modul latihan dan kecergasan

166
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS FAKULTI SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN MODUL QGJ 3013 LATIHAN DAN KECERGASAN PENULIS MODUL: ASMADI ISHAK DR. HAIRUL ANUAR HASHIM HISHAMUDDIN AHMAD DR. MOHD NIZAM JARWIS

Upload: zuraida-ariff

Post on 02-Aug-2015

3.470 views

Category:

Documents


23 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul Latihan Dan Kecergasan

UNIVERSITI PENDIDIKAN

SULTAN IDRIS

FAKULTI SAINS SUKAN

DAN KEJURULATIHAN

MODUL QGJ 3013

LATIHAN DAN KECERGASAN

PENULIS MODUL:

ASMADI ISHAK

DR. HAIRUL ANUAR HASHIM

HISHAMUDDIN AHMAD

DR. MOHD NIZAM JARWIS

Page 2: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 2

MAKLUMAT DAN SINOPSIS KURSUS.

NAMA KURSUS : LATIHAN DAN KECERGASAN

(Training and Fitness)

KOD KURSUS : QGJ 3013

KREDIT : 3

SLT : 120 Jam

PRASYARAT : Tiada

SEMESTER : Pertama / Kedua

HASIL

PEMBELAJARAN

: 1. Menyediakan dan menunjuk cara aktiviti kecergasan fizikal

dan menghubungkait aktiviti kecergasan dengan komponen

kecergasan fizikal. (C3, LL1)

2. Mengubahsuai dan merancang kaedah latihan dengan

menyediakan program latihan. (C5,A4)

3. Mempelbagaikan kaedah latihan untuk mengadaptasi daya

tahan kardiovaskular, fleksibiliti, daya tahan otot, Kekuatan

otot dan komposisi badan. (P6)

4. Merancang dan melaksanakan satu sesi pengajaran dan

pembelajaran kaedah latihan fizikal. (CS1, C5)

SINOPSIS : Kursus ini menjelaskan tentang konsep latihan dan kecergasan,

prinsip latihan, komponen-komponen kecergasan, faedah latihan

kecergasan kepada tubuh badan dan faktor-faktor yang

mempengaruhi kecergasan. Pelajar juga akan didedahkan

dengan kaedah-kaedah latihan kecergasan, membuat penilaian

tahap kecergasan serta membincangkan isu-isu kecergasan,

gaya hidup dan perkaitannya dengan kesihatan.

(This course will expose students the concepts training and

fitness. Principles of traning and physical fitness component,

benefit fitness exercise to body and factors affect of fitness.

Student also will expose about training methodology, assessment

level of fitness and also discuss issue of fitness, life style and

related with health.)

Page 3: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 3

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

UNIT 1: KONSEP LATIHAN DAN KECERGASAN FIZIKAL. 4 - 21

UNIT 2 : FLEKSIBILITI. 22 - 44

UNIT 3 : PRINSIP LATIHAN KECERGASAN FIZIKAL. 45 - 62

UNIT 4 : PERSEDIAAN LATIHAN FIZIKAL. 63 - 74

UNIT 5 : PERANCANGAN LATIHAN (PERIODISASI). 75 - 89

UNIT 6 : KESAN LATIHAN AEROBIK DAN ANAEROBIK. 90 - 103

UNIT 7 : ISU-ISU KECERGASAN DAN GAYA HIDUP SIHAT. 104 - 113

UNIT 8 : KAEDAH LATIHAN AEROBIK. 114 - 126

UNIT 9 : KAEDAH LATIHAN ANAEROBIK. 127 - 146

UNIT 10 : LATIHAN TERAS BADAN. 147 – 166

Page 4: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 4

UNIT 1

KONSEP LATIHAN DAN KECERGASAN FIZIKAL

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, diharap anda dapat:

1. Menjelaskan kepentingan kecergasan secara keseluruhan. 2. Membezakan antara komponen kecergasan fizikal berasaskan kesihatan dan lakuan

motor. 3. Menghuraikan latihan dalam konteks membina kecergasan secara umum dan khusus. 4. Membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi latihan kecergasan fizikal untuk

meningkatkan prestasi dalam sukan.

PENGENALAN

emiliki kehidupan yang sempurna tanpa ada masalah kesihatan dan dapat melakukan

aktiviti yang kita inginkan merupakan sesuatu yang sangat diimpikan oleh setiap

individu. Namun begitu, berapa ramaikah yang berusaha untuk mendapatkan kehidupan

yang berkualiti? Tahukah anda bahawa gaya hidup sendetari adalah corak kehidupan

yang dilalui tanpa atau kurang melakukan aktiviti fizikal. Kurangnya melakukan aktiviti fizikal

dikaitkan dengan risiko mendapat penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular, diabetes,

obesiti, osteoporosis, tekanan darah tinggi, kemurungan dan keresahan (Kementerian

Kesihatan Malaysia, 2005). Oleh itu, kefahaman tentang gaya hidup sihat dengan menjadikan

individu itu aktif sangat penting. Dalam unit ini, akan membincangkan tentang konsep

kecergasan secara keseluruhan, bagaimana untuk meningkatkan tahap kecergasan serta dapat

difahami untuk memastikan dimensi kecergasan ini dapat diamalkan. Bagi individu yang ingin

cergas dalam sukan terutama bagi atlet yang ingin meningkatkan prestasi maka konsep latihan

yang sistematik perlu dirancang supaya kemampuan atlet mencapai tahap optimal. Jurulatih

yang ingin melihat kejayaan atlet dalam pertandingan harus memastikan persediaan fizikal dan

tahap kecergasan atlet dapat memenuhi keperluan sukan secara spesifik. Komponen

kecergasan dan faktor yang mempengaruhi kecergasan fizikal juga akan dibincangkan bagi

memudahkan kita memahami proses latihan dengan lebih sistematik.

M

Page 5: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 5

Konsep Kecergasan Keseluruhan.

eningkatan terhadap kehidupan yang berkualti dan amalan gaya hidup cara sihat

merupakan konsep yang perlu diterapkan dalam dunia moden masa kini. Kesedaran

untuk membina perspektif individu yang sihat dan cergas adalah gagasan yang

melibatkan kecergasan secara keseluruhan. Kecergasan keseluruhan adalah intergrasi

komponen mental, sosial, emosi, fizikal, intelektual dan rohani (Corbin, 2004). Memiliki

kecergasan yang seimbang membolehkan individu memberikan sumbangan yang bermakna

kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Kecergasan keseluruhan ini dapat

mencerminkan perasaan seseorang individu tentang kehidupan serta keupayaan diri untuk

berfungsi dengan lebih cekap dan berkesan. Kecergasan merupakan keupayaan dan

kemampuan seseorang melakukan sesuatu dengan sempurna. Kecergasan meliputi aspek

fisiologikal, psikologikal, dan sosiologikal. Kecergasan keseluruhan (total fitness) boleh

digambarkan sebagai keupayaan menjalani kehidupan yang sempurna dan keupayaan

memberikan sumbangan dan perkhidmatan yang terbaik. Integrasi komponenan kecergasan

keseluruhan tersebut adalah penting, keseimbangan kecergasan ini saling memenuhi antara

satu sama lain bagi tujuan melahirkan individu yang sihat dan cergas.

Dimensi Kecergasan Keseluruhan.

Dimensi kecergasan secara keseluruhan adalah cerminan terhadap kehidupan yang bermakna

dan gambaran terhadap keupayaan berfungsi secara berkesan. Individu yang sihat dan cergas

dapat digambarkan dengan kepuasan melakukan kerja seharian, menggunakan masa

senggang penuh keseronokan, memiliki kecergasan fizikal, penglibatan sosial diri secara aktif

dan mempunyai pandangan emosi dan mental yang positif. Dimensi kecergasan keseluruhan

adalah terdiri daripada:

Kecergasan Fizikal

Kecergasan Mental

Kecergasan Sosial

Kecergasan Emosi

Kecergasan Rohani

____________________________________________________________________________

Cuba anda senaraikan apakah ciri-ciri kecergasan secara keseluruhan yang ada pada diri anda?

P

Page 6: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 6

Kecergasan Fizikal.

Kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan untuk

menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih

efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan. Memiliki kecergasan

fizikal bermakna individu tersebut bebas daripada penyakit yang mempengaruhi sistem fisiologi

badan seperti sistem jantung dan sistem saraf serta memiliki tahap kecergasan fizikal yang

memadai mengikut tuntutan kerja.

Kecergasan Mental.

Kecergasan mental adalah keupayaan individu untuk berfikir dan menggunakan maklumat

untuk meningkatkan kualiti hidup seharian dan berfungsi secara optimal serta dapat mengatasi

cabaran kehidupan seharian.

Kecergasan Sosial.

Kecergasan sosial adalah keupayaan individu untuk berinteraksi dengan orang lain bagi

mewujudkan perhubungan yang bermakna supaya dapat meningkatkan kualiti hidup semua

pihak yang terlibat dalam hubungan ini. Secara umumnya, dengan memiliki kecergasan

bersosial maka individu tersebut dapat melibatkan diri dalam perhubungan dan tidak

keseorangan.

Kecergasan Emosi.

Kecergasan emosi adalah keupayaan individu menangani kehidupan harian serta perasaan

kendiri secara membina, proaktif dan optismistik. Umumnya, individu yang mempunyai

kecergasan emosi berkarekter gembira berbanding kemurungan.

Kecergasan Rohani.

Kecergasan rohani adalah keupayaan individu untuk membentuk satu nilai dan tindakan

berlandaskan kepercayaan serta menetapkan dan melaksanakan matlamat kehidupan yang

bermakna dan konstruktif.

Page 7: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 7

.

KECERGASAN

KESELURUHAN

FIZIKAL

SOSIALROHANI

MENTAL

EMOSI

Rajah 1.1: Dimensi Kecergasan Secara Keseluruhan.

Kecergasan adalah penting dan perlu diberikan perhatian oleh setiap individu bagi yang ingin

mendapatkan kualiti kesihatan yang sempurna. Setiap individu mempunyai tahap kecergasan

yang berbeza dan perbezaan ini bergantung kepada karekteristik setiap individu terhadap

keperluannya. Sebagai contoh, karekteristik kecergasan seorang atlet berbeza dengan orang

sedentari. Bagi memastikan keseimbangan dalam memenuhi tuntutan kehidupan maka

kecergasan secara keseluruhan adalah penting terutama bagi yang mengamalkan kehidupan

cara hidup sihat terutama bagi yang memfokuskan tentang aspek kesihatan dan fizikal. Justeru

itu, konsep kecergasan ini perlu diintergerasikan untuk mencapai matlamat kualiti kehidupan

yang sempurna dan bermakna kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Dalam

konteks ini, kecergasan dikaitkan dengan sukan iaitu lebih kepada kecergasan jasmani ataupun

kecergasan fizikal. Kecergasan menjadi faktor penyumbang kepada kejayaan seseorang dalam

melakukan sesuatu aktiviti atau pertandingan yang melibatkan fizikal. Jurulatih atau guru harus

memahami konsep kecergasan supaya dapat melatih atlet untuk mencapai tahap prestasi

optimal.

____________________________________________________________________________

Bincangkan bersama rakan anda, apakah implikasi dimensi kecergasan secara keseluruhan dalam kehidupan kita?

Page 8: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 8

Kecergasan Fizikal.

ecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan untuk

menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan

lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan (Corbin,

2004). Kecergasan fizikal melibatkan fungsi pergerakan anggota badan dan organ tubuh

badan dan juga dikaitkan dengan keupayaan individu untuk bekerja dengan lebih efektif dan

menikmati masa kesenggangan, rehat, menentang penyakit hipokinetik dan menghadapi

kecemasan. Kecergasan fizikal yang optimal tidak mungkin dicapai tanpa senaman yang

berterusan. Kepentingan kecergasan fizikal dalam sukan sangat penting untuk mencapai tahap

prestasi yang maksimum.

Peningkatan komponen kecergasan berasaskan kesihatan dan lakuan motor dapat membantu

individu untuk beradaptasi dalam sukan yang diceburi. Latihan yang sistematik, terancang dan

efisien dapat membantu meningkatkan lagi keupayaan fizikal individu. Latihan fizikal pula

merupakan satu proses senaman yang dilakukan secara berulang-ulang dan beransur maju di

mana ia melibatkan unsur-unsur pembelajaran dan penyesuaian diri. Tujuan utama seseorang

atlet menjalani latihan fizikal adalah membaiki dan meningkatkan komponen-komponen

kecergasan dan dapat mengelakkan diri daripada mengalami kecederaan. Peluang untuk

tercedera hanya dapat dikurangkan apabila atlet memiliki koordinasi otot saraf yang baik, otot

rangka yang kuat serta imbangan badan yang stabil dan tidak cepat lesu apabila menjalani

aktiviti fizikal. Latihan fizikal yang dirancang dan dijalankan secara bersistematik dapat

membantu para atlet meningkatkan prestasi. Semasa menjalani latihan fizikal atlet harus

memahami dan mengamalkan prinsip-prinsip latihan bagi memperolehi kesan adaptasi positif

pada komponen kecergasan.

Komponen kecergasan fizikal secara umumnya terbahagi kepada dua kategori iaitu kecergasan

berasaskan kesihatan dan lakuan motor. Rajah 1.2 di bawah, menunjukkan komponen-

komponen kecergasan berasaskan kesihatan dan lakuan motor.

____________________________________________________________________________

Apakah definisi kecergasan dan jelaskan konsep kecergasan fizikal menurut perspektif anda?

K

Page 9: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 9

KOMPONEN

KECERGASAN FIZIKAL

BERASASKAN

KESIHATANKEMAHIRAN

MOTOR

KOMPOSISI BADAN

DAYA TAHAN

KARDIOVASKULAR

KEKUATAN OTOT

DAYA TAHAN OTOT

FLEKSIBILITI

KUASA

KELAJUAN

KETANGKASAN

KOORDINASI

IMBANGAN

MASA REAKSI

Rajah 1.2: Komponen kecergasan berasaskan kesihatan dan lakuan motor.

Komponen Kecergasan Berasaskan Kesihatan.

Komponen kecergasan berasaskan kesihatan berkait rapat dengan kesihatan dan

mengurangkan risiko penyakit hipokinetik. Falls (1980), Kecergasan untuk kesihatan

merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai

memberi seseorang individu perlindungan dari ancaman penyakit-penyakit hipokinetik

(kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan pelbagai penyakit otot dan

tulang. Ianya sangat diperlukan bagi melakukan aktiviti fizikal dan keperluan kehidupan

seharian. Komponen ini terdiri daripada:

Komposisi Badan/ Kandungan Lemak.

Daya Tahan Kardiovaskular.

Kekuatan Otot.

Fleksibiliti.

Daya Tahan Otot.

Page 10: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 10

Komposisi Badan / Kandungan Lemak.

Komposisi badan adalah kadar peratusan relatif lemak berbanding dengan otot, tulang dan tisu-

tisu lain yang membentuk tubuh. Komposisi badan dari aspek kecergasan kesihatan, merujuk

kepada peratus berat badan yang terdiri daripada lemak berbanding dengan lemak bebas atau

daging yang tidak berlemak. Individu yang cergas mempunyai kadar peratusan kandungan

lemak yang rendah, berkadar dengan berat badan dan ketinggian. Kaedah pengukuran

komposisi badan adalah dengan mengukur ketebalan lipatan kulit menggunakan angkup

kaliper.

Cara lain bagi mengukur komposisi badan yang lebih mudah atau tanpa alatan spesifik adalah

dengan menggunakan kaedah pengiraan Indeks Jisim Badan ( Body Mass Index @ BMI). BMI

adalah satu teknik pengukuran menggunakan nisbah berat dan tinggi untuk mengukur

komposisi badan.

Formula :

BMI = Berat ( kg )__

Tinggi ² (m)

Contoh :

BMI = 45 kg_______

1.60m x 1.60m

= 45 kg_______

1.60m x 1.60m

= 17.57___

Panduan Mengira BMI

Kurang dari < 20 Kurang berat badan

20 hingga 25 Berat badan unggul

25 hingga 30 Berlebihan berat badan

Lebih dari > 30 Obesiti

Page 11: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 11

Daya Tahan Kardiovaskular.

Daya tahan kardiovaskular adalah keupayaan jantung dan sistem kardiorespiratori untuk

mengepam darah beroksigen secara efisien ke seluruh badan bagi membolehkan kita

melakukan kerja secara berterusan dalam melakukan kerja bagi jangka masa yang lama

dengan intensiti yang ringan atau sederhana tanpa rasa penat. Penghantaran darah yang kaya

dengan oksigen secara efisien kepada otot yang berkerja membolehkan kita melakukan aktiviti

dalam jangka masa yang lama. Contoh aktiviti yang boleh meningkatkan daya tahan

kardiovaskular ialah, berjoging, berbasikal, berenang, senamrobik dan lompat tali. Latihan yang

lebih sistematik seperti Long Slow Distance (LSD), Fartlek dan jeda (interval) juga

meningkatkan tahap daya tahan kardiovaskular. Kadar nadi merupakan indikator untuk

menentukan tahap keberkesanan latihan kardiovaskular sebagai intensiti latihan.

Kekuatan Otot.

Kekuatan otot adalah kemampuan otot atau sekumpulan otot untuk mengatasi rintangan bagi

menghasilkan daya secara maksimum. Individu yang cergas mempunyai kekuatan otot untuk

melakukan aktiviti yang menekankan kekuatan seperti aktiviti di bilik latihan bebanan. Aktiviti

kekuatan otot perlu dilakukan secara sistematik dan berterusan dengan kekerapan 2 atau 3 kali

seminggu. Kekuatan otot diukur dengan menggunakan ujian satu ulangan maksimum (1 RM

test) seperti ujian Bench Press untuk bahagian atas badan dan ujian Leg Press atau Half Squat

untuk bahagian bawah badan. Bagi latihan kekuatan otot, ia memerlukan intensiti yang tinggi

dan ulangan yang rendah untuk menghasilkan kekuatan.

Page 12: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 12

Fleksibiliti.

Fleksibiliti adalah keupayaan sendi-sendi bergerak dengan licin dengan rintangan yang

minimum. Ia dirujuk kepada julat pergerakan sendi (Range of motion) yang dipengaruhi oleh

kepanjang otot dan struktur sendi yang terlibat. Individu yang cergas dapat mengerakkan sendi

pada julat pergerakan yang maksimum semasa melakukan kerja atau bersukan. Aktiviti yang

sesuai untuk meningkatkan dan mengekalkan tahap fleksibiliti adalah melalui regangan otot.

Teknik regangan statik memerlukan kita menahan pergerakan dengan kiraan 15 – 30 saat dan

mengulangi pergerakan sebanyak 2-3 kali bagi setiap bahagian.

Daya Tahan Otot.

Daya tahan otot adalah keupayaan otot untuk melakukan aktiviti fizikal yang berulang-ulang

atau berterusan bagi satu jangka masa lama dengan intensiti yang ringan atau sederhana.

Kelesuan (fatigue) otot yang cepat menandakan individu tidak mempunyai tahap daya tahan

otot yang cukup. Latihan daya tahan otot perlu menumpukan kepada jangka masa atau ulangan

yang dilakukan. Oleh itu, daya tahan otot memerlukan beban (load) kerja yang rendah tetapi

pengulangan kerja yang banyak, sebagai contoh, 15 – 30 kali ulangan bagi aktiviti bench press

dengan intensiti kerja sebanyak 30%-40% dari 1 RM.

Page 13: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 13

Komponen Kecergasan Fizikal Berasaskan Lakuan Motor.

Komponen kecergasan berasaskan lakuan motor merujuk kepada keperluan individu yang ingin

terlibat di dalam prestasi sukan. Ini membolehkan individu tersebut dapat menguasai kemahiran

dan keperluan sukan spesifik dengan mudah. Setiap komponen ini tidak berdiri sendiri, ianya

bersifat multi-dimensi dengan menggabungkan setiap komponen terlibat bagi meningkatkan

prestasi dalam sukan. Komponen kecergasan terdiri daripada:

Kelajuan.

Ketangkasan.

Kuasa.

Imbangan.

Koordinasi.

Masa reaksi.

Kelajuan.

Kelajuan adalah keupayaan untuk melakukan pergerakan dengan cepat. Kelajuan merujuk

kepada jarak pergerakan yang dilakukan dalam jangka masa yang paling minima. Individu yang

menumpukan kepada kelajuan kaki berupaya berlari pantas manakala individu yang

menumpukan kepada kelajuan tangan berupaya melontar atau memukul bola dengan laju.

Kelajuan terbahagi kepada dua iaitu kelajuan umum dan spesifik. Kelajuan umum adalah

keupayaan melakukan sebarang pergerakan (motor reaction) dengan laju, biasanya dalam

jarak yang singkat 5 – 10 meter manakala kelajuan spesifik pula adalah keupayaan melakukan

pergerakan tertentu dalam jangka masa yang ditetapkan.

Ketangkasan

Page 14: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 14

Ketangkasan.

Ketangkasan ialah keupayaan untuk mengubah posisi badan, pergerakan berhenti dan mula

dengan cepat dan terkawal serta boleh mengawal pergerakan keseluruhan badan.

Ketangkasan memerlukan tahap kelajuan, fleksibiliti dan kordinasi pergerakan yang baik bagi

mengelirukan atau mengelak daripada pihak lawan. Ia merupakan asas lakuan motor yang

menekankan prestasi tinggi dalam sukan.

Kuasa.

Kuasa adalah keupayaan untuk melakukan aktiviti dengan daya maksimum dalam jangka masa

yang paling singkat. Individu yang berkeupayaan untuk memindahkan tenaga kepada daya

secara eksplosif dapat menghasilkan pukulan, balingan, tendangan, lompatan pada tahap

maksimum. Kuasa merujuk kepada gabungan kekuatan dan kelajuan pergerakan. Otot yang

berkerja untuk menghasilkan kuasa perlu mempunyai kekuatan terlebih dahulu dan

digabungkan dengan kecepatan velositi pergerakan yang tinggi semasa melakukan kerja.

Sebagai contoh, pemain bola tampar yang melakukan lompatan untuk rejaman, balingan bola

pitcher, lonjakan bagi lompat tinggi atau jauh. Latihan yang sesuai untuk membina kuasa otot

adalah seperti latihan bebanan (Power Clean, Snatch, Push Press) dan pliometrik (kotak latihan

atau bola segar).

Page 15: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 15

Imbangan.

Imbangan ialah keupayaan pengekalan keseimbangan badan seseorang individu pada

kedudukan statik dan dinamik. Pengekalan tahap equalibirium yang tinggi adalah semasa

imbangan dinamik dimana pergerakan melibatkan keseluruhan badan. Imbangan yang lemah

semasa melakukan pergerakan mudah menghadapi kecederaan. Sebagai contoh, semasa fasa

pendaratan selepas melakukan lompatan, pergelangan kaki mudah tercedera jika imbangan

badan tidak dapat dikawal dengan baik. Imbangan yang baik memudahkan koordinasi badan

semasa melakukan pergerakan.

Koordinasi.

Koordinasi adalah keupayaan individu menyeragamkan dan menyelaras pergerakan anggota

badan untuk menghasilkan satu pergerakan yang licin dan tepat. Kawalan pergerakan pada

pelbagai aras kerumitan dengan pantas, tepat dan berkesan memerlukan koordinasi kawalan

mata, tangan dan kaki atau gabungannya. Koordinasi am, biasanya melibatkan keupayaan

pelbagai kemahiran motor pada peringkat perkembangan ‘multilateral’ manakala koordinasi

spesifik pula ialah keupayaan melakukan pelbagai pergerakan dalam sukan dengan pantas,

senang, tepat dan licin tanpa ada kesalahan. Latihan kemahiran yang menekankan kepada

koordinasi pergerakan spesifik boleh mengaplikasikan konsep latihan ‘WHOLE-PART-WHOLE’

atau ‘PART-PART-WHOLE’.

Page 16: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 16

Masa Reaksi.

Masa reaksi merujuk kepada masa yang diambil oleh seseorang individu ketika bertindak balas

terhadap rangsangan. Individu yang cergas dapat bertindak balas secara fizikal dan mental

kepada rangsangan luar seperti visual, audio, sentuhan dan bau. Kecepatan tindak balas

merujuk kepada kecepatan otak menerima stimulus dan menghantar impulse kepada bahagian

badan untuk bertindak. Besar dan kecil stimulus yang diterima akan menentukan kecepatan

tindak balas. Sebagai contoh, berlepas dari blok permulaan sebaik mendengar bunyi tembakan,

menangkis atau menghindar dari serangan pihak lawan dalam silat atau taekwondo.

____________________________________________________________________________

Intergerasi komponen kecergasan fizikal sangat penting untuk menghasilkan prestasi yang optimal. Berdasarkan sukan pilihan anda, cuba anda analisis komponen kecergasan fizikal yang diperlukan?

Kepentingan Latihan Fizikal.

Menurut Sharkey (2007) dan Corbin (2004), faedah daripada latihan fizikal yang boleh diperolehi adalah:

1. Menurun dan mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.

2. Mengurangkan tahap kolesterol tinggi dalam badan.

3. Mengurangkan risiko penyakit jantung dan diabetes.

4. Menurunkan berat badan.

5. Membina dan mengekalkan otot dan densiti tulang yang sihat.

6. Membina ketahahan dalam mengendalikan emosi stres.

7. Meningkatkan jumlah darah dan keupayaan mengangkut oksigen.

8. Penampilan personaliti yang baik.

9. Meningkatkan kualiti hidup.

10. Meningkatkan kekuatan otot.

11. Mengekalkan tahap fleksibiliti sendi.

Page 17: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 17

Latihan Sukan.

atihan merupakan tugas yang sangat sinonim dengan jurulatih dan atlet bagi persediaan sebelum sesuatu pertandingan. Proses latihan adalah sangat mudah dilakukan tetapi sukar jika ingin melahirkan seorang juara. Justeru itu, proses latihan yang sebenar perlu difahami dahulu sebelum jurulatih dan atlet melakukan latihan.

Latihan sukan merupakan suatu proses kerja/latihan yang sistematik dilakukan secara progresif

dan berulang-ulang untuk meningkatkan potensi individu bagi mencapai prestasi optimal

(Bompa, 1989). Proses kerja/latihan yang sistematik memerlukan perancangan latihan

(periodisasi) bagi memastikan objektif dapat dicapai dan berada dalam prestasi puncak tepat

pada masanya. Periodiasasi latihan yang sistematik adalah penting bagi memastikan

persediaan latihan dapat dilaksanakan secara efektif dan sesuai terhadap tuntutan sukan

spesifik. Bagi memastikan proses latihan dilakukan secara progresif untuk meningkatkan

potensi individu mencapai prestasi puncak maka ia perlu mengikut prinsip-prinsip latihan

terutama bagi peningkatan fizikal atlet.

Intensiti dan isipadu (volume) latihan perlu ditingkatkan selama proses latihan untuk mencapai

tahap yang optimal. Peningkatan dan pengaturan intensiti dan ispadu yang betul membolehkan

atlet mendapat kesan adaptasi secara positif pada komponen kecergasan. Sebaliknya, jika

intensiti dan isipadu latihan tidak sesuai dengan latihan maka akan menyebabkan atlet

mengalami proses ‘overtraining’ dan prestasi akan menurun. Tumpuan bagi latihan umum

adalah kepada peningkatan prestasi (fisiologi dan psikologi) tetapi dalam latihan fizikal tumpuan

lebih fokus bagi membina tahap kecergasan yang diperlukan dalam sukan spesifik. Latihan

sukan spesifik adalah sangat penting untuk memberikan kesan latihan secara maksimum

semasa pertandingan.

Bincangkan, apakah dimaksudkan dengan latihan sukan yang sistematik mengikut perspektif anda?

Skop Latihan.

encapai kejayaan dalam sukan untuk menjadi juara bukanlah sesuatu yang mudah. Bagi

membolehkan seseorang atlet berjaya dalam sukan tidak ada jalan pintas atau mudah,

Ianya dapat dicapai dengan persediaan latihan yang rapi melalui perancangan yang

sistematik dan pembangunan latihan jangka masa panjang. Matlamat secara khusus

dirancang oleh jurulatih bagi membolehkan atlet meningkatkan kemahiran dan kapasiti kerja

(fisiologi) memenuhi tuntutan sukan secara spesifik bagi mencapai prestasi yang optimal.

Melalui latihan keupayaan fisiologi dan kekuatan psikologi atlet akan diadunkan bagi persediaan

sebelum pertandingan. Persediaan fizikal yang baik apabila dapat memenuhi tuntutan sukan

spesifik melalui perancangan periodisasi latihan berasaskan aplikasi saintifik dengan

mempraktikkan kaedah latihan yang sesuai. Melalui latihan peningkatan terhadap penguasaan

kemahiran yang lebih tinggi dan sempurna serta kepelbagai kemahiran perlu ditekankan.

Membina dan memperoleh mental untuk latihan dan pertandingan juga aspek yang ditekan

dalam skop latihan.

L

M

Page 18: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 18

Faktor Latihan Kecergasan fizikal untuk meningkatkan prestasi dalam

sukan?

roses latihan ialah persediaan atlet untuk mencapai tahap prestasi yang maksimum

dengan memfokuskan keperluan spesifik sukan. Pembentukan objektif adalah terdiri

daripada disiplin-disiplin ilmu yang lain dalam Sains Sukan seperti anatomi, fisiologi,

biomekanik, pemakanan, psikologi, perubatan sukan dan pembelajaran motor, dengan

kata lain kaedah latihan tidak berdiri sendiri tetapi adalah gabungan daripada disiplin ilmu Sains

Sukan. Intergerasi disiplin ilmu adalah bertujuan untuk membina atribut kemahiran dan

kecergasan yang diperlukan untuk pelaksanaan pelbagai tugas dalam sukan spesifik.

Umumnya terdapat beberapa objektif latihan yang boleh dijadikan garis panduan iaitu:

Faktor Perkembangan Fizikal Menyeluruh (Multi-lateral).

Perkembangan fizikal menyeluruh juga dikenali sebagai kecergasan umum yang mana ianya

merupakan asas yang diperlukan dalam sukan untuk berjaya. Objektif utamanya ialah

meningkatkan keupayaan biomotor individu seperti daya tahan kardiovaskular, kekuatan otot,

kelajuan, fleksibiliti dan koordinasi. Atlet yang memiliki asas kecergasan umum ini dapat

bertoleransi dengan perkembangan sukan spesifik dan mudah untuk meningkatkan potensi

secara maksimum.

Faktor Perkembangan Fizikal Sukan Spesifik.

Perkembangan fizikal tahap ini sangat penting untuk membentuk karakteristik sukan tersebut.

Tuntutan kerja lebih spesifik terarah kepada keperluan fisiologi dan psikologi bagi membentuk

keseimbangan pada setiap komponen kecergasan. Keperluan spesifik seperti kekuatan,

kemahiran, daya tahan, kelajuan dan fleksibiliti perlu diadunkan untuk membentuk karakteristik

sukan seperti kelajuan-kekuatan, kekuatan-daya tahan atau kelajuan-daya tahan.

Faktor KemahiranTeknikal.

Faktor latihan ini adalah untuk membentuk kemahiran teknikal yang diperlukan dalam sukan spesifik. Kemahiran yang sempurna adalah dipengaruhi oleh perkembangan fizikal multilateral dan spesifik yang baik. Adapatasi persekitaran seperti keadaan cuaca, penonton, kebisingan juga boleh digunakan semasa proses perkembangan latihan ini.

Faktor Kemahiran Taktikal.

Perkembangan kemahiran taktikal merupakan aspek yang sangat penting untuk mencapai kejayaan. Terarah kepada strategi yang akan digunakan menghadapi pihak lawan. Mempelajari dan mengaplikasikan taktik yang sesuai untuk menghadapi pihak lawan adalah bergantung kepada keupayaan fizikal dan teknik yang baik.

P

Page 19: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 19

Faktor Psikologi.

Persediaan psikologi yang jitu sangat penting untuk mencapai prestasi fizikal yang optimal.

Persediaan semasa latihan dan menghadapi pihak lawan dalam pertandingan sangat

bergantung kepada faktor psikologi. Pembentukkan karakteristik atlet yang mempunyai

keyakinan diri, bersemangat dan ketabahan adalah asas kejayaan prestasi atlet.

Faktor Kesihatan.

Tahap kesihatan atlet semasa proses latihan adalah sangat penting untuk memastikan prestasi

dapat dikekalkan. Pemeriksaan kesihatan secara berkala bagi memastikan kecederaan dan

penyakit dapat dicegah serta dirawat.

Faktor Kecederaan.

Membina keperluan kapasiti fizikal dan fisiologi sangat diperlukan dalam latihan yang berat dan

pertandingan bagi mencegah daripada kecederaan. Perkembangan fizikal multilateral dan

spesifik merupakan langkah yang terbaik untuk mengurangkan risiko kecederaan atlet.

Faktor Teoritikal.

Proses latihan akan meningkatkan pengetahuan asas atlet tentang fisiologi dan psikologi

dalam latihan. Memahami tentang penyediaan periodisasi latihan dan pemakanan yang sesuai

sebelum, semasa dan selepas latihan adalah sangat penting untuk atlet. Pengetahuan asas ini

dapat mendidik atlet untuk memahami proses latihan secara sistematik, pemahaman ini juga

boleh diberikan melalui seminar atau ceramah tentang latihan.

Page 20: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 20

RUMUSAN

1. Konsep kecergasan keseluruhan dan konsep latihan fizikal merupakan aspek yang sangat penting bagi melahirkan individu yang sihat dan cergas serta dapat meningkatkan prestasi dalam sukan secara optimal.

2. Gabungan daripada dimensi kecergasan fizikal, mental, sosial, intelektual dan rohani akan membentuk kecergasan keseluruhan serta menyumbang kepada keseimbangan dalam kehidupan yang berkualiti.

3. Dalam sukan, kecergasan fizikal melibatkan fungsi organ badan (jantung, otot, sendi,

saraf) dan pergerakan anggota badan yang dapat beradaptasi dengan keupayaan individu melakukan kerja dengan efektif dan mencapai tahap kecergasan fizikal dalam sukan spesifik.

4. Komponen kecergasan terbahagi kepada dua iaitu berlandaskan kesihatan dan lakuan

motor, dimana keperluan komponen sangat khusus mengikut tuntutan sukan dan keperluan individu. Gabungan komponen ini akan memberikan hasil yang optimal dalam peningkatan prestasi untuk pertandingan. Persediaan latihan yang sistematik dapat menyediakan komponen kecergasan umum sebelum kepada keperluan komponen kecergasan yang lebih khusus mengikut tuntutan sukan spesifik.

5. Latihan yang sistematik dapat dicapi melalui proses kerja yang berulang-ulang dan progresif untuk meningkatkan kecergasan individu bagi mencapai prestasi yang optimal. Proses latihan haruslah progresif terhadap peningkatan intensiti dan isipadu (volume) latihan dan ia perlu mengikut prinsip-prinsip latihan.

6. Faktor latihan kecergasan merupakan garis panduan bagi meningkatkan prestasi dalam sukan, gabungan faktor ini dapat memberikan tahap prestasi yang optimal di samping proses pengembangan atribut kemahiran dan kecergasan.

KATA KUNCI.

1. Hipokinetik 2. Isipadu (volume) 3. Kecergasan menyeluruh 4. Komponen kecergasan

berlandaskan kesihatan 5. Kecergasan fizikal

6. Komponen kecergasan berlandaskan lakuan motor

7. Prestasi optimum 8. Latihan sukan 9. Intensiti 10. Progresif

Page 21: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 21

PENILAIAN KENDIRI.

1. Apakah definisi kecergasan? 2. Huraikan konsep kecergasan secara keseluruhan? 3. Apakah definisi kecergasan fizikal? 4. Senaraikan kecergasan fizikal berasaskan kesihatan dan lakuan motor? 5. Jelaskan kepentingan kecergasan fizikal dalam kehidupan seharian? 6. Jelaskan konsep latihan sukan? 7. Bincangkan, bagaimana untuk menyediakan latihan yang sistematik kepada atlet anda

dengan mengambil contoh pendekatan sukan pilihan anda sendiri? 8. Jelaskan skop latihan untuk meningkatkan prestasi dengan memberikan contoh sukan

pilihan anda? 9. Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi latihan kecergasan fizikal untuk

meningkatkan prestasi dalam sukan?

RUJUKAN. Bompa, T.O., & Haff, G.G. (2009). Periodization: Theory and Methodology of Training (5th ed).

Champaign IL, Human Kinetics.

Corbin, C.B., Welk, G.J., Lindsey, R., & Corbin, W. R. (2004). Concepth of Fitness and

Wellness: A comprehensive livestyle approach (5th ed). New York, McGraw-Hill.

Sharkey, B. J., & Gaskill, S. E. (2007). Fitness and Health (6th ed). Champaign IL, Human

Kinetics.

Page 22: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 22

UNIT 2

FLEKSIBILITI

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menerangkan maksud fleksibiliti. 2. Menyatakan kesan fleksibiliti yang lemah terhadap kesihatan dan prestasi dalam

sukan 3. Membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi fleksibiliti. 4. Menjelaskan elemen anatomi dalam fleksibiliti. 5. Menerangkan ujian-ujian untuk menilai tahap fleksibiliti sesorang 6. Menyatakan jenis dan prosedur latihan untuk meningkatkan tahap fleksibiliti.

PENGENALAN

Fleksibiliti adalah salah satu daripada komponen yang penting bagi kecergasan berlandaskan kesihatan. Fleksibiliti yang lemah boleh mengurangkan keupayaaan tubuh untuk mengekalkan postur yang baik dan menghadkan gerakan sendi yang sepatutnya. Keadaan ini boleh membawa kepada meningkatkannya risiko untuk mendapat sakit pinggang, sakit sendi dan kecederaan semasa melakukan aktiviti harian.

Fleksibiliti yang memadai untuk melakukan sesuatu pergerakan yang melibatkan sendi tertentu dapat mengurangkan stres pada sendi tersebut. Keadaan ini berupaya untuk mengurangkan rasa nyeri dan sakit pada sendi yang terlibat.

Selain daripada itu fleksibiliti yang memadai juga dapat :

memperbaiki postur. meningkatkan kordinasi otot. mengurangkan rasa nyeri pada otot. mengurangkan risiko sakit pinggang. meningkatkan prestasi dalam sukan. mengurangkan risiko mendapat kecederaan pada sendi. meningkatkan keseronokan dalam melakukan aktiviti fizikal.

Rajah 2.1: Komponen Kecergasan

Berlandaskan Kesihatan

Page 23: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 23

Apa itu fleksibiliti?

Fleksibiliti ialah keupayaan sendi atau sendi-sendi untuk bergerak secara licin dengan rintangan yang minimum. Fleksibiliti dirujuk kepada julat pergerakan pada sesuatu sendi dan adalah berbeza di antara seseorang indvidu dengan individu yang lain. Faktor-faktor yang menyumbang kepada perbezaan ini termasuklah tetapi tidak terhad kepada struktur sendi, ligamen, otot rangka, kulit, kecederaan pada tisu, tisu adiposa, suhu tubuh, umur dan juga gender.

Fleksibiliti pada sendi hendaklah dibina mengikut keperluan julat pergerakan pada sendi yang berkenaan. Bagi

kebanyakan daripada aktiviti rutin harian dan aktiviti kesenggangan, fleksibilti yang lazimnya terdapat pada seseorang individu adalah memadai untuk melakukannya. Walau bagaimanapun bagi sesetengah aktiviti misalnya aktiviti sukan dan permainan, julat pergerakan pada

sendi-sendi tertentu perlu ditingkatkan bagi mencapai prestasi yang optimimum dalam aktiviti tersebut selain daripada mengurangkan risiko mendapat kecederaan pada sendi-sendi yang terlibat. Fleksibiliti pada sesetengah daripada sendi dapat dikekalkan atau ditingkatkan ke tahap yang lebih baik menerusi aktiviti regangan yang merupakan komponen yang penting bagi senaman. Regangan membantu meningkatkan fleksibiliti dengan meningkatkan julat pergerakan pada sendi-sendi tertentu di samping mengurangan risiko untuk mendapat kecederaan pada sendi-sendi tersebut.

Elemen Anatomi Dalam Fleksibiliti

Usaha untuk mengekalkan atau meningkatkan fleksibiliti seharusnya ditunjangi terlebihi dahulu dengan pengetahuan tentang elemen anatomi bagi fleksibiliti agar tidak melampaui batasan keupayaan sendi-sendi yang

terlibat. Ini penting bagi mendapatkan julat pergerakan yang optimum tanpa meningkatkan risiko untuk berlakunya kecederaan pada sendi-sendi tersebut. Elemen anatomi yang dimaksudkan adalah sendi, ligamen, tendon, tisu areolar, otot rangka dan reseptor regangan.

Sendi

Sendi yang banyak digunakan untuk pergerakan anggota tubuh adalah dari jenis sinovial. Sendi ini dilitupi membran sinovial dan rawan artikular yang melindungi sendi dan bertindak sebagai pelapik anti geseran bagi keseluruhan sendi dan permukaan tulang yang membentuk sendi tersebut. Peningkatan keanjalan otot rangka yang melekat pada tulang-tulang yang membentuk sendi akan meningkatkan julat pergerakan sendi tersebut.

Gambarajah 10.1: Fleksibilti penting

bagi pencapaian prestasi optimum

dalam sukan

Rajah 2.2: Aktiviti meregang

otot

Page 24: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 24

Ligamen

Ligament terdiri daripada tisu berserat dan tisu elastik. Kedua-dua tisu ini berbeza dari segi keupayaannya untuk meregang. Tisu berserat (warna putih) terhad keupayaan regangannya tetapi sangat kuat dan sukar untuk koyak. Tisu elastic (warna kuning) boleh diregang dan kembali kepada panjang asalnya. Tendon

Tendon dikategorikan sebagai tisu perantara atau tisu pengubung dan terbina daripada tisu berserat. Secara umumnya tendon berperanan untuk menghubungkan otot rangka pada tulang. Tendon boleh mengalami keradangan dan rupture akibat lewah guna (overuse).

Tisu Areolar

Tisu areolar adalah sejenis tisu perantara atau tisu penghubung. Tisu ini berperanan untuk menyatukan dan melindungi pelbagai tisu yang berbeza. Tisu ini bersifat fleksibel dan mengandungi simpanan air dan garam untuk kegunaan tisu-tisu lain di sekelilingnya.

Femur

Cecair sinovial

Patela

Membran sinovial

Tibia Rawan artikular

Rajah 2.3: Keratan rentas sendi sinovial yang tipikal

Page 25: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 25

Otot Rangka

Tisu otot terdiri daripada sel otot yang mengandungi filament protein yang menguncup dan mengubah panjang serta bentuk sel otot. Otot rangka dilekatkan kepada tulang rangka oleh tendon dan digunakan untuk menggerakkan rangka dalam pergerakan lokomotor dan untuk mengekalkan postur. Otot rangka mempunyai sifat kebolehpanjangan dan keanjalan dan akan terkoyak jika diregangkan melampaui had keanjalannya.

Reseptor Regangan

Reseptor regangan terdiri daripada dua jenis reseptor iaitu gelendung otot (muscle Spindle) dan organ

tendon Golgi (Golgi tendon organ). Gelendung otot terletak di bahagian tengah otot dan berperanan untuk

menghantar maklumat kepada otot untuk menguncup. Organ tendon Golgi pula terletak di hujung serat

otot dan menghantar maklumat kepada otot untuk releks. Penggunaan otot secara kerap dengan

meregangkannya akan mengurangkan refleks yang menghalang fleksibiliti. Regangan otot yang

sukar pada mulanya akan bertambah mudah apabila kerap diregang dan ini dapat

meningkatkan julat pergerakan pada sendi.

Rajah 2.5: Gelendung otot dan Organ Tendon Golgi

Rajah 2.4: Ligamen dan tendon pada sendi lutut

Saraf aferen

Serat otot

Saraf eferen

Gelendung otot

Hujung saraf aferen

Otot Serat saraf neuron aferen

Page 26: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 26

Lengkapkan rajah-rajah di bawah

1.

2. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI FLEKSIBILITI

KESAN FLEKSIBILITI

YANG LEMAH

Page 27: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 27

Penaksiran Tahap Fleksibiliti

Pengukuran fleksibiliti atau julat pergerakan sendi tertentu pada tubuh dapat membantu murid, guru, jurulatih dan juga kakitangan perubatan serta kesihatan untuk mentaksir kelemahan yang mungkin terdapat pada otot tertentu, mengenal pasti kecederaan dan juga ketidakseimbangan pada fizikal tubuh. Maklumat yang diperolehi boleh membantu pihak-pihak yang berkaitan dengan kecergasan, perubatan dan kesihatan untuk melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui perancangan aktiviti kecergasan secara sistematik. Terdapat pelbagai ujian yang boleh dilakukan untuk mentaksir tahap fleksibiliti seseorang. Ujian-ujian ini melibatkan kaedah secara tidak langsung dan tidak langsung. Kaedah ujian secara tidak langsung pada kebiasaannya melibatkan pengukuran linear jarak di antara segmen-segmen tubuh atau daripada suatui objek luaran. Kaedah pengujian secara langsung pula mengukur sesaran angular di antara segmen-segmen tubuh yang bersebelahan atau daripada satu rujukan luaran.

Ujian Fleksibiliti - Kaedah Pengukuran Secara Tidak Langsung

Trunkus dan Bahagian Bawah Badan

Ujian jangkauan melunjur

Ujian jangkauan duduk-V (V-sit reach test)

Ujian fleksibiliti groin (Groin flexibility test)

Ujian fleksibiliti otot betis (Calf muscle flexibility test)

Ujian rotasi trunkus (Trunk rotation test)

Bahagian Atas Badan

Rotasi Bahu

o Ujian fleksi bahu (Shoulder flex test)

o Sirkumduksi bahu (Shoulder circumduction)

o Rotasi bahu: Accuflex III (Shoulder rotation: Accuflex III)

Fleksi Bahu

o Ujian garu belakang (Back scratch test)

o Ujian fleksibiliti bahu (Sholuder flexibility test)

o Regangan bahu (Shoulder stretch)

Page 28: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 28

Ujian Fleksibiliti – Kaedah Pengukuran Secara Langsung

Ujian-ujian menerusi kaedah secara langsung memerlukan penggunaan alat-alat pengukuran yang khusus seperti goniometer dan flexometer. Ujian-ujian berikut adalah untuk mengukur fleksibiliti pada bahagian trunkus dan bahagian bawah badan.

Ujian 90/90 (AKE) otot hamstring (90/90 (AKE) hamstring test)

Angkat Kaki Berkeadaan Lurus (Straight Leg Raise)

Ujian Ubahsuai Thomas (Modified Thomas Test)

Layari laman sesawang yang berkaitan dengan ujian fleksibiliti. Sediakan satu tugasan bertulis

berkaitan prosedur, norma dan gambarajah bagi ujian-ujian flexibilti yang dinyatakan di atas.

Gambarajah 2.1: Goniometer Gambarajah 2.2: Flexometer

Page 29: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 29

Lengkapkan peta minda yang berikut:

Page 30: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 30

Ujian Fleksibiliti Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK)

Pentaksiran tahap fleksibiliti di bawah Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) bagi murid-murid sekolah rendah dan menengah adalah menerusi pengukuran secara tidak langsung dengan menggunakan ujian jangkauan melunjur.

Berikut adalah prosedur dan norma bagi ujian jangkauan melunjur yang mensasarkan murid lelaki dan perempuan dari Tahun 4 hingga Tingkatan lima.

Murid duduk melunjur tanpa kasut. Tumit kaki di letak di belakang penanda 23 sentimeter.

Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian. Rakan memegang lutut.

Tapak tangan kanan ditindih di atas belakang tapak tangan kiri dalam keadaan hujung jari tengah hendaklah sama.

Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita pengukur.

Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat tanpa menyentap.

Murid diberi tiga percubaan berturut-turut. Percubahan terbaik diambil kira sebagai skor. Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir. Tidak perlu merekod dalam titik perpuluhan.

Murid yang membantu memegang lutut pelaku tidak menganggu pelaku.

Sedia

Jangkau

Rehat

Gambarajah 2.3: Ujian Jangkauan Melunjur

Page 31: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 31

Jadual 2.1: Norma ujian jangkauan melunjur bagi murid lelaki

Jadual 2.2: Norma ujian jangkauan melunjur bagi murid perempuan.

Umur (Tahun) Skor

5 4 3 2 1

10 37 ke atas 32 - 36 25 - 31 19 – 24 18 ke bawah

11 38 ke atas 32 - 37 25 -31 17 - 24 16 ke bawah

12 39 ke atas 33 - 38 25 - 32 19 -24 18 ke atas

13 42 ke atas 33 - 41 23 - 32 14 - 22 13 ke bawah

14 44 ke atas 35 - 43 25 - 34 15 - 24 14 ke bawah

15 45 ke atas 36 - 44 25 - 35 19 - 24 18 ke bawah

16 46 ke atas 36 - 45 25 - 35 15 - 24 14 ke bawah

17 47 ke atas 37 - 46 26 - 36 17 - 25 16 ke bawah

Umur (Tahun) Skor

5 4 3 2 1

10 37 ke atas 31 - 36 24 - 30 18 -33 17 ke bawah

11 38 ke atas 32 - 37 24 - 31 17 -23 16 ke bawah

12 39 ke atas 33 - 38 25 - 32 18 - 24 17 ke bawah

13 41 ke atas 34 - 40 26 - 33 19 - 25 18 ke bawah

14 42 ke atas 35 - 41 26 - 34 18 - 25 17 ke bawah

15 43 ke atas 36 - 42 27 - 35 19 - 26 18 ke bawah

16 43 ke atas 34 - 42 24 - 33 16 - 23 15 ke bawah

17 44 ke atas 36 - 43 26 - 35 18 - 27 17 ke bawah

Page 32: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 32

Seorang murid anda tidak mendapat skor yang baik dalam ujian jangkauan melunjur. Pada pendapat anda apakah yang boleh murid tersebut lakukan untuk membolehkan ia mencapai skor yang lebih baik dalam ujian yang sama di masa hadapan?

Latihan Untuk Meningkatkan Fleksibiliti

Fleksibiliti dapat dapat dikelaklan atau ditingkatkan menerusi latihan regangan. Untuk meregang, otot-otot yang terlibat perlulah berkeadaan warm dan suhu tubuh ditingkatkan. Ini perlu bagi mengelakkan otot daripada mengalami kekoyakan. Untuk mendapatkan regangan yang berkesan, daya yang dikenakan kepada otot yang diregang perlu cukup untuk menimbulkan rasa sedikit tidak selesa pada otot tersebut dan dikekalkan sekurang-kurangnya untuk tempoh sepuluh saat.

Regangan yang terlalu lama atau melebihi julat pergerakan yang lazim bagi sesuatu sendi boleh menyebabkan kecederaan. Pergerakan yang mengejut atau terlalu laju juga akan menyebabkan otot menjadi tegang dan ini juga menyebabkan rasa sakit yang keterlaluan. Sekiranya berlaku kesakitan sebegini, jalan yang terbaik untuk mengurangkan kesakitan tersebut ialah dengan berhenti meregang dan berehat.

Latihan untuk meningkatkan fleksibiliti seperti mana untuk komponen kecergasan yang lain perlulah dilakukan secara ansur maju bersistematik. Ini dikenali sebagai kontinum fleksibiliti dan terbahagi kepada tiga fasa iaitu pembetulan (corrective), aktif dan fungsional (functional).

Fleksibiliti pembetulan bertujuan untuk menambah baik ketidakseimbangan otot dan gerakan sendi yang berubah. Latihan fleksibiliti yang tergolong dalam kategori ini adalah regangan statik dan pelepasan miofasia kendiri (self-myofascial release - SMFR). Ansur maju yang berikutnya adalah flesibiliti aktif yang bertujuan untuk menambah baik kebolehpanjangan tisu lembut dan meningkatkan keberkesanan neuro-otot. Ansur maju yang terakhir bagi latihan fleksibiliti adalah

Gambarajah 2.4: Aktiviti meregangkan otot sebelum bersenam

Meregang sebelum bersenam

dapat meningkatkan julat

pergerakan sendi dan

peredaran darah ke otot

Page 33: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 33

fleksibiliti fungsional. Fleksibiliti fungsional merupakan integrasi kebolehpanjangan tisu lembut pada pelbagai satah dengan kawalan neuro-otot yang optimum di sepanjang julat pergerakan. Untuk pelepasan miofasia kendiri, teknik penggolekan busa (foam rolling) boleh dilakukan untuk menguraikan lekatan (adhesions) dan untuk memanjangkan otot. Ini kemudiannya diikuti dengan regangan statik dan dinamik. Bagi regangan statik, otot diregang secara pasif sehingga timbul rasa tidak selesa pada otot tersebut. Regangan ini dikekalkan untuk tempoh masa antara 10 hingga 60 saat.

Gambarajah 2.6: Regangan statik otot hamstring.

Regangan dinamik merangkumi pergerakan yang mengajuk pergerakan yang sebenar bagi

sesuatu acara sukan. Pergerakan yang diajuk ini bagaimanapun bersifat berlebih-lebihan tetapi

dilakukan secara terkawal. Regangan dinamik biasanya dilakukan dalam sesi memanaskan

badan sebelum melibatkan diri dalam acara sukan yang sebenarnya. (Contoh regangan

dinamik http://www.youtube.com/watch?v=v1q4l1bkKY4)

Satu lagi jenis regangan yang popular di kalangan atlet adalah proprioceptive neuromuscular facilitation (PNF). Teknik regangan ini melibatkan dua orang di mana pasangan yang tidak melakukan regangan akan meregang dan kemudiannya merelekskan otot rakannya. Teknik ini melibatkan regangan otot agonis dan antagonis. Regangan PNF pada kebiasaannya melibatkan fasa menolak selama 10 saat dan diikuti dengan fasa releks selama 10 saat juga dan diulang beberapa kali. Peningkatan tahap fleksibilti menerusiteknik PNF adalah lebih baik berbanding dengan teknik regangan yang lain. Bagaimanapun

Gambarajah 2.5: Senaman penggolekan busa

Gambarajah 2.7: Regangan PNF

Page 34: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 34

kelemahan bagi teknik ini adalah dari segi memerlukan pasangan untuk meregangkan otot pelaku. Terdapat pelbagai aktviti regangan jenis PNF ini dan berikut disenaraikan beberapa aktiviti yang popular.

Lying Glute

Seated Glute

Lying Piriformis

Seated Piriformis

Lying Crossover

Lying Hamstring

Lying Inner Thigh

Seated Hamstring

Lying (Prone) Quadriceps

Lying Bent Leg Groin

Lying Straight Leg Groin

Behind Head Chest

Overhead Lat

Overhead Triceps

Seated Biceps

Seated Front Deltoid

Cari maklumat melalui buku-buku rujukan, artikel jurnal dan laman sesawang bagi mendapatkan maklumat tentang prosedur melakukan regangan di atas. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Sediakan satu rakaman video untuk menunjukkan prosedur regangan PNF bagi tiga otot yang berbeza. Muat-naikkan tugasan ini ke tapak yang disediakan bagi kursus ini dalam MyGuru.

Gambarajah 2.8: Lying Hamstring.

Gambarajah 2.9: Lying Inner Thigh.

Page 35: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 35

Teknik regangan manakah yang terbaik?

Regangan statik paling kurang menyebabkan nyeri otot, kecederaan dan kerosakan kepada tisu perantara atau tisu penghubung berbanding dengan regangan dinamik. Regangan statik lebih sesuai dilaksanakan untuk menyejukan badan selepas bersenam atau bersukan untuk membantu mengurangkan kelesuan otot dan nyeri otot. Teknik PNF paling sesuai untuk meningkatkan fleksibiliti dalam masa yang singkat. Regangan dinamik pula berupaya untuk mengurangkan rasa tegang pada otot dan sesuai digunakan semasa memanaskan badan sebelum melibatkan diri dalam acara sukan yang melibatkan pergerakan.

RINGKASAN

1. Fleksibiliti ialah keupayaan sendi atau sendi-sendi untuk bergerak secara licin dengan rintangan yang minimum

2. Fleksibiliti yang lemah boleh menjejaskan kesihatan dan prestasi dalam sukan. 3. Faktor-faktor yang menyumbang kepada perbezaan feksibilti yang berbeza antara individu

termasuklah tetapi tidak terhad kepada struktur sendi, ligamen, otot rangka, kulit, kecederaan pada tisu, tisu adiposa, suhu tubuh, umur dan juga gender.

4. Elemen anatomi yang terlibat dalam fleksibiliti adalah sendi, ligamen, tendon, tisu areolar, otot rangka dan reseptor regangan.

5. Tahap fleksibilti seseorang individu boleh ditaksir menerusi ujian secara tidak langsung dan tidak langsung

6. Fleksibiliti dapat dapat dikelaklan atau ditingkatkan menerusi regangan. 7. Latihan fleksibiliti perlulah dilakukan secara ansur maju bersistematik dan terdiri daripada

tiga fasa iaitu pembetulan (corrective), aktif dan fungsional (functional). 8. Aktiviti regangan boleh dilakukan secara statik, dinamik dan juga secara proprioceptive

neuromuscular facilitation. 9. Regangan statik lebih sesuai dilaksanakan untuk menyejukan badan selepas bersenam

atau bersukan sementara regangan dinamik pula sesuai dilakukan semasa memanaskan badan.

10. Teknik PNF paling sesuai untuk meningkatkan fleksibiliti dalam masa yang singkat.

KATA KUNCI

1. Fleksibiliti 2. Sendi 3. Ligamen 4. Tendon 5. Tisu areolar 6. Otot rangka 7. Reseptor regangan 8. Ujian fleksibiliti

9. Ansur maju bersistematik 10. Regangan statik 11. Julat pergerakan 12. Regangan dinamik 13. Regangan Proprioceptive Neuromuscular

Facilitation 14. Memanaskan badan 15. Menyejukan badan

Page 36: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n k e c e r g a s a n | 36

PENILAIAN KENDIRI.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan fleksibiliti? 2. Apakah kesan fleksibiliti yang lemah terhadap kesihatan dan prestasi sukan seseorang

individu? 3. Jelaskan faedah yang diperolehi hasil daripada pengekalan dan peningkatan tahap

fleksibilti. 4. Nyatakan kesan peningkatan keanjalan otot rangka yang melekat pada tulang-tulang yang

membentuk sendi terhadap fleksibiliti. 5. Bezakan fungsi gelendung otot dan organ tendon Golgi. 6. Bandingkan di antara ujian secara tidak langsung dan secara langsung dalam mentaksir

fleksibiliti. 7. Apakah tujuan regangan pembetulan? 8. Apakah yang dimaksudkan dengan proprioceptive neuromuscular facilitation? 9. Berikan satu contoh aktiviti bagi regangan statik, regangan dinamik dan regangan

proprioceptive neuromuscular facilitation 10. Bilakah masa yang sesuai untuk melakukan regangan statik dan dinamik?

RUJUKAN

American College of Sports Medicine, (2000) ACSM's Guidelines for Exercise Testing and

Prescription, 6;158. Alter, M. (2004). Science of flexibility (3rd ed). Champaign: Human Kinetics Baechle, T. R. & Earle, R. W. (2008). Essentials of strength training and conditioning (3rd ed).

Champaign: Human Kinetics Hedrick, A. (2000). Dynamic flexibility training. Strength and Conditioning Journal 22, 33-38. MacKenzie, B. (1997). Flexibility – Mobility. http://www.brianmac.co.uk/mobility.htm. (Diakses

pada 25/5/2012) Ninos, J. (2001). PNF-Self Stretching Techniques. Strength and Conditioning Journal 23(4); 28-

29. Pusat Perkembangan Kurikulum (2006). Buku Panduan Standard Kecergasan Fizikal

Kebangsaan (SEGAK) Sekolah Rendah dan Menengah. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 37: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n k e c e r g a s a n | 37

JAWAPAN KEPADA LATIHAN

1.

2. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI FLEKSIBILITI

KESAN FLEKSIBILITI

YANG LEMAH

Page 38: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n k e c e r g a s a n | 38

3.

Page 39: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n k e c e r g a s a n | 39

LAMPIRAN 1

REGANGAN STATIK

Regangan Dada

Berdiri tegak dengan kaki seluas bahu dan lutut sedikit membengkok.

Depa tangan selari dengan lantai dan tapak tangan menghala ke hadapan.

Bawa kedua belah tangan yang kekal diluruskan sejauh yang mungkin ke belakang.

Anda sepatutnya dapat merasakan regangan pada bahagian dada.

Regangan Bisep

Berdiri tegak dengan kaki seluas bahu dan lutut sedikit membengkok.

Depa tangan selari dengan lantai dan tapak tangan menghala ke belakang.

Bawa kedua belah tangan yang kekal diluruskan sejauh yang mungkin ke belakang.

Anda akan merasakan regangan pada bahagian dada dan bisep.

Regangan Bahagian Atas Belakang Badan

Berdiri tegak dengan kaki seluas bahu dan lutut sedikit membengkok

Dengan jari-jari berkeadaan saling mengunci, luruskan kedua belah tangan ke hadapan dan benarkan bahagian atas belakang badan untuk releks

Anda akan merasakan regangan pada bahagian badan di antara kedua scapula anda.

Regangan Bahu

Berdiri tegak dengan kaki seluas bahu dan lutut sedikit membengkok.

Luruskan tangan kanan merentangi dada. Gunakan lengan bawah tangan kiri untuk membawa tangan

kanan lebih rapat ke dada. Anda akan merasakan regangan pada bahu. Ulang dengan tangan yang sebelah lagi.

Page 40: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n k e c e r g a s a n | 40

Regangan Bahu dan Trisep

Berdiri tegak dengan kaki seluas bahu dan lutut sedikit membengkok.

Bawa kedua belah tangan ke belakang badan dan sentuh bahagian tengah belakang badan.

Anda akan merasakan regangan pada bahu dan trisep.

Bengkuk Sisi

Berdiri tegak dengan kaki seluas bahu dan lutut sedikit membengkok. Kedua belah tangan di sisi tubuh Bengkokkan badan secara perlahan-lahan ke sisi kanan dan selepas itu kembali ke

posisi asal. Ulang pada sisi yang bertentangan. Jangan membengkokkan badan ke hadapan atau ke belakang.

Regangan otot abdomen dan bahagian pinggang

Meniarap di atas lantai. Naikkan keseluruhan badan daripada lantai dan

sokong berat badan dengan bahagian lengan bawah dan hujung kaki.

Kedua belah siku di atas lantai dan di bawah bahu. Kaki dibuka seluas bahu dan berkeadaan lurus. Kepala hendaklah berkedudukan segaris dengan

tulang belakang Kuncupkan otot-otot punggung dan kekalkan selama

10 saat.

Angkat tangan kanan dan luruskan ke hadapan. Kekalkan kedudukan tangan ini selama 10 saat.

Kembali ke kedudukan asal.

Page 41: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n k e c e r g a s a n | 41

Ulang dengan tangan kiri. Kembali ke kedudukan asal.

Angkat kaki kanan dan kekalkan kedudukan ini selama 10 saat. (Badan hendaklah kekal lurus)

Kembali ke kedudukan asal.

Ulang dengan kaki kiri. Kembali ke kedudukan asal.

Angkat dan luruskan tangan kanan ke hadapan. Serentak dengan lakuan ini angkat kaki kiri. Kekalkan kedudukan ini selama 10 saat. Kembali ke kedudukan asal.

Angkat dan luruskan tangan kiri ke hadapan. Serentak dengan lakuan ini angkat kaki kanan. Kekalkan kedudukan ini selama 10 saat. Kembali ke kedudukan asal.

Regangan Hamstring

Duduk berlunjur. Bengkokkan kaki kiri dan letak tapak kaki ini di sebelah

lutut kaki kanan. Bongkokkan badan ke hadapan. Anda akan merasa regangan pada hamstring kanan

kanan. Ulang lakuan pada kaki kiri.

Page 42: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n k e c e r g a s a n | 42

Regangan Betis

Berdiri tegak menghadap dinding. Kaki kanani melangkah ke hadapan. Luruskan kedua belah tangan dan letak tapak tangan

di dinding pada aras bahu. Bengkokkan lutut kanan dengan kaki dan belakang

badan berkedudukan segaris. Anda akan merasa regangan pada betis kaki belakang. Ulang dengan kaki kiri.

Regangan Pinggul dan Peha

Berdiri tegak, kedua belah tangan di sisi badan Kaki kanan melangkah sejauh yang mungkin ke

hadapan. Bengkokkan lutut kanan sehingga peha kanan selari

dengan lantai. Kaki belakang kekal lurus dan badan berkeadaan tegak. Anda akan merasa regangan pada bahagian atas peha

kiri dan pada sepanjang hamsting kaki kanan. Ulang dengan kaki kiri.

Regangan adduktor

Berdiri tegak dengan kaki di kangkang melebihi bahu. Bengkokkan lutut kanan untuk merendahkan badan. Pastikan belakang badan lurus. Anda akan merasa regangan pada otot adduktor kaki

kiri. Ulang dengan kaki kiri.

Page 43: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n k e c e r g a s a n | 43

Regangan Groin

Duduk berlunjur dengan badan berkeadaan tegak. Bawa kedua belah kaki ke arah badan dan rapatkan

kedua belah tapak kaki. Biarkan kedua lutut menghala ke luar. Kedua belah tangan rehat pada pergelangan kaki dan

siku di tas peha. Bawa kedua belah peha ke lantai secara perlahan-lahan. Anda akan merasa regangan pada sepanjang bahagian

dalam peha dan groin.

Regangan Bahagian Hadapan Trunkus

Meniarap di lantai dengan kedua belah tangan di luruskan ke hadapan.

Bawa kedua belah lengan bawah ke sisi bahu dan angkat dada daripada lantai, pinggul rapat di lantai dan hujung kedua belah kaki menyentuh lantai.

Anda akan merasa regangan pada bahagian hadapan trunkus.

Regangan Jalur Iliotibia

Duduk tegak dengan kaki melunjur ke jadapan. Bengkokkan lutut kanan dan letak tapak kaki kanan di

lantai di sebelah luar lutut kiri.

Pusingkan bahu supaya anda menghadap ke kanan. Tangan kiri menolak lutut kanan dan tangan kanan

menyokong badan. Anda akan merasa regangan pada tulang belakang

dan otot-otot di bahagian pinggul. Ulang dengan kaki kiri.

Page 44: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n k e c e r g a s a n | 44

Regangan Kuadrisep

Meniarap di lantai dengan dahi direhatkan di atas tangan kanan.

Rapatkan pinggul ke lantai dan bawa bahagian bawah kaki kiri ke arah punggung.

Pegang pergelangan kaki ini dengan tangan kiri dan tarik rapat ke punggung.

Ulang dengan kaki kanan. Anda akan merasa regangan pada sepanjang bahagian

hadapan peha.

Rujukan bagi halaman ini ialah:

Mackenzie, B. (1998) Static Stretching Exercises. http://www.brianmac.co.uk/stretch.htm (Diakses pada 25/5/2012).

Page 45: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n k e c e r g a s a n | 45

UNIT 3

PRINSIP LATIHAN KECERGASAN FIZIKAL

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, diharap anda dapat:

1. Menjelaskan tujuan prinsip latihan. 2. Menyenaraikan prinsip-prinsip latihan. 3. Membincangkan implikasi prinsip latihan untuk peningkatan prestasi sukan. 4. Menjelaskan pemboleh ubah latihan. 5. Mengaitkan aplikasi prinsip latihan dalam proses latihan fizikal. 6. Menghuraikan proses adaptasi ‘super compensation’ dalam latihan.

PENGENALAN

eberkesanan sesuatu latihan adalah bergantung kepada pematuhan dan aplikasi prinsip latihan yang mendasari setiap latihan itu (Stone et al, 2007). Prinsip-prinsip latihan fizikal merupakan garis panduan yang diperlukan oleh atlet atau individu untuk menjalani sesi latihan dengan lebih berkesan untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Proses latihan

adalah kompleks yang memerlukan perhatian dan pematuhan terhadap prinsip latihan bagi memudahkan jurulatih atau atlet memahami struktur latihan dengan baik. Bagi golongan atlet sukan ataupun bukan atlet akan mendapat faedah daripada aktiviti dan program latihan mereka dengan mematuhi dan mengikuti prinsip latihan seperti meningkatkan kecergasan dan kesihatan, kualiti pergerakan serta prestasi sukan (Dick, 2002). Prinsip latihan fizikal mengandungi langkah-langkah khusus dan peraturan yang harus diikuti secara terancang dalam suatu sesi latihan, kitaran mikro dan kitaran makro latihan.

Namun begitu, jika jurulatih atau atlet tidak mengikuti atau mematuhi prinsip latihan dengan betul, kemungkinan kesan seperti mengalami kecederaan dan overtraining (lebihan latihan) semasa latihan boleh berlaku. Perancangan program latihan yang baik dapat membantu jurulatih merancang program latihan bagi atletnya secara sistematik mengikut prinsip latihan berdasarkan objektif, keperluan dan tuntutan sukan secara khusus. Intensiti, isipadu (volume), rehat merupakan pembolehubah latihan yang memberikan respon terhadap fisiologi kerja atlet dan ia perlu mengikut prinsip latihan yang betul supaya ia tidak memberikan tindakbalas negatif terhadap fisiologi kerja atlet.

K

Page 46: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n k e c e r g a s a n | 46

Tujuan prinsip latihan. atihan adalah bertujuan untuk meningkatkan potensi kerja atlet (fizikal) untuk memenuhi tuntutan sukan secara khusus bagi mencapi prestasi secara optimal. Prestasi optimal dapat dicapai melalui proses latihan yang sistematik dengan menekankan perkembangan fizikal, teknikal, taktik dan psikologikal secara seimbang dan berkesan

berdasarkan objektif yang ditetapkan. Dalam latihan sukan, prinsip latihan merupakan asas kepada teori dan metodologi yang membentuk konsep, struktur dan pelaksanaan ilmu dalam latihan sukan. Perancangan sesuatu program latihan hasil daripada gabungan dan analisis prinsip latihan dapat memberikan peningkatan yang signifikan terhadap komponen kecergasan dalam sukan spesifik. Gabungan beberapa disiplin ilmu seperti fisiologikal, biologikal, pedagogikal dan psikologikal memberikan impak secara positif terhadap pelaksanaan proses latihan. Konsep prinsip latihan membolehkan jurulatih membezakan pelaksanaan antara strukur latihan aerobik dan anaerobik yang meliputi intensiti, isipadu (volume), kekerapan latihan dan masa rehat. Bagi pelaksanaan prinsip ini, jurulatih mestilah jelas tentang kaedah latihan yang digunakan semasa latihan berdasarkan struktur dan preskripsi latihan supaya latihan yang diberikan tepat dan atlet mendapat kesan maksimum. Peningkatan kemampuan fizikal amat bergantung kepada:

Jumlah kerja yang dilakukan. Kualiti beban kerja yang tercapai semasa atlet melakukan latihan.

Prinsip latihan perlu dipatuhi bagi mengelakkan atlet daripada mengalami overtraining (lebihan latihan) yang menyebabkan persembahan prestasi menurun. Preskripsi latihan, jenis dan pemilihan latihan yang tidak sesuai memberikan kesan negatif terhadap penyesuaian badan (adaptasi) dalam latihan. Ini mungkin disebabkan oleh stimulus latihan (intensiti dan volume) yang terlalu besar atau kecil yang mengakibatkan tidak berlaku perubahan secara positif terhadap prestasi kerja atlet. Apabila mematuhi penambahan beban latihan mengikut kadar dan kemampuan atlet, kesan positif dapat dicapai iaitu atlet akan lebih berkebolehan untuk:

Melakukan kerja lebih kekal lama.

Beradaptasi dengan beban latihan dengan baik.

Menghadapi stres dengan baik.

Boleh menghadapi latihan yang berintensiti tinggi.

Menghadapi pertandingan dengan lebih kerap.

Prinsip latihan melibatkan gabungan beberapa prinsip asas latihan sukan iaitu :

1. Prinsip lebihan bebanan (Overload). 2. Prinsip ansur maju (Progression). 3. Prinsip perbezaan individu (different individual). 4. Prinsip kekhususan (Specificity). 5. Prinsip kebolehbalikan (Reversibility).

__________________________________________________________________

Cuba anda senaraikan dan bincang tentang tujuan prinsip latihan bersama rakan anda dan implikasi terhadap prestasi?

L

Page 47: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n k e c e r g a s a n | 47

1. Prinsip lebihan bebanan (Overload). Prinsip lebihan bebanan adalah menekankan kepada bebanan kerja yang dilaksanakan semasa latihan. Beban sesuatu kerja yang dilakukan hendaklah ditambah dengan beban baru melebihi kadar beban biasa mengikut kemampuan dan kebolehan seseorang atlet bagi mengadaptasikan dirinya dengan pernambahan beban. Prestasi fizikal meningkat apabila berlaku penambahan dalam beban kerja. Jika beban itu sama atau lebih ringan daripada sebelumnya, maka latihan tidak akan membawa kesan peningkatan. Sebagai contoh, Alina menjalani latihan kekuatan dengan berlatih menggunakan beban sebanyak 2 kg (kilogram) untuk kekuatan otot bisep dan dalam suatu tempoh tertentu, dia merasakan 2 kg itu telah mampu diangkat dengan mudah berbanding dengan sebelumnya maka secara fisiologinya otot bisep telah beradaptasi dengan beban 2 kg itu. Oleh yang demikian, penambahan beban baru diperlukan untuk mendapatkan adaptasi baru untuk otot bisep tersebut. Kadar penambahan beban baru yang disarankan adalah sebanyak 10% - 20% untuk setiap penambahan dan bergantung kepada kemampuan atlet tersebut (Bompa dan Haff, 2009). Faktor beban ini juga sering disebut sebagai intensiti latihan yang akan menentukan peningkatan prestasi atlet. Konsep prinsip lebihan bebanan ini dapat memastikan atlet dapat beradaptasi dengan stimulus kerja baru, manakala beban kerja yang melampau dalam jangka masa panjang pula akan menyebabkan kelesuan dan kecederaan. Peningkatan terhadap kualiti kerja adalah bergantung kepada beberapa pembolehubah berikut:

Frekuensi latihan – Frequency. Intensiti – Intensity. Masa – Time. Jenis – Type.

Proses prinsip lebihan bebanan

Stimulus

(Beban latihan)

Stress pada

Sistem Fisiologi

badan

Adaptasi berlaku

Peningkatan

(Beban latihan baru)

Rajah 3.1: Proses prinsip lebihan bebanan dalam latihan fizikal.

Page 48: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n k e c e r g a s a n | 48

Bagi mencapai tahap prestasi yang optimal, aplikasi prinsip lebihan bebanan ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara terutamanya pada beban latihan (intensiti dan isipadu latihan). Berikut adalah merupakan beberapa kaedah aplikasi intensiti dan isipadu melalui prinsip ini:

Meningkatkan intensiti dan menurunkan isipadu (volume) latihan. Meningkatkan isipadu (volume) latihan dan menurunkan intensiti latihan. Mengurangkan masa rehat antara latihan.

____________________________________________________________________________

Berdasarkan satu contoh sesi latihan, bincangkan bagaimana aplikasi prinsip ini dalam sesi latihan anda?

2. Prinsip Ansur Maju.

Kualiti dan jumlah kerja yang dicapai semasa latihan merupakan hasil secara langsung kepada peningkatan prestasi dalam sukan. Latihan yang berterusan memberikan impak kepada penambahan kerja secara ansur maju iaitu penambahan kerja sedikit demi sedikit sehingga ke tahap maksimum (Bompa, 1999). Prinsip ini menyatakan bahawa beban kerja dan kemahiran mesti dilakukan secara beransur-ansur. Penambahan beban kerja perlu dilakukan secara progresif setelah fisiologi badan dapat beradaptasi dengan beban kerja yang diberikan. Organisma badan akan bertindak balas secara morpologikal, fisiologikal dan psikologikal terhadap tuntutan peningkatan beban latihan. Adaptasi yang berlaku memerlukan perancangan jangka masa panjang untuk mencapai tahap fungsi organisma badan yang efisien. Tahap kesempurnaan fungsi sistem saraf dan reaksi koordinasi neuromuskular dan kapasiti psikologikal bagi mengatasi stres kerja daripada beban latihan yang berat memerlukan pertimbangan prinsip ansur maju ini supaya tahap kematangan dapat dicapai. Jika atlet dapat beradaptasi dengan beban latihan, maka ia harus diteruskan sehingga adapatasi fisiologi berlaku (Bompa dan Haff, 2009). Menurut Bompa dan Haff (2009), fasa ansur maju beban latihan semasa latihan secara umunya boleh diklasifikasikan kepada 3 peringkat iaitu:

Merangsang. Pengekalan. Pengurangan.

Di dalam proses latihan, beban latihan semasa fasa merangsang adalah lebih besar daripada tipikal (biasa) beban latihan atlet. Sementara itu, beban latihan pada fasa pengekalan adalah kecil daripada fasa merangsang. Fasa ini bertujuan memberikan masa pemulihan yang cukup sementara itu atlet dapat mengekalkan tahap kecergasan. Sebaliknya, berbeza semasa fasa pengurangan iaitu beban latihan adalah kurang ataupun lebih kecil daripada 2 fasa yang terdahulu. Kebiasaanya, pada fasa ini atlet akan mengalami kemerosotan atau kehilangan kecergasan dan prestasi jika beban latihan tidak dapat merangsang sistem fisiologi atlet. Sistematik fasa ansur maju beban latihan adalah atlet dapat beradaptasi dengan beban latihan semasa fasa merangsang kemudian adaptasi dikekalkan semasa fasa pengekalan dan kemudian perlu mengelakkan daripada fasa pengurangan. Sebaiknya, beban latihan ditambah secara ansur maju untuk kembali ke fasa merangsang semula.

Page 49: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n k e c e r g a s a n | 49

Fasa

Rajah 3.2 : Fasa ansur maju beban latihan.

Kaedah penambahan beban secara ansur maju yang sering diaplikasikan dalam proses program latihan adalah:

1. Penambahan beban bertingkat. 2. Penambahan beban secara linear.

Rajah 3.3: Penambahan beban bertingkat (3:1) – kitaran mikro.

Berdasarkan rajah 3, ialah penambahan beban bertingkat kitaran mikro adalah selama 3 minggu. Pada sesi latihan 3 minggu pertama, beban latihan ditambah secara beransur-ansur dari minggu pertama hingga ketiga, supaya atlet dapat beradaptasi dengan beban latihan yang lebih tinggi. Pada minggu yang ketiga, atlet akan merasa lesu dan pada minggu keempat beban latihan perlu dikurangkan untuk atlet recovery (pemulihan). Atlet akan mendapat rehat yang cukup dan tidak berasa sangat lesu. Objektifnya adalah dapat membantu atlet tersebut memulakan latihan yang lebih berkualiti tanpa bosan untuk minggu seterusnya. Aplikasi sistem ini sesuai pada setiap kitaran mikro bagi kitaran jangka masa pendek dan panjang (Dick, 2002).

Fasa Merangsang

Fasa Pengekalan

Fasa

Pengurangan

ananan

Page 50: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n k e c e r g a s a n | 50

Rajah 3.4: Penambahan beban secara linear – kitaran mikro.

Berdasarkan rajah 4 ini, penambahan beban latihan adalah berkadar terus pada setiap minggu. Objektif kaedah penambahan beban secara linear adalah supaya sistem fisiologi dapat beradaptasi dengan beban baru pada setiap minggu (Bompa, 1999). Konseptualnya, sistem ini memberikan impak terhadap peningkatan prestasi secara signifikan di mana fisiologi badan atlet berada pada tahap ambang (threshold). Sementara itu, faktor pemulihan (recovery) juga harus diberi perhatian dalam kaedah penambahan ini supaya berlaku keseimbangan antara tahap kerja dan rehat dan mengelakkan daripada berlakunya lebihan latihan (overtraining). Aplikasi sistem ini adalah ideal untuk peningkatan beban dalam jangka masa pendek (2 – 4 minggu kitaran mikro).

____________________________________________________________________________

Bincangkan implikasi prinsip latihan ini terhadap prestasi sukan anda?

3. Prinsip Perbezaan Individu

Dalam sukan kontemporari masa kini, individulisasi adalah sangat penting untuk diberi perhatian dan pertimbangan oleh jurulatih bagi mengembangkan potensi atlet, bakat dan prestasi dalam sukan. Karakteristik penguasaan dan mempelajari kemahiran serta tahap kemampuan fisiologi dan psikologi atlet juga harus dipertimbangkan semasa membuat perancangan program latihan (Bompa dan Haff, 2009). Tidak semua individu mengalami kadar peningkatan prestasi yang sama dalam suatu latihan fizikal yang diberikan. Program latihan seharusnya dirancang khusus untuk individu kerana terdapat perbezaan di antara individu seperti dari segi matlamat, keupayaan fizikal dan tahap kecergasan fizikal. Model latihan seharusnya dibentuk mengikut ciri-ciri fisiologi dan psikologi atlet supaya objektif latihan dapat dicapai secara maksimum. Analisis komprehensif terhadap kapasiti kerja dan perkembangan peribadi atlet adalah perlu untuk menentukan tahap kemampuannya. Setiap kemampuan atau kapasiti individu bergantung kepada beberapa faktor iaitu:

Page 51: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n k e c e r g a s a n | 51

Biologi dan kronologi umur. Pengalaman latihan. Status kesihatan. Beban latihan dan kadar pemulihan. Kapasiti fisiologi.

Biologi dan kronologi umur.

Umur biologi adalah merujuk kepada tahap kematangan individu manakala kronologi umur adalah berpandukan kepada umur semasa individu tersebut. Menurut Drabik (1995) dan Mero et al. (1990) umur biologi adalah merupakan indikator paling baik bagi potensi individu dalam latihan fizikal berbanding kronologi umur. Sebagai contoh kematangan jantina adalah dirujuk sebagai salah satu daripada biologi umur. Peningkatan tahap hormon testosterone dan androgen pada kedua jantina ini menunjukkan kematangan fizikal yang mempamerkan ketangkasan, kekuatan dalam latihan fizikal. Atlet juga dapat menunjukkan toleransi yang baik terhadap isipadu (volume) tinggi dengan beban sederhana pada peringkat persediaan umum latihan. Latihan dengan intensiti tinggi pada peringkat ini harus dielakkan kerana meningkatkan risiko kecederaan skeletal muscular dan burn out.

Pengalaman latihan.

Pengalaman menjalani latihan memberikan impak yang sangat penting terhadap fungsi fisiologi dan peningkatan kapasiti kerja atlet. Pengalaman ini memberikan kematangan terhadap fungsi badan untuk berkerja dengan lebih efektif dan bertoleransi dengan beban latihan. Kemampuan mempelajari dan menguasai kemahiran tinggi dapat dibentuk melalui pengalaman latihan. Ini berbeza dengan individu yang kurang menjalani latihan yang mana pengembangan kapasiti kerja adalah lambat dan tidak dapat bertoleransi dengan beban latihan tinggi. Tahap kecergasan juga berbeza jika pengalaman latihan ini kurang diberi perhatian.

Status kesihatan.

Tahap kesihatan atlet merupakan faktor yang memainkan peranan penting dalam prinsip ini, dimana individu yang mengalami kecederaan atau sakit akan mempengaruhi tahap kapasiti kerja dan tidak dapat bertoleransi dengan beban kerja dalam program latihan. Jurulatih harus sentiasa memantau tahap kesihatan atlet supaya tahap kecergasan dan keberkesanan program latihan dapat dilaksanakan dengan beban kerja yang sesuai.

Beban latihan dan kadar pemulihan.

Kualiti latihan adalah bergantung kepada beban latihan dan kadar pemulihan (Bompa dan Haff, 2009). Keupayaan individu menerima rangsangan beban kerja adalah berbeza mengikut tahap kecergasan dan pengalaman latihan. Perubahan fungsi fisiologi akan lebih signifikan apabila tubuh badan dapat mengatasi beban kerja yang diberikan serta dapat bertoleransi dengan tuntutan beban latihan. Sementara itu kadar pemulihan adalah merujuk kepada keupayaan tubuh badan kembali ke tahap asal selepas menerima beban latihan. Kadar pemulihan individu adalah berbeza mengikut tahap kecergasan.

Page 52: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n k e c e r g a s a n | 52

Kapasiti fisiologi.

Tidak semua individu memiliki tahap kecergasan yang sama bagi setiap komponen kecergasan. Prinsip ini jelas menunjukkan bahawa kapasiti fisiologi individu adalah berbeza mengikut tuntutan sukan, potensi diri dan tahap kematangan. Sebagai contoh, atlet A, B dan C dalam satu pasukan yang sama. Kemungkinan A memiliki tahap kecergasan kardiovaskular yang tinggi tetapi atlet B mungkin memiliki tahap kardiovaskular sederhana dan atlet C mungkin rendah. Sementara itu, tahap kekuatan otot atlet C mungkin lebih baik daripada atlet A dan B. Ujian dan analisis yang komprehensif diperlukan oleh jurulatih untuk mengenal pasti tahap kecergasan atlet mereka. Perancangan yang khusus mengikut keupayaan individu dapat memberikan kesan peningkatan positif pada tahap kecergasan atlet berbanding dengan kaedah generalisasi.

Model latihan yang merujuk kepada kemampuan individu dan pengembangan individu adalah landasan terbaik bagi sukan perseorangan dan pasukan. Kebiasaan yang berlaku, terdapat kes-kes dimana jurulatih tidak merujuk tahap kemampuan atlet iaitu:

Pengalaman latihan. Tahap fisiologi. Tahap psikologi. Tahap pencapaian pertandingan. Tahap kemahiran. Rekod latihan lampau.

______________________________________________________________________________

Bincangkan kepentingkan prinsip ini dalam program latihan sukan anda?

4. Prinsip Kekhususan

Prinsip ini menjelaskan bahawa latihan fizikal perlu dilakukan secara khusus mengikut tuntutan sukan kerana latihan akan menghasilkan kesan adapatasi positif atau negatif pada komponen kecergasan berdasarkan latihan yang dilaksanakan. Ini adalah disebabkan setiap sukan mempunyai karakteristik dan tuntutan yang berbeza dari segi:

Kemampuan fisiologi dan psikologi. Corak pergerakan. Jenis kontraksi otot (Isometrik, konsentrik, esentrik). Jenis otot yang dilatih (sentap cepat, lambat). Sistem tenaga (ATP-pc, Asid laktik, oksidatif). Tahap komponen kecergasan.

Kesan adaptasi positif pada latihan merujuk kepada pemindahan kesan latihan pada prestasi atlet. Manakala kesan adapatasi negatif pula dirujuk sebagai tiada pemindahan kesan latihan pada prestasi. Oleh kerana latihan sukan adalah bersifat kompleks maka jurulatih harus memberi perhatian terhadap prinsip kekhususan supaya prestasi yang optimal dapat dicapai.

Page 53: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n k e c e r g a s a n | 53

S.A.I.D (Specific Adaptation Impose Demand) ditekankan semasa atlet menjalani latihan sukan. Sebagai contoh, sekiranya atlet mempunyai daya tahan kardiovaskular lemah, maka tumpuan latihan hendaklah khusus untuk meningkatkan komponen tersebut. Selain daripada itu, pemilihan latihan mestilah khusus pada otot yang digunakan dan sistem tenaga juga harus cekap dan sesuai dengan corak latihan yang diprogramkan bagi mendapatkan kesan yang maksimum.

5. Prinsip Kebolehbalikan.

Prinsip kebolehbalikan merujuk kepada “kembali kepada keadaan asal”. Kesan atau hasil latihan bukanlah sesuatu yang kekal. Jika seseorang atlet berhenti berlatih atau menurunkan beban latihan ke tahap biasa melebihi tempoh yang diperlukan maka kemerosotan dalam prestasi akan berlaku (Wilmore, Costil dan Kenney, 2008). Sebagai contoh, otot-otot bertambah kuat hasil latihan bebanan akan kembali ke tahap latihan asal sekiranya berehat dari melakukan latihan dalam tempoh yang lama. Ini bermaksud, kebanyakan adaptasi latihan berbalik kepada keadaan asal. Beberapa sebab yang menyumbang kepada kebolehbalikan prestasi fizikal adalah seperti berikut:

Kecederaan yang mengambil masa lama untuk pulih. Berhenti berlatih kerana faktor kesihatan. Hilang motivasi untuk berlatih. Kekangan masa.

Pada umumnya, penurunan dalam daya tahan mengambil masa yang lebih singkat daripada masa yang diambil untuk meningkatkannya. Atlet perlu menjalani latihan dalam 72 jam selepas sesi latihan terakhir untuk mengelakkan kemerosotan prestasi fizikal yang ketara. Oleh itu, atlet tidak seharusnya berehat melebihi tiga hari bagi mengelak kemerosotan prestasi fizikal yang ketara. Justeru itu, frekuansi latihan merupakan pemangkin kepada prinsip ini supaya kecergasan dan tahap prestasi dapat dikekalkan.

______________________________________________________________________

Bincangkan dalam kumpulan implikasi prinsip latihan tambah beban untuk meningkatkan prestasi?

Pembolehubah latihan.

Pembolehubah latihan merupakan asas yang sangat penting dalam proses latihan bagi menghasilkan adaptasi fisiologikal dan psikologikal untuk meningkatkan prestasi. Objektif pembolehubah latihan adalah memberi stimulus kerja kepada fisiologi tubuh badan untuk meningkatkan neuromuskular otot, sistem saraf, tindak balas hormon dan metabolik (Wilmore, Costil dan Kenney, 2008). Program latihan fizikal yang efisen adalah bergantung kepada manipulasi pembolehubah latihan untuk mendapatkan perubahan kesan yang signifikan pada prestasi atlet. Objektif latihan dalam sesi latihan kitaran mikro dan makro adalah berdasarkan tahap keupayaan dan pencapaian atlet. Jurulatih perlu menganalisis tuntutan latihan atau pertandingan supaya dapat menghasilkan keputusan yang signifikan pada peningkatan prestasi atletnya. Pembolehubah latihan adalah seperti berikut:

Page 54: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n k e c e r g a s a n | 54

Intensiti latihan. Isipadu (volume) latihan. Frekuansi (density) latihan. Jangka masa latihan.

1. Intensiti latihan

Intensiti latihan merupakan tahap kesukaran kerja yang dilakukan oleh atlet berdasarkan kemampuanya. Intensiti adalah penting untuk menentukan kualiti kerja dan adaptasi atlet dalam latihan. Kadar intensiti berbeza mengikut tahap kemampuan atlet (fisiologikal dan psikologikal), pengalaman latihan, jenis latihan sukan dan tahap pencapaian atlet. Berikut adalah beberapa contoh indikator intensiti dalam latihan :

Kadar nadi untuk latihan kardiovaskular. Beban rintangan (kilogram) dalam latihan bebanan. Julat pergerakan sendi untuk latihan fleksibiliti. Jarak dan masa untuk latihan kelajuan.

Kadar nadi merupakan indikator bagi latihan kardiovaskular. Formula yang digunakan untuk menentukan kadar nadi latihan adalah dengan menggunakan rumus Karvonen iaitu:

KNL = KNR + % intensiti latihan (KNM – KNR)

Kadar Nadi Latihan (KNL) adalah merupakan kadar nadi yang ambil semasa menjalani latihan

Kadar Nadi Rehat (KNR) adalah kadar nadi yang diambil semasa bangun dari tidur awal pagi

Kadar Nadi Maksimum (KNM) merupakan kadar nadi tertinggi yang berkadar linear dengan umur dengan menggunakan formula = 220 - umur

Contoh pengiraan kadar nadi latihan.

Alina berumur 20 tahun dan kadar nadi rehat adalah 60 b.p.m. Intensiti latihan adalah 70% daripada MHR. Kirakan kadar nadi latihan Alina dalam latihannya.

Langkah 1 – dapatkan kadar nadi rehat (contoh: 60 b.p.m) Langkah 2 – kirakan kadar nadi maksimum (220 – 20 = 200 b.p.m) Langkah 3 – gunakan formula karvonen (KNL = KNR + % intensiti latihan (KNM – KNR)

KNL = 60 + 70% (200 – 60) = 60 + 70% (140) = 60 + 0.7 x 140 = 60 + 98 = 158 b.p.m

Ini bermakna kadar nadi latihan (KNL) Alina dengan intensiti latihan 70% ialah 158 b.p.m.

Page 55: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n k e c e r g a s a n | 55

Jadual 3.1, di bawah adalah intensiti latihan bebanan yang berpandukan kepada matlamat latihan. Pada umumnya, intensiti ini adalah berdasarkan pada satu ulangan maksimum (1 RM) iaitu ujian yang khusus untuk menentukan kekuatan otot seperti ujian bench press untuk kekuatan otot bahagian atas badan dan ujian leg press atau ujian half squat bagi kekuatan otot bahagian bawah badan (Baechle dan Earle, 2008).

Jadual 3.1 : Intensiti latihan bebanan.

MATLAMAT LATIHAN INTENSITI (%1RM)

KEKUATAN ≥ 85

KUASA 75 – 90

HIPERTROPI 67 – 85

DAYATAHAN OTOT ≤ 67

______________________________________________________________________

Dapatkan kadar nadi rehat kemudian kirakan kadar nadi maksimum anda. Dengan menggunakan formula kadar nadi kirakan kadar nadi latihan anda dengan intensiti latihan sebanyak 65%, 75%, 85% dan 90%.

2. Isipadu (volume) latihan.

Isipadu atau volume latihan merupakan pembolehubah yang sangat penting dalam latihan kerana ia merupakan syarat yang diperlukan oleh seseorang atlet dalam penguasaan kemahiran, taktikal dan pencapaian fizikal. Isipadu latihan akan meningkat pada setiap tahun berdasarkan jumlah kerja yang dilakukan untuk meningkatkan kapasiti fizikal. Ia merupakan jumlah kerja yang dilakukan dalam satu sesi latihan. Proses ini melibatkan gabungan himpunan set, ulangan, intensiti, jangka masa dan kekerapan semasa menjalani latihan. Gabungan himpunan ini adalah dikira berdasarkan:

satu sesi latihan. latihan mingguan. latihan dalam sebulan. jumlah yang dikumpul dalam setahun mengikut komponen fizikal (kekuatan, daya tahan,

kuasa).

Page 56: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n k e c e r g a s a n | 56

Jadual 3.2: Contoh pengiraan isipadu latihan bebanan (kg).

Jurulatih mestilah sentiasa merancang dan memantau isipadu latihan supaya program latihan efektif dan prestasi fizikal atlet meningkat. Digunakan sebagai garis panduan untuk membezakan keupayaan dan pencapaian antara atlet baru dan elit. Peningkatan prestasi dicapai melalui isipadu latihan yang tepat, dimana fisiologi badan dapat bertoleransi dengan isipadu tinggi. Pada fasa persediaan umum, isipadu latihan tinggi, bagi melatih daya tahan kardiovaskular, adaptasi anatomi dalam latihan bebanan kemahiran dan fleksibiliti. Pengulangan latihan yang tinggi sangat diperlukan untuk meningkatkan efisiensi neuromuskular, sistem kardiorespiratori, sendi dan ligamen dan sistem saraf (Bompa dan Haff, 2009). Antara berikut adalah kaedah yang boleh diaplikasikan untuk meningkatkan isipadu latihan dalam program latihan:

meningkatkan frekuansi latihan. meningkatkan ispadu di dalam sesi latihan (set dan ulangan). atau kedua-duanya.

3. Jangka masa latihan.

Prinsip ini menyatakan bahawa jumlah masa latihan yang dilperlukan mestilah mencukupi bagi menghasilkan kecergasan yang signifikan. Ini bermaksud, jurulatih perlu mengetahui objektif latihan agar intensiti dan tempoh latihan dapat disesuaikan mengikut objektif latihan.

Jangka masa latihan mempunyai hubungan yang rapat dengan intensiti latihan. Usaha mengekalkan aktiviti berintensiti tinggi hanya boleh bertahan dalam tempoh yang singkat kerana simpanan tenaga terhad. Beban kerja dan intensiti bergantung kepada kemampuan atlet dan objektif latihan. Intensiti dan tempoh kerja menunjukkan kemampuan menjalani latihan. Sebagai contoh, 30 - 40 minit cukup untuk melatih daya tahan kardiovaskular.

4. Frekuansi latihan

Kekerapan rangsangan senaman yang betul mestilah diberikan dalam latihan untuk menghasilkan perubahan yang signifikan. Ini bermaksud, komponen kecergasan fizikal memerlukan kekerapan latihan yang berbeza-beza bagi mengekal dan meningkatkan kecergasan. Kekerapan adalah jumlah sesi latihan dalam seminggu, sebulan atau setahun

Page 57: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n k e c e r g a s a n | 57

supaya mendapat kesan positif. Latihan yang kerap disyorkan untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal. Kekerapan dalam latihan berkait rapat dengan latihan kerana semakin tinggi kekerapan dalam latihan maka semakin singkat masa untuk rehat bagi sesuatu sesi latihan. Jika kekerapan dalam latihan ditingkatkan, maka jurulatih dan atlet perlulah mengimbangi masa kerja dan masa pemulihan (rehat) untuk mengelakkan atlet daripada lebihan bebanan. Sebagai contoh, untuk meningkat dan mengekalkan kecergasan kardiovaskular, senaman berbentuk aerobik hendaklah diamalkan sebanyak tiga atau empat kali seminggu.

_____________________________________________________________________

Buat pemerhatian semasa latihan atlet anda dijalankan. Cuba kirakan jumlah isipadu latihan yang dilakukan oleh atlet anda dalam satu sesi latihan dengan menggunakan contoh pengiraan yang diberikan?

Page 58: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n k e c e r g a s a n | 58

Teori Latihan Supercompensation

Teori latihan: SupercompensationSt

ress

Time

Sesi Latihan Adaptasi

Super CompensationStimulus Latihan

Kelesuan

Pemulihan

Hemeostatis

I II III IV

Rajah 3.5: Teori latihan Supercompensation.

Teori latihan supercompensation dipelopori oleh Hans Selye’ 1956 merupakan asas kepada prinsip lebihan bebanan secara progresif yang menghasilkan proses adaptasi dalam latihan. Hubungan antara kerja dan pemulihan dalam latihan fizikal memberi kesan terhadap perubahan fisiologi. Perubahan fisiologi menyebabkan berlakunya penyesuaian hemeostatis (sel dalam badan) iaitu kesan tindak balas badan dengan stimulus latihan.

Stimulus latihan semasa sesi latihan merujuk kepada intensiti dan isipadu latihan yang menyebabkan berlakunya stres pada tubuh badan. Kadar intensiti dan isipadu yang sesuai sangat penting untuk menghasilkan adaptasi pada metabolik dan neuro psikologikal. Pada umumnya, atlet akan mengalami kelesuan semasa sesi latihan akibat daripada pengulangan kerja yang dilakukan. Kelesuan ini adalah disebabkan oleh kekurangan simpanan glikogen dalam otot yang membekalkan sistem tenaga. Biasanya, ulangan kerja yang terakhir akan menyebabkan kelesuan berlaku. Dalam fasa I, kelesuan akan mengakibatkan kemerosotan prestasi kerja kerana stres dari stimulus kerja. Peningkatan kadar nadi, tekanan darah dan meningkatnya asid laktik merupakan kesan secara langsung dalam fasa ini.

Rehat yang cukup dapat menghilangkan tahap kelesuan yang berlaku. Rehat antara ulangan selama 30 saat dapat menggantikan semula glikogen dalam otot sebanyak 70%, sementara rehat antara set iaitu 2 – 5 minit, glikogen dalam otot akan diganti semula sebanyak 100%. Pada sesi latihan seterusnya, atlet mempunyai tenaga untuk melakukan kerja secara maksimum. Kadar rehat dan kerja yang seimbang dapat memberikan adaptasi kepada fisiologi badan dan peningkatan prestasi kerja meningkat.

Page 59: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n k e c e r g a s a n | 59

Perubahan hemeostatis adalah berdasarkan besar atau kecilnya stimulus kerja yang diterima oleh badan. Kelesuan semasa melakukan latihan akan menggangu sistem hemeostatis serta mengurangkan kapasiti fungsional badan. Masa pemulihan optimal akan meningkatkan semula kapasiti fungsional badan dan hemeostatis kembali normal merupakan penjelasan kepada proses pemampasan (compensation). Proses pemampasan tahap biologikal memerlukan masa beberapa jam hingga beberapa hari bagi adaptasi berlaku. Hukum biologikal menjelaskan bahawa proses adaptasi berlaku berulang-ulang apabila stimulus kerja diterima melebihi kadar biasa.

Rajah 3.6 : Stimulus latihan yang optimal bagi peningkatan prestasi.

Kepentingan proses ini dalam latihan adalah meningkatkan efisensi fungsional kerja atlet dan prestasi. Penambahan beban latihan, masa rehat yang cukup, keseimbangan antara intensiti dan isipadu kerja, frekuansi dan kekhususan latihan meningkatkan prestasi fizikal secara optimal.

Rajah 3.7 : Stimulus latihan menyebabkan prestasi mendatar.

Page 60: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n k e c e r g a s a n | 60

Prestasi atlet mendatar semasa latihan disebabkan oleh beberapa perkara iaitu:

Penambahan beban tidak agresif (intensiti dan isipadu). Beban latihan tidak meningkat secara progresif (sama setiap kitaran mikro). Masa rehat terlalu lama (pemulihan tidak optimal). Kurang stimulus kerja. Frekuansi latihan kurang (1-2 kali seminggu).

Rajah 3.8 : Stimulus latihan menyebabkan penurunan prestasi.

Sementara itu, prestasi atlet menurun atau merosot semasa latihan adalah disebabkan oleh:

Intensiti dan isipadu tidak sesuai dengan keupayaan atlet. Beban latihan ditingkatkan secara drastik setiap sesi latihan. Frekuansi latihan tinggi. Masa pemulihan singkat. Stimulus kerja tinggi. Jumlah latihan yang banyak.

Page 61: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n k e c e r g a s a n | 61

RUMUSAN.

Prinsip lebihan bebanan, peningkatan beban secara progresif, perbezaan individu, kekhususan dan kebolehbalikan adalah asas dalam latihan supaya kualiti dan adaptasi maksimum berlaku untuk meningkatkan prestasi. Pelaksanaan prinsip latihan dalam sesi latihan akan memberi impak yang positif dan peningkatan prestasi ke tahap maksimum. Jurulatih perlu mematuhi prinsip latihan dalam perancangan program latihan.

Intensiti dan isipadu (volume) latihan merupakan pembolehubah yang sangat penting untuk meningkatkan kapasiti kerja atlet ke tahap optimal. Keperluan dan tuntutan intensiti serta isipadu latihan adalah berbeza di setiap kitaran mikro. Oleh itu, manipulasi antara pembolehubah ini dapat menghasilkan prestasi yang optimal.

Teori latihan Supercompensation merupakan asas kepada prinsip lebihan bebanan secara progresif yang menghasilkan proses adaptasi dalam latihan. Hubungan antara kerja dan pemulihan dalam latihan fizikal memberi kesan terhadap perubahan fisiologi. Perubahan fisiologi menyebabkan berlakunya penyesuaian hemeostatis (sel dalam badan) iaitu kesan tindak balas badan dengan stimulus latihan. Dapat dirumuskan bahawa prestasi fizikal akan meningkat apabila berlaku lebihan bebanan kerja dan penambahan secara progresif. Adapatasi latihan adalah khusus berdasarkan tuntutan dan karakteristik sukan.

KATA KUNCI.

1. Adaptasi 6. Intensiti 11. Optimum

2. Lebihan bebanan 7. Isipadu 12. Pemulihan

3. Penambahan beban progresif 8. Hemeostatis 13. Program latihan

4. Kekhususan 9. Frekuansi 14. Kitaran mikro

5. Supercompensation 10.Set dan ulangan 15. Sesi latihan

PENILAIAN KENDIRI.

1. Apakah tujuan prinsip latihan dalam sukan? 2. Senaraikan prinsip-prinsip latihan sukan? 3. Jelaskan prinsip lebihan bebanan dan apakah pembolehubah yang terlibat? 4. Jelaskan prinsip penambahan beban bertingkat dan penambahan beban secara linear? 5. Bandingkan antara prinsip lebihan bebanan dan penambahan beban secara progresif? 6. Huraikan faktor yang mempengaruhi prinsip perbezaan individu? 7. Bincangkan implikasi prinsip kekhususan dalam latihan sukan? 8. Apakah definisi intensiti latihan dan berikan 2 (dua) contoh? 9. Apakah definisi isipadu latihan dan berikan 2 (dua) contoh? 10. Dengan menggunakan kefahaman anda sendiri, jelaskan serta huraikan aplikasi teori

latihan supercompensation untuk meningkatkan prestasi atlet dengan memberikan contoh sukan pilihan anda sendiri.

Page 62: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n k e c e r g a s a n | 62

RUJUKAN. Baechle, T. R & Earle, R. W. (2008). Essentials of Strength Training and Conditioning (3th ed).

Champaign IL, Human Kinetics.

Bompa, T.O. (1999). Periodization: Theory and Methodology of Training (4th ed). Champaign IL, Human Kinetics.

Bompa, T.O., & Haff, G.G. (2009). Periodization: Theory and Methodology of Training (5th ed). Champaign IL, Human Kinetics.

Dick, F. W. (2002). Sports Training Principles (4th ed). London, A & C Black.

Stone, M. H., Stone, M & Sands, W. A. (2007). Principle and Practice of Resistance Training. Champaign IL, Human Kinetics.

Wilmore, J.C., Costill, D. L., & Kenney, W. L. (2008). Physiology of Sport and Exercise (4th ed). Champaign IL, Human Kinetics.

Page 63: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n k e c e r g a s a n | 63

UNIT 4

PERSEDIAAN LATIHAN FIZIKAL

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menyatakan komponen pesediaan latihan fizikal. 2. Menghuraikan kepentingan persediaan latihan fizikal untuk pengembangan potensi atlet. 3. Membanding bezakan persediaan fizikal, teknikal, taktikal dan psikologikal dalam latihan

sukan 4. Mengabung jalinkan persediaan latihan fizikal dalam program latihan bagi peningkatan

prestasi sukan.

PENGENALAN

____________________________________________________________________________

Kemenangan pasukan berbasikal negara telah mengharumkan nama negara di peringkat antarbangsa. Namun begitu, pernahkah kita tahu bagaimana persediaan latihan fizikal atlet berbasikal berlatih untuk mencapai kejayaan itu. Justeru itu, mari kita bersama memahami bagaimana konsep persediaan latihan fizikal untuk membina kejayaan atlet.

Page 64: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n k e c e r g a s a n | 64

ersediaan latihan fizikal merupakan salah satu asas penting dalam program latihan untuk mencapai kejayaan dalam pertandingan. Jurulatih perlu memberikan perhatian yang serius terhadap persediaan latihan fizikal bagi persediaan atlet sebelum bertanding. bertanding. Mencapai kejayaan memerlukan latihan dalam jangka masa lama dan tiada

jalan pintas bagi jurulatih atau atlet untuk berjaya. Elemen persediaan fizikal merupakan tunjang utama dalam sesuatu program perancangan latihan untuk mempersiapkan atlet dengan tuntutan sukan secara umum dan khusus. Secara umumnya, persediaan latihan fizikal adalah terbahagi kepada empat iaitu :

Persediaan fizikal Persediaan teknikal Persediaan taktikal Persediaan psikologi

Secara konseptualnya, persediaan latihan fizikal merupakan gabungan elemen seperti pembangunan fizikal, kemahiran, taktikal dan psikologi bagi membentuk satu persediaan yang saling melengkapi antara satu sama lain. Jika salah satu elemen persediaan ini diabaikan maka persediaan atlet adalah tidak lengkap. Sebagai contoh, jika atlet mempunyai tahap fizikal dan teknikal yang baik tetap lemah dalam taktikal atau psikologi adalah sukar untuk diramal berjaya. Sebaliknya, apabila atlet memiliki tahap persediaan yang baik maka ia boleh diramal mencapai kejayaan. Dalam konteks sukan, atlet akan membawa semua persediaan ini ke dalam pertandingan dan kejayaan atlet adalah apabila persediaan fizikal, teknikal, taktikal dan psikologi mencapai tahap maksimum.

Rajah 4.1 : Piramid persediaan latihan. Piramid persediaan latihan fizikal rajah 4.1 di atas, persediaan fizikal adalah asas yang penting kepada persediaan yang lain. Atlet yang mempunyai persediaan fizikal yang cukup dapat mempelajari kemahiran dengan lebih mudah dan kemahiran tinggi. Manakala, persediaan kemahiran yang sempurna dan tinggi memudahkan atlet mempelajari dan menguasai taktikal dengan baik. Sementara itu, persediaan psikologi adalah sangat penting pada setiap persediaan latihan fizikal.

P

Page 65: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n k e c e r g a s a n | 65

Jadual 4.1 : Peratusan persediaan latihan fizikal mengikut fasa latihan.

Program

Fasa Persediaan

Umum

Fasa Persediaan

Khusus

Fasa Pra Pertandingan

Fasa Pertandingan

Fasa Transisi

Fizikal 60 % 50% 40% 30% 30-50%

Teknikal 30% 30% 20% 10% 10%

Taktikal - 15% 30% 40% -

Psikologi 10 % 5% 10% 20% -

Jumlah 100% 100% 100% 100%

Pembahagian peratusan persediaan latihan fizikal mengikut fasa-fasa latihan ini adalah sebagai garis panduan perancangan program latihan fizikal kepada jurulatih. Peratusan ini boleh diubah mengikut pertimbangan dan perancangan jurulatih. Menurut Bompa dan Haff (2009), beberapa pertimbangan yang perlu diberi perhatian semasa membuat persediaan ini adalah:

Potensi individu Tahap atlet yang dilatih Tahap kematangan atlit Pengalaman latihan dan pertandingan Fasa dalam latihan

______________________________________________________________________

Cuba anda jelaskan kepada rakan anda konseptual persediaan latihan fizikal dengan menggunakan ayat anda sendiri? 1. Persediaan Fizikal. Fisiologi latihan adalah penting untuk menyokong prestasi atlet mencapai kejayaan dalam sukan yang boleh dicapai melalui persediaan fizikal. Latihan fizikal dalah salah satu daripada kaedah yang digunakan oleh jurulatih dan saintis sukan membina fisiologi latihan atlet. Adapatasi latihan pada fizikal sangat membantu atlet membina kapasiti kerja yang lebih baik untuk digunakan sepanjang program latihan dan persediaan bagi menghadapi pertandingan. Tanpa pembinaan kemampuan fizikal ini akan memberikan kesan toleransi yang tidak signifikan terhadap kapasiti kemampuan atlet untuk dalam laihan. Ini akan menghasilkan ketidakmampuan atlet untuk berjaya dalam sukan apabila atribut komponen persediaan lain terganggu. Misalnya, jika fizikal atlet tidak dibina ke tahap yang maksimum akan memberikan kesan pada kemahiran teknikal dan proses mempelajari taktikal.

Page 66: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n k e c e r g a s a n | 66

Kelesuan yang tinggi akan terhasil apabila ketidakmampuan tubuh badan mengatasi stress kerja dan ia akan menggangu keupayaan untuk menguasai kemahiran tinggi. Justeru itu, pembinaan fizikal yang seimbang antara keperluan dan kemampuan atlet adalah dicadangkan kepada jurulatih bagi membolehkan atlet mencapai tahap kemampuan yang optimum . Latihan fizikal mempunyai dua matlamat seperti yang digariskan oleh Bompa dan Haff, (2009) iaitu :

Meningkatkan potensi fisiologi atlet dalam sukan Memaksimumkan keupayaan biomotor sukan spesifik

Potensi fisiologi atlet adalah merujuk keupayaan tubuh kerja menghasilkan adaptasi mengikut tuntutan sukan. Keperluan fisiologi sukan secara umumnya, meliputi tahap penggunaan oksigen secara maksimum (VO2max). efisensi penggunaan sistem tenaga, penghasilan kuasa otot, kelajuan dan daya otot dihasilkan, jenis otot yang direkrut (sentap cepat dan lambat), neuro muskular dan sistem saraf (Foran, 2001). Keupayaan biomotor sukan spesifik merupakan kemampuan komponen kecergasan yang menjadi asas dalam sesuatu sukan mencapai tahap maksimum. Persediaan biomotor sukan spesifik memerlukan perancangan yang sistematik dan mengikut urutan yang betul. Contohnya, kemampuan maksimum dalam kekuatan otot adalah kuasa atau dayatahan otot. Oleh itu jurulatih perlu melatih kekuatan otot dahulu sebelum melatihan kuasa otot. Urutan ini dapat mengelakkan atlet dari tercedera dan membina kuasa otot sehingga tahap maksimum. Lazimnya, pembahagian perancangan program latihan juga akan mengikut urutan supaya komponen kecergasan dapat dibentuk pada fasa persediaan latihan umum dan ditingkatkan ke tahap maksimum pada fasa persediaan latihan spesifik. Oleh yang demikian, persediaan fizikal terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

latihan fizikal umum - general physical training (GPT). latihan fizikal sukan spesifik - sport-specific physical training (SSPT).

Jadual 4.2 : Urutan pembangunan persediaan latihan fizikal.

Fasa latihan Fasa Persediaan (Fizikal) Fasa Pertandingan

Fasa pembangunan Umum Khusus -

Jangka masa (minggu) ≥ 3 ≥ 6 ≥ 4

Objektif Fokus pada persediaan latihan fizikal umum.

a. Fokus pada persediaan latihan fizikal sukan spesifik.

b. Menyempurnakan kemahiran sukan spesifik (biomotor).

a. Menyempurnakan kemahiran sukan spesifik (biomotor).

b. Mengekalkan adaptasi fisiologi.

Dalam perancangan program tahunan, kedua-dua bahagian latihan ini akan dilatih pada fasa persediaan fizikal. Berdasarkan jadual 4.2 di atas, dalam urutan persediaan latihan fizikal ini latihan fizikal umum perlu diutamakan dan diberi penekanan serius oleh jurulatih supaya fokus latihan ini dapat dipindah dan ditingkatkan dalam latihan fizikal sukan spesifik. Objektif khusus semasa latihan fizikal umum adalah membina fisiologi asas bagi kapasiti kerja atlet.

Page 67: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n k e c e r g a s a n | 67

Penekanan pada isipadu kerja tinggi dan intensiti sederhana merupakan kaedah yang terbaik pada fasa ini. Jurulatih harus memastikan adaptasi fisiologi dibentuk pada peringkat ini bagi membolehkan atlet beradaptasi serta bertoleransi dengan beban latihan yang lebih besar pada fasa seterusnya. Kegagalan ini akan menyebabkan fokus pembangunan latihan berganggu dan memberikan impak kepada peningkatan prestasi dalam sukan secara individu atau pasukan. Analisis komprehensif diperlukan untuk memilih elemen komponen kecergasan sebagai asas pembentukan kecergasan spesifik. Ia memberikan kesan untuk meningkatkan kualiti motor asas dalam program pembangunan atlet. Menurut Dick, (2002) komponen yang dicadangkan untuk membina kecergasan fizikal umum adalah:

Kekuatan otot. Fleksibiliti sendi dan ligament. Kapasiti aerobik (dayatahan kardiorespiratori). Kelajuan pergerakan. Ketangkasan pergerakan.

Nadori dan Granek, (1989) telah mengklasifikasikan dua bentuk latihan semasa latihan fizikal umum yang terdiri daripada:

Latihan berisipadu tinggi (High volume). Latihan berintensiti rendah (Low intensity).

Latihan fizikal sukan spesifik memfokuskan untuk membina kemampuan fizikal atlet berdasarkan tuntutan sukan spesifik. Persediaan adaptasi fisiologi atlet perlu mencapai tahap maksimum sebelum pertandingan. Keberkesanan fasa ini sangat bergantung kepada pemindahan kecergasan dari fasa latihan fizikal umum bagi meneruskan kesinambungan proses latihan. Umumnya, tuntutan stimulus kerja adalah tinggi dalam latihan fizikal sukan spesifik. Misalnya, latihan kelajuan berisipadu tinggi, latihan jeda berintensiti tinggi dan latihan latih-tubi kemahiran. Manipulasi intensiti dan isipadu merupakan pendekatan praktikal yang boleh digunakan untuk meningkatkan tahap keupayaan kapasiti fizikal atlet. Keupayaan biomotor atlet perlu mencapai tahap optimum bagi membolehkan kualiti motor pergerakan dan kemampuan fizikal selari dengan tuntutan pertandingan. Pendekatan latihan yang spesifik dengan menggabungkan teknikal dan psikologi yang sistematik adalah dicadangkan. Jadual 4.3: Pembahagian fasa pesediaan fizikal mengikut kategori atlet.

KATEGORI ATLET

FASA PERSEDIAAN FIZIKAL

Atlet elit/pro Latihan fizikal umum

Latihan sukan spesifik

Penyempurnaan keupayaan biomotor sukan spesifik

Atlet amatur Latihan fizikal umum Latihan sukan spesifik

Penyempurnaan keupayaan biomotor sukan spesifik

Atlet pembangunan Latihan fizikal umum Latihan fizikal umum

Pengenalan elemen latihan sukan spesifik

Page 68: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n k e c e r g a s a n | 68

Persediaan fizikal dapat dibahagikan mengikut kategori atlet sebagai panduan kepada jurulatih untuk membangunkan program latihan jangka pendek atau panjang (Bompa dan Haff, 2009). Pembahagian yang betul, seimbang dan mengkhusus merupakan criteria yang diperlukan untuk menghasilkan kualiti keupayaan biomotor pada atlet. Kategori atlet ini memudahkan jurulatih membezakan keperluan dan tuntutan latihan fizikal. Berdasarkan jadual 4.3 di atas, jurulatih dapat menentukan jangka masa yang optimal bagi melatih setiap persediaan fizikal dalam program latihan tahunan.

Memerlukan jangkamasa pendek pada latihan fizikal umum atlet elit/pro dan penyempurnaan keupayaan biomotor sukan spesifik adalah fokus utama pada kategori ini.

Latihan fizikal umum atlet pembangunan memerlukan jangkamasa panjang untuk membentuk asas kecergasan dan elemen latihan sukan spesifik mula di latih.

Untuk atlet amatur latihan fizikal umum jangkamasanya pendek sedikit daripada atlet pembangunan. Penekanan diberikan lebih kepada latihan fizikal sukan spesifik

____________________________________________________________________________

Cuba jelaskan kepada rakan anda perbezaan antara objektif latihan fizikal sukan umum dan latihan fizikal sukan spesifik ?

2. Persediaan Teknikal. Salah satu elemen yang tidak boleh dipisahkan dalam sukan ialah teknik yang memerlukan sokongan kemahiran motor untuk menghasilkan keupayaan pergerakan pada tahap optimum. Teknik merangkumi semua corak pergerakkan, kemahiran dan teknikal yang diperlukan melakukan sesuatu sukan. Persediaan teknikal merupakan proses spesifik bagi melatih, mempelajari dan meningkatkan sesuatu kemahiran asas hingga lanjutan. Secara umumnya, dua jenis lakuan motor dalam proses memperolehi bentuk pergerakan dan kemahiran iaitu:

Lakuan motor tanpa kemahiran (involuntari). Lakuan motor berkemahiran (voluntari).

Lakuan motor tanpa kemahiran (involuntari).

Merujuk kepada semua lakuan motor atau kemahiran yang dihasilkan secara luar kawalan. Pelaku tidak mampu memilih atau memodifikasi lakuan yang terhasil. Ia dikenali sebagai pergerakan involuntary, contonya adalah:

Pantulan lutut

Tarikan tangan atau kaki apabila terkena benda panas

Page 69: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n k e c e r g a s a n | 69

Lakuan motor berkemahiran (voluntary). Lakuan ini adalah merujuk kepada semua lakuan motor yang dihasilkan secara sedar atau dalam kawalan. Pelaku memilih dan menentukan untuk melakukan sesuatu pergerakan. Lakuan ini dikenali sebagai pergerakan voluntari. Pengaruh interaksi antara pelaku dengan persekitaran akan menentukan mutu lakuan. Interaksi pelaku dengan persekitaran dipengaruhi oleh aspek tahap kemahiran dan pengalaman, contohnya; i. Badminton

Apabila mendapat hantaran tinggi ke belakang gelanggang, pemain berkemahiran tinggi mungkin membuat smesh, manakla pemain yang berkemahiran rendah mungkin membalas dengan hantaran lob.

ii. Bola tampar Ketika menerima servis, pemain yang kurang berkemahiran akan menghantar semula bola ke gelanggang lawan, manakala pemain yang berkemahiran tinggi akan menyangga, mengumpan dan merejam sebagai strategi mendapatkan mata.

Perkembangan multilateral adalah merupakan model bagi atlet mempelajari kemahiran dan penguasaan pergerakan motor dalam sesuatu kemahiran ini. Meniru teknik atlet peringkat tinggi adalah tidak digalakkan. Pendedahan kepada pelbagai jenis pergerakan motor dan kemahiran lain memudahkan atlet memperolehi kemahiran. Penyempurnaan kemahiran dan pergerakan memerlukan elemen kematangan seperti contoh latih tubi kemahiran atau teknik dalam tenis. Analisis biomekanik kemahiran sangat penting untuk mendapatkan pergerakan yang sempurna, efisien dan ekonomikal Latihan teknikal dalam persediaan latihan fizikal melibatkan proses yang sistematik untuk memperolehi kemahiran bagi mencapai objektif yang ditetapkan. Kemahiran memiliki kompleksiti yang memerlukan konsistensi pelaku mempelajari dan berlatih. Proses pencapai kemahiran motor dan kemahiran secara sistematik perlu dikuasai oleh jurulatih sebagai persediaan latihan teknikal. Tahap pencapaian kemahiran dan pergerakan motor boleh dibahagikan kepada tiga tahap iaitu:

Tahap kognitif lisan. Tahap asosiatif. Tahap autonomi.

Tahap kognitif lisan. Tahap ini merupakan peringkat permulaan atau paling rendah dalam proses mempelajari teknik sesuatu kemahiran. Arahan yang jelas penting bagi tahap ini. Istilah kognitif pula adalah arahan yang diterima daripada jurulatih tadi.

Page 70: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n k e c e r g a s a n | 70

Tahap asosiatif. Tahap pertengahan dalam proses mempelajari teknik dan kemahiran motor. Pada tahap ini, atlet dapat menguasai semua kemahiran asas yang diperlukan dan mereka berada di peringkat menentukan strategi yang terbaik untuk melaksanakan kemahiran tersebut. Contohnya, dalam permainan tenis, sekiranya mendapat hantaran separuh gelanggang, pemain yang berada ditahap ini akan menghadapi persoalan sama ada untuk membuat hantaran balas defensif atau ofensif.

Tahap autonomi. Merupakan tahap tertinggi dalam proses memperolehi kemahiran motor. Pada peringkat ini, pergerakan kemahiran dihasilkan seolah-olah secara automatic. Atlet sudah menguasai semua kemahiran asas yang diperlukan. Atlet yang bertanding di peringkat tinggi seperti Sukan Malaysia (SUKMA), liga bola sepak FAM boleh dianggap telah mencapai tahap kemahiran autonomi. Atlet yang bertanding di peringkat olimpik adalah contoh tertinggi tahap kemahiran autonomi. Boleh dikatakan, mereka telah mastery kemahiran tinggi.

Pada peringkat awal latihan, tumpuan perlu diberikan untuk memperbaiki kemahiran asas kepada suatu tahap baik sebelum pelaku menguasai kemahiran-kemahiran yang lebih sukar. Sebagai contoh, dalam sukan bola sepak penekanan perlu diberikan kepada kemahiran-kemahiran seperti hantaran, tendangan gol, tandukan dan kawalan bola sebelum kemahiran-kemahiran seperti mendada, menanduk layang dan voli diperkenalkan. Selanjutnya, kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai perlu digabungkan seperti menggelecek, membuat dan menerima hantaran dengan menjaringkan gol. Kemahiran-kemahiran bergabung adalah amat penting kerana kemahiran ini lebih mirip kepada kehendak permainan sebenar.

Dalam menyediakan periodisasi latihan, kemahiran teknikal diperkenalkan dalam fasa persediaan umum sekurang-kurangnya selama empat minggu. Kemahiran-kemahiran teknikal ini boleh diteruskan sehingga pertengahan fasa persediaan khusus dalam bentuk yang lebih sukar seperti dalam permainan kecil, simulasi permainan dan latihan kemahiran bergabung. Fasa-fasa seterusnya, kemahiran teknikal diteruskan bagi tujuan pengekalan kemahiran. Latihan kemahiran teknikal ini perlu juga diteruskan sehingga ke fasa transisi dengan latihan persendirian bertujuan untuk mengelakkan penurunan kemahiran yang keterlaluan sebelum menghadapi musim latihan yang baru. Latihan bagi meningkatkan kemahiran dalam situasi permainan dan gabungan kemahiran tidak sama dengan latihan tekanan ( latihtubi kemahiran) keranan objektifnya berbeza, walaupun formasi dan bentuk nampak sama. Oleh itu, keupayaan teknikal adalah bergantung daripada tindak balas adaptasi fisiologi dalam latihan fizikal.

________________________________________________________________

Bincangkan dengan rakan anda, tiga (3) tahap pemerolehan kemahiran dalam mempelajari kemahiran, fikirkan juga kaedah yang sesuai untuk melatih kemahiran teknikal?

Page 71: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n k e c e r g a s a n | 71

3. Persediaan Taktikal. Taktik dan strategi adalah konsep yang sangat penting dalam pertandingan sukan dan kejurulatihan. Kedua-duanya digunakan secara langsung atau tidak langsung kepada pihak lawan semasa pertandingan sukan. Pendekatan penggunaan strategi ini adalah bergantung kepada matlamatnya (latihan atau pertandingan). Taktik pula adalah subset kepada strategi, dimana taktik digunakan untuk mencapai matlamat strategi. Latihan taktik untuk pertandingan sukan merujuk kepada latihan defensif atau ofensif yang menjadi strategi pasukan untuk menghadapi pihak lawan dan memenangi perlawanan.Contohnya, dalam bola sepak bahagian teknik yang menjadi taktik meliputi hantaran, corak serangan, kemahiran mengelecek dan panjangnya hantaran. Asas keberkesanan perancangan taktik adalah memiliki kecekapan dan berkemahiran tinggi. Latihan fizikal berperanan sebagai asas untuk menguasai teknikal dan taktikal, manakala teknik pula menjadi faktor utama untuk memanipulasi pergerakkan dalam taktik. Kepakaran taktikal adalah berasaskan daipada pengetahuan teoritikal dan kapasiti mengaplikasi taktik mengikut suasana pertandingan sebenar. Objektif dalam latihan taktik adalah berdasarkan garis panduan berikut:

Mengkaji elemen strategi pada prinsip sukan. Mengkaji dan memahami syarat dan peraturan sesuatu sukan atau pertandingan. Menilai keupayaan taktikal setiap individu terbaik dalam sukan tersebut. Menilai strategi yang digunakan oleh pihak lawan. Menilai atribut fisiologi dan psikologi dan kelebihan pihak lawan. Menilai kemudahan dan persekitaran tempat pertandingan. Membangunkan taktik individu berdasarkan kelebihan dan kelemahan yang dimiliki.

Persediaan taktikal merupakan suatu perancangan atau strategi yang akan digunakan semasa pertandingan. Taktikal berkaitan dengan cara bagi menghadapi lawan, perancangan yang akan digunakan dan lain-lain strategi yang digunakan bagi menghadapi situasi yang berbeza. Jika persediaan dan kemahiran teknikal memerlukan pelaku menjawab soalan “ bagaimana melakukan” , maka dalam aspek taktikal, pelaku perlu menjawab soalan-soalan seperti “bila melakukan”, “apa yang perlu dilakukan” dan “kepada siapa”. Secara umumnya, aktiviti sukan dalam persediaan taktikal ini boleh diklasifikasikan kepada lima kumpulan iaitu:

Kumpulan sukan 1 – sukan bersifat tidak secara langsung bersentuh dengan pihak lawan – ditentukan dahulu mengikut arahan. Contoh sukan ialah acara basikal trek (1,000 m atau 4,000 m persuit), Berbasikal (ujian masa),gimnastik, terjun papan anjal, angkat berat dan figure skating.

Kumpulan sukan 2 – sukan yang melibatkan permulaan pertandingan secara serentak

– sama ada dalam kumpulan besar atau kecil – mempunyai ciri-ciri kerjasama dengan rakan sepasukan – Contoh sukan ialah acara olahraga balapan (4 x 100, 4 x 400), acara berbasikal (trek dan lebuhraya), acara renang (relay).

Page 72: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n k e c e r g a s a n | 72

Kumpulan sukan 3 – mempunyai sifat bersentuhan secara langsung dengan pihak lawan. Contoh sukan ialah pencak silat, tinju, lawan pedang, judo dan taekwondo

Kumpulan sukan 4 – Sukan yang dimana, pihak lawan dalam satu pasukan dan

bersifat bersentuhan secara langsung semasa pertandingan – bolas sepak, hoki, bola jaring, ragbi, futsal dan softball.

Kumpulan sukan 5 – Sukan bersifat multi kemahiran dan bersifat kompleks –

heptathlon dan decathlon dalam acara olaharaga, triathlon dan biathlon. Penguasaan teknik yang baik amatlah diperlukan dan membantu menentukan kejayaan sesuatu perancangan taktikal atau strategi. Biasanya, persediaan taktikal dibuat pada pertengahan musim persediaan khusus dan ditingkatkan dalam fasa pra pertandingan serta dikekalkan dalam fasa pertandingan. Kemahiran-kemahiran taktikal dalam kumpulan kecil perlulah dilatih terlebih dahulu sebelum mengaplikasikannya dalam kumpulan yang lebih besar dan akhirnya barulah diatur strategi permainan. Atlet juga sering terdedah dengan keadaan persekitaran yang diluar jangkaan seperti padang basah, angin yang kuat, cuaca sejuk dan suasana yang bising. Jurulatih perlu menyediakan latihan taktik yang berkesan untuk membiasakan dan menyesuaikan diri dengan keadaan sedemikian. Berikut adalah cadangan untuk membantu atlet menyesuaikan diri dengan keadaan sebegini.

Melakukan latihan dalam waktu hujan, tengah panas dan angin kuat. Memberikan latihan simulasi dalam suasana bising. Menganjurkan pertandingan dengan pihak lawan yang kemampuan hampir sama atau

lebih baik. 4. Persediaan Psikologi. Persediaan atlet dari segi psikologi atau persediaan mental melibatkan kemahiran-kemahiran seperti penetapan matlamat, mengawal kebimbangan, motivasi, visualisasi dan simulasi, konsentrasi dalam permainan, kesungguhan atau komitmen dan kesediaan untuk bermain sebagai satu pasukan. Persediaan mental atlet untuk pertandingan adalah satu prosedur saintifik dan sistematik yang membolehkan atlet “membawa bersamanya” persediaan fizikal, teknikal dan taktikal apabila menghadapi sesuatu pertandingan. Persediaan mental yang tidak mencukupi boleh mengakibatkan kekalahan yang tidak dijangka dan melenyapkan segala yang telah dilatih selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun. Persediaan mental perlu dibuat mulai daripada hari pertama latihan sehinggalah tamat musim permainan tersebut. Oleh keranan tugas ini merupakan sebahagian daripada tugas jurulatih, maka beliau perlu berhati-hati dalam membuat perancangan persediaan psikologi ini. Pada peringkat awal latihan, penekanan perlu diberikan untuk menarik minat pemain, keyakinan diri, kesungguhan dan disiplin diri. Selepas itu, barulah perhatian diberikan kepada pemupukan

Page 73: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n k e c e r g a s a n | 73

semangat berpasukan, daya saing, penetapan matlamat di samping meningkatkan dan mengekalkan kualiti mental atau psikologi yang sedia ada. Jurulatih perlu berhati-hati dalam melatih atlet dalam aspek psikologi ini kerana setiap individu adalah berbeza dan cara untuk mengendalikan aspek ini juga adalah berbeza. Atlet harus memahami pengertian main bersungguh-sungguh dan lain-lain perkataan yang abstrak melalui perlakuan yang ditunjukkan. Semua maksud perkataan-perkataan ini perlu diterjemahkan kepada perbuatan fizikal. Masa terbaik untuk membuat persediaan psikologikal ini ialah semasa latihan sebenar, sebelum, masa di antara dan selepas pertandingan pendedahan atau pertandingan sebenar dan melalui sesi teori khas yang dirancang. Jurulatih adalah diingatkan supaya betul-betul mengenali setiap atlet, mewujudkan perasaan percaya kepada jurulatih dalam kalangan atlet, menjaga kebajikan mereka dan memahami kehendak mereka.

RUMUSAN.

Kejayaan dalam sukan melibatkan banyak faktor dan salah satu faktor yang penting dalam persediaan atlet sebelum pertandingan ialah persediaan latihan fizikal. Persediaan latihan fizikal adalah tunjang utama untuk membentuk keupayaan dan kualiti biomotor sukan spesifik. Persediaan latihan fizikal adalah intergrasi latihan fizikal, teknikal, taktikal dan psikologi untuk membentuk struktur persediaan dalam sukan spesifik. Jurulatih atau pengamal sukan di semua peringkat perlu memberikan tumpuan yang lebih serius dalam persediaan fizikal supaya dapat menghasilkan atlet yang berkualiti dan konsisten untuk pertandingan. Latihan fizikal merupakan tunjang utama dalam latihan teknikal dan taktik kerana keupayaan biomotor atlet akan memberikan impak dalam proses pembelajaran dan memperoleh kemahiran. Adapatasi fisiologi yang maksimum meningkatkan kapasiti dan keupayaan kerja serta menyediakan toleransi yang positif pada beban kerja maksimum untuk latihan seterusnya. Jika atlet tidak mencapai tahap keupayaan maksimum akan menjejaskan proses pemerolehan kemahiran dan aplikasi taktik tidak dapat dicapai.

KATA KUNCI.

1. Fizikal 6. Adaptasi fisiologi

2. Teknikal 7. Biomotor

3. Taktikal 8. Asosiatif

4. Psikologi 9. Autonomi

5. Fasa latihan 10.Toleransi

Page 74: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n k e c e r g a s a n | 74

PENILAIAN KENDIRI.

1. Jelaskan konseptual persediaan latihan fizikal? 2. Senaraikan komponen persediaan latihan fizikal? 3. Huraikan faktor yang mempengaruhi persediaan latihan fizikal atlet? 4. Huraikan persediaan fizikal dalam konteks kefahaman anda sendiri? 5. Senaraikan komponen yang dicadangkan untuk membina kecergasan fizikal umum? 6. Jelaskan tiga tahap dalam mempelajari dan memperoleh kemahiran motor dalam

persediaan teknikal? 7. Apakah perbezaan dalam fasa persediaan fizikal antara kategori dan jangka masa

latihan? 8. Bina satu analisis taktikal berdasarkan garispanduan yang diberikan dengan megambil

contoh sukan pilihan anda?

RUJUKAN. Bompa, T.O., & Haff, G.G. (2009). Periodization: Theory and Methodology of Training (5th ed).

Champaign IL, Human Kinetics.

Dick, F. W. (2002). Sports Training Principles (4th ed). London, A & C Black.

Foran, B. (2001). High Performance sport Conditioning. Champaign IL, Human Kinetics.

Nadori, L., & Granek, I. (1989). Therotical and Methodological basic of Training Planning with special Consideration with a Microcycle. Lincoln, NE, National Strength and Conditioning Association.

Page 75: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n k e c e r g a s a n | 75

UNIT 5

PERANCANGAN LATIHAN(PERIODISASI)

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menjelaskan definisi periodisasii latihan. 2. Menyatakan tujuan periodisasi latihan. 3. Menjelaskan kitaran periodisasi latihan. 4. Membincangkan jenis dan keperluan klasifikasi kitaran periodisasi tahunan. 5. Membezakan antara fungsi dan objektif fasa-fasa dalam periodisasi latihan. 6. Menghuraikan dan menjelaskan susunan perancangan sesi latihan. 7. Menyenaraikan urutan optimum dan senarai semak kitaran mikro.

PENGENALAN

“ tanpa mengetahui tujuan destinasi, kita gagal untuk merancang perjalanan’ (Dick, 2002).

erancangan adalah suatu proses memilih, menentukan, merangka, melaksanakan sesuatu pelan tindakan yang dibuat. Objektif dan justifikasi menjadi asas penting dalam sesuatu perancangan supaya mencapai sasaran yang dikehendaki. Strategi pelaksanaan merupakan bahagian yang sangat penting untuk mendapatkan hasil yang

maksimum, sementara analisis dan penilaian yang tepat dapat memberikan gambaran yang lebih jelas terhadap objektif yang dicapai. Perancangan meliputi keseluruhan dalam kehidupan iaitu perkara rutin harian diri sendiri hingga ke kerjaya kita.

Ingin berjaya dalam sukan juga memerlukan perancangan yang rapi bagi mencapai objektifnya. Persediaan atlet untuk bertanding memerlukan jurulatih memastikan tahap keupayaan prestasinya telah mencapai tahap maksimum. Bagi mencapai tahap keupayaan biomotor, kemahiran, taktikal dan psikologi yang maksimum, program latihan yang terancang dan sistematik perlu dibuat. Ini seperti mana menurut Dick, (2002), “tanpa mengetahui destinasi tujuan, kita gagal untuk merancang perjalanan”.

Pr

Page 76: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n k e c e r g a s a n | 76

Definisi dan konsep periodisasi latihan.

Periodisasi didefinisikan sebagai proses pembahagian perancangan pelan/program latihan kepada beberapa bahagian (fasa) kecil supaya dapat diurus dengan lebih sistematik dan efektif (Bachle dan Earle, 2008; Bompa dan Haff, 2009). Objektif periodisasi latihan adalah untuk:

Memudahkan jurulatih penyediaan program latihan tahunan, bulanan, mingguan dan sesi latihan.

Memudahkan jurulatih dan atlet mencapai matlamat dan meramal prestasi. Dijadikan garis panduan menentukan pencapaian puncak (peaking) yang betul dan tepat

bagi fasa pertandingan utama. Membantu jurulatih dan atlet menjalani latihan dengan lebih teratur dan bersistematik. Mengoptimumkan prestasi atlet kerana ketidakmampuan untuk memberikan prestasi

terbaik setiap masa. Memudahkan jurulatih membuat proses pemantauan dan penilaian secara berkala. Mengatur peningkatan intensiti, isipadu (volume) dan masa pemulihan (recovery) yang

tepat. Mengelakkan daripada berlakunya lebihan latihan (overtraining) pada atlet.

Konsep periodisasi latihan lebih khusus dalam proses merancang latihan tahunan dan membahagikan plan latihan kepada bahagian-bahagian kecil. Rasionalnya adalah mendapatkan keberkesanan pelaksanaan dan hasil yang optimum. Setiap bahagian kecil mempunyai objektif khusus yang perlu dicapai dalam jangka masa tertentu. Proses pelaksanaan lebih sistematik dengan pemantauan secara berterusan dan rapi pada intensiti, isipadu, rehat dan pemulihan, kekhususan latihan, pengujian dan pengukuran kesan latihan dan prestasi dalam sukan. Sementara itu, latihan ialah proses kerja yang sistematik dilakukan berulang-ulang dan secara progresif untuk meningkatkan potensi individu mencapai tahap optimal. Fokus latihan meningkatkan kapasiti fizikal, teknikal, taktikal dan psikologikal atlet untuk persediaan sukan spesifik. Proses adaptasi fisiologi latihan memerlukan tubuh badan bertoleransi dengan beban latihan, jika beban terlalu berat akan menyebabkan berlakunya lebihan bebanan (overtraining) dan preatsi akan menurun. Periodisasi latihan dapat memaksimumkan toleransi beban latihan antara intensiti, isipadu dan masa pemulihan. Keseimbangan perancangan ini dapat memaksimum adaptasi fisiologi, psikologi dan menguruskan kelesuan dengan baik. Walaubagaimana pun, jurulatih perlu membuat beberapa pertimbangan sebelum merancang periodisasi latihan iaitu:

Kronologi dan biologi umur atlet. Keupayaan fisiologi atlet. Tahap kemahiran dan taktikal atlet. Tahap pencapaian atlet. Tahap latihan atlet. Tahap kesihatan atlet. Tahap beban latihan (intensiti dan isipadu) terakhir atlet.

________________________________________________________________________

Tahukah anda apakah periodisasi program latihan? Apakah kepentingan periodisasi kepada seseorang atlit ? Apakah kaitan antara periodisasi dengan prestasi atlit ?

Page 77: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n k e c e r g a s a n | 77

Kitaran periodisasi. Struktur kitaran periodisasi latihan dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:

Kitaran Makro (Macrocycle). Fasa latihan. Kitaran Meso. Kitaran Mikro. Sesi latihan.

1. Kitaran Makro (Macrocycle). Merupakan satu kitaran latihan yang terdiri beberapa bulan hingga 12 bulan

2. Fasa latihan.

Merupakan kitaran lengkap yang mengandungi pembahagian fasa secara sistematik kepada; persediaan (preparatory) – dibahagikan kepada persediaan umum dan khusus . pertandingan (competition)-dibahagikan kepada pra-pertandingan dan

pertandingan utama. transisi (transition).

3. Kitaran Meso (Mesocycle).

Merupakan sebahagian daripada kitaran makro. Penggunaan terma ini tidak konsisten ia boleh termasuk period dan fasa – fasa latihan.

Biasanya terdiri daripada beberapa minggu hingga 6 minggu.

4. Kitaran Mikro (Microcycle). Biasanya selama 7 hari (seminggu).

5. Sesi latihan.

Merupakan satu ‘workout’ yang mempunyai fokus latihan, contohnya satu sesi latihan ‘workout’ sebelah pagi di padang.

Sesi latihan terdiri daripada beberapa unit latihan (1 – 3 unit).

Jadual 5.1 : Struktur kitaran Periodisasi latihan (Kitaran Makro, Mikro dan fasa latihan).

FASA

PERSEDIAAN

PERTANDINGAN

TRANSISI

SUB-FASA

UMUM

KHUSUS

PRA-

PERTANDINGAN

PERTANDINGAN

UTAMA

TRANSISI

KITARAN MAKRO

JAN

FEB

MAC

APR

MEI

JUN

JULAI

OGOS

SEPT

KITARAN

MIKRO

1

2

3

4

Page 78: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n k e c e r g a s a n | 78

Perkara penting yang perlu diberi perhatian dalam periodisasi :

Matlamat setiap pelan. Fasa-fasa yang mudah diurus dan sistematik. Manipulasi pembolehubah “Acute” dan “kronik”. Aplikasi prinsip-prinsip latihan. Kesediaan aspek fisiologi. Mengelak “overtraining” dan kecerderaan. Ujian kecergasan untuk penilaian.

Klasifikasi kitaran periodisasi tahunan.

Klasifikasi kitaran periodisasi tahunan latihan boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:

Kitaran tunggal (Mono-cycle). Kitaran berganda (BI- cycle). Kitaran multi-peak (Tri-cycle).

i. Kitaran tunggal (Mono-cycle).

Kitaran ini mempunyai fasa pra persediaan yang panjang (kurang pertandingan) Objektif kitaran ini membolehkan jurulatih memberikan tumpuan kepada peningkatan

tahap kemahiran dan membentuk asas latihan fizikal yang kukuh. Ciri-ciri kitaran ini hanya memiliki satu pertandingan puncak (peaking) sahaja. Dicadangkan kitaran ini untuk atlet muda.

Rajah 5.1 : Kitaran tunggal (Mono-cycle).

Page 79: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n k e c e r g a s a n | 79

ii. Kitaran Berganda (Bi-cycle).

Kitaran ini mempunyai fasa persediaan yang panjang untuk meningkatkan kemahiran

dan fizikal sukan spesifik. Ciri kitaran ini mempunyai dua pertandingan puncak (peaking) Dicadangkan bagi atlet elit – pertandingan peringkat kebangsaan.

Rajah 5.2 : Kitaran berganda (mono-cycle).

iii. Kitaran Multi-peak (Tri-cycle).

Kitaran persediaan adalah pendek Mempunyai asas komponen latihan dan kemahiran tinggi serta memiliki pengalaman

pertandingan kukuh. Ciri kitaran ini mempunyai tiga pertandingan puncak atau lebih Dicadangkan kepada atlit berprestasi tinggi – pertandingan peringkat antarabangsa

Rajah 5.3: Kitaran Multi-peak (Tri-cycle).

Page 80: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n k e c e r g a s a n | 80

Panduan pembahagian mingguan (kitaran mikro) mengikut fasa latihan. Pembahagian latihan berdasarkan mingguan (kitaran mikro) sangat penting bagi jurulatih merancang perodisasi latihan supaya seimbang dan mengikut keutamaan dalam pembangunan keupayaan biomotor, kemahiran dan fizikal atlet. Oleh itu, berikut adalah garis panduan kepada jurulatih dalam membuat perancangan latihan mingguan mengikut fasa-fasa latihan.

Jadual 5.2 : Pembahagian mingguan (kitaran mikro) mengikut fasa latihan.

KLASIFIKASI KITARAN PERIODISASI

PERSEDIAAN

PERTANDINGAN

TRANSISI

MONO-CYCLE - (52 MINGGU)

≥ 32 MINGGU

10 – 15 MINGGU

5 MINGGU

BI-CYCLE - (26 MINGGU)

≥ 13 MINGGU

5 – 10 MINGGU

3 MINGGU

TRI-CYCLE - (17-18 MINGGU)

≥ 8 MINGGU

3 – 5 MINGGU

2 – 3 MINGGU

Fasa-fasa kitaran Makro dan Mikro. Satu kalender sukan tahunan boleh dibahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa persediaan, fasa pertandingan dan fasa transisi. Setiap fasa ini mempunyai ciri-ciri tertentu dan dibahagikan lagi kepada sub-sub fasa pada kitaran makro dan kitaran mikro.

Rajah 5.4: Fasa-fasa latihan kitaran makro.

Page 81: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n k e c e r g a s a n | 81

A. Fasa Persediaan.

Fasa persediaan mempunyai kepentingan yang besar dalam keseluruhan program latihan yang dijalankan. Kekurangan tumpuan pada fasa ini menjejaskan persediaan fasa-fasa berikutnya, terutamanya fasa pertandingan. Fasa persediaan dibahagikan lagi kepada dua sub-sub fasa iaitu :

i. Persediaan Umum.

Memberi tumpuan kepada pembinaan kecergasan fizikal menyeluruh terutamanya dalam aspek dayatahan kardiovaskular, dayatahan otot dan kekuatan asas sebelum atlet menjalani latihan pembinaan komponen-komponen fizikal yang diperlukan dalam sukan.

Isipadu latihan adalah tinggi antara 85% hingga 100% dan intensiti latihan adalah sederhana antara 40% hingga 70%.

Bergantung kepada masa yang diperuntukkan, jangka masa bagi fasa ini adalah antara lapan hingga enam belas minggu.

Kaedah-kaedah latihan seperti latihan jarak jauh perlahan (LSD), latihan Fartlek, latihan jeda jarak jauh dan latihan bebanan bagi adaptasi anatomikal dan hipertropi otot dicadangkan.

Ujian pra kecergasan diperlukan.

ii. Persediaan khusus.

Fasa ini memberi penekanan khusus kepada komponen-komponen fizikal yang lebih dominan dalam sesuatu sukan.

Isipadu latihan masih tinggi bagi sukan-sukan yang berasaskan dayatahan seperti acara 5000 meter dalam olahraga, kayak jarak jauh dan renang jarak jauh, sementara intensiti latihan ditingkatkan sehingga 90%.

Isipadu latihan diturunkan sedikit kepada antara 65% hingga 80% bagi sukan-sukan yang berasaskan kekuatan dan kelajuan, yakni sukan yang bersistem tenaga anaerobik adalah lebih dominan seperti bola sepak, hoki dan bola keranjang serta acara-acara pecut dalam olahraga, sementara intensiti latihan boleh ditingkatkan sehingga 95%.

Bergantung kepada masa yang diperuntukkan, jangka masa bagi fasa ini adalah antara enam hingga sepuluh minggu.

Bagi sukan-sukan yang berasaskan daya tahan, kaedah-kaedah latihan seperti latihan LSD, latihan Fartlek, latihan jeda jarak jauh diteruskan, di samping latihan bebanan yang member tumpuan kpada daya tahan otot perlu diaplikasikan. Bagi sukan-sukan yang berasaskan kelajuan dan kekuatan, kaedah-kaedah latihan seperti latihan jeda jarak sederhana, latihan jeda jarak dekat, latihan pecutan berulang, latihan litar dan latihan bebanan bagi meningkatkan kekuatan dicadangkan.

Page 82: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n k e c e r g a s a n | 82

B. Fasa Pertandingan.

Fasa pertandingan dibahagikan kepada dua sub fasa, iaitu :

i. Pra Pertandingan.

Fasa ini memberi penekanan khusus kepada komponen fizikal yang terdapat dalam sesuatu sukan yang dilatih. Berbeza daripada fasa persediaan khusus, latihan bagi meningkatkan atau mengekalkan tahap kecergasandilakukan dalam situasi permainan kecil, permainan sebenar atau melalui simulasi permainan.

Isipadu latihan masih tinggi bagi sukan berasaskan dayatahan, sementara intensiti bergantung kepada keperluan sebenar sukan. Bagi sukan yang berasaskan kelajuan dan kekuatan, isipadu latihan adalah sederhana antara 60% hingga 70% sementara intensiti latihan boleh ditingkatkan sehingga 100%.

Selain daripada latiha khusus seperti dinyatakan di atas, kaedah-kaedah seperti latihan pecutan berulang, latihan jeda jarak dekat, latihan tekanan dan latihan pliometrik masih boleh diteruskan bagi sukan yang berasaskan kelajuan dan kekuatan. Latihan bebanan ditumpukan bagi meningkatkan dan mengekalkan kuasa. Bagi sukan yang berasaskan daya tahan, latihan jeda bercampur dan latihan jarak jauh laju adalah digalakkan. Latihan bebanan masih boleh diteruskan dan tumpuan diberikan kepada peningkatan dan pengekalan dayatahan otot.

Bergantung kepada masa yang diperuntukkan, jangka masa bagi fasa ini adalah antara enam hingga lapan minggu.

Ujian pasca kecergasan diperlukan.

ii. Pertandingan.

Fasa ini memberi tumpuan kepada pengekalan kecergasan optimum yang diperlukan oleh sukan yang diceburi. “tapering –off” iaitu ubahsuaian isipadu dan intensiti amat diperlukan pada fasa ini bagi memastikan atlit berada pada prestasi puncak terutamanya pada hari pertandingan sebenar. Kecergasan dikekalkan dan dinilai melalui permainan sebenar atau melalui ujian masa/jarak/ketinggian.

Bagi semua sukan, isipadu dan intensiti latihan adalah sekurang-kurangnya sama dengan keperluan sebenar sukan tersebut.

Kaedah-kaedah latihan seperti latihan bebanan untuk pengekalan daya tahan otot bagi sukan berasaskan daya tahan dan latihan bebanan untuk pengekalan kuasa bagi sukan berasaskan kelajuan dan kekuatan boleh diteruskan. Namun demikian, kekerapan latihan perlu dikurangkan. Kaedah-kaedah lain yang terdapat dalam fasa pra pertandingan boleh diaplikasikan tetapi dengan kekerapan yang berkurangkan.

Jangka masa fasa ini bergantung kepada format pertandingan.

Page 83: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n k e c e r g a s a n | 83

C. Fasa Transisi (Peralihan).

Mengambil masa lebih kurang lima minggu bertujuan untuk pemulihan fisiologi dan psikologi seperti rawatan kecederaan dan mengatasi kebosanan. Namun, jangka masa fasa ini masih bergantung kepada format pertandingan.

Rehat aktif adalah amat digalakkan dalam kasa ini bagi mengelakkan penurunan kecergasan fizikal yang keterlaluan. Tahap kecergasan fizikal perlu dikekalkan sekurang-kurangnya antara 40% hingga 60% kemampuan maksimum.

Bertujuan untuk menilai prestasi diri dan keberkesanan program, seterusnya merancang sesi latihan yang akan datang.

______________________________________________________________________________

Bincangkan bersama rakan anda perbezaan dan hubungan struktur kitaran periodisasi latihan dalam membentuk program latihan yang sistematik?

Contoh Periodisasi Kekuatan.

Dalam merancang periodisasi bagi keupayaan biomotor, terdapat tiga komponen utama yang perlu diberi perhatian. Antaranya adalah seperti berikut : 1. Strength / Kekuatan.

i. Adaptasi anatomikal ( Anatomical Adaptation). ii. Hipertropi ( Hypertrophy). iii. Kekuatan maksima. iv. Penukaran / perpindahan (penukaran: kuasa dan daya tahan otot). v. Pengekalan (maintenance). vi. Tamat latihan sebelum pertandingan ( cessation).

i. Adaptasi anatomikal.

Objektif utama : untuk melibatkan hampir keseluruhan otot, menyediakan otot-otot, ligamen, tendon dan sendi-sendi bagi melalui fasa latihan yang lebih lama dan lebih berat.

Aplikasi program latihan kekuatan umum: 9 – 12 latihan melibatkan keseluruhan badan dan dilaksanakan dalam keadaan

selesa. 40%-60% beban maksima (dari rendah ke ubahsuai). 8 – 15 ulangan. 2 – 3 set. Dilakukan pada kadar rendah ke kadar sederhana. Masa rehat: 60 – 90/saat Jangkamasa 4 – 6 minggu.

Page 84: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n k e c e r g a s a n | 84

ii. Hipertropi. Ditahap awal pra-persediaan antara 1 – 6 minggu. Matlamat fasa ini adalah untuk meningkatkan jisim badan tanpa lemak,

meningkatkan asas dayatahan sebagai persediaan melalui fasa dan jangkamasa latihan berikutnya untuk meningkatkan kekuatan otot.

Mulakan dengan intensiti rendah tetapi isipadu tinggi. Intensiti 67 – 80% daripada satu ulangan maksimum 3 – 6 set. 8 - 12 ulangan.

iii. Kekuatan maksima.

Hampir semua sukan memerlukan samada: 1. Kuasa: lompat jauh. 2. Dayatahan maskular : acara renang 800 – 1500 meter.

Kuasa dan dayatahan otot dipengaruhi oleh tahap maksimum kekuatan. Mulakan dengan membina kekuatan maksima dan ditukar kepada kuasa (power). Matlamat: untuk membina kekuatan maksima ke tahap kapasiti optima atlit. Jangkamasa 1 – 3 bulan, bergantung kepada jenis sukan dan keperluan atlit.

iv. Fasa perpindahan.

Pemindahan kekuatan maksima kepada kuasa. Jangkamasa 1 – 2 bulan. Pemindahan bermula di akhir pra-persediaan dan diteruskan hingga ke awal fasa

pertandingan (fasa pra-pertandingan). Intensiti 75%-95% /1RM. 1 – 5 ulangan dan 3 -5 set.

v. Fasa pengekalan.

Objektif utama: mengekalkan pencapaian di fasa sebelumnya. Lebih berfungsi kepada keperluan spesifik sukan berkaitan. 2- 4 latihan melibatkan pergerakan utama (prime mover) untuk mengekalkan

pencapaian pada tahap sebelumnya. Intensiti 80 – 85% daripada satu ulangan maksimum.

vi. Fasa penamatan latihan.

Program latihan kekuatan seharusnya tamat 5 – 7 hari sebelum hari pertandingan sebenar supaya atlit boleh menyimpan (reserve) tenaga bagi memberikan persembahan terbaik.

vii. Fasa pampasan (compensation phase)

Fasa latihan telah melengkapi pelan tahunan dan diikuti dengan fasa transisi.

Page 85: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n k e c e r g a s a n | 85

Jadual 5.3: CONTOH PERIODISASI LATIHAN KEKUATAN (STRENGTH TRAINING).

FASA/ KITARAN

PPEERRSSEEDDIIAAAANN

PPEERRTTAANNDDIINNGGAANN

TTRRAANNSSIISSII

SUB-FASA

UUMMUUMM

KKHHUUSSUUSS

PPRRAA--PPEERRTTAANNDDIINNGGAANN

PPEERRTTAANNDDIINNAAGGNN UUTTAAMMAA

TTRRAANNSSIISSII

KITARAN MAKRO

JAN

(1)

FEB

(2)

MAC

(3)

APR

(4)

MEI

(5)

JUN

(6)

JULY

(7)

KITARAN MIKRO

(MINGGUAN)

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28

KEKUATAN

ADAPTASI ANATOMIKAL

HIPERTROPI/

KEKUATAN MAKSIMUM

PERPINDAHAN/PENUKARAN - KUASA - DAYATAHAN OTOT

PENGEKALAN

PERTANDINGAN UTAMA

PAMPASAN

Page 86: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 86

Perancangan Sesi Latihan.

Sesi latihan adalah unit terkecil dalam perancangan latihan sukan tahunan. Satu sesi lstihan sukan lazimnya memakan masa antara satu hingga tiga jam bergantung kepada objektif dan tahap latihan. Sesi ini merangkumi :

A. Pengenalan dan memanaskan badan. B. Tumpun utama iaitu objektif khusus latihan. C. Permainan kecil (jika perlu). D. Menyejukkan badan dan perbincangan.

A. Pengenalan dan memanaskan badan.

Pengenalan ( 3 hingga 5 minit) Menjelaskan mengenai aktiviti yang akan dilakukan, kepentingannya kepada atlit dan

objektif yang ingin dicapai. Memanaskan badan ( 10 hingga 30 minit) Bertujuan untuk menyediakan atlit secara fisiologi dan psikologi untuk menghadapi latihan

yang lebih intensif dan berikutnya. Prosedur yang dicadangkan adalah seperti berikut :

i. Membuat pergerakan aktif seperti berlari atau melompat bertujuan untuk meningkatkan

suhu badan. ii. Membuat aktiviti-aktiviti regangan dan kelonggaran mengikut tertib bertujuan untuk

mengurangkan atau mengelakkan risiko kecederaan. iii. Membuat pergerakan lebih aktif bagi meningkatkan semula suhu badan sehingga

kadar nadi mencapai sekitar 120 denyutan seminit. iv. Latihan ringan menggunakan pelbagai kemahiran teknikal bagi meraptai kemahiran-

kemahiran yang akan dihadapi dalam permainan sebenar ( jika diperlukan sahaja). Bagi persediaan fizikal, latihan ringan ini tidak diperlukan.

B. Tumpuan utama ( 35 minit hingga 2 jam).

Bertujuan untuk mencapai objektif latihan. Dalam aspek persediaan fizikal, prosedur yang dicadangkan adalah seperti berikut :

i. Jurulatih menjelaskan kembali objektif yang ingin dicapai. ii. Menjelaskan mengenai prosedur lakuan. iii. Menunjuk cara jika perlu. iv. Atlet menjalani aktiviti v. Intensiti dan isipadu latihan dikawal atau dimantau melalui pengambilan kadar nadi

atau masa lakuan yang dijangkakan. vi. Aktiviti dapat dicapai lagi atau diteruskan apabila pencapaian atlit melebihi sasaran.

Page 87: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 87

C. Menyejukkan badan ( 5 hingga 10 minit).

Bertujuan untuk menurunkan suhu badan secara progresif dan mengurangkan risiko kejang otot akibat pengumpulan asid laktik yang berlebihan dalam darah.

Prosedur yang dicadangkan adalah seperti berikut: i. Pergerakan ringan seperti berlari anak untuk menurunkan suhu badan secara progresif.

ii. Regangan statik perlahan.

D. Perbincangan ( 2 hingga 5 minit).

Merekodkan aktiviti dalam log latihan. Soal jawab.

Urutan optimum dan senarai semak kitaran mikro.

1. Urutan optimum (aktiviti latihan) kitaran mikro. Belajar teknik yang betul dengan intensiti sederhana. Meningkatkan pembelajaran kemahiran pada intensiti maksima dan sub-maksima. Bina kelajuan dalam jangka masa pendek (mengikut kemampuan). Bina dayatahan anaerobik. Tingkatkan kekuatan dengan beban 90% - 100% daripada kekuatan maksima individu. Bina dayatahan otot dengan beban intensiti sederhana dan rendah. Bina dayatahan otot dengan intensiti yang tinggi dan maksima. Bina dayatahan kardiorespiratori dengan intensiti sederhana dan rendah. Bina dayatahan kardiorespiratori pada intensiti maksima dan sub-maksima.

2. Senarai semak kitaran mikro. Adakah kandungan latihan yang dipilih dengan jangka masa latihan cukup? Adakah kaedah latihan yang dipilih bersesuaian dengan matlamat latihan? Adakah latihan yang dilakukan sesuai dengan tahap umur atlet? Adakah penentuan beban latihan (intensity dan isipadu) mengikut kemampuan atlet? Adakah telah dibuat ujian penilaian kecergasan sebelum merancang periodisasi latihan? Adakah pemilihan, susunan latihan dan beban latihan mengikut prinsip latihan? Adakah beban latihan setiap fasa mengikut prinsip penambahan beban secara progresif? Adakah prinsip kepelbagaian latihan dirancang dalam periodisasi latihan?

_____________________________________________________________________________________

Seringkali kita perhatikan seorang jurulatih membuat latihan kemahiran sebagai persediaan latihan fizikal. Bincangkan perkara ini dengan pendekatan pada perbezaan tumpuan utama dalam sesi latihan kemahiran dan fizikal?

Page 88: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 88

RUMUSAN.

Setiap sesi latihan mempunyai jagka masa yang panjang untuk menghilangkan kelesuan bagi meneruskan latihan pada sesi latihan seterusnya periodisasi latihan merupakan kaedah perancangan yang terbaik bagi jurulatih dan atlet.

Jurulatih membuat perancangan periodisasi latihan dengan penekanan kepada intensiti dan ispadu kerja supaya atlet dapat beradaptasi secara optimum. Oleh itu, sesi latihan dengan beban kerja yang pelbagai, kaedah latihan dan urutan latihan adalah digalakkan supaya tekanan stress kerja pada badan tidak tinggi secara tetap.

Jurulatih perlu memfokuskan kepada kepada perancangan khusus pada sesuatu komponen fizikal supaya tidak berlaku konflik dalam latihan. Contohnya, melatih kelajuan dan dayatahan kardiovaskular dalam satu sesi latihan yang sama.

Fasa latihan perlu mengikut prinsip latihan seperti prinsip lebihan bebanan, peningkatan beban secara progresif, kekhususan untuk mendapatkan hasil yang optimal.

Pemantauan dan penilaian kemajuan latihan sangat penting bagi mengetahui tahap perkembangan atlet dan penentuan bagi beban latihan yang sebenar.

Sediakan pencapaian matlamat sukan yang ingin dicapai bersama atlet.

Sediakan objektif bagi perancangan jangka panjang dan pendek serta setiap kitaran mikro.

Tentukan pertandingan utama (major) dan pertandingan kecil (minor).

Analisis sukan spesifik – kemahiran, taktikal, sistem tenaga, otot utama, pergerakan dominan merangkumi aspek kekuatan dan kelemahan setiap individu.

Rancang komponen latihan mengikut keutamaan, tuntutan serta jangka masa periodisasi latihan seperti berikut:

- Latihan kardiovaskular – aerobik umum – aerobik spesifik – aplikasi sukan –

pengekalan. - Latihan kekuatan – umum (AA) – hipertropii – kekuatan maksimum – kuasa – dayatahan otot/kuasa – pengekalan. - Latihan Teknik – kemahiran asas – refinement skill – kemahiran lanjutan – aplikasi pertandingan.

Page 89: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 89

KATA KUNCI.

1. Periodisasi 6. Kitaran Bi-cycle

2. Kitaran makro 7. Kitaran Tri-cycle

3. Kitaran mikro 8. Sesi latihan

4. Fasa latihan 9. Adaptasi anatomikal

5. Kitaran mono-cycle 10.Hipertropi

PENILAIAN KENDIRI.

1. Apakah definisi dan objektif periodisasi latihan?

2. Huraikan konsep periodisasi latihan dengan menggunakan ayat anda sendiri?

3. Senaraikan kitaran periodisasi latihan?

4. Bezakan antara kitaran Makro, Mikro, Meso dan sesi latihan dalam periodisasi?

5. Jelaskan dan bincangkan ciri-ciri fasa-fasa dalam periodasi latihan?

6. Apakah perbezaan antara fasa persediaan umum dan khusus periodisasi latihan?

7. Bandingkan 3 klasifikasi kitaran periodiasasi tahunan?

8. Berdasarkan sukan pilihan anda, sila rancang satu periodisasi latihan kekuatan otot

selama 8 minggu?

9. Sila bina satu rancangan sesi latihan fizikal mengikut pilihan anda sendiri?

RUJUKAN Baechle, T. R & Earle, R. W. (2008). Essentials of Strength Training and Conditioning (3th ed).

Champaign IL, Human Kinetics.

Bompa, T.O. (1999). Periodization: Theory and Methodology of Training (4th ed). Champaign IL, Human Kinetics.

Bompa, T.O., & Haff, G.G. (2009). Periodization: Theory and Methodology of Training (5th ed). Champaign IL, Human Kinetics.

Dick, F. W. (2002). Sports Training Principles (4th ed). London, A & C Black.

Stone, M. H., Stone, M & Sands, W. A. (2007). Principle and Practice of Resistance Training. Champaign IL, Human Kinetics.

Page 90: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 90

UNIT 6

KESAN LATIHAN AEROBIK DAN ANAEROBIK

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menjelaskan konsep adaptasi dalam latihan. 2. Menyatakan klasifikasi kesan latihan sukan. 3. Menjelaskan kesan latihan aerobik. 4. Membincangkan kesan latihan anaerobik.. 5. Menganalisis perbezaan adaptasi fisiologikal antara latihan aerobic dan anaerobik.

PENGENALAN

truktur sistem latihan yang menyeluruh dan lengkap dapat memberikan kesan yang maksimum pada pembangunan serta prestasi atlet. Organisasi sistem latihan menjadi faktor secara langsung dan faktor sokongan untuk memaksimumkan pencapaian kejayaan atlet dalam latihan dan pertandingan. Dalam organisasi sistem latihan, faktor

secara langsung terbahagi kepada dua iaitu latihan dan penilaian. Latihan pula merangkumi latihan fizikal, meningkatkan fungsional potensi individu, pembangunan keupayaan motor, pendidikan atlet, teknik, taktik dan periodisasi. Manakala penilaian pula meliputi pengujian dan pengukuran spesifik, penilaian secara saintifik, pemeriksaan perubatan, audio-visual, log latihan dan penilaian kendiri. Keupayaan membangunkan sistem latihan ini akan memberi impak yang positif terhadap pembangunan sukan dan latihan atlet ke tahap maksimum. Secara tidak langsung menyumbangkan kepada keberkesanan proses latihan. Oleh itu, proses latihan tidak boleh dilihat dari sudut yang sempit dan perlu disorot dari sudut yang lebih luas dan kita akan dapat mengenalpasti dengan lebih jelas faktor yang menyumbang kepada proses latihan ini. Gabungan ilmu pengetahuan daripada bidang Sains Sukan menyumbang kepada peningkatan prestasi secara optimum pada atlet. Aplikasi ini akan membentuk struktur latihan yang sistematik pada persediaan fizikal atlet seperti keupayaan pergerakan dan latihan yang efektif serta efisien yang akan menghasilkan kesan positif dalam latihan. Analisis biomekanik pergerakkan, psikologi sukan, pemakanan sukan, anatomi dan fisiologi, pengujian dan pengukuran serta rehabilitasi sukan dapat membantu memaksimumkan kesan latihan dan prestasi atlet. Penyesuaian fizikal memerlukan jangka masa panjang untuk atlet mencapai tahap kematangan (koronologi dan biologi) dalam latihan dan pertandingan.

SM

Page 91: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 91

Konsep Adaptasi Dan Kesan Dalam Sukan. Latihan secara konsisten akan mendedahkan tubuh badan dan minda pada stress kerja yang dihasilkan melalui variasi beban latihan (intensiti dan isipadu). Kemampuan atlet untuk menyesuaikan dan mengolah beban kerja untuk latihan dan pertandingan adalah sangat penting meningkatkan keupayaan secara terus menerus hingga tahap maksimum. Atlet yang tidak mampu beradapatsi secara konsisten dengan beban latihan yang dikenakan adalah dikaitkan dengan kelesuan, overreaching dan overtraining. Dengan kata lain, atlet ini tidak akan dapat mencapai matlamat latihannya.

Mencapai prestasi tinggi adalah hasil proses latihan bertahun-tahun melalui perancangan yang baik, metodologi yang betul dan kesan latihan yang maksimum. Prestasi ini dapat dicapai apabila fisiologi atlet dapat beradaptasi memenuhi tuntutan kriteria sukan spesifik. Lebih tinggi tahap adaptasi yang diperolehi dalam proses latihan maka lebih tinggi tahap potensi prestasi dapat dicapai. Justeru itu, perancangan objektif program latihan yang baik dapat menghasilkan adaptasi bagi meningkatkan prestasi. Bompa dan Haff, (2009), mencadangkan supaya peningkatan kesan latihan boleh dipantau dan dinilai melalui persamaan berikut:

Persamaan pertama:

Stimulus (beban latihan) maksimum Adaptasi Prestasi meningkat

Jika tahap beban latihan ditingkatkan secara progresif maka adaptasi berlaku dan prestasi meningkat.

Persamaan kedua:

Stimulus (beban latihan) kecil (beban latihan) mendatar kurang peningkatan prestasi

Jika tahap beban latihan sama pada setiap peringkat, adaptasi akan berlaku diperingkat awal latihan dan seterusnya mendatar tanpa peningkatan prestasi berlaku.

Persamaan ketiga:

Stimulus (beban latihan) terlalu besar Maladaptasi prestasi menurun

Jika beban latihan besar atau berlebihan pada setiap peringkat, badan tidak dapat mengatasi stress stimulus kerja maka maladaptasi berlaku dan seterusnya prestasi akan menurun atau merosot.

Oleh itu, objektif latihan adalah secara sistematik dan progresif meningkatkan beban latihan yang meliputi intensiti latihan, isipadu latihan dan kekerapan latihan untuk boleh menyebabkan berlakunya adaptasi dan peningkatan prestasi. Peningkatan dan perubahan pada stimulus latihan perlu dimanipulasi supaya variasi stimulus ini membolehkan atlet mendapat adaptasi maksimum dalam program latihan. Pemahaman dan aplikasi teori latihan ‘supercompensation’ lebih memudahkan jurulatih dan atlet untuk memahami proses adaptasi dalam latihan.

Page 92: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 92

Kesan latihan merupakan produk yang terhasil daripada tindak balas secara mekanis atau biokimia pada fungsi organ fisiologi dan psikologi atlet. Penguasaan kemahiran yang lebih efisien, keupayaan berlari, berkayuh atau berenang dalam jarak yang lebih jauh dari sebelumnya, menghasilkan pukulan, hantaran dan balingan yang lebih laju dan tepat adalah merupakan contoh daripada kesan daripada latihan. Latihan yang sistematik dan berulang-ulang memberikan kesan adapatasi terhadap mekanisme pergerakan dan peningkatan biomotor atlet mestilah mematuhi beberapa perkara utama iaitu:

Periodisasi latihan yang sistematik. Intensiti latihan yang maksimum dan efektif. Isipadu latihan yang cukup dan tepat. Masa pemulihan yang cukup dan seimbang. Kaedah latihan yang berkesan dan efektif

Biasanya, kesan latihan berlaku diawal proses latihan tetapi tidak kekal, sementara itu kesan adaptasi boleh diukur setelah menjalani latihan selama empat hingga enam minggu (4 – 6 minggu) (Wilmore, Costill dan Kenney, 2008). Sistematiknya, program latihan jangka pendek ialah dalam jangka masa enam – dua belas minggu (6 – 12 minggu) akan menghasilkan proses adaptasi dalam latihan secara kumulatif.

____________________________________________________________________________

Berdasarkan pemahaman anda tentang konsep adaptasi dalam sukan sukan, sila bincangkan dalam kumpulan tentang konsep mekanisme proses adaptasi?

Klasifikasi Kesan Latihan Sukan.

Program latihan yang efektif dan dirancang dengan baik dapat memberikan respon secara adaptif kepada tubuh badan. Perubahan kapasiti kerja fisiologi tubuh badan merupakan tindakbalas utama yang dihasilkan melalui proses latihan dan memberikan kesan positif terhadap keupayaan biomotor untuk berkerja dengan lebih efisien. Kesan latihan secara umumnya diklasifikasikan kepada tiga (3) kategori iaitu:

Kesan segera (immediate training effect). Kesan tertangguh (Delayed training effect). Kesan kumulatif (cumulative training effect).

I. Kesan segera (immediate training effect).

Kesan ini boleh dikesan semasa atlet melakukan aktiviti latihan fizikal atau kemahiran dan selepas atlet selesai melakukan aktiviti latihan antara set atau sesi latihan. Fisiologi atlet akan bertindak balas dengan stimulus beban kerja yang dilakukan. Intensiti dan ispadu kerja adalah sangat penting dalam proses ini. Contoh kesan segera dalam latihan ialah:

Kadar nadi meningkat.

Tekanan darah meningkat.

Berpeluh.

Page 93: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 93

Kelesuan berlaku.

Daya kerja menurun.

Kekurangan glikogen dalam otot.

II. Kesan tertangguh (delayed training effect).

Kesan ini berlaku selepas selesai sesi latihan apabila tubuh badan dapat menghilangkan

rasa kelesuan. Proses ini dikenali sebagai pemulihan (recovery), dimana tubuh badan akan

mengalami respon metabolik umum seperti resintesis semula ATP-pc dalam otot dan

menyahkan asid laktik dari badan. Kesan ini akan meningkatkan kesediaan badan untuk

menerima stimulus kerja untuk seterusnya. Apabila proses berlaku secara berulang-ulang

secara kerap dengan stimulus kerja yang bertambah maka kapasiti kerja fisiologi badan akan

beradaptasi dan prestasi kerja meningkat.

III. Kesan kumulatif (cumulative training effect).

Kesan kumulatif juga dikenali sebagai kesan terkumpul adalah hasil dari sesi latihan yang

dilakukan oleh atlet dalam satu kitaran mikro hingga makro. Proses ini sangat kompleks

kerana tubuh badan perlu mencapai ambang fisiologi (physiology threshold) dengan

perubahan stimulus beban latihan yang pelbagai untuk merangsang kapasiti kerja fisiologi

atlet ke tahap maksimum. Adaptasi secara kumulatif daripada sesi latihan lepas ini

memberikan kesan positif kepada peningkatan prestasi. Pada peringkat ini, perubahan

beban latihan dengan intensiti tinggi memberikan tindak balas pada fasa pampasan

(compensation). Contoh kesan kumulatif ini ialah:

Kapasiti VO2max (pengambilan oksigen maksimum) meningkat.

Kadar nadi rehat menurun.

Peningkatan hemoglobin dalam darah.

Kekuatan otot meningkat.

Daya dan kelajuan pergerakan meningkat.

Kuasa otot meningkat.

Page 94: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 94

Dalam latihan, persoalan yang sering diutarakan oleh jurulatih ialah bagimana ingin mengetahui kesan latihan dan interprestasi kesan pada atlet. Umumnya, kesan latihan boleh diketahui oleh jurulatih dan atlet melalui ujian kecergasan. Ujian boleh dilakukan pada setiap akhir pasca latihan iaitu dua – empat minggu sekali atau diakhir fasa-fasa latihan. Salah satu kaedah penilaian yang boleh digunakan mengetahui kesan pasca latihan bagi latihan aerobik adalah menggunakan penkategoriani kesan latihan oleh Cooper, (1970).

Jadual 6.1: Kategori kesan latihan Cooper.

NO

KATEGORI

KESAN LATIHAN

KETERANGAN

1. 1.0 – 1.9 MINOR Membina asas dayatahan. Tiada peningkatan prestasi maksimum. Masa pemulihan ditingkatkan.

2. 2.0 – 2.9 PENGEKALAN Mengekalkan kecergasan aerobik. Terdapat sedikit peningkatan prestasi.

3. 3.0 – 3.9 MENINGKAT Kecergasan aerobik meningkat. Latihan ditingkatkan dari 2 – 4 kali seminggu.

4. 4.0 – 4.9 MENINGKAT CEPAT Kecergasan aerobik meningkat cepat. Frekuansi latihan 1 – 2 kali seminggu. Memerlukan beberapa sesi pemulihan.

5. 5.0 ke atas OVERREACHING Peningkatan kecergasan aerobik secara dramatik. Tingkatkan sesi pemulihan.

Keterangan:

Atlet dicadangan supaya mencapai kategori 3.0 ke atas sebagai indikator mencapai kesan latihan yang baik (Cooper, 1970).

Kesan latihan (overreaching) merupakan kunci penting untuk meningkatkan tahap kecergasan aerobik tetapi perlu diprogramkan secara berhati-hati supaya atlet tidak mengalami lebihan latihan (overtraining).

___________________________________________________________________________

Lakukan aktiviti bersama rakan anda seperti lari pecut, lari naik dan turun tangga. Cuba lakukan analisis kesan latihan segera yang anda dialami?

Page 95: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 95

Kesan Latihan Aerobik.

Latihan aerobik adalah aktiviti fizikal atau senaman progresif dan regular melibatkan otot-otot besar. Kebiasaanya disebut sebagai latihan kardiovaskular kerana dijalankan dalam tempoh yang lama untuk menghasilkan adaptasi fizikal dan psikologikal (Sharkey dan Gaskill, 2007) Latihan kardiovaskular akan meningkatkan penghantaran darah pusat dan peripheral, meningkatkan penghantaran nutrient kepada otot dan menambah kapasiti otot fiber untuk menghasilkan ATP (adenosine triphosphate) dalam jumlah banyak (Wilmore, Costill, Kenney, 2008). Latihan aerobik yang dilakukan dalam bentuk rekreasi dapat meningkatkan kapasiti dayatahan kardiovaskular adalah seperti:

Berlari. Berjogging. Berbasikal. Berenang. Skipping. Senam robik.

Bagi program latihan untuk meningkatkan prestasi atlet, latihan yang sistematik dan progresif menjadi salah satu syarat utama untuk latihan ini. Beban latihan (intensiti, isipadu, frekuansi, masa pemulihan) merupakan pembolehubah yang membezakan antara latihan kardiovaskular program rekreasi dan program untuk atlet. Secara umumnya kesan latihan aerobik atau kardioresipatori adalah merangkumi kesan kepada fungsional fisiologikal sistem kardiovaskular dan respiratori dalam badan (Baechle dan Earle, 2008). Adaptasi latihan aerobik berlaku semasa melakukan latihan adalah meliputi:

Isipadu stroke (Stroke volume). Keluaran jantung (Cardiac output). Kadar nadi (Heart rate). Tekanan darah (Blood pressure). Isipadu darah (Blood volume.) Pengambilan oksigen maksimum ( Maximum Oxygen uptake). Otot fiber (Muscle fiber).

a. Isipadu Stroke (Stroke Volume).

Latihan dayatahan kardiovaskular memberikan kesan peningkatan pada isipadu jantung. Isipadu jantung lebih tinggi nilainya selepas menjalani latihan berbanding isipadu jantung masa rehat. Mekanisme fisiologi latihan menjelaskan bahawa pada end-distolic volume, isipadu darah akan dipam melalui ventrikel kiri jantung pada akhir fasa pengisian atau diastole. Lebih banyak darah masuk ke jantung akan meningkat regangan pada dinding vertrikel. Ini akan meningkatkan percentage daya tekanan kontraksi jantung untuk menghantar darah keluar ke otot. Selain daripada itu, Ketebalan posterior dan septal pada dinding vertikel kiri adalah kesan daripada latihan aerobik.

Page 96: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 96

Jadual 6.2 : Isipadu jantung bagi kategori atlet dalam latihan.

Kategori atlet

SVrest (ml/beat)

SVmax (ml/beat)

Tidak berlatih

50 - 70

80 - 110

Berlatih

70 - 90

110-150

Latihan tinggi

90 - 110

150 - 220

b. Keluaran jantung (Cardiac Output). Keluaran jantung ialah jumlah darah yang dipam oleh jantung( liter/minit). Umumnya, keluaran jantung linear dengan pengambilan oksigen maksimum berdasarkan intensiti yang dilakukan. Latihan berintensiti tinggi (high intensity endurance exercise) akan merespon keluaran jantung secara maksimum. Keluaran jantung akan meningkat empat kali ganda daripada tahap rehat iaitu 5 L/min apabila melakukan latihan tahap maksimum. Keluaran jantung maksimum adalah antara 14 – 20 L/min bagi individu tidak berlatih, 25 – 35 L/min untuk individu terlatih manakala 40 L/min atau lebih pada atlet dayatahan tinggi. Keluaran jantung boleh ditentukan melalui formula berikut:

Q = Kadar Denyutan Jantung Seminit x Isipadu Stroke

c. Kadar Nadi (Heart Rate).

Latihan aerobik memberikan kesan besar terhadap kadar nadi terutama pada masa rehat, semasa latihan sub-maksimum dan fasa pemulihan. Di awal sesi latihan, reflex system saraf simpetetik akan meningkatkan kadar nadi. Peningkatan kadar nadi adalah berkadar linear dengan intensiti latihan semasa latihan kardiovaskular. Kadar nadi latihan maksimum dapat dicapai ialah berdasarkan: Tahap kecergasan individu. Umur individu. Intensiti latihan. Mod latihan.

d. Tekanan Darah (Blood Pressure). Tekanan darah sistolik digunakan bagi menganggarkan tekanan darah yang dikeluarkan melanggar dinding arteri semasa kontraksi ventrikular (systole). Gabungkan tekanan darah sistolik dengan kadar nadi boleh digunakan untuk membuat anggaran kerja jantung. Tekanan darah pada arteri biasanya tidak tetap dan berubah-ubah, dimana tekanan darah pada tahap sistolik adalah kira-kira 120 mmHg dan pada tahap diastolik 80 mmHg.

Page 97: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 97

e. Isipadu darah (Blood Volume). Latihan kardiovaskular memberikan kesan kepada peningkatan isipadu darah yang disebabkan oleh peningkatan intensiti kerja. Peningkatan isipadu darah berlaku apabila isipadu plasma dalam darah dan sel darah merah meningkat. Isipadu plasma akan meningkat bila berlaku penambahan protein plasma (albumin) di awal proses pemulihan (recovery) selepas melakukan latihan aerobik.

f. Pengambilan oksigen maksimum ( Maximum Oxygen uptake).

Pengambilan oksigen maksimum (VO2max) merupakan indikator terbaik kapasiti dayatahan kardiovaskular dalam latihan aerobik. Kapasiti menggunakan oksigen adalah berkait dengan keupayaan jantung dan sistem respiratori mengangkut oksigen dalam badan dan juga keupayaan tisu badan menggunakannya. Berikut merupakan contoh anggaran peningkatan bagi orang sedentari. VO2max meningkat sebanyak 15% - 20% dengan latihan pada intensiti 50% - 80% daripada VO2max, selama enam bulan dengan kekerapan 3-5 kali seminggu selama 20-60 minit satu sesi latihan. Nilai normal pengambilan oksigen bagi individu sihat ialah kira-kira 25 – 80 ml.kg-1.min-1. Jadual 6.3: Pengambilan oksigen maksimum mengikut umur, sukan dan jantina.

Page 98: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 98

g. Otot fiber (Muscle fiber). Aktiviti aerobik seperti berjogging dan berbasikal dengan intensiti rendah kepada sederhana memerlukan otot untuk berkerja. Latihan aerobik ini akan merekrut dan merespon otot fiber jenis I iaitu otot sentak lambat. Secara tidak langsung program latihan aerobik juga memberikan kesan kepada pembesaran pada cross-sectional area otot fiber sentak lambat dan ianya bergantung kepada intensiti dan jangka masa setiap sesi latihan (duration of training session) dan jangka masa program latihan (duration of training program).

Ciri-ciri otot fiber sentak lambat:

Kemampuan berkerja dalam jangka masa yang lama. Saiz sel lebih besar. Sel berwarna merah kaya dengan haemoglobin. Kemampuan berkerja dalam intensiti rendah dan sederhana.

Gambarajah 6.1: Otot fiber sentak lambat.

___________________________________________________________________________

Bincangkan kesan latihan aerobik dalam kumpulan anda dan hubungkait setiap kesan tersebut?

Otot fiber sentak lambat/ Type I – Slow Twitch

Page 99: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 99

Kesan Latihan Anaerobik.

Latihan anaerobik melibat keupayaan melakukan pergerakan secara maksimum dalam tempoh

yang singkat (McArdle, Katch dan Katch, 2000). Ia terdiri daripada latihan berintensiti tinggi dan

intermittent seperti latihan bebanan, latih-tubi pliometrik, kelajuan, ketangkasan. Adaptasi

latihan anaerobik sangat mengkhusus kepada penggunaan sistem tenaga dalam latihan iaitu

sistem Fosfagen, sistem alaktik dan sistem laktik. Contohnya, aktiviti latih-tubi latihan pliometrik

dilakukan dibawah masa 10 saat adalah dominan pada sistem Fospagen. Kesan latihan ini

memberikan peningkatan kepada:

Kekuatan otot (Muscular strength).

Kuasa keluaran otot (Power output).

Hipertropi otot (Hypertrophy).

Daya tahan otot (Muscular endurance).

Prestasi kemahiran motor (Motor skill performance).

Secara umumnya kesan latihan anaerobik adalah merangkumi kesan kepada fungsional fisiologikal sistem saraf, neuro-muskular, connective tissue dan sistem endokrine dalam badan (Baechle dan Earle, 2008). Adaptasi latihan anaerobik berlaku semasa melakukan latihan adalah meliputi:

Sistem saraf. Motor unit. Hipertropi otot. Otot fiber. Respon hormon.

i. Sistem Saraf

Latihan anaerobik memberikan adaptasi kepada rantaian sistem saraf badan dan system saraf pusat dan kemudiannya kepada sistem otot fiber (Baechle dan Earle, 2008). Mekanisme adaptasi sistem saraf berlaku apabila beban yang diterima oleh otot fiber akan dihantar ke sistem saraf pusat bagi mengatasi beban tersebut. Impulse akan dihantar semula melalui sistem saraf kepada otot fiber untuk menghasilkan daya maksimum gerakan bagi mengatasi beban. Proses ini berlaku berulang-ulang kali dan secara tidak langsung menghasilkan adaptasi sistem saraf dahulu sebelum kekuatan otot (Wilmore, Costill dan Kenney, 2008).

ii. Motor Unit.

Fungsional unit dalam sistem neuromuscular yang penting ialah motor unit. Iaitu terdiri daripada alpha motor neuron dan otot fiber. Motor unit lebih banyak direkrut dalam otor fiber untuk menghasilkan daya, kelajuan pergerakan dan penghasilan kuasa. Apabila otot berkontraksi untuk menghasilkan daya maksimum, keseluruhan motor unit ini akan diaktifkan. Perbezaan kadar pengaktifan motor unit mempengaruhi daya kerja otot.

Page 100: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 100

Otot angonis menghasilkan kekuatan maksimum dan kuasa adalah daripada meningkatnya pengrekrutan motor unit, kadar pengaktifan motor unit dan penyeragaman pengaktifan motor unit. Contohnya, semasa atlet mengangkat beban berat dalam latihan bebanan, semua otot fiber menjadi besar kerana otot fiber direkrut untuk menghasilkan daya mengatasi beban berat. Kesan adaptasi ini menghasilkan kekuatan otot dan pembesaran otot dalam latihan anaerobik ini.

iii. Hipertropi otot.

Hipertropi otot merupakan kesan latihan terhadap pembesaran otot yang dirujuk peningkatan cross-sectional area pada otot fiber (Bachle dan Earle, 2008). Latihan bebanan dengan intensiti tinggi menghasilkan proses hipertropi otot yang melibatkan peningkatan sinstesis kontraktil protein dalam otot myofibril (aktin dan myosin) yang menyebabkan berlaku perubahan pada myofilamen. Penambahan myofileman baru pada perihepri dalam myofibril akan meningkatkan diameter otot myofibril. Adaptasi ini membentuk kesan kumulatif pembesaran otot fiber dan secara kolektifnya mewakili keseluruhan pembesaran sekumpulan otot.

iv. Otot fiber.

Dalam dalam latihan anaerobik kedua-dua jenis otot fiber iaitu otot sentap lambat (type-I) dan otot sentap cepat (type-II) direkrut dan aktifkan bagi memberikan kesan stimulasi pada latihan bebanan, pliometrik, kelajuan dan ketangkasan.

v. Respon Hormon.

Hormon memainkan peranan yang penting dalam adaptasi latihan anaerobik kerana melibatkan proses hemostatis bagi membolehkannya berfungsi dengan lebih efisien. Anabolik hormon seperti testosterone, insulin dan hormon tumbesan (growth hormone) mempengaruhi dalam perkembangan otot, tulang dan connective-tissue. Klasifikasi adaptasi dan respon hormone dalam latihan anaerobik dapat dibahagikan kepada empat fasa iaitu:

Perubahan akut semasa dan selepas latihan. Perubahan kronik dalam fasa rehat. Perubahan kronik kepada akut dalam respon kepada sesi latihan. Perubahan pada kandungan reseptor.

____________________________________________________________________________

Bincangkan hubungkait kesan latihan anaerobik ini untuk mencapai tahap prestasi maksimum dengan memilih contoh salah satu dari aktiviti sukan yang anda tahu?

Page 101: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 101

Analisis Adaptasi Fisiologikal Latihan Aerobik dan Anaerobik.

Jadual 6.4: Analisis Kesan Latihan Aerobik dan Anaerobik.

KOMPONEN FISIOLOGI

ADAPTASI LATIHAN

ANAEROBIK

ADAPTASI LATIHAN

AEROBIK

Prestasi Kekuatan otot Dayatahan otot Kuasa Aerobik Daya maksimum Lompat menegak Kuasa anaerobik Kelajuan pecutan

Otot Fiber Saiz fiber Densiti kapilari Densiti Mitochondrial Densiti myofibril Isipadu myofibril Densiti cytoplasmic

Enzim Creatine phosphoskinase Myokinase Phosphofructokinase Lactate dehydrogenase Sodium-potassium ATPase

Penyimpanan Metabolik Penyimpanan ATP Penyimpanan creatine phosphate Penyimpanan glycogen Penyimpanan triglycerides

Komposisi badan % lemak badan Fat-free mass

Keterangan: meningkat, menurun, tiada perubahan/sedikit berubah.

Page 102: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 102

RUMUSAN.

Struktur latihan yang sempurna dan digabungkan dengan pelbagai displin ilmu Sains Sukan memberikan pendekatan terkini dan baru dalam bidang latihan dan kejurulatihan sukan. Aplikasi ilmu gunaan sains sukan memberikan pragdima baru untuk mendapatkan hasil semaksimum mungkin.

Konsep adaptasi latihan sukan merupakan asas yang sangat penting untuk diketahui, difahami dan diaplikasikan oleh jurulatih dalam proses latihannya. Kesan latihan merupakan matlamat yang ingin dicapai dalam sesuatu program latihan bagi meningkatkan keupayaan fizikal, biomotor, kemahiran motor dan prestasi atlet. Perancangan yang sempurna memerlukan jangka masa panjang kerana kesan latihan perlu dikekalkan sehingga atlet mencapai tahap yang optimum. Atlet yang gagal mencapai tahap optimum, biasanya kurang berupaya untuk bersaing dengan pihak lawan yang lebih hebat dalam latihannya.

Analisis yang sistematik dan komprehensif oleh jurulatih dalam periodisasi latihan dapat memberikan kesan yang maksimum terhadap peningkatan prestasi atlet. Hubungan antara beban latihan dan pemulihan (Training load x recovery) adalah asas yang sangat penting bagi mendapatkan adaptasi yang positif disamping mengelakkan daripada prestasi menurun pada atlet. Beban latihan yang optimal bagi atlet memberikan kesan penyesuaian yang baik kepada sistem hemeostatis sel badan dalam aktiviti aerobik atau anaerobik.

KATA KUNCI.

1. Beban latihan 6. Overreahing 11. Isipadu stroke

2. Pemulihan 7. Adaptasi 12. Keluaran jantung

3. Aerobik 8. Kesan segera 13. Motor unit

4. Anaerobik 9. Kesan tertangguh 14. Sistem saraf

5. Kelesuan 10.Kesan kumulatif 15. Hipertropi otot

Page 103: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 103

PENILAIAN KENDIRI.

1. Apakah konsep adaptasi dalam latihan fizikal?

2. Jelaskan 3 persamaan yang menjelaskan kesan adapatasi latihan?

3. Bezakan antara ketiga-tiga klasifikasi kesan latihan ini dan bagaimana ia berlaku dalam sesi latihan.

4. Berikan 3 contoh kesan latihan segera dan kesan latihan kumulatif?

5. Senaraikan kesan adapatasi dalam latihan aerobik?

6. Jelaskan ciri-ciri otot fiber sentap lambat?

7. Senaraikan kesan adapatasi latihan anaerobik?

8. Berdasarkan suatu periodisasi latihan, hasilkan suatu analisis yang sistematik dan komprehensif terhadap kesan latihan aerobik dan anaerobik dalam sukan pilihan anda?

RUJUKAN. Cooper, H.K. (1970). The New Aerobics. New York. M. Evans and Company.

Baechle, T. R & Earle, R. W. (2008). Essentials of Strength Training and Conditioning (3th ed). Champaign IL, Human Kinetics.

Bompa, T.O., & Haff, G.G. (2009). Periodization: Theory and Methodology of Training (5th ed). Champaign IL, Human Kinetics.

McArdle, W. D., Katch, F. I., & Katch, V. L. (2000). Essentials of Exercise Physiology (2nd ed). Philadelphia. Lippincott Williams & Wilkins..

Sharkey, B. J., & Gaskill, S. E. (2007). Fitness and Health (6th ed). Champaign IL, Human Kinetics.

Wilmore, J.C., Costill, D. L., & Kenney, W. L. (2008). Physiology of Sport and Exercise (4th ed). Champaign IL, Human Kinetics.

Page 104: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 104

UNIT 7

ISU-ISU KECERGASAN DAN GAYA HIDUP SIHAT

HASIL PEMBELAJARAN

Diakhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menyatakan takrifan kesihatan. 2. Menjelaskan dimensi sihat dan sejahtera. 3. Menjelaskan kelebihan amalan aktiviti fizikal secara berterusan dalam kehidupan dan

untuk bersukan. 4. Membezakan komponen kekangan dalam menjalankan aktiviti fizikal. 5. Membincangkan dan mengenal pasti masalah kekangan menjalankan aktiviti

kecergasan

PENGENALAN

emiliki kehidupan yang sempurna tanpa ada masalah kesihatan dan dapat melakukan aktiviti yang kita inginkan merupakan sesuatu yang sangat diimpikan oleh setiap individu. Namun begitu, berapa ramaikah yang berusaha untuk mendapatkan kehidupan yang berkualiti? Tahukah anda bahawa gaya hidup sendetari adalah corak kehidupan

yang dilalui tanpa atau kurang melakukan aktiviti fizikal . Di dalam bab-bab yang terdahulu, anda telah di dedahkan dengan pelbagai konsep asas kecergasan dan prinsip-prinsip asas latihan kecergasan fizikal. Anda juga telah didedahkan dengan strategi-strategi perancangan dan persediaan latihan fizikal. Di dalam bab ini, kita akan membincangkan dengan lebih lanjut bagaimana amalan gaya hidup sihat, yang menekankan komponen aktiviti fizikal secara berterusan, dapat menyumbang terhadap kesihatan dan kesejahteraan yang menyeluruh, yang merangkumi bukan sahaja komponenfizikal, bahkan mental, sosial, emosi, dan juga rohani atau spiritual. Walaupun amalan gaya hidup sihat diperakui dapat membantu individu menjalani kehidupan dengan lebih baik dan menyumbang terhadap pembangunan diri, agama, dan negara dengan lebih cemerlang, amalan gaya hidup sihat sering kali di abaikan. Memahami faktor-faktor yang mengekang seseorang daripada mengamalkan gaya hidup sihat dapat membantu individu dalam mengamalkan dan menjadikan amalan ini satu tabiat.

KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN.

Kesihatan merupakan sesuatu yang sangat berharga. World Health Organization (WHO) mentakrifkan sihat sebagai keadaan fizikal, mental, dan sosial yang sejahtera sepenuhnya, bukan sekadar lemah atau tidak berpenyakit. Selain itu, takrifan sihat yang lebih meluas di cadangkan oleh Bircher, (2005) dalam kajiannya merujuk kepada keadaan kesejahteraan yang

M

Page 105: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 105

dinamik dari segi fizikal dan mental individu yang membolehkan individu memenuhi tanggungajawab masing masing selaras dengan umur, budaya dan tanggungjawab peribadi.

Rajah 7.1: Dimensi Kecergasan.

Dua takrifan mendedahkan dua perkara penting, pertama, berkeadaan berkeadaan sihat dan sejahtera amat penting bagi individu menjalani fungsi hidup masing masing secara optimum. Kedua, sihat dan sejahtera mempunyai pelbagai komponen, bukan sahaja bebas dari penyakit fizikal. Corbin et al (2011) berpendapat bahawa sihat dan sejahtera mempunyai lima dimensi utama;

Emosi. Intelek. Fizikal. Sosial. Spiritual.

Corbin, et al (2011) juga berpendapat bahawa sihat dan sejahtera adalah dua perkara yang berlainan, oleh yang demikian, Corbin mentakrifkan dimensi sihat dan sejahtera seperti berikut:

Kesihatan emosi.

Seseorang dengan kesihatan emosi adalah (1) bebas daripada penyakit mental emosi atau melemahkan keadaan seperti kemurungan klinikal dan (2) memilikikesejahteraan emosi.

Kesejahteraan emosi.

Merujuk kepada keupayaan seseorang.untuk menangani urusan harian dan

menangani emosi secara positif, optimis, dan membina. Seseorang dengan kesejahteraan emosi umumnya dicirikan sebagai gembira, berbanding tertekan.

Page 106: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 106

Kesihatan Intelek.

orang dengan kesihatan intelek adalah bebas dari penyakit yang menyerang otak dan sistem lain yang penting dalam proses pembelajaran. Seseorang dengan kesihatan intelek juga memiliki kesejahteraan intelek.

Kesejahteraan Intelek.

Kesejahteraan intelek adalah seseorang keupayaan untuk belajar dan menggunakan

maklumat untuk meningkatkan kualiti hidup seharian dan berfungsi secara optimum. Seseorang dengan kesejahteraan intelekumumnya dicirikan sebagai berilmu berbanding jahil.

Kesihatan fizikal.

Merujuk kepada keadaan individu yang bebas daripadapenyakit yang menjejaskan sistem fisiologi badanseperti jantung, sistem saraf, dan lain-lain. Seseorang dengan kesihatan fizikal memiliki tahap kecergasan dan kesejahteraan fizikal yang mencukupi.

Kesejahteraan fizikal.

Merujuk kepada keupayaan individu berfungsi dengan berkesan dalam memenuhi keperluan kehidupan harian dan menggunakan masa lapang dengan berkesan. Kesihatan fizikal termasuk kecergasan fizikal yang baik dan memiliki kemahiran motor yang berguna. Seseorang dengan kesejahteraan fizikal secara umumnyadicirikan sebagai cergas dan bukan tidak bermaya.

Kesihatan sosial.

Merujuk kepada keadaan individu yang bebas daripada penyakit atau keadaan yang teruk yang menghadkan fungsinya dalam masyarakat termasuk sikap anti-sosial.

Kesejahteraan Sosial.

Merujuk kepada keupayaan seseorang untuk berinteraksi dengan orang lain dan untuk menjalinkan hubungan yang bermakna yang boleh meningkatkan kualiti hidup untuk semua orangterlibat dalam interaksi tersebut (termasuk diri sendiri). Seseorang dengan kesejahteraan sosial umumnya disifatkan sebagai seseorang yang mempunyai ramai kenalan berbanding keseorangan.

Kesihatan rohani.

Merujuk kepada salah satu komponenkesihatan dianggap sinonimdengan kesejahteraan rohani.

Page 107: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 107

Kesejahteraan rohani.

Merujuk kepada keupayaan individu untuk mewujudkan satu sistem diri yang bernilai dan berdasarkan sistem kepercayaan, serta mempunyai matlamat seumur hidup yang bermakna dan konstruktif. Kesejahteraan Rohani sering berdasarkan kepada kepercayaan terhadap kuasa yang lebih besar daripada individu yang membantu seseorang menyumbang kepada lebih baik kualiti hidup untuk semua orang. Seseorang dengan kesihatan rohani umumnya dicirikan sebagai seorang yang berperasaan cukup berbanding dengan rasa tidak cukup.

_______________________________________________________________________

Bincangkan dalam kumpulan tentang hubungan antara dimensi sihat dan sejahtera dalam kehidupan?

3. AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

Amalan gaya hidup adalah salah satu faktor penentu tahap kesihatan seseoarang. Menurut World Health organization (1998), gaya hidup merujuk kepada cara hidup yang berdasarkan corak tingkah laku yang boleh dikenal past iyang ditentukan oleh interaksi antara satu ciri-ciri individu peribadi, interaksi sosial, status sosio ekonomi dan keadaan alam sekitar.

Elemen penting dalam takrifan gaya hidup oleh WHO adalah faktor peribadi individu. Dalam konteks ini, seseoarng individu itu mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam menentukan samada gaya hidup sihat diamalkan atau tidak.

Walaupun konsep gaya hidup merangkumi skop yang sangat luas seperti faktor pemakanan, pengambilan alkohol, faktor sosial seperti gaya hidup bebas, faktor keselamatan persekiratan dan sebagainya, modul ini khususnya menekannan gaya hidup sihat dalam kontek amalan aktiviti fizikal untuk kesihatan.

3.1 Aktiviti Fizikal

Amalan aktiviti fizikal yang berterusan merupakan pilihan gaya hidup yang sihat. Pelbagai kebaikan boleh diperoleh dari aktiviti-aktiviti ini.Kebaikan-kebaikan ini merangkumi aspek fizikal, sosial, dan juga mental seseorang individu.Aktiviti fizikal merujuk kepada apa-apa aktiviti yang melibatkan penggunaan fizikal dan menggunakan tenaga, samada melibatkan aktiviti berstruktur atau tidak.

Berstruktur bermaksud sesuatu aktiviti yang tersusun seperti pertandingan sukan, kelas-kelas aerobik, ataupun aktiviti-aktiviti lain. Aktiviti tidak berstruktur pula adalah aktiviti yang dilakukan yang dilakukan dengan tujuan untuk berseronok.

Page 108: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 108

3.2 Kelebihan Amalan Aktiviti Fizikal Berterusan

Banyak kebaikan yang boleh diperolehi daripada amalan aktiviti fizikal yang berterusan yang merangkumi kebaikan secara fizikal, mental, dan sosial. Dari segi fizikal ia membantu individu meningkatkan fungsi sistem tubuh badan seperti sistem jantung, paru-paru, buah pinggang, otak, usus, dan juga otot-otot dan tulang. Kajian-kajian saintifik jelas membuktikan bahawa aktiviti fizikal yang berterusan boleh meningkatkan kecergasan individu. Peningkatan kecergasan akan membantu individu untuk melakukan kerja-kerja berat untuk jangka masa yang lebih lama tanpa rasa letih.

Peningkatan fungsi buah pinggang pula akan membantu tubuh untuk membersihkan darah dari bahan-bahan toksik yang diperoleh dari makanan ataupun bahan-bahan lain yang diambil. Selain itu, tabiat bersukan dan bersenam juga membantu meningkatkan kekuatan otot dan tulang. Ini juga akan membantu untuk melakukan aktiviti harian seperti bekerja, berjalan, mengangkat barang, dan beribadat dengan lebih baik.

Tenaga yang disalurkan semasa aktiviti-aktiviti sukan dan senaman juga dapat menyumbang keseimbangan penggunaan dan penyimpanan tenaga badan, seterusnya dapat mengawal peningkatan berat badan. Berat badan yang berlebihan menghalang dan menyusahkan seseorang untuk melakukan aktiviti harian.

Selain memberi kebaikan terhadap tubuh badan, aktiviti fizikal yang dilakukan bersama keluarga dan rakan-rakan juga menyumbang terhadap kepentingan sosial individu. Aktiviti bersama ini memberi peluang untuk bersama rakan-rakan dan keluarga, selain meningkatkan hubungan sesama individu di dalam sesebuah komuniti.

Masa yang diluangkan untuk bersukan dan bersenam dapat menghalang seseorang dari terjebak atau terjebak semula dengan aktiviti-aktiviti negatif yang membuang masa.

Kebaikan-kebaikan yang boleh diperoleh dari aktiviti bersukan tidak terbatas terhadap kesan fizikal dan sosial sahaja.Tabiat ini juga boleh memberi kebaikan terhadap aspek mental individu seperti rasa tenang, menangani tekanan, menambahkan rasa yakin diri, selain mampu meningkatkan kepekaan minda.

4. KEKANGAN DALAM MENJADIKAN AKTIVITI FIZIKAL SATU AMALAN HARIAN

Walaupun aktiviti fizikal jelas memberikan banyak kebaikan, kajian-kajian saintifik menunjukkan bahawa tahap penglibatan masyarakat malaysia dalam aktiviti fizikal, sukan dan senaman adalah sangat rendah. Contohnya, Kajian Poh et al (2010) menunjukkan cuma sebahagian kecil dari penduduk Malaysia terlibat secara aktif iaitu sebanyak 14% .Cuma 16% lelaki dan 10% wanita terlibat secara aktif dalam sukan. Kadar penduduk yang tidak aktif sebanyak 43% bagi wanita dan 37% bagi lelaki.

Dalam kajian lain, sebanyak 43.7% rakyat Malaysia adalah tidak aktif secara fizikal. Daripada jumlah ini, 35.3% lelaki 50.5% wanita diklasifikasikan sebagai tidak aktif (Institute of Public Health, 2008). Dapatan kajian yang hampir serupa juga diperolehi oleh Disease Control Division dalam kajian mereka pada tahun 2006. Dapatan kajian menunjukkan kadar penduduk yang tidak aktif sebanyak 60.1%. Ini termasuk 65.1% wanita dan 55.4% lelaki (Disease Control Division, 2006). Persoalan yang sangat penting di sini adalah bagaimana untuk memupuk individu untuk melibatkan diri secara aktif dalam sukan dan aktiviti fizikal.

Page 109: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 109

Salah satu faktor yang telah dikenal pasti sebagai faktor penentu dalam tabiat melakukan aktiviti fizikal adalah aspek kekangan. Dalam menggalakkan amalan gaya hidup sihat, adalah penting untuk kita memahami dan menangani kekangan-kekangan yang menyebabkan individu tidak mahu melibatkan diri dalam sukan dan aktiviti fizikal.

4.1 Komponen Kekangan.

Kekangan-kekangan ini boleh di bahagikan kepada tiga komponen iaitu:

Kekangan struktur. Kekangan intra-individu. Kekangan antara individu.

Kekangan struktur.

Merujuk kepada kekangan-kekangan dari segi kemudahan dan sumber untuk

melakukan aktiviti fizikal seperti tiada kemudahan bersukan dan bersenam, tiada sumber kewangan, dan tiada kemudahan pengangkutan.

Kekangan intra-individu.

Merujuk kepada kekangan-kekangan yang berpunca dari dalam diri individu itu sendiri seperti malu, tiada motivasi, dan tiada keyakinan diri.

Kekangan antara individu.

Merujuk kepada kekangan yang bepunca dari sebab sosial seperti tiada galakan dari

orang-orang yang di sayangi, tiada rakan atau pasangan untuk melakukan aktiviti dan sebagainya.

Kajian-kajian berkenaan motivasi dan kekangan dalam bersukan menunjukkan bahawa individu yang tidak aktif sering melaporkan beberapa sebab utama mereka tidak mengamalkan aktiviti fizikal. Sebab-sebab ini boleh dikategorikan dalam tiga komponen di atas. Menggunakan senarai dibawah, kenalpasti komponen-komponen kekangan.

Tiada Masa.

Tiada Kemudahan untuk bersukan.

Tiada pengangkutan untuk ke tempat bersenam/bersukan.

Tiada peluang atau aktiviti yang boleh dilakukan.

Tiada sumber kewangan.

Tiada motivasi dan keyakinan diri untuk beraktiviti fizikal.

Page 110: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 110

Faktor keagamaan.

Aktiviti yang ada tidak bersesuaian dengan diri.

Tiada rakan untuk melakukan aktiviti bersama.

Tiada galakan.

Kajian berkenaan kekangan mengikut umur pula menunjukkan bahawa masa adalah sebab utama mengapa individu tidak melakukan aktiviti fizikal selain tidak bertenaga selepas letih dengan aktiviti seharian.

_______________________________________________________________________

Senaraikan kekangan-kekangan yang ANDA rasai untuk melakukan aktiviti fizikal secara berterusan?

4.2 Salah Faham Dalam Amalan Aktiviti Fizikal Berterusan

Dalam menggalakkan aktiviti fizikal yang berterusan, perlu untuk difahami bahawa kekangan yang sering dilaporkan adalah bersifat subjektif dan sering menggambarkan ‘perasaan’ individu terhadap aktiviti fizikal dan senaman.

Sebagai contoh, kekangan masa, tempat kemudahan, sumber kewangan dan lain lain yang sering di laporkan adalah kekangan untuk melakukan aktiviti fizikal secara berstruktur. Untuk mendapatkan kebaikan seperti yang disenaraikan di atas, aktiviti tidak berstruktur seperti menggunakan tangga berbanding menggunakan lif atau eskalator, melakukan kerja – kerja rumah dan lain-lain aktiviti fizikal yang mengunakan tenaga.

4.3 Tabiat Bersukan dan bersenam

Proses menjadikan sesuatu tingkah laku sebagai tabiat akan lebih mudah difahami jika kita menghuraikan apakah yang dikatakan tabiat. Definisi am tabiat adalah merujuk kepada sesuatu tingkah laku yang dilakukan secara;

Berulang dan stabil. Bersifat automatik iaitu tanpa perlu difikirkan secara panjang. Keinginan untuk melakukakan sesuatu dicetus oleh keadaan persekitaran. Memberikan kesan psikologi seperti keresahan jika perkara tersebut tidak dilakukan.

Dalam menjadikan sesuatu aktiviti fizikal sebagai tabiat, komponen tabiat di atas perlu dititik beratkan.

Page 111: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 111

Berulang dan stabil.

Tabiat merupakan perkara yang kita lakukan secara berulang dan bersifat stabil. Contoh mudah dari kehidupan seharian adalah seperti menanggalkan kasut sebelum memasuki rumah. Kami percaya bahawa anda tidak perlu memikirkan samada untuk memakai kasut atau tidak apabila hendak memasuki rumah anda.Tabiat ini berlaku kerana anda telah diasuh untuk melakukannya semenjak kecil (berulang) setiap kali sebelum memasuki rumah (stabil). Dalam konteks sukan dan senaman, jika ia belum menjadi tabiat bagi anda, anda akan sentiasa memikirkan secara panjang lebar samada perlu bersukan dan bersenam. Anda akan mempertimbangkan kelebihan dan kekurangan bersukan dan bersenam. Anda juga mungkin mempertimbangkan perkara-perkara lain yang perlu anda lakukan pada waktu tersebut. Jika motivasi seseorang itu lemah, kebarangkaliannya adalah tinggi untuk anda memilih untuk tidak bersenam. Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai sikap dan pandangan negatif terhadap sukan dan senaman.

Automatik.

Tabiat adalah bersifat automatik.Ini merujuk kepada sesuatu tingkah laku yang anda lakukan tanpa perlu memikirkannya terlebih dahulu. Ciri tabiat ini boleh dicapai dengan melakukannya secara berulang ulang.

Keinginan untuk melakukan sesuatu tingkah laku di cetus oleh persekitaran.

Ciri penting tabiat ialah ia dicetuskan oleh persekitaran. Perkara-perkara yang kita lihat atau dengar akan mencetuskan keinginan untuk melakukan tabiat tersebut. Sebagai contoh, jika seseorang mempunyai tabiat bersukan dan bersenam setiap hari jam 5.30 petang, apabila sampai waktu tersebut, seseorang itu akan dengan sendiri merasa keinginan untuk bersenam. Ciri tabiat ini memberi implikasi yang sangat besar dalam proses menjadikan sesuatu tingkah laku seperti bersukan dan bersenam satu tabiat. Nota peringatan boleh dijadikan sebagai alat bantu dalam menjadikan sukan sebagai satu tabiat.

Kesan negatif psikologi jika tidak dilakukan.

Ciri terakhir tabiat adalah kesan negatif psikologi jika ianya tidak dilakukan. Bayangkan anda memasuki rumah tanpa menanggalkan kasut. Kami pasti anda akan berperasaan sama seperti orang lain iaitu berasa bersalah dan berasa anda telah mengotorkan rumah anda. Perasaan ini tiada pada mereka dari barat yang mana menanggalkan kasut sebelum memasuki rumah bukan budaya dan tabiat mereka.

_______________________________________________________________________

Bina satu program aktiviti fizikal untuk klien yang dapat memberikan kebaikan kesihatan dan menangani kekangan-kekangan di atas?

Page 112: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 112

RUMUSAN.

Di dalam bab ini, kepentingan untuk menjadikan aktiviti fizikal satu amalan harian di huraikan secara ringkas. Kepentingan-kepentingan seperti kebaikan untuk kesihatan dan kesejahteraan fizikal, sosial, dan emosi seseorang dapat di jana dengan amalan bersukan dan bersenam secara berterusan. Walau bagaimanapun untuk memulakan dan menjadikan aktiviti fizikal sebagai satu tabiat, terdapat pelbagai kekangan yang harus ditangani. Kekangan-kekangan seperti perasaan malas, tiada motivasi, tiada peralatan dan kemudahan, tiada sumber kewangan, dan sebagainya boleh ditangani dengan strategi pengurusan masa yang betul dan menukarkan persepsi minda bahawa sukan dan senaman adalah sesuatu yang perlu dan bukan menyusahkan.

KATA KUNCI.

1. Aktiviti fizikal 6. Kekangan struktur

2. Kesihatan 7. Kekangan intra-individu

3. Dimensi sihat 8. Kekangan antara individu

4. Psikologi 9. Tabiat

5. Gaya hidup sihat 10.komponen kekangan

PENILAIAN KENDIRI.

1. Apa takrifan kesihatan? 2. Senaraikan dimensi sihat dan sejahtera Corbin (2011)? 3. Jelaskan apakah fungsi setiap dimensi untuk sihat dan cergas? 4. Jelaskan konsep amalan gaya hidup sihat? 5. Senaraikan komponen kekangan dalam menjalankan aktiviti fizikal sebagai satu

amalan? 6. Nyatakan perbezaaan antara kekangan intra-individu dan kekangan antara individu? 7. Bincangkan sebab-sebab kenapa individu tidak bersenam? 8. Jelaskan proses untuk menjadikan sukan dan bersenam sebagai satu tabiat?

Page 113: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 113

RUJUKAN. Bircher J. (2005). Towards a dynamic definition of health and disease.Medical health Care

Philosophy. 8, 335-341.

Charles B. Corbin, Gregory J Welk, William R Corbin, Karen A Welk, Mary Greeley (2011) Concepts of Fitness And Wellness: A Comprehensive Lifestyle Approach, 9th Ed. McGraw Hill.

Renee Lyons and Lynn Langille (2000). Healthy Lifestyle: Strengthening The Effectiveness Of Lifestyle Approaches To Improve Health. Retrieved from http://www.phac-aspc.gc.ca/ph-sp/docs/healthy-sain/summary-eng.php

World Health Organization.(1998a). Health Promotion Glossary. Geneva, Switzerland.

Retrieved from whqlibdoc.who.int/hq/1998/WHO_HPR_HEP_98.1.pdf Ajzen I. (2002). Residual effects of past on later behavior: habituation and reasoned action

perspectives. Personality and Social Psychology Review. 6:107-122.

Page 114: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 114

UNIT 8

KAEDAH LATIHAN AEROBIK

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menyatakan definisi latihan aerobik. 2. Menerangkan klasifikasi daya tahan. 3. Menjelaskan faktor kaedah latihan aerobik. 4. Membezakan bandingkan kepentingan dan kriteria ketiga-tiga kaedah latihan aerobik. 5. Menganalisis aplikasi kaedah latihan aerobik dalam fasa latihan. 6. Merancang aplikasi kaedah latihan aerobik dalam program latihan suaian fizikal.

PENGENALAN

encapaian cemerlang yang dimiliki oleh para atlet kini mencerminkan pengetahuan dan kemahiran yang mendalam hasil daripada kaedah-kaedah latihan yang dijalani. Kaedah-kaedah baru hasil daripada penyelidikan secara saintifik telah memperkayakan teori dan kaedah latihan. Kaedah latihan diaplikasikan bersesuaian dengan jenis sukan dan

keperluan atlet, seterusnya membolehkan atlet mencapai kecergasan optimum serta kejayaan yang cemerlang, Kecergasan fizikal yang baik dicapai melalui latihan bersistematik, terancang dan berpandu kepada prinsip-prinsip latihan. Di samping itu, atlit mestilah mempunyai disiplin, komited dan usaha gigih untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal. Latihan membina kecergasan fizikal membolehkan seseorang berfungsi dengan cekap dan berkesan tanpa berasa cepat lesu. Sukan prestasi tinggi dan kompetitif menuntut atlit mempunyai kecergasan fizikal yang mantap, kemahiran tinggi dan ketahanan mental yang jitu. Oleh itu, jurulatih perlulah memberikan latihan serta merancang latihan yang sesuai dan berkesan secara total untuk atlitnya. Oleh kerana latihan fizikal berpandukan prinsip khusus (specificity), maka adalah tepat jika jenis kaedah latihan mengikut sistem tenaga yang diperlukan.

Kejayaan cemerlang dalam pertandingan dayatahan aerobik seperti berlari, berbasikal, berenang adalah bergantung kepada keupayaan atlet untuk menempuhi jarak dalam masa sesingkat mungkin. Memerlukan atlet memiliki penyesuaian fizikal tinggi untuk pertandingan ini. Bagi mencapai tahap prestasi yang tinggi, atlet perlu berlatih keras dan kuat untuk memaksimumkan adaptasi fisiologi daripada latihannya.

PM

Page 115: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 115

Kaedah latihan aerobik Latihan aerobik melibatkan pengambilan, pengangkutan dan penggunaan oksigen dengan berkesan. Latihan aerobik dapat memperbaiki kapasiti badan untuk menghasilkan ATP menerusi pemecahan karbohidrat dan lemak yang tersimpan dalam badan.

Latihan aerobik adalah aktiviti fizikal atau senaman progresif dan regular melibatkan otot-otot besar. Ia dijalankan dalam tempoh yang panjang untuk menghasilkan adaptasi fizikal dan psikologikal. Ia memberikan peningkatan kepada kecekapan sistem pengangkutan dan penggunaan oksigen. Progresif bermaksud meningkatkan intensiti latihan untuk mendapat kesan kecergasan yang positif. Manakala, regular bermaksud kekerapan latihan. Biasanya berselang tiga hingga empat kali dalam seminggu. Latihan yang tidak regular menyebabkan kemerosotan. Aktiviti-aktiviti kecergasan aerobik melibatkan pergerakan otot-otot besar. Ini bermakna lebih daripada 50% otot rangka perlu digerakkan secara rancak atau sederhana semasa latihan. Jika kita hanya menggerakkan otot-otot kecil di kaki dan tangan, tiada kesan positif akan terhasil walaupun dilakukan dalam tempoh yang lama.

Tempoh latihan yang panjang bermaksud sesuatu sesi latihan aerobik memakan masa minimum setengah jam. Jika terlalu singkat, jantung tidak mendapat kesan yang positif. Tempoh latihan bermaksud program latihan aerobik perlu memakan masa melebihi tiga bulan bagi membolehkan adaptasi fisiologi berlaku. Program latihan yang pendek (seminggu atau dua) didapati tidak memenuhi syarat tempoh latihan aerobik. Adaptasi fizikal dan fisiologikal bermaksud penyesuaian pada badan ketika latihan aerobik menghasilkan perubahan dan peningkatan fizikal dan fisiologikal. Sistem pengangkutan dan penggunaan oksigen adalah sistem edaran darah dan pernafasan yang melibatkan jantung, paru-paru dan saluran darah dalam tubuh. Kecergasan aerobik berkaitan dengan sistem ini.

Klasifikasi Daya tahan.

Karakteristik umum dayatahan adalah kemampuan fizikal mengatasi kelesuan untuk berkerja dalam jangka masa yang lama. Manakala bagi karakteristik khusus untuk pertandingan adalah keupayaan fizikal mengatasi kelesuan untuk mengatasi masa dan jarak dalam masa yang sesingkat mungkin. Kebolehan atlet mengatasi kelesuan dan meneruskan kerja adalah keupayaan khusus latihan dayatahan bagi mengekalkan teknikal fizikal dan taktikal serta psikologikal pada tahap tertinggi. Berikut adalah beberapa klasifikasi dayatahan yang diperlukan di dalam sukan spesifik:

Dayatahan umum. Dayatahan spesifik. Dayatahan untuk jangka masa lama. Dayatahan untuk jangka masa sederhana. Dayatahan untuk jangka masa pendek. Dayatahan otot. Dayatahan kelajuan.

Page 116: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 116

i. Dayatahan Umum.

Dayatahan umum secara fisiologinya merujuk kepada keupayaan otot atau sekumpulan otot dan sistem saraf muskular serta sistem kardiorespiratori berkerja dalam masa lama. Diperlukan oleh atlet bagi semua tahap dan sukan.

Mempunyai tahap dayatahan umum yang baik dapat membantu fizikal dalam pelbagai jenis aktiviti latihan.

Dayatahan ini memerlukan pengulangan latihan yang tinggi, jarak yang jauh dan masa yang lama.

Intensiti latihan adalah rendah dan sederhana serta masa rehat yang singkat. ii. Dayatahan Spesifik.

Dayatahan ini melibatkan pengulangan kerja yang tinggi pada biomotor atlet dalam latihan sukan spesifik.

Tahap dayatahan ini bergantung pada tahap dayatahan umum, jika asas dayatahan umum baik maka pembangunan dayatahan spesifik akan mencapai tahap maksimum.

Keperluan dan aplikasi dayatahan spesifik biasanya dalam latihan teknikal dan taktikal. Contohnya, atlet perlu mengulangi dan latih tubi sesuatu kemahiran sehingga berjaya.

Dayatahan spesifik juga boleh diapalikasikan dalam permainan sebenar. iii. Dayatahan untuk jangka masa lama.

Diperlukan bagi sukan yang bertahan lebih daripada 8 minit.

Sistem tenaga dominan adalah sistem aerobik dan tuntutan kerja sistem kardiovaskular dan respiratori adalah tinggi.

Kadar nadi semasa pertandingan adalah tinggi (lebih 180 bpm.) dan isipadu stroke dalam lingkungan 30-40 liter/minit. Sementara ventilasi paru-paru (uadara masuk) kira-kira 120 – 140 liter udara/minit.

Tahap pengambilan oksigen maksimum merupakan factor kepada prestasi baik

iv. Dayatahan untuk jangka masa sederhana.

Keperluan dayatahan ini khusus bagi aktiviti sukan dalam jangka masa 2 – 6 minit.

Variasi isipadu dan intensiti latihan adalah tinggi daripada dayatahan jangka masa lama.

Kombinasi sistem tenaga aerobik dan anaerobik bagi aktiviti yang melibat pengulangan aktiviti yang tinggi.

Page 117: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 117

v. Dayatahan untuk jangka masa pendek.

Diperlukan bagi aktiviti dalam jarak pendek dalam jangka masa 45 saat – 2 minit.

Dayatahan ini didominasi oleh sistem tenaga anaerobik (sistem laktik).

Kelajuan dan kekuatan serta kuasa otot sangat penting untuk menghasilkan keluaran kuasa tinggi (high power output).

Kapasiti aerobik tinggi merupakan asas yang sangat penting bagi perkembangan kapasiti anaerobik untuk dayatahan jangka masa pendek ini.

vi. Dayatahan otot.

Merujuk kepada kemampuan otot untuk berkerja mengatasi kelesuan dalam tempoh masa yang lama.

Kualiti dayatahan ini memerlukan gabungan komponen kekuatan otot untuk membentuk struktur otot dan saraf yang dapat bertahan mengatasi kelesuan.

Tahap biomotor atlet akan menjadi maksimum apabila memiliki dayatahan otot terutama bagi pengulangan aktiviti dalam latihan teknikal dan gabungan taktikal.

Isipadu latihan (ulangan, set) adalah tinggi dengan intensity kerja yang rendah dan sederhana.

vii. Dayatahan kelajuan.

Merujuk kepada kemampuan biomotor untuk berkerja tahan daripada kelesuan dengan intensity kerja maksimum.

Memerlukan kelajuan dan kekuatan maksimum (85% - 100% maksimum intensiti)

Sistem tenaga dominan dalam latihan ini adalah sistem tenaga anaerobik (sistem alaktik).

Jarak adalah pendek (20 – 60 meter) dan masa yang singkat (0 – 10 saat).

____________________________________________________________________________

Bersama rakan anda, cuba huraikan keperluan klasifikasi dayatahan dalam sukan pilihan anda?

Faktor Mempengaruhi latihan Aerobik.

Dalam merancang program latihan dayatahan aerobik terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi dan berperanan yang signifikan kepada kejayaan bagi program ini. Jurulatih dan atlet perlu mengetahui dan memahami respon fisiologi latihan untuk meningkatkan prestasi dayatahan aerobik.

Pengambilan Oksigen Maksimum (VO2max). Ambang laktik (Lactate Threshold). Pergerakan yang ekonomi (Economy of Movement).

Page 118: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 118

i. Pengambilan Oksigen Maksimum (VO2max).

Pengambilan oksigen maksimum (VO2max) merupakan indikator terbaik kapasiti dayatahan kardiovaskular dalam latihan aerobik. Kapasiti menggunakan oksigen adalah keupayaan jantung dan sistem respiratori mengangkut oksigen dalam badan, keupayaan tisu badan menggunakannya, efisiensi sistem pulmonary dan keluaran jantung maksimum (cardiac output). Atlet lelaki kategori elit memiliki VO2max kira-kira 70 – 85 ml.kg-1.min-1 dan perempuan pula ialah 60 – 75 ml.kg-1.min-1. Faktor yang mempengaruhi tahap pengambilan oksigen adalah:

Jantina. Tahap atlet dalam pertandingan. Pengalaman berlatih. Intensiti latihan. Isipadu latihan. Kompleksiti latihan. Masa pemulihan. Spesifiksiti kaedah latihan. Jangkamasa program latihan.

ii. Ambang laktik (Lactate threshold). Atlet yang memiliki nilai VO2max tinggi akan dapat mengekalkan peratusan pengeluaran tenaga aerobik tanpa pengumpulan asid laktik dalam otot dan darah akan sukses dalam pertandingan dayatahan aerobik. Ambang laktik adalah peningkatan peratusan konsentrasi darah laktik daripada VO2max yang meningkat melebihi tahap rehat. Peningkatan asid laktik dalam darah adalah dipengaruhi oleh intensiti latihan.

iii. Pergerakan yang ekonomi (Economy of Movement).

Pergerakan yang ekonomi adalah merujuk kepada gerakan yang dapat mengurangkan penggunaan tenaga maksimum untuk menghasilkan gerakan yang efektif dan efisien. Pengambilan oksigen menjadi lebih efisien dan mekanikal pergerakan menjadi baik dengan kos tenaga yang minimum. Atlet yang tidak berlatih dengan pergerakan yang ekonomi akan menggunakan tenaga yang lebih berbanding atlet yang dapat berlatih dengan pergerakan yang ekonomi. Contohnya dalam sukan berbasikal, pergerakan yang ekonomi adalah dipengaruhi oleh saiz berat badan, velositi kayuhan dan kedudukan aerodinamik. Jika saiz berat badan atlet berbasikal meningkat, kurang velositi kayuhan dan posisi tidak aerodinamik akan menyebabkan rintangan angin besar dan memerlukan tenaga yang banyak untuk mengatasinya. Latihan untuk meningkatkan pergerakan ekonomi adalah sangat penting bagi atlet dayatahan aerobic bagi acara larian, berbasikal dan renang, kayak dan kanu serta ski.

____________________________________________________________________________

Bincangkan dalam kumpulan faktor mempengaruhi latihan daya tahan aerobik dan implikasinya terhadap prestasi atlet anda?

Page 119: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 119

Kaedah Latihan Aerobik.

Latihan aerobik yang spesifik merangkumi latihan jarak jauh perlahan (LSD), Fartlek dan latihan

jeda.

Latihan Jarak Jauh Perlahan (Long Slow Distance). Fartlek.

Latihan jeda (Interval training).

i. Latihan Jarak Jauh Perlahan ( Long Slow Distance) – LSD.

Dalam periodisasi latihan dayatahan kaedah latihan jarak jauh perlahan (LSD) dirancang pada fasa persediaan fizikal (umum).

Objektif latihan ini adalah untuk membina dan meningkatkan: Kardiovaskular. mengekalkan suhu badan. meningkatkan fungsi mitokonderia menghasilkan tenaga. meningkatkan kapasiti oksidatif otot. meningkatkan penggunaan lemak sebagai sumber tenaga.

Dicadangkan kepada atlet baru dan atlet pertengahan bagi mengukuhkan persediaan daya tahan aerobik.

Intensiti latihan dicadangkan 50% - 70% dari VO2max (80% daripada Kadar nadi maksimum).

Kadar nadi latihan adalah disyorkan sebagai intensiti latihan.

Frekuansi latihan 2 – 4 kali seminggu.

Jangka masa latihan antara 30 minit hingg 2 jam mengikut tuntutan sukan.

Larian ini berkelajuan kira-kira 5 – 9 kilometer perjam.

Teknik ‘conversation’ boleh digunakan untuk memantau tahap keberkesan latihan pada sistem respiratori atlet.

Program kaedah latihan Larian jarak jauh perlahan (LSD) Jadual 8.1: Contoh program kaedah latihan LSD.

AHAD

ISNIN

SELASA

RABU

KHAMIS

JUMAAT

SABTU

Rehat

45 minit latihan larian Fartlek

60 minit latihan larian LSD

45 minit latihan larian Jeda

60 minit lari berbukit dan tanah rata

45 minit pengulangan larian

120 minit latihan larian LSD

Page 120: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 120

Gambarajah 8.1: Contoh latihan fartlek. ii. Latihan Fartlek.

Fartlek dalam bahasa Swedish dipanggil ‘speed play’ dan merupakan kaedah latihan

klasik untuk membina daya tahan aerobik. Latihan ini pada awalnya tidak berstruktur dan sekarang telah distrukturkan semula

secara sistematik oleh ahli fisiologi latihan dan pelatih fizikal supaya memberi impak yang maksimum pada sistem kardiovaskur dan respiratori.

Konsep latihan fartlek adalah relak, seronok dan menghilangkan kebosanan kerana boleh dilakukan beramai-ramai dan dikawasan pelbagai bentuk rupa bumi seperti berbukit, berpasir, berpokok, tanah rata, tepi pantai, trek stadium dan kawasan rekreasi (tepi tasik).

Latihan ini boleh dijalankan secara terkawal dan bebas. Objektif latihan adalah untuk:

Meningkatkan VO2max. Meningkatkan ambang laktik. Menambah baik efisiensi enggunaan sistem tenaga. Menambah baik ekonomi pergerakan.

Latihan fartlek melibatkan gabungan larian mudah (jogging), berjalan, mendaki dan

menuruni bukit/tangga (bergradient), striding dan larian pantas yang seakan –akan mempunyai selang jeda di antara gabungan latihan fartlek ini.

Aktiviti latihan fartlek boleh dilakukan dalam sukan berbasikal atau berenang. Sistem tenaga dalam latihan ini adalah kombinasi antara aerobik dan anaerobik

mengikut tempo dan struktur latihan (ATP-Pc dan O2) Intensiti latihan 70% - 90% dari VO2max. Frekuansi latihan 2 – 3 kali seminggu Rekodkan kadar nadi, masa rehat, jarak dan masa keseluruhan aktiviti sebagai

penanda aras peningkatan latihan. Dirancang dalam periodisasi latihan di fasa persediaan fizikal umum hingga

pertengahan fasa persediaan khusus.

Page 121: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 121

Contoh struktur aktiviti latihan fartlek.

Memanaskan badan selama 5 hingga 10 minit. Berlari pantas dalam keadaan malar sejauh 1 hingga 1.5 km. Berjalan pantas selama 5 minit. Berlari anak berselang-seli dengan pecutan antara jarak 60 hingga 70 meter. Berlari pantas selama 1 minit.

Lari anak selama 3-5 minit sebagai pemulihan. Contoh kaedah latihan Fartlek modifikasi Watson dan Astrand.

a. Modifikasi Fartlek Watson

Latihan ini khusus untuk atlet bagi acara olahraga 3k, 5k dan 10k

Larian memanaskan badan selama 10 minit. Larian pantas selama 4 minit dan diikuti larian mudah (jogging) selama 1 minit. 1 set ulang sebanyak 5 kali. Latihan boleh dilakukan 3 – 5 set. Lakukan larian pemulihan/penyejukan badan selama 10 minit.

b. Modifikasi Fartlek Astrand.

Latihan ini khusus bagi atlet bagi acara olahraga 800 m.

Larian memanaskan badan selama 10 minit. Larian pantas maksimum 75 saat dan diikuti dengan larian mudah (jogging) 150 saat.

kemudian larian pantas maksimum 60 saat dan larian mudah (jogging). 1 set ulang sebanyak 4 kali. Latihan boleh dilakukan 3 – 4 set. Lakukan larian pemulihan/penyejukan badan selama 10 minit.

iii. Latihan Jeda (Interval training).

Latihan jeda adalah suatu siri pengulangan latihan yang diselang seli dengan masa

rehat. Latihan ini digunakan untuk meningkatkan prestasi dengan jeda kerja maksimum dan

diikuti dengan jeda rehat. Secara teorinya, badan berkerja kuat untuk menyalurkan tenaga bagi mengekalkan

larian yang pantas. Adaptasi latihan pada sistem tenaga akan meningkatkan tahap kecergasan atlet.

Objektif latihan jeda ialah:

Meningkatkan kardiovaskular.

Meningkatkan isipadu stroke dan keluaran jantung.

Membaiki sistem tenaga.

Page 122: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 122

Meningkatkan ambang laktik.

Meningkatkan ambang anaerobik.

Meningkatkan keluaran kuasa aerobik.

Membaiki masa pemulihan.

Jeda kerja terdiri dari kerja dilakukan berdasarkan intensiti latihan dalam masa yang diberi. Contohnya, 200 m dengan masa larian 28 saat (200 @ 28.00).

Ulangan kerja adalah jumlah kerja yang disiapkan dalam satu set (6 x 3 set). Jarak latihan boleh ditentukan berdasarkan objektif latihan, contohnya 150m, 200m,

350m atau 400m. Frekuansi adalah kekerapan melakukan latihan dalam seminggu (2 hingga 3 kali

seminggu). Set adalah jumlah latihan yang dilakukan bagi melengkapkan siri latihan jeda

tersebut. Jeda rehat adalah masa rehat yang ditentukan dalam latihan ini. Jeda rehat diletakan

sebagai rehat antara set dan ulangan kerja. Jeda rehat terdiri daripada: Berjalan. Berlari mudah (jogging). Kombinasi kedua-duanya.

Jeda kerja diekspresi dalam ratio jeda kerja dan rehat iaitu 1:½, 1:1, 1:3, 1:10. Dirancang dalam periodisasi latihan pada fasa persediaan khusus hingga fasa pra-

pertandingan.

6 x 3 x 200m @ 28;00 saat (1:3) Ulangan Set jarak masa kerja ratio jeda kerja dan rehat

Contoh program kaedah latihan jeda (interval training). Jadual 8.2: Contoh program kaedah latihan jeda.

AHAD

ISNIN

SELASA

RABU

KHAMIS

JUMAAT

SABTU

Rehat

10x3x0.5km pada masa terbaik dengan rehat 1:1

Larian mudah (jogging) 10 km

45 minit latihan larian LSD

5x3x 1 km pada masa terbaik dengan rehat 1:2

60 minit latihan LSD

45 minit latihan larian Fartlek

Page 123: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 123

Aktiviti latihan jeda sesuai bagi aktiviti seperti berlari, berbasikal, berenang dan gabungan dari aktiviti ini.

Gambarajah 8.2: Latihan jeda menggunakan treadmill. Gambarajah 8.3: Latihan jeda berlari di trek.

Gambarajah 8.4: Latihan jeda berbasikal. Gambarajah 8.5: latihan jeda untuk renang.

Cara penambahan beban latihan latihan jeda ekstensif.

Langkah 1: Menambahkan bilangan sesi mingguan atau frekuansi latihan untk kemampuan aerobik.

Langkah 2: Menambahkan beban kerja dalam suatu sesi latihan (jarak larian / jangkamasa / ulangan)

Langkah 3: Meningkatkan kadar kelajuan (kurangkan jarak larian / jangkamasa / ulangan) Langkah 4: Sesuaikan kadar kelajuan individu berdasarkan ujian latihan (time trial).

Cara penambahan beban latihan latihan jeda Intensif.

Langkah 1: Menambahkan beban kerja dalam satu sesi latihan dan menambahkan set latihan (kekalkan jarak larian dan kadar kelajuan dalam set).

Langkah 2 : Menambahkan beban kerja dalam satu sesi latihan dan meningkatkan jarak larian (kekalkan ulangan dan kadar kelajuan).

Langkah 3: Meningkatkan kadar kelajuan atau intensiti latihan. Langkah 4: Kurangkan jangka masa rehat antara larian atau set latihan.

Page 124: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 124

____________________________________________________________________________

Bincangkan dengan rakan anda, aplikasi kaedah latihan aerobik dalam sesi latihan anda?

Aplikasi Reka Bentuk Program Sesi Latihan Aerobik.

LUAR MUSIM:

Keutamaan kepada pembinaan asas kecergasan kardiorespiratori. Melibatkan jangkamasa panjang dan intensity rendah (60% - 70%). Tingkatkan masa latihan dan diikuti dengan intensity latihan. Peningkatan jangkamasa latihan seharusnya tidak melebih 5% hingga 10%

seminggu. Intensiti latihan bermula pada tahap 60% HRR, antara 30 hingga 60 minit.

PRA-MUSIM:

Fokuskan kepada peningkatan intensity latihan, pengekalan atau pengurangan

jangkamasa latihan. Menghubungkait semua jenis latihan ke dalam program berdasarkan keperluan

sukan spesifik.

MUSIM PERTANDINGAN (IN – SEASON):

Program latihan perlu di rancang dengan memasukkan hari pertandingan ke dalam jadual latihan.

Latihan jangkamasa pendek dan berintensiti rendah dilakukan sebelum jadual pertandingan untuk membolehkan atlet pulih sepenuhnya dan berehat.

Teknik tapering dimasukkan dalam jadual latihan antara 7 – 14 hari sebelum pertandingan utama.

Matlamat latihan sesi ini adalah untuk memperbaiki kelemahan dan mengekalkan kekuatan atlet.

LUAR MUSIM - (REHAT AKTIF):

Fokus utama adalah untuk pemulihan fizikal selepas musim pertandingan. Jangkamasa latihan dan intensity masih diteruskan tetapi hanya sekadar untuk

pengekalan tahap kecergasan respiratori, kekuatan otot dan jisim badan tanpa lemak.

Atlet yang mana aktiviti mengutamakan dayatahan aerobic seharusnya member tumpuan kepada memulihkan kecederaan dan meningkatan kelemahan.

Page 125: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 125

RUMUSAN.

Kaedah latihan aerobik merupakan asas penting dalam sesuatu program latihan untuk membina potensi fizikal atlet. Pelaziman fizikal yang baik adalah dimulakan dengan membina keupayaan dayatahan kardiovaskular dan respiratori sebelum melatih komponen kecergasan lain kerana integrasi komponen dayatahan kardiovaskular dapat meningkatkan proses latihan kemahiran dan taktikal.

Toleransi fizikal yang tinggi terhadap beban latihan menyebabkan tubuh badan mengalami proses kelesuan. Kelesuan yang tinggi pada atlet akan menyebabkan adaptasi latihan tidak dapat berlaku dengan cepat dan secara positif. Oleh itu, keupayaan dayatahan ini dapat menampan kelesuan dan seterusnya mempertingkatkan lagi kebolehan fizikal mencapai tahap optimum dan membantu proses pemerolehan kemahiran.

Perancangan yang sistematik dengan mengetahui klasifikasi dayatahan yang diperlukan dalam sukan, memberikan kelebihan kepada jurulatih dan atlet untuk merancang secara optima. Faktor yang mempengaruhi dalam latihan aerobik wajar diberi perhatian yang serius oleh jurulatih supaya proses latihan yang sistematik dan spesifik dapat mencapai matlamat latihan dan pertandingan. Hubungan yang tinggi antara pengambilan oksigen maksimum dengan prestasi memberikan kelebihan kepada atlet dalam sesuatu pertandingan sukan bersifat dayatahan seperti marathon, berbasikal lebuhraya, berenang dan acara iron man.

Kaedah latihan spesifik dan sistematik dapat memberikan impak maksimum terhadap peningkatan dayatahan aerobic. Kaedah latihan LSD, Fartlek dan jeda merupakan kaedah latihan yang khusus untuk meningkatkan kapasiti dayatahan. Kriteria utama latihan ini adalah manipulasi beban latihan (intensiti, Isipadu, frekuansi , tempoh dan masa rehat) yang memberikan kesan yang berbeza berdasarkan tahap fizikal atlet. Pembinaan latihan yang tersusun dalam setiap fasa-fasa latihan dapat menyediakan tahap dayatahan yang baik kepda atlet.

KATA KUNCI.

1. Dayatahan kardiovaskular 6. Fartlek 11. Intensiti latihan

2. Respiratori 7. Latihan jeda 12. Frekuansi latihan

3. Kaedah latihan 8. VO2max 13. Ulangan latihan

4. Aerobik 9.Ambang laktik 14. Set

5. LSD 10.Pergerakan ekonomi 15. Fasa persediaan umum

Page 126: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 126

PENILAIAN KENDIRI

1. Apakah definisi latihan aerobik?

2. Senaraikan klasifikasi latihan dayatahan?

3. Apakah faktor yang mempengaruhi latihan dayatahan aerobik?

4. Bezakan ciri-ciri latihan dayatahan umum dan khusus?

5. Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi tahap pengambilan oksigen dalam latihan

aerobik?

6. Berikan 3 contoh kaedah latihan dayatahan aerobik?

7. Analisis dan bandingkan antara kaedah latihan modifikasi fartlek Watson dan Astrand?

8. Apakah definisi latihan jeda?

9. Senaraikan objektif latihan jeda?

10. Rancangkan satu program latihan daya tahan aerobik dengan aplikasi kaedah latihan ini

selama empat minggu?

RUJUKAN. Baechle, T. R & Earle, R. W. (2008). Essentials of Strength Training and Conditioning (3th ed).

Champaign IL, Human Kinetics.

Bompa, T.O. (1999). Periodization: Theory and Methodology of Training (4th ed). Champaign IL, Human Kinetics.

Bompa, T.O., & Haff, G.G. (2009). Periodization: Theory and Methodology of Training (5th ed). Champaign IL, Human Kinetics.

Corbin, C.B., Welk, G.J., Lindsey, R., & Corbin, W. R. (2004). Concepth of Fitness and

Wellness: A comprehensive livestyle approach (5th ed). New York, McGraw-Hill.

Dick, F. W. (2002). Sports Training Principles (4th ed). London, A & C Black.

Sharkey, B. J., & Gaskill, S. E. (2007). Fitness and Health (6th ed). Champaign IL, Human

Kinetics.

Wilmore, J.C., Costill, D. L., & Kenney, W. L. (2008). Physiology of Sport and Exercise (4th ed). Champaign IL, Human Kinetics.

Page 127: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 127

UNIT 9

KAEDAH LATIHAN ANAEROBIK

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menjelaskan definisi latihan anaerobik. 2. Menyatakan klasifikasi kekuatan otot. 3. Membincangkan faktor yang mempengaruhi kekuatan otot. 4. Menjelaskan jenis kontraksi otot. 5. Menyatakan definisi dan objektif latihan litar. 6. Menjelaskan fasa kitaran stretch – shortening dalam latihan pliometrik. 7. Membincangkan pembolehubah latihan pliometrik. 8. Menjelaskan aspek keselamatan dalam latihan pliometrik.

PENGENALAN

aedah latihan anaerobik berupaya meningkatkan kapasiti anaerobik iaitu keupayaan untuk bekerja dengan cekap dan berkesan tanpa oksigen dalam masa singkat. Gabungan kaedah latihan aerobik dan anaerobik menghasilkan ramuan yang baik kepada atlet untuk mengoptimumkan keupayaan fizikal dan prestasinya.. Kaedah latihan

anaerobik ini hanya dapat menampung latihan berintensiti tinggi selama lebih kurang satu minit sahaja. Latihan anaerobik ini dapat membantu atlit meningkatkan keupayaan tubuh badan untuk membina semula ATP dengan cepat semasa rehat antara kerja. Antara objektif latihan ini adalah meningkatkan komponen-komponen kecergasan seperti kelajuan, kekuatan dan kuasa otot serta ketangkasan.

Jurulatih sukan mesti mempunyai pengetahuan yang pelbagai tentang kaedah membina komponen kecergasan ini. Pengetahuan tentang kaedah latihan mesti disertai dengan pengetahuan tahap ambang latihan. Petunjuk kepada tahap ambang latihan anaerobik ialah peningkatan dalam kadar pernafasan ketika berlari atau melompat. Apa yang penting dalam usaha merancang dan melaksanakan latihan ialah tujuan dan objektif latihan. Objektif latihan anaerobik membina kepantasan, kekuatan dan kuasa. Jurulatih hendaklah memahami kaedah latihan yang akan digunakan dan memanipulasi pembolehubah latihan untuk latihan yang berkesan. Pembolehubah latihan yang boleh dimanipulasi dalam latihan anaerobik ialah:

Isipadu latihan.

Intensiti latihan.

Frekuansi latihan.

Masa rehat.

Kelajuan pergerakan.

K

Page 128: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 128

Kaedah latihan anaerobik yang akan dibincangkan dalam bab ini adalah terdiri daripada:

Latihan bebanan (weight training). Latihan litar (circuit training). Latihan Pliometrik (plyometric training).

Kaedah Latihan Bebanan ( Weight Training).

Kekuatan otot didefinisikan sebagai kemampuan otot menghasilkan daya maksimum untuk mengatasi rintangan. Keupayaan sistem neuro-muskular mengatasi rintangan beban daripada luar (barbell atau dumbbell). Kekuatan otot merupakan asas yang diperlukan dalam semua sukan khususnya sukan yang memerlukan kelajuan pergerakan, kuasa lompatan dan balingan, kekuatan pukulan dan tendangan serta mengatasi beban maksimum. Klasifikasi kekuatan. Sasaran dalam latihan bebanan adalah unutk meningkatkan kekuatan otot dan terdapat pelbagai jenis klasifikasi kekuatan yang mempunyai hubungan yang signifikan untuk meningkatkan prestasi. Memahami klsifikasi dan tuntutan khusus mengikut sukan merupakan cabaran bagi tugas jurulatih untuk membina program latihan kekuatan otot yang efektif. Kekuatan otot boleh diklasifikasi kepada beberapa jenis iaitu:

Kekuatan umum. Melibatkan kekuatan keseluruhan pada sistem otot. Asas yang penting dalam sesuatu program latihan Fokus latihan adalah pada fasa persediaan umum Dicadangkan kepada atlet baru

Kekuatan spesifik.

Merujuk kepada kekuatan pada otot khusus untuk membina corak pergerakan motor dalam sukan spesifik.

Melatih kekuatan otot spesifik pada akhir fasa persediaan umum.

Kekuatan maksimum. Daya tertinggi yang dihasilkan oleh neuro-muskular bagi menghasilkan kontraksi

voluntary maksimum pada otot. Keupayaan otot untuk mengangkat beban terberat dalam sekali angkatan Kekuatan maksimum merupakan factor untuk dayatahan kekuatan, prestasi

angkat berat dan kelajuan pergerakan memecut.

Kuasa. Keupayaan untuk membina daya pada velositi pergerakan tinggi (P = daya

(kekuatan) x speed (velositi). Komponen kuasa dibina pada akhir fasa persediaan khusus hingga fasa

pertandingan.

Page 129: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 129

Dayatahan kekuatan. Merujuk kepada keupayaan sistem neuro-muskular mengatasi kelesuan untuk

melakukan pengulangan gerakan dalam masa lama. Jumlah ulangan yang dianagkat dengan beban spesifik merupakan penanda

utama dayatahan otot.

Kekuatan absolute. Keupayaan menghasilkan daya otot untuk mengatasi berat badan sendiri.

Contohnya kemahiran handstand dan imbangan badan di atas gegelung dan kekuda pelana dalam gimnastik.

Kekuatan relatif.

Merujuk kepada kekuatan antara ratio kekuatan maksimum dengan berat badan atlet.

Faktor Mempengaruhi Kekuatan.

Kekuatan maksimum adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti dibawah:

Pengrekrutan motor unit Jumlah coding motor unit Penyeragaman motor unit Kitaran stretch shortening Jenis otot fiber Hipertropi otot Kesekatlakuan saraf neuro-muskular.

Dalam latihan bebanan, terdapat tiga prinsip yang perlu diberi perhatian, iaitu :

Tambah beban

Prinsip ini menyatakan bahawa beban atau rintangan mesti ditambah untuk membina kekuatan otot. Otot mesti diberikan “senaman” sehingga ke tahap momentary muscular failure . iaitu kegagalan otot seketika.

Pemulihan

Prinsip ini menyatakan bahawa otot memerlukan pemulihan antara set-set latihan kerana otot tidak boleh bekerja dengan ketegangan. Selepas “kegagalan otot seketika” iaitu otot memerlukan tiga hingga empat minit rehat.

Kepelbagaian

Hasil latihan optimal akan diperoleh apabila program latihan diubah setiap dua atau tiga minggu. Program yang dipelbagaikan akan meningkatkan motivasi atlit.

Page 130: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 130

Jadual 9.1: Hubungan latihan kekuatan otot dengan intensiti, ulangan, set dan rehat.

Komponen Fizikal

Ulangan Maksimum

Set

Intensiti

Rehat

Kekuatan maksimum 1-2 RM 2-4 ≥95 % 2-5 minit

Kekuatan 3-6 RM 3-6 ≥85 % 2-5 minit

Hipertropi 6-12 RM 3-6 67-85% 30-90 saat

Kuasa 1-5 RM 3-5 75%-90% 2-5 minit

Daya tahan otot ≥12 RM 2-3 ≤67% 15-30 saat

Adaptasi anatomi 20-25 RM 2-4 ≤50% 60-90 saat

Kontraksi otot dalam latihan bebanan.

Latihan bebanan adalah program latihan yang berpusat kepada penggunaan bebanan seperti dumbell, barbell dan mesin multi-gym untuk kecergasan otot sama ada bagi meningkatkan kekuatan, kuasa atau daya tahan otot. Beban dan ulangan kerja adalah bergantung kepada objektif latihan. Pada dasarnya, bebanan yang tinggi iaitu 80% hingga 90% beban maksimum yang boleh diangkat sekali sahaja atau 1 RM ( Repetition Maximum) dengan ulangan yang sedikit bagi meningkatkan kekuatan otot. Manakala bebanan yang rendah iaitu (<50% 1 RM) dengan ulangan yang banyak antara 10 hingga 30 kali dengan tujuan meningkatkan daya tahan otot. Latihan bebanan melibatkan kontraksi otot secara isometrik, isotonik dan isokinetik.

Kontraksi Isometrik

Kontraksi isometrik tidak berlaku proses otot memendek dan memanjang. Penguncupan otot adalah secara statik. Ini bermakna apabila senaman dilakukan, otot yang terlibat menguncup tanpa memendek atau memanjang. Sudut sendi juga tidak berubah. Sebagai contoh, apabila seseorang menolak sesuatu objek yang tidak bergerak seperti menolak dinding dengan siku bengkok.

Kontraksi Isotonik

Kontraksi isotonic adalah berlakunya pemanjang dan pemendek otot yang dikenali konsentrik dan esentrik. Konsep kontraksi ini sangat tipikal dalam latihan beban kerana melibat fasa konsentrik (otot memendek) dan fasa esentrik (otot memanjang) untuk meningkatkan kekuatan otot.

Kontraksi Isokinetik

Latihan isokinetik biasanya dilakukan dengan menggunakan sesuatu mesin. Latihan ini amat berkesan kerana tekanan maksimum yang dihasilkan oleh otot semasa memendek adalah berkelajuan konstan pada sudut pergerakan sendi yang maksimum. Dalam latihan ini, beban ataupun rintangan diubahsuai secara automatik

Gambarajah 9.1: kontraksi otot

secara isometrik, konsentrik dan

esentrik

Page 131: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 131

kepada daya yang dikenakan oleh otot-otot. Ini menghasilkan sesuatu daya yang konsisten. Walaupun penguncupan isokinetik dan isotonik adalah konsentrik iaitu otot memendek, namun kedua-duanya tidak sama. Tekanan maksimum boleh dihasilkan semasa pergerakan sendi yang maksimum tetapi tidak berlaku semasa penguncupan isotonik. Mesin yang digunakan untuk latihan isokinetik termasuklah Cybex dan Lido.

Peraturan Latihan bebanan yang perlu dipatuhi bagi memastikan latihan bebanan tidak mendatangkan masalah berpanjangan atau kecederaan kepada atlit :

o Lakukan latihan untuk meningkatkan fleksibiliti sendi sebelum meningkatkan kekuatan otot.

o Lakukan latihan untuk menguatkan tendon dan ligament sebelum meningkatkan otot. o Lakukan latihan untuk meningkatkan kekuatan bahagian badan sebelum meningkatkan

kekuatan kaki atau tangan. o Lakukan latihan untuk meningkatkan kekuatan otot-otot sinergi dan stabilizer sebelum

otot-otot agonis.

Gambarajah 9.2 : Contoh Latihan bebanan bahagian atas badan (upper body).

Latihan Barbell bench press Alatan menggunakan Barbel. Otot yang terlibat:

Pectoralis major

Interior deltoids

Triceps brachii

Latihan Dumbell triceps extension. Alatan menggunakan dumbel. Otot yang terlibat:

Triceps brachii

Page 132: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 132

Latihan Dumbell Biceps curl. Alatan menggunakan dumbel. Otot yang terlibat:

Biceps brachii

Brachialis

brachioradialis

Latihan Lat Pulldown. Alatan menggunakan mesin bebanan Otot yang terlibat:

Latissimus dorsi

Teres major

Middle trapezius

Rhomboids

Posterior deltoids

Latihan Bent-overrow. Alatan menggunakan barbell. Otot yang terlibat:

Latissimus dorsi

Teres major

Middle trapezius

Rhomboids

Posterior deltoids

Page 133: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 133

Gambarajah 9.3: Contoh Latihan bebanan bahagian bawah badan (lower body).

Latihan Half Squat. Alatan menggunakan barbel Otot yang terlibat:

Gluteus maximus

Semimembranosus

Semitendinosus

Biceps femoris

Vastus lateralis

Vastus intermedius

Vastus medialis

Rectus femoris

Latihan barbell step lunge. Alatan menggunakan barbel Otot yang terlibat:

Gluteus maximus

Semimembranosus

Semitendinosus

Biceps femoris

Vastus lateralis

Vastus intermedius

Vastus medialis

Rectus femoris

Iliopsoas

Latihan Leg curl. Alatan menggunakan mesin bebanan Otot yang terlibat:

Semimembranosus

Semitendinosus

Biceps femoris

Page 134: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 134

Latihan Leg extension. Alatan menggunakan mesin bebanan Otot yang terlibat:

Vastus lateralis

Vastus intermedius

Vastus medialis

Rectus femoris

Latihan Barbell standing calf raise. Alatan menggunakan barbel Otot yang terlibat:

Gastrocnemius

Soleus

____________________________________________________________________________

Senaraikan intensiti, ulangan, set dan masa rehat dalam latihan bebanan bagi latihan adaptasi anatomi, hipertrofi dan kekuatan maksimum

Page 135: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 135

Kaedah Latihan Litar ( Circuit training).

Latihan litar diperkenalkan oleh R.E Morgan dan C.T Adamson.dari Universiti Leeds pada tahun 1953.

Latihan litar adalah suatu siri latihan yang mengandungi beberapa stesen latihan yang direkabentuk untuk meningkatakan komponen kecergasan.

Objektif latihan litar adalah untuk membina:

Daya tahan otot Kekuatan otot Fleksibiliti sendi dan tendon. Koordinasi. Kardiovaskular.

Aktiviti latihan litar boleh diprogramkan mengikut objektif yang ingin dicapai seperti aktiviti kalistenik (tanpa alatan dan dengan alatan), aktiviti bebanan (dumbel, barbell, resistance bands), aktiviti latihan teras badan (tanpa alatan dan dengan alatan), aktiviti latihan aerobik (jogging setempat, naik turun bangku, skipping, basikal stationary, staple)

Latihan ini haruslah berpandu kepada prinsip latihan terutamanya SAID (Specific

Adaptations Impose Demand) untuk memberikan kesan maksimum terhadap komponen yang dilatih.

Program latihan litar boleh dirancang pada fasa persediaan umum sebagai alternatif untuk mengelakkan kebosanan pada atlet dalam latihan.

Stesen latihan boleh dirancang antara 8 – 12. Stesen dirancang adalah berdasarkan beberapa pertimbangan berikut:

Melibat keseluruhan otot badan (bawah, tengah dan atas badan). Susunan aktiviti mestilah berselang seli antara otot yang dilatih, contohnya, otot bisep

kemudian otot quadrisep dan diikuti otot abdominal. Tiada formasi khusus dalam latihan litar tetapi boleh direka dalam formasi bulatan atau

empat segi. Jarak antara stesen (5 – 10 meter)

Masa kerja dan masa rehat merupakan komponen yang penting dalam latihan litar,

contohnya masa kerja dalam stesen (60 saat) dan masa rehat antara stesen (45 saat). Latihan ini lebih efektif jika dikawal dengan menggunakan penjaga masa untuk memulakan

aktiviti dan rehat. Atlet yang melengkapkan ke semua stesen dikira telah melengkapkan set latihan litar. Progresif latihan ini boleh berdasarkan bilangan maksimum kerja pada stesen dan masa

kerja. Latihan ini boleh dilakukan dipadang, gelanggang (tertutup dan terbuka) dan dalam bilik

latihan bebanan (jika objektif latihan untuk meningkatkan kekuatan menggunakan alatan). Intensiti latihan 50 – 70% dari VO2max. Frekuansi latihan 1 – 3 kali seminggu. Kesan program latihan litar yang dirancang selama 6-10 minggu dapat memberikan faedah

kepada:

Meningkatkan kekuatan otot Meningkatkan daya tahan otot

Page 136: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 136

Membaiki sistem kardiovaskular Menurunkan lemak badan Meningkatkan komposisi badan Meningkatkan efisiensi metabolic

____________________________________________________________________________

Bincangkan dengan rakan implikasi peraturan dalam latihan beban dalam membina

kekuatan otot?

Rajah 9.1: Contoh susunan aktiviti pada stesen latihan litar. ____________________________________________________________________________

Rancang enam (6) stesen latihan litar untuk daya tahan otot dalam sukan anda?

STESEN 1

Forward lunge

STESEN 7

Bicep curl with

dumbell

STESEN 8

Briging

STESEN 6

Alternate Plank

STESEN 5

Half squat with

resistance bands

STESEN 4

Back arch

STESEN 3

Lateral fly with

dumbell

STESEN 2

Sit Up

Page 137: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 137

Kaedah Latihan Pliometrik ( Plyometric Training).

Plyometric berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud “untuk menambah”. Kaedah latihan pliometrik bertujuan untuk melatih kuasa atau eksplosif otot. Kuasa otot diperlukan hampir dalam semua sukan seperti berhenti – memecut, menukar

arah pergerakan, melompat, membaling, memukul dan menendang. Contonya, pelari pecut berlepas dari blok permulaan atau gerakan melompat untuk melakukan rejaman dalam sukan bola tampar.

Latihan ini mengabungkan aktiviti-aktiviti yang dapat mencapai daya maksimum dalam masa yang singkat. Praktikalnya gerakan atau aktiviti ini dilakukan dengan cepat dan berkuasa.

Latihan ini juga dapat mengelakkan atlet daripada berlakunya risiko kecederaan dalam sukan.

Kuasa atau eksplosif dihasilkan melalui formula berikut:

Kerja x masa (work x time). Daya x jarak x masa (force x distance x time). Jarak x velositi (kelajuan) (force x velocity-time).

Kekuatan otot dan kelajuan pergerakan adalah aspek penting untuk menghasilkan kuasa.

Impak kedua-dua komponen ini membina daya eksplosif dan kualti biomotor atlet. Kebolehregangan otot merupakan mekanisme penting dalam latihan pliometrik yang

memberikan kesan kepada peningkatan kuasa pada otot dan tendon serta ligamen. Mekanisme latihan pliometrik dapat dijelaskan dengan lebih terperinci melalui kitaran stretch-

shortening iaitu kemampuan otot menyimpan tenaga dan simulasi reflek regangan otot untuk membantu otot berkontraksi dalam masa yang singkat.

Kitaran stretch-shortening latihan pliometrik. Kitaran stretch-shortening latihan pliometrik terdiri daripada tiga fasa iaitu:

Fasa esentrik - Regangan berlaku pada otot agonis

Fasa amortization - Transisi antara fasa esentrik dan konsentrik

Fasa konsentrik - Fiber otot agonis memendek Semasa fasa esentrik unit tendon otot akan meregang dan memanjang seperti koil spring dan tenaga elastis otot akan disimpan. Fasa amortization berlaku diantara fasa esentrik dan konsentrik, dimana aksi otot selepas esentik menjadi tertangguh seketika sebelum dilanjutkan ke aksi konsentrik. Fasa amortization merupakan fasa paling penting untuk menghasilkan kuasa eksplosif otot dan jangka masanya mestilah singkat dan gerakan cepat. Jika tertangguh terlalu lama tenaga elastis akan hilang dan kuasa otot tidak dikeluarkan secara maksimum. Sementara fasa konsentrik berlaku perlepasan tenaga elastis untuk menghasilkan kuasa otot. Kitaran ini akan berlaku secara terus menerus bergantung pada stimulus latihan sama ada stimulus pendek atau panjang.

Page 138: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 138

Esentrik Amortization Konsentrik

Gambarajah 9.4: Fasa kitaran stretch-shortening. Pembolehubah latihan pliometrik. Kaedah latihan pliometrik bergantung kepada pembolehubah latihan yang menjadi garis panduan kepada jurulatih dan atlet dalam membina program latihan yang berkesan. Pembolehubah latihan pliometrik ialah:

Intensiti latiha Isipadu latihan Frekuansi latihan Jangka masa latihan Masa pemulihan (rehat)

i. Intensiti latihan.

Intensiti adalah bergantung kepada jenis aktiviti latih-tubi seperti ketinggian kotak plio,

berat (kg) bola segar dan kelajuan gerakan. Umumnya dalam latihan pliometrik, bila intensiti meningkat maka ispadu latihan perlu

dikurangkan. Jadual 9.2: Contoh intensiti latihan Depth jump menggunaan ketinggian kotak plio.

Aktiviti Pliometrik

Intensiti

Depth Jump 32-48inci (80 – 120cm)

Tinggi

Depth Jump 32-48inci (80 – 120cm)

Sederhana

Depth Jump 32-48inci (80 – 120cm)

Rendah

.

Page 139: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 139

ii. Isipadu latihan.

Isipadu latihan pliometrik terdiri daripada jumlah ulangan gerakan dan set yang dilakukan dalam sesi latihan.

Latihan pliometrik untuk bahagian kaki adalah merujuk kepada sentuhan kaki ke permukaan dan juga jarak.

Latihan pliometrik untuk bahagian tangan pula merujuk kepada jumlah lontaran atau sambutan bola yang dilontar.

Jadual 9.3: Contoh isipadu latihan berdasarkan tahap dan pengalaman atlet.

Tahap dan pengalaman (latihan pliometrik) atlet.

Isipadu

(sentuhan kaki)

Permulaan (tiada pengalaman)

80 - 100

Pertengahan (sedikit pengalaman)

100 - 120

Tinggi (ada pengalaman)

120 -140

iii. Frekuansi latihan.

Frekuansi latihan pliometrik bergantung kepada tuntutan komponen kuasa dalam

sukan, intensity dan isipadu latihan dan jumlah sesi dalam kitaran latihan. Frekuansi latihan dicadangkan antara 1 – 3 kali seminggu.

iv. Jangkamasa latihan.

Jangka masa optimum program latihan bagi pliometrik antara 6 – 10 minggu untuk

kitaran makro. v. Masa Pemulihan (rehat).

Latihan pliometrik melibat daya maksimum yang menggunakan tenaga tinggi dan

ianya memerlukan rehat yang cukup untuk memulihkan semula tenaga anaerobik yang digunakan.

Rehat antara ulangan adalah 5 hingga 10 saat (ratio jeda rehat antara 1:5 – 1:10) Rehat antara set ialah 2 – 3 minit.

Page 140: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 140

Aspek Keselamatan Dalam Latihan Pliometrik.

Penilaian kesihatan dan pre-latihan. Permukaan pendaratan. Kawasan latihan. Peralatan. Permukaan kasut. Teknik mendarat. Tahap kekuatan. Tahap kelajuan gerakan. Imbangan badan.

Aktiviti memanaskan badan perlulah didahulukan sebelum latihan pliometrik dijalankan dan senaman menyejukkan badan dijalankan selepas latihan pliometrik. Contoh latihan pliometrik dengan menggunakan berat badan sendiri : Gambarajah 9.5: Contoh latihan pliometrik dengan menggunakan berat badan.

1. Squat Jump 4. Power skip

2. Lunge Jump. 5. Jump and Reach.

Page 141: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 141

3. Double Leg Tuck Jump 6. Single Leg Hop

Gambarajah 9.6: Contoh latihan pliometrik dengan berhalangan.

1. Front Cone Hope 4. Zigzag Hop

2. Double Leg Lateral Cone Hop. 5. Double leg Lateral Ring.

Page 142: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 142

3. Single Leg Ring Zigzag Hop 6. Double Leg Hurdle Jump

Gambarajah 9.7: Contoh Latihan pliometrik dengan Menggunakan Kotak pelbagai ketinggian (plyo box) dan vertimax.

1. Continous Box Jump. 4. Side to Side Push Off

2. Lateral Box Push Off. 5. Depth Jump.

Page 143: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 143

3. Jump into Box 6. Squat Jump with Vertimax

Gambarajah 9.8 : Contoh Latihan pliometrik dengan Menggunakan Bola Segar (Medicine Ball).

1. Chest Pass Medicine Ball 4. Reverse Overhead Throw

2. Side Pass Medicine Ball 5. Crunch Forward Throw with Patner

Page 144: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 144

3. Overhead throw 6. Twist pass

RUMUSAN.

Sukan kompetitif masa kini memerlukan jurulatih merancang program latihan secara teratur dan

sistematik antara latihan aerobik dan anaerobik untuk meningkatkan prestasi atlet. Program

latihan anaerobik perlu diberi perhatian khusus oleh jurulatih membina tahap biomotor,

neuromuskular dan kemahiran motor atlet bagi mencapai tahap maksimum supaya ianya boleh

digunakan dalam pertandingan kelak. Oleh itu, jurulatih perlu menilai secara komprehensif

keperluan sukan spesifik terhadap komponen latihan anaerobik seperti kekuatan, kuasa,

kelajuan dan ketangkasan atlet.

Kaedah latihan bebanan secara khususnya dapat membina dan meningkatkan kekuatan,

hipertrofi , daya tahan dan kuasa otot dengan menggunakan beban luaran (eksternal) seperti

barbell, dumbel dan mesin babanan. Klasifikasi kekuatan adalah sangat penting bagi seseorang

jurulatih memahami keperluan kekuatan otot dalam sukan spesifik yang dilatihnya supaya

keperluan khusus kekuatan otot dapat dirancang. Faktor yang mempengaruhi latihan kekuatan

juga dalah aspek penting sebagai garis panduan kepada jurulatih untuk mencapai objketif

latihan dengan betul. Hubungan faktor dengan pencapaian objektif memberikan ruang kepada

jurulatih untuk memahami kaedah dan teknik yang betul meningkatkan kekuatan otot untuk

mencapai tahap optimum kepada atletnya.

Kaedah latihan litar adalah latihan yang dapat melatih kompenan kekuatan dan daya tahan otot

serta mengabung elemen kemahiran latih-tubi dalam satu sesi latihan. Latihan ini sangat idel

bagi melatih atlet pada peringkat persediaan latihan umum dan transisi. Umumnya, latihan ini

boleh dilakukan dalam jumlah perserta yang ramai (8 – 24 orang) dalam satu sesi latihan dan

dapat meminimumkan masalah kekurangan alatan.

Sementara itu, kaedah latihan pliometrik adalah khusus untuk meningkatkan kuasa otot yang

diperlukan dalam masa singkat. Kuasa eksplosif otot ini dilatih berdasarkan respon pada

Page 145: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 145

stimulus latihan iaitu stimulus pendek dan panjang. Kitaran stretch shortening merupakan

mekanisme bagaimana otot bertindak balas untuk menghasilkan kuasa pada pergerakan atau

aktiviti dalam latihan pliometrik. Latihan pliometrik menggunakan kotak pelbagai ketinggi (plyo-

box) adalah khusus untuk melatih kuasa bahagian kaki dan bola segar (medicine ball) lebih

seseuai untuk latihan bahagian tangan. Ujian dan penilaian terhadap kekuatan otot sebelum

menjalani latihan pliometrik adalah mustahak bagi mengelakkan atlet cedera. Risiko

kecederaan sangat tinggi dalam latihan pliometrik jika aspek keselamatan tidak ditekankan dan

diberi perhatian khusus oleh jurulatih kepada atletnya. Oleh itu, Keselamatan atlet menjalani

latihan merupakan sebahagian daripada tugas dan tanggungjawab jurulatih.

Justeru itu, kaedah latihan anaerobik wajar menjadi komponen yang penting dalam program

latihan atlet bagi meningkatkan prestasi atlet hingga ke tahap maksimum. Pemilihan kaedah

latihan anaerobik yang tepat dan betul dapat member impak yang maksimum dalam pembinaan

prestasi fizikal atlet.

KATA KUNCI.

1. Latihan Anaerobik. 6. Isotonik. 11. Latihan pliometrik.

2. Kekuatan relatif. 7. Isokinetik. 12. Barbel dan dumbel.

3. Kuasa eksplosif . 8. Motor unit. 13. Mesin bebanan.

4. Kekuatan absolute. 9.Kitaran strecth shortening. 14. Bola segar.

5. Isometrik. 10.Latihan litar. 15. Amortization.

PENILAIAN KENDIRI.

1. Apakah definisi latihan anaerobik?

2. Nyatakan definisi kekuatan otot?

3. Senaraikan klasifikasi kekuatan otot?

4. Jelaskan faktor yang mempengaruhi kekuatan otot?

5. Apakah perbezaan antara kontraksi otot secara isometrik, konsentrik dan esentrik?

6. Berikan 6 contoh latihan kekuatan otot bahagian atas dan bawah badan setiap satu?

7. Jelaskan garispanduan yang perlu dipatuhi semasa merancang latihan litar?

8. Bina dan rancang satu sesi latihan litar untuk komponen kecergasan kekuatan otot?

9. Apakah tujuan latihan pliometrik?

10. Jelaskan fasa kitaran stretch - shortening dalam latihan pliometrik?

11. Jelaskan aspek keselamatan yang perlu diberi perhatian dalam latihan pliometrik?

12. Berikan 3 contoh setiap satu latihan pliometrik menggunakan berat badan, alatan

(berhalangan), kotak pliometrik dan bola segar (medicine ball)?

Page 146: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 146

RUJUKAN. Baechle, T. R & Earle, R. W. (2008). Essentials of Strength Training and Conditioning (3th ed).

Champaign IL, Human Kinetics.

Bompa, T.O. (1999). Periodization: Theory and Methodology of Training (4th ed). Champaign IL, Human Kinetics.

Bompa, T.O., & Haff, G.G. (2009). Periodization: Theory and Methodology of Training (5th ed). Champaign IL, Human Kinetics.

Dick, F. W. (2002). Sports Training Principles (4th ed). London, A & C Black.

Foran, B. (2001). High Performance Sports Conditioning. Champaign IL, Human Kinetics.

Stone, M. H., Stone, M & Sands, W. A. (2007). Principle and Practice of Resistance Training. Champaign IL, Human Kinetics.

Wilmore, J.C., Costill, D. L., & Kenney, W. L. (2008). Physiology of Sport and Exercise (4th ed). Champaign IL, Human Kinetics.

Rujukan Internet.

www. sport.advisor.uk.com

www.brianmac.co.uk

Page 147: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 147

UNIT 10

LATIHAN TERAS BADAN

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menjelaskan definisi teras badan. 2. Menerangkan bahagian anatomi utama teras badan 3. Membincangkan konsep latihan teras badan dalam sukan 4. Menyatakan tujuan latihan teras badan. 5. Menerangkan aplikasi latihan teras badan dengan membuat analisis keperluan latihan 6. Menyediakan satu siri latihan untuk meningkatkan daya tahan otot teras badan.

PENGENALAN.

alam kehidupan sehari, kita sering melakukan aktiviti fizikal yang melibatkan pergerakan sendi dan otot seperti berjalan, mengangkat barang, menolak dan menarik, melompat, kerja – kerja mengemas rumah dan kerja – kerja berkebun. Kestabilan tubuh badan semasa melakukan pergerakan ini adalah kunci utama untuk mengelak daripada risiko

kecederaan seperti sakit belakang atau pinggang, sendi kaki dan lutut serta bahagian bahu (Panjabi, 1992). Kawalan dan kesempurnaan pergerakan melibatkan kontraksi otot bahagian teras badan yang meliputi bahagian abdominal dan belakang. Kestabilan dan kekuatan otot bahagian ini dapat memberikan kestabilan pada bahagian tulang belakang menanggung bedan kerja seharian kita. Menurut ahli terapi fizikal mendapati bahawa aktiviti duduk dalam jangka masa lama seperti membaca, berkerja dengan komputer dan memandu akan melemahkan kestabilan pada bahagian tulang belakang. Seharusnya orang yang sihat dapat mengekalkan kestabilan pada otot bahagian belakang untuk menghindar penyakit kronik sakit belakang dengan melakukan senaman ringan. Senaman ringan yang kerap dapat mengekalkan kestabilan dan kekuatan otot bahagian abdominal dan belakang serta tulang belakang. Kajian daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (2006) mendapati bahawa 35% populasi usia antara 55 – 65 tahun mengalami masalah kronik sakit belakang dan ia juga dilaporkan oleh WHO (World Health Organization) sebagai fenomena yang berlaku di seluruh dunia. Dalam aktiviti sukan pula, masalah sakit belakang dan ketidakstabilan otot bahagian teras badan ini adalah dirawat dengan kaedah terapi pemulihan oleh ahli fisioterapi. Ahli fisioterapi dan terapi fizikal menggunakan kaedah ini di dalam proses perawatan dan penyembuhan (rehabilitasi) kepada pesakit yang mengalami masalah sakit belakang telah menunjukkan hasil penyembuhan sangat berkesan Keberkesanan kaedah perawatan dalam bidang ini telah melonjakkan satu inovasi dan kreativiti pengkaji Sains Sukan untuk memindahkan konsep terapi perawatan ini kepada bentuk latihan fizikal.

D e

Page 148: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 148

Latihan teras badan menjadi isu hangat masa kini dikalangan pelatih kecergasan, jurulatih, ahli fisioterapi dan pengamal kecergasan mengenai keberkesanan latihan ini kepada atlet. Sementara itu, kaedah latihan konvensional seperti latihan bangkit tubi dan lentik belakang telah digunapakai dalam latihan fizikal untuk menguatkan bahagian teras badan. Justeru itu, melalui pendekatan teknologi dan inovasi dalam sukan, kaedah perawatan fisioterapi ini telah di inovasikan sebagai salah satu kaedah latihan fizikal yang efisien untuk menguatkan dan mencegah daripada masalah sakit belakang (Panjabi, 1992). Kestabilan dan kekuatan teras badan merupakan komponen utama dalam setiap program latihan bagi individu yang memfokuskan untuk meningkatkan kecergasan fizikal dan kesihatan.

Apa itu teras badan? Teras badan adalah merujuk kepada segmen otot bahagian tengah badan di antara bahagian atas dan bahagian bawah badan (Borghuis et al, 2008). Kawalan pusat graviti badan terletak pada bahagian ini dan barisan tulang belakang (spine). Bahagian teras badan dihubungkan melalui otot-otot yang membaluti sekeliling teras badan seperti:

Otot abdominal. Otot pinggul. Otot belakang (back).

Gambarajah 10.1: Keratan rentas otot abdominal. Otot abdominal adalah terdiri daripada:

Rectus abdominis. Transverse abdominus Internal oblique External oblique

Otot rectus abdominis berfungsi memberikan kestabilan bahagian teras dan mengawal kestabilan pergerakan bahagian trunk (belakang). Ia merupakan fleksor bagi trunk. Transverse

Page 149: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 149

abdominis adalah otot dibahagian dalam iaitu dibawah lapisan rectus abdominis. Setiap pergerakan akan bermula dengan kontraksi otot bahagian ini. Internal dan external oblique menyumbang kepada fungsi mengawal kestabilan tulang belakang (spine).

Gambarjah 10.2. Otot bahagian Hip. Dalam konsep bahagian teras badan, otot pinggul yang terlibat adalah:

Psoas. Rectus femoris. Sartorius. Tensor facia latae. Pectinius. Gluteus maximus. Semitendinosus. Semimembranosus. Bicep femoris. Adductor magnus. Illac crest.

Pinggul merupakan penggerak utama dalam pergerakan dan otot pada pinggul berfungsi menyokong dan mengawal bahagian teras badan dengan gerakan sinergi yang diaktifkan melalui pelvis dan trunk. Kestabilan otot pinggul adalah sangat penting untuk menghasilkan pergerakan semasa aktiviti sukan seperti larian pantas, berhenti, larian lateral dan mengubah arah pergerakan secara cepat. Kekuatan dan daya tahan pada bahagian otot pinggul adalah komponen utama yang perlu dilatih untuk hasil yang optimum. Bagi mengekalkan kestabilan teras badan tubuh badan kita haruslah dapat mengintergrasikan:

Sensori saraf. Proses lakuan motor. Biomekanik pergerakan.

Page 150: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 150

Gambarajah 10.3: Otot bahagian belakang.

Otot pada bahagian belakang terdiri daripada:

Erector spinae. Quadrates lumborum. Paraspinals. Trapezius. Psoas major. Multifidus. Ithoracis. Rotators. Latissimus dorsi . Serratus anterior.

Definisi Kestabilan Teras badan. Kestabilan teras badan didefinisi sebagai keupayaan badan mengawal posisi dan pergerakan untuk menghasilkan intergrasi pemindahan, kawalan dan penghasilan daya (kuasa) dan pergerakan yang optimum dalam aktiviti sukan (Kibler, 2006). Tahap kestabilan teras badan dapat dicapai melalui intergrasi:

Penstabilan aktif pada otot ditulang belakang. Penstabilan pasif pada gerakan tulang belakang. Kawalan unit saraf.

Penstabilan aktif pada tiga komponen ini secara serentak akan menghasilkan kawalan pada julat pergerakan sendi tulang belakang. Kawalan secara dinamik ini membolehkan kita melakukan gerakan dalam kerja seharian hingga kepada pergerakan yang ekstrem dalam sukan. Kekurangan atau hilangnya kestabilan bahagian teras badan memberikan kita risiko kecederaan seperti sakit kronik belakang, kecederaan pada sendi kaki dan lutut. Secara tidak

Page 151: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 151

langsung ia menunjukkan hubungan yang sangat tinggi pada aktiviti sukan yang melibatkan fungsional pergerakan dengan beban latihan untuk mengekalkan kestabilan badan. Ini adalah disebabkan pergerakan dalam sukan bersifat kompleks.

Konsep Teras Badan Dalam Latihan Sukan. Konsep teras badan dalam pergerakan adalah sebagai pusat penghasilan kuasa atau dipanggil sebagai zon kuasa pergerakan kerana ia juga adalah merupakan pusat graviti badan. Bahagian ini berfungsi sebagai pusat rantaian gerakan untuk menghasilkan pergerakan yang merupakan integrasi daripada sendi dan otot bahagian lain. Otot-otot teras badan bertanggunjawab untuk mengekalkan kestabilan spinal dan pelvis semasa melakukan gerakan untuk menghasilkan dan memindahkan kuasa dan tenaga. Tenaga dan kuasa gerakan akan dipindahkan dari kaki melalui bahagian teras ke bahagian tangan. Contohnya seperti gerakan pitcher membaling bola sofball, melempar cakera, memukul bola golf, tenis, hoki dan menendang bola, silat, taekwondo.

Gambarajah 10.4: Rantaian pergerakan bahagian teras badan yang melibatkan integrasi sendi

dan otot bahagian lain. Gambarajah 10.4 di atas, menerangkan bagaimana intergrasi pergerakan melalui bahagian teras badan berlaku dengan penghasilan daya. Oleh sebab itu, gerakan mengilas atau memutar bahagian teras badan yang berlaku dalam rantaian gerakan dapat menghasilkan impak kuasa maksimum. Secara signifikannya didapati bahawa jika bahagian bawah badan kuat tetapi teras badan lemah akan memberikan kesan kepada penurunan penghasilan kuasa dan pergerakan tidak efisien. Justeru itu, kedua-dua bahagian ini perlu dikuatkan dan dilatih untuk memberikan kesan secara maksimum dalam prestasi sukan. Menurut Hibbs, (2008) atlet memerlukan tahap maksimum kekuatan dan kestabilan teras badan untuk meningkatkan prestasi sukan berbanding dengan orang biasa. Tahap maksimum teras badan memberikan tahap kawalan yang dinamik pada pergerakan dan pemindahan kuasa lebih besar akan berlaku dari bahagian atas dan bawah badan melalui zon teras badan bagi memaksimumkan prestasi serta

Page 152: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 152

meningkatkan efisensi biomekanik gerakan. Selain dari itu ia juga dapat mengekalkan kestabilan tulang belakang. Justeru itu, koordinasi gerakan serta daya tahan dan kekuatan otot merupakan asas yang sangat penting untuk meningkatkan kestabilan otot teras badan dalam latihan fizikal.

_____________________________________________________________________

Cuba anda membuat pemerhatian pada setiap gerakan memukul, membaling dan smesh dengan tumpuan pada bahagian teras badan menerusi gerakan lanjutan (follow-through)?

Kajian Berkaitan Dengan Latihan Teras Badan. Beberapa siri kajian telah dilapor untuk melihat hubungan serta kesan latihan teras badan pada prestasi atlet. Tse at al, (2005) telah mengkaji keberkesanan program latihan teras badan selama lapan minggu kepada atlet kenu lelaki dengan menggunakan protokol latihan daya tahan. Kesimpulan dari kajian yang dijalankan mendapati terdapat peningkatan terhadap daya tahan otot teras dan prestasi atlet kenu. Sementara itu, Stanton et al, (2004) telah mengkaji kesan latihan akut menggunakan terapi bola latihan pelbagai saiz pada kestabilan otot teras badan dan efisensi ekonomi larian pada pelari jarak sederhana. Hasil kajian program jangka pendek ini telah memberikan kesan peningkatan pada kestabilan otot abdominal dan pinggul. Manakala hasil prestasi terhadap efisensi ekonomi larian telah meningkat secara signifikan. Scibek et al (2001) juga telah menggunakan bola latihan pelbagai saiz sebagai terapi latihan kepada atlet renang wanita. Peningkatan yang signifikan telah dilaporkan pada daya tahan dan kestabilan otot teras badan tetapi tiada kesan signifikan dalam prestasi renang. Kajian oleh Sato et al, (2009) adalah untuk menyelidik kesan program latihan selama enam minggu kepada subjek pelari rekreasi dan kompetitif. Hasil kajian yang dilaporkan adalah mendapati bahawa terdapat kesan yang signifikan pada masa prestasi larian 5000 meter. Nesser et al, (2008) telah mendapati bahawa otot teras badan meningkat secara signifikan pada pemain bola sepak devision 1 melalui ujian daya tahan secara isometrik. Abt et al, (2007) pula telah menjalankan kajian untuk mengkaji hubungan antara kestabilan otot teras dan mekanisme kayuhan bahagian bawah badan pada pelumba basikal professional. Mereka melaporkan bahawa kelesuan otot bahagian bawah badan telah menyebabkan perubahan pada mekanisme kayuhan yang berkemungkinan atlet akan mengalami kecederaan pada kaki apabila daya kayuhan ditambah. Selepas diberi intervensi latihan kestabilan dan daya tahan otot teras pada pelumba basikal, mereka mendapati kesan peningkatan pada kestabilan otot teras dan daya tahan dengan daya kayuhan. Secara tidak langsung, hasil kajian ini telah memberikan maklumat kepada kita bahawa atlet perlu melakukan latihan teras badan untuk meningkatkan prestasi dan mengelakkan daripada berlakunya risiko kecederaan. Kestabilan dan daya tahan otot teras badan adalah latihan utama yang perlu diberikan khusus kepada atlet baru dan muda dan juga kepada atlet professional. Aplikasi latihan teras badan secara sistematik melalui program latihan menjadi menu penting dan kesedaran jurulatih juga dapat membantu dan memberi nilai tambah terhadap prestasi atletnya.

Page 153: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 153

Tujuan Latihan Teras Badan. Latihan teras badan melibatkan kontraksi secara isometrik dengan menumpukan untuk melatih komponen kekuatan, daya tahan otot dan imbangan. Fokus otot utama dalam latihan ini adalah pada otot disekeliling abdominal, belakang (back) dan pinggul. Kesan latihan secara sistematik adalah untuk:

Memperbaiki kawalan postur badan. Meningkatkan imbangan dan kestabilan badan. Meningkatkan efisensi koordinasi pergerakan. Meningkatkan penghasilan kuasa. Mengurangkan risiko kecederaan. Meningkatkan prestasi atlet.

Aplikasi Latihan Teras badan Dalam Sukan. Latihan teras badan boleh dilakukan di atas permukaan yang stabil dan tidak stabil. Permukaan yang stabil adalah merujuk pada permukaan yang rata dan luas serta tidak bergerak contohnya permukaan gelanggang. Latihan konvensional seperti bangkit tubi (sit-up) dan lentik belakang adalah contoh menggunakan permukaan yang stabil.

Gambarajah 10.5: Latihan lentik belakang dan bangkit tubi menggunakan permukaan stabil. Manakala permukaan tidak stabil merujuk kepada permukaan yang bergerak dan luas permukaan adalah kecil serta memerlukan kawalan badan untuk kestabilan. Contohnya adalah latihan di atas bola dan peralatan lain.

Gambarajah 10.6: Latihan teras badan menggunakan permukaan tidak stabil.

Page 154: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 154

___________________________________________________________________________

Buat satu perbincangan dengan kawan anda tentang latihan teras badan dengan menggunakan permukaan stabil dan tidak stabil dengan melayari bahan di internet? Analisis Keperluan Latihan. Di peringkat awal sebelum latihan, analisis latihan dapat memberikan dose latihan yang tepat kepada atlet dan memenuhi tuntutan khusus latihan yang sebenar. Proses ini sangat penting supaya stimulus latihan dapat memberikan adaptasi positif pada prestasi atlet. Berikut merupakan contoh analisis keperluan latihan teras badan :

Analisis pergerakan. Corak pergerakan badan (horizontal, lateral, zig-zag) Otot yang terlibat (penggerak utama – otot besar) Pergerakan utama dalam sukan secara khusus.

Analisis fisiologi.

Tahap kekuatan otot (otot agonis dan antagonis) Tahap daya tahan otot. Tahap kuasa otot.

Analisis kecederaan.

Jenis kecederaan pada sendi. Jenis kecederaan pada otot.

Penilaian pada atlet.

Status latihan. Tahap pencapaian. Tempoh latihan. Matlamat utama latihan.

Latihan teras badan mesti mematuhi prinsip-prinsip latihan seperti yang pernak kita bincangkan dalam unit yang lepas iaitu:

Prinsip lebihan beban Prinsip ansur maju secara progresif Prinsip kekhususan Prinsip perbezaan individu Prinsip kebolehbalikan

___________________________________________________________________________

Tugasan bersama dalam kumpulan iaitu membuat analisis keperluan latihan berdasarkan panduan yang diberi dengan mengambil contoh diri anda sebagai atlet?

Page 155: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 155

Intensiti latihan teras badan. Intensiti latihan teras badan biasanya adalah berdasarkan ulangan latihan dan masa

lakuan. o Contoh intensiti berdasarkan ulangan – latihan bangkit tubi dilakukan

sebanyak 10 – 30 ulangan untuk 1 set latihan. o Contoh intensiti berdasarkan masa lakuan – latihan bangkit tubi dilakukan

selama 15 saat – 30 saat untuk 1 set latihan.

Isipadu latihan secara umumnya adalah berdasarkan jumlah kerja yang dilakukan. Jumlah kerja adalah berdasarkan jumlah latihan x jumlah ulangan atau masa lakuan x jumlah set. Jumlah isipadu perlu dikira berdasarkan jumlah hari latihan dalam seminggu sehingga tamatnya program latihan fizikal atlet.

Frekuansi latihan teras badan. Sebagai garis panduan adalah seperti berikut:

Jadual 10.1: Frekuansi latihan mengikut peringkat atlet.

Peringkat atlet

Frekuansi dalam seminggu

Baru 2 – 3 kali

Amatur 3-4 kali

Elit 5 – 6 kali

Masa rehat. Jadual 10.2: Masa rehat mengikut jenis latihan.

Jenis Latihan

Masa Rehat

Kekuatan 2-5 minit

Hipertropi 30-90 saat

Kuasa 2-5 minit

Daya tahan otot 15-30 saat

Pemilhan latihan. Latihan teras badan sangat dipengaruhi oleh jangka masa dan kelajuan pergerakan

kontraksi otot. Latihan bercirikan kuasa atau kelajuan pergerakan yang tinggi perlu dilatih dahulu dan kemudian baru latihan daya tahan.

Page 156: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 156

Jenis latihan dan alatan. Latihan teras badan boleh bahagikan kepada dua iaitu:

o Latihan tanpa alatan dan dengan alatan pada pemukaan stabil. o Latihan pada permukaan tidak stabil dengan menggunakan alatan seperti:

◊ Bola latihan ◊ Bosu

Gambarajah 10.7: Contoh latihan teras badan tanpa alatan pada permukaan stabil.

Latihan bangki tubi bersama pasangan. Otot yang terlibat:

Rectus abdominis

Internal oblique

psoas

Biceps femoris

Latihan bangkit tubi sambil berpusing. Otot yang terlibat:

Rectus abdominis

Internal oblique

External oblique

psoas

Biceps femoris

Latihan plank sisi. Otot yang terlibat:

deltoid

external oblique

Vastus medialis

Rectus femoris

Page 157: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 157

Latihan bridging. Otot yang terlibat:

Erector spine

Paraspinals

Gluteus maximus

External obligue

Latihan 45º angkat kaki. Otot yang terlibat:

Rectus abdominis

Transverse abdominus

Tensor facia latae

Rectus femoris

psoas

Latihan mengayuh basikal. Otot yang terlibat:

vastus lateralis

external oblique

Vastus medialis

Rectus femoris

Rectus abdominis

Latihan Russia twist. Otot yang terlibat:

Internal oblique

external oblique

erector spine

Rectus femoris

Latihan angkat kaki sebelah 45º secara berselang seli. Otot yang terlibat:

Rectus abdominis

Transverse abdominus

Tensor facia latae

Rectus femoris

psoas

Page 158: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 158

Latihan bangkit V. Otot yang terlibat:

Rectus abdominis

Transverse abdominus

Erector spine

Rectus femoris

Gambarajah 10.8: Contoh latihan teras badan dengan alatan pada permukaan stabil.

Latihan bangkit tubi dengan dumbell. Alatan menggunakan dumbbel. Otot yang terlibat:

Rectus abdominis

Internal oblique

psoas

Biceps femoris

Deltoid

Latihan bangkit tubi sambil berpusing dengan barbell. Alatan menggunakan barbel Otot yang terlibat:

Rectus abdominis

Internal oblique

External oblique

psoas

Biceps femoris

Deltoid

Latihan 45º angkat kaki dengan bola segar. Alatan menggunakan mesin bebanan Otot yang terlibat:

Rectus abdominis

Transverse abdominus

Tensor facia latae

Rectus femoris

psoas

Page 159: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 159

Latihan bangkit V dengan bola segar. Alatan menggunakan bola segar Otot yang terlibat:

Rectus abdominis

Transverse abdominus

Erector spine

Rectus femoris

Deltoid

Latihan lunge sambil berpusing dengan bola segar. Alatan menggunakan bola segar. Otot yang terlibat:

deltoid

external oblique

Vastus medialis

Rectus femoris

Latissimus dorsi

Quadratus femoris

Latihan half squat sambil berpusing menggunakan bole segar. Alatan menggunakan bola segar Otot yang terlibat:

deltoid

external oblique

Vastus medialis

Rectus femoris

Erector spine

Multifidus

Bicep femoris

Page 160: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 160

Gambarajah 10.9: Contoh latihan teras dengan bola latihan (permukaan tidak stabil).

Latihan bangkit tubi atas bola latihan. Alatan menggunakan bola latihan Otot yang terlibat:

Psoas

Biceps femoris

Vastus lateralis

Vastus intermedius

Vastus medialis

Rectus abdominis

Latihan bangkit tubi atas bola latihan sambil berpusing. Alatan menggunakan bola latihan Otot yang terlibat:

Psoas

Rectus femoris

Vastus lateralis

Vastus intermedius

Vastus medialis

Rectus abdominis

Internal oblique

Latihan reverse plank atas bola latihan. Alatan menggunakan bola latihan. Otot yang terlibat:

Bicep femoris

Gluteus maximus

Rectus abdominis

Erector spinae

Deltoid

Latihan plank atas bola latihan. Alatan menggunakan bola latihan. Otot yang terlibat:

Rectus abdominis

Rectus femoris

Vastus medialis

Rectus femoris

paraspinals

Page 161: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 161

Latihan plank satu kaki atas bola latihan. Alatan menggunakan bola latihan. Otot yang terlibat:

Rectus abdominis

Rectus femoris

Vastus medialis

Rectus femoris

paraspinals

Latihan lateral memusing pinggang dengan bola latihan. Alatan menggunakan bola latihan. Otot yang terlibat:

psoas

rectus femoris

facia latae

Rectus femoris

Erector spinae

External oblique

Rotator

Latihan memusing bola latihan 45º. Alatan menggunakan bola latihan Otot yang terlibat:

psoas

rectus femoris

facia latae

Rectus femoris

Erector spinae

Page 162: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 162

Gambarajah 10.10: Contoh latihan teras dengan Bosu (permukaan tidak stabil).

Latihan bangkit V atas Bosu. Alatan menggunakan bosu. Otot yang terlibat:

Rectus abdominis

Transverse abdominus

Erector spine

Rectus femoris

Latihan mengayuh basikal atas Bosu. Alatan menggunakan Bosu. Otot yang terlibat:

vastus lateralis

external oblique

Vastus medialis

Rectus femoris

Rectus abdominis

Latihan plank sisi atas Bosu. Alatan menggunakan Bosu. Otot yang terlibat:

deltoid

external oblique

Vastus medialis

Rectus femoris

Serattus anterior

Latissimus dorsi

Latihan bangkit tubi atas Bosu. Alatan menggunakan Bosu. Otot yang terlibat:

Rectus abdominis

Internal oblique

psoas

Biceps femoris

Page 163: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 163

Latihan bangkit tubi sambil berpusing atas Bosu. Alatan menggunakan Bosu. Otot yang terlibat:

Rectus abdominis

Internal oblique

External oblique

psoas

Biceps femoris

Latihan angkat kaki sebelah 45º secara berselang seli atas bosu. Alatan menggunakan Bosu. Otot yang terlibat:

Rectus abdominis

Transverse abdominus

Tensor facia latae

Rectus femoris

psoas

Latihan bridging atas bosu Alatan mengunakan bosu. Otot yang terlibat:

Erector spine

Paraspinals

Gluteus maximus

External obligue

Page 164: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 164

RUMUSAN.

Teras badan merupakan segmen tubuh kita yang sangat penting untuk melakukan kerja seharian, terlibat aktif dalam aktiviti fizikal serta membantu meningkatkan prestasi atlet.

Kestabilan tubuh badan semasa melakukan pergerakan ini adalah kunci utama untuk mengelak daripada risiko kecederaan seperti sakit belakang atau pinggang, sendi kaki dan lutut serta bahagian bahu.

Teras badan terbahagi kepada tiga bahagian yang penting iaitu bahagian otot abdominal, pinggul dan belakang yang sangat penting untuk mengawal dan menjaga kestabilan tubuh badan terutama bahagian tulang belakang (spine).

Kestabilan teras badan didefinisi sebagai keupayaan badan mengawal posisi dan

pergerakan untuk menghasilkan intergrasi pemindahan, kawalan dan penghasilan daya (kuasa) dan pergerakan yang optimum dalam aktiviti sukan.

Konsep teras badan dalam pergerakan adalah sebagai pusat penghasilan kuasa atau dipanggil sebagai zon kuasa pergerakan.

Teras badan berfungsi sebagai pusat rantaian gerakan untuk menghasilkan pergerakan yang merupakan integrasi daripada sendi dan otot bahagian lain. Otot-otot teras badan bertanggunjawab untuk mengekalkan kestabilan spinal dan pelvis semasa melakukan gerakan untuk menghasilkan dan memindahkan kuasa dan tenaga. Tenaga dan kuasa gerakan akan dipindahkan dari kaki melalui bahagian teras ke bahagian tangan.

Latihan teras badan melibatkan kontraksi secara isometrik dan bertujuan untuk melatih komponen kekuatan, daya tahan otot dan imbangan.

Latihan teras badan boleh dilakukan di atas permukaan yang stabil dan tidak stabil. Permukaan yang stabil adalah merujuk pada permukaan yang rata dan luas serta tidak bergerak dan permukaan tidak stabil merujuk kepada permukaan yang bergerak dan luas permukaan adalah kecil serta memerlukan kawalan badan untuk kestabilan.

Keberkesanan latihan teras badan adalah berdasarkan kepada intensiti, isipadu, frekuansi dan masa rehat latihan serta mematuhi prinsip-prinsip latihan.

Analisis yang tepat memberikan kesan yang signifikan terhadap keperluan latihan teras badan mengikut tuntutan sukan secara spesifik. Jurulatih bertanggungjawab memilih dan merancang latihan yang bersesuai dengan kehendak dan kemampuan atletnya.

Page 165: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 165

KATA KUNCI.

1. Teras badan 6. Otot pinggul

2. Kestabilan 7. Otot belakang

3. Rantai gerakan 8. Tulang belakang (spine)

4. Kawalan pergerakan 9. Permukaan stabil

5. Otot abdominal 10.Permukaan tidak stabil

PENILAIAN KENDIRI.

1. Apakah definisi teras badan? 2. Senaraikan bahagian utama teras badan? 3. Jelaskan definisi kestabilan teras badan? 4. Apakah tujuan latihan teras badan? 5. Jelaskan konsep latihan teras badan dalam sukan? 6. Apakah perbezaan kesan latihan teras badan dengan menggunakan permukaan stabil

dan tidak stabil? 7. Jelaskan intensiti untuk latihan teras badan? 8. Bina satu siri latihan teras badan untuk diri anda? 9. Bina satu analisis keperluan latihan berpandukan cirri-ciri analisis yang diberi terhadap

atlet anda untuk latihan teras badan?

RUJUKAN. Abt, J.P., Smoliga, J. M., Brick, M. J., Jolly, J.T., Lephart, S. M., & Fu, F. H. (2007). Relationship

between cycling mechanics and core stability. J. Strength Conditioning Res, 21(4): 1300 – 1304.

Borghuis, J., Hof, L.A., Koen, A. P. M., & Lemmink. (2008). The importance of sensory-motor control in providing core stability. Sport Med, 38 (11): 893-916.

Hibbs, A. E., Thompson, K. G., French, D., Wrigley, A., & Spears, I. (2008). Optimizing performance by improving core stability and core strength. Sport Med, 38 (12): 995 – 1008.

Kibler, W.B., Press, J., & Sciascia, A. (2006). The role of core stability in athletic function. Sport Med, 36 (3): 189 – 198.

Nesser, T. W., Huxel, K. C., Tincher, J. L., & Okado, T. (2008). The relationship between core stability and performance in division 1 football players. J Strength Conditioning Res, 22(6): 1750 – 1754.

Panjabi, M. (1992). The stabilizing system of the spine part 1: Function, dysfunction, adaptation and enhancement. J spinal Disord, 5: 383 – 389.

Page 166: Modul Latihan Dan Kecergasan

L a t i h a n d a n K e c e r g a s a n | 166

Sato, K., & Mokha, M. (2009). Does core strength training influence running kinetics, lower extremity stability and 5000-M performance in runners? J Strength Conditioning Res, 23(1): 133 – 140.

Scibek, J.S., Guskiewicz, K.M., Prentice, W., E., Mays, S., & Davis, J. M. (2001). The effects of core stabilization training on functional performance in swimming. J Strength Conditioning Res, 17(1): 455 – 462.

Stanton, R., Reaburn, P.R., & Humphries, B. (2007). The effect of short-term Swiss Ball training on core training and running economy. J Strength Conditioning Res, 18: 522 – 528.

Rujukan Internet:

o http://www.brianmac.co.uk/index.htm

o https://www.nsca.com/publications/

o www.sport-fitness-advisor.com