modul minggu 5mte3107

27
MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK TAJUK 5 PENINGKATAN PEMBELAJARAN MATEMATIK 5.1 SINOPSIS Tajuk ini membincangkan perbezaan inidividu dalam pembelajaran matematik dan kaedah peningkatan pembelajaran matematik. Dalam membuat perancangan dan pengajaran matematik, guru harus mengambil kira aspek perbezaan individu. Antara aspek-aspek perbezaan individu yang memberi kesan ke atas pembelajaran matematik adalah kebolehan matematik, kebolehan spatial, gaya (stail) pembelajaran, kecenderungan dan sikap, perbezaan berkait jantina serta perbezaan etnik dan kebudayaan. Pembelajaran matematik boleh ditingkatkan melalui seni kreatif seperti cerita, puisi, muzik dan drama, permainan dan rekreasi matematik. Penggunaan kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek pula dapat menggalakkan pemikiran matematik (mathematical thinking) 5.2 HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini anda dijangkakan akan dapat: 110

Upload: azzahh

Post on 13-Aug-2015

379 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul Minggu 5mte3107

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

TAJUK 5 PENINGKATAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

5.1 SINOPSIS

Tajuk ini membincangkan perbezaan inidividu dalam pembelajaran

matematik dan kaedah peningkatan pembelajaran matematik. Dalam

membuat perancangan dan pengajaran matematik, guru harus

mengambil kira aspek perbezaan individu. Antara aspek-aspek

perbezaan individu yang memberi kesan ke atas pembelajaran

matematik adalah kebolehan matematik, kebolehan spatial, gaya

(stail) pembelajaran, kecenderungan dan sikap, perbezaan berkait

jantina serta perbezaan etnik dan kebudayaan. Pembelajaran

matematik boleh ditingkatkan melalui seni kreatif seperti cerita, puisi,

muzik dan drama, permainan dan rekreasi matematik. Penggunaan

kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek pula dapat menggalakkan

pemikiran matematik (mathematical thinking)

5.2 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini anda dijangkakan akan dapat:

1. merancang pembelajaran matematik dengan mengambilkira aspek-

aspek perbezaan individu dan konteks sosial dalam pengajaran dan

pembelajaran matematik.

2. meningkatkan pembelajaran matematik melalui seni kreatif, permainan

dan rekreasi matematik.

3. menggunakan kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek untuk

meningkatkan pemikiran matematik (mathematical thinking).

110

Page 2: Modul Minggu 5mte3107

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

5.3 KERANGKA TAJUK

5.4 KANDUNGAN

Semasa merancang pengajaran matematik, guru hendaklah peka kepada

aspek-aspek perbezaan samada gaya pembelajaran individu atau

konteks sosial pengajaran yang mempengaruhi pembelajaran matematik.

Menurut Dunn & Dunn (1987), tiga gaya pembelajaran yang berbeza iaitu

Gaya Pembelajaran Visual, Gaya Pembelajaran Auditori dan Gaya

Pembelajaran Kinestetik menyebabkan perbezaan dalam pembelajaran.

Guru dapat menangani perbezaan dalam pembelajaran matematik murid

dengan merancang pembelajaran dan menyesuaikan strategi pengajaran

mengikut gaya pembelajaran murid.

5.4.1 GAYA PEMBELAJARAN DAN PERBEZAAN INDIVIDU

Memahami pembezaan murid seperti kebolehan matematik, kesedaran

ruang, gaya pembelajaran, kecenderungan dan sikap, perbezaan berkait

jantina dan perbezaan etnik dan kebudayaan dapat membantu guru

membuat perancangan yang lebih berkesan. Pencapaian akademik murid

dapat ditingkatkan dan masalah disiplin dapat dikurangkan sekiranya

strategi pengajaran guru diubahsuai untuk mengambilkira perbezaan

individu.

111

Peningkatan Pembelajaran

Matematik

Aplikasi Perbezaan Individu dan

konteks sosial

Menyelitkan seni kreatif, permainan

dan rekreasi

Penggunaan Pembelajaran

Berasaskan Projek

Page 3: Modul Minggu 5mte3107

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Perbezaan individu disebabkan oleh banyak faktor. Antaranya:

a) Stail pembelajaran berbeza

b) Kebolehan matematik

c) Mod hemispheric

d) Modality pembelajaran

e) Keperluan istimewa (Special Needs Learners)

f) Jantina

g) Sosioekonomi

h) Kesan etnik dan kebudayaan

i) Kesan agama

j) Kecenderungan dan sikap murid

Faktor-faktor yang mempunyai kesan yang ketara dalam

pembelajaran matematik adalah gayal (stail) pembelajaran, perbezaan

individu, serta konteks sosial pengajaran dan pembelajaran matematik.

Kebolehan Matematik

Ada murid yang menunjukkan kecenderungan dan kebolehan yang

lebih terhadap matematik berbanding dengan murid-murid lain. Krutetskii

(1976) mencadangkan kebolehan matematik jenis analitik, geometrik, atau

harmonik (gabungan analitik dan geometrik). Kebolehan jenis harmonik

merupakan kebolehan matematik sebenar. Mengikut Krutetskii (1976)

kebolehan matematik merangkumi komponen-komponen berikut:

i. Kebolehan memilih dan mengasingkan struktur formal dari masalah

matematik (dapat mengenalpasti data yang tidak penting juga).

ii. Kebolehan membuat generalisasi .

iii. Kebolehan membuat berbagai operasi dengan nombor dan simbol

iv. Kebolehan memahami dan menggunakan konsep ruang (spatial

concepts).

v. Kebolehan penaakulan logik (logical reasoning ability).

112

Page 4: Modul Minggu 5mte3107

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

vi. Kebolehan untuk menukar dari satu pendekatan atau strategi

penyelesaian kepada lain.

vii. Kebolehan membina bukti yang jelas, mudah, dan rational dengan

tidak membuang masa atau usaha.

viii. Kebolehan mengingat berbagai pengetahuan, fakta dan idea

matematik

ix. Kebolehan membuat penganggaran, menganalisis, mencatat

persamaan dan perbezaan dan analogi.

Hadamard (1945, dalam Orton, 1987) mula-mula mengutarakan

fenomena prodigios calculator. Kebolehan ini tidak dianggap sebagai

kebolehan matematik sebenar. Murid-murid yang ada kebolehan ini

mempunyai kecenderungan terhadap nombor dan perkaitan antara

nombor dari peringkat umur yang muda. Kebolehan menghafal yang tinggi

membolehkan mereka ingat fakta nombor serta menguasai kaedah-

kaedah perhitungan dan penyelesaian masalah yang berkaitan dengan

ingatan jangka pendek.

AKTIVITI 5.4.1.(1)

Kebolehan Spatial

Pembelajaran matematik melibatkan gambar, gambarajah,

perwakilan visual seperti carta dan graf serta perwakilan situasi matematik

dalam perbagai bentuk visual. Kebolehan spatial merupakan satu

komponen utama kebolehan matematik kerana pembelajaran matematik

melibatkan kesedaran spatial (ruang) terutama dalam tajuk Sukatan dan

Geometri dan Penggunaan Data. Penggunaan bahan maipulatif dalam

peringkat awal pengajaran dan pembelajaran matematik dapat

meningkatkan kebolehan spatial kanak-kanak. Malah mewakilkan satu

113

Cari maklumat tentang pemikiran jenis convergent dan divergent

dan kesannya keatas kebolehan pelajar untuk menyelesaikan

masalah matematik.

Page 5: Modul Minggu 5mte3107

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

situasi matematik dalam bentuk gambarajah merupakan satu peringkat

dalam proses penyelesaian masalah Polya. Menurut Gestalt, hemisfera

kanan otak memproses rangsangan sebagai satu struktur keseluruhan

dalam bentuk imej bukan perkataan. Maka pengalaman pembelajaran

dalam bilik darjah yang merangsang hemisfera kanan otak yang

mengawal kebolehan spatial dapat secara tidak langsung meningkatkan

kebolehan matematik murid.

Gaya Pembelajaran (Stail Pembelajaran)

Gaya pembelajaran merujuk kepada kaedah unik seorang individu

menerima dan memproses pengetahuan serta menyusun pemikirannya.

Teori berhubung gaya pembelajaran menekankan sebanyak mana murid

belajar dan memperoleh pengalaman pembelajaran bergantung pada

gaya pembelajaran dan bukan persoalan tentang kepintaran.

Dunn & Dunn (1987) menyatakan bahawa pembelajaran murid

meningkat apabila pengajaran dan pembelajaran berpadanan dengan

gaya pembelajaran murid. Mereka sarankan tiga kecenderungan modaliti

dalam pembelajaran iaitu visual, auditori dan kinestetik. Kekuatan modaliti

boleh wujud dalam bentuk kombinasi tiga kecenderungan tersebut dan

boleh berubah dalam jangka masa panjang. Dalam pembelajaran

matematik, pelajar yang kekuatan modalitinya adalah visual, gemar

belajar dengan melihat corak, carta, graf dan gambarajah. Pelajar yang

gaya pembelajarannya lebih cenderung kepada auditori memiliki

kelebihan menerima maklumat melalui pendengaran serta menceritakan

semula apa yang didengar kepada orang lain. Pelajar yang cenderung

kinestetik (taktual) gemar belajar dengan menyentuh, merasa dan

memanupulasi objek-objek konkrit.

McCarthy (dalam Good dan Brophy, 1995) mencadangkan

bahawa murid-murid tergolong dalam empat gaya pembelajaran utama:

pelajar imaginatif, pelajar analitik, pelajar common sense dan pelajar

dinamik.

114

Page 6: Modul Minggu 5mte3107

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Dimensi gaya pembelajaran jenis Bergantung Latar/Medan (Field

Dependence) atau Bebas Latar/Medan (Field Independence)

mempengaruhi pandangan atau persepsi murid dalam memahami satu

tugasan atau maslah matematik untuk diselesaikan.

Antara strategi yang boleh digunakan oleh guru untuk

menyesuaikan perancangan dan pengajaran mengikut gaya pembelajaran

murid adalah:

1. Perbanyakkan penggunaan pelbagai media pengajaran yang

berkesan- bagi pelajar visual dan auditori.

2. Eksperimen atau ujikaji dijalankan dengan bahan konkrit - pelajar

kinestetik 'tactile-kinesthetic'.

3. Menggunakan gambarajah, carta pai, graf dan pelbagai jadual - pelajar

jenis analitik untuk membuat analisa data.

4. Menekankan aplikasi teori dalam pengajaran.

5. Menekankan aktiviti-aktiviti yang meningkatkan penglibatkan pelajar

dalam pembelajaran dan pengajaran.

6. Waktu pembelajaran yang lama diselitkan dengan rehat yang pendek.

7. Lawatan sambil belajar ke firma, kilang dan tempat-tempat yang

relevan dengan pelajaran.

8. Kumpulan pembelajaran untuk menjalankan aktiviti sumbangsaran

atau sesi buzz.

9. Kegiatan seperti main peranan, lakonan dan drama.

10.Berkongsi bersama murid pengalaman guru mengenai idea yang

dibincangkan.

11.Mengenal pelajar, latar belakang pelajar, kebudayaan serta agama

pelajar.

115

Page 7: Modul Minggu 5mte3107

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

AKTIVITI 5.4.1.(2)

Perbezaan Berkait Jantina (Gender Related Differences)

Kajian menunjukkan bahawa perbezaan berkait jantina dalam

pembelajaran matematik adalah tidak konsisten. Pengaruh masyarakat

dan persekitaran mempunyai kesan yang paling besar ke atas perbezaan

pembelajaran matematik yang berkait dengan perbezaan jantina. Antara

faktor-faktor persekitaran dan kebudayaan adalah:

i. Matematik dianggap sebagai matapelajaran “lelaki” dan bukan

“perempuan”

ii. Perbezaan dari segi jenis alat permainan kanak-kanak, aktiviti

permaianan, expektasi ibubapa dan pekerjaan yang bakal diceburi

berbza di antara kanak-kanak lelaki dengan kanak-kanak

perempuan.

iii. Pekerjaan yang berkait dengan matematik (seperti kejuruteraan,

ekonomi dan perakaunan) dianggap sebagai pekerjaan lelaki

iv. Murid-murid lelaki lebih yakin tentang kebolehan matematik mereka

(overestimate) manakala muri-murid perempuan kurang yakin

dengan kebolehan matematik mereka (underestimate) walaupun

mereka berkebolehan tinggi.

v. Setengah buku teks matematik menekanakan contoh-contoh, imej

serta situasi matematik yang lebih menjerus kepada kanak-kanak

lelaki daripada kanak-kanak perempuan.

Perbezaan pencapaian pembelajaran matematik di antara murid lelaki dan

murid perempuan juga disebabkan oleh murid dan faktor guru. Murid

perempuan dikatakan lebih bersedia dari segi persediaan untuk

116

Cari maklumat tentang gaya pembelajaran jenis Bergantung

Latar/Medan (Field Dependence) atau Bebas Latar/Medan (Field

Independence) dan bincangkan dari segi pembelajaran matematik.

Page 8: Modul Minggu 5mte3107

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

menghadiri kelas, mengambil nota pelajaran, menumpukan perhatian dan

cuba memahami apa yang dipelajari dalam kelas berbanding dengan

murid lelaki. Persediaan ini merupakan salah satu sebab pencapaian

matematik murid perempuan lebih berbanding dengan murid lelaki.

Strategi pengajaran tradisional tanpa aktiviti-aktiviti yang menarik

tidak sesuai untuk murid lelaki kerana mereka mudah hilang minat dan

tidak menumpukan perhatian kepada pelajaran. Sebaliknya, murid

perempuan dapat menerima pengajaran secara tradisional ini. Oleh yang

demikian, kreativiti guru dalam perancangan dan pengajaran matematik

seharusnya memimpin murid-murid lelaki dan perempuan lebih berminat

dan mengambil bahagian dalam pembelajaran matematik.

Guru tidak patut bersikap memihak (bias) terhadap murid lelaki

atau murid perempuan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.

Persepsi guru terhadap murid lelaki dan murid perempuan dari aspek

motivasi, minat, kepatuhan kepada arahan, ketepatan masa, kesediaan

untuk belajar, tanggungjawab, kebolehterimaan pelajaran, kekemasan

kerja, kesungguhan, inisiatif serta kreativiti dan inovasi dapat

mempengaruhi pencapaian kedua-dua jantina dalam pembelajaran

matematik.

AKTIVITI 5.4.1 (3)

Perbezaan Kecenderungan dan Sikap

Sikap murid terhadap pembelajaran matematik bergantung kepada

pengalaman dan persepsi mereka tentang matematik. Ada murid yang

sentiasa ingin mencuba, ada yang cepat berputus asa, ada yang

bersemangat inkuri tinggi dan sebagainya. Segelintir murid menyukai

117

Pilih satu buku teks matematik dan nyatakan jika jenis soalan,

contoh-contoh serta gambarajah yang dipaparkan seimbang dari

segi jantina.

Page 9: Modul Minggu 5mte3107

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

pembelajaran matematik kerana ia tidak melibatkan perkongsian emosi

atau pendapat dengan orang lain. Pembelajaran matematik digemari oleh

murid-murid yang suka suasana persaingan kerana pembelajaran

matematik dikaitkan dengan ketajaman akal dalam menyelesaikan

masalah dan persaingan untuk mendapat jawapan yang betul secepat

mungkin. Persekitaran yang penuh persaingan ini digemari oleh murid-

murid terutamanya yang cerdas. Murid-murid yang gemar perbincangan

dan perkongsian pendapat peribadi tidak cenderung kepada pembelajaran

matematik yang menekankan jawapan yang betul sahaja. Malah,

pengajaran dan pembelajaran matematik yang berasaskan kefahaman

behavioris dapat menimbulkan sikap negatif terhadap matematik di

kalangan beberapa murid. Keresahan matematik (mathematics anxiety)

yang disebabkan oleh penekanan kepada jawapan yang betul serta

kekurangan motivasi turut mempengaruhi kecenderungan dan sikap

terhadap pembelajaran matematik.

AKTIVITI 5.4.1 (4)

Pendekatan Pelbagai Kecerdasan

Teori mengenai gaya pembelajaran yang diterima oleh ramai pendidik

adalah Teori Kecerdasan Pelbagai (Theory of Multiple Intelligences)

Howard Gardner (1993). Gardner telah mengenalpasti lapan kecerdasan

yang dimiliki oleh setiap individu tetapi dalam pelbagai tahap kekuatan

dan kemahiran.

118

Bincangkan lengkah-langkah yang boleh diambil dalam perancangan

dan pengajaran matematik yang dapat menanam sikap yang positif

terhadap matematik dan mengurangkan keresahan matematik

(mathematics anxiety).

Page 10: Modul Minggu 5mte3107

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Teori Kecerdasan Pelbagai ini telah membuka minda pendidik, ahli

psikologi dan ibubapa terhadap bagaimana perancangan dan pengajaran

dapat diubahsuai supaya semua kanak-kanak dapat diasuh untuk

mencapai potensi masing-masing. Kecerdasan yang diutarakan oleh

Gardner termasuk:

i. Kecerdasan Linguistik: Penggunaan bahasa yang berkesan.

ii. Kecerdasan Muzik: mencipta, memahami dan menghargai muzik;

fakta asas boleh dilafazkan dalam irama dan ritma.

iii. Kecerdasan Logik (matematik): menaakul secara logik terutamanya

dalam matematik dan Sains, minat pengiraan, pengkelasan dan

pemikiran kritikal

iv. Kecerdasan Ruang: mengenal dengan teliti sesuatu yang dilihat;

menggambarkan serta memanipulasi objek visual dalam pemikiran;

perwakilan visual, warna, lukisan, metafor, peta minda

v. Kecerdasan Kinestatik: kebolehan menggunakan anggota badan

untuk mengutarakan pendapat atau pemikiran; pengalaman jenis

hands on

119

Page 11: Modul Minggu 5mte3107

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

vi. Kecerdasan Interpersonal: mengenal aspek-aspek penting

perlakuan dan memahami orang lain; pembelajaran koperatif dan

rangsangan kumpulan

vii. Kecerdasan Intrapersonal: sedar tentang perasaan, motif dan

kehendak sendiri; membuat pilihan sendiri berasaskan motivasi

kendiri

viii. Naturalis (Kecerdasan Alam Sekitar): kebolehan mengenal dan

menghargai alam haiwan dan tumbuhan; dapat membuat

perbandingan dan perkaitan antara sistem-sistem dalam alam

semulajadi.

Kecerdasan dan gaya pembelajaran murid dapat dikenalpasti oleh

guru dengan menggunakan instrumen laporan kendiri (inventori

kecerdasan individu), menganalisis hasil kerja murid atau melalui

pemerhatian guru di bilik darjah. Perancangan dan pengajaran

matematik yang mengambilkira kecerdasan pelbagai murid dapat

meningkatakan pembelajaran matematik murid melalui

─ kepelbagaian strategi dan aktiviti pembelajaran,

─ kepelbagaian kemahiran tahap tinggi,

─ peluang kepada semua murid mencapai potensi,

─ persekitaran pembelajaran yang positif,

─ peningkatan penglibatan pelajar

─ pencapaian pelajar yang tinggi

120

Page 12: Modul Minggu 5mte3107

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

AKTIVITI 5.4.1 (5)

Untuk melaksanakan teori kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan

pembelajaran matematik, guru hendaklah:-

a) mengenalpasti kekuatan sendiri dan kekuatan murid dalam

kecerdasan pelbagai

b) memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan

memadankannya dengan kecerdasan murid. Pemilihan strategi

yang sesuai juga dapat memperkembangkan potensi murid dalam

kecerdasan lain yang belum menyerlah.

c) Memastikan kaedah penilaian pembelajaran murid juga

berpandukan kecerdasan murid. kaedah-kaedah penilaian yang

boleh digunakan termasuk: projek, persembahan, penyampaian,

demonstrasi, penghasilan folio, penyelesaian masalah dalam

eksperimen dan pameran.

AKTIVITI 5.4.1.(6)

121

Pilih satu kemahiran matematik dari Huraian Sukatan Pelajaran (atau

Dokumen Standard) dan rancangkan satu aktiviti pengajaran yang

mengambilkira sekurang-kurangnya tiga dari kecerdasan pelbagai

yang disenaraikan oleh Gardner (1996).

Layari internet dan muat turun inventori yang dapat digunakan

untuk kenalpasti jenis kecerdasan.

Gunakan inventori yang anda telah muat turun dari internet untuk

memastikan kecerdasan rakan-rakan dalam kelas

Page 13: Modul Minggu 5mte3107

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

5.4.2 KONTEKS SOSIAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

Konteks sosial yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran

matematik termasuk kumpulan etnik, tahap sosioekonomi, pekerjaan,

kepercayaan dan kebudayaan, agama, lokasi geografik dan pengaruh

luaran. Guru harus peka kepada konteks sosial dalam pengajaran dan

pembelajaran matematik dalam bilik darjah yang pelajarnya terdiri dari

berbagai kaum, agama, kebudayaan dan latarbelakang sosioekonomi.

Guru yang sensitif terhadap perbezaan kebudayaan dan agama serta

menghormati hak asasi dan perbezaan di kalangan murid-murid bukan

sahaja dapat membuat perancangan dan pengajaran yang berkesan

tetapi pembelajaran dalam bilik darjah akan menjadi seronok dan selesa

untuk semua murid. Sekiranya terdapat sindiran atau kata-kata

berunsurkan perkauman yang menyindir atau menyinggung perasaan

mana-mana murid dalam bilik darjah a perlu dmengambil tindakan sebaik

ia dinyatakan. Antara garispanduan yang boleh guru gunakan adalah:

i. mengaku bahawa guru telah mendengar kata sindiran tersebut

ii. nyatakan dengan jelas bahawa kata-kata seperti itu tidak boleh

digunakan

iii. kenalpasti apakah yang tidak betul dalam kata sindiran tersebut

iv. berikan maklumat yang betul tentang perkara tersbut

v. berikan sokongan kepada murid yang disindir

vi. bantu murid mengatasi sebarang konflik yang timbul akibat kata

sindiran tersebut.

122

Page 14: Modul Minggu 5mte3107

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

5.4.3 SENI KREATIF DALAM MATEMATIK

Kanak-kanak kebanyakannya sangat berminat dengan aktiviti seni dan

kreatif. Aktiviti seni dan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak

untuk merealisasikan imaginasi mereka di dalam pelbagai cara. Ini

termasuklah aktiviti seni seperti melukis, mewarna, kraf tangan, muzik,

nyanyian, drama, puisi, membentuk arca dan sebagainya. Kreativiti

merupakan proses yang berterusan dan merujuk kepada keupayaan

seseorang untuk memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu yang

baru dan asli. Kreativiti juga boleh dilihat dari penggunaan imaginasi,

penerokaan dan hubungan baru.

Isernberg (2001) menyatakan seni adalah satu sistem simbol yang

boleh digunakan untuk menjana makna dan alat untuk pembelajaran. Ini

kerana aktiviti seni menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengeluarkan

dan melahirkan perasaan, cara berkomunikasi dengan dan tanpa bahasa,

serta membantu kanak-kanak untuk meneroka pengetahuan akademik

mereka.

Seni kreatif dalam matematik boleh digolongkan kepada:

123

Seni Kreatif Dalam Matematik

cerita

puisi

muzik

drama

Page 15: Modul Minggu 5mte3107

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Terdapat pelbagai cara untuk memupuk keseimbangan emosi

kanak-kanak. Guru dapat mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang sangat sesuai dengan perkembangan emosi kanak-

kanak dan ke arah kejayaan akademik. Diantaranya ialah dengan

mencerita, membuat teka-teki, puisi, lagu, muzik dan juga melalui drama.

Bercerita

“Ada seekor itik cantik yang berwarna putih ingin memetik dua buah

betik. Itik yang cantik tidak dapat memetik buah betik. Pokok betik itu

sangat tinggi. Itik cantik tidak putus asa. Buah betik itu mesti dipetik.

Itik cantik bercadang meminta tolong daripada 3 orang kawannya.

Akhirnya mereka berjaya memetik buah betik tersebut.”

Guru boleh memperkenalkan nombor 1, 2 dan 3 dengan kaedah ini.

Maka, guru boleh memulakan pengajaran dan pembelajaran matematik

dengan bercerita.

Puisi

Disember

Dua belas bulan dalam setahun yang ku tahu

Di sinilah bermula dua belas bulan itu

Januari, Februari, Mac, April

Mei, Jun, Julai, Ogos dan banyak lagi....

September, Oktober, November

Dan bulan yang terbaik sekali adalah Disember.

124

Page 16: Modul Minggu 5mte3107

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Puisi ini dapat digunakan untuk membantu murid-murid dalam

mengingat nama dan urutan yang betul bagi 12 bulan dalam setahun.

Teka-teki

Dua tiga kucing berlari,

Mana nak sama si kucing belang,

Kalau adik bijak bestari,

Berapa ekor kucing yang boleh dibilang?

Guru boleh menggunakan teka-teki tersebut dengan murid-murid yang

boleh mengira. Dari puisi ini guru dapat mencungkil kreativiti dan

kemahiran berfikir murid-murid.

Lagu

Melodi : London Bridge Is Falling Down

Tajuk : Ra Pu Sa

Ratus puluh dan satu, Ra- Pu- Sa, Ra- Pu- Sa

Mari kita belajar, nilai tempat

Sepuluh satu ialah, sepuluh, sepuluh

Kumpul semua semula, nilai puluh

Sepuluh puluh ialah, seratus, seratus

Kumpul semua semula, nilai ratus

Bila menulis nombor, ingatkan, ingatkan

Ratus puluh dan satu, Ra- Pu- Sa, Ra- Pu- Sa

Mari kita belajar, nilai tempat

Bila menulis nombor, ingatkan, ingatkan

Ratus puluh dan satu, Ra- Pu- Sa, Ra- Pu- Sa

125

Page 17: Modul Minggu 5mte3107

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

AKTIVITI 5.4.3

5.4.4 REKREASI MATEMATIK

Rekreasi matematik merupakan suatu siri pembelajaran yang mana

mementingkan aktiviti seperti corak nombor, operasiya, petak ajaib,

permainan, kuiz matematik, tesselasi dan tangram semasa proses

pelaksanaannya. Rekreasi matematik juga mestilah menyeronokkan dan

masalah yang diberikan itu mestilah mudah difahami dan bermakna

kepada murid. Dengan adanya Rekreasi matematik ini, diharap pelajar

dapat belajar dalam keadaan yang menyeronokkan sambil menyelesaikan

masalah yang dihadapi sewaktu pembelajaran.

126

Siapakah mereka?En. Samy : Saya doktor En. Lim : Gaji saya kurang daripada En. SaniEn. Sani : Gaji saya lebih daripada En. Samy.

Kenyataan-kenyataan di atas adalah tidak benar. Anggapkan gaji seorang doktor ialah RM6000 sebulan, akauntan RM6500 sebulan dan jurutera RM5800 sebulan.

Berpandukan cerita di atas, murid-murid diminta mencari

siapakah sebenarnya doktor, jurutera dan akauntan?

Page 18: Modul Minggu 5mte3107

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Soalan :

Penyelesaian :

AKTIVITI 5.4.4

Aktiviti permainan matematik merupakan tahap yang lebih tinggi daripada

latihan

5.4.5 PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

Pembelajaran ini merupakan satu aktiviti pembelajaran yang berfokuskan

kepada kaedah pemusatan murid dimana guru memberikan satu tajuk

tugasan kepada murid yang perlu dilakukan secara sistematik atau

terancang dalam jangkamasa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan

kutipan serta analisis data dan persediaan satu laporan yang betul.

Dalam strategi berasaskan tugasan, murid-murid diberi tugasan

yang merupakan masalah yang mungkin akan dihadapi dalam situasi

127

Sekiranya anda dilahirkan pada tarikh 29 Februari (tahun lompat), pada usia berapakah anda akan menyambut hari ulangtahun kelahiran anda yang ke-17?

(Ulangtahun Kelahiran kali ke-17) (Selang tahun lompat iaitu 4 tahun) = 17 x 4 = 68 tahun

Di sebuah padang ada sejumlah kambing dan lembu. Jumlah bilangan kepala kambing ialah 20. Jumlah bilangan kaki kambing dan lembu ialah 80. Berapa ekor lembu yang terdapat di padang tersebut?

Page 19: Modul Minggu 5mte3107

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

harian yang difikirkan dapat diselesaikan melalui kaedah pembelajaran

berasaskan tugasan atau projek.

Ciri-ciri pembelajaran berasaskan projek

1. Boleh dijalankan secara individu atau secara kumpulan.

2. Interaksi guru-murid yang berupa bimbingan dan perundingan

pada setiap tahap proses.

3. Guru perlu menjelaskan prosedur pelaksanaan yang lengkap.

4. Melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data,memproses

maklumat dan data, pelaporan hasil dan juga refleksi kendiri.

5. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses

sehinggalah ke tahap hasil yang siap.

6. Sesuai dengan murid dan kurikulum.

7. Berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan

kebolehan murid.

Strategi pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek

1. Memberi tugasan mengikut kurikulum.

2. Tugasan perlu mengambilkira keupayaan dan kemampuan

pelajar yang terlibat.

3. Menentukan jadual kerja.

4. Pastikan bilangan ahli kumpulan kecil.

5. Guru perlu memberi bimbingan dan pemantauan sepanjang

tempoh projek.

6. Perancangan dan pelaksanaan projek haruslah berperingkat.

128

Page 20: Modul Minggu 5mte3107

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

7. Penilaian projek perlu mencerminkan daya usaha setiap

pelajar dalam kumpulan dan harus dilaksanakan sepanjang

tempoh projek.

8. Perlu ada pembentangan, penyelarasan dan pemurnian

projek.

9. Memastikan pelajar membuat refleksi dari semasa ke

semasa sepanjang pelaksanaan projek.

Kelebihan pembelajaran berasaskan projek

1. Menarik perhatian murid-murid terhadap satu-satu topik yang

khusus.

2. Memberi peluang mereka menjana idea mengenai topik.

3. Mengajar mereka untuk menerima dan menghormati

perbezaan individu.

4. Menggalakan mereka untuk sedia menanggung risiko dalam

berkongsi idea dan pandangan masing-masing.

5. Menunjukan bahawa sumbangan idea mereka dihargai.

Contoh tugasan projek

Guru menyediakan satu projek yang meminta murid-murid mencari

sumbangan ahli-ahli matematik dalam bidang Geometri. Murid-murid perlu

mengumpulkan bahan-bahan tersebut dalam folio.

129