mohd adli zahri

17
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 423 PERSEPSI PELAJAR MUSLIM UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA) TERHADAP FAKTOR PEMILIHAN PELABURAN DANA AMANAH ISLAM (DAI) 1 Mohd ‘Adli Zahri 2 Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia 11800 Minden, Pulau Pinang E-mel : [email protected] Abstrak Pelaburan Dana Amanah Islam (DAI) di Malaysia semakin meningkat dari masa ke masa. Hal ini dibuktikan daripada sumber Bank Negara yang mengatakan nilai aset bersih DAI meningkat daripada RM 35 bilion pada tahun 2012 kepada RM 45 bilion pada tahun 2014 (Jun). Namun demikian, realiti yang berlaku ialah penembusan pelaburan DAI dalam kalangan masyarakat Muslim masih lagi rendah. Sedangkan 60 peratus penduduk Malaysia terdiri daripada penduduk Muslim. Persoalannya, adakah penghayatan agama masih lagi rendah? Atau pemilihan DAI disebabkan faktor intrinsik (kefahaman terhadap pelaburan DAI dan pulangan maslahat)? Atau pemilihan DAI disebabkan faktor ekstrinsik (pemasaran, ciri-ciri produk dan perkhidmatan)? Namun begitu, kajian ini hanya melihat kepada persepsi pelajar Muslim UniSZA. Oleh itu, objektif pertama ialah mengenal pasti faktor pemilihan terhadap pemilihan pelaburan DAI. Manakala, objektif kedua pula menganalisis persepsi pelajar Muslim UniSZA terhadap faktor pemilihan pelaburan DAI. Data diperoleh daripada 300 orang responden kemudian telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferens. Dua penemuan utama kajian ini ialah pertama, persepsi positif terhadap semua dimensi, yang mana dimensi tertinggi ialah keyakinan dan ibadat, manakala dimensi yang terendah ialah kefahaman terhadap pelaburan DAI. Kedua ialah faktor ekstrinsik lebih dominan dan signifikan dalam pemilihan pelaburan DAI berbanding faktor kepatuhan beragama dan intrinsik. Ini menunjukkan bahawa pelajar lebih cenderung kepada perkara-perkara ekstrinsik berbanding faktor dalaman diri dan boleh diteladani. Kesimpulannya, pihak pengendali DAI perlu memberi perhatian pada ciri-ciri produk dan perkhidmatan untuk menarik minat masyarakat menyertai pelaburan DAI. 1 Kertas yang dibentangkan di The 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015), anjuran Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, pada 8 hingga 9 Disember 2015. 2 Mohd Ádli Zahri ialah calon Doktor Falsafah Pembangunan Islam di Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM).

Upload: idmac2015

Post on 23-Feb-2017

392 views

Category:

Presentations & Public Speaking


1 download

TRANSCRIPT

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 423

PERSEPSI PELAJAR MUSLIM UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN

(UniSZA) TERHADAP FAKTOR PEMILIHAN PELABURAN DANA

AMANAH ISLAM (DAI)1

Mohd ‘Adli Zahri2

Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)

Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia

11800 Minden, Pulau Pinang

E-mel : [email protected]

Abstrak

Pelaburan Dana Amanah Islam (DAI) di Malaysia semakin meningkat dari masa ke

masa. Hal ini dibuktikan daripada sumber Bank Negara yang mengatakan nilai aset

bersih DAI meningkat daripada RM 35 bilion pada tahun 2012 kepada RM 45 bilion

pada tahun 2014 (Jun). Namun demikian, realiti yang berlaku ialah penembusan

pelaburan DAI dalam kalangan masyarakat Muslim masih lagi rendah. Sedangkan

60 peratus penduduk Malaysia terdiri daripada penduduk Muslim. Persoalannya,

adakah penghayatan agama masih lagi rendah? Atau pemilihan DAI disebabkan

faktor intrinsik (kefahaman terhadap pelaburan DAI dan pulangan maslahat)? Atau

pemilihan DAI disebabkan faktor ekstrinsik (pemasaran, ciri-ciri produk dan

perkhidmatan)? Namun begitu, kajian ini hanya melihat kepada persepsi pelajar

Muslim UniSZA. Oleh itu, objektif pertama ialah mengenal pasti faktor pemilihan

terhadap pemilihan pelaburan DAI. Manakala, objektif kedua pula menganalisis

persepsi pelajar Muslim UniSZA terhadap faktor pemilihan pelaburan DAI. Data

diperoleh daripada 300 orang responden kemudian telah dianalisis menggunakan

statistik deskriptif dan inferens. Dua penemuan utama kajian ini ialah pertama,

persepsi positif terhadap semua dimensi, yang mana dimensi tertinggi ialah

keyakinan dan ibadat, manakala dimensi yang terendah ialah kefahaman terhadap

pelaburan DAI. Kedua ialah faktor ekstrinsik lebih dominan dan signifikan dalam

pemilihan pelaburan DAI berbanding faktor kepatuhan beragama dan intrinsik. Ini

menunjukkan bahawa pelajar lebih cenderung kepada perkara-perkara ekstrinsik

berbanding faktor dalaman diri dan boleh diteladani. Kesimpulannya, pihak

pengendali DAI perlu memberi perhatian pada ciri-ciri produk dan perkhidmatan

untuk menarik minat masyarakat menyertai pelaburan DAI.

1 Kertas yang dibentangkan di The 9th ISDEV International Islamic Development Management

Conference (IDMAC2015), anjuran Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Pusat

Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) di Universiti Sains Malaysia (USM),

Pulau Pinang, pada 8 hingga 9 Disember 2015. 2 Mohd Ádli Zahri ialah calon Doktor Falsafah Pembangunan Islam di Pusat Kajian Pengurusan

Pembangunan Islam (ISDEV), Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM).

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 424

PENDAHULUAN

Di Malaysia, pelaburan Dana Amanah Islam (DAI) merupakan satu sistem tabungan

yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pelabur. Ini dibuktikan dengan

bilangan dana bertambah di Malaysia dari tahun 2006 hingga 2014 seperti di Jadual

1.1. Bermulanya pada tahun 2006, jumlah dana yang diluluskan hanya sebanyak 97

dana. Dana ini meningkat kepada 190 dana pada tahun 2014. Peratusan peningkatan

sebanyak 95.88 peratus iaitu sebanyak 93 dana.

Begitu juga dengan jumlah unit (bilion) yang diluluskan sebanyak 92 unit (bilion)

pada tahun 2006. Peningkatan sebanyak 96 unit (bilion) iaitu sebanyak 104.35

peratus pada tahun 2014. Pertambahan dalam jumlah akaun juga menunjukkan

perkembangan yang baik dalam pelaburan DAI. Pada tahun 2006, jumlah akaun

(juta) yang dicatatkan hanyalah sebanyak 0.77 juta. Pertambahan jumlah akaun

sebanyak 1.62 juta iaitu sebanyak 210.39 peratus menjadikan jumlah akaun

sebanyak 2.39 juta pada tahun 2014. Bagi nilai aset bersih pula, peningkatan dari

tahun 2006 iaitu sebanyak 9.10 (RM bilion) kepada 46.66 (RM bilion) pada tahun

2014. Ini bermakna peningkatan peratusan sebanyak 412.75 peratus iaitu sebanyak

37.56 (RM bilion).

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 425

Jadual 1: Jumlah Unit Amanah Yang Diluluskan Di Malaysia

Sektor Jumlah Dana Yang

Diluluskan

Jumlah diluluskan

(Unit billion)

Unit Dalam Peredaran

(Unit billion)

Jumlah Akaun (Juta) Nilai Aset Bersih

(RM billion)

Islam Keseluruha

n Sektor

Islam Keseluruhan

Sektor

Islam Keseluruhan

Sektor

Islam Keseluruhan

Sektor

Islam Keseluruh

an Sektor

2006 97

(16.87)

411

(20.88)

92

(82.18)

387

(44.76)

18.47

(-0.81)

153.72

(10.28)

0.77

(20.31)

11.16

(2.76)

9.10

(7.18)

121.41

(23.27)

2007 128

(31.96)

506

(23.11)

124

(34.78)

484

(25.06)

36.27

(96.37)

206.84

(34.56)

1.25

(62.34)

12.27

(9.95)

16.79

(84.51)

168.03

(38.40)

2008 141

(10.16)

550

(8.70)

140

(12.90)

532

(9.92)

48.86

(34.71)

236.39

(14.29)

1.64

(31.2)

13.05

(6.36)

16.12

(-3.99)

130.44

(-22.37)

2009 150

(6.38)

565

(2.73)

144

(2.86)

541

(1.69)

56.85

(16.36)

237.88

(0.63)

1.78

(8.54)

14.10

(8.05)

22.08

(36.97)

191.71

(46.97)

2010 155

(3.33)

584

(3.36)

152

(5.56)

564

(4.25)

56.21

(-1.13)

289.37

(21.65)

1.80

(1.12)

14.63

(3.76)

24.04

(8.88)

226.81

(18.31)

2011 167

(7.74)

604

(3.42)

164

(7.89)

587

(4.08)

61.21

(8.90)

316.41

(9.34)

1.98

(10.0)

15.43

(5.47)

27.86

(15.89)

249.46

(9.99)

2012 173

(3.60)

607

(0.50)

169

(3.05)

589

(0.34)

69.87

(14.15)

351.58

(11.12)

2.11

(6.57)

16.11

(4.41)

35.36

(26.92)

294.46

(18.20)

2013 184

(6.36)

607

(0.00)

178

(5.33)

595

(1.02)

80.31

(14.94)

388.52

(10.51)

2.25

(6.64)

16.78

(4.16)

42.82

(21.10)

335.51

(13.79)

2014

(Oktober)

190

(3.26)

626

(3.13)

188

(5.62)

612

(2.86)

94.64

(17.84)

425.43

(9.50)

2.39

(6.22)

17.41

(3.75)

46.66

(8.97)

343.02

(2.24)

Sumber: Diubahsuai daripada Dana Unit Amanah di Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 426

Peningkatan ini menunjukkan persepsi yang perkembangan terhadap pelaburan DAI

dalam kalangan pelabur Muslim. Namun begitu, penembusan pasaran DAI dalam

kalangan masyarakat negara ini masih di tahap yang amat rendah apatah lagi dalam

kalangan pelabur Muslim walaupun lebih 60 peratus penduduk Malaysia terdiri

daripada masyarakat Muslim.

Fenomena ini paling tidak menimbulkan tiga persoalan. Pertama, adakah

penghayatan agama dalam masyarakat Islam masih lagi rendah? Kedua, apakah

pemilihan DAI disebabkan faktor intrinsik (kefahaman terhadap pelaburan DAI dan

pulangan maslahat)? Atau disebabkan faktor ekstrinsik (pemasaran, ciri-ciri produk

dan perkhidmatan)?

Kertas ini bertujuan pertama mengenal pasti persepsi pelajar Muslim dari Universiti

Sultan Zainal Abidin (UniSZA) terhadap faktor pemilihan pelaburan DAI. Kedua,

menganalisis persepsi pelajar Muslim dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

terhadap faktor pemilihan pelaburan DAI. Pelajar UniSZA dipilih disebabkan

mereka mengambil kursus tentang pelaburan Islam di UniSZA.

Perbahasan kertas ini terbahagi kepada tiga bahagian. Pertama menyorot tulisan-

tulisan terdahulu tentang faktor pemilihan produk kewangan Islam sebagai latar

belakang. Kedua menjelaskan metodologi yang dipakai dalam membuat analisis

data. Ketiga membincangkan dapatan kajian khususnya tentang persepsi pelajar

Muslim UniSZA terhadap faktor pemilihan pelaburan DAI.

SOROTAN KARYA

Kajian terdahulu mempamerkan pemilihan produk perbankan Islam dipengaruhi oleh

empat faktor utama: Pertama ialah faktor kepatuhan beragama yang mempunyai dua

dimensi iaitu pertimbangan halal, haram, dan syubhat serta keyakinan ibadat. Kedua

ialah faktor intrinsik yang mempunyai dua dimensi iaitu kefahaman terhadap

pelaburan DAI dan pulangan maslahat (kebaikan). Ketiga ialah faktor ekstrinsik

yang mempunyai tiga dimensi, iaitu pemasaran, ciri-ciri dana dan perkhidmatan.

Keempat ialah faktor demografi yang mempunyai tiga dimensi iaitu jantina, tahun

pengajian dan pendidikan formal (Ahmad Azrin Adnan, 2010).

Faktor kepatuhan beragama adalah faktor yang mendorong seseorang dalam memilih

produk perbankan Islam (Metawa & Almossawi, 1998). Justeru semakin tinggi

tahap kepatuhan beragama, maka semakin tinggi kemahuan mereka memilih produk

perbankan Islam tersebut (Nor Aini et al, 2006). Malah dalam urusan muamalat

pertimbangan untuk mendapatkan keselamatan di dunia dan di akhirat turut

diutamakan (Zaharuddin Abd Rahman, 2009).

Faktor intrinsik dan faktor ekstrinsik dapat mempengaruhi persepsi seseorang

(Ahmad Shukri Mohd Nain, 2002). Menurut Ahmad Azrin Adnan (2010)

menyatakan antara faktor intrinsik dan ekstrinsik dalam pemilihan produk Islam iaitu

kefahaman terhadap produk Islam, mengetahui pulangan maslahat (kebaikan),

pemasaran, ciri-ciri produk dan perkhidmatan.

Faktor kefahaman amat penting kerana membincangkan prinsip-prinsip syariah

dalam pelaburan di pasaran modal Islam seterusnya membentuk kefahaman umat

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 427

Islam terhadap sistem pelaburan dana amanah Islam (Wan Daud Bakar, 2002).

Faktor pulangan maslahat yang dinyatakan oleh Ahmad Azrin Adnan (2010) lebih

kepada tujuan penggunaan dengan matlamat Syarak iaitu penggunaan produk yang

bertepatan dengan prinsip syariah, natijah yang diperoleh di sebalik penggunaan

produk tersebut hendaklah mendatangkan manfaat kepada pengguna dan keluarga

serta kebaikan umum. Oleh itu, faktor kefahaman dan pulangan maslahat merupakan

faktor intrinsik dalam pemilihan pelaburan dana amanah Islam.

Selain itu, Norafizah Mohd Makhtar (2009) mengatakan bahawa ciri-ciri produk,

pengesyoran, reputasi dan pasaran (pengiklanan) merupakan antara faktor yang

mempengaruhi pemilihan pelajar Universiti Sains Malaysia terhadap insurans dan

takaful. Oleh itu, faktor pemasaran penting dalam pemilihan produk Islam kerana

kekurangan promosi menyebabkan jumlah penggunaan produk Islam masih rendah

(Hussin et al, 2010). Ciri-ciri dana yang bersifat kepelbagaian, kemampuan,

pengurusan yang profesional, kecairan, fleksibiliti dan pemantauan prestasi

mempengaruhi dalam pemilihan pelaburan dana amanah Islam (Rajwanti Sharma,

2013). Begitu juga dengan kajian Asyraf Wajdi Dusuki dan Nurdianwati Irwani

Abdullah (2007) menunjukkan kualiti perkhidmatan, kemesraan petugas bank Islam

dan kakitangan bank yang cekap serta berpengetahuan menarik perhatian pengguna

dalam menggunakan produk Islam. Faktor ini selari dengan kajian Fathiah Fathil

(2008) yang mengatakan faktor utama dalam penerimaan masyarakat bukan Islam

terhadap produk perbankan Islam ialah layanan dan perkhidmatan yang memuaskan.

Faktor demografi juga penting sebagai pemboleh ubah dalam kajian di samping

menampilkan gelagat pengguna yang berbeza-beza mengikut latar sosial, budaya,

personaliti dan psikologi individu. Kotler, 1994:87). Dalam kajian Ahmad Nordin

(2000), Siti Raihan Sabrey (2007), dan Noor Hashim (2009) juga mengatakan faktor

pendidikan merupakan faktor penting dalam menentukan pemilihan terhadap produk

berasaskan Islam. Semakin tinggi tahap pendidikan seseorang maka kefahaman

terhadap DAI adalah lebih tinggi. Ini menunjukkan bahawa faktor pendidikan

merupakan asas penting dalam pemilihan DAI. Kertas ini melihat persepsi pelajar

Muslim UniSZA terhadap faktor pemilihan pelaburan DAI mengikut tahap

pendidikan dan tahun pengajian.

Keempat-empat faktor tersebut inilah digunakan dalam mengenal pasti dan

menganalisis persepsi pelajar Muslim Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

terhadap faktor pemilihan pelaburan Dana Amanah Islam (DAI).

METODOLOGI

Kajian ini turut menggabungkan kajian lapangan dan kajian perpustakaan bagi

menilai persepsi pelajar Muslim UniSZA terhadap faktor pemilihan pelaburan DAI.

Data primer diperoleh dalam bentuk soal selidik bagi menganalisis persepsi pelajar

Muslim UniSZA terhadap faktor pemilihan pelaburan DAI. Bentuk data yang

digunakan ialah data keratan rentas (cross sectional) yang bentuk skala Likert

bertujuan untuk mencapai kedua-dua objektif kajian.

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 428

Persampelan dan pengukuran

Sebanyak tiga ratus (300) set soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada

responden dalam kalangan pelajar Muslim, yang semuanya adalah pelajar dari

Universiti Sutan Zainal Abidin (UniSZA). Soal selidik adalah juga diedarkan kepada

Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan (FPPP)3.

Sebahagian besar instrumen pengutipan data dalam kajian ini menggunakan soal

selidik jenis tertutup. Soalan tertutup ialah soalan jenis berstruktur yang mempunyai

pilihan yang tetap atau pilihan alternatifnya sudah disediakan oleh penyelidik

(Sabitha Marican, 2006). Kajian ini mengandungi satu set soalan dengan tiga (3)

bahagian. Pembentukan set soal selidik ini diubahsuai daripada set soal Zakaria

Bahari (2009) dan Ahmad Azrin Adnan (2010) sebagai panduan. Apabila selesai

soal selidik ini, pra-ujian telah dijalankan ke atas sekumpulan bakal responden

seperti yang disyorkan oleh Dillman (1978). Objektif pra-ujian adalah untuk menilai

kesahan kandungan dan kebolehpercayaan pembolehubah pengukuran, dan juga

untuk membetulkan apa-apa kekurangan, dalam masa, sebelum kajian berskala

penuh.

Tiga ratus (300) soal selidik telah diedarkan kepada responden yang terdiri daripada

pelajar Muslim daripada Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan (FPPP)

serta Fakulti Kontemporari Islam, UniSZA kampus Gong Badak, Terengganu. Tiga

ratus (300) soal selidik daripada responden telah kembali. Hasil ujian pra

menunjukkan responden memahami soalan dengan baik tetapi salah satu daripada

responden telah memberikan komen tentang manfaat dari peningkatan kepada soal

selidik.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Analisis dilakukan menggunakan Statitical Package for Social Science (SPSS).

Analisis yang dilakukan iaitu analisis deskriptif dan kuantitatif. Analisis deskriptif

terdiri daripada frekuensi, min, sisihan piawai dan peratusan untuk mengetahui tahap

persepsi pelajar Muslim UniSZA. Analisis Regresi berganda dijalankan dalam

analisis kuantitatif untuk menjawab objektif kedua.

Maklumat Asas Responden

Analisis demografi dijalankan ke atas 300 orang responden yang terdiri daripada

pelajar sarjana muda Muslim di UniSZA. Profil responden dibahagikan mengikut

jantina, umur, status perkahwinan, tahap pendidikan, fakulti, tahun pengajian,

sumber pendidikan agama formal dan tidak formal. Jadual 4.1 menunjukkan profil

demografi responden.

3 Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan (FPPP) telah dinamakan semula kepada Fakulti

Ekonomi dan Sains Pengurusan

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 429

Jadual 2: Profil Demografi Responden (n=300)

Profil Responden Bilangan Peratusan (%)

Jantina:

Lelaki

Perempuan

Jumlah

Umur:

18-24 tahun

25-29 tahun

Jumlah

Status perkahwinan:

Bujang

Berkahwin

Jumlah

Tahap pendidikan:

Ijazah sarjana muda

Jumlah

Fakulti:

Pengurusan Perniagaan dan

Perakaunan

Kontemporari Islam

Jumlah

Tahun pengajian:

Pertama

Kedua

Ketiga

Keempat

Jumlah

Pendidikan agama formal

Ada

Jumlah

Pendidikan agama tidak

formal

Ada

Jumlah

95

105

300

228

12

300

289

11

300

300

300

227

73

300

74

100

63

63

300

300

300

300

300

31.7

68.3

100

96.0

4.0

100

96.3

3.7

100

100

100

75.7

24.3

100

24.7

33.3

21.0

21.0

100

100

100

100

100

Jadual 2 menunjukkan bilangan responden lelaki sebanyak 95 (31.7%) orang dan

perempuan 105 (68.3%) orang yang diperoleh dari Fakulti Pengurusan Perniagaan

dan Perakaunan (FPPP) serta Fakulti Kontemporari Islam (FKI) di UniSZA.

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 430

Kepelbagaian peringkat umur juga dapat dilihat iaitu daripada pelajar dalam

linkungan umur 18-24 tahun (n=228; 96.0%) dan 25-29 tahun (n=12; 4.0%). Pelajar

yang berumur 18-24 tahun (n=228; 96.0%) adalah pelajar paling ramai terlibat dalam

kajian lapangan ini kerana kelompok umur ini merupakan peringkat umur pelajar

yang paling banyak menuntut di UniSZA. Bagi status perkahwinan pula, didapati

kebanyakan pelajar masih belum berkahwin (n=289; 96.3%) lebih ramai berbanding

pelajar yang sudah berkahwin (n=11; 3.7%). Begitu juga dengan tahap pendidikan

responden dan fakulti, didapati kebanyakan pelajar ijazah sarjana muda (n=30;

100%) dan fakulti (n=30; 100%). Kebanyakan responden daripada pelajar tahun

kedua (n=100; 33.3%) berbanding pelajar tahun pertama (n=74; 24.7%), tahun

ketiga dan tahun keempat masing-masing (n=63; 21.0%).

Persepsi Pelajar Muslim Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) Terhadap

Pelaburan Dana Amanah Islam (Dai) Mengikut Dimensi Kepatuhan Beragama,

Intrinsik Dan Ekstrinsik

Pola pemilihan mengikut dimensi dilakukan bagi melihat secara lebih terperinci

tentang persepsi pelajar Muslim UniSZA terhadap pelaburan DAI. Dapatan ini

sekaligus menjawab objektif pertama. Dimensi ini disusun mengikut faktor

kepatuhan beragama, faktor intrinsik dan faktor ekstrinsik. Skor min diukur

mengikut penilaian Oxford (1990) iaitu skor min 3.5 hingga 5.0 adalah tinggi, skor

min 2.5 hingga 3.49 adalah sederhana dan skor min 1.0 hingga 2.49 adalah rendah.

Jadual 3: Min responden daripada Faktor Kepatuhan Beragama Dimensi

Pertimbangan Halal, Haram dan Syubhat dan Keyakinan dan Ibadat

No. Item Min SP

Pertimbangan halal, haram dan syubhat

1 Saya didorong oleh aqidah saya untuk menyertai

pelaburan Dana Amanah Islam. 4.53 .923

2 Sebagai seorang Muslim, saya wajib memilih

pelaburan Dana Amanah Islam berbanding

pelaburan unit amanah konvensional.

4.56 .907

3 Saya tidak akan menggunakan pelaburan Dana

Amanah Islam yang diragui kehalalannya. 4.65 .995

4 Saya mengutamakan pelaburan Dana Amanah

Islam yang bebas daripada sebarang kontroversi. 4.53 .962

Keyakinan dan Ibadat

5 Saya mendirikan solat fardu lima kali sehari. 5.31 .811

6 Saya berpuasa di bulan Ramadan. 5.39 .813

7 Saya membaca al-Quran setiap hari. 4.83 .937

8 Saya mendirikan solat sunat setiap hari seperti

solat Dhuha. 4.40 .968

9 Islam membantu saya ke arah kehidupan yang

lebih baik. 5.38 .897

Jadual 3 menunjukkan responden setuju dengan semua item di bawah pertimbangan

halal, haram dan syubhat. Majoriti responden bersetuju bahawa dorongan akidah

(M=4.53, SP=0.923), kewajipan (M=4.56, SP=0.907), menolak dari menggunakan

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 431

pelaburan yang diragui kehalalannya (M=4.65, SP=0.995) dan mengutamakan

pelaburan DAI yang bebas daripada sebarang kontroversi (M=4.53, SP=0.962)

adalah pendorong responden memilih pelaburan DAI. Hal demikian menunjukkan

bahawa responden memiliki persepsi yang positif terhadap pertimbangan halal,

haram dan syubhat. Perkara ini penting kerana sebagai Muslim adalah wajib untuk

memilih pelaburan yang halal dan bebas dari unsur haram dan syubhat.

Jadual 3 juga menunjukkan majoriti responden bersetuju bahawa kepatuhan

beragama turut berperanan dalam pemilihan pelaburan DAI. Responden bersetuju

mendirikan solat fardhu lima kali sehari (M=5.31, 0.811), berpuasa dibulan

Ramadan (M=5.39, SP=0.813), membaca al-Quran setiap hari (M=4.83, SP=0.937),

mendirikan solat sunat setiap hari (M=4.40, SP=0.968) dan Islam membantu ke arah

kehidupan yang lebih baik (M=5.38, SP=0.897). Ini menunjukkan kebanyakan

pelajar melakukan ibadah wajib dalam kehidupan dan begitu menitikberatkan ibadah

sunat.

Jadual 4: Min responden daripada Faktor Intrinsik Dimensi Kefahaman

Terhadap DAI dan Pulangan Maslahat (kebaikan)

No. Item Min SP

Kefahaman terhadap pelaburan Dana

Amanah Islam (DAI)

1 Saya tahu adanya pelaburan Dana Amanah

Islam. 4.15 1.193

2 Saya tahu pelaburan Dana Amanah Islam

dibolehkan dalam Islam. 4.32 1.030

3 Saya tahu bagaimana cara membuat pelaburan

Dana Amanah Islam. 3.73 1.222

4 Saya tahu bentuk-bentuk (skim) pelaburan

Dana Amanah Islam. 3.79 1.287

5 Saya tahu pihak manakah yang

bertanggungjawab menguruskan pelaburan

Dana Amanah Islam.

3.71 1.148

6 Saya mendapat maklumat yang mencukupi

berkaitan pelaburan Dana Amanah Islam. 3.59 1.183

7 Saya benar-benar memahami konsep dan

perlaksanaan pelaburan Dana Amanah Islam. 3.62 1.149

Pulangan maslahat (kebaikan)

8 Penyertaan dalam pelaburan Dana Amanah

Islam memberikan kebaikan kepada dunia dan

akhirat.

4.51 .941

9 Urusan pelaburan Dana Amanah Islam dipilih

kerana ia bebas daripada unsur riba, gharar dan

maysir.

4.49 .973

10 Saya menyertai pelaburan Dana Amanah Islam

kerana terdapat unsur berkat dalam kehidupan. 4.25 1.127

11 Pemilihan pelaburan Dana Amanah Islam

menyumbang pembangunan ekonomi umat 4.44 .995

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 432

Islam dan mengembangkan industri pelaburan

Dana Amanah Islam.

Jadual 4 menunjukkan min responden daripada dimensi kefahaman terhadap

pelaburan DAI yang terdiri daripada tujuh item soalan. Secara keseluruhannya,

persepsi pelajar tidak mempunyai kefahaman terhadap pelaburan DAI. Item no. 3

(M=3.73, SP=1.222), no. 4 (M=3.79, SP=1.287), no. 5 (M=3.71, SP=1.148), no. 6

(M=3.59, SP=1.183) dan no. 7 (M=3.62, SP=1.149) menunjukkan majoriti persepsi

pelajar tidak setuju bahawa mereka mempunyai kefahaman yang baik terhadap

pelaburan DAI. Pelajar juga menunjukkan bahawa pemilihan terhadap pelaburan

DAI ini didorong oleh pengetahuan kewujudan pelaburan DAI (M=4.15, SP=1.193)

dan pelaburan DAI dibolehkan dalam Islam (M=4.32, SP= 1.030).

Jadual 4 juga menunjukkan responden setuju dengan semua item di bawah

pertimbangan pulangan maslahat. Majoriti responden bersetuju bahawa penyertaan

dalam pelaburan DAI memberi kebaikan kepada dunia dan akhirat (M=4.51,

SP=0.941), bebas daripada unsur riba, gharar dan maysir (M=4.49, SP=0.973),

terdapat unsur berkat dalam kehidupan (M=4.25, SP=1.127) dan menyumbang

pembangunan ekonomi umat Islam seterusnya mengembangkan industri pelaburan

DAI (M=4.44, SP=0.995) adalah pendorong persepsi responden memilih pelaburan

DAI. Hal demikian menunjukkan bahawa responden memiliki persepsi yang positif

terhadap pulangan maslahat. Perkara ini menunjukkan responden tidak hanya

mengharapkan produk yang memberi kebaikan di dunia tetapi turut juga

menitiberatkan faedah sampingan lain di akhirat dan mengembangkan ekonomi umat

Islam.

Jadual 5 menunjukkan min responden daripada faktor ekstrinsik dimensi pemasaran,

ciri-ciri produk dan perkhidmatan. Di bawah pemasaran, majoriti responden setuju

bahawa setuju bahawa risalah (M=4.03, SP= 1.024), iklan di laman sesawang

(M=4.21, SP=0.989), menyakini pelaburan DAI mampu memenuhi keperluan

daripada gambaran mengenainya (M=4.25, SP=0.936) dan prestasi pulangan (return)

yang memuaskan (M=4.29, SP= 1.053) adalah pendorong persepsi responden dalam

pemilihan pelaburan DAI.

Jadual 5: Min responden daripada Faktor Ekstrinsik Dimensi Pemasaran, Ciri-

Ciri Produk dan Perkhidmatan

No. Item Min SP

Pemasaran

1 Publisiti meluas di media massa tentang pelaburan

Dana Amanah Islam mendorong saya untuk

menyertai.

3.94 1.120

2 Risalah daripada pihak institusi pelaburan Dana

Amanah Islam mendorong saya untuk

menggunakan kemudahan mereka.

4.03 1.024

3 Saya mengetahui maklumat mengenai pelaburan

Dana Amanah Islam melalui media cetak. 3.98 1.083

4 Laman sesawang (website) memudahkan saya

mengetahui lebih lanjut mengenai pelaburan Dana 4.21 .989

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 433

Amanah Islam.

5 Gambaran mengenai pelaburan Dana Amanah

Islam membuat saya semakin yakin pelaburan

Dana Amanah Islam mampu memenuhi keperluan

saya.

4.25 .936

6 Prestasi pulangan (Return) Dana Amanah Islam

yang memuaskan membuat saya memilih

pelaburan ini.

4.29 1.053

Ciri-ciri produk

7 Perkhidmatan pelaburan Dana Amanah Islam

yang sesuai penting untuk saya. 4.38 .900

8 Sistem yang sederhana dan mudah pada pelaburan

Dana Amanah Islam penting kepada saya. 4.37 .772

9 Ciri-ciri pelaburan sesuatu produk Dana Amanah

Islam penting kepada saya. 4.41 .851

10 Jaminan kerahsiaan maklumat peserta Dana

Amanah Islam penting bagi saya. 4.48 .909

11 Jenis pelaburan Dana Amanah Islam yang

berisiko rendah membuat saya memilih pelaburan

ini.

4.36 .935

Perkhidmatan

12 Kemudahan di premis agensi penting kepada saya

(contoh: tempat letak kereta). 4.40 1.305

13 Lokasi institusi Dana Amanah Islam penting

kepada saya. 4.41 1.251

14 Perkhidmatan institusi Dana Amanah Islam yang

cekap penting kepada saya. 4.53 .923

15 Layanan kakitangan institusi Dana Amanah Islam

yang mesra pelanggan penting bagi saya. 4.61 .847

16 Prosedur Dana Amanah Islam yang mudah untuk

sebarang tebus balik (redeem) penting bagi saya. 4.52 .986

Walau bagaimanapun, terdapat responden yang tidak bersetuju mengetahui

maklumat mengenai pelaburan DAI melalui media massa (M=3.94, SP=1.120) dan

media cetak (M=3.98, SP=1.083). Ini menunjukkan bahawa pemasaran melalui

media massa dan media cetak masih belum cukup berkesan kepada persepsi

responden. Namun begitu, pemasaran turut memainkan peranan penting dalam

menyampaikan maklumat berkenaan pelaburan DAI kepada persepsi responden.

Di bawah ciri-ciri produk pula, majoriti responden setuju bahawa kesesuaian

perkhidmatan pelaburan (M=4.38, SP=0.900), sistem yang sederhana dan mudah

(M=4.37, SP=0.772), ciri-ciri pelaburan (M=4.41, SP=0.851), jaminan kerahsian

maklumat peserta (M=4.48, SP=0.909) dan jenis pelaburan yang berisiko rendah

(M=4.36, SP=0.935) merupakan pendorong bagi pemilihan pelaburan DAI dalam

kalangan responden. Ciri-ciri tersebut bagi menarik minat masyarakat untuk

menyertai pelaburan DAI. Responden paling bersetuju bahawa jaminan kerahsiaan

maklumat merupakan elemen penting dalam pemilihan pelaburan DAI.

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 434

Begitu juga dengan di bawah perkhidmatan, majoriti responden bersetuju bahawa

kemudahan di premis agensi (M=4.40, SP=1.001), lokasi (M=4.41, SP=0.972),

kecekapan perkhidmatan (M=4.53, SP=0.948), layanan kakitangan yang mesra

(M=4.61, SP=1.004) dan prosedur tuntutan yang mudah (M=4.52, SP=0.986).

Layanan kakitangan yang mesra merupakan elemen yang paling dipersetujui oleh

responden dan paling penting dalam dimensi ini.

Secara umumnya, ketujuh-tujuh dimensi ini dianggap positif oleh pelajar Muslim

UniSZA. Dimensi-dimensi sama ada bercirikan agama secara langsung atau tidak

langsung menunjukkan kedominannya. Hal demikian bermaksud sebahagian pelajar

mempunyai tanggapan yang baik terhadap dimensi-dimensi pemilihan pelaburan

DAI.

Tahap Persepsi Pelajar Muslim Unisza Terhadap Faktor Pemilihan Pelaburan

Dana Amanah Islam (Dai)

Jadual 6: Tahap Persepsi Pelajar Muslim UniSZA Terhadap Faktor Pemilihan

Pelaburan DAI

Pemboleh

ubah

Dimensi Min

(Total)

Interpretasi

Kepatuhan

Beragama

1. Pertimbangan halal, haram dan

syubhat

2. Keyakinan dan Ibadat

4.57

5.06

Tinggi

Tinggi

Intrinsik 1. Kefahaman terhadap pelaburan DAI

2. Pulangan maslahat (kebaikan)

3.85

4.42

Tinggi

Tinggi

Ekstrinsik 1. Pemasaran

2. Ciri-ciri produk

3. Perkhidmatan

4.12

4.40

4.53

Tinggi

Tinggi

Tinggi

Jadual 6 menunjukkan semua dimensi mencatatkan nilai min yang tinggi. Dimensi

keyakinan dan ibadat (M=5.06) dilihat sebagai dimensi yang paling menonjol

berbanding pertimbangan halal, haram dan syubhat (M=4.57), perkhidmatan

(M=4.53), pulangan maslahat (M=4.42), ciri-ciri produk (M=4.40), pemasaran

(M=4.12) dan kefahaman terhadap pelaburan DAI (M=3.85).

Tahap persepsi terhadap pelaburan DAI dalam kalangan pelajar Muslim diukur

melalui jumlah min yang diperoleh daripada tujuh dimensi yang terdiri daripada

faktor kepatuhan beragama, faktor intrinsik dan faktor ekstrinsik. Dimensi-dimensi

tersebut ialah faktor kepatuhan beragama merangkumi pertimbangan halal, haram

dan syubhat serta keyakinan dan ibadat. Faktor intrinsik merangkumi kefahaman

terhadap pelaburan DAI dan pulangan maslahat (kebaikan). Faktor ekstrinsik pula

terdiri daripada pemasaran, ciri-ciri produk dan perkhidmatan. Kesemua dimensi ini

berfungsi sebagai alat analisis bagi menilai kepatuhan syariah pelajar Muslim

UniSZA terhadap faktor pemilihan pelaburan DAI.

Jadual 6 menunjukkan bahawa keyakinan dan ibadat (M=5.06) merupakan faktor

yang paling dominan bagi persepsi pelajar terhadap pemilihan pelaburan DAI. Ini

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 435

memperlihatkan bahawa pelajar tidak menitikberatkan aspek keuntungan semata-

mata tetapi turut mempertimbangkan manfaat lain daripada penyertaan dalam

pelaburan DAI.

Dimensi kedua yang dominan adalah pertimbangan halal, haram dan syubhat. Pelajar

turut mementingkan dimensi ini dalam pemilihan pelaburan DAI. Ketiga ialah

dimensi perkhidmatan menjadi faktor pemilihan pelaburan DAI. Dimensi

perkhidmatan merangkumi kemudahan di premis agensi, lokasi, kecekapan

perkhidmatan, layanan kakitangan yang mesra dan prosedur tuntutan yang mudah.

Keempat, dimensi pulangan maslahat. Responden tertarik kepada pelaburan DAI

kerana pulangan maslahat yang diperoleh kesan daripada pemilihan pelaburan DAI

tersebut.

Kelima, dimensi ciri-ciri produk yang merangkumi kesesuaian perkhidmatan

pelaburan, sistem yang sederhana dan mudah serta jaminan kerahsian maklumat

peserta dan jenis pelaburan yang berisiko rendah.

Terdapat dua dimensi yang berada di tahap yang rendah iaitu kefahaman terhadap

pelaburan DAI dan pemasaran. Ini menunjukkan bahawa pelajar tidak mempunyai

kefahaman yang baik terhadap pelaburan DAI sekali gus tidak mempengaruhi

pemilihan pelajar terhadap pelaburan DAI. Justeru, pemasaran juga tidak

mempengaruhi persepsi pelajar Muslim UniSZA terhadap pelaburan DAI. Ini

bermaksud promosi yang diadakan masih belum berkesan terhadap pelajar.

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Pelaburan Dana Amanah Islam

(Dai)

Jadual 7 menerangkan pengaruh intrinsik dan ekstrinsik melalui analisis regresi

berganda terhadap tahap pemilihan. Dapatan menunjukkan bahawa secara serentak

intrinsik dan ekstrinsik memberikan sumbangan pengaruh hanya sebanyak 16.3%

(R² = 0.163) dan bakinya sebanyak 83.7% dipengaruhi oleh faktor lain misalnya

kepatuhan beragama. Sedangkan secara berasingan ekstrinsik memberikan

sumbangan pengaruh yang besar terhadap pemilihan pelaburan DAI iaitu sebanyak

30.8% manakala faktor intrinsik pula sebanyak 13.2%.

Jadual 7: Keputusan Regresi Berganda Antara Faktor Intrinsik dan Ekstrinsik

Terhadap Pemilihan Pelaburan DAI

Model Unstandardized

Coeffients

Standardized

Coefficients

T Sig. R² F Kolineariti

B Std.

Error

Beta Toleran VIF

(constant) 2.427 .245 9.888 .000 .163 28.887

Intrinsik .116 .060 .132 1.941 .053 .610 1.640

Ekstrinsik .314 .069 .308 4.525 .000 .610 1.640

Jadual 7 menerangkan pengaruh intrinsik dan ekstrinsik melalui analisis regresi

berganda terhadap tahap pemilihan. Dapatan menunjukkan bahawa secara serentak

intrinsik dan ekstrinsik memberikan sumbangan pengaruh hanya sebanyak 16.3%

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 436

(R² = 0.163) dan bakinya sebanyak 83.7% dipengaruhi oleh faktor lain misalnya

kepatuhan beragama. Sedangkan secara berasingan ekstrinsik memberikan

sumbangan pengaruh yang besar terhadap pemilihan pelaburan DAI iaitu sebanyak

30.8% manakala faktor intrinsik pula sebanyak 13.2%. Hal ini bererti bahawa

institusi DAI perlu lebih memberi perhatian terhadap faktor ekstrinsik bagi

meningkatkan pelaburan DAI di samping memberi penekanan terutamanya pada

item dimensi ciri-ciri produk dan perkhidmatan iaitu jaminan kerahsiaan maklumat

pelabur dan layanan kakitangan institusi DAI.

Jadual 8: Keputusan Regresi Berganda Faktor Kepatuhan Beragama Terhadap

Pemilihan Pelaburan DAI

Model Unstandardized

Coeffients

Standardized

Coefficients

T Sig. R² F

B Std.

Error

Beta

(constant) 2.731 .333 8.196 .000 0.038 21.699

Kepatuhan

Beragama

.320 0.069 0.261 4.658 .000

Jadual 8 memperlihatkan pengaruh faktor kepatuhan beragama terhadap pemilihan

pelaburan DAI. Dapatan menunjukkan bahawa faktor kepatuhan beragama

mempunyai pengaruh yang positif dan signifikan terhadap pemilihan pelaburan DAI.

Hal demikian kerana sumbangan kepatuhan beragama sebanyak 26.1%. Pernyataan

ini menunjukkan bahawa semakin tinggi tahap pemahaman pelajar terhadap agama

Islam mempengaruhi tahap pemilihan pelaburan DAI.

Untuk itu pihak institusi DAI perlu menggiatkan usaha dalam mengenalkan

pelaburan DAI dengan pendekatan ceramah agama dan mengadakan seminar tentang

pelaburan DAI terhadap pelajar.

Jadual 9: Analisis Regresi Berganda Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi

Pemilihan Pelaburan DAI

Model Unstandardize

d Coeffients

Standardize

d

Coefficients

T Sig. R² F Kolineariti

B Std.

Error

Beta Tolera

n

VIF

(constant) 2.045 .335 6.10

1

.00

0

.17

1

20.30

1

Kepatuha

n

beragama

.122 .073 .099 1.66

8

.09

6

.794 1.26

0

Intrinsik .109 .060 .124 1.82

7

.06

9

.607 1.64

2

Ekstrinsik .273 .073 .268 3.73

0

.00

0

.543 1.84

3

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 437

Jadual 9 menunjukkan bahawa faktor kepatuhan beragama, intrinsik dan ekstrinsik

secara serentak menyumbang sebanyak 17.1% (R² = 0.171), sedangkan sebanyak

82.9% dipengaruhi oleh faktor lain. Secara berasingan pula, kesemua faktor

mempunyai signifikan terhadap tahap pemilihan pelaburan DAI. Faktor ekstrinsik

memberi sumbangan yang paling tinggi sebanyak 26.8% berbanding faktor

kepatuhan beragama dan intrinsik masing-masing sebanyak 9.9% dan 12.4%. Hal

demikian bermakna pengaruh faktor ekstrinsik lebih dominan berbanding faktor

kepatuhan beragama dan intrinsik. Ini menunjukkan pelajar lebih menitikberatkan

pemasaran, ciri-ciri produk dan perkhidmatan.

Secara keseluruhannya, hasil analisis terhadap faktor pemilihan pelaburan DAI

pelajar Muslim UniSZA berada pada tahap tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan

bahawa kesemua faktor mempunyai pengaruh yang positif dan signifikan terhadap

pemilihan pelaburan DAI. Faktor ekstrinsik yang diutamakan oleh pelajar Muslim

UniSZA ialah ciri-ciri produk dan perkhidmatan menjadi pertimbangan dalam

pemilihan pelaburan DAI sekali gus menjadi hasil penemuan utama dalam kajian ini.

PENUTUP

Penemuan penting dalam kajian ini ialah ekstrinsik yang mempengaruhi pemilihan

pelaburan DAI. Pengendali DAI perlu memainkan peranan penting dengan

melancarkan dasar supaya penglibatan terhadap pelaburan DAI meningkat dengan

memberi perhatian kepada ciri-ciri produk dan mengikuti perkembangan semasa.

Oleh yang demikian, usaha memberi kefahaman dan promosi perlu dijalankan secara

berterusan agar masyarakat mendapat maklumat penting mengenai pelaburan DAI.

Begitu juga dengan pertimbangan halal, haram dan syubhat, pengendali perlu lebih

memberi penekanan tentang kepentingan elemen halal, haram dan syubhat.

Di samping itu, terdapat beberapa perkara berkenaan yang boleh dikaji pada masa

hadapan. Perkara tersebut merangkumi subjek kajian iaitu; Pertama, melihat kepada

persepsi pelajar bukan Islam. Kedua, teknik penyelidikan dengan menggunakan

teknik temubual secara mendalam. Ketiga, skop kajian yang menggunakan pelabur

sebenar sebagai responden.

BIBLIOGRAFI

Abdul Aziz Abdullah, Rokiah Sidek & Ahmad Azrin (2012). Perception of Non-

Muslims Customers towards Islamic Banks in Malaysia. International

Journal of Business and Social Science. Vol. 3 No. 11; June 2012.

Ahmad Azrin Adnan (2010). Penentu Pemilihan Institusi Perbankan Islam Dalam

Kalangan Muslim di Terengganu. Tesis Ph.D Universiti Sains Malaysia.

Ahmad Shukri Mohd Nain (2002). Tingkahlaku Organisasi: Pengenalan

Tingkahlaku Individu. Penerbitan Universiri Teknologi Malaysia.

Amalurramzan Ab Manan (2002). Penglibatan Pelabur Muslim dalam Amanah

Saham Islam: Kajian di ASM Mara Unit Trust Management Berhad. Latihan

Ilmiah tidak diterbitkan, Universiti Malaya, Jabatan Shariah dan Ekonomi.

Anderson, Andy B. Basilevsky, Alexander & Hum, Deraek P.J (1983).

Measurement: Theory and Technique dalam Rossi, Peter H. et al. eds.,

Hanbooks of Survey Research. California: Academic Press.

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 438

Fadillah Mansor & Ab. Mumin Ab. Ghani (t.t). SambutanMasyarakat Bukan Islam

Terhadap Produk Perbankan Islam di Bank Muamalat Malaysia Berhad.

Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Fakhruddin Sulaiman & Fadillah Mansor (2009). Operasi Dana Saham Amanah

Secara Islam: Kajian Kes di Public Mutual BHD. Jurnal Syariah, (1), 17.

Fathiah Fathil (2008). Penerimaan Masyarakat Bukan Islam Terhadap Produk

Perbankan Islam di Bank Rakyat: Kajian ini di Pulau Pinang. Kuala

Lumpur: Universiti Malaya.

Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM), (Edisi Kedua, 2005). Urus

Niaga Unit Amanah. Kuala Lumpur.

Hussain Salamon & Maisaroh Mat Saad (2010). Persepsi Ejen Takaful Terhadap

Penyertaan Masyarakat Melayu dalam Takaful Hayat. Johor: Universiti

Teknologi Malaysia.

Inke Kesumawati Adnan (2011). Persepsi Masyarakat Muslim Bandung Terhadap

Pemilihan Kad Kredit Syariah. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Juniza Mohamad Jamari (2012). Sambutan Pelajar Muslim Universiti Sains

Malaysia (USM) Terhadap Takaful Hayat. Pulau Pinang: Universiti Sains

Malaysia.

Kotler (1985). Manajemen Pemasaran (Terjemahan Gunawan Hatauruk). Jakarta:

Erlangga.

Mahani Mohamed (1999). Pelaburan: Peranannya Dalam Pertumbuhan Ekonomi

Negara. Latihan Ilmiah tidak diterbitkan, Universiti Malaya, Jabatan Shariah

dan Ekonomi.

Metawa, S. A & Almossawi, M. (1998). Banking Behaviour of Islamic Bank

Customers: Perspectives and Implications. International Journal of Bank

Marketing, 16(7), 299-313.

Mohd Azlan Yahya (2005). Kepentingan Nilai-Nilai Islam Syarikat Terhadap

Keputusan Pelaburan Oleh Amanah Saham Islam. (disertasi kedoktoran).

Mohd Salleh Abu et al. (2001). Analisis Data Berkomputer SPSS 10 for Windows.

Venton.

Mowen, J. C. (1998). Consumer Behaviour. New Jersey: Prentice Hall Inc.

Naser K., Jamal, A. & Al-Khatib, L. (1999). Islamic Banking: A Study of Customer

Statisfaction and Preference in Jordan. International Journal of Bank

Markerting, 17(3), 135-150.

Nor Aini Ali, Asmak Ab Rahman, Wan Marhaini & Azizi Che Seman (2004).

Persepsi Kriteria Pemilihan Mahasiswa Universiti Malaya Terhadap Polisi

Insurans/Takaful. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Norafifah Ahmad & Sudin Haron (2001). Perceptions of Malaysian Corporate

Customers Towards Islamic Banking Products & Services. International

Journal of Islamic Financial Services. Vol. 3. Number 4.

Norafizah Mohd Makhtar (2009). Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pemilihan

Insurans Kesihatan Pelajar Ijazah Tinggi: Perbandingan Antara Takful dan

Insurans Konvensional di Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang:

Universiti Sains Malaysia.

Rajwanti Sharma (2013). Investment Perception and Selection Behaviour Towards

Mutual Fund. International Journal of Techno-Management Research, Vol. 1

No. 2, September 2013.

Rosliza Mohamed Yusoff (2002). Amanah Saham Wanita: Kajian Dari Perspeptif

Pengurusan Dana. Latihan Ilmiah tidak diterbitkan, Universiti Malaya,

Jabatan Shariah dan Ekonomi.

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 439

Rozihanim Shekh Zain (2003). The Performance Of Malaysian Unit Trust:

Government Sponsored Funds Versus Private Funds (1993-2001). Tesis tidak

diterbitkan, Universiti Utara Malaysia, School Of Finance and Banking.

Sabitha Marican (2006). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Selangor: Pearson

Malaysia Sdn. Bhd.

Sanjay Das (t.t). Small Investor’s Perceptions on Mutual Funds in Assam: An

Empirical Analysis. National Monthly Refereed Journal of Reasearch in

Commerce & Management. Vol. 1 No. 8.

Siti Hajar Salwa Ahmad Musadik (2011). Factors Influencing The Tendancy to

Subscribe with Takaful Among Martial Arts Practitioner. Kedah: Universiti

Utara Malaysia.

Siti Zaleha Ferozi Din (1995). Saham Amanah Ekuiti. Selangor: Unitra Research

Enterprise.

Zaharuddin Abd. Rahman (2008). Wang, Anda dan Islam: Halal, Haram Dalam

Kewangan Dan Perbankan. Kuala Lumpur: True Wealth Sdn. Bhd.

Zakaria Bahari (2009). Soal Selidik Responden Pengguna Muslim Takaful: “Gelagat

Kepenggunaan Perkhidmatan Kewangan Islam Di Malaysia: Satu Analisis

Psikografik”. Geran Penyelidikan Universiti Sains Malaysia. Pusat Kajian

Pembangunan Islam (ISDEV), Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan

Universiti Sains Malaysia.