modul_audio.doc

19
1.1 PENGENALAN Audio merupakan salah satu media yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada peringkat awalnya, ia sering digunakan dalam bidang bahasa terutama bagi mengajar seseorang cara sebutan yang betul dan sebagainya. Kebanyakan media berunsurkan audio pula adalah berasaskan teknologi analog seperti pita dan sebagainya. Kini audio boleh digunakan dalam apa jua bidang ilmu dan dengan kecanggihan teknologi moden, audio semakin penting sebagai salah satu elemen dalam proses pendidikan. 1.2 TUJUAN PENGGUNAAN AUDIO Guru boleh menggunakan persembahan audio menggunakan format piring hitam (phonogram), gelung terbuka (open reel), pita kaset, katrij, cakera padat (CD), kad audio dan pita kaset mikro untuk: Membawa ke kelas bunyi yang diperlukan oleh proses pembelajaran seperti muzik, sebutan bahasa, pengecaman dan diskriminasi bunyi. Mengambil alih persembahan verbal secara total, contohnya guru boleh rakam sesi pelajarannya dan mainkan dan dimainkan semula oleh orang lain di dalam kelas. Menemubual dan merakam individu yang terkenal atau sumber manusia yang lain. Merakam peristiwa tempatan, ucapan dan ceramah. Merakam pelbagai kesan bunyi untuk aktviti kelas. Rakaman drama, lagu atau nasyid, aktiviti simulasi dalam bilik darjah. Rakaman pelbagai aktiviti kelas. AUDIO DALAM PENDIDIKAN AUDIO DALAM PENDIDIKAN

Upload: baskaran-subramanian

Post on 03-Oct-2015

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

templete BBP10303

1.1 PENGENALANAudio merupakan salah satu media yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada peringkat awalnya, ia sering digunakan dalam bidang bahasa terutama bagi mengajar seseorang cara sebutan yang betul dan sebagainya. Kebanyakan media berunsurkan audio pula adalah berasaskan teknologi analog seperti pita dan sebagainya. Kini audio boleh digunakan dalam apa jua bidang ilmu dan dengan kecanggihan teknologi moden, audio semakin penting sebagai salah satu elemen dalam proses pendidikan.

1.2TUJUAN PENGGUNAAN AUDIOGuru boleh menggunakan persembahan audio menggunakan format piring hitam (phonogram), gelung terbuka (open reel), pita kaset, katrij, cakera padat (CD), kad audio dan pita kaset mikro untuk:

Membawa ke kelas bunyi yang diperlukan oleh proses pembelajaran seperti muzik, sebutan bahasa, pengecaman dan diskriminasi bunyi.

Mengambil alih persembahan verbal secara total, contohnya guru boleh rakam sesi pelajarannya dan mainkan dan dimainkan semula oleh orang lain di dalam kelas.

Menemubual dan merakam individu yang terkenal atau sumber manusia yang lain.

Merakam peristiwa tempatan, ucapan dan ceramah.

Merakam pelbagai kesan bunyi untuk aktviti kelas.

Rakaman drama, lagu atau nasyid, aktiviti simulasi dalam bilik darjah.

Rakaman pelbagai aktiviti kelas.

Membimbing pelajar dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang sukar bagi mereka merujuk kepada panduan bertulis.

Membantu pelajar berlatih sesuatu kemahiran.

Menyatakan sesuatu yang sukar untuk diungkapkan dalam bentuk cetak.

Mempengaruhi perasaan dan sikap pelajar.

Pemahaman terhadap proses pendengaran dengan mendengar dan meneliti pemilihan bahan berdasarkan objektif pengajaran merupakan resipi yang diperlukan dalam penggunaan media audio untuk pengajaran dan pembelajaran.

1.3KONSEP AUDIO DAN GELOMBANG AUDIOAnda boleh mengandaikan bahawa sesuatu tekanan udara mewakili kepadatan molekul-molekul udara. Apabila sesuatu objek bergerak, ia akan mengganggu susun atur molekul-molekul udara tersebut dan ini akan menyebabkan kepadatannya turut berubah. Ini akan menyebabkan lain-lain molekul udara turut berubah sama. Semasa anda mendengar sesuatu, sebenarnya anda sedang merasai perubahan tekanan udara di sekeliling telinga anda. Perubahan ini seterusnya akan diterima oleh gegendang telinga yang kemudiannya diterjemahkan sebagai signal bunyi oleh otak anda. Rajah 1 dan 2 menunjukkan proses terhasilnya bunyi.

Rajah 1

Rajah 2

Sekiranya perubahan tekanan udara ini digrafkan sebagai fungsi masa, anda akan dapati graf gelombang seperti yang berikut:

Rajah 3: Graf gelombang bunyi voltan melawan masa

Ketika tiada gelombang bunyi yang wujud, tekanan udara adalah tetap. Apabila gelombang bunyi tiba ke gegendang telinga anda, tekanan udara akan berubah ke paras yang lebih tinggi ataupun kepada paras yang lebih rendah dari paras tekanan atmosfera yang normal. Nilai perubahan ini akan diterima sebagai kekuatan bunyi sesuatu audio yang diterima. Kekuatan bunyi ini yang dikenali sebagai amplitud dan diukur dalam unit decibels (dB). Kadar perubahan tekanan udara tersebut dinamakan pitch. Dalam istilah saintifik, pitch adalah berkaitan dengan frekuensi gelombang bunyi tersebut. Gelombang bunyi sebenarnya bukanlah seimbang sepertimana gelombang yang dipaparkan di awal perbincangan tadi. Realitinya, gelombang bunyi dapat diwakili seperti graf yang berikut. Rajah di bawah mewakili gelombang bunyi yang tidak mempunyai amplitud ataupun frekuensi yang berkala.

Rajah 4: Gelombang bunyi yang tidak mempunyai amplitud/frekuensi berkala

Ringkasnya, audio atau bunyi disebarkan oleh getaran molekul atau jirim udara di sekeliling kita. Getaran ini kemudiannya dikenali sebagai gelombang bunyi. Gelombang bunyi ini diwakili oleh corak seperti rajah di bawah. Ianya dikenali sebagai analog wave pattern (gelombang analog).

Rajah 5: Gelombang analog (Analog Wave Pattern)

Corak gelombang ini mempunyai 2 faktor utama yang membolehkan anda bekerja dengan audio di dalam komputer iaitu amplitud (ketinggian suara) dan frekuensi. Setiap puncak tertinggi di dalam gelombang bunyi tersebut adalah berkaitan dengan volume : semakin tinggi puncak, semakin kuat bunyi yang dikeluarkan. Jarak di antara puncak dengan puncak mewakili frekuensi - semakin jauh jarak semakin kecil nada suara (pitch).

Rajah 6: Amplitud dan frekuensi dalam gelombang

Frekuensi sebenarnya merujuk kepada bilangan kitaran yang berlaku bagi setiap satu saat. Bilangan frekuensi ini akan mempengaruhi kualiti sesuatu audio yang dirakamkan. Frekuensi biasanya diukur dalam unit Hertz (Hz). Setiap corak yang muncul bagi setiap saat pada gelombang bunyi adalah bersamaan dengan 1 Hz. Sekiranya corak yang muncul sebanyak 1000 kali dalam masa 1 saat maka ia adalah bersamaan dengan 1000 Hz atau KHz.

1.4AUDIO ANALOG DAN DIGITAL1.4.1Signal Analog

Perwakilan elektrikal bagi bunyi merupakan signal yang pelbagai amplitude dan frekuensinya iaitu analog kepada ciri-ciri gelombang bunyi dan ianya dikenali sebagai signal analog. Kebanyakan peralatan audio yang ada di pasaran masa kini masih berasaskan teknologi analog. Antaranya; pemain dan perakam kaset audio, pemain piring hitam, kaset video, CD audio dan sebagainya. Pada dasarnya media yang digunakan bagi menyimpan data audio bagi analog dan data audio digital adalah sama; contohnya cakera padat (CD) atau pita. Perkembangan teknologi juga membolehkan kaedah penyimpanan yang hamper sama digunakan di antara data audio analog dan juga data audio digital. Ini membolehkan CD muzik biasa (analog) boleh dibaca oleh pemain cakera padat digital (contohnya pemacu CD pada sesebuah komputer). Namun demikian tidak semua kaedah penyimpanan data tersebut adalah sama dan serasi. Oleh yang demikian data audio analog dan digital perlu diterjemahkan bagi membolehkan ianya difahami oleh media-media yang berlawanan.

1.4.2 Audio Digital

Pada awal kelahiran komputer, bunyi yang kedengaran pada sesebuah sistem komputer hanyalah bunyi asas seperti bunyi beep atau ding yang sering kedengaran apabila berlakunya kesilapan di dalam sesebuah sistem berkomputer. Kini, perkembangan teknologi membolehkan sesebuah sistem komputer mengeluarkan bukan setakat bunyi beep, tetapi juga muzik, suara latar, kesan bunyi khas dan juga bunyi-bunyian seperti mana dari konsert muzik yang sebenar. Audio merupakan salah satu cara yang paling berkesan bagi menarik perhatian pengguna. Kesan bunyi yang ringkas dengan mudahnya boleh digunakan bagi menarik perhatian dalam pelbagai sudut sesebuah persembahan maklumat. Bagi persembahan yang lebih kompleks, suara latar dan iringan muzik pastinya mampu meningkatkan perhatian dan menjadikan sesebuah persembahan lebih menarik dan menyeronokkan. Unsur audio juga boleh diterapkan di dalam sesebuah persembahan multimedia bagi menyampaikan maklumat serta mempertingkatkan kefahaman terhadap isi kandungan dari media lain yang hendak dipersembahkan. Audio juga merupakan elemen yang mampu menimbulkan keseronokan, meningkatkan mood dan mencorakkan sesebuah persembahan multimedia1.4.3 Pengubah Analog/DigitalCip yang berperanan bagi mengubah signal analog kepada denyutan digital dinamakan Analog Digital Converters (ADC). Proses sebaliknya iaitu penterjemahan dari digital kepada analog pula menggunakan cip Digital to Analog Converters (DAC). Cip-cip ini biasanya telah sedia terbina di dalam kad audio (sound card). ADC mengukur amplitud bagi gelombang analog dan mengubah setiap ukuran gelombang tersebut kepada denyutan digital yang berkaitan dengan kod bit.

Rajah 7: ADC mengubah signal analog kepada digital

Apabila audio analog telah diterjemahkan ke bentuk audio digital barulah ianya boleh diubahsuai atau dipinda oleh sesebuah sistem komputer.

1.4.4 Electrical Transducers

Transducers merupakan peranti yang mengubah gelombang bunyi kepada elektrik (microphone) atau elektrik kepada gelombang bunyi (speaker).

Rajah 8: Contoh transducer yang digunakan dalam stereo amplifier1.5PENGGUNAAN AUDIO SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJARDalam kehidupan seharian manusia banyak menggunakan deria pendengaran seperti mendengar melalui rakan, seminar, syarahan, sesi pembelajaran dan sebagainya. Dalam persekitaran pembelajaran tradisional, guru berinteraksi dengan seseorang pelajar melalui suara dan syarahan yang disampaikan dalam kelas. Ini bermakna penggunaan deria pendengaran di kalangan pelajar adalah secara meluas. Sesuatu alat bahan bantu mengajar seharusnya mampu menimbulkan penumpuan dan pemerhatian pelajar kepada suatu proses pembelajaran. Justeru itu, penggunaan bahan audio serta gabungan media-media lain seperti video mislnya, dapat menunjukkan kepada pelajar keadaan sebenar dalam situasi tertentu. Ini adalah kerana kebanyakan bahan audio adalah lebih efektif yang boleh menarik minat pelajar.

1.5.1 Kelebihan Penyampaian Bahan Pengajaran Melalui Pita Audio

Sesuai digunakan bagi penuntut yang kurang cekap membaca.

Bahan-bahan berbentuk audio dapat disusun dan disunting melalui proses penyuntingan.

Peralatan yang kecil dan mudah alih.

Bunyi yang asli dapat dirakamkan bagi menunjukkan sesuatu situasi.

Mudah dipadam dan digunakan semula.

Penggunaan masa yang fleksibel di mana penyampaian dapat disampaikan mengikut kadar masa tertentu.

Boleh dijalankan secara berulang-ulang bagi meningkatkan kefahaman pelajar.

1.5.2 Kelemahan Penyampaian Bahan Pengajaran Melalui Pita Audio

Faktor pengalaman dan sentuhan sebenar tidak terdapat dalam pita audio.

Gangguan daripada bunyi luar yang akan mengganggu minat pelajar semasa proses pengajaran.

Sekiranya pita audio telah dimainkan, ianya telah ditentukan kadar masa. Kadar masa yang digunakan tidak boleh diubah.

Kurangnya unsur interaktiviti antara pengguna dan mesin.

1.6RAKAMAN AUDIO BAGI TUJUAN PENDIDIKAN1.6.1 Panduan Merakamkan Audio

Dalam menjayakan rakaman audio, beberapa perkara perlu diambilkira. Antara perkara-perkara tersebut adalah:

Gunakan perkataan yang mudah dan elakkan penggunaan ayat yang kompleks dan sukar difahami.

Gunakan ayat yang pendek dan mudah. Ini bertujuan bagi membolehkan pendengar mengambil masa untuk mendengar, membuat sintesis dan analisis ke atas mesej yang ingin disampaikan.

Gaya bahasa seharusnya tidak formal bagi memudahkan pendengar membuat andaian.

Pelbagaikan jenis bunyi dan suara. Penggunaan suara dan bunyi yang pelbagai akan dapat menarik minat serta memberi tumpuan kepada pendengar.

Kadar penerimaan oleh pendengar mestilah sesuai dengan tajuk sesuatu cerita yang dipaparkan.

Persembahan corak muzik harus sesuai dengan cerita atau mesej yang ingin disampaikan.

Penggunaan kesan bunyi dapat menarik minat dan menghidupkan lagi jalan cerita.

Suara yang dihasilkan perlu ada intonasi dan gaya percakapan yang dapat menarik minat pelajar secara umumnya.

Pelajar harus dilibatkan secara aktif dalam mengemukakan soalan dan permasalahan selepas sesi pengajaran. Hentikan sesi rakaman antara 1-3 minit. Galakkan penyertaan penonton.

Sumber media audio boleh digunakan dalam jangka masa 7 hingga 10 minit (maksimum) dalam tempoh pengajaran 30 minit. Informasi yang terlalu banyak akan mematikan motivasi dan minat pendengar.

Elemen hentian harus diambilkira dalam pembinaan skrip. Ruang dan soalan perlu diberikan bagi menggalakkan pelajar berfikir.

Nada suara perlu mempunyai intonasi serta personaliti menarik mengandungi perubahan ritma frekuensi persembahan dengan penekanan suara, tinggi rendah suara, kecepatan dan keperlahanan kepada frasa-frasa yang sukar.

1.6.2 Bagaimana Meningkatkan Kualiti Rakaman Audio?

Terdapat beberapa kaedah untuk meningkatkan kualiti audio dalam sesuatu persembahan sama ada secara tradisi mahupun melalui teknologi multimedia. Di antaranya ialah:

Studio rakaman

Bagi menghasilkan kualiti audio yang tinggi, sesebuah studio rakaman perlu disediakan. Kemudahan ini harus mengandungi kelengkapan peralatan audio yang terkini dan kepakaran sumber manusia bagi meningkatkan kualiti rakaman audio tersebut.

Persekitaran

Pastikan bahawa rakaman dibuat dalam suasana persekitaran yang sunyi tanpa sebarang gangguan daripada luar. Seeloknya rakaman harus dijalankan di dalam studio rakaman yang kedap bunyi.

Jenis Mikrofon

Peralatan yang penting adalah jenis mikrofon yang digunakan. Kualiti sesebuah rakaman yang dipengaruhi oleh jenis mikrofon.

Kedudukan Mikrofon

Kedudukan mikrofon juga mempengaruhi kualiti rakaman audio terutama selepas menjalankan rakaman.

Storan Audio

Perkara yang paling penting adalah di mana sesuatu rakaman audio disimpan. Ini bergantung kepada jenis perkakasan dan peralatan yang digunakan. Ia mungkin terdiri daripada kaset, gelungan pita, DAT atau system penyimpanan yang lain. Pemilihan storan audio sangat penting kerana ia akan memberi kesan kepada kualiti rakaman.

Pengkabelan

Panjang dan kualiti akan mempengaruhi kadar kebisingan sebelum sesuatu audiodirakamkan.

Kadar Sampel

Pita hendaklah dirakamkan menggunakan perkakasan dan peralatan yang terbaik dan rakaman seharusnya dibuat dengan mengambil kira keperluan pengguna. Beberapa perkara perlu diambilkira iaitu:

i) Ruang Storan

ii) Kadar main semula daripada CD-ROM atau peralatan storan.

iii) Kualiti kad bunyi pengguna.

iv) Kualiti speaker pengguna.

Sekiranya kadar persampelan semasa rakaman adalah tinggi, pastikan bahawa perkakasan mempunyai keupayaan main semula audio yang telah dirakamkan.

Proses Percubaan

Setelah rakaman dibuat, pengguan perlu menyemak sama ada rakaman tersebut mempunyai kadar kebisingan ataupun tidak. Kemudahan untuk menjalankan proses ini adalah bergantung kepada perkakasan dan perisian yang digunakan.

Pos-Produksi

Terdapat pelbagai perisian komersial yang berada di pasaran yang boleh digunakan untuk merakamkan dan memproses audio secara digital. Selain daripada itu, pengguna perlu membuat penyimpanan atau back up ke atas kedua-dua jenis audio sama ada analog atau digital. Ini bertujuan bagi memudahkan mereka menggunakan semua sumber yang ada dalam setiap persembahan.

1.6.3 Jenis-Jenis Mikrofon

Mikrofon datang dalam pelbagai jenis yang berbeza dari segi kualiti, harga. Jenis-jenis mikrofon boleh dikelas berdasarkan sensitiviti dan kualiti penerimaan gelombang. Oleh itu, adalah penting untuk memilih peralatan audio yang sesuai dengan tugas dan kualiti yang sepadan serta baget anda. Dianggap salah jimat (false economy) sekiranya anda memilih mikrofon yang murah berfideliti rendah yang digunakan bersama alat perakam yang mahal dan berfideliti tinggi. Begitu juga sebaliknya. Berikut merupakan jenis-jenis mikrofon yang berada dalam pasaran:

1) Mikrofon Dinamik (Moving Coil)

Beroperasi menggunakan prinsip elektromagnetik: menggunakan gelung wayar sebagai transducer. Ia menghasilkan julat frekeunsi yang lebih lebar dan menghasilkan signal yang berkualiti dan harganya lebih mahal. Voltan output dijanakan apabila signal elektrik melalui garisan flux pada kawasan magnetik. Mikrofon dinamik terbahagi kepada dua jenis iaitu:

2) Mikrofon Kapasitor (Condenser) Beroperasi menggunakan kapasitor yang pelbagai jarak untuk menghasilkan signal elektrik. Ia mempunyai frekeunsi yang lebih lebar dan menghasilkan signal yang lebih berkualiti dan mikrofon ini bersaiz kecil. Penukaran kapasitan yang wujud di antara dua plat elektrod yang terdapat dalam mikrofon tersebut menjanakan voltan output.

3) Mikrofon hablur (crystal) atau Seramik

Diperbuat daripada piezoelectric crystal yang disambungkan diafram, Mikrofon seramik mempunyai kualiti audio yang tinggi dan digunakan dalam bidang kepakaran tertentu.Mikrofon ini menggunakan butiran (granules transducer) hablur piezoeletrik atau seramik. Mikrofon ini murah tetapi lasak dan mempunyai julat frekuensi yang kecil. Ia menghasilkan signal yang berfideliti rendah. Biasanya mikrofon ini terdapat dikebanyakkan alat perakam pita yang murah.

4) Mikrofon Karbon

Digunakan dalam telefon dan mempunyai nilai sensitiviti yang tinggi. Mikrofon karbon mengandungi piring yang dipenuhi oleh karbon. Kebanyakan daripada mikrofon jenis ini digunakan dalam industri telekomunikasi untuk perhubungan antara satu sama lain.

1.7CONTOH-CONTOH BAGAIMANA AUDIO DIGUNAKAN DALAM PENDIDIKAN

Derek Rowntree(1992) Exploring Open and Distance Learning (London:Kogan Page) mencadangkan penggunaan audio dalam pendidikan. Di antaranya adalah:

Mendengar

Dengan menghasilkan bahan audio secara semulajadi, pendengar dapat menumpukan perhatian walaupun sedang sibuk dengan tugas yang lain. Contohnya, seseorang yang sedang memandu dapat menumpukan perhatian kepada radio yang dipasang di dalam keretanya. Ini bermakna bahan audio yang berbentuk ucapan, syarahan dan juga penyampaian dapat menghasilkan sesuatu pembelajaran yang berkesan.

Mendengar dan Melihat

Pembelajaran secara melihat dan mendengar adalah lebih berkesan berbanding dengan pembelajaran secara mendengar sahaja. Walau bagaimanapun, penyediaan bahan pengajaran lebih kepada pelbagai seperti bahan bercetak dan juga skrin computer dalam satu masa. Penggunaan audio menghasilkan panduan kepada pelajar.

Pendengaran, Melihat dan Membuat

Dalam sesetengah situasi, audio boleh dihentikan bagi memberi peluang kepada pelajar melakukan tugas dan perbincangan. Setelah sesi perbincangan dijalankan, audio boleh dimainkan semula dan penekanan harus diberikan pada fakta yang ingin disampaikan. Beberapa penggunaan audio dalam pendidikan seperti dicadangkan oleh Rowntree, Derek 1992 (diubahsuai dari Rowntree, Derek 1992 Exploring Open and Distance Learning London: Kogan Page dengan tambahan):

i) Memberi pelajar peluang untuk mendengar.

ii) Memberi idea dan membantu pelajar yang tidak tahu dan tidak minat membaca.

iii) Penggunaan masa yang berkesan kepada pelajar kerana penggunaan audio, mereka dapat menjalankan dan mendengar beberapa tugas yang diberikan dalam satu masa.

iv) Tugas yang diberikan adalah secara terus di mana penggunaan bahan bercetak boleh mengganggu penumpuan mereka.

v) Membenarkan pelajar melatih kemahiran tertentu seperti pembelajaran bahasa.

vi) Menambahkan interaksi yang cepat antara individu dalam proses pembelajaran.

vii) Dapat menyatakan perkataan atau benda yang agak sukar untuk disebut seperti dialek tertentu dalam ucapan.

viii) Untuk memotivasikan pelajar.

ix) Menyentuh perasaan dan sikap pelajar.

x) Menghasilkan sumber bahan bagi pelajar untuk dianalisis.

xi) Untuk mendapatkan perhatian pelajar.

xii) Menghasilkan kepelbagaian bahasa dalam menghasilkan bahan video.

1.8RINGKASAN

Audio sememangnya merupakan salah satu media yang mampu menarik perhatian pelajar sekiranya digunakan secara berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun ia agak sukar untuk diterjemahkan dalam bentuk praktikal, namun seseorang pendidik yang baik sewajarnya berupaya mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka agar pelajar sentiasa bersemangat dan bermotivasi dalam proses pembelajaran. Dengan sedikit kemahiran dan kreativiti, seseorang pendidik itu mampu menghasilkan satu bentuk atau konsep pelajaran yang menggunakan audio sebagai salah satu media yang utama.

AUDIO DALAM PENDIDIKAN

Mikrofon Riben

Sama seperti mikrofon jenis Moving Coil yang beroperasi menggunakan teori elektromagnetik. Rekabentuk daripada riben aluminium yang nipis bagi menjadikannya lebih fleksibel.

ACTIVITY

Moving Cell Microphone

Mengandungi diafragma yang diperbuat daripada plastik. Pada bahagian asas/bawah diafragma ini disaluti dengan gelungan wayar tembaga. Secara umumnya, Moving Cell Microphone adalah banyak terdapat di pasaran dan digunakan secara meluas.

1415