mohd narzuki bin yaacob - prinsip perakaunan...

19
BIL.1/2008 CARA UNTUK MENGUSAI PRINSIP PERAKAUNAN BIL. 2/2008 TEKNIK MENCATAT NOTA BERKESAN BIL. 3/2008 KAEDAH-KAEDAH BELAJAR BIL. 4/2008 KAEDAH BELAJAR BERKESAN BIL. 5/2008 TEKNIK-TEKNIK BELAJAR BIL. 6/2008 TEKNIK BELAJAR BERKESAN BIL. 7/2008 TEKNIK MEMBUAT JADUAL BELAJAR BIL. 8/2008 RAHSIA PENGURUSAN MASA PELAJAR CEMERLANG BIL. 9/2008 AMALAN PENINGKATAN DAYA INGATAN BIL. 10/2008 LANGKAH -LANGKAH BIJAK MENJELANG PEPERIKSAAN BIL.11/2008 35 PETUA PELAJAR CEMERLANG DARI DR FADZILAH KAMSAH Disediakan Oleh : MOHD NARZUKI BIN YAACOB SMK DATO’ MAHMUD PADUKA RAJA 2

Upload: duongtuyen

Post on 09-Feb-2018

238 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: MOHD NARZUKI BIN YAACOB - Prinsip Perakaunan SPMcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/Buletin... · membuat nota kecil sejak di Tingkatan Empat ... terutama dalam

BIL.1/2008 CARA UNTUK MENGUSAI PRINSIP PERAKAUNAN

BIL. 2/2008

TEKNIK MENCATAT NOTA BERKESAN

BIL. 3/2008

KAEDAH-KAEDAH BELAJAR

BIL. 4/2008

KAEDAH BELAJAR BERKESAN

BIL. 5/2008

TEKNIK-TEKNIK BELAJAR

BIL. 6/2008

TEKNIK BELAJAR BERKESAN

BIL. 7/2008

TEKNIK MEMBUAT JADUAL BELAJAR

BIL. 8/2008

RAHSIA PENGURUSAN MASA PELAJAR CEMERLANG

BIL. 9/2008

AMALAN PENINGKATAN DAYA INGATAN

BIL. 10/2008

LANGKAH -LANGKAH BIJAK MENJELANG PEPERIKSAAN

BIL.11/2008 35 PETUA PELAJAR CEMERLANG DARI DR FADZILAH KAMSAH

Disediakan Oleh :

MOHD NARZUKI BIN YAACOB SMK DATO’ MAHMUD PADUKA RAJA 2

Page 2: MOHD NARZUKI BIN YAACOB - Prinsip Perakaunan SPMcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/Buletin... · membuat nota kecil sejak di Tingkatan Empat ... terutama dalam

---------------------------------------------------------------- Kemahiran Belajar (Bil. 1/2008)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 1

CARA UNTUK MENGUASAI PRINSIP PERAKAUNAN Oleh : Cg Narzuki

Subjek Prinsip Perakaunan merupakan ilmu kemahiran / teknikal. Oleh itu LATIHAN memainkan peranan yang sangat penting, semakin banyak latihan dibuat semakin meningkatlah KEMAHIRAN kita, seterusnya KEFAHAMAN bertambah. Sekiranya ada masalah terus BERTANYA rakan / guru. Sentiasa dapatkan BIMBINGAN daripada guru. Beberapa perkara yang perlu dilakukan bagi menguasi subjek ini : 1. Sebelum kelas : - baca dahulu topik yang akan diajar oleh guru. - bersedia untuk belajar dari sedi mental dan fizikal. - pastikan peralatan (alat tulis, kalkulator dll) ada dan mencukupi. 2. Semasa kelas : - berikan sepenuhnya tumpuan dan perhatian kepada apa yang diajar. - fahami konsep2 dalam topik yang dipelajari - kuasai kemahiran simpankira (cara-cara merekod atau menyediakannya) - terus banyakkan bertanya rakan / guru jika tidak faham. 3. Selepas kelas : - menyiapkan latihan yang diberikan oleh guru. - perbanyakkan latihan kendiri, jawab soalan2 format SPM sebenar. - terus bertanya jika mengahadpi sebarang masalah. - hantar latihan yang siap kepada guru untuk semakan. 4. Persediaan peperiksaan untuk skor A+ SPM, - banyakkan menjawab soalan soalan tahun2 lepas dan soalan Trial dari negeri2 lain. - hadir dalam setiap kelas/ kelas tambahan yang diadakan oleh guru. - menyertai seminar teknik menjawab soalan. - kuasai semua topik yang diajar, jangan sekali-kali “spot” topik2 tertentu sahaja. - bersedia/study awal, jangan tunggu saat akhir. - menggunakan masa lapang dengan bijak semasa di sekolah. - hormati kawan2 dan bekerjasama dengan mereka. - hormati guru dan wujudkan hubungan yang baik dengan mereka. - sentiasa berhubung dengan guru untuk mendapat nasibat dan bimbingan. Itu sahaja serba sedikit pandangan dan cadangan yang dapat cikgu berikan untuk kali ini, semoga ianya dapat membantu.

Page 3: MOHD NARZUKI BIN YAACOB - Prinsip Perakaunan SPMcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/Buletin... · membuat nota kecil sejak di Tingkatan Empat ... terutama dalam

----------------------------------------------------------------- Kemahiran Belajar (Bil. 2/2008)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 1

TEKNIK MENCATAT NOTA BERKESAN SEBAGAI calon peperiksaan rasmi sama ada STPM, SPM, PMR mahupun UPSR, kamu tidak seharusnya bersikap tidak kisah terhadap pelajaran. Persediaan awal perlu dibuat sebaik sahaja sekolah dibuka . Kamu sepatutnya sudah mula membuat nota. Nota ialah catatan-catatan yang kita ambil dan kita sediakan daripada pelbagai sumber untuk tujuan ulang kaji. Sumber-sumber itu boleh diperoleh daripada buku teks, buku rujukan, perbincangan berkumpulan, pengajaran guru ataupun ceramah. Dari situ, kita mengambil isi-isi penting untuk diingat atau difahami. Adakah kamu menyediakan nota sendiri sejak awal lagi ? Bagaimana bentuk nota kamu ? Banyak sebab mengapa kita mesti mempunyai nota - yang kita tulis sendiri, kita sediakan sendiri, kita susun sendiri, dan kitalah pengarangnya. Membuat nota sendiri perlu dilakukan secara berterusan setiap hari, tidak semestinya menjelang peperiksaan saja. Cuba kamu ikut contoh Dr. Fazley, seorang penyanyi yang memperoleh 8A1 dalam SPM. Dengan keputusan yang cemerlang itu telah melayakkannya melanjutkan pelajaran ke Victoria University, Welllington, New Zealand dalam bidang Perdagangan dan Pentadbiran. Tentu kamu tertanya-tanya, bagaimana dia boleh skor A dalam setiap mata pelajaran yang telah diambilnya. Dr. Fazley mula membuat nota kecil sejak di Tingkatan Empat lagi. Jika kamu mahu mengikuti jejak langkahnya, ayuh ... jangan bertangguh ... mulakan dari sekarang. Mari ikut teknik Dr. Fazley. LANGKAH PERTAMA Dr. Fazley menggunakan 12 batang pen berlainan warna termasuk beberapa batang highlighter sebagai persediaan membuat nota kecil. Sebenarnya, kamu boleh menggunakan kurang atau lebih daripada jumlah pen itu. Terpulang kepada kemampuan dan keselesaan kamu. LANGKAH KEDUA Mula membaca buku teks dan buku rujukan. Sambil membaca, kata kunci atau kata penting diwarnakan. Pada masa yang sama, fahamkan betul-betul maklumat yang dibaca . Bacalah mengikut bab atau topik . Tidak perlu baca banyak perkara. Yang penting kamu faham, kemudian baru buat nota . LANGKAH KETIGA Sehelai kertas bersaiz A4 dilipat kepada empat bahagian atau kolum.

Page 4: MOHD NARZUKI BIN YAACOB - Prinsip Perakaunan SPMcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/Buletin... · membuat nota kecil sejak di Tingkatan Empat ... terutama dalam

----------------------------------------------------------------- Kemahiran Belajar (Bil. 2/2008)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 2

LANGKAH KEEMPAT Mula menulis nota mengikut kolum. Setiap kolum boleh dibahagikan kepada dua bahagian (subtopik) untuk satu bab ataupun kamu boleh jadikan keempat-empat kolum itu untuk satu bab sahaja. Di sebelah belakang kertas itu pula satu bab yang lain. Gunakan pen yang berlainan warna. Nota dicatat seringkas-ringkasnya agar dapat meningkatkan tahap ingatan. LANGKAH KELIMA Setelah kata kunci ditulis, gunakan highlighter untuk tajuk dan perkara-perkara yang penting . Pastikan kamu gunakan warna yang selari untuk semua nota supaya fikiran kamu tidak keliru. Misalnya, jika warna kuning untuk isi-isi penting, maka gunakan warna yang sama untuk subjek lain pula. Contohnya, tarikh penting - warna merah, nama tokoh - warna biru. LANGKAH KEENAM Setelah nota disiap ditulis, kamu boleh menghafalnya. Jangan lupa untuk meninggalkan sedikit ruang untuk menambah isi penting apabila guru mula mengajar. LANGKAH KETUJUH Ambil sampul surat panjang. Tuliskan mata pelajaran. Kemudian, masukkan nota itu mengikut mata pelajaran. Bawalah nota itu ke mana-mana. Jika ada masa terluang, silalah baca. Untuk subjek yang melibatkan pengiraan seperti Matematik, Dr. Fazley menasihatkan pelajar agar menyediakan sebuah buku khas untuk membuat latihan pengiraan. Latihan perlu dibuat selalu agar pelajar biasa dengan corak soalan. Dr. Fazley berpendapat bahawa subjek Matematik memerlukan pelajar merangka jalan penyelesaian yang betul secara sistematik. Jalan penyelesaian yang betul akan menemukan jawapan yang tepat dan mendapat markah yang baik. Menurut Dr. Fazley, dia akan membawa nota tersebut ke mana-mana sahaja. Misalnya, ketika menunggu bas, dia tidak perlu membawa buku tebal , tetapi hanya membaca nota kecil itu. Dr. Fazley turut mengingatkan para pelajar agar membawa nota yang dibuat tanpa menunggu hari peperiksaan. Kaedah di atas adalah berdasarkan pengalaman Dr. Fazley sendiri. Sebenarnya, ada banyak lagi teknik belajar mengikut keselesaan kamu. Belajar awal dan membuat nota pada peringkat awal dapat menimbulkan semangat yakin pada kebolehan diri dan kamu akan merasakan bahawa diri kamu telah cukup bersedia untuk menghadapi peperiksaan ketika pelajar lain baru hendak membuat persediaan. Dengan cara ini kamu mempunyai stamina untuk mengulang kaji semua mata pelajaran yang telah kamu buat mengikut kesesuaian kamu.

Page 5: MOHD NARZUKI BIN YAACOB - Prinsip Perakaunan SPMcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/Buletin... · membuat nota kecil sejak di Tingkatan Empat ... terutama dalam

----------------------------------------------------------------- Kemahiran Belajar (Bil. 3/2008)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 1

KAEDAH-KAEDAH BELAJAR Jarang-jarang diketahui oleh sesetengah pelajar bagaimana kejayaan menyusuli setiap usaha dan ketekunan mereka. Tidak diketahui pula bagaimana harus memulakan usaha supaya apa yang dilakukan itu akan memberi hasil yang baik dan memuaskan. Ya! setiap orang harus memikirkan soal inI. Walaupun cara mentelaah pelajaran yang baik tidak sama pada setiap orang dan mengikut jenis pelajaran tetapi ada prinsip-prinsip umum yang dapat diamalkan. Sebenarnya kejayaan di dalam pelajaran tidak sahaja bergantung kepada kebolehan dan kekuatan berusaha. Tetapi ia juga bersandar pada cara atau teknik belajar. Tidak dinafikan bahawa sesetengah pelajar itu dapat melakukan sesuatu dengan mudah dalam masa-masa yang tertentu dengan kebolehan dan kemampuan dirinya. Tetapi bukanlah faktor yang utama yang menafikan faktor yang lain. Keterangan-keterangan berikut mengandungi punca-punca yang akan membantu kejayaan seseorang itu : (a) Kecerdikan dan kebolehan yang istimewa ............................................. 50-60 % (b) Kesungguhan, minat dan cara-cara mentelaah yang memberi kesan ... 30-40 % (c) Nasib dan faktor persekitaran ................................................................ 10-15 % Kebolehan sebenarnya dapat menolong seseorang ke arah kejayaan itu tetapi kebolehan sahaja tidaklah memadai. Ramai di antara pelajar yang bijak kecewa terutama dalam subjek-subjek yang sukar seperti Matematik dan Sains. Sebab utamanya para pelajar tidak merangkumi keseluruhan teknik yang diperlukan atau tidak pernah memikirkan cara-cara untuk belajar dengan berkesan . Umpamanya rancangan dengan jadual belajar. JAWABLAH SOALAN-SOALAN BERIKUT DENGAN IKHLAS : 1. Adakah kamu mempunyai rancangan jadual melakukan sesuatu setiap hari ? Ya / Tidak 2. Kalau benar adakah kamu mematuhinya ? Ya / Tidak 3. Adakah kamu menghadapi sebarang masalah apabila hendak memulakan study kamu ? Ya / Tidak

Page 6: MOHD NARZUKI BIN YAACOB - Prinsip Perakaunan SPMcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/Buletin... · membuat nota kecil sejak di Tingkatan Empat ... terutama dalam

----------------------------------------------------------------- Kemahiran Belajar (Bil. 3/2008)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 2

4. Adakah kamu memulakan pelajaran tepat pada waktunya ? Ya / Tidak 5. Adakah kamu berasa tugas anda menarik ? Ya / Tidak 6. Adakah kamu berbincang tentang sesuatu perkara yang telah dibaca bersama-sama orang lain ? Ya / Tidak 7. Pernahkah kamu bertanya apa yang kamu kurang faham atau tidak mengetahuinya ? Ya / Tidak 8. Pernahkah kamu membuat kajian sepintas lalu dahulu sebelum membaca dengan teliti ? Ya / Tidak 9. Adakah kamu tidak memberi perhatian kepada jadual dan rajah semasa membaca ? Ya / Tidak 10. Adakah kamu menyimpan nota-nota mengenai satu pelajaran di tempat yang sama ? Ya / Tidak 11. Adakah kamu membuat catatan,rajah,jawapan dan sebagainya daripada apa yang dibaca dalam perkataan sendiri ? Ya / Tidak 12. Adakah kamu bersedia untuk peperiksaan sehingga l arut malam ? Ya / Tidak 13. Adakah kamu mendapat tidur atau kerehatan yang cukup ? Ya / Tidak 14. Adakah kamu dapat markah yang rendah jika ujian dibuat secara tidak disangka-sangka ? Ya / Tidak JAWAPAN : 1. Ya 8. Ya 2. Ya 9. Tidak 3. Tidak 10. Ya 4. Ya 11. Ya 5. Ya 12. Tidak 6. Ya 13. Ya 7. Ya 14. Tidak Kamu dapat membuat kesimpulan yang tersendiri sejauh mana kemajuan yang telah kamu perolehi. Atau adakah pertanyaan-pertanyaan di atas itu telah terjawab dan kamu telahpun mengamalkannya ? Jika anda gagal dalam banyak ujian di atas maka fikirlah segera cara membaikinya . Adakah hidup kamu benar-benar dirancang? Cuba analisis diri dengan berpandukan jadual berikut :

Page 7: MOHD NARZUKI BIN YAACOB - Prinsip Perakaunan SPMcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/Buletin... · membuat nota kecil sejak di Tingkatan Empat ... terutama dalam

----------------------------------------------------------------- Kemahiran Belajar (Bil. 3/2008)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 3

Kegiatan Masa Yang Sepatutnya

Tidur 6 - 7 jam

Makan 1 jam 15 minit

Mengikuti kelas 6 jam

Belajar 4 jam

Kelab, persatuan, sukan 2 jam

Aktiviti-aktiviti sosial 1 jam

Perjalanan 1 jam

Lain-lain pekerjaan yang perlu 1 jam

Jumlah 24 jam

Masa belajar setiap hari mesti tidak kurang 4 jam. Jika tidak dapat dicapai maka kamu mesti berfikir secara serius, kenapa ? Munginkah kerana tidur dan berbaring-baring atas katil melebihi 8 jam ? Atau mungkin juga akiviti sosial dan lain-lain pekerjaan yang perlu memakan masa lebih daripada 2 jam. Umpamanya berbual-bual kosong, menonton TV atau mandi yang terlalu lama. Ingatlah "masa itu emas". Sekiranya ia berlaku kamu tidak dapat memilikinya lagi. Mengikut kata pujangga "Hari kelmarin sudah pun pergi, hari ini pasti ada ; hai esok belum tentu bahagia". Jadi kita mesti gunakan masa yang pasti ada ini untuk menyediakan hari esok yang akan tiba. Gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya. Setiap kesempatan mesti digunakan untuk belajar. Biasakan diri dengan tabiat membaca umpamanya sementara menunggu bas, semasa di kantin, semasa membuang air besar dan lain-lain . Pendek kata dunia kamu adalah buku dan kamu mestilah menumpukan sepenuhnya pada pelajaran. Kelulusan kamu sama ada peringkat cemerlang (Distinction) kepujian (credit) atau lulus (pass) bergantung kepada pemusatan fikiran dan perhatian yang diberikan. Kalau kamu bertekad mendapat Pangkat A1 atau A2, kamu mestilah mencurahkan tenaga dan masa seperti orang yang mahu mendapatkan pangkat lebih daripada A1. Dan kalau kamu ingin mendapat kepujian (katakan C6) curahkan tenaga untuk mendapatkan A2. Ringkasnya curahkan tenaga berkali-kali ganda lebih banyak atau tinggi daripada apa yang dicita-citakan. Anda harus mempunyai rasa tanggungjawab dan disiplin diri. Orang yang bertanggungjawab akan berusaha besungguh-sungguh agar lulus dengan baik. Dia sedar akan maruahnya. Masalah besar yang dihadapi oleh kebanyakkan pelajar ialah godaaan (ancaman) pengaruh luar seperti kawan, permainan, kelab, hiburan dan seumpamanya. Semua ini akan berjaya mematahkan semangat dan memesongkan haluan kamu jika azam kamu tidak kuat, matlamat tidak bulat dan padu . Segala usaha dan ikhtiar kan dibalas baik jika dilakukan dengan betul dan bersungguh-sungguh. Ucapkan nama Tuhan sebelum memulakan sesuatu.

Page 8: MOHD NARZUKI BIN YAACOB - Prinsip Perakaunan SPMcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/Buletin... · membuat nota kecil sejak di Tingkatan Empat ... terutama dalam

----------------------------------------------------------------- Kemahiran Belajar (Bil. 4/2008)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 1

KAEDAH BELAJAR BERKESAN

Semasa di kelas, berikan tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran guru.

Sentiasa bersoal-jawab dengan guru dalam hal-hal pelajaran.

Membaca setiap nota yang diberikan oleh guru.

Membuat latihan-latihan yang disediakan oleh guru serta mencari latihan-latihan

tambahan dari buku-buku latihan.

Memahami apa yang dibaca.

Membuat nota ringkas untuk semua mata pelajaran.

Menggunakan kaedah, simbol dan tanda-tanda tertentu untuk memudahkan

pembelajaran.

Belajar menggunakan komputer untuk mendapatkan kefahaman tambahan.

Mengadakan kumpulan perbincangan bagi semua mata pelajaran.

Mendapatkan pengetahuan daripada pelbagai bahan rujukan sama ada

buku,majalah, akhbar dan internet.

Mempelajari teknik-teknik menjawab soalan setiap mata pelajaran.

Meneliti dan menganalisis trend soalan-soalan peperiksaan yang lalu.

Berfikir secara kreatif dan berani memberi idea.

Mendapatkan nasihat guru dalam segala masalah yang dihadapi tentang

pelajaran dan pembelajaran.

Page 9: MOHD NARZUKI BIN YAACOB - Prinsip Perakaunan SPMcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/Buletin... · membuat nota kecil sejak di Tingkatan Empat ... terutama dalam

----------------------------------------------------------------- Kemahiran Belajar (Bil. 5/2008)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 1

TEKNIK-TEKNIK BELAJAR

Teknik-teknik belajar yang kamu mesti praktikkan ialah : 1. Keadaan tempat duduk bilik atau seumpamanya mesti sesuai. Belajar secara

duduk tegak lebih baik daripada berbaring atau bersandar. 2. Semasa membaca, pen mesti ada di tangan bagi mewujudkan suasana yang

serius. Semasa membaca kamu harus mencatat atau melukis sesuatu yang penting.

3. Sebaik-baiknya baca semua sekali mengenai sesuatu tajuk, bukannya secara berperingkat-peringkat. Umpamanya sajak, esei dan lain-lain.

4. Cari perkataan kunci (key word) yang terdapat dalam ayat atau perenggan yang

dibaca. Perkataan-perkataan ini harus diulangi sebutannya supaya dapat dirasakan maknanya dan dengan itu lebih difahami dan melekat dalam ingatan. Catatan atau nota ringkas amat penting terutama di waktu hampir peperiksaan. Ia membolehkan ulang kaji dibuat dalam masa yang singkat tetapi meliputi semua pelajaran yang dipelajari dalam masa 1 tahun.

Kunci kejayaaan dalam menghasilkan catatan yang baik ialah perbendaharaan kata.

Ia akan menolong kamu memahami apa yang dibaca dan menulis semula dalam

bentuk ayat yang pendek, lengkap dan bernas.

Cara-caranya ialah : 1. Gunakan perkataan sendiri bukan menyalin ayat-ayat yang dipetik daripada

karangan asal. 2. Isinya mesti disusun dengan teratur dan mengadungi perkara-perkara yang

penting sahaja. 3. Buat garisan dan tanda-tanda di bahagian yang penting bagi menarik tumpuan

apabila membaca. 4. Gunakan simbol-simbol yang kamu dapat faham. 5. Tinggalkan satu ruangan kosong di tepi sebelah kiri untuk dicatat sebarang

tambahan atau isi penting.

Page 10: MOHD NARZUKI BIN YAACOB - Prinsip Perakaunan SPMcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/Buletin... · membuat nota kecil sejak di Tingkatan Empat ... terutama dalam

----------------------------------------------------------------- Kemahiran Belajar (Bil. 6/2008)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 1

TEKNIK BELAJAR BERKESAN

TEKNIK BELAJAR 5R-STUV

1. Recopy [salin semula] 2. Rework all model 5 x [buat semula contoh/cepat/5x] 3. Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali] 4. Recheck [semak semula] 5. Reasonnablenes [jawapan berpatutan/sebaliknya]

S-sumarize [ringkaskan nota penting] T-test your self [uji diri anda] U-use [gunakan] V-visualize [bayangkan selalu]

TEKNIK BELAJAR SECARA PEMBAYANGAN Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri. Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak 'akademik' seperti perkataan, nombor, kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisisi dan penggunaan tangan kanan. Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi, warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri. Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan bijaksana. Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk menghayalkan pelajaran atau atau adakah ia selalu digunakan untuk menghayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasad-dengki,amalan ilmu hitam dan perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran. Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk mengkhayalkan pelajaran, maka masanya telah tiba kita mengkikis semua khayalan dan imaginasi kosong dan segerakan gunakan setiap saaat yang ada untuk khayalan digunakan untuk membayangkan pelajaran.

TEKNIK BELAJAR PQ3R

Preview (tinjauan awal) Question (soal diri) Read & Underline (Baca,garis dan tanda) Recite & write (lafaz dan tulis nota) Review (tinjauan akhir)

Page 11: MOHD NARZUKI BIN YAACOB - Prinsip Perakaunan SPMcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/Buletin... · membuat nota kecil sejak di Tingkatan Empat ... terutama dalam

----------------------------------------------------------------- Kemahiran Belajar (Bil. 7/2008)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 1

TEKNIK MEMBUAT JADUAL BELAJAR JADUAL belajar amat perlu. Ia merupakan satu aspek pengurusan masa. Ia adalah

satu ikatan atau disiplin diri, untuk memanfaatkan masa yang terluang. Setelah

ditolak masa di sekolah, masa tidur, masa bersukan, masa makan, masa tuisyen

(atau kelas tambahan) dan lain-lain.

Jadual belajar juga merupakan alat pembahagian di antara semua mata pelajaran

yang perlu diberi perhatian. Pembahagian tersebut berdasarkan kepentingan mata

pelajaran dan juga kelemahan setiap calon. Jadi jumlah masa belajar untuk setiap

mata pelajaran berbeza-beza.

LANGKAH PERTAMA dalam membuat jadual belajar ialah tetapkan masa belajar. Contohnya Hari Jumaat - Sabtu : 9.00 pagi - 10.00 pagi 10.30 pagi - 12.00 tengah hari 2.00 petang - 3.30 petang 3.30 petang - 5.00 petang 8.30 malam - 10.00 malam 10.00 malam - 11.30 malam Hari Ahad - Khamis : 2.30 petang - 4.00 petang 4.00 petang - 5.30 petang 8.30 petang - 10.00 malam 10.00 malam - 11.30 malam LANGKAH KEDUA, ialah mengagihkan kekerapan setiap mata pelajaran, berdasarkan kepentingan dan kelemahan diri. Contohnya : Matematik - 4 kali seminggu Bahasa Inggeris - 2 kali Sejarah - 4 kali dan seterusnya

Page 12: MOHD NARZUKI BIN YAACOB - Prinsip Perakaunan SPMcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/Buletin... · membuat nota kecil sejak di Tingkatan Empat ... terutama dalam

----------------------------------------------------------------- Kemahiran Belajar (Bil. 7/2008)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 2

LANGKAH KETIGA, ialah menyediakan jadual yang menggabungkan masa belajar dan agihan mata pelajaran yang disebut di atas. PERINGATAN : 1. Oleh kerana masa yang boleh digunakan untuk belajar, berbeza mengikut hari,

maka jadual belajar perlu dibuat berasingan. Iaitu setiap hari. 2. Masa untuk tidur malam yang sebaik-baiknya ialah antara 11.30 malam hingga

6.00 pagi. 3. Masa belajar 1 jam 30 minit yang diberi di atas hanya contoh sahaja. Ia boleh

dikurangkan kepada 40 minit atau 75 minit atau sebagainya. 4. Pematuhan kepada jadual, tidak semestinya 100%, kerana pelajar mungkin

terpanggil untuk sesuatu tugasan tertentu sama ada yang diperlukan oleh sekolah atau keluarga.

Page 13: MOHD NARZUKI BIN YAACOB - Prinsip Perakaunan SPMcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/Buletin... · membuat nota kecil sejak di Tingkatan Empat ... terutama dalam

----------------------------------------------------------------- Kemahiran Belajar (Bil. 8/2008)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 1

RAHSIA PENGURUSAN MASA PELAJAR CEMERLANG

Masa berbaring sebelum tidur. Amalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis

atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari

telunjuk di atas tilam.

Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)

Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.

Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)

Masa ke tandas waktu malam

Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)

Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)

Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)

Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)

Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)

Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)

Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)

Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)

Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)

Masa sebelum pulang (Lewatkan pulang buat kerja rumah)

Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)

Masa berada dalam bas ( baca kad nota)

Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)

Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)

Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)

Masa ditelipon-pendekan perbualan

Semasa membantu ayah dan ibu (belajar cara bayangan)

Masa menunggu doktor (ulangkaji kad Nota)

Masa berjalan dipersekitaran sekolah (tanya/jawab diri anda)

Masa mesyuarat (ulangkaji kad nota sebelum mesyuarat)

Masa menunggu kawan (ulangkaji kad nota)

Page 14: MOHD NARZUKI BIN YAACOB - Prinsip Perakaunan SPMcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/Buletin... · membuat nota kecil sejak di Tingkatan Empat ... terutama dalam

----------------------------------------------------------------- Kemahiran Belajar (Bil. 9/2008)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 1

AMALAN PENINGKATAN DAYA INGATAN

Faham.

Jarakkan/pecahkan masa belajar.

Lafazkan isi penting dengan cara yang kuat.

Percaya pada diri sendiri.

Ulang berkali-kali.

Guna kata kunci, kata isyarat. kata rahsia & ungkapan lucu.

Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur & semasa bangun tidur.

Bayangkan selalu.

CARA CEMERLANGKAN OTAK

Positive mental attitude & positive physical action.

Air-clean air for the brain.

Mental Challenges for the brain.

Food for the brain.

Exercise for the brain.

Sleep for the brain.

Meditation & power brain

Page 15: MOHD NARZUKI BIN YAACOB - Prinsip Perakaunan SPMcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/Buletin... · membuat nota kecil sejak di Tingkatan Empat ... terutama dalam

---------------------------------------------------------------- Kemahiran Belajar (Bil. 10/2008)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 1

LANGKAH -LANGKAH BIJAK MENJELANG PEPERIKSAAN

Bertenang dan melapangkan fikiran.

Melakukan ulang kaji bagi topik-topik yang penting.

Tidur yang mencukupi..

Menjaga kesihatan diri.

Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat.

Bagi pelajar Islam, perbanyakkan sembahyang hajat .

Membuat dan membaca nota-nota ringkas.

Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.

Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai kerana badan yang

cergas akan meransang kecerdasan otak.

Meminta doa dan restu ibu bapa dan guru-guru.

Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.

Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-

rakan.

Menjawab soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.

Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula.

Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan.

Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yanag

berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan.

Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat atau kaedah

menjawab sebelum dan selepas peperiksaan.

Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.

Membaca dengan teliti setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.

Menjawab soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.

Pastikan pelajar menjawab semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan

yang dinyatakan.

Page 16: MOHD NARZUKI BIN YAACOB - Prinsip Perakaunan SPMcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/Buletin... · membuat nota kecil sejak di Tingkatan Empat ... terutama dalam

---------------------------------------------------------------- Kemahiran Belajar (Bil. 11/2008)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 1

35 PETUA PELAJAR CEMERLANG DARI DR FADZILAH KAMSAH Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan: 1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan

membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut. 2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

a. kita ingat 10 % apayang dibaca b. kita ingat 20% apa yang didengar c. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat d. kita ingat 70% apa yang dicakapkan e. kita ingat 90% setelah dipraktikkan

3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan. 4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah) 5. Belajar dalam persekitaran kondusif.

a. pastikan cahaya adalah terang b. kurangkan gangguan bunyi c. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat

belajar d. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran e. kerusi dan meja menghadap kiblat f. jangan lupa untuk senyum

6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan. 7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih

otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.

8. Tahu teknik merangsang memori:

a. memasukkan maklumat dalam memori (registration) b. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention) c. mengingat kembali (recall) d. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain

(application)

Page 17: MOHD NARZUKI BIN YAACOB - Prinsip Perakaunan SPMcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/Buletin... · membuat nota kecil sejak di Tingkatan Empat ... terutama dalam

---------------------------------------------------------------- Kemahiran Belajar (Bil. 11/2008)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 2

9. Sentiasa awal dan mendahului:

a. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.

b. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.

c. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan. d. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali

sebelum guru mengajar. 10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru. 11. Mempunyai teknik membaca yang betul:

a. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul b. memberikan tumpuan sepanuhnya c. menggunakan jari telunjuk untuk membaca d. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong,

bertangguh & malas. 13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum

mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan. 14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih. 15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji. 16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your

biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.

17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan

lupa 80% selepas belajar). 18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan. 19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum

peperiksaan. 20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali. 21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.

Page 18: MOHD NARZUKI BIN YAACOB - Prinsip Perakaunan SPMcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/Buletin... · membuat nota kecil sejak di Tingkatan Empat ... terutama dalam

---------------------------------------------------------------- Kemahiran Belajar (Bil. 11/2008)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 3

22. Tahu petua mengulang kaji :

a. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita b. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna c. duduk tegak dikerusi yang selesa d. baca doa penerang hati e. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul f. fikir dan ingat kembali isi utama g. catat/lakar h. semak semula ketepatan maklumat i. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain j. buat rumusan k. jawab soalan l. tampal maklumat yang rumit di dinding m. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca

surat khabar, melawat rakan dan sebagainya. 24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:

a. jangan makan kepala ikan b. jangan makan organ dalaman c. jangan minum semasa makan d. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut e. jangan melihat kemaluan f. jangan melihat buih g. jangan membaca nama pada batu nisan h. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu

dan lain-lain i. banyakkan makan kismis, kurma dan madu j. banyakkan makan kekacang k. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan l. jangan makan sehingga terlalu kenyang m. jangan kencing berdiri

25. Tahu kemahiran mengingat:

a. tampal nota-nota penting di dinding b. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah c. gunakan kaedah akronim d. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat e. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil

26. Cekap mengatur jadual belajar:

a. mempunyai jadual belajar b. patuh kepada jadual c. buat jadual yang boleh diikuti

Page 19: MOHD NARZUKI BIN YAACOB - Prinsip Perakaunan SPMcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/Buletin... · membuat nota kecil sejak di Tingkatan Empat ... terutama dalam

---------------------------------------------------------------- Kemahiran Belajar (Bil. 11/2008)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 4

27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.

28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara

yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif. 29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari

dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar. 30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa. 31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas). 32. Pelbagaikan tempat belajar. 33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak

faham 34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting

dan sebagainya. 35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:

a. taat kepada Allah b. mendirikan sembahyang c. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka d. hormati & sayangi guru e. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai

kecemerlangan. f. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari g. membantu rakan yang memerlukan h. berdoa dan bersyukur kepada Allah i. sentiasa bertawakal j. mahir dalam setiap mata pelajaran

Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)