modul pengajaran kssr

2
Modul Pengajaran KSSR. Jangan Keliru! Kurikulum Standard Sekolah Rendah atau lebih dikenali dengan KSSR sudah hampir sampai kepada tempoh pelaksanaannya di sekolah pada awal JANUARI 2011 akan datang. Pendedahan demi pendedahan telah dilaksanakan oleh pihak berwajib bagi memastikan semua guru yang berkenaan di sekolah mendapat pendedahan tentang pelaksanaannya nanti. Kurikulum Standard Bahasa Arab Sekolah Rendah (KSBASR) juga menerima proses yang sama dengan mata pelajaran yang lain. Dalam pada itu, perbincangan demi perbincangan telah saya lihat dan sebahagiannya telah pun saya ikuti dalam mendapatkan dan memberi kefahaman yang lebih terhadap pelaksanaannya itu nanti. Bermula dari Dokumen Standard yang mengandungi Standard Kandungandan Standard Pembelajaran sebagai gantian kepada Sukatan Pelajaran(SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP), penerapan Elemen Merentas Kurikulum (EMK) yang mengandungi tiga elemen penting yang terdiri daripada Kreativiti dan Inovatif, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, seterusnya penulisan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah berubah bentuk format penulisannya, sampailah kepada isu yang dilihat besar oleh sebahagian guru iaitu pembinaan modul pengajaran berteraskan empat fasa terarah. Di sini saya ingin menyentuh isu terakhir yang saya sebutkan tadi, iaituPembinaan Modul Pengajaran Berteraskan Empat Fasa Terarah". Dalam sebuah laman web popular guru j-QAF semalaysia, ada menyebut tentang "guru j- QAF tidak perlu menyediakan modul pengajaran" tersebut. Ianya hanya diwajibkan kepada pelatih-pelatih guru di institusi-institusi pendidikan guru Malaysia di seluruh negara. Setelah membaca kenyataan tersebut, saya berpendapat bahawa kenyataan ini boleh disalah ertikan oleh guru-guru j-QAF yang tidak begitu memahami konsep sebenar KSSR dan pelaksanaannya. Ia boleh menjurus kepada pengabaian modul empat fasa terarah ini oleh guru-guru j-QAF, seterusnya menjadikan pelaksanaan KSSR tidak menepati standard yang telah ditetapkan. Ini sangat bahaya!

Upload: fazila-che-hassan

Post on 25-Nov-2015

32 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Modul Pengajaran KSSR. Jangan Keliru!

Kurikulum Standard Sekolah Rendah atau lebih dikenali dengan KSSR sudah hampir sampai kepada tempoh pelaksanaannya di sekolah pada awal JANUARI 2011 akan datang. Pendedahan demi pendedahan telah dilaksanakan oleh pihak berwajib bagi memastikan semua guru yang berkenaan di sekolah mendapat pendedahan tentang pelaksanaannya nanti.Kurikulum Standard Bahasa Arab Sekolah Rendah (KSBASR)juga menerima proses yang sama dengan mata pelajaran yang lain. Dalam pada itu, perbincangan demi perbincangan telah saya lihat dan sebahagiannya telah pun saya ikuti dalam mendapatkan dan memberi kefahaman yang lebih terhadap pelaksanaannya itu nanti.

Bermula dariDokumen Standardyang mengandungiStandard KandungandanStandard Pembelajaransebagai gantian kepadaSukatan Pelajaran(SP)danHuraian Sukatan Pelajaran (HSP), penerapanElemen Merentas Kurikulum (EMK)yang mengandungi tiga elemen penting yang terdiri daripadaKreativiti dan Inovatif,KeusahawanandanTeknologi Maklumat dan Komunikasi, seterusnya penulisan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah berubah bentuk format penulisannya, sampailah kepada isu yang dilihat besar oleh sebahagian guru iaitu pembinaan modul pengajaran berteraskan empat fasa terarah.

Di sini saya ingin menyentuh isu terakhir yang saya sebutkan tadi, iaituPembinaan Modul Pengajaran Berteraskan Empat Fasa Terarah".

Dalam sebuah laman web popular guru j-QAF semalaysia, ada menyebut tentang"guru j-QAFtidak perlumenyediakan modul pengajaran" tersebut. Ianya hanya diwajibkan kepada pelatih-pelatih guru di institusi-institusi pendidikan guru Malaysia di seluruh negara.

Setelah membaca kenyataan tersebut, saya berpendapat bahawa kenyataan iniboleh disalah ertikanoleh guru-guru j-QAF yang tidak begitu memahami konsep sebenar KSSR dan pelaksanaannya. Ia boleh menjurus kepadapengabaianmodul empat fasa terarah ini oleh guru-guru j-QAF, seterusnya menjadikan pelaksanaan KSSR tidak menepati standard yang telah ditetapkan. Ini sangat bahaya!

Walaupun tidak terdapat mana-mana pekeliling dari kementerian berkenaan pembinaan modul pengajaran oleh guru, namun itu tidak membuktikan bahawa guru perlu mengabaikan pembinaan modul tersebut. Inilah yang perlu difahami oleh guru sebaiknya. Bagaimana?

Sebelum saya jelaskan mengapa, ingin saya menyentuh maksud pembinaan modul pengajaran empat fasa terarah ini mengikut kefahaman saya. Pada awalnya saya juga terkeliru tentang apakah yang dikatakan modul ini. Adakah ia berbentuk latihan murid bagi tajuk-tajuk pengajaran? Maka ramailah yang bercita-cita membinanya untuk dijadikan salah satu punca rezeki melalui cetakan buku atau modul dan dipasarkan. Namun ianya salah! Adakah pula ianya sebuah kertas perancangan pengajaran berpandukan dokumen standard atau sukatan? Bagaimana pula bentuknya? Pelbagai pandangan dan mazhab telah dilontarkan oleh golongan-golongan tertentu berkenaannya. Ada yang betul dan ada juga yang kurang tepat. Namun, setelah melalui beberapa perbincangan demi perbincangan bersama individu-individu penting dalam pelaksanaan KSSR ini di kementerian, begitu juga dengan melihat hasil-hasil bengkel pembinaan modul yang diadakan di peringkat kementerian, akhirnya saya mendapat sebuah kesimpulan berikut.

Modul Pengajaran Berteraskan Empat Fasa Terarahini merupakan sebuah rancangan pengajaran kreatif yang lengkap, yang terdiri daripada empat fasa, bermula denganFasa Persediaan, diikuti denganFasa Imaginasi, seterusnyaFasa Perkembangandan diakhiri denganFasa Tindakan. (Saya akan bercerita tentang empat fasa ini di lain waktu).

Pengajaran berteraskan empat fasa ini merupakan langkah pengajaran kreatif yang menggantikan cara lama pengajaran iaitupendahuluan, set induksi, langkah 1, 2, dan 3 serta penutup, yang selama ini kita praktikan di sekolah, hasil pembelajaran kita sewaktu di maktab dahulu.

Suatu waktu dahulu (ketika kita di maktab), inilah langkah-langkah pengajaran yang kita praktikan di dalam latihan-latihan pengajaran kita samada di dalam pengajaran mikro mahupun makro. Ianya telahpun sebati dalam diri kita. Kita hanya melakukan penulisan rancangan pengajaran yang lengkap sehingga berhelai-helai banyaknya hanya ketika kita di dalam latihan atau praktikum sahaja. Setelah itu, ianya sudah menjadi nadi pengajaran kita setiap hari tanpa membina rancangan seperti itu lagi.

Namun, bagaimana pula dengan langkah-langkah pengajaran kreatif melalu empat fasa terarah yang ditekankan di dalam KSSR ini? Adakah kita juga sudah sebati dengan pelaksanaannya? Apakah yang perlu guru lakukan dalam setiap fasa tersebut? Soalan bagaimanakah yang perlu guru ajukan di dalam setiap fasa tersebut? Apakah yang murid perlu lakukan dalam setiap fasa tersebut? Semua ini masih baru lagi bagi kita!

Maka di sinilah perlunya kita memulakan langkah pertama kita dengan membina modul pengajaran kreatif melalui empat fasa terarah ini. Bentuk modul ini tidak salah andai saya katakan ianya menyerupai penulisan rancangan pengajaran sewaktu kita di dalam tempoh praktikum dahulu. Sememangnya banyak kerja yang perlu kita lakukan untuk membiasakan dengan kaedah pengajaran kreatif ini. Namun alah bisa, tegal biasa. Lama-kelamaan, kita sudah tidak perlu lagi membina modul pengajaran kreatif ini kerana kita sudah terbiasa dengan pelaksanaan empat fasa terarah dalam pengajaran kreatif ini.Bayangkan andai guru itu terus mengabaikan pelaksanaan pengajaran kreatif melalui empat fasa terarah ini di dalam modul yang sepatutnya dibina, sudah tentu guru tersebut akan mengajar murid-muridnya menggunakan Dokumen Standard dengan cara yang lama (pengajaran biasa seperti sebelum ini). Wallahu'alam.