mohon tajaan

2
Tuan/Puan, MEMOHON TAJAAN SEMPENA PROGRAM SEJUTA KASIH SERIBU BAKTI Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas. 2. Adalah dimaklumkan bahawa pelajar kursus Penyediaan Makanan Barat (VEF 3066) Semester 2 Sesi 2014/2015, Universiti Pendidikan Sultan Idris akan menganjurkan Program Sejuta Kasih Seribu Bakti di Rumah Anak Yatim Bait Al-Amin, Parit, Perak bertujuan untuk untuk merapatkan hubungan antara mahasiswa dengan masyarakat dari aspek kebajikan sosial yang akan dilakukan. Di samping itu, melalui program ini ia dapat memberi pendedahan kepada masyarakat berkaitan dengan makanan barat dan resepi-resepi dari makanan barat yang ringkas, sedah dan mudah disediakan yang akan dikongsikan oleh para pelajar kursus VEF 3066 ini secara langsung kepada anak- anak yatim di sini. 3. Program ini akan diadakan seperti butiran berikut. Tarikh : 24 Mei 2015 Hari : Ahad Masa : 7.00 pagi – 5.30 petang Tempat : Rumah Anak Yatim Bait Al-Amin, Parit, Perak Darul Ridzuan. 30 April 2015 11 Rejab 1436H

Upload: ieka-hanim

Post on 06-Feb-2016

228 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sumbangan yb

TRANSCRIPT

Page 1: mohon tajaan

Tuan/Puan,

MEMOHON TAJAAN SEMPENA PROGRAM SEJUTA KASIH SERIBU BAKTI

Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pelajar kursus Penyediaan Makanan Barat (VEF 3066)

Semester 2 Sesi 2014/2015, Universiti Pendidikan Sultan Idris akan menganjurkan Program

Sejuta Kasih Seribu Bakti di Rumah Anak Yatim Bait Al-Amin, Parit, Perak bertujuan untuk

untuk merapatkan hubungan antara mahasiswa dengan masyarakat dari aspek kebajikan sosial

yang akan dilakukan. Di samping itu, melalui program ini ia dapat memberi pendedahan

kepada masyarakat berkaitan dengan makanan barat dan resepi-resepi dari makanan barat

yang ringkas, sedah dan mudah disediakan yang akan dikongsikan oleh para pelajar kursus

VEF 3066 ini secara langsung kepada anak-anak yatim di sini.

3. Program ini akan diadakan seperti butiran berikut.

Tarikh : 24 Mei 2015

Hari : Ahad

Masa : 7.00 pagi – 5.30 petang

Tempat : Rumah Anak Yatim Bait Al-Amin, Parit, Perak Darul Ridzuan.

4. Sehubungan itu, pihak kami dengan rasa rendah diri ingin memohon penajaan daripada

pihak tuan/puan bagi menjayakan kejohanan tersebut. Sumbangan boleh diberikan oleh pihak

tuan/puan dalam bentuk wang tunai mahupun cek.

5. .Pihak kami amat menghargai sumbangan tuan dan didahului dengan ribuan ucapan

terima kasih.  Bersama-sama ini juga disertakan kertas kerja program tersebut sebagai rujukan

buat pihak tuan/puan.

30 April 201511 Rejab 1436H

Page 2: mohon tajaan

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

………………………………………………..

(CIK NUR AMILIN BINTI ABDUL HALIM)

Penasihat Program Sejuta Kasih Seribu Bakti,

merangkap Pensyarah kursus VEF 3066,

Fakulti Pendidikan Sultan Idris,

Universiti Pendidikan Sultan Idris.