mohd hisham bin abd manaf - fp.utm.my · b soal selidik 54 ... terhadap sektor latihan dan...

66
MENGENAL PASTI FAKTOR-FAKTOR UTAMA YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PAKEJ MATA PELAJARAN SAINS DAN TEKNOLOGI DIKALANGAN PELAJAR LELAKI TINGKATAN EMPAT: SATU TINJAUAN DI SEKOLAH MENENGAN TEKNIK SERI MANJUNG, PERAK DARUL RIDZUAN MOHD HISHAM BIN ABD MANAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: lyxuyen

Post on 20-Jul-2019

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MENGENAL PASTI FAKTOR-FAKTOR UTAMA YANG

MEMPENGARUHI PEMILIHAN PAKEJ MATA PELAJARAN SAINS DAN

TEKNOLOGI DIKALANGAN PELAJAR LELAKI TINGKATAN EMPAT:

SATU TINJAUAN DI SEKOLAH MENENGAN TEKNIK SERI MANJUNG,

PERAK DARUL RIDZUAN

MOHD HISHAM BIN ABD MANAF

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MENGENAL PASTI FAKTOR-FAKTOR UTAMA YANG MEMPENGARUHI

PEMILIHAN PAKEJ MATA PELAJARAN SAINS DAN TEKNOLOGI

DIKALANGAN PELAJAR LELAKI TINGKATAN EMPAT: SATU TINJAUAN

DI SEKOLAH MENENGAN TEKNIK SERI MANJUNG, PERAK DARUL

RIDZUAN

MOHD HISHAM B. ABD MANAF

Laporan projek ini dikemukakan

Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kejuruteraan Elektrik )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2004

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ....................................

Nama Penulis : MOHD HISHAM B. ABD MANAF

Tarikh : .....................................

DEDIKASI

Khas Buat:

Ayahanda dan bonda tersayang Abd Manaf B. Abdul Razak dan Hafsah Bt.

Muhamad serta adinda tercinta Zarifah Bt. Abd Manaf.

Penghargaan dan terima kasih juga ditujukan buat sekalian sahabat seperjuangan

Semoga ALLAH sentiasa meredhai segala usaha dan menjadikan kita

hambaNYA yang bertaqwa.

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah,

Yang Maha Pemurah,

Lagi Maha Mengasihani,

Segala puji bagi Allah s.w.t., selawat dan salam baginda Nabi Muhammad

s.a.w., para sahabat dan mereka yang memperjuangkan Islam. Di ruangan ini, saya

ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Cik Narina

Bt. Abu Samah selaku pensyarah pembimbing yang banyak memberikan tunjuk ajar

dan panduan serta nasihat sehingga dengan izin Allah s.w.t. telah membolehkan saya

menyempurnakan kajian ini.

Kepada pihak pengurusan Sekolah Menengah Teknik Seri Manjung yang

terlibat, terima kasih kerana memberi peluang dan kerjasama dalam proses

peningkatan ilmu dan menaikkan taraf bidang pendidikan ini.

Penghargaan dan terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat secara

langsung mahupun tidak langsung yang membantu menjayakan penyelidikan ini.

Semoga ilmu yang diperolehi dapat digunakan ke jalan yang diredhai.

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengenal pasti faktor-faktor utama yang mempengaruhi

pemilihan pakej mata pelajaran sains dan teknologi dikalangan pelajar lelaki

tingkatan empat. Kajian ini merupakan satu kajian berbentuk tinjauan di Sekolah

Menengah Teknik Seri Manjung, Perak. Terdapat enam faktor yang ingin dikenal

pasti iaitu faktor sikap dan minat terhadap pelajaran, faktor rancangan kerjaya

pelajar, faktor kebolehan dan keterampilan pelajar mengikut pelajar, faktor

keberkesanan pengajaran guru, faktor nilai ekonomi mata pelajaran dan faktor

ganjaran vis-a-vis kesukaran bidang pengajian. Seramai 175 orang responden telah

dipilih berdasarkan populasi yang terdiri dari pelajar-pelajar lelaki tingkatan empat.

Pengumpulan data dilakukan menggunakan kaedah soal selidik. Maklumat yang

diperolehi diproses dan dianalisis berdasarkan frekuensi, peratus dan min. Hasil

dapatan menunjukkan daripada keenam-enam faktor yang dinyatakan telah

dikenalpasti terdapat tiga faktor yang amat mempengaruhi iaitu faktor rancangan

kerjaya, faktor nilai ekonomi mata pelajaran dan faktor ganjaran vis-a-vis kesukaran

bidang pengajian. Implikasi kajian serta cadangan bagi kajian lanjutan juga turut

dikemukakan.

ABSTRACT

The main purpose of this study is to identify the factors that influenced form

four male students in choosing science and technology subjects package. This study

was conducted at Sekolah Menengah Teknik Sri Manjung, Perak. Six factors that

were determined to be studied in this research among them were, students’ attitude

and interest toward the subject, their career planning, as well as students’ ability. In

addition, factors such as the effectiveness of teachers’ teaching, the economic value

of the subjects and the reward in relation to the subjects’ level of difficulties were

also studied. One hundred and seventy five ( n = 175 ) form four male students

participated in the survey that used a set of questionaire as a method to gather data.

Analyzation of the data collected data were based on the frequency, percentage and

mean. Findings of the study showed that among the six factors,three were identified

to have influenced students in choosing the subject. They were their career planning,

the economic value of the subjects and the reward in relation to the subjects’ level of

difficulties. Implications of the study and suggestions for futher study were also

proposed.

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN PEMBIMBING i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI LAMPIRAN xi

SENARAI SINGKATAN xii

BAB I PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 4

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 5

1.7 Skop Kajian 6

1.8 Batasan Kajian 6

1.9 Definisi Terminologi 7

1.10 Kesimpulan 8

BAB II SOROTAN KAJIAN 9

2.1 Pengenalan 9

2.2 Faktor sikap dan minat pelajar terhadap

bidang pelajaran 9

2.3 Faktor rancangan kerjaya 11

2.4 Faktor kebolehan dan keterampilan pelajar

mengikuti pelajaran 12

2.5 Faktor keberkesanan penyampaian

Guru 13

2.6 Faktor nilai ekonomi mata pelajaran-

mata pelajaran 14

2.7 Faktor ganjaran vis-à-vis kesukaran

bidang pengajian 15

2.8 Kesimpulanp 16

BAB III METODOLOGI KAJIAN 17

3.1 Pengenalan 17

3.2 Rekabentuk Kajian 17

3.3 Lokasi Kajian 18

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 18

3.5 Instrumen Kajian 19

3.6 Kajian Rintis 20

3.7 Prosedur Kajian 21

3.8 Analisis Data 22

3.9 Kesimpulan 24

BAB IV ANALISIS DATA 25

4.1 Pengenalan 25

4.2 Analisis Data 25

4.2.1 Analisis faktor sikap dan minat

terhadap bidang pelajaran 26

4.2.2 Analisis faktor rancangan kerjaya

Pelajar 28

4.2.3 Analisis faktor kebolehan dan

keterampilan pelajar mengikut

pelajar 31

4.2.4 Analisis faktor keberkesanan

pengajaran guru 33

4.2.5 Analisis faktor nilai ekonomi

mata pelajaran 35

4.2.6 Analisis faktor ganjaran vis-a-vis

kesukaran bidang pengajian 38

4.3 Rumusan 40

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 41

5.1 Pengenalan 41

5.2 Rumusan 42

5.3 Kesimpulan 45

5.4 Implikasi kajian 46

5.5 Cadangan kajian lanjutan 47

5.6 Penutup 48

BIBLIOGRAFI 49

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL PERKARA MUKA SURAT

1.1 Pakej-pakej pengkhususan 3

3.1 Set Skala Likert 19

3.2 Taburan Item Soal Selidik 20

3.3 Pemeringkatan Skala Likert 23

3.5 Tahap Penilaian Berdasarkan Min 23

4.1 Analisis data faktor sikap dan minat terhadap

bidang pelajaran 26

4.2 Analisis faktor rancangan kerjaya pelajar 28

4.3 Analisis faktor kebolehan dan keterampilan

pelajar mengikut pelajar 31

4.4 Analisis faktor keberkesanan pengajaran guru 33

4.5 Analisis faktor nilai ekonomi mata pelajaran 35

4.6 Analisis ganjaran vis-a-vis kesukaran bidang

pengajian 38

4.7 Faktor-faktor mengikut keutamaan 40

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA MUKA SURAT

A Surat Kebenaran Menjalankan 52

Tesis dari Fakulti

Pendidikan, UTM.

B Soal Selidik 54

C Surat Kebenaran EPRD 58

D Panduan Pemilihan Mata Pelajaran Dalam

Konteks SPM Pensijilan Terbuka 60

E Jadual pensempelan Krejcie Morgan 78

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN PENERANGAN

1. KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

2. PMR Penilaian Menengah Rendah

3. SPSS Statiscal Package For Sosial Science

4. EPRD Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Pendidikan, Kementerian Pendidikan

5. UTM Universiti Teknologi Malaysia

6. SPM Sijil Pelajaran Malaysia

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Selaras dengan dunia globalisasi, terdapat perubahan yang besar terhadap

ekonomi dan teknologi. Perubahan-perubahan ini telah memberikan kesan langsung

terhadap dunia pekerjaan. Terdapat pelbagai jenis pekerjaan baru telah wujud dan

tidak kurang juga pekerjaan-pekerjaan yang telah terhapus atau telah kurang

permintaannya. Ini menunjukkan bahawa perubahan yang berlaku didalam dunia

pekerjaan ini mempengaruhi pasaran kerja dan seterusnya mempengaruhi penawaran

terhadap sektor latihan dan pendidikan di institut kemahiran, serta institut pengajian

tinggi. Tidak terlepas dari arus perubahan ini juga ialah sekolah. Dengan pelancaran

sistem pensijilan terbuka, kini para pelajar sekolah sepatutnya telah mula mengorak

langkah.

Perubahan yang berlaku dalam dunia pekerjaan telah memberi impak yang

besar bukan sahaja terhadap golongan pekerja malahan kanak-kanak dan juga remaja.

Persekitaran kerja kini menuntut para pekerja supaya mempunyai ilmu pengetahuan

dan kemahiran yang tinggi selaras dengan arus permodenan. Begitu juga dengan

kanak-kanak dan remaja, mereka seharusnya telah bersedia dengan perubahan-

perubahan yang berlaku ini.

1.1 Latar Belakang Masalah

Mulai tahun 2000, pihak kementerian pendidikan telah memperkenalkan

SPM Pensijilan Terbuka bagi menggantikan SPM. Mengikut peraturan pensijilan

terbuka, pelajar hanya perlu mengambil enam mata pelajaran wajib iaitu Bahasa

Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam / Moral, Sejarah, Matematik dan sains.

Pemilihan mata pelajaran lain adalah bebas tidak seperti yang diamalkan dahulu

dimana pengambilan mata pelajaran elektif adalah mandatori mengikut syarat

tertentu.

Sistem SPM Pensijilan Terbuka ini telah memberikan ruang yang besar

kepada pelajar untuk memilih sendiri mata pelajaran-mata pelajaran yang mereka

perlukan. Tidak dinafikan kemungkinan pelajar hanya akan memilih mata pelajaran

yang ringan atau memilih mata pelajaran mengikut kombinasi yang kurang sesuai.

Oleh yang demikian pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah

menyediakan pakej-pakej yang bersesuaian dengan keperluan melanjutkan pelajaran

ke institut pengajian tingi dan keperluan kerjaya. Terdapat dua pakej utama iaitu eka

pengkhususan dan dwi pengkhususan.

Proses penjurusan ini merupakan satu proses yang amat penting bagi pelajar.

Penjurusan yang tepat semestinya akan membawa kepada berbagai perkembangan

yang positif dalam bidang pelajaran dan sahsiah. Menyedari kepentingan ini KPM

telah menyenaraikan sebanyak enam faktor yang mempengaruhi pemilihan pakej

mata pelajaran di dalam Panduan Pemilihan Mata Pelajaran Berdasarkan Konteks

SPM Pensijilan Terbuka. Keenam-enam faktor tersebut ialah faktor sikap dan minat

terhadap bidang pelajaran, faktor rancangan kerjaya pelajar, faktor kebolehan dan

keterampilan pelajar mengikut pelajar, faktor keberkesanan pengajaran guru, faktor

nilai ekonomi mata pelajaran-mata pelajaran dan faktor ganjaran vis-a-vis kesukaran

bidang pengajian.

Selaras dengan usaha kerajaan untuk mencapai status negara maju menjelang

tahun 2020, KPM telah menetap sasaran pelajar bidang sains dan teknologi dengan

nisbah 60% berbanding bidang sains sosial 40%. Oleh yang demikian adalah

menjadi tanggung jawab pihak sekolah dan para guru untuk memastikan hasrat KPM

ini tercapai. Satu pelan tindakan yang sistematik seharusnya dibentuk agar nisbah

penawaran yang ditetapkan ini mampu dilaksanakan.

Jaduai 1.1: Pakej-pakej pengkhususan

(Sumber : Panduan pemilihan matapelajaran dalam konteks SPM pensijilan

terbuka,KPM, 1998)

Eka pengkhususan Dwi pengkhususan

1. Sains tulen

2. Sastera ikhtisas

3. Pengajian Islam

4. Kemanusiaan

5. Vokasional

6. Sains Tambahan

7. Teknologi maklumat

a. Sains tulen – teknologi

b. Sains tulen sastera ikhtisas

c. Pengajian Islam – Sains tulen

d. Pengajian Islam - teknologi

e. Pengajian Islam - Sastera

ikhtisas

f. Sastera ikhtisas - teknologi

maklumat

g. Kemanusian – Sastera ikhtisas

h. Sains Tambahan - Sastera

Ikhtisas

1.2 Pernyataan Masalah

Berdasarkan masalah ini pengkaji ingin mengenal pasti apakah faktor-faktor

utama yang mempengaruhi pemilihan pakej mata pelajaran sains dan teknologi

dikalangan pelajar lelaki berdasarkan faktor-faktor yang telah dikeluarkan oleh KPM.

1.3 Objektif Kajian

Terdapat enam objektif dalam kajian ini, iaitu untuk mengenalpasti :

1.3.1 Sama ada faktor sikap dan minat terhadap bidang pelajaran merupakan faktor

utama yang mempengaruhi pemilihan pakej mata pelajaran sains dan

teknologi dikalangan pelajar tingkatan empat.

1.3.2 Sama ada faktor rancangan kerjaya pelajar merupakan faktor utama yang

mempengaruhi pemilihan pakej mata pelajaran sains dan teknologi

dikalangan pelajar tingkatan empat

1.3.3 Sama ada faktor kebolehan dan keterampilan pelajar mengikut pelajar

merupakan faktor utama yang mempengaruhi pemilihan pakej mata pelajaran

sains dan teknologi dikalangan pelajar tingkatan empat

1.3.4 Sama ada faktor keberkesanan pengajaran guru merupakan faktor utama yang

mempengaruhi pemilihan pakej mata pelajaran sains dan teknologi

dikalangan pelajar tingkatan empat

1.3.5 Sama ada faktor nilai ekonomi mata pelajaran – mata pelajaran merupakan

faktor utama yang mempengaruhi pemilihan pakej mata pelajaran sains dan

teknologi dikalangan pelajar tingkatan empat

1.3.6 Sama ada faktor ganjaran vis-a-vis kesukaran bidang pengajian merupakan

faktor utama yang mempengaruhi pemilihan pakej mata pelajaran sains dan

teknologi dikalangan pelajar tingkatan empat

1.4 Persoalan Kajian

Terdapat enam persoalan di dalam kajian ini:

1.4.1 Adakah faktor sikap dan minat terhadap bidang pelajaran merupakan faktor

utama yang mempengaruhi pemilihan pakej mata pelajaran sains dan

teknologi dikalangan pelajar tingkatan empat?

1.4.2 Adakah faktor rancangan kerjaya pelajar merupakan faktor utama yang

mempengaruhi pemilihan pakej mata pelajaran sains dan teknologi

dikalangan pelajar tingkatan empat?

1.4.3 Adakah faktor kebolehan dan keterampilan pelajar mengikut pelajar

merupakan faktor utama yang mempengaruhi pemilihan pakej mata pelajaran

sains dan teknologi dikalangan pelajar tingkatan empat?

1.4.4 Adakah faktor keberkesanan pengajaran guru merupakan faktor utama yang

mempengaruhi pemilihan pakej mata pelajaran sains dan teknologi

dikalangan pelajar tingkatan empat?

1.4.5 Adakah faktor nilai ekonomi mata pelajaran mata pelajaran merupakan faktor

utama yang mempengaruhi pemilihan pakej mata pelajaran sains dan

teknologi dikalangan pelajar tingkatan empat?

1.4.6 Adakah faktor ganjaran vis-a-vis kesukaran bidang pengajian merupakan

faktor utama yang mempengaruhi pemilihan pakej mata pelajaran sains dan

teknologi dikalangan pelajar tingkatan empat?

1.5 Kepentingan Kajian

Melalui hasil kajian yang dijalankan diharap dapat membantu guru-guru dan

pihak sekolah dalam usaha mencapai nisbah 60:40 pelajar sains dan teknologi

berbanding sains sosial yang disasarkan KPM. Kajayaan memenuhi nisbah

penawaran ini semestinya akan dapat melahirkan lebih ramai saintis dan teknologis

di dalam negara seterusnya membantu negara dalam mancapai status negara maju

kelak. Diharapkan kajian ini juga akan membantu ibubapa dalam usaha mereka

untuk memberikan sokongan dan panduan kepada anak-anak.

1.6 Skop Kajian

Kajian ini dijalankan hanya untuk mengenalpasti apakah faktor-faktor utama

yang mempengaruhi pemilihan pakej mata pelajaran sains dan teknologi dikalangan

pelajar lelaki tingkatan empat. Keenam-enam faktor yang dikaji merupakan faktor–

faktor yang telah dikenalpastikan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia

sebagai faktor yang mempengaruhi pemilihan pakej matapelajaran. Faktor-faktor

tersebut ialah faktor sikap dan minat terhadap bidang pelajaran, faktor rancangan

kerjaya pelajar, faktor kebolehan dan keterampilan pelajar mengikut pelajar, faktor

keberkesanan pengajaran guru, faktor nilai ekonomi mata pelajaran-mata pelajaran

dan faktor ganjaran vis-a-vis kesukaran bidang pengajian.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini hanya dijalankan di Sekolah Menengah Teknik Seri Manjung,

Manjung Perak Darul Ridzuan sahaja. Sampel kajian adalah seramai 175 orang

pelajar lelaki tingkatan empat sahaja. Rasional pemilihan responden yang terdiri

dari pelajar lelaki sahaja adalah berdasarkan dapatan dari kajian yang telah

dijalankan oleh Mohamad Nasir, Bisnan dan Bhasah (2002) bertajuk “Keperluan

pelajar sekolah menengah: Kajian kes di hilir perak”. Hasil dari kajian mendapati

pelajar lelaki lebih banyak memerlukan perhatian serta penerimaan dari pada semua

pihak, terutama keluarga dan sekolah.

1.8 Definisi Terminologi

Bagi mengelakkan kekeliruan dan memudahkan pembaca memahami kajian

ini, beberapa istilah diperjelaskan agar ia selari dengan maksud yang dicadangkan

dalam kajian ini.

1.8.1 Sikap dan minat

Sikap ialah hasil sampingan yang menjejaskan pengalaman seseorang

individu mempunyai asasnya pada desakan dalaman, tabiat yang dipelajari dan

pengaruh alam sekitar yang mengelilinginya (Crow, 1983). Minat pula merupakan

keghairahan atau kegemaran untuk melakukan sesuatu. Di dalam kajian, definisi

sikap dan minat digabungkan yang membawa maksud perasaan ingin tahu dan

semangat yang tinggi untuk mencuba sesuatu bidang.

1.8.2 Kebolehan dan keterampilan

Menurut Mohd Yusof (1993), keterampilan bukan sahaja bererti kepakaran

malah lebih dari itu, ia juga memerlukan kelayakan, kemampuan, kesanggupan,

resiko, kecekapan dan ketangkasan untuk melakukan sesuatu. Kebolehan pula ialah

keupayaan untuk melakukan sesuatu. Di dalam kajian ini, kebolehan dan

keterampilan pelajar mengikut pelajar bermaksud penilaian prestasi akademik pelajar

mengikut persepsi pelajar itu sendiri.

1.8.3 Faktor

Faktor adalah keadaan atau tenaga yang mempunyai pengaruh ke atas hasil

dari sesuatu yang berlaku itu mesti ada sebabnya ( Kamus Dewan, 1991 ). Di dalam

kajian ini faktor yang mempengaruhi pemilihan pakej mata pelajaran sains dan

teknologi bermaksud sebab mengapa pelajar memilih pakej mata pelajaran sains dan

teknologi.

1.8.4 Vis-a-vis

Dalam hubungannya (pertaliannya) dengan. (Kamus Dewan, 1997). Di

dalam kajian ini, ganjaran vis-a-vis kesukaran bidang pengajian bermaksud pertalian

diantara ganjaran dengan kesukaran bidang pengajian.

1.9 Kesimpulan

Dalam bab ini pengkaji menerangkan pendahuluan kajian yang mengandungi

pelbagai aspek termasuklah latarbelakang masalah, penyataan masalah, objektif

kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, batasan kajian, tempat kajian dan

definasi konsep. Di dalam bab ini ianya lebih menerangkan tentang kajian yang akan

dilakukan bagi memenuhi kehendak penyelidik.

BAB II

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

Bab ini menerangkan beberapa sorotan kajian yang berkaitan dengan

keenam-enam faktor yang mempengaruhi pelajar tingkatan empat dalam membuat

pemilihan pakej mata pelajaran sains dan teknologi. Berdasarkan objektif kajian

seperti yang telah dinyatakan didalam bab satu, kajian ini bertujuan untuk mengenal

pasti apakah faktor yang mempengaruhi pelajar lelaki tingkatan empat dalam

membuat pemilihan pakej mata pelajaran sains dan teknologi. Bab ini juga

membincangkan pengaruh setiap faktor terhadap diri pelajar.

2.2 Faktor Sikap Dan Minat Pelajar Terhadap Bidang Pelajaran

Minat boleh dianggap sebagai daya penggerak yang mendorong kita supaya

memberi perhatian kepada seseorang, sesuatu benda atau kegiatan; atau ia boleh

merupakan pengalaman yang berpengaruh yang telah dirangsang oleh kegiatan itu

sendiri (Crow, 1983). Menurut Crow (1983), minat dan usaha, kerja tidak dapat

diselesaikan tanpa mengeluarkan usaha. Lebih sukar sesuatu tugas, lebih banyak

tenaga yang diperlukan untuk melaksanakan tugas itu dengan baik. Dalam konteks

pembelajaran, penguasaan sesuatu mata pelajaran atau kemahiran mungkin

memerlukan perhatian yang teliti. Akan tetapi semua ini dapat dipermudahkan

sekiranya terdapat minat dalam melakukannya. Dalam proses pembelajaran, minat

merupakan satu faktor penting yang boleh menentukan pencapaian seseorang pelajar.

Minat dan kecenderungan memainkan peranan untuk mempengaruhi pencapaian

seseorang dalam apa juga kegiatan termasuklah dalam pembelajaran (Abu Zahari,

1988). Syarifah Alwiyah ( 1983 ) mendefinisikan minat sebagai daya penggerak atau

kecenderungan seseorang itu memberikan perhatian terhadap seseorang, benda atau

sebarang kegiatan. Penumpuan terhadap perkara yang menarik minatnya akan timbul

secara spontan dan mengambil berat terhadapnya.

Menurut Crow (1983), sikap memberi kemungkinan besar untuk pencapaian

yang berjaya dan juga kegagalan dalam hidup. Ia adalah penggerak penting pada

tingkah laku dan mempengaruhi semua nilai kehidupan. Sikap murid-murid yang

sihat adalah menggemari mata pelajaran (Ee, 1988). Pelajar yang menggemari mata

pelajaran yang dipelajari akan memberi lebih tumpuan terhadap apa yang

dipelajarinya. Selain dari menggemari mata pelajarannya pelajar-pelajar dapat

melakukan tugasan tanpa membuang masa, bersemangat dalam melakukan tugasan

sekolah dan pandai melakukan tugasan sekolah dan pandai menggunakan masa

lapang dan aktiviti-aktiviti yang lebih berfaedah.

Oleh yang demikian di dalam konteks kajian ini, nyatalah faktor sikap dan

minat merupakan salah satu faktor yang perlu dititik beratkan dalam soal pemilihan

pakej matapelajaran. Pembelajaran lebih mudah berlaku jika seseorang itu berminat

atau sanggup mempelajari sesuatu (Saniah, et.al 2000). Minat mampu memberikan

motivasi yang tinggi di dalam diri pelajar untuk meneruskan pelajaran dan seterusnya

dapat membentuk sikap yang positif.

2.3 Faktor Rancangan Kerjaya

Sebelum mempunyai rancangan kerjaya, seseorang individu itu seharusnya

mempunyai kesedaran kerjaya. Rohany dan Fatimah (1987) dalam Rohany (2003),

berpendapat kesedaran kerjaya merupakan satu aspek yang penting dalam membantu

proses perkembangan kerjaya. Menurut Rohany (2003), semasa awal perkembangan

iaitu dalam lingkungan umur empat tahun, kanak-kanak mula menyedari tentang

aktiviti yang dilakukan oleh seseorang dalam persekitran mereka. Ketika ini kanak-

kanak mula menfantasikan diri mereka berada dalam pekerjaan yang diperhatikan

mereka, sama ada oleh yang dikenali atau yang ditonton melalui televisyen.

Seterusnya kanak-kanak bukan hanya mengenali bahkan mula mencuba aktiviti yang

disukai dan yang tidak disukai. Proses mengidentifikasikan diri dengan aktiviti atau

pekerjaan tertentu akan mula berlaku pada peringkat sekolah menengah dan pada

tahap inilah pemilihan mula dilakukan.

Menurut Fadele (1974) dalam Rohany (2003), telah mengenalpasti beberapa

perkara penting yang boleh menentukan kesedaran kerjaya iaitu:

a) Mengenali nama pekerjaan

b) Pekaitan antara satu pekerjaan dengan pekerjaan lain

c) Taraf pekerjaan

d) Hasil pekerjaan

e) Peranan pekerjaan

f) Kebisaan dengan pekerjaan

Menurut Suradi (1996), semasa di sekolah lagi pelajar patut memperolehi

gambaran tentang pekerjaan dan penilaian masyarakat terhadap berbagai-bagai

pekerjaan yang terdapat kerana, kebanyakan pekerjaan memerlukan persediaan yang

lama dan persediaan kerjaya itu dibuat dari masa pelajar berada di sekolah lagi.

Seharusnya kesedaran kerjaya telah terdapat dalam diri setiap pelajar terutamanya

bagi pelajar tingkatan empat kerana penjurusan pelajaran telah dibuat pada peringkat

ini. Dengan mempunyai kesedaran kerjaya pelajar dapat merancang kerjaya mereka.

Oleh yang demikian pelajar dapat memilih pakej mata pelajaran yang bersesuaian

dengan kehendak kerjaya mereka.

2.4 Faktor Kebolehan Dan Keterampilan Pelajar Mengikuti Pelajaran

Menurut Mohd Yusof (1993), seseorang pelajar itu mestilah mampu melihat

unsur-unsur keterampilan yang ada pada dirinya. Keterampilan bukan sahaja bererti

kepakaran malah lebih dari itu, ia juga memerlukan kelayakan, kemampuan,

kesanggupan, resiko, kecekapan dan ketangkasan untuk melakukan sesuatu.

Menurut Mohd Yusof lagi terdapat 12 unsur keterampilan penting yang perlu ada

pada setiap pelajar dalam menentukan keberkesanan dan kecemerlangan.

a) Komunikasi yang baik dengan guru

b) Cara membaca buku yang betul

c) Merujuk ke perpustakaan

d) Memahami pembelajaran di dalam kelas

e) Membuat latihan

f) Menjalankan kerja Amali

g) Menjalankan projek

h) Membuat pembentangan

i) Menjawab peperiksaan

j) Menangani masalah sosial

k) Menangani masalah keluarga

l) Sabar, tabah dan cekal.

2.5 Faktor Keberkesanan Penyampaian Guru

Guru merupakan penghubung antara pelajar dengan ilmu pengetahuan. Guru

bertanggungjawab untuk membentuk insan yang berilmu, berakhlak tinggi serta

mahir menggunakan ilmu yang dipelajari. Peranan guru adalah sangat penting dalam

mentranfomasikan ilmu atau pengetahuan daripada disiplin akedemik kepada

pengajaran yang berkesan iaitu sesuai, releven dan menarik (White, 1987). Peranan

guru bukan sahaja setakat mengajar berpandukan sukatan mata pelajaran malahan

memastikan anak didiknya berjaya dalam pelajaran. Salah satu daripada

tanggunjawab utama guru ialah menimbulkan minat dikalangan pelajar atau secara

umumnya menimbulkan motivasi kepada pelajar (Atan, 1988). Para guru dapat

menimbulkan minat pelajar dalam pelajaran yang disampaikan jika pengajaran

mereka menggunakan rangsangan seperti intonasi suara yang berubah-ubah, dan alat

bantu mengajar yang menarik. Guru juga seharusnya pandai mengaitkan pelajaran

dengan minat, perasaan ingin tahu dan ingin meneroka pada pelajar. Pelajar yang

telah dimotivasi biasanya lebih berminat dan akan mempercepatkan pembinaan

konsep yang dipelajari seterusnya mencapai obektif pembelajaran. Keadaan ini

pastinya akan dapat menyediakan diri pelajar untuk terus belajar (Ee, 1996).

Guru perlu kreatif dan inovatif dalam usaha memberi pemahaman kepada

pelajar tentang ilmu yang disampaikan. Seorang pendidik yang cekap sentiasa

mencari punca tentang kelemahan dan kerumitan yang dihadapi pelajar, guru juga

mengutamakan tentang kesesuaian bahan bantu mengajar (BBM) bagi membantu

pembelajaran (Syarifah Alwiyah, 1984). Penilaian, peperiksaan, ujian serta kuiz

adalah langkah terbaik untuk guru mendapatkan maklum balas tentang keberkesanan

pengajaran guru serta mengetahui tahap cerapan pelajar terhadap ilmu yang diajar

(Ee dan Tai, 1996). Seorang guru yang cemerlang sentiasa mempelbagaikan teknik

pengajarannya (Othman, 1997).

Hubungan antara guru dan pelajar merupakan salah satu faktor penting yang

akan membawa kesan positif terhadap pembelajara pelajar (Bush, 1954). Guru

harus pandai membuat refleksi terhadap hubungannya dengan pelajar. Dengan cara

ini guru akan mencapai kecekapan dalam melayani pelajar yang mempunyai

keperluan berbeza (Ee, 1996).

2.6 Faktor Nilai Ekonomi Mata Pelajaran-Mata Pelajaran

Nilai ekonomi mata pelajaran-mata pelajaran amat berkait rapat dengan

perancangan pendidikan tinggi dan kerjaya. Sesuatu mata pelajaran itu dikatakan

mempunyai nilai ekonomi yang tinggi jika melalui mata pelajaran itu pelajar akan

mempunyai lebih peluang untuk melanjutkan pelajaran dan mempunyai banyak

polihan bidang kerjaya.

Hakikatnya semua mata pelajaran-mata pelajaran yang ditawarkan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Tiada satu

pun mata pelajatran-mata pelajaran yang ditawarkan mempunyai nilai ekonomi yang

rendah. Tinggi atau rendah nilai ekonomi sesuatu mata pelajaran itu adalah

bergantung pada perancangan pendidikan tinggi dan kerjaya seseorang pelajar itu.

Sebagai contoh seseorang pelajar yang ingin mendalami bidang perubatan, mungkin

menganggap mata pelajaran-mata pelajaran sains, kimia dan biologi mempunyai

nilai ekonomi yang tinggi dan menganggap mata pelajaran-mata pelajaran seperti

lukisan kejuruteraan, geografi dan pendidikan seni mempunyai nilai ekonomi yang

rendah. Oleh itu bagi pelajar yang mempunyai perancangan pendidikan tinggi dan

kerjaya, mereka semestinya boleh membuat penilaian manakah antara mata

pelajaran-mata pelajaran yang bernilai tinggi bagi mereka.

Disebabkan faktor nilai ekonomi ini amat bergantung pada perancangan

pengajian tinggi dan kerjaya, semestinya faktor pasaran kerjaya semasa amat

mempengaruhi. Sekiranya negara amat memerlukan saintis dan teknologis,

semestinya terdapat banyak peluang didalam bidang ini, secara tidak langsung

menaikkan nilai ekonomi mata pelajaran-mata pelajaran yang berkaitan dengannya.

Tetapi sekiranyan peluang pekerjaan didalam bidang sains dan teknologi amat sedikit

sebaliknya bidang pertaniaan pula yang mempunyai banyak peluang pekerjaan,

semestinya mata pelajaran yang berkaitan pertanian pula bernilai tinggi.

Walaubagaimana pun nyatalah pelajar itu sendiri mempunyai kuasa penuh dalam

mengawal faktor nilai ekonomi mata pelajaran ini.

2.7 Faktor Ganjaran Vis-A-Vis Kesukaran Bidang Pengajian

Melalui pelaksanaan SPM pensijilan terbuka, pelajar mempunyai kuasa

penuh didalam memilih mata pelajaran elektif. Oleh yang demikian, terdapat

kemungkinan para pelajar akan mengambil mata pelajaran-mata pelajaran yang

ringan sahaja untuk memudahkan laluan mereka di dalam peperiksaan kelak.

Pengambilan mata pelajaran-mata pelajaran yang ringan ini akan membuatkan sijil

SPM mereka bernilai rendah. Menyedari masalah ini pihak Kementerian Pendidikan

Malaysia telah menyediakan beberapa pakej mata pelajaran elektif yang terdiri dari

berbagai kombinasi mata pelajaran untuk memastikan sijil SPM ini bernilai tinggi.

Ganjaran vis-a-vis kesukaran bidang pengajian bermaksud, peluang atau

faedah yang pelajar akan perolehi hasil dari pembelajaran mereka. Ganjaran ini

adalah berupa peluang-peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi

ataupun peluang untuk mendapatkan pekerjaan.

Tiada jalan mudah untuk menempa kejayaan, tahap kesukaran sesuatu bidang

pengajian itu dapat diukur melalui usaha yang dijalankan untuk mempelajarinya.

Dengan usaha yang lebih pasti bidang pengajian yang sukar akan menjadi mudah,

begitu juga sebaliknya. Namun usaha yang gigih memerlkan motivasi diri yang

tinggi. Salah satu cara untuk meningkatkan motivasi adalah dengan adanya ganjaran.

Ini bermaksud, sesukar manapun sesuatu bidang pengajian itu, jika ganjaran yang

ditawarkan adalah lumayan, ini semestinya akan meningkatkan motivasi diri pelajar

untuk mencuba dan berusaha mendapatkan ganjaran yang ditawarkan.

2.8 Kesimpulan

Keenam-enam faktor yang telah digariskan oleh Kementerian Pendidikan

Malaysia nyatalah mempunyai pengaruh terhadap pemilihan mata pelajaran

dikalangan pelajar tingkatan empat. Oleh yang demikian untuk menjawab objektif

dan persoalan kajian yang telah di utarakan, penyelidik mengaitkan faktor-faktor ini

dalam soal selidik terhadap responden. Berdasarkaan maklumbalas yang diperolehi,

penyelidik akan merumuskan dan membincangkaan dengan lebih lanjut pada bab-

bab yang seterusnya.

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan metodologi yang digunakan dalam kajian.

Perbincangan meliputi aspek rekabentuk kajian, populasi kajian, sampel kajian,

instrumen kajian, prosedur kajian, kajian rintis, kaedah pengumpulan data dan

analisis data.

3.2 Rekabentuk Kajian

Kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi pemilihan

pakej mata pelajaran sains dan teknologi berdasarkan faktor-faktor yang telah

ditentukan oleh KPM. Kajian ini ialah satu kajian deskriptif. Kaedah ini digunakan

kerana ianya sesuai digunakan bagi mengetahui sikap seseorang (Mohd Najib, 1999).

Kajian berbentuk deskriptif sesuai digunakan dalam penyelidikan yang bermatlamat

untuk menerangkan sesuatu fenomena yang berlaku dalam populasi (Saiful Bahri,

2000). Data diperolehi melalui soal-selidik yang akan dijalankan. Pendekatan soal

selidik digunakan sebagai kaedah pengumpulan data bagi menerangkan

pembolehubah yang dikaji (Mohd Najib, 1999).

3.3 Lokasi Kajian

Lokasi kajian yang dipilih adalah di Sekolah Menengah Teknik Seri

Manjung, Manjung, Perak Darul Ridzuan. Rasional sekolah jenis ini dipilih kerana

pelajar-pelajar yang masuk ke sekolah ini merupakan pelajar yang benar-benar telah

membuat pemilihan pakej. Ini adalah berlainan dengan sekolah harian biasa dimana

terdapat pelbagai faktor lain yang menyebabkan mereka berada di dalam sesuatu

pekej itu. Begitu juga dengan sekolah berasrama penuh, pelajar-pelajar di sekolah

ini merupakan pelajar yang terpilih, oleh itu pemilihan pakej dijalankan oleh pihak

sekolah bukan pelajar itu sendiri. Sekolah ini juga dipilih kerana sekolah ini hanya

menawarkan pakej sains dan teknologi sahaja. Oleh yang demikian pengkaji telah

menetapkan kumpulan responden untuk kajian ini terdiri dari pelajar-pelajar

tingkatan empat sekolah ini, kerana kemasukan pelajar kesekolah ini adalah

berdasarkan permohonan pelajar itu sendiri.

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian

Populasi kajian terdiri daripada pelajar lelaki tingkatan empat, Sekolah

Menengah Teknik Seri Manjung, Perak Darul Ridzuan. Rasional pemilihan

responden ini ialah kerana mereka telah mengambil peperiksaan Penilaian Menengah

Rendah (PMR) pada tahun 2002 dan telah pun membuat pemilihan pakej untuk ke

tingkatan empat pada Januari 2003. Saiz populasi ialah seramai 320 orang pelajar.

Saiz sampel ini adalah diambil berdasarkan kepada jadual jumlah sampel mengikut

populasi (Krecie, Morgan, 1970). Saiz sampel yang diambil ialah seramai 175

orang.

3.5 Instrumen Kajian

Bagi tujuan pengumpulan data kaedah soal selidik digunakan. Soal selidik

digunakan kerana ia mudah ditadbir setelah dibina dengan baik dan data senang

diproses untuk analisis (Mohamad Najib, 1999). Borang soal selidik ini

mengandungi satu bahagian sahaja dan mempunyai sebanyak 30 pernyataan mudah.

Set soal selidik ini merupakan set soal selidik yang dibina sendiri oleh pengkaji. Set

soal selidik ini mengandungi 30 pernyataan mudah mengenai pemilihan pakej mata

pelajan. Soal selidak ini dibina berdasarkan keenem-enam faktor pemilihan pakej

mata pelajaran yang dikemukakan oleh KPM iaitu sikap dan minat terhadap bidang

pelajaran, rancangan kerjaya, kebolehan dan keterampilan pelajar mengikut pelajar,

keberkesanan pengajaran guru, nilai ekonomi mata pelajaran dan ganjaran vis-a-vis

kesukaran bidang pengajaran. Setiap faktor mempunyai lima pernyataan. Skala

likert digunakan sebagai skala pengukuran dan penilaian. Skala Likert digunakan

kerana ianya dapat menunjukkan arah, sama ada responden menyokong sesuatu

pernyataan itu atau menafikannya (Mohd Najib, 1999).

Jadual 3.1: Set Skala Likert

Maklum Balas Skor Sangat tidak setuju (STS) 1

Tidak setuju (TS) 2

Tidak pasti (TP) 3

Setuju (S) 4

Sangat setuju (SS) 5

Jadual 3.2 : Taburan Item Soal Selidik

Faktor Nombor Item Jumlah

Sikap dan minat 1,7,13,19,25 5

Rancangan Kerjaya 2,8,14,20,26 5

Kebolehan dan

keterampilan

3,9,15,21,27 5

Keberkesanan

penyampaian guru

4,10,16,22,28 5

Nilai ekonomi mata

pelajaran

5,11,17,23,29 5

Nilai vis-a-vis kesukaran

bidang pelajaran

6,12,18,24,30 5

Jumlah 30

3.6 Kajian Rintis

Satu kajian rintis telah dijalankan bagi memastikan kebolehpercayaan

instrumen. Kajian rintis memberi peluang kepada responden untuk memberi komen

terhadap instrumen kajian (Borg dan Gall, 1979). Menurut Sprinthall, Schmutte dan

Sirois (1991), kajian rintis membolehkan penyelidik mengenalpasti kekurangan item

soal selidik dan instrumen kajian, seterusnya membuat beberapa perubahan supaya

tidak menjejaskan hasil kajian. Tujuan kajian rintis adalah untuk :-

a) Mengetahui sejauh mana kesesuaian keseluruhan penggunaan instrumen

kepada sampel kajian.

b) Mengetahui sejauh mana kejelasan pernyataan dan soalan yang

digunakan. Pelajar dibenarkan bertanya kepada penyelidik.

c) Mengetahui sejauh mana sampel memahami kehendak soalan.

Seramai 10 orang responden di sekolah yang sama telah dipilih untuk

menjalankan kajian rintis. Dari kajian rintis tersebut beberapa pembetulan dibuat

sekiranya perlu terhadap item bagi memantapkan soalan. Daripada kajian rintis

yang dijalankan, didapati nilai alpha ialah 0.812. Sekiranya nilai koefisian

adalah tinggi (0.8 ke atas), bolehlah disimpulkan bahawa soal selidik yang telah

dilakukan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi (Mohamad Najib, 1999).

3.7 Prosedur Kajian

Sesuatu kajian yang dibuat perlu terlebih dahulu mendapatkan kebenaran

menjalankan penyelidikan disesuatu tempat yang tertentu. Pihak UTM telah

mengeluarkan surat kebenaran bagi menjalankan penyelidikan kepada pelajar. Bagi

menjalankan penyelidikan, penyelidik telah memohon kebenaran dari tempat-tempat

yang berikut bagi memenuhi prosedur agar tidak mendapat halangan dari mana-

mana pihak semasa penyelidikan dijalankan:

i. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian

Pendidikan (EPRD).

ii. Unit Perhubungan, Pendaftaran dan Pendidikan Swasta, Sektor

Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Perak

iii. Pengetua Sekolah Menengah Teknik Seri Manjung, Perak Darul Ridzuan.

Pengumpulan data dijalankan selepas tamat peperiksaan akhir tahun sekitar

bulan November 2003. Pemilihan waktu ini adalah bagi mengelakkan dari

mengganggu waktu pembelajaran pelajar. Ini juga membolehkan para pelajar

menjawab soalan soal selidik dengan lebih sempurna. Soalan soal selidik akan

dihantar sendiri oleh penyelidik ke sekolah bagi memastikan tidak berlaku sebarang

keciciran atau kelewatan semasa proses penghantaran.

Bagi mengelakkan risiko borang soal selidik tidak dikembalikan atau

responden tidak menjawab semua item dengan sempurna, beberapa langkah

pengawalan dijalankan. Sebelum responden menjawab soal selidik yang diberikan,

guru dan pelajar yang terlibat akan diberikan taklimat ringkas mengenai tujuan soal

selidik dan cara menjawab. Proses menjawab akan diselia oleh dua orang guru

termasuk penyelidik. Penyeliaan ini bertujuan untuk mengelak daripada responden

menjawab sambil lewa atau membuat pakatan untuk meniru. Borang soal selidik

yang telah lengkap dikumpul untuk disemak dan dianalisis.

3.8 Analisis Data

Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan Perisian Statiscal

Package For Sosial Science ( SPSS )Versi 10.0 dan secara manual. Setiap soalan

yang dijawab akan diberikan markah / skor 1 hingga 5. Data yang dikutip dalam

bentuk lima skala itu akan dipermudahkan dengan menggabungkan skor 5 dan skor 4

sebagai SETUJU iaitu responden bersetuju dengan penyataan yang diberi. Skor 3

akan dikelaskan sebagai tidak pasti iaitu responden TIDAK PASTI atau tidak dapat

membuat pilihan manakala skor 1 dan skor 2 sebagai TIDAK SETUJU iaitu

responden tidak bersetuju dengan penyataan tersebut. Menurut Majid (1994)

pemeringkatan dari 5 skala ke 3 skala dapat memudahkan objek dalam

pembolehubah dikelaskan mengikut kategori yang besar kepada yang kecil.

Pemeringkatan skor ditunjukkan dalam Jadual 3.3.

Jadual 3.3 : Pemeringkatan Skala Likert

Skala Likert Skala Pemeringkatan

Sangat tidak setuju

Tidak setuju

Tidak setuju

Tidak pasti Tidak pasti

Setuju

Sangat Setuju

Setuju

Tahap penilaian berdasarkan skor min yang diperolehi ditunjukkan dalam

Jadual 3.5.

Jadual 3.5 : Tahap Penilaian Berdasarkan Min

Skor Min Tahap Penilaian

3.68 – 5.00 Tinggi

2.34 – 3.67 Sederhana

1.00 – 2.33 Rendah

3.9 Kesimpulan

Terdapat pelbagai kaedah yang perlu dilakukan oleh seseorang penyelidik

dalam menjalankan kajian. Setiap tajuk yang hendak dikaji perlulah disediakan

metodologi kajian yang sesuai. Setiap kajian perlu dijalankan dengan teratur agar

dapatan kajian yang diperolehi memuaskan seperti mana yang dikehendaki.

BAB IV

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

Bab ini menjelaskan dapatan bagi keenam-enam persoalan kajian yang telah

dibina bagi mengenalpasti faktor yang mempengaruhi pemilihan pakej mata

pelajaran sains dan teknologi dikalangan pelajar lelaki tingkatan empat. Data yang

diperolehi dianalisis menggunakan program SPSS serta kaedah manual. Hasil

analisis ditunjukkan dalam bentuk kekerapan, peratus dan min. Dari analisis yang

dijalankan, perbincangan hasil analisis dikemukakan.

4.2 Analisis Data

Penganalisisan dibuat berdasarkan min. Setiap soalan yang dijawab akan

diberikan markah / skor 1 hingga 5. Data yang dikutip dalam bentuk lima skala itu

akan dipermudahkan dengan menggabungkan skor 5 dan skor 4 sebagai SETUJU

iaitu responden bersetuju dengan penyataan yang diberi. Skor 3 akan dikelaskan

sebagai tidak pasti iaitu responden TIDAK PASTI atau tidak dapat membuat pilihan

manakala skor 1 dan skor 2 sebagai TIDAK SETUJU iaitu responden tidak bersetuju

dengan penyataan tersebut. Menurut Majid (1994) pemeringkatan dari 5 skala ke 3

skala dapat memudahkan objek dalam pembolehubah dikelaskan mengikut kategori

yang besar kepada yang kecil. Bagi menjawab setiap persoalan kajian skor min

keseluruhan bagi setiap faktor akan dikategorikan mengikut jadual tahap penilaian

berdasarkan min, untuk mengetahui keutamaan setiap faktor itu samada tinggi,

rendah atau sederhana.

Bagi melihat dapatan dengan lebih jelas, pengkaji mempamerkan item-item

jawapan responden berdasarkan skala, kekerapan, peratus, min dan min

keseluruhan.

4.2.1 Analisis faktor sikap dan minat terhadap bidang pelajaran

Jadual 4.1: Analisis data faktor sikap dan minat terhadap bidang pelajaran

TS TP S No.

Item

Pernyataan

f / %

Min

1 Saya memilih pakej ini kerana mata

pelajaran-mata pelajaran yang

terdapat didalam pakej ini sangat

menarik.

12

(6.8%)

22

(12.6%)

141

(80.6%)

3.90

7 Saya memilih pakej ini kerana pakej

ini menawarkan banyak mata

pelajaran yang melibatkan kerja-

kerja amali.

36

(20.6%)

28

(16.0%)

111

(63.5%)

3.66

13 Saya memilih pakej ini kerana

pengaruh dari kawan-kawan.

143

(81.7%)

13

(7.4%)

19

(10.9%)

1.78

Sambungan Jadual 4.1

19 Saya memilih pakej ini kerana

pengaruh dari guru dan pihak

sekolah.

113

(64.6%)

30

(17.1%)

32

(18.3%)

2.23

25 Saya memilih pakej ini kerana

pengaruh dari ibu bapa dan keluarga.

71

(40.5%)

48

(27.4%)

55

(31.4%)

2.79

Min keseluruhan 2.872

Item 1 dengan kenyataan “Saya memilih pakej ini kerana mata pelajaran-mata

pelajaran yang terdapat didalam pakej ini sangat menarik” menunjukkan seramai

141 (80.6%) orang responden bersetuju dengan kenyataan ini. Seramai 12 (6.8%)

orang responden tidak bersetuju sementara 22 (12.6%) orang responden lagi

menyatakan jawapan tidak pasti. Min bagi item ini adalah 3.90.

Item 7 dengan kenyataan “Saya memilih pakej ini kerana pakej ini

menawarkan banyak mata pelajaran yang melibatkan kerja-kerja amali”menunjukkan

seramai 111 (63.5%) orang responden bersetuju dengan kenyataan ini. Seramai 36

(20.60%) orang responden tidak bersetuju sementara 28 (16.0%) orang responden

lagi menyatakan jawapan tidak pasti. Min bagi item ini adalah 3.66.

Item 13 dengan kenyataan “Saya memilih pakej ini kerana pengaruh dari

kawan-kawan.” menunjukkan seramai 19 (10.9%) orang responden bersetuju dengan

kenyataan ini. Seramai 143 (81.7%) orang responden tidak bersetuju sementara 13

(7.4%) orang responden lagi menyatakan jawapan tidak pasti. Min bagi item ini

adalah 1.78.

Item 19 dengan kenyataan “Saya memilih pakej ini kerana pengaruh dari guru

dan pihak sekolah.” menunjukkan seramai 32 (18.3%) orang responden bersetuju

dengan kenyataan ini. Seramai 103 (64.6%) orang responden tidak bersetuju

sementara 30 (17.1%) orang responden lagi menyatakan jawapan tidak pasti. Min

bagi item ini adalah 2.23.

Item 25 dengan kenyataan “Saya memilih pakej ini kerana pengaruh dari guru

dan pihak sekolah.” menunjukkan seramai 55 (31.4%) orang responden bersetuju

dengan kenyataan ini. Seramai 71 (40.5%) orang responden tidak bersetuju

sementara 48 (27.4%) orang responden lagi menyatakan jawapan tidak pasti. Min

bagi item ini adalah 2.79.

Skor min tertinggi bagi item-item dibawah faktor sikap dan minat ialah 3.90

bagi item 1, diikuti item 7 (3.66), item 25 (2.79), item 19 (2.23) dan akhir sekali

item 13 (1.78).

4.2.2 Analisis faktor rancangan kerjaya pelajar

Jadual 4.2 : Analisis faktor rancangan kerjaya pelajar

TS TP S No.

Item

Pernyataan

f / %

Min

2 Saya memilih pakej ini kerana mata

pelajaran-mata pelajaran yang

terdapat didalam pakej ini

membolehkan saya menyambung

pelajaran ke jurusan yang saya

minati kelak.

8

(4.6%)

14

(8.0%)

153

(87.5%)

4.26

Sambungan Jadual 4.2

8 Saya memilih pakej ini kerana mata

pelajaran-mata pelajaran yang

terdapat didalam pakej ini

merupakan mata pelajaran-mata

pelajaran yang saya perlukan untuk

kerjaya saya kelak.

5

(2.9%)

19

(10.9%)

149

(85.1%)

4.25

14 Saya memilih pakej ini kerana mata

pelajaran-mata pelajaran yang

terdapat didalam pakej ini berkaitan

dengan kerjaya idaman saya.

8

(4.6%)

23

(13.1%)

144

(82.3%)

4.16

20 Saya memilih pakej ini kerana ia

adalah salah satu langkah didalam

rancangan kerjaya saya.

10

(5.7%)

24

(13.7%)

140

(80.0%)

3.99

26 Saya memilih pakej ini kerana ia

pasti akan membantu saya

mencapai kerjaya idaman saya

kelak.

8

(4.6%)

15

(8.6%)

150

(85.7%)

4.18

Min keseluruhan 4.168

Item 2 dengan kenyataan “Saya memilih pakej ini kerana mata pelajaran-mata

pelajaran yang terdapat didalam pakej ini membolehkan saya menyambung pelajaran

kejurusan yang saya minati kelak” menunjukkan seramai 153 (87.5%) orang

responden bersetuju dengan kenyataan ini. Seramai 8 (4.6%) orang responden tidak

bersetuju sementara 14 (8.0%) orang responden lagi menyatakan jawapan tidak pasti.

Min bagi item ini adalah 4.26.

Item 8 dengan kenyataan “Saya memilih pakej ini kerana mata pelajaran-mata

pelajaran yang terdapat didalam pakej ini merupakan mata pelajaran-mata pelajaran

yang saya perlukan untuk kerjaya saya kelak” menunjukkan seramai 149 (85.1%)

orang responden bersetuju dengan kenyataan ini. Seramai 5 (2.9%) orang responden

tidak bersetuju sementara 19 (10.0%) orang responden lagi menyatakan jawapan

tidak pasti. Min bagi item ini adalah 4.25.

Item 14 dengan kenyataan “Saya memilih pakej ini kerana mata pelajaran-

mata pelajaran yang terdapat didalam pakej ini berkaitan dengan kerjaya idaman

saya” menunjukkan seramai 144 (82.3%) orang responden bersetuju dengan

kenyataan ini. Seramai 8 (4.6%) orang responden tidak bersetuju sementara 23

(13.1%) orang responden lagi menyatakan jawapan tidak pasti. Min bagi item ini

adalah 4.16.

Item 20 dengan kenyataan “Saya memilih pakej ini kerana ia adalah salah

satu langkah didalam rancangan kerjaya saya” menunjukkan seramai 140 (80.0%)

orang responden bersetuju dengan kenyataan ini. Seramai 10 (5.7%) orang

responden tidak bersetuju sementara 24 (13.7%) orang responden lagi menyatakan

jawapan tidak pasti. Min bagi item ini adalah 3.99.

Item 26 dengan kenyataan “Saya memilih pakej ini kerana ia pasti akan

membantu saya mencapai kerjaya idaman saya kelak” menunjukkan seramai 150

(85.7%) orang responden bersetuju dengan kenyataan ini. Seramai 8 (4.6%) orang

responden tidak bersetuju sementara 15 (8.6%) orang responden lagi menyatakan

jawapan tidak pasti. Min bagi item ini adalah 4.18.

Skor min tertinggi bagi item-item dibawah faktor rancangan kerjaya pelajar

ialah 4.26 bagi item 2, diikuti item 8 (4.25), item 26 (4.18), item 14 (4.16) dan

akhir sekali item 20 (3.99).

4.2.3 Analisis faktor kebolehan dan keterampilan pelajar mengikut pelajar

Jadual 4.3 : Analisis faktor kebolehan dan keterampilan pelajar mengikut

pelajar

TS TP S No.

Item

Pernyataan

f / %

Min

3 Saya memilih pakej ini kerana ini

sahaja pekej yang saya layak

berdasarkan pencapaian PMR saya.

80

(45.7%)

40

(22.9%)

54

(30.8%)

2.79

9 Saya memilih pakej ini kerana

pakej ini mengandungi mata-

pelajaran-mata pelajaran yang sama

dengan mata pelajaran- mata

pelajaran yang saya telah lulus

dengan cemerlang

didalam PMR.

66

(37.7%)

37

(21.1%)

72

(41.2%)

3.04

15 Saya memilih pakej ini kerana saya

merupakan seorang yang gemar

melakukan rujukan dan

penyelidikan.

29

(16.6%)

57

(32.6%)

89

(50.9%)

3.46

21 Saya memilih pakej ini kerana saya

sering mendapat keputusan yang

baik didalam mata-pelajaran sains,

matematik dan kemahiran hidup.

28

(16.0%)

47

(26.9%)

100

(57.1%)

3.56

27 Saya memilih pakej ini kerana

mendapat keputusan yang baik

didalam kerja-kerja amali.

33

(18.8%)

49

(28.0%)

92

(52.5%)

3.52

Min keseluruhan 3.274

Item 3 dengan kenyataan “Saya memilih pakej ini kerana ini sahaja pakej

yang saya layak berdasarkan pencapaian PMR saya” menunjukkan seramai 54

(30.8%) orang responden bersetuju dengan kenyataan ini. Seramai 80 (45.7%) orang

responden tidak bersetuju sementara 40 (22.9%) orang responden lagi menyatakan

jawapan tidak pasti. Min bagi item ini adalah 2.79.

Item 9 dengan kenyataan “Saya memilih pakej ini kerana pakej ini

mengandungi mata-pelajaran-mata pelajaran yang sama dengan mata pelajaran- mata

pelajaran yang saya telah lulus dengan cemerlang didalam PMR” menunjukkan

seramai 72 (41.2%) orang responden bersetuju dengan kenyataan ini. Seramai 66

(37.7%) orang responden tidak bersetuju sementara 37 (21.1%) orang responden lagi

menyatakan jawapan tidak pasti. Min bagi item ini adalah 3.04.

Item 15 dengan kenyataan “Saya memilih pakej ini kerana saya merupakan

seorang yang gemar melakukan rujukan dan penyelidikan” menunjukkan seramai 89

(50.9%) orang responden bersetuju dengan kenyataan ini. Seramai 29 (16.6%) orang

responden tidak bersetuju sementara 57 (32.6%) orang responden lagi menyatakan

jawapan tidak pasti. Min bagi item ini adalah 3.46.

Item 21 dengan kenyataan “Saya memilih pakej ini kerana saya sering

mendapat keputusan yang baik didalam mata-pelajaran sains, matematik dan

kemahiran hidup” menunjukkan seramai 100 (57.1%) orang responden bersetuju

dengan kenyataan ini. Seramai 28 (16.0%) orang responden tidak bersetuju

sementara 47 (26.9%) orang responden lagi menyatakan jawapan tidak pasti. Min

bagi item ini adalah 3.56.

Item 27 dengan kenyataan “Saya memilih pakej ini kerana mendapat

keputusan yang baik didalam kerja-kerja amali” menunjukkan seramai 92 (52.5%)

orang responden bersetuju dengan kenyataan ini. Seramai 33 (18.8%) orang

responden tidak bersetuju sementara 49 (28.0%) orang responden lagi menyatakan

jawapan tidak pasti. Min bagi item ini adalah 3.52.

Skor min tertinggi bagi item-item dibawah faktor kebolehan dan keterampilan

pelajar mengikut pelajar ialah 3.56 bagi item 21, diikuti item 27 (3.52), item 15

(3.46), item 9 (3.04) dan akhir sekali item 3 (2.79).

4.2.4 Analisis faktor keberkesanan pengajaran guru

Jadual 4.4 : Analisis faktor keberkesanan pengajaran guru

TS TP S No.

Item

Pernyataan

f / %

Min

4 Saya memilih pakej ini kerana guru-

guru yang mengajar mata pelajaran-

mata pelajaran didalam pakej ini

terdiri dari guru-guru yang

berkebolehan.

34

(19.4%)

41

(23.4%)

100

(57.1%)

3.50

10 Saya memilih pakej ini kerana saya

menggemari cara guru-guru yang

mengajar mata pelajaran-mata

pelajaran yang terdapat didalam

pakej ini.

48

(27.4%)

58

(33.1%)

69

(39.5%)

3.17

16 Saya memilih pakej ini kerana saya

lihat ramai pelajar lain yang telah

memilih pakej ini telah lulus dengan

cemerlang.

55

(31.4%)

40

(22.9%)

79

(45.1%)

3.13

22 Saya memilih pakej ini kerana

tertarik dengan cara pengajaran

guru-gurunya.

60

(34.3%)

43

(24.6%)

70

(40%)

3.02

Sambungan Jadual 4.4

28 Saya memilih pakej ini kerana guru-

gurunya menyampaikan pelajaran

dengan cara yang mdah difahami

33

(18.9%)

45

(25.7%)

96

(54.9%)

3.44

Min keseluruhan 3.252

Item 4 dengan kenyataan “Saya memilih pakej ini kerana guru-guru yang

mengajar mata pelajaran-mata pelajaran di dalam pakej ini terdiri dari guru-guru

yang berkebolehan” menunjukkan seramai 100 (57.1%) orang responden bersetuju

dengan kenyataan ini. Seramai 34 (19.4%) orang responden tidak bersetuju

sementara 41 (23.4%) orang responden lagi menyatakan jawapan tidak pasti. Min

bagi item ini adalah 3.50.

Item 10 dengan kenyataan “Saya memilih pakej ini kerana saya menggemari

cara guru-guru yang mengajar mata pelajaran-mata pelajaran yang terdapat didalam

pakej ini” menunjukkan seramai 69 (39.5%) orang responden bersetuju dengan

kenyataan ini. Seramai 48 (27.4%) orang responden tidak bersetuju sementara 58

(33.1%) orang responden lagi menyatakan jawapan tidak pasti. Min bagi item ini

adalah 3.17.

Item 16 dengan kenyataan “Saya memilih pakej ini kerana saya lihat ramai

pelajar lain yang telah memilih pakej ini telah lulus dengan cemerlang”

menunjukkan seramai 79 (45.1%) orang responden bersetuju dengan kenyataan ini.

Seramai 55 (31.4%) orang responden tidak bersetuju sementara 40 (22.9%) orang

responden lagi menyatakan jawapan tidak pasti. Min bagi item ini adalah 3.13.

Item 22 dengan kenyataan “Saya memilih pakej ini kerana tertarik dengan

cara pengajaran guru-gurunya” menunjukkan seramai 70 (40.0%) orang responden

bersetuju dengan kenyataan ini. Seramai 60 (34.3%) orang responden tidak bersetuju

sementara 43 (24.6%) orang responden lagi menyatakan jawapan tidak pasti. Min

bagi item ini adalah 3.02.

Item 28 dengan kenyataan “Saya memilih pakej ini kerana guru-gurunya

menyampaikan pelajaran dengan cara yang mudah difahami” menunjukkan seramai

96 (54.9%) orang responden bersetuju dengan kenyataan ini. Seramai 33 (18.9%)

orang responden tidak bersetuju sementara 45 (25.7%) orang responden lagi

menyatakan jawapan tidak pasti. Min bagi item ini adalah 3.252.

Skor min tertinggi bagi item-item dibawah faktor keberkesanan pengajaran

guru ialah 3.50 bagi item 4, diikuti item 28 (3.44), item 10 (3.17), item 16 (3.13)

dan akhir sekali item 22 (3.02).

4.2.5 Analisis faktor nilai ekonomi mata pelajaran

Jadual 4.5 : Analisis faktor nilai ekonomi mata pelajaran

TS TP S No.

Item

Pernyataan

f / %

Min

5 Saya memilih pakej ini kerana pakej

ini tidak memerlukan perbelanjaan

pembelajaran yang tinggi.

72

(41.1%)

51

(29.1%)

52

(29.7%)

2.80

11 Saya memilih pakej ini kerana pakej

ini menawarkan mata pelajaran-mata

pelajaran yang sangat diperlukan

untuk tujuan melanjutkan pelajaran.

14

(8.0%)

13

(7.4%)

148

(84.6%)

4.16

Sambungan Jadual 4.5

17 Saya memilih pakej ini kerana

kebanyakan bidang pekerjaan yang

terdapat sekarang memerlukan

pengetahuan mengenai mata-

pelajaran-mata pelajaran yang

terkandung didalam pakej ini.

15

(8.5%)

22

(12.6%)

138

(78.8%)

3.99

23 Saya memilih pakej ini kerana

kebanyakan bidang-bidang

pengajian tinggi yang ditawarkan di

IPTA dan IPTS memerlukan calon

yang mempunyai kelulusan didalam

mata pelajaran-mata pelajaran yang

ditawarkan di dalam pakej ini.

12

(6.8%)

19

(10.9%)

143

(81.1%)

4.05

29 Saya memilih pakej ini kerana saya

boleh menjurus ke pelbagai bidang

lain diperingkat pengajian tinggi

kelak.

16

(9.1%)

26

(14.9%)

132

(75.4%)

3.90

Min keseluruhan 3.78

Item 5 dengan kenyataan “Saya memilih pakej ini kerana pakej ini tidak

memerlukan perbelanjaan pembelajaran yang tinggi” menunjukkan seramai 52

(29.7%) orang responden bersetuju dengan kenyataan ini. Seramai 72 (41.1%) orang

responden tidak bersetuju sementara 51 (29.1%) orang responden lagi menyatakan

jawapan tidak pasti. Min bagi item ini adalah 2.80.

Item 11 dengan kenyataan “Saya memilih pakej ini kerana pakej ini

menawarkan mata pelajaran-mata pelajaran yang sangat diperlukan untuk tujuan

melanjutkan pelajaran” menunjukkan seramai 148 (84.6%) orang responden

bersetuju dengan kenyataan ini. Seramai 14 (8%) orang responden tidak bersetuju

sementara 13 (7.4%) orang responden lagi menyatakan jawapan tidak pasti. Min

bagi item ini adalah 4.16.

Item 17 dengan kenyataan “Saya memilih pakej ini kerana kebanyakan

bidang pekerjaan yang terdapat sekarang memerlukan pengetahuan mengenai mata-

pelajaran-matapelajaran yang terkandung didalam pakej ini” menunjukkan seramai

138 (78.8%) orang responden bersetuju dengan kenyataan ini. Seramai 15 (8.5%)

orang responden tidak bersetuju sementara 22 (12.6%) orang responden lagi

menyatakan jawapan tidak pasti. Min bagi item ini adalah 3.99.

Item 23 dengan kenyataan “Saya memilih pakej ini kerana kebanyakan

bidang-bidang pengajian tinggi yang ditawarkan di IPTA dan IPTS memerlukan

calon yang mempunyai kelulusan didalam mata pelajaran-mata pelajaran yang

ditawarkan didalam pekej ini” menunjukkan seramai 143 (81.8%) orang responden

bersetuju dengan kenyataan ini. Seramai 12 (6.8%) orang responden tidak bersetuju

sementara 19 (10.9%) orang responden lagi menyatakan jawapan tidak pasti. Min

bagi item ini adalah 4.05.

Item 29 dengan kenyataan “Saya memilih pakej ini kerana saya boleh

menjurus ke pelbagai bidang lain di peringkat pengajian tinggi kelak” menunjukkan

seramai 132 (75.4%) orang responden bersetuju dengan kenyataan ini. Seramai 16

(9.1%) orang responden tidak bersetuju sementara 26 (14.9%) orang responden lagi

menyatakan jawapan tidak pasti. Min bagi item ini adalah 3.90.

Skor min tertinggi bagi item-item dibawah faktor nilai ekonomi mata

pelajaran ialah 4.16 bagi item 11, diikuti item 23 (4.05), item 17 (3.99), item 29

(3.90) dan akhir sekali item 5 (2.80).

4.2.6 Analisis faktor ganjaran vis-a-vis kesukaran bidang pengajian

Jadual 4.6 : Analisis ganjaran vis-a-vis kesukaran bidang pengajian

TS TP S No.

Item

Pernyataan

f / %

Min

6 Saya memilih pakej ini kerana pakej ini

menawarkan mata pelajaran-mata

pelajaran yang saya rasakan mudah

bagi saya untuk mencapai keputusan

yang cemerlang didalam SPM kelak

30

(17.1%)

38

(21.7%)

107

(61.1%)

3.62

12 Saya memilih pakej ini kerana pakej ini

menawarkan mata pelajaran-mata

pelajaran yang mencabar.

16

(9.1%)

36

(20.6%)

123

(70.3%)

3.77

18 Saya memilih pakej ini kerana pakej ini

akan membuatkan sijil SPM saya

bernilai tinggi.

15

(8.5%)

32

(18.3%)

128

(73.2%)

3.98

24 Saya memilih pakej ini kerana ia

merupakan asas kepada pelbagai

bidang sains dan kejuruteraan yang

lebih tinggi.

14

(8.0%)

15

(8.6%)

145

(82.8%)

4.11

30 Saya memilih pakej ini kerana pakej ini

memudahkan saya untuk melanjutkan

pelajaran diperingkat yang lebih tinggi.

10

(5.7%)

16

(9.1%)

148

(84.6%)

4.19

Min keseluruhan 3.934

Item 6 dengan kenyataan “Saya memilih pakej ini kerana pakej ini

menawarkan mata pelajaran-mata pelajaran yang saya rasakan mudah bagi saya

untuk mencapai keputusan yang cemerlang didalam SPM kelak” menunjukkan

seramai 107 (61.1%) orang responden bersetuju dengan kenyataan ini. Seramai 30

(17.1%) orang responden tidak bersetuju sementara 38 (21.7%) orang responden lagi

menyatakan jawapan tidak pasti. Min bagi item ini adalah 3.62.

Item 12 dengan kenyataan “Saya memilih pakej ini kerana pekej ini

menawarkan mata pelajaran-mata pelajaran yang mencabar” menunjukkan seramai

123 (70.3%) orang responden bersetuju dengan kenyataan ini. Seramai 16 (9.1%)

orang responden tidak bersetuju sementara 36 (20.6%) orang responden lagi

menyatakan jawapan tidak pasti. Min bagi item ini adalah 3.77.

Item 18 dengan kenyataan “Saya memilih pakej ini kerana pekej ini akan

membuatkan sijil SPM saya bernilai tinggi” menunjukkan seramai 128 (73.2%)

orang responden bersetuju dengan kenyataan ini. Seramai 15 (8.5%) orang

responden tidak bersetuju sementara 32 (18.3%) orang responden lagi menyatakan

jawapan tidak pasti. Min bagi item ini adalah 3.98.

Item 24 dengan kenyataan “Saya memilih pakej ini kerana ia merupakan asas

kepada pelbagai bidang sains dan kejuruteraan yang lebih tinggi” menunjukkan

seramai 145 (82.8%) orang responden bersetuju dengan kenyataan ini. Seramai 14

(8.0%) orang responden tidak bersetuju sementara 15 (8.6%) orang responden lagi

menyatakan jawapan tidak pasti. Min bagi item ini adalah 4.11.

Item 30 dengan kenyataan “Saya memilih pakej ini kerana pekej ini

memudahkan saya untuk melanjutkan pelajaran diperingkat yang lebih tinggi”

menunjukkan seramai 148 (84.6%) orang responden bersetuju dengan kenyataan ini.

Seramai 10 (5.7%) orang responden tidak bersetuju sementara 16 (9.1%) orang

responden lagi menyatakan jawapan tidak pasti. Min bagi item ini adalah 4.19.

Skor min tertinggi bagi item-item dibawah faktor ganjaran vis-a-vis

kesukaran bidang pengajian ialah 4.19 bagi item 30, diikuti item 24 (4.11), item 18

(3.98), item 12 (3.77) dan akhir sekali item 6 (3.62).

4.3 Rumusan

Jadual 4.7 : Faktor-faktor mengikut keutamaan

Bil. Faktor Min Tahap

1. Rancangan kerjaya pelajar 4.168 Tinggi

2. Ganjaran vis-a-vis kesukaran

bidang pengajian

3.934 Tinggi

3. Nilai ekonomi mata pelajaran 3.78 Tinggi

4. Keberkesanan pengajaran guru 3.252 Sederhana

5. Kebolehan dan keterampilan

pelajar mengikut pelajar

3.274 Sederhana

6. Sikap dan minat terhadap bidang

pelajaran

2.872 Sederhana

Berdasarkan Jadual 4.7, didapati daripada keenam-enam faktor yang telah

digariskan, terdapat tiga faktor yang berada pada tahap tingi ataupun faktor-faktor

yang mempengaruhi pemilihan pakej mata pelajaran dikalangan pelajar tingkatan

empat iaitu faktor rancangan kerjaya pelajar, faktor ganjaran vis-a-vis kesukaran

bidang pengajian dan faktor nilai ekonomi mata pelajaran. Diketahui juga baki tiga

lagi faktor iaitu faktor keberkesanan pengajaran guru, kebolehan dan keterampilan

pelajar mengikut pelajar dan faktor sikap dan minat terhadap bidang pelajaran adalah

bukan merupakan faktor utama yang mempengaruhi pemilihan pekej mata pelajaran

dikalangan pelajar lelaki tingkatan empat.

BAB V

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Dalam bab ini, rumusan, implikasi kajian serta cadangan mengenai kajian

akan dikemukakan. Rumusan kajian akan dibuat secara menyeluruh berdasarkan

analisis dan perbincangan kajian. Implikasi-implikasi yang dikemukakan oleh

pengkaji adalah berdasarkan kepada hasil perbincangan yang telah dibuat.

Diharapkan rumusan dan implikasi kajian yang dikemukakan boleh dijadikan

panduan serta rujukan yang berguna bagi kajian-kajian yang akan dibuat pada masa

hadapan. Dalam bahagian ini juga terdapat beberapa cadangan kajian lanjutan yang

difikirkan oleh penyelidik perlu untuk mengenalpasti punca permasahalaan kajian

dengan lebih terperinci.

5.2 Rumusan

5.2.1 Sama ada faktor sikap dan minat merupakan faktor utama yang

mempengaruhi pemilihan pakej mata pelajaran sains dan teknologi dikalangan

pelajar tingkatan empat.

Dari analisis yang dijalankan, didapati faktor sikap dan minat merupakan

faktor yang kurang mempengaruhi pemilihan pakej mata pelajaran dikalangan pelajar

tingkatan empat. Dengan min keseluruhan sebanyak 2.872, faktor ini berada pada

tahap sederhana. Faktor ini juga memperolehi skor min paling rendah berbanding

faktor-faktor yang lain. Daripada analisis item didapati seramai 141 orang daripada

responden memilih pekej mata pelajaran sains dan teknologi ini bersetuju bahawa

mereka memilih pakej ini kerana tertarik dengan mata pelajaran-mata pelajaran yang

terdapat di dalam pekej tersebut. Dapatan ini menyokong pendapat Syarifah

Alwiyah (1983) yang mendefinisikan minat sebagai daya penggerak atau

kecenderungan seseorang itu memberikan perhatian terhadap seseorang, benda atau

sebarang kegiatan. Penumpuan terhadap perkara yang menarik minatnya akan timbul

secara spontan dan mengambil berat terhadapnya. Dapatan juga menunjukkan yang

tiadanya faktor-faktor luar seperti pengaruh kawan, guru dan sekolah dalam

mempengaruhi minat pelajar. Dapatan ini secara tidak langsung menunjukkan yang

mungkin wujud sikap positif terhadap pembelajaran dikalangan responden.

Pembelajaran lebih mudah berlaku jika seseorang itu berminat atau sanggup

mempelajari sesuatu (Saniah, et. al, 2000).

5.2.2 Sama ada faktor rancangan kerjaya merupakan faktor utama yang

mempengaruhi pemilihan pakej matapelajaran sains dan teknologi dikalangan pelajar

tingkatan empat.

Dengan skor min tertinggi iaitu 4.168, faktor ini dikategorikan sebagai faktor

utama yang mempengaruhi pemilihan mata pelajaran sains dan teknologi dikalangan

pelajar tingkatan empat. Menurut Suradi (1996), semasa di sekolah lagi pelajar patut

memperolehi gambaran tentang pekerjaan dan penilaian masyarakat terhadap

berbagai-bagai pekerjaan yang terdapat kerana, kebanyakan pekerjaan memerlukan

persediaan yang lama dan persediaan kerjaya itu dibuat dari masa pelajar berada di

sekolah lagi. Nyatalah kesedaran mengenai kepentingan perancangan pengajian

tinggi dan kerjaya telah wujud dikalangan pelajar. Ini dibuktikan melalui analisis

item yang menunjukkan seramai 153 orang responden bersetuju dengan kenyataan

“Saya memilih pakej ini kerana mata pelajaran-mata pelajaran yang terdapat didalam

pekej ini membolehkan saya menyambung pelajaran ke jurusan yang saya minati

kelak”. Dapatan ini juga menyokong kajian Saim (1998) yang menyatakan

penjurusan aliran yang terbaik adalah selaras dengan bidang pemilihan kerjaya.

5.2.2 Sama ada faktor kebolehan dan keterampilan pelajar merupakan faktor utama

yang mempengaruhi pemilihan pakej mata pelajaran sains dan teknologi dikalangan

pelajar tingkatan empat.

Berada pada tahap sederhana dengan skor min 3.274, faktor ini bukanlah

faktor utama yang mempengaruhi pemilihan mata pelajaran sains dan teknologi

dikalangan pelajar tingkatan empat. Seramai 100 orang responden sahaja yang

bersetuju dengan kenyataan “Saya memilih pakej ini kerana saya sering mendapat

keputusan yang baik didalam mata-pelajaran sains, matematik dan kemahiran

hidup”. Ini menunjukkan bahawa pemilihan pakej mata pelajaran yang dibuat oleh

pelajar ini bukanlah berdasarkan kepada pencapaian pelajaran mereka didalam

bidang sains dan teknologi semata-mata. Dapatan ini juga menunjukkan bahawa

pelajar yang memilih pekej mata pelajaran sains dan teknologi ini bukanlah terdiri

dari kalangan pelajar yang sentiasa cemerlang didalam mata pelajaran berteraskan

sains dan teknologi semasa di peringkat menengah rendah.

5.2.3 Sama ada faktor keberkesanan penyampaian guru merupakan faktor utama

yang mempengaruhi pemilihan pakej mata pelajaran sains dan teknologi dikalangan

pelajar tingkatan empat.

Dengan skor min sebanyak 3.252, faktor ini berada pada tahap sederhana.

Dari pada analisis setiap item yang dijalankan didapati pelajar telah mendapat

gambaran mengenai sekolah sebelum mereka membuat permohonan. Seramai 100

orang responden bersetuju dengan kenyataan “Saya memilih pekej ini kerana guru-

guru yang mengajar mata pelajaran-mata pelajaran didalam pekej ini terdiri dari

guru-guru yang berkebolehan”. Walaupun faktor ini bukanlah faktor utama tetapi

analisis menunjukkan yang responden telah mendapat maklumat mengenai guru

sebelum membuat pemilihan pakej.

5.2.4 Sama ada faktor nilai ekonomi mata pelajaran merupakan faktor utama yang

mempengaruhi pemilihan pakej mata pelajaran sains dan teknologi dikalangan

pelajar tingkatan empat.

Berada pada tahap tinggi, faktor ini merupakan faktor utama yang

mempengaruhi pemilihan pekej mata pelajaran sains dan teknologi dikalangan

pelajar. Daripada analisis item yang dijalankan didapati seramai 148 orang

responden bersetuju dengan kenyataan “Saya memilih pekej ini kerana pekej ini

menawarkan mata pelajaran-mata pelajaran yang sangat diperlukan untuk tujuan

melanjutkan pelajaran”. Dapatan ini menunjukkan bahawa pelajar telah mendapat

maklumat mengenai pendidikan tinggi dan memahami setiap fungsi mata pelajaran

yang terdapat didalam pekej yang dipilih.

5.2.5 Samada faktor ganjaran vis-a-vis kesukaran bidang pengajian merupakan

faktor utama yang mempengaruhi pemilihan pakej mata pelajaran sains dan teknologi

dikalangan pelajar tingkatan empat.

Pada tahap tinggi dengan skor min sebanyak 3.934, faktor ini merupakan

faktor utama didalam pemilihan pekej mata pelajaran sains dan teknologi dikalangan

pelajar tingkatan empat. Nyatalah kesukaran bidang pengajian bukanlah sesuatu

yang digeruni pelajar sekarang sebaliknya ganjaran yang ditawarkan kelak yang

menjadi sasaran. Ini ditunjukkan melalui dapatan item 30 iaitu “Saya memilih pekej

ini kerana pekej ini memudahkan saya untuk melanjutkan pelajaran diperingkat yang

lebih tinggi”. Seramai 148 orang responden telah bersetuju dengan kenyataan ini.

5.3 Kesimpulan

Daripada analisis data yang dilakukan, diketahui bahawa faktor-faktor yang

mempengaruhi pemilihan pakej mata pelajaran sains dan teknologi ialah faktor

rancangan kerjaya, faktor nilai vis-a-vis kesukaran bidang pengajian, faktor nilai

ekonomi, faktor sikap dan minat, faktor keberkesanan pengajaran guru dan faktor

kebolehan dan keterampilan pelajar mengikut pelajar Dapatan ini menunjukkan

bahawa kesedaran mengenai perancangan kerjaya dan juga perancangan pengajian

tinggi merupakan sesuatu perkara yang amat dititik beratkan oleh pelajar yang

memilih pakej mata pelajaran sains dan teknologi. Dengan adanya kesedaran ini

proses pembelajaran semestinya menuju kearah yang lebih positif. Adalah

diharapkan dapatan ini dapat dijadikan panduan terhadap pelbagai pihak terutamanya

pelajar yang masih belum membuat pemilihan pakej mata pelajaran di peringkat

menengah atas. Oleh yang demikian tidak mustahil untuk memenuhi saranan

Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mencapai nisbah 60 : 40 pelajar aliran sains

dan teknologi berbanding aliran sains sosial.

5.3 Implikasi Kajian

Hasil dapatan kajian telah menunjukkan bahawa daripada enam faktor-faktor

yang telah digariskan terdapat tiga faktor yang sangat mempengaruhi pemilihan

pakej mata pelajaran sains dan teknologi dikalangan pelajar lelaki tingkatan empat

kini iaitu faktor rancangan kerjaya, faktor nilai vis-a-vis ganjaran kesukaran bidang

pengajian dan faktor nilai ekonomi bidang pengajian. Faktor-faktor yang lain iaitu

faktor sikap dan minat, faktor keberkesanan pengajaran guru dan faktor kebolehan

dan keterampilan pelajar mengikut pelajar didapati kurang mempengaruhi .

Berdasarkan kepada dapatan kajian ini, beberapa implikasi dan cadangan

dikemukakan. Diharapkan implikasi kajian ini dapat dijadikan garis panduan oleh

pihak yang berkenaan.

i. Sekiranya didapati ramai pelajar yang masih kabur tentang cita-cita

mereka, guru bimbingan hendaklah melakukan sesi kaunseling kelompok

kerjaya. Maklumat kendiri dan kerjaya membantu mereka lebih celik akal

tentang kerjaya.

ii. Kumpulan pelajar cemerlang yang tidak pasti apakah pilihan pekej mata

pelajaran yang sesuai, guru bimbingan hendaklah memberikan maklumat

pendidikan terkini berdasarkan buk-buku panduan dan risalah tahunan

yang dikeluarkan oleh institusi-institusi pengajian tinggi awam dan

swasta. Kursus-kursus yang ditawarkan dijelaskan apakah kelayakan-

kelayakan, tempoh kersus, peluang-pelang pekerjaan yang ada, tangga

gaji yang akan diperolehi selepas mendapat diploma atau ijazah.

iii. Dalam proses membentuk kesedaran kerjaya dikalangan pelajar ini,

kerjasama antara pihak sekolah dengan institut-institut pengajian tinggi

adalah perlu. Pendedahan secara terus daripada pihak institut pengajian

tinggi kepada pelajar pastinya dapat membuka minda para pelajar ini

seterusnya memberikan motivasi kepada mereka.

iv. Oleh itu masa yang terbaik bagi memberi maklumat kerjaya, pemilihan

kerjaya dan pemilihan pakej mata pelajaran adalah secara berperingkat-

peringkat semasa pelajar berada di peringkat menengan rendah.

v. Sebelum pemilihan pekej mata pelajaran dilakukan, setiap pelajar

hendaklah dikenalpasti tahap kelulusan PMR, samada dalam peringkat

cemerlang, sederhana atau lemah.

vi. Setiap pelajar handaklah dikenalpasti latar belakang, bakat, minat, dan

cita-cita apabila tamat persekolahan nanti. Guru boleh mengetahui

maklumat kad sulit pelajar iaitu Kad 001 dan mengisi borang latar

belakang pelajar.

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan

Kajian lanjutan perlu dilakukan supaya memperolehi dapatan yang lebih sah.

Berikut dikemukakan beberapa cadangan yang boleh diberikan perhatian untuk

melaksanakan kajian yang selanjutnya.

i. Kajian pada masa akan datang boleh dilakukan dalam konteks yang lebih

meluas dengan melibatkan semua Sekolah Menengah Teknik di Malaysia

bagi mendapat gambaran sebenar mengenai faktor utama yang

mempengaruhi pemilihan pekej mata pelajaran dikalangan pelajar

tingkatan empat.

ii. Mempelbagaikan instrumen kajian seperti kaedah pemerhatian terus dan

temuduga agar hasil maklumat yang diperolehi lebih tepat kerana kaedah

soal selidik tidak dapak mencngkil idea dan pandangan sebenar

responden.

iii. Menjalankan kajian terhadap pelajar tingkatan tiga, kajian yang

dijalankan adalah untuk menguji tahap pemahaman responden terhadap

keenam-enam faktor pemilihan pakej yang telah digariskan.

5.6 Penutup

Berdasarkan dapatan kajian maka terjawablah segala persoalan kajian

mengenai faktor-faktor utama yang mempengaruhi pemilihan pakej mata pelajaran

sains dan teknologi dikalangan pelajar tingkatan empat. Pengkaji juga dapat

mengetahui bahawa faktor rancangan kerjaya, faktor ganjaran vis-a-vis dan faktor

nilai ekonomi merupakan faktor paling utama dalam mempengaruhi pemilihan pakej

mata pelajaran sains dan teknologi dikalangan pelajar lelaki tingkatan empat kini.

Semoga dapatan ini menjadi panduan bagi melaksanakan penjurusan aliran pada

masa akan datang.

BIBLIOGRAFI

Abu Zahari. (1988). “Memahami Psikologi pembelajaran” Petaling Jaya: Fajar bakti

Sdn. Bhd.

Atan Long (1988). “Pedagogi Kaedah Am Mengajar”. Petaling Jaya: Fajar Bakti

Sdn. Bhd.

Borg, W R. and Gall, D. (1979). “Educational Research: An Introduction”. New

York:Longman.

Bush, R.N. (1954). “The Teacher – Pupil Relational”. New York: Prentice Hall.

Crow L D (1983). Terjemahan Habibah (1983). “Psikologi Pendidikan Untuk

Perguruan”. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ee Ah Meng ( 1988). “Pendidikan Sebagai Satu Proses”. Kuala Lumpur: Fajar Bakti

Sdn. Bhd.

Ee Ah Meng dan Tan Hui Leng (1996). “Penilaian Dalam Proses Pendidikan”. Shah

Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. “Panduan Pemilihan Mata Pelajaran Dalam

Konteks SPM Pensijilan terbuka.” Kuala Lumpur.

Krejcie, R.V. and Morgan, D.W (1970). “Determining sample size for research Educational and Psychological Measurement.”

Mohd Majid Konting (1994). “Kaedah Penyelidikan Pendidikan”. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Najib Abdul Ghafar (1999). “Penyelidikan Pendidikan”. Johor:

Universiti Teknologi Malaysia.

Mohamad Nasir, Bisnan dan Bhasah (2002). ““Keperluan pelajar sekolah

menengah: Kajian kes di hilir perak.” Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Yusof Hj. Othman (1993). “Pembangunan Pelajar: Dimana Salahnya?”.

Kuala Lumpur: Qi Consultants Sdn. Bhd.

Othman Mohd Nata (1997). “Persepsi pelajar-pelajar Sekolah Menengah

Kebangsaan Mersing terhadap Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan (Satu

Tinjauan)”. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Rohany Nasir (2003). “Isu-Isu Kaunseling Dan Perkembangan Kerjaya”. Kuala

Lumpur: Utusan Publication And Dirtributors Sdn. Bhd.

Saiful Bahari b. Sabri (2000). “Persepsi Pelajar Terhadap Faktor-Faktor Yang

Mempengaruhi Di Dalam Pembelajaran Lukisan Teknik Di Sekolah

Menengah Teknik Kuala Kangsar, Perak.” Johor Darul Takzim Universiti

Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda,

Saim b. Osman (1998). “Persepsi Pelajar Terhadap Penjurusan Aliran Dan Minat

Kerjaya Di beberapa Buah Sekolah Menengah Di Daerah Segamat, Johor.”

Johor Darul Takzim. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana.

Saniah Sayuti, Yeo Kee Jiar, Ahmad Johari Sihes, Azlina Mohd Kosnin (2000).

“Psikologi Pendidikan”. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Suradi Salim (1996). “Bimbingan Dan Kaunseling”. Kuala Lumpur: Utusan

Publication And Distributors.

Sprinthall, R C., Schmutte, G T. and Sirois, Lee (1991). “Understanding Educational

Research”. Eglewood Cliffs, N. J: Prentice Hall.

Syarifah Alwiyah Al-Sagoff (1983).“Psikologi Pendidikan II:Psikologi Pembelajaran

Dan Kognitif Bimbingan Dan kaunseling” Selangor: Heneman Sdn Bhd.

Syarifah Alwiyah Al-Sagoff (1984). “Teknologi Pengajaran”. Kuala Lumpur:

Kementerian Pendidikan Malaysia, Dewan Bahasa Dan Pustaka.

White, J.J. (1987). “The Teacher As Broker Of Scholarly Knowledge”. Dalam

Kertas Kerja Seminar JPPG 1998. “Pendidikan Guru Untuk Sekolah

Berkesan”. Universiti Malaya: Fakulti Pendidikan.