modul pecutan akademik jabatan pelajaran kelantan · pdf filedalam kes jenayah terutama...

9
1 SET 3 Soalan 1: Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan ibu bapa dalam mengatasi kemerosotan pencapaian akademik pelajar dan kepentingan pencapaian akademik bagi masa depan pelajar. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Kebanyakan ibu bapa di negara ini amat mementingkan pencapaian akademik anak mereka. Namun akhir-akhir ini banyak masalah yang mengganggu pencapaian akademik pelajar seperti masalah tidak berminat belajar, ponteng sekolah, dan masalah disiplin. Masalah ini perlu ditangani segera supaya tidak menular sehingga menggugat pembangunan modal insan di negara ini. Masalah tidak berminat terhadap pelajaran bukan sahaja menyebabkan masa depan pelajar menjadi suram malah boleh menjejaskan nilai moral. Hal ini demikian kerana pelajar yang tidak berminat terhadap pelajaran banyak melibatkan diri dalam kes jenayah terutama pelajar yang suka ponteng sekolah. Menurut kajian psikologi, masalah perhubungan dalam keluarga menyebabkan seseorang anak itu tidak mempedulikan pencapaian akademiknya dan melakukan vandalisme malah terjerumus dalam kegiatan jenayah. Begitu juga dengan ibu bapa yang sibuk mengejar kemewahan hidup tidak akan dapat mendidik anak secara sempurna. Tambahan pula, perubahan sistem sosial dan persekitaran mudah mempengaruhi tingkah laku anak-anak menyebabkan mereka melakukan perbuatan negatif, bersikap agresif dan enggan mendengar nasihat. Hal ini mengecewakan ibu bapa mereka. Bagi mengatasi masalah kemerosotan pencapaian akademik ini, ibu bapa perlu memberikan tumpuan kepada punca berlakunya kaemerosotan tersebut. Apabila mengetahui puncanya akan memudahkan masalah itu diatasi. Ibu bapa perlu sedar bahawa peranan mereka amat besar dalam menentukan kejayaan anak-anak. Ibu bapa juga perlu mengutamakan kebahagiaan rumah tangga dan mengelakkan tercetusnya masalah sehingga menjejaskan hubungan kekeluargaan kerana anak-anak ialah kurniaan Tuhan yang tidak ternilai. Dalam dunia realiti, keluarga yang bahagia tidak semestinya melahirkan anak-anak yang bijak. Namun dengan cara menjaga hubungan sesama ahli keluarga agar sentiasa harmoni di samping mendidik anak-anak dengan cara meluangkan banyak masa bersama dengan mereka seperti ketika belajar dan beriadah akan dapat membuahkan hasil yang positif. Tidak kurang pentingnya juga ialah ibu bapa perlu mempelajari cara-cara yang berkesan untuk membimbing anak-anak. Menurut pakar psikologi, langkah praktis yang lain adalah dengan memberikan pujian yang ikhlas atas sesuatu kejayaan terutama dalam pelajaran atau tingkah laku yang baik. Anak-anak juga suka memberikan pendapat mereka, jadi berilah peluang kepada mereka untuk melahirkan pendapat walaupun pendapat itu mungkin kurang munasabah mengikut pandangan orang dewasa. Anak-anak yang selalu diminta memberikan pendapatnya akan berasa diri mereka lebih dihargai. Ibu bapa juga perlu mendengar keluhan anak-anak agar dapat mengatasi masalah emosi mereka. Dalam usaha melahirkan generasi cemerlang, segala usaha perlu bermula daripada institusi keluarga kerana mereka merupakan tonggak penting dalam sesebuah keluarga. (Dipetik dan diubahsuai daripada, Dilema Kemerosotan Pencapaian Akademik, Tam Cai Lian, Dewan Masyarakat, April 2009.

Upload: dinhquynh

Post on 26-Feb-2018

230 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul Pecutan Akademik Jabatan Pelajaran Kelantan · PDF filedalam kes jenayah terutama pelajar yang suka ponteng sekolah. Menurut kajian psikologi, masalah perhubungan dalam keluarga

1

SET 3 Soalan 1: Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan ibu bapa dalam mengatasi kemerosotan pencapaian akademik pelajar dan kepentingan pencapaian akademik bagi masa depan pelajar. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kebanyakan ibu bapa di negara ini amat mementingkan pencapaian akademik anak mereka. Namun akhir-akhir ini banyak masalah yang mengganggu pencapaian akademik pelajar seperti masalah tidak berminat belajar, ponteng sekolah, dan masalah disiplin. Masalah ini perlu ditangani segera supaya tidak menular sehingga menggugat pembangunan modal insan di negara ini. Masalah tidak berminat terhadap pelajaran bukan sahaja menyebabkan masa depan pelajar menjadi suram malah boleh menjejaskan nilai moral. Hal ini demikian kerana pelajar yang tidak berminat terhadap pelajaran banyak melibatkan diri dalam kes jenayah terutama pelajar yang suka ponteng sekolah. Menurut kajian psikologi, masalah perhubungan dalam keluarga menyebabkan seseorang anak itu tidak mempedulikan pencapaian akademiknya dan melakukan vandalisme malah terjerumus dalam kegiatan jenayah. Begitu juga dengan ibu bapa yang sibuk mengejar kemewahan hidup tidak akan dapat mendidik anak secara sempurna. Tambahan pula, perubahan sistem sosial dan persekitaran mudah mempengaruhi tingkah laku anak-anak menyebabkan mereka melakukan perbuatan negatif, bersikap agresif dan enggan mendengar nasihat. Hal ini mengecewakan ibu bapa mereka. Bagi mengatasi masalah kemerosotan pencapaian akademik ini, ibu bapa perlu memberikan tumpuan kepada punca berlakunya kaemerosotan tersebut. Apabila mengetahui puncanya akan memudahkan masalah itu diatasi. Ibu bapa perlu sedar bahawa peranan mereka amat besar dalam menentukan kejayaan anak-anak. Ibu bapa juga perlu mengutamakan kebahagiaan rumah tangga dan mengelakkan tercetusnya masalah sehingga menjejaskan hubungan kekeluargaan kerana anak-anak ialah kurniaan Tuhan yang tidak ternilai. Dalam dunia realiti, keluarga yang bahagia tidak semestinya melahirkan anak-anak yang bijak. Namun dengan cara menjaga hubungan sesama ahli keluarga agar sentiasa harmoni di samping mendidik anak-anak dengan cara meluangkan banyak masa bersama dengan mereka seperti ketika belajar dan beriadah akan dapat membuahkan hasil yang positif. Tidak kurang pentingnya juga ialah ibu bapa perlu mempelajari cara-cara yang berkesan untuk membimbing anak-anak. Menurut pakar psikologi, langkah praktis yang lain adalah dengan memberikan pujian yang ikhlas atas sesuatu kejayaan terutama dalam pelajaran atau tingkah laku yang baik. Anak-anak juga suka memberikan pendapat mereka, jadi berilah peluang kepada mereka untuk melahirkan pendapat walaupun pendapat itu mungkin kurang munasabah mengikut pandangan orang dewasa. Anak-anak yang selalu diminta memberikan pendapatnya akan berasa diri mereka lebih dihargai. Ibu bapa juga perlu mendengar keluhan anak-anak agar dapat mengatasi masalah emosi mereka. Dalam usaha melahirkan generasi cemerlang, segala usaha perlu bermula daripada institusi keluarga kerana mereka merupakan tonggak penting dalam sesebuah keluarga.

(Dipetik dan diubahsuai daripada, �Dilema Kemerosotan Pencapaian Akademik�,

Tam Cai Lian, Dewan Masyarakat, April 2009.

baracuda
JPN Kelantan
baracuda
g-Cakna JPN Kelantan
baracuda
g-Cakna JPN Kelantan
Page 2: Modul Pecutan Akademik Jabatan Pelajaran Kelantan · PDF filedalam kes jenayah terutama pelajar yang suka ponteng sekolah. Menurut kajian psikologi, masalah perhubungan dalam keluarga

2

Soalan 2 : Pemahaman [35 markah]

Soalan 2(a) � Petikan Umum

Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i) Berikan maksud rangkai kata boleh menjejaskan nilai moral. [2 markah]

ii) Apakah punca-punca yang menyebabkan anak-anak mereka melakukan perbuatan negatif ?

[3 markah]

iii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pelajar untuk

meningkatkan pencapaian akademik mereka ? [4 markah]

baracuda
JPN Kelantan
baracuda
g-Cakna JPN Kelantan
baracuda
g-Cakna JPN Kelantan
Page 3: Modul Pecutan Akademik Jabatan Pelajaran Kelantan · PDF filedalam kes jenayah terutama pelajar yang suka ponteng sekolah. Menurut kajian psikologi, masalah perhubungan dalam keluarga

3

Soalan 2 (b) - Petikan Cerpen Baca petikan cerpen di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Ceper masih keruh airnya, tetapi masih sedikit-sedikit boleh mengalir meskipun langkahnya lambat kalau dibandingkan dengan waktu ibu rancak melompat ke sana dan berlari ke sini dulu. Waktu itu, Ceper bukan main lagi cergasnya bagaikan hendak bertanding dengan kecergasan ibu sendiri,

Tetapi semenjak ibu lumpuh dan kemudian ibu mati, Ceper langsung tidak berbusa

dan berombak lagi. Tebing-tebingnya pun tidak ditendang lagi. Lubuk-lubuknya pun tidak dikorek lagi, malah arusnya pun rasa-rasanya begitu lambat bergerak ke kuala kerana Ceper mulai kenyang sangat-sangat dengan serbaneka serdak yang bersisa. Sudah kulihat bangkai ayam, bangkai itik, bangkai biawak, bangkai ular, bangkai babi, bangkai ikan yang sudah berlendir, kain-kain buruk yang sudah kusam, sisa-sisa makanan yang berulat, karung-karung plastik warna-warni yang lusuh dan kerunyuk berarak lambat-lambat di tengah-tengah dada Sungai Ceper. Baunya sudah mulai naik ke darat dan terus masuk ke dalam lubang-lubang hidung kami.

(Dipetik daripada cerpen �Ibu dan Ceper� oleh Shahnon Ahmad antologi Harga Remaja

Dewan Bahasa dan Pustaka)

i) Gambarkan keadaan sungai Ceper semenjak ibu lumpuh.

[2 markah] ii) Pada pendapat anda, apakah usaha yang perlu dilakukan bagi mengelakkan

pencemaran sungai di negara kita? [3 markah]

iii) Nyatakan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan

daripada keseluruhan cerpen. [4 markah]

baracuda
JPN Kelantan
baracuda
g-Cakna JPN Kelantan
baracuda
g-Cakna JPN Kelantan
Page 4: Modul Pecutan Akademik Jabatan Pelajaran Kelantan · PDF filedalam kes jenayah terutama pelajar yang suka ponteng sekolah. Menurut kajian psikologi, masalah perhubungan dalam keluarga

4

Soalan 2(c) - Petikan Prosa Klasik Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Sebaik mendengar khabar itu, Raja Ahmad menghempaskan dirinya, mengoyak-ngoyak baju serta mencarik-carik kainnya. Raja Ahmad pun terlalu marah. Dengan serta-merta baginda menghimpunkan segala askar lengkap dengan segala senjatanya. Maka pada ketika yang baik, Raja Ahmad pergi menemui Raja Muhammad. Apabila berhadapan askar kedua-dua itu, mereka pun berperang. Tempik sorak segala hulubalang dan rakyat kedengaran amat hebat. Askar kedua-dua pihak ramai yang mati dan luka sebab beramuk-amuk sesama sendiri. Dalam pergaduhan itu matilah Raja Muhammad dan Raja Ahmad. Tinggallah Merah Silu dengan Merah Hasum berdua saudara dan saki-baki rakyat yang masih hidup. Mereka menyembah mengaku akan taat setia kepada anak raja kedua itu untuk terus tinggal di dalam negeri itu. Tiada beberapa lama kemudian, Merah Silu berkata kepada saudaranya, Merah Hasum itu, �Hai saudaraku, betapa bicara kita kerana kita ini hanya dua bersaudara tinggal kerana

nenek dan ibu bapa kita telah hilang dalam negeri Semerlangga ini! Jikalau kita diam dalam negeri ini, sekali-kali tiada memberi manfaat kepada kita. Baiklah kita pindah dari negeri ini mencari tempat yang baik supaya kita dapat diam di sana.�

(Dipetik daripada �Merah Silu� dalam antologi Harga Remaja, DBP)

i) Berikan maksud beramuk-amuk sesama sendiri. [2 markah]

ii) Mengapakah Merah Silu mengajak adiknya berpindah ke tempat lain? [3 markah]

iii) Sekiranya anda Merah Silu, apakah yang akan anda lakukan untuk mengelakkan berlakunya peperangan antara Raja Ahmad dengan Raja Muhammad?

[3 markah]

baracuda
JPN Kelantan
baracuda
g-Cakna JPN Kelantan
baracuda
g-Cakna JPN Kelantan
Page 5: Modul Pecutan Akademik Jabatan Pelajaran Kelantan · PDF filedalam kes jenayah terutama pelajar yang suka ponteng sekolah. Menurut kajian psikologi, masalah perhubungan dalam keluarga

5

Soalan 2 (d) - Sajak Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

ARKITEK KOTA Hanya seniman peka, yang faham akan jiwa laut, kenal lambung gelombangnya, alur sungai serta diam batu, perasaan musim, fiil langit dan sabar bumi, berhak membina kota. Kerana arkitek matang itu anak di taman, perenung di perpustakaan, orang muda pulang bertandang di lorong malam, pemunggah barang pasar di subuh hari, pengadil di bangku bijaksana, dan datuk bandar yang bangga. Dia harus sayangkan lagu burung, pemancing di teduh pohon, pemerhati di tasik, pengawas bintang, dan bunga menjalar di beranda. Pencinta kota ialah pendekar muda dengan langkah berbagai-bagai, kelakar tua yang mengampungkan cerita, orang bercinta yang perlukan bulan. Dia pengukir ruang hidup, penghias suasana sempurna, membenarkan penemuan, memungkinkan kemungkinan. dari Seberang Diri.

Muhammad Haji Salleh, Tanah Airku Edisi Kedua, Dewan Bahasa dan Pustaka.

baracuda
JPN Kelantan
baracuda
g-Cakna JPN Kelantan
baracuda
g-Cakna JPN Kelantan
Page 6: Modul Pecutan Akademik Jabatan Pelajaran Kelantan · PDF filedalam kes jenayah terutama pelajar yang suka ponteng sekolah. Menurut kajian psikologi, masalah perhubungan dalam keluarga

6

i) Nyatakan maksud rangkap ketiga sajak ini. [2 markah]

ii) Pada pandangan anda,mengapakah kita perlu bertanggungjawab jika membangunkan sesebuah kawasan?

[4 markah] iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.

[3 markah]

baracuda
JPN Kelantan
baracuda
g-Cakna JPN Kelantan
baracuda
g-Cakna JPN Kelantan
Page 7: Modul Pecutan Akademik Jabatan Pelajaran Kelantan · PDF filedalam kes jenayah terutama pelajar yang suka ponteng sekolah. Menurut kajian psikologi, masalah perhubungan dalam keluarga

7

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 Markah]

Jawab semua soalan

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, atau menggunakan kata itu sebagai peribahasa atau nama khas.

i) hias

ii) berhias iii) menghiaskan iv) menghiasi v) perhiasan

vi) penghias [6 markah]

(b) Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Masalah alam sekitar perlu ditangani dengan segera oleh pihak berkuasa.

(ii) Kasut sekolah yang kotor itu telah saya cuci semalam.

(iii) Sajak-sajak yang baik itu telah ditulis oleh kumpulan penyajak yang masih muda.

[6 markah]

(c) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan

penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan bagi setiap ayat. Anda tidak perlu menyalin ayat-ayat itu semula.

(i) Sejenis spesis baru cendawan yang terbesar di dunia telah ditemui di Mexico baru-

baru ini.

(ii) Lintasan keretapi tanpa pagar amat merbahaya kepada penduduk setempat.

(iii) Kehebatan pasukan bola sepak China yang selalu diwar-warkan oleh media telahdibukti apabila mereka berjaya menewaskan pasukan bola sepak Malaysia.

[6 markah]

baracuda
JPN Kelantan
baracuda
g-Cakna JPN Kelantan
baracuda
g-Cakna JPN Kelantan
Page 8: Modul Pecutan Akademik Jabatan Pelajaran Kelantan · PDF filedalam kes jenayah terutama pelajar yang suka ponteng sekolah. Menurut kajian psikologi, masalah perhubungan dalam keluarga

8

(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Makluman yang diberi oleh saksi kepada panel-panel hakim adalah bercanggah.

(i) Ibu selalu mengata-ngata nama abang belakangan ini kerana ibu sangat rindukan

abang.

(ii) Pak Sudin mengangguk apabila dinyatakan prosedur penggunaan pencukur elektrik itu.

[6 markah]

(e) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan.

Persetujuan kerajaan Rusia untuk melatih angkasawan dari Malaysia merupakan satu peluang yang dinanti-nantikan oleh mereka yang berminat menjadi angkasawan dan boleh diumpamakan seperti............(i).................. Jika dahulu orang mengatakan bahawa usaha ini hanya mimpi, namun kini apa-apa yang kita idamkan bakal menjadi realiti. Pada Oktober nanti angkasawan sulung dari negara kita akan melepasi orbit dan muncul di angkasa lepas. Hal ini, merupakan satu kejayaan besar kepada negara. Program ini menjadikan Malaysia ............(ii)..................... dengan negara-negara maju di dunia. Untuk mencapai matlamat tersebut, kerajaan telah berusaha bersungguh-sungguh dengan menyediakan kursus yang berkaitan aeroangkasa di universiti tempatan kerana..........(iii).............

[6 markah]

baracuda
JPN Kelantan
baracuda
g-Cakna JPN Kelantan
baracuda
g-Cakna JPN Kelantan
Page 9: Modul Pecutan Akademik Jabatan Pelajaran Kelantan · PDF filedalam kes jenayah terutama pelajar yang suka ponteng sekolah. Menurut kajian psikologi, masalah perhubungan dalam keluarga

9

Soalan 4: Novel [15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel berikut: (i) Papa � (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof (ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah (iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah (iv) Renyah karya Gunawan Mahmood (v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain (vi) Kembara Amira karya Amer hamzah L. Kadir (vii) Kabus Di Perbukitan karya Mohammad Kholid Hamzah (viii) Sutera Dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan (a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, terdapat nilai kasih sayang yang dipaparkan oleh pengarang.

Berikan tiga peristiwa yang menggambarkan nilai kasih sayang dalam novel tersebut.

[7 markah] (b) Pembacaan novel banyak member kesan kepada pembaca. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, berikan perisitiwa-peristiwa yang memberi teladan kepada pembaca.

[8 markah]

baracuda
JPN Kelantan
baracuda
g-Cakna JPN Kelantan
baracuda
g-Cakna JPN Kelantan