modul bahasa melayu tahun 4

Upload: priya-tharshini

Post on 01-Nov-2015

41 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

it has standard 4 bahasa melayu question for the primary school students to practise more questions on grammar.

TRANSCRIPT

MODUL BAHASA MELAYU TAHUN 4,5 DAN 6.

KATA NAMA1. Kata nama ialah kata yang merujuk kepada orang,binatang,benda,tempat dan sebagainya.

KATA NAMA2. kata nama terbahagi kepada :-

KATA NAMA AMKATA GANTI NAMA KATA NAMA KHASKATA NAMA ARAHKATA BILANGANManusiaAbang,budak,guru,peguam

binatangBurung,harimau,lipas,rusa

Tumbuh-tumbuhanCendawan,terung,pokok betik

bendaCawan,buku,paku,pen

tempatDewan,pulau,Bandar,negara

Kata Nama Am1. Kata nama am ialah kata nama yang amnya digunakan untuk menyebut :(a) nama benda yang bernyawa (b) nama benda yang tidak bernyawa 2. Benda yang bernyawa ialah manusia,binatang , dan tumbuh-tumbuhan.3. Benda yang tidak bernyawa ialah benda dan tempat.4. Kata nama am ditulis dengan huruf kecil kecuali pada awal kata.5. Ada juga kata nama am yang diberikan imbuhan.6. Kata nama am yang diberikan imbuhan ini dikenal sebagai kata nama terbitan.7. Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh dibahagikan kepada :- - awalan - apitan - akhiranawalan ke-,pe-,pem-,pen-,peng-,penge-, per-

akhiran-an,-man,-wan,-wati,-ita

apitankean,pean,peman,penan,pengan,pengean, peran

Contoh Kata Nama Terbitanduridurian

hendakkehendak

putuskeputusan

sahpengesahan

Latihan 1 (KATA NAMA AM)1. Ibu bapa bergotong-royong untuk membersihkan selepas banjir kerana sesi persekolahan akan bermula tidak lama lagi.A. dewanB. masjidC. pejabatD. bilik darjah

2. Setiap pagi kami terhibur mendengar celoteh juruhebah di .A. radioB. videoC. komputerD. televisyen

3. Sempena pelancaran filem Cinta suasana di sesak dengan orang ramai.A. hotelB. balaiC. dewanD. pawagam

4. Pada Hari Raya Aidiladha banyak banyak disembelih untuk ibadah korban.A. itikB. ayamC. lembuD. keldai

5. ke Kampung Tualang ditutup buat sementara kerana hamper reput.A. JalanB. SungaiC. JambatanD. Terowong

6. Murid-murid tahap satu tidak boleh menggunakan ketika membuat latihan di kelas.A. penB. warnaC. penselD. krayon

7. Kak Leha telah bergelar kerana anak sulungya telah menimang cahaya mata.A. ibuB. emakC. datukD. nenek

8. Adik menyuruh ayah membeli akuarium untuk membela .A. ikanB. ayamC. kucingD. burung

9. Ayah memasukkan sampah ke dalam hitam sebelum dibuang.A. beg B. tongC. bakul D. plastic

10. Puan Rusilah ialah Guru Besar di saya. A. rumah B. dewan C. sekolah D. pejabat

Markah :MenguasaiKurang MenguasaiTidak Menguasai

Catatan guru :

Kata Nama Khas

1. Kata nama khas ialah kata nama yang khasnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda yang bernyawa dan benda yang tidak bernyawa.

2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.

3. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat,judul buku, nama bangunan, dan sebangainya.

4. Kata nama khas mestilah ditulis dengan huruf besar pada huruf pertamanya.

CONTOH :-manusiaPooja,Ahmad,Farish,Haris,Marry

binatangCiki(kucing), Jalak(ayam),Sang Bedal(buaya)

tempatKuala Pilah(daerah),Klang(bandar),Selangor(negeri)

bangunanJay Jusco(pusat beli-belah), Masjid wilayah(tempat ibadat), Setia City Mall(pusat beli-belah)

Judul buku/majalah novelSejarah Melayu(buku),Wanita(majalah),Konserto Terakhir(novel)

bendaSony(peralatan elekrtik),Bata(jenama kasut),Panasonic(TV)

LATIHAN 2( KATA NAMA KHAS)

Pilih jawapan yang betul.

1. Yang di-Pertuan Agong telah ditabalkan di . A. Zoo Negara B. Istana Negara C. Masjid Negara D. Planetarium Negara

2. antara kesan tinggalan Portugis di Melaka. A. Istana Kelly B. Tugu Negara C. Muzium Negara D. Kota AFamosa

3. Murid-murid akan mengetahui jenis cuaca melalui pelajaran . A. Sejarah B. Geografi C. Pendidkan Seni D. Pendidikan Jasmani

4. Penganut agama menyambut Hari Krismas setiap tahun. A. Islam B. Hindu C. Buddha D. Kristian

Nota :-Si belang = harimauSi Tompok = kucingSi Bongkok = orang yg bongkok.Si Rangkak = bayi yang merangkak5. Ibu membasuh pakaian menggunakan sabun . A. Fab B. Dove C. Axion D. Pantene

6. Setiap hari adik memberi makan Friskies. A. Si Belang B. Si Tompok C. Si Bongkok D. Si Rangkak

7. mengetuai pembedahan jantung itu. A. Encik Kamal B. Doktor Rina C. Ustaz Ramli D. Cikgu Murali

8. Merupakan sebuah kawasan pelancongan yang sangat indah. A. Stadium Negara B. Muzium Maritim C. Tasik Dayang Bunting D. Pusat Dagangan Dunia Putra

9. Pada umat Islam akan melakukan ibadah korban. A. Hari Raya Haji B. Maulid Rasul C. Awal Muharam D. Hari Raya Puasa

10. Kereta merupakan antara kereta tempatan yang laris di pasaran. A. Honda Jazz B. Proton Waja C. Nissan Sunny D. Toyota Avanza

11. Encik Zainal Abidin ialah di Sekolah Kebangsaan Desa Pertiwi. A. Guru Besar B. Menteri Besar C. Pegawai Daerah D. Perdana Menteri

12. Yusri memakai kasut bola jenama . A. Casio B. Adidas C. Maybank D. Panasonic

Markah :MenguasaiKurang MenguasaiTidak Menguasai

Catatan guru :

KATA NAMA ARAH1. Kata nama arah ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan hala atau kedudukan sesuatu.2. Contohnya ialah; [atas, bawah, dalam, depan, hujung, hulu, luar, muara, seberang, sisi, sudut, tengah, tepi dan sebagainya.]3. Kata nama arah ialah biasanya diletakkan sebelum frasa nama dan selepas kata sendi. Contoh Ayat :- (a) Adik tidur di atas katil. (b) Nelayan itu ke tengah laut. (c) Dia berdiri di depan kelas.

Latihan 3 ( KATA NAMA ARAH)Pilih jawapan yang betul. 1.Rumah datuk Ahmad terletak di __________ sungai. A tengah C hujung B dalam D tepi 2.Ibu menjemput kawan-kawannya yang baru sampai masuk ke __________ rumah A atas C tengah B dalam D hadapan

3.Negeri Perlis terletak di __________ Semenanjung Malaysia A hadapan C utara B selatan D atas

4.Ribut taufan yang bertiup kencang dari sebelah __________ telah menyebabkan kemusnahan beberapa buah rumah di kampung itu. A belakang C sudut B penjuru D barat

5.Mereka dipilih dari __________ kebolehan menguasai kemahiran bahasa untuk pertandingan pidato. A atas C antara B segi D dalam

6.Penyelam itu berjaya menyelam sehingga ke __________ tasik itu. A tepi C bawah B dasar D tengah

7. Pak Rahim mula mengusahakan tanah di __________ rumahnya dengan harapan tanamannya itu dapat membuahkan hasil yang lumayan. A. tengah C. bawah B. belakang D. atas

8. Kanak-kanak yang malang itu lemas kerana terjatuh ke __________ sungai. A. luar C. penjuru B. tepi D. dalam

9.Ayahnya pernah bertugas di __________ negara sebagai pasukan pengaman PBB. A luar C dalam B tepi D penjuru

10.Banyak rumah setinggan dibina di __________ bandaraya Kuala Lumpur. A sisi C hadapan B pinggir D samping

Markah :MenguasaiKurang MenguasaiTidak Menguasai

Catatan guru :

SOALAN PEMAHAMAN (1)

1080, Taman Permai 2, 42700 Banting, Selangor Darul Ehsan.

15 JANUARI 2010.

Menemui kakanda Aini yang kini berada di Kota Kinabalu, Sabah dengan selamatnya. Semoga kakanda beroleh kesejahteraan dan kebahagiaan. Adinda disini sentiasa sihat dan gembira.

Kakanda,

Surat kakanda telah selamat adindaterima dua hari yang lalu. Ribuan terima kasih adinda ucapkan kerana kakanda sudi meluangkan masa untuk mengutuskan surat kepada adinda. Adinda sungguh tertarik apabila membaca cerita kakanda tentang keindahan Taman Negara Kinabalu. Kakanda sungguh bertuah keranaberpeluang untuk menikmati kehijauan dan keindahan alam di sana. Alangkah seronoknya jika adinda dapat bersama-sama kakanda pada masa itu.

Adinda juga mempunyai cerita menarik untuk dikongsi bersama kakanda.Pada minggu pertama cuti sekolah yang lepas adinda telah mengikuti satuperkhemahan di Hutan Lipur Galah. Aktiviti ini khas dianjurkan untuk memberipendedahan kepada murid-murid Tahun Enam berkaitan dengan perkhemahan.Pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan sepanjang perkhemahan ini. Antaranya ialah aktiviti pertolongan cemas, sukandan rekreasi. Semua aktiviti ini adinda ikuti dengan penuh semangat.

Pada hari terakhir, adinda dan rakan-rakan berpeluang meredah hutan. Aktiviti ini dijalankan untuk menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta didalam menempuh rintangan dan cabaran. Walaupun kepenatan, adinda berasa sungguh seronok mengikuti aktiviti perkhemahan ini.

Adinda berharap agar program ini dapat diteruskan kerana banyak manfaat yang akan diperoleh oleh setiap peserta yang mengikuti perkhemahan ini.Adinda rasa cukuplah sampai di sini bicara adinda pada kali ini. Adinda akan menulis lagi untuk kakanda apabila ada kelapangan kelak. Akhir kata, sambutlah salam rindu daripada adinda, bonda dan ayahanda serta keluarga. Adindamu, Suraya

1. Bilakah penulismenerimasurat dari Kota Kinabalu?

A. 11 Januari 2010 B. 12 Januari 2010 C. 13 Januari 2010 D. 15 Januari 2010

2.Apakah keistimewaan Taman Negara Kinabalu yang menarik perhatian penulis?

A.Kedudukannyayangterletakdikawasantanahtinggi. B.Keindahandankehijauanalamsemulajadinya. C.Jumlah pelancong asing yang mengunjunginya padasetiap tahun D.Kemudahan awamyangdisediakan untuk menjamin keselesaan para pengunjung

3. Siapakah yang telah menganjurkan perkhemahan di Hutan Lipur Galah? A. Persatuan Pengakap B. Setiausaha Sukan C. Murid-murid Tahun 6 D. Pihak Sekolah

4. Penulis bercadang untuk mengirimkan berita kepada kakanya. A. setelah selesai mendudki peperiksaan UPSR B. apabila mendapat balasan daripada kakaknya C. apabila dia mempunyai masa terluang D. setelah selesai mengikuti aktiviti perkhemahan

5. Pernyataan berikut benar tetntang tujuan perkhemehan itu dijalankan kecuali ? A. menyemai sikap berdikari dalam kalangan pelajar B. memupuk sikap cintakan alam sekitar C. mencungkil kreativiti pelajar D. menjalinkan hubungan yang baik di antara guru dan murid-murid.

SOALAN PEMAHAMAN 2

Baca dialog di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Nazren : Selamat tengah hari Tok Ayah, apa khabar?Tok Ayah : Khabar baik.Nazren : Siapakah nama sebenar Tok Ayah?Tok Ayah : Nama sebenar Tok Ayah ialah Haji bin Maarof.Nazren : Bolehkah Tok Ayah ceritakan serba sedikit latar belakang Tok Ayah?Tok Ayah : Boleh, apa salahnya. Tok Ayah berusia 85 tahun. Isteri Tok Ayah sudah meninggal dunia tiga tahun yang lalu. Tok Ayah mempunyai lima orang anak lelaki dan empat orang anak perempuan.Nazren : Walaupun sudah lanjut usia, Tok Ayah kelihatan sihat. Apakah amalan yang dilakukan oleh Tok Ayah sehingga kelihatan cergas?Tok Ayah : Tok Ayah mengakui setakat ini Tok Ayah memang sihat. Tok Ayah banyak makan ulam seperti pegaga,peria, dan pucuk gajus. Ulam-ulam memang baik untuk kesihatan. Tok Ayah juga sentiasa bersenam. Setiap hari Tok Ayah berjalan kaki ke surau ini yang jaraknya hampir satu kilometer.Nazren : Mengapakah Tok Ayah bercucuk tanam?Tok Ayah : Tok Ayah menanam ubi di belakang rumah untuk mengisi masa lapang. Apabila mencangkul tanah, badan akan berpeluh. Cucu-cucu Tok Ayah turut membantu. Lagipun berbudi kepada tanah banyak manfaatnya.Nazren : Sepanjang hidup Tok Ayah, apakah pengalaman yang tidak dapat dilupakan?Tok Ayah : Pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah semasa Tok Ayah berdepan dengan komunis. Dulu, Tok Ayah pernah menjadi polis sukarela. Tok Ayah telah menembak dua orang komunis yang telah menyerang Tok Ayah.Nazren : Wah, Tok Ayah sungguh hebat! Saya amat kagum melihat Tok Ayah yang masih kuat dan banyak berpengalaman hidup. Terima kasih, Tok Ayah kerana sudi berbual dengan saya.Tok Ayah : Sama-sama. Ayuh kita sembahyang zohor dahulu. Selepas itu, kita boleh pulang ke rumah.

1. Di manakah perbualan antara Nazren dan Tok Ayah berlangsung? A. Di dalam surau B. Di hadapan kebun C. Di kampong Tok Ayah D. Di belakang rumah Tok Ayah 2. Tok Ayah masih sihat dan cergas kerana dia mengamalkan A. makan ulam dan bersenam. B. bercucuk tanam setiap petang. C. minum banyak air suam setiap hari. D. berjalan kaki sejauh 1 kilometer setiap hari.

3. Maksud perkataan manfaat dalam petikan ialah A. baik B. faedah C. untung D. rahmat 4. Pernyataan berikut benar tentang Tok Ayah, kecuali A. pernah membunuh dua orang komunis B. isteri Tok Ayah meninggal dunia tiga tahun lalu. C. berjalan ke surau hampir 1 kilometer setiap hari D. Tok Ayah membantu cucu-cucunya menanam ubi.

5. Mengapakah Tok Ayah menembak komunis? A. Kerana komunis menyerangnya B. Kerana diarahkan oleh ketuanya C. Kerana mempertahankan keluarganya D. Kerana komunis telah membunuh keluarganya