mereka dapat membina hubungan yang lebih mendalam terhadap

murid-muridnya.

6.    Untuk melakukan kajian atas masalah pelajar, membincangkan masalah yang

berkaitan dengan umur, latar belakang sosial, dan kemampuan sekolah; menafsirkan

pola, dan sebagainya.

7.    Memahami masalah klien dan mengenal pasti klien yang memerlukan kaunseling dan

tujuan perkembangan kurikulum program kerjaya.

8.    Digunakan sebagai asas program kerjaya kelompok dan program orientasi.

9.    Untuk merangsang klien memahami dan menganalisis dengan cepat keperluan-

keperluannya.

10. Untuk meningkatkan pemahaman guru kelas mengenai masalah pelajar di dalam

darjahnya.

11. Menjalankan penyelidikan masalah-masalah pelajar di sekolah.

Page 5: MOONEY Checklist

12. Untuk mengenal pasti perubahan dan perbezaan masalah dari segi umur, jantina, latar

belakang sosial, pola-pola minat dan lain-lain.

13. Untuk mengukur perubahan-perubanan yang terhasil daripada program pengurangan

masalah pelajar yang dilaksanakan.

14. Sebagai alat persediaan kumpulan yang menjurus kepada pembentukan rancangan

tindakan

15. Sebagai asas untuk pembentukan kelompok bimbingan, program orientasi.

16. Sebagai alat penyelidikan permasalahan remaja.

Kaedah Penganalisisan Data Senarai Semak

Kaedah penganalisisan Senarai Semak Masalah Mooney adalah sangat mudah

iaitu diketagorikan kepada 11 ketagori. (Sila lihat contoh Senarai Semak Masalah

Mooney di bahagian lampiran).

Di dalam senarai semak ini, Mooney (1950) membahagikan masalah-masalah

yang menggangu klien kepada 11 ketagori, setiap ketagori mengandungi 20 item,

seperti yang ditunjukkan dalam jadual 1.1[9].

Page 6: MOONEY Checklist

Kekerapan

Ketagori Ketagori masalah Susunan item Meng-

ganggu

Amat

meng-

ganggu

1 Kesihatan dan pertumbuhan fisiologi 1-10 111-120

2 Kewangan,keadaan kehidupan dan

pekerjaan

11-20 121-130

3 Kegiatan sosial, hobi dan hiburan 21-30 131-140

4 Pergaulan muda-mudi, perkhawinan dan

seks

31-40 141-150

5 Hubungan sosial 41-50 151-160

6 Perhubungan peribadi dan psikologi

(emosi)

51-60 161-170

7 Rohani, moral dan agama 61-70 171-180

8 Rumah tangga dan keluarga 71-80 181-190

9 Pelajaran dan kerjaya masa depan 81-90 191-200

10 Penyesuaian dalam kerja 91-100 201-210

11 Kurikulum dan pembelajaran 101-110 211-220

Jadual 1.1: kaedah penganalisisan data Senarai Semak Masalah Mooney