borang pengesahan status tesis - fp.utm.my filemica (multiple intelligences checklist for adult)...

27

Upload: others

Post on 02-Sep-2019

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PSZ 19:16 (pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL : KAJIAN TERHADAP PEMBELAJARAN PERISIAN GRAFIK BERKOMPUTER DI KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI DAN KAITANNYA DENGAN KECERDASAN PELBAGAI

SESI PENGAJIAN : 2007/2008

Saya SOH BEE GEK

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran

antara institusi tinggi. 4. ** Sila tandakan (√ ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

_______________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : Tarikh : 25 APRIL 2008 Tarikh : 25 APRIL 2008

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

PROF. MADYA DR. ZAIDATUN BT TASIR Nama Penyelia

PSD 63, LRG. HJ. ALIAS, JLN. PT. STONGKAT DARAT, 84000 MUAR, JOHOR.

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)”

Tandatangan : ……………………...

Nama Penyelia : Prof. Madya Dr. Zaidatun Bt Tasir

Tarikh : 25 April 2008

ii

KAJIAN TERHADAP PEMBELAJARAN PERISIAN GRAFIK

BERKOMPUTER DI KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI DAN

KAITANNYA DENGAN KECERDASAN PELBAGAI

SOH BEE GEK

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan

( Matematik )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2008

iii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : …………………

Nama Penulis : Soh Bee Gek

Tarikh : 25 April 2008

iv

Untuk ibu dan adik-beradik tersayang,

yang sentiasa sabar dan memahami…

vi

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan

ribuan terima kasih kepada Dr Zaidatun Binti Tasir, selaku penyelia tesis saya yang

telah banyak memberikan bimbingan, nasihat dan dorongan sepanjang tempoh

penyelidikan tesis ini.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua

pensyarah dan kaki tangan Jabatan Pendidikan UTM serta rakan-rakan seperjuangan

saya, Lim Bee Yeok, See Ching Ing dan Tee Kim Cheng yang telah memberikan

kerjasama, sokongan dan galakan sepanjang pengajian saya di Universiti Teknologi

Malaysia. Tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih saya kepada para guru

Pragram Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) dari Sarjana Muda Sains Dan Komputer

Serta Pendidikan (Matematik) SPT, Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta

Pendidikan (Sains) SPN dan Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup) SPH yang terlibat dalam kajian ini.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu dan adik-

beradik saya atas kasih sayang, sokongan moral serta dorongan yang mereka

curahkan selama ini.

viii

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pola kecerdasan pelbagai,

perbezaan antara jenis kecenderungan kecerdasan pelbagai di kalangan pelajar

berbeza kursus pengajian, tahap kemahiran pembelajaran perisian Grafik

Berkomputer, hubungan antara tahap kemahiran pembelajaran perisian Grafik

Berkomputer dengan kecerdasan pelbagai dan jenis kecerdasan pelbagai bagi pelajar

yang menguasai lebih kemahiran pembelajaran perisian Grafik Berkomputer di

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Sampel kajian ini terdiri

daripada 130 orang pelajar yang mengambil kursus Sarjana Muda Sains dan

Komputer serta Pendidikan (Matematik/ Sains/ Kemahiran Hidup) di bawah Program

Khas Pensiswazahan Guru (PKPG). Pengumpulan data adalah melalui satu set soal

selidik yang mengandungi dua bahagian iaitu set senarai semak Kecerdasan Pelbagai

MICA (Multiple Intelligences Checklist for Adult) McGrath dan Noble (1995) dan

soal selidik tahap kemahiran pembelajaran perisian Grafik Berkomputer Adobe

Photoshop yang menggunakan Likert 4 mata. Data yang diperolehi telah dianalisis

dengan menggunakan perisian SPSS versi 11.5. Hasil dapatan kajian ini

menunjukkan bahawa majoriti pelajar memiliki kecerdasan existential. Tidak wujud

perbezaan yang signifikan antara jenis kecenderungan kecerdasan pelbagai di

kalangan pelajar yang berbeza kursus pengajian pada α = 0.05. Min tahap kemahiran

pembelajaran perisian Grafik Berkomputer di kalangan pelajar ialah 2.74 iaitu

sederhana tinggi. Wujud hubungan yang signifikan tetapi sederhana dan lemah

antara tahap kemahiran pembelajaran perisian Grafik Berkomputer dengan kelapan-

lapan kecerdasan pelbagai kecuali kecerdasan muzik. Pelajar yang memiliki

kecerdasan existential adalah lebih mahir dalam pembelajaran perisian Grafik

Berkomputer dengan min 2.92 berbanding dengan kecerdasan lain. Secara

keseluruhan, dapatan kajian ini menunjukkan Kecerdasan Pelbagai memainkan

peranan yang penting dalam pembelajaran di kalangan pelajar pendidikan tinggi.

viiiii

ABSTRACT The aim of this research is to examine the Multiple Intelligences, the

difference of Multiple Intelligence based on course, Computer Graphic competency

level, relationship between Computer Graphic competency level and Multiple

Intelligence among student, and the type of students’ intelligence that has the most

Computer Graphic competency in Faculty of Education, Universiti Teknologi

Malaysia. A group of 130 students from Bachelor of Computer Science and

Education (Mathematics/ Sciences/ Living Skills) under the course of “Program

Khas Pensiswazahan Guru (PKPG)” was involved in this research. Data collection

was done through a set of questionnaire consists of two section; MICA (Multiple

Intelligences Checklist for Adult) McGrath and Noble (1995) and Computer Graphic

Adobe Photoshop competency questionnaire; which use 4 points of Likert scale. The

collected data was analysed using SPSS software version 11.5. The finding of this

study indicated that majority of student possessed existential intelligence. There was

no significant difference between Multiple Intelligence based on course at α = 0.05.

The study also indicated that the mean of Computer Graphic competency level

among students was 2.74, which was moderately high. There was significant

relationship; moderately strong and weak relationship; between Computer Graphic

competency level and eight types of intelligences except music intelligence.

Students who possessed existential intelligence were more competent in Computer

Graphic with mean 2.92 compared to other intelligences. As a whole, Multiple

Intelligence play an important role among higher education students.

iv

BAB

Penghargaan

Abstrak

Abstract

Kandungan

Senarai Jadual

Senarai Simbol

Senarai Lampiran

BAB I

KANDUNGAN

PERKARA

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif Kajian

1.5 Persoalan Kajian

1.6 Rasional Kajian

1.7 Kepentingan Kajian

1.8 Skop Kajian

1.9 Definisi / Istilah

MUKA SURAT

i

ii

iii

iv

ix

xi

xii

1

5

8

9

9

10

11

12

12

v

BAB II

BAB III

1.10 Penutup

SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan

2.2 Pembelajaran Menerusi Komputer

2.3 Pembelajaran Grafik Berkomputer

2.4 Kajian Terhadap Pembelajaran Grafik

Berkomputer

2.5 Kecerdasan Pelbagai

2.6 Kajian Terhadap Pola Kecerdasan

Pelbagai Pelajar

2.7 Hubungan Antara Pembelajaran

Perisian Grafik Berkomputer dengan

Kecerdasan Pelbagai

2.8 Penutup

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

3.2 Reka Bentuk Kajian

3.3 Prosedur Kajian

3.4 Populasi dan Sampel

3.5 Instrumen Kajian

3.6 Kajian Rintis

3.7 Dapatan Kajian Rintis

14

15

15

16

18

20

23

25

27

28

28

29

29

30

32

33

vi

BAB IV

3.8 Analisis Data

3.8.1 Analisis Pola Kecerdasan

Pelbagai Pelajar

3.8.2 Analisis Data bagi Mendapat

Perbezaan Kecerdasan Pelbagai

Mengikut Kursus Pengajian

3.8.3 Analisis Data bagi Soalan Tahap

Kemahiran Pembelajaran

Perisian Grafik Berkomputer

3.8.4 Analisis Hubungan Antara

Tahap Kemahiran Pembelajaran

Perisian Grafik Berkomputer

Dengan Kecerdasan Pelbagai

3.8.5 Analisis Kecerdasan Pelbagai

Yang Mana Menguasai Lebih

Kemahiran Pembelajaran

Perisian Grafik Berkomputer

3.9 Penutup

ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

4.1 Pengenalan

4.2 Latar Belakang Responden

4.3 Analisis Pola Kecerdasan Pelbagai Di

Kalangan Pelajar

4.4 Analisis Jenis Kecenderungan

Kecerdasan Pelbagai Di Kalangan

Pelajar Yang Berbeza Kursus

34

34

36

36

37

38

39

40

40

41

42

vii

BAB V

4.5 Tahap Kemahiran Pembelajaran

Perisian Grafik Berkomputer Di

Kalangan Pelajar

4.6 Hubungan Antara Tahap Kemahiran

Pembelajaran Perisian Grafik

Berkomputer Dengan Kecerdasan

Pelbagai Di Kalangan Pelajar

4.7 Kecerdasan Yang Menguasai Lebih

Kemahiran Pembelajaran Perisian

Grafik Berkomputer Di Kalangan

Pelajar

4.8 Penutup

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan

5.2 Perbincangan

5.2.1 Latar Belakang Responden

5.2.2 Pola Kecerdasan Pelbagai Di

Kalangan Pelajar

5.2.3 Jenis Kecenderungan

Kecerdasan Pelbagai Di

Kalangan Pelajar Yang Berbeza

Kursus

5.2.4 Tahap Kemahiran Pembelajaran

Perisian Grafik Berkomputer Di

Kalangan Pelajar

43

45

46

48

50

50

50

51

53

53

viii

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

5.2.5 Hubungan Antara Tahap

Kemahiran Pembelajaran

Perisian Grafik Berkomputer

Dan Kecerdasan Pelbagai Di

Kalangan Pelajar

5.2.6 Kecerdasan Yang Manguasai

Lebih Kemahiran Pembelajaran

Perisian Grafik Berkomputer Di

Kalangan Pelajar

5.3 Rumusan

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan

5.5 Penutup

55

56

57

60

61

62

67-78

ix

NO. JADUAL

Jadual 3.1:

Jadual 3.2:

Jadual 3.3:

Jadual 3.4:

Jadual 3.5:

Jadual 3.6:

Jadual 3.7:

Jadual 3.8:

Jadual 3.9:

Jadual 3.10:

Jadual 3.11:

Jadual 3.12:

Jadual 4.1:

Jadual 4.2:

SENARAI JADUAL

TAJUK

Prosedur Kajian

Pecahan Populasi Dan Sampel Mengikuti

Kursus Pengajian

Skala Likert Empat Peringkat

Skala Likert Empat Peringkat

Konstruk Item-item Soalan Selidik

Sumber Rujukan Instrumen Dalam Soal Selidik

Bahagian B dan C

Analisis Data Yang Digunakan Dalam Kajian

Analisis Perolehan Peratus Skor Kecerdasan

Pelbagai Setiap Pelajar

Peratusan Kecerdasan Semua Pelajar Yang

Diperolehi

Kekuatan Tahap Kemahiran Pembelajaran

Perisian Grafik Berkomputer

Kekuatan Korelasi

Min Kemahiran Pembelajaran Perisian Grafik

Berkomputer Dan Kekerapan Mengikut

Kategori Kecerdasan

Bilangan dan Peratusan Sampel Mengikut

Kursus Pengajian

Peratus Bilangan Pelajar Mengikut Kecerdasan

MUKA SURAT

29

30

31

31

31

32

34

35

35

37

38

39

41

41

x

Jadual 4.3:

Jadual 4.4:

Jadual 4.5:

Jadual 4.6:

Jadual 4.7:

Jenis Kecenderungan Kecerdasan Pelbagai Di

Kalangan Pelajar Yang Berbeza Kursus

Ringkasan Statistik Deskriptif Tahap

Kemahiran Pembelajaran Perisian Grafik

Berkomputer Di Kalangan Pelajar

Hubungan Antara Tahap Kemahiran

Pembelajaran Perisian Grafik Berkomputer

Dengan Kecerdasan Pelbagai Di Kalangan

Pelajar

Taburan Responden Kecerdasan Pelbagai

Pelajar.

Min Kemahiran Pembelajaran Perisian Grafik

Berkomputer Dan Kekerapan Mengikut

Kategori Kecerdasan

43

44

45

47

48

xi

PKPG

SPSS

SENARAI SIMBOL

- Pragoram Pensiswazahan Khas Guru

- Statistical Pakage for the Social Science

xii

LAMPIRAN

A

B

C

D

E

F

SENARAI LAMPIRAN

TAJUK

Borang Soal Selidk

Dapatan Kajian Rintis

Analisis Ujian ANOVA Satu Hala Berdasarkan

Kursus Pengajian

Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kemahiran

Pembelajaran Perisian Grafik Berkomputer

Analisis Korelasi Pearson Antara Tahap

Kemahiran Pembelajaran Perisian Grafik

Berkomputer Dengan Kecerdasan Pelbagai Di

Kalangan Pelajar

Analisis Min Kemahiran Pembelajaran Perisian

Grafik Berkomputer Mengikut Kategori

Kecerdasan

MUKA SURAT

67

73

74

75

76

78

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan Pendidikan di Malaysia melangkah ke hadapan seiring dengan perkembangan

Sains dan Teknologi. Dengan perkembangan Teknologi Maklumat, Kementerian

Pelajaran Malaysia telah menggerakkan institusi dibawahnya agar bersedia dan

melahirkan generasi celik Teknologi Maklumat melalui proses didikan di sekolah,

maktab, kolej serta universiti. Ekoran dari itu, beberapa program komputer seperti

Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK), Pendidikan

Teknologi Maklumat, Sekolah Bestari dan lain-lain telah diperkenalkan.

Pembaikan teori dan amalan pendidikan merupakan satu reformasi yang

dilakukan untuk meningkatkan kualiti pendidikan, melahirkan warganegara yang

berilmu, cemerlang, baik serta bertanggungjawab (Abu Hassan Kassim dan Meor

Ibrahim Kamaruddin, 2006). Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

iaitu melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi jasmani, emosi, rohani,

intelek dan sahsiah.

Dalam proses pembelajaran, pelajar perlu aktif dan kreatif serta berkemahiran

untuk melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pembelajaran (Mat Jizat Abdol et.

al, 2005). Pelajar belajar memproses dan memanipulasikan maklumat. Mereka

dilatih berfikir secara kritis dan membuat refleksi tentang apa yang telah dipelajari,

selain memindah dan menggunakan pengetahuan daripada satu displin ke displin

yang lain serta dalam kehidupan seharian (Baharuddin Aris et. al, 2003).

2

Individu itu berbeza adalah berdasarkan pemilihan cara untuk memahami

satu-satu proses pengajaran dan pembelajaran (Baharuddin Aris et. al, 2003). Selaras

dengan Mat Jizat Abdol et. al, (2005) bahawa walaupun pada lahiriahnya didapati

pelajar adalah sama tetapi secara natural kecerdasan mereka berbeza.

Pada hari ini pakar pendidikan sentiasa berusaha untuk membantu guru

meningkatkan penyampaian pelajaran mereka dengan berkesan (Mat Jizat Abdol, et

al. 2005). Pelbagai teknik, model dan teori dikeluarkan dengan tujuan untuk

membantu guru-guru dan pendidik pada generasi ini memberikan pengajaran yang

terbaik kepada pelajar mereka (Baharuddin Aris et. al, 2003).

Teori Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligences) yang diasaskan oleh

Gardner (1983) menyatakan bahawa manusia mempunyai sekurang-kurangnya

sembilan kecerdasan (intelligences): merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan,

bakat atau kemahiran yang wujud secara semulajadi. Jenis kecerdasan yang dikenal

pasti adalah verbal-linguistik, logik-matematik, ruang-visual, kinestetik, muzik,

interpersonal, intrapersonal, naturalis dan existential. Menurut beliau lagi, setiap

individu mempunyai kelapan-lapan kecerdasan tetapi pada darjah atau kadar yang

berbeza-beza dari segi kekuatan dan kemahiran. Kecerdasan tersebut boleh

dikembangkan menerusi pendidikan, pengalaman dan persekitaran. Gardner telah

mendefinisikan kecerdasan sebagai satu set kemahiran yang membolehkan seseorang

itu menyelesaikan masalah (PPK, 2001).

Pembelajaran menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan jika guru

menyepadukan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran

mereka. Pengajaran seharusnya melibatkan penggunaan kesembilan-sembilan

kecerdasan kerana pelajar mempunyai kecerdasan yang pelbagai.

Dari tinjauan yang dibuat ke atas beberapa buah sekolah di Amerika Syarikat

yang mengamalkan kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran

didapati beberapa hasil kualitatif dan kuantitatif yang menakjubkan telah dicapai

iaitu (PPK, 2001) :

3

i. Pembelajaran menyeronokkan. Murid dan guru berminat untuk ke sekolah

dan masalah ponteng kelas berkurangan.

ii. Terdapat mempercepatkan pembelajaran (accelerate learning) berbanding

dengan pendekatan pengajaran tradisional. Masa mengajar di dalam kelas

dapat dikurangkan dan semua pelajar menunjukkan prestasi yang baik dalam

semua mata pelajaran.

Di samping itu, apabila Sekolah Bestari dan EteMs (Pengajaran Sains dan

Matematik Dalam Bahasa Inggeris) menjadi kenyataan, pendidik-pendidik telah

menghadapi satu gelombang perubahan dalam alam pengajaran iaitu komputer

menjadi komponen utama dalam proses pengajaran, pembelajaran dan pengurusan.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengaturkan beberapa siri latihan untuk

melahirkan guru yang mahir dalam bidang Teknologi Maklumat sama ada di maktab

perguruan atau di universiti ( Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir, 2000).

Pembelajaran Sains dan Komputer merupakan satu kursus yang ditawarkan

kepada para pelajar di universiti. Pelajar-pelajar universiti yang dibawah Program

Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) merupakan bakal-bakal guru yang perlu bersedia

dari segi pengetahuan, keyakinan, membuat keputusan, pelaksanaan dan kepastian

dalam menggunakan teknologi komputer (Niess, 2006). Guru perlu tahu

menggunakan perisian yang telah sedia ada bagi membantu mereka membangunkan

perisian dalam pengajaran mereka (Siti Nur Binti Othman, 2007).

Multimedia adalah salah satu elemen penting yang hangat dibincangkan serta

berkait rapat dengan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

(Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir, 2000). Elemen-elemen multimedia

merangkumi teks, grafik, animasi, video dan audio. Grafik merupakan antara media

yang paling utama dan popular digunakan bagi memperlihatkan keterampilan

sesebuah aplikasi multimedia. Ia bukan saja berperanan menonjolkan keindahan atau

keanggunan senibina sesebuah program multimedia tetapi juga sebagai suatu sumber

4

penyampaian sesuatu maklumat yang berkesan (Jamalludin Harun dan Zaidatun

Tasir, 2000).

“A picture is worth a thousand words.”- Confucius (Villamil,J. dan

Fernandez-Elias, L., 1997). Pepatah ini menunjukkan betapa pentingnya grafik

dalam komunikasi yang memainkan peranan sebagai penyampai maklumat.

Perkembangan teknologi turut membawa perkembangan Grafik Berkomputer

pesat dalam industri perbuatan dan iklan atas keupayaan grafik sebagai penyampai

maklumat (Bertoline, 1998). Grafik Berkomputer merujuk kepada sebarang imej

yang dihasilkan menggunakan sebarang jenis komputer. Perisian Grafik

Berkomputer seperti Adobe Photoshop, Autocad, Corel Draw dan sebagainya boleh

digunakan menghasilkan grafik yang berkualiti dan digunakan sebagai sumber

pengajaran dan pembelajaran.

Para pelajar di peringkat universiti didedahkan dengan teknik penggunaan

perisian Grafik Berkomputer supaya tidak ketinggalan dalam menikmati kemajuan

teknologi (Waldron, 1985). Pelajar yang mengambil kursus Grafik Berkomputer

menghadapi cabaran pembelajaran dalam penghasilan grafik.

“The student of graphic design for multimedia production is confronted

with the challenge of learning different methods of image production

and manipulation.”( Villamil,J. dan Fernandez-Elias, L., 1997).

Pembelajaran komputer yang berkesan bergantung kepada pendekatan

pembelajaran yang sesuai. Menurut Gardner (1983), secara umumnya pelajar kita

mempunyai kecerdasan yang berbeza dari seorang dengan yang lain dan mereka akan

secara tidak sedar mencapai pembelajaran ikut kecerdasan sendiri.

Pembelajaran berkesan berasaskan penggunaan kecerdasan dan minat

Menurut Campbell (1996: dalam Lue, 2004) apabila individu diberikan peluang

5

untuk belajar melalui kekuatan kecerdasan mereka, perubahan kognitif, emosi, sosial

dan fizikal positif akan muncul.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kebanyakan bidang kursus yang ditawarkan di peringkat universiti seperti

Sains Komputer yang pelajar-pelajar mungkin tidak memperolehinya atau tidak

pengalaman di peringkat awal kemasukan mereka ke universiti (Huggard, 2004). Ini

antara sebab mengapa kebanyakan pelajar menghadapi kesukaran dalam diri pelajar

mengenai kemahiran untuk menghasilkan projek yang diminta oleh pensyarah.

Grafik Berkomputer adalah antara kursus tawaran Sains Komputer di

universiti. Grafik Berkomputer ialah satu mata pelajaran yang pratikal, maka dengan

itu, sebahagian dari kandungannya merangkumi komponen proses dan kemahiran

yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu hasil karya grafik. Proses dalam Grafik

Berkomputer merujuk kepada aplikasi pengetahuan tentang karya, manakala

kemahiran merujuk kepada kebolehan menggunakan perkakasan dan perisian grafik

secara cekap dan berkesan (PPK, 2002).

Imej grafik dibentuk bermula daripada idea yang abstrak. Idea ini pula

muncul daripada pengalaman hidup, kepercayaan, kebudayaan ataupun persekitaran

(PPK, 2002). Idea merupakan satu istilah pemikiran yang terbit dalam minda yang

boleh divisualisasikan menerusi gambaran minda (Mohd Azhar, 2001) dan idea

digunakan untuk menyelesaikan masalah.

Kadangkala pelajar akan terus membuka perisian di komputer atau terus ke

makmal komputer untuk menghasilkan reka bentuk mengikut idea yang terlintas di

fikiran mereka. Pelajar lebih gemar untuk terus mereka grafik tanpa mengikuti

langkah-langkah teknikal dan merasakan ia merupakan satu pembaziran dari segi

masa untuk membuat perancangan. Bagi Jeffrey W.M. (2002), beliau menyatakan

pelajar tidak akan membazirkan masa dan menggunakan komputer sebagai alat bantu

6

jikalau perancangan reka bentuk grafik dibuat dahulu. Beliau juga menunjukkan

pelajar perlu didedahkan bahawa penyelesaian masalah sebagai proses pembelajaran

dalam bidang Grafik Berkomputer.

Dalam kajian Miller dan Mingins (1988), pelajar mempunyai pengetahuan

yang terlalu abstrak yang sukar untuk diterjemahkan secara terus kepada

penyelesaian masalah yang efektif. Ini disebabkan individu dewasa kurang mahir

mengaplikasikan kebolehan dan potensi dalam pembelajaran (Kallenbach dan Viens,

2001). Pelajar-pelajar di peringkat universiti adalah dilihat sebagai individu dewasa.

Selain itu, kajian Zaidy (2001) menyatakan pelajar PKPG hanya mengetahui

perisian Grafik Berkomputer di universiti, tidak terdedah ketika di alam sekolah.

Kebanyakan pelajar PKPG yang lemah dalam Bahasa Inggeris kurang minat dalam

pembelajaran perisian Grafik Berkomputer. Ini selaras dengan kajian Sharifah

(2002) yang menyataan penguasaan Bahasa Inggeris mendatangkan masalah kepada

pelajar.

Menurut Gardner (1983), kecerdasan sebagai satu set kemahiran yang

membolehkan seseorang itu menyelesaikan masalah. Kecerdasan pelbagai Gardner

merupakan sejenis gaya pembelajaran yang berlandaskan prinsip-prinsip bahawa

setiap individu mempunyai kesemua sembilan kecerdasan tetapi pada tahap

perkembangan yang berbeza dan beberapa kecerdasan akan bertindak serentak dalam

menghasilkan sesuatu kerja.

Menurut kajian Dunn & Dunn (1978), di peringkat kolej dan universiti di luar

negeri menunjukkan kesan pembelajaran yang baik adalah apabila strategi dan

aktiviti pengajaran bersesuaian dengan gaya pembelajaran pelajar. Keefe (1979)

juga berpendapat bahawa keberkesanan pembelajaran dapat dipertingkatkan jika

gaya pembelajaran individu dikenalpastikan. Menurut Weinstein (1988), setiap

pelajar perlu mempunyai amalan pembelajaran yang spesifik untuk berjaya seperti

menggunakan pendekatan kecerdasan pelbagai dalam pembelajaran.

7

Strong. S dan Smith. R. (2001) menyatakan kecerdasan visual merupakan

perkara terpenting di dalam kejayaan di dalam bidang grafik dan kejuruteraan secara

keseluruhan. Kecerdasan visual adalah antara kecerdasan pelbagai ditekankan oleh

Gardner. Manakala, Gardner (1983) menyatakan kecerdasan intrapersonal penting

menentukan kejayaan seseorang semasa beliau membuat kajian atas kejayaan dan

kemajuan masyarakat Jepun.

Keadaan sistem pendidikan kita lebih tertumpu kepada dua kecerdasan

sahaja, iaitu verbal-linguistik dan logik-matematik. Kebanyakan pendidik tidak

menghargai kepelbagaian kecerdasan pelajar (PPK, 2001).

Akibat dari senario ini, pelajar hilang minat untuk belajar. Mereka hanya

menghafal dan konsep yang dipelajari tidak dapat diaplikasikan selepas akhir sesuatu

kursus. Jika pelajar berpuas hati dengan hanya mengingat atau menghafal apa yang

ditulis dalam buku teks, mereka akan berakhir dengan kefahaman yang terlampau

cetek dan tidak benar-benar mendapat maklumat yang terperinci (Baharuddin Aris et.

al, 2003).

Entwistle dan Waterston (1988) menyatakan bahawa kelemahan pendekatan

pembelajaran berkait dengan amalan pembelajaran yang tidak mendalam. Mereka

mendapati pelajar lebih tertumpu untuk hanya memenuhi keperluan minimum

sesuatu kursus, menghafal fakta, tidak bermatlamat, melihat pembelajaran sebagai

proses pemindahan fakta semata-mata dan tidak mencari ilmu.

Selain itu, ini mungkin berpunca dari pelajar yang tidak mengenal pasti gaya

pembelajaran sendiri. Sekiranya pelajar dapat mengenal pasti gaya pembelajaran

sendiri, adalah lebih mudah bagi mereka merancang pembelajaran yang lebih

berkesan (Kang, 2005).

Bagi menyokong pelaksanaan pembelajaran yang lebih bermakna, gaya

pembelajaran pelajar perlu dikaji. Memandangkan pelajar di universiti tergolong

dalam golongan orang dewasa, maka model Kecerdasan Pelbagai MICA (Multiple

8

Intelligences Checklist for Adult) McGrath dan Noble (1995) digunakan untuk

melihat dan mengenal pasti kecerdasan pelbagai pelajar.

Pelajar-pelajar universiti di bawah Program Khas Pensiswazahan Guru

(PKPG) merupakan bakal guru yang setaraf dengan guru pelatih di maktab perguruan

amat perlu diberikan latihan yang mencukupi serta sikap dan persepsi yang positif

terhadap penggunaan komputer supaya mereka dapat mengaplikasikan kemahiran

dan pengetahuan yang diperolehi di sekolah nanti (Kang, 2005).

Satu kajian perlu dijalankan supaya pelajar mengenali kecerdasan diri

mereka. Selain itu, dengan usaha mengenal pasti hubungan antara tahap kemahiran

pembelajaran perisian Grafik Berkomputer dengan kecerdasan pelbagai agar proses

pembelajaran boleh menjadi lebih menarik dan bermakna.

1.3 Pernyataan Masalah

Grafik Berkomputer merupakan satu mata pelajaran yang pratikal yang

ditawarkan di peringkat universiti. Proses dalam Grafik Berkomputer merujuk

kepada aplikasi pengetahuan tentang karya, manakala kemahiran merujuk kepada

kebolehan menggunakan perkakasan dan perisian grafik secara cekap dan berkesan

(PPK, 2002). Strategi dan aktiviti pengajaran bersesuaian dengan gaya pembelajaran

pelajar dapat mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran. Menurut Weinstein

(1988) setiap pelajar perlu mempunyai amalan pembelajaran yang spesifik untuk

berjaya seperti menggunakan pendekatan kecerdasan pelbagai dalam pembelajaran.

Kecerdasan pelbagai penting untuk memotivasikan pelajar belajar dan

menggalakkan mereka belajar berasaskan keupayaan diri (PPK, 2001). Sekiranya

teori ini tidak digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar

mungkin berasa bosan dan menjadi penghafal yang beringatan pendek. Oleh itu,

penyelidik ingin menyelidik pola kecerdasan pelbagai di kalangan pelajar, sama ada

wujud perbezaan yang signifikan antara jenis kecenderungan kecerdasan pelbagai di

9

kalangan pelajar yang berbeza kursus pengajian, tahap kemahiran pembelajaran

grafik berkomputer di kalangan pelajar, sama ada wujud hubungan antara tahap

kemahiran pembelajaran perisian Grafik Berkomputer dengan kecerdasan pelbagai

pelajar dan jenis kecerdasan pelbagai pelajar yang menguasai lebih kemahiran

pembelajaran perisian Grafik Berkomputer di kalangan pelajar.

1.4 Objektif Kajian

Secara umumnya kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk meninjau

dan meneliti jenis kecenderungan kecerdasan pelbagai pelajar dan perkaitannya

kecenderungan kecerdasan pelbagai dengan pembelajaran perisian Grafik

Berkomputer.

Secara khususnya kajian yang dijalankan ini adalah menjurus kepada

beberapa perkara berikut:

i. Mengenal pasti pola kecerdasan pelbagai di kalangan pelajar.

ii. Mengenal pasti sama ada wujud perbezaan yang signifikan antara jenis

kencenderungan kecerdasan pelbagai di kalangan pelajar yang berbeza kursus

pengajian.

iii. Mengenal pasti tahap kemahiran pembelajaran perisian Grafik Berkomputer

di kalangan pelajar.

iv. Mengenal pasti hubungan antara tahap kemahiran pembelajaran perisian

Grafik Berkomputer dengan kecerdasan pelbagai di kalangan pelajar.

v. Mengenal pasti jenis kecerdasan pelbagai bagi pelajar yang menguasai lebih

kemahiran pembelajaran perisian Grafik Berkomputer.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian terlibat dalam kajian ini meliputi perkara berikut:

10

i. Apakah pola kecerdasan pelbagai di kalangan pelajar?

ii. Adakah wujud perbezaan yang signifikan bagi kecerdasan pelbagai di

kalangan pelajar yang berbeza kursus pengajian?

iii. Apakah tahap kemahiran pembelajaran perisian Grafik Berkomputer di

kalangan pelajar?

iv. Adakah wujud hubungan antara tahap kemahiran pembelajaran perisian

Grafik Berkomputer dengan kecerdasan pelbagai di kalangan pelajar?

v. Apakah jenis kecerdasan pelbagai pelajar yang menguasai lebih kemahiran

pembelajaran perisian Grafik Berkomputer?