modul 6 sistem atmosfera

16
Modul Ulangkaji 6 Geografi Alam sekitar Fizikal Tingkatan Enam Isi Kandungan BAB 3: SISTEM ATMOSFERA 1 a) Apakah yang dimaksudkan dengan bahang bumi dan bahang matahari [6 markah] b) Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan suhu secara mendatar yang tidak seragam di permukaan bumi [10 markah] c) Huraikan bagaimana perbezaan taburan suhu secara mendatar mempengaruhi edaran umum atmosfera? [8 markah] 2 a) Huraikan gangguan-gangguan terhadap sistem atmosfera [6 markah] b) Putaran bumi menyebabkan pembentukan angin timuran dan angin baratan dunia. Bagaimanakah angin-angin ini mengubah keadaan cuaca sesuatu kawasan? [10 markah] c) jelaskan bagaimanakah manusia menghadapi perubahan cuaca ini [10 markah] 3 a) Huraikan secara ringkas tentang albedo [5 markah] b) jelaskan sebab-sebab wujudnya perbezaan suhu antara kawasan bandar dengan kawasan luar bandar [13 markah] 4 a) Apakah yang dimaksudkan dengan imbangan bahangan [5 markah] b) Huraikan proses-proses yang menyebabkan berlakunya kehilangan sebahagian daripada jumlah bahangan matahari di atmosfera [10 markah] c) Jelaskan kesan peningkatan suhu terhadap alam sekitar [10 markah] 5 a) Terangkan jenis-jenis daya yang menentukan kelajuan dan arah angin [8 markah] b) Jelaskan pengaruh angin monsun musim panas kepada kegiatan ekonomi di Asia Tenggara [10 markah] c) Bagaimanakah sistem angin monsun mempengaruhi aktiviti penduduk di rantau asia [7 markah] 6 a) Apakah yang dimaksudkan dengan bajet haba [5 markah] b) Dengan bantuan gambarajah, huraikan bagaimana bajet haba terjadi [10 markah] c) Jelaskan fenomena yang menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan bajet haba [10 markah] 7 a) Terangkan konsep pulau haba [5 markah] b) Suhu kawasan bandar lebih tinggi berbanding kawasan sekitarnya. Jelaskan mengapa berlaku keadaan sedemikian [8 markah] c) Huraikan pengaruh iklim mikro bandar terhadap alam sekitar fizikal [12 markah] 8 a) Apakah yang dimaksudkan dengan gas rumah hijau [5 markah] b) Bagaimanakah pertambahan gas rumah hijau boleh menyebabkan pemanasan global [10 markah] c) Huraikan cara-cara yang dapat dilakukan untuk mengurangkan akibat rumah hijau. [10 markah] 9 a) Berikan huraian ringkas tentang El Nino [5 markah] b) Bagaimanakah El Nino boleh mempengaruhi keadaan jerebu di negara-negara Asia Tenggara? [10 markah] 43

Upload: rosnani-binti-khalid

Post on 15-Jun-2015

7.185 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul 6 sistem atmosfera

Modul Ulangkaji 6 Geografi Alam sekitar FizikalTingkatan Enam

Isi Kandungan

BAB 3: SISTEM ATMOSFERA1 a) Apakah yang dimaksudkan dengan bahang bumi dan bahang

matahari[6 markah]

b) Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan suhu secara mendatar yang tidak seragam di permukaan bumi

[10 markah]

c) Huraikan bagaimana perbezaan taburan suhu secara mendatar mempengaruhi edaran umum atmosfera?

[8 markah]

2 a) Huraikan gangguan-gangguan terhadap sistem atmosfera [6 markah]b) Putaran bumi menyebabkan pembentukan angin timuran dan

angin baratan dunia. Bagaimanakah angin-angin ini mengubah keadaan cuaca sesuatu kawasan?

[10 markah]

c) jelaskan bagaimanakah manusia menghadapi perubahan cuaca ini

[10 markah]

3 a) Huraikan secara ringkas tentang albedo [5 markah]b) jelaskan sebab-sebab wujudnya perbezaan suhu antara

kawasan bandar dengan kawasan luar bandar[13 markah]

4 a) Apakah yang dimaksudkan dengan imbangan bahangan [5 markah]b) Huraikan proses-proses yang menyebabkan berlakunya

kehilangan sebahagian daripada jumlah bahangan matahari di atmosfera

[10 markah]

c) Jelaskan kesan peningkatan suhu terhadap alam sekitar [10 markah]5 a) Terangkan jenis-jenis daya yang menentukan kelajuan dan

arah angin[8 markah]

b) Jelaskan pengaruh angin monsun musim panas kepada kegiatan ekonomi di Asia Tenggara

[10 markah]

c) Bagaimanakah sistem angin monsun mempengaruhi aktiviti penduduk di rantau asia

[7 markah]

6 a) Apakah yang dimaksudkan dengan bajet haba [5 markah]b) Dengan bantuan gambarajah, huraikan bagaimana bajet

haba terjadi[10 markah]

c) Jelaskan fenomena yang menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan bajet haba

[10 markah]

7 a) Terangkan konsep pulau haba [5 markah]b) Suhu kawasan bandar lebih tinggi berbanding kawasan

sekitarnya. Jelaskan mengapa berlaku keadaan sedemikian[8 markah]

c) Huraikan pengaruh iklim mikro bandar terhadap alam sekitar fizikal

[12 markah]

8 a) Apakah yang dimaksudkan dengan gas rumah hijau [5 markah]b) Bagaimanakah pertambahan gas rumah hijau boleh

menyebabkan pemanasan global[10 markah]

c) Huraikan cara-cara yang dapat dilakukan untuk mengurangkan akibat rumah hijau.

[10 markah]

9 a) Berikan huraian ringkas tentang El Nino [5 markah]b) Bagaimanakah El Nino boleh mempengaruhi keadaan jerebu

di negara-negara Asia Tenggara?[10 markah]

43

Page 2: Modul 6 sistem atmosfera

c) Berikan cadangan untuk mengatasi masalah jerebu terutamanya di bandar-bandar perindustrian negara ini

[10 markah]

10 a) Terangkan ciri-ciri pembentukan hujan salji [6 markah]b) Huraikan pelbagai fenomena yang berkaitan dengan salji di

ruang atmosfera dan di kawasan cerun pergunungan[9 markah]

c) Jelaskan kesan-kesan ribut salji terhadap kehidupan manusia dan alam sekitar

[10 markah]

11 a) Takrifkan tekanan udara [5 markah]b) Huraikan tiga kaitan antara perubahan tekanan udara dengan

proses pembentukan edaran am atmosfera[12 markah]

c) Jelaskan empat kesan siklon [8 markah]

12 a) Apakah yang dimaksudkan dengan kerpasan? [5 markah]b) Terangkan proses pembentukan dua jenis hujan [8 markah]c) Bincangkan enam kesan lebihan air terhadap aktiviti manusia

di kawasan tropika lembap[12 markah]

13 a) Apakah yang dimaksudkan dengan atmosfera [5 markah]b) Huraikan peranan atmosfera dalam mengawal suhu

permukaan bumi[10 markah]

c) Jelaskan bagaimana atmosfera tercemar oleh tindakan manusia

[10 markah}

14 a) Apakah yang dimaksudkan dengan pemanasan global [5 markah]b) Huraikan kesan pemanasan global terhadap sistem

geomorfologi[10 markah]

c) Jelaskan bagaimana kesan pemanasan global mempengaruhi aktiviti manusia di kawasan tropika lembap

[10 markah]

15 a) Apakah yang dimaksudkan dengan konsep perubahan iklim [5 markah]b) Jelaskan faktor yang mempengaruhi perubahan iklim dunia [10 markah]c) Huraikan kesan perubahan iklim terhada alam sekitar fizikal [10 markah]

16 a) Apakah yang dimaksudkan dengan angin tempatan [5markah]b) Jelaskan pembentukan bayu laut dan bayu darat [8 markah]c) Huraikan kesan kejadian bayu laut dan bayu darat ke atas

alam sekitar fizikal dan manusia[12 markah]

17 a) Takrifkan siklon tropika [5 markah]b) i) huraikan proses pembentukan siklon di kawasan tropika [6 markah]

ii) nyatakan empat ciri siklon tropika [4 markah]c) Jelaskan lima kesan kejadian siklon kepada aktiviti manusia [10 markah]

44

Page 3: Modul 6 sistem atmosfera

SKEMA JAWAPAN : MODUL 6 SISTEM ATMOSFERA

BAB 3: SISTEM ATMOSFERA1 a) Apakah yang dimaksudkan dengan bahang bumi dan bahang matahari

1. Bahang bumi = Haba bumi yang diterima drp cahaya matahari. Cahaya matahari akan memanaskan permukaan bumi. Permukaan bumi yang dipanaskan akan mengeluarkan bahangan yeng dipanggil bahang bumi yang akan dipantulkan ke atmosfera

2. Bahang matahari = merupakan sinaran matahari yang mengeluarkan bahangnya dan dipindahkan melalui gelombang pendek elektromagnet atau pancaran insolusi untuk sampai ke permukaan bumi

[6 m]

b) Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan suhu secara mendatar yang tidak seragam di permukaan bumi1. Bentuk muka bumi- ketinggian,laut, tasik2. Litupan permukaan bumi- tumbuhan, bangunan, awan, salji3. kandungan tanah dan warna tanah yang berbeza-beza menghasilkan

pemanasan yang berbeza-beza-suhu berbeza-beza4. Nilai albedo permukaan bumi yang berbeza-beza5. kandungan lembapan tanah yang berbeza-beza6. jangkamasa dan sudut pancaran matahari yang berbeza mengikut garis lintang7. Aspek – cerun yang menghadap matahari dengan cerun yang terlindung8. Angin – angin sejuk seperti angin Mistral merendahkan suhu, angin panas

seperti Angin Cinuk dan Fohn meningkatkan suhu9. Arus lautan- pergerakan arus lautan panas dapat menaikkan suhu dan arus

sejuk menurunkan suhu

[10 m]

c) Huraikan bagaimana perbezaan taburan suhu secara mendatar mempengaruhi edaran umum atmosfera?1. memahami konsep edaran umum atmosfera- satu proses untuk seimbangkan

bahangan di permukaan bumi dimana kawasan panas(Khatulistiwa) yang bertekanan udara rendah(mengembang) lalu naik serta dipindahkan secara mendatar ke lapisan atas ke kutub yang sejuk. Kekosongan udara yang naik di Khatulistiwa akan diisi oleh udara sejuk dari kutub

2. Ketidakseimbangan bahangan bersih yang diterima di antara garis lintang dunia menyebabkan perbezaan taburan suhu

3. Perbezaan suhu menyebabkan perbezaan kecerunan tekanan4. perbezaan tekanan udara menyebabkan kewujudan sel tekanan5. Kewujudan kecerunan tekanan antara sel menyebabkan pergerakan udara

[8 m]

2 a) Huraikan gangguan-gangguan terhadap sistem atmosfera1. letusan gunung berapi- pelbagai jenis gas dikeluarkan semasa letusan seperti

karbon dioksida, hidrogen, sulfida, klorin, flurin yang mengandungi 65-95% wap air(stim) yang sangat panas. Sulfur dioksida terlarut dalam wap air menjadi asid sulfurik lemah yang membunuh tumbuhan di kawsaan sekitarnya. Hujan yang turun menjadi berasid dan tanih menjadi tidak sesuai untuk kegiatan pertanian lagi

2. Aktiviti manusia – berlaku pencemaran, pembakaran bahan api, penebangan hutan dsbnya

45

Page 4: Modul 6 sistem atmosfera

3. Bahan-bahan pencemar ini akan menjadi penebat kepada gelombang pendek (cahaya matahari)dari angkasa masuk ke atmosfera bumi dan juga menebat gelombang panjang (Bahang bumi) daripada keluar ke angkasa

b) Putaran bumi menyebabkan pembentukan angin timuran dan angin baratan dunia. Bagaimanakah angin-angin ini mengubah keadaan cuaca sesuatu kawasan?1. kejadian fros – angin timuran kutub Utara menyebabkan fos di kawasan prairie

Kanada tiba lebih awal musim bunga. Ini menyebabkan tanaman gandum rosak. Hal ini juga berlaku di kawasan penanaman anggur di Perancis

2. Hujan lebat – Pada musim angin monsun timur laut/angin timuran utara membawa hujan lebat ke kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Angin timuran selatan ke Bangladesh dan india, badai selari di pantai timur Johor

3. banjir dan kemarau – Angin timuran selatan myebabkan keadaan kemarau di Equador dan hujan lebat di asia Tenggara. fenomena La Nina dan EL Nino

4. Ribut taufan dan tornado – taufan di kawasan lautan tropika dan tornado di lembangan Missisippi

5. laut bergelora - pertemuan angin timuran utara dan angin timuran selatan menyebabkan gelombang besar di Filipina dan hurikan di Amerika Tengah

c) jelaskan bagaimanakah manusia menghadapi perubahan cuaca ini1. Projek sistem pengairan dan telaga2. Program sistem perparitan dan sungai3. membuat kerja sampingan alternatif4. penyelidikan benih hadapi ancaman fros5. projek pembenihan awan6. stesen ramalan cuaca

3 a) Huraikan secara ringkas tentang albedoAlbedo adalah pembalikan atau pantulan sebahagian daripada bahangan matahari yang sampai oleh sebarang satah permukaan ke atmosfera. Kadar albedo berbeza-beza mengikut ciri permukaan dan sudut pancaran matahari

b) jelaskan sebab-sebab wujudnya perbezaan suhu antara kawasan bandar dengan kawasan luar bandar1. keadaan fizikal bandar terdiri daripada konkrit dan bitumin2. kurangnya litupan tumbuhan di bandar berbanding luar bandar3. pembakaran bahan api fosil(kenderaan, kediaman, kilang)4. Kadar sejatan yang rendah di bandar kerana air larian yang banyak dan pesat5. Pencemaran udara banyak berlaku di bandar yang bertindak sebagai blanket6. Bilangan manusia yang lebih ramai-pembebasan haba kalori7. Alat hawa dingin yang banyak8. Angin permukaan di bandar yang halajunya lebih rendah

4 a) Apakah yang dimaksudkan dengan imbangan bahanganImbangan bahangan ialah kadar/jumlah bahangan yang diterima/masuk adalah sama atau seimbang dengan kadar/ jumlah bahangan yang dikeluarkan oleh bumi. Bahangan matahari masuk ke sistem bumi melalui gelombang pendek pada waktu siang manakala bahangan bumi dibebaskan ke angkasa pada waktu malam dalam

[5 m]

46

Page 5: Modul 6 sistem atmosfera

bentuk gelombang panjangb) Huraikan proses-proses yang menyebabkan berlakunya kehilangan sebahagian

daripada jumlah bahangan matahari di atmosfera.1. Proses penyerapan :Kehilangan sebahagian jumlah bahangan apabila

diserap oleh atmosfera seperti gas-gas oksigen, karbon dioksida dan ozon, partikel/habuk, wap air, awan, hablur ais

2. Proses penyerakan:Kehilangan sebahagian jumlah bahangan kerana bahangan diserakkan ke pelbagai arah apabila bertemu dengan partikel seperti habuk, molekul gas dan manik air. Langit berwarna biru kerana proses serakan terhadap gelombang sinaran suria yang berukuran 0.45 mikron oleh molekul udara yang terampai. Langit kekuningan apabila serakan oleh partikulat di udara spt habuk, debu dan jerebu.

3. Proses pembalikan/pantulan:Kehilangan sebahagian jumlah bahangan apabila berlaku pembalikan atau pantulan oleh awan terutamanya.

[10 m]

c) Jelaskan kesan peningkatan suhu terhadap alam sekitara. kesan terhadap alam sekitar fizikal

Penggurunan- apabila suhu meningkat proses luluhawa fizikal akan meningkat, struktur tanah menjadi peroi dan longgar dan ini akan meningkatkan hakisan layangan angin.Di kawasan gurun kombinasi antara luluhawa fizikal dan hakisan layangan angin membolehkan kawasan pinggiran gurun membesar.Contohnya di Gurun Sahel.

Peningkatan aras laut/air akibat pencairan ais meningkatkan paras laut dan meningkatkan kadar hakisan ombak di pinggir pantai

Kemusnahan sistem ekologi –tumbuhan, hidupan laut/plankton dan polip karang

Menganggu keseimbangan hidrologi –kadar sejatan yang tinggi dan cepat akan menyebabkan fenomena kemarau, paras air sungai menyusut, paras air tanah menurun dan tanih kehilangan kelembapan dengan ketara

Mengganggu kelembapan atmosfera seterusnya mewujudkan udara kering. Peningkatan suhu sekitar lazimnya menyebabkan cuaca enjadi penas. Di bandar fenomena pulau haba berlau.

Pulau haba terutama di bandar-bandar besarb. Kesan terhadap alam sekitar manusia

Ketidakselesaan/dehidrasi atau kehilangan air dari badan secara berlebihan menyebabkan badan cepat letih dan tidak bermaya

Penyakit- suhu meningkat menyebabkan penyebaran penyakit misalnya taun dan denggi

Menjejaskan kegiatan pertanian- mengurangkan bekalan makanan kerana produktiviti pertanian khususnya padi sawah akan terjejas

[10 m]

5 a) Terangkan jenis-jenis daya yang menentukan kelajuan dan arah angini. daya kecerunan tekanan- menggerakkan angin daripada kawasan tekanan tinggi ke kawasan tekanan rendahii. daya Coriolis – putaran bumi membias angin ke kanan di Hemisfera Utara dan terbias ke kiri di Hemisfera Selatan dan semakin meningkat ke lautiii. Daya geseran- mempengaruhi angin apabila ia bergerak ke atas sesuatu permukaan.Kesan daya geseran adalah berbeza-beza mengikut keadaan permukaan bumi. Permukaan yang kasar spt bergunung ganang, kawasan bandar raya dan kawasan berhutan tebal menyebabkan tiupan angin menjadi lemah kerana daya geseran tinggiberbanding kawasan lapang seperti kawasan padang

[8 markah]

47

Page 6: Modul 6 sistem atmosfera

serta kawasan lautan.b) Jelaskan pengaruh angin monsun musim panas kepada kegiatan ekonomi di Asia

Tenggara(angin monsun musim panas merujuk kepada angin monsun barat daya)i. Pertanian – luar musim di Dataran Kelantan lebih kering membolehkan tembakau di tanam di sawah dan alur tanah beris. Di Pantai Barat Semenanjung Malaysia-tanaman padi dijalankanii. Pelancongan – pelancongan musim panas lebih giat dipantai timur kerana keadaan laut yang tenang, memudahkan aktiviti skuba, snokerling, berkayak dlliii. Perikanan – lebih banyak tangkapan pada musim panas berbanding semasa tiupan angin monsun timur lautiv. Pembalakan – penebangan hutan pada musim panas kerana tiada gangguan cuaca hujanv. Industri kecil dan sederhana – batik, keropok, ikan kering dapat dijalankan dengan baik. Cuaca panas membolehkan barangan yang dihasilkan boleh dikeringkan dengan cepat.

[10 m]

c) Bagaimanakah sistem angin monsun mempengaruhi aktiviti penduduk di rantau asia

Terdapat 2 sistem angin monsun di rantau asia iaitu Angin monsun barat daya(mei-sept) dan angin Monsun Timur Laut (Nov-mac) yang akana mempengaruhi kegiatan penduduka. Kegiatan pertanian: Angin monsun membawa intensiti hujan yang berbeza mengikut musim misalnya di kawasan pantai timur semenanjung Msia dan Selatan Thai hujan lebat pada musim monsun timur laut menyebabkan kawasan ini banjir. Kesannya tanaman seperti padi sawah dan tembakau musnah, kegiatan menoreh getah tidak dapat dijalankan. Sebaliknya di kawasan pantai barat semenanjung Msia mengalami hujan lebat pada musim mnsun barat daya menyebabkan kegiatan pertanian tergendala.b. Kegiatan perikanan: Di kawasan pantai timur semenanjung kegiatan perikanan dijalankan semasa tiupan angin monsun barat daya manakala pada musim monsun timur laut tiupan angin kencang, ombak besar menyukarkan kegiatan perikanan. Musim ini dikenali sebagai musim tengkujuh. Aktiviti nelayan pada musim ini lebih tertumpu kepada membaiki pukat, bot yang rosak sementara menunggu musim tengkujuh berakhir.c. Kegiatan pelancongan: Pada musim monsun timur laut kegiatan pelancongan kurang aktif di kawasan pulau dan pantai kerana ombak besar dan laut bergelora. Pada masa ini kawasan Kelantan, terengganumengalami banjir menyukarkan pelancong ke sesuatu tempat kerana sistem pengnagkutan terputus.d. kegiatan ekonomi lain: perkhidmatan pengangkutan khususnya air dan darat akan tergendala akibat musim banjir pada masa tiupan konsun timur laut. Darjah ketersampaian menjadi rendah dan mengganggu aktiviti perniagaan seperti perniagaan borong dan runcit. Selain itu musim kering yang dialami oleh kawasan pantai timur semasa tiupan angin monsun barat daya menggalakkan aktiviti pengeringan batik, memperoses garam di pattani Thailand, menggalakkan Iks spt industri ikan kering, kraf tangan dll oleh penduduk tepi pantai.

[7 m]

6 a) Apakah yang dimaksudkan dengan bajet habaBajet haba ialah jumlah haba yang diterima oleh permukaan bumi melalui pelbagai proses daripada bahangan matahari(gelombang pendek) adalah sama/ seimbangan dengan jumlah haba yang dikeluarkan semula melalui bahangan

[5 markah]

48

Page 7: Modul 6 sistem atmosfera

bumi(gelombang panjang)b) Dengan bantuan gambarajah, huraikan bagaimana bajet haba terjadi

i. Bahangan matahari yang masuk ke atmosfera bumi akan sampai ke permukaan bumi melalui pelbagai proses iaitu:

Secara terus ke permukaan bumi Melalui atmosfera- diserap, dibalikkan, diserak dan dipantulkan

ii. Bahangan yang dibebaskan oleh permukaan bumi akan melalui pelbagai proses iaitu:

Secara terus keluar ke angkasa lepas Diserap oleh atmosfera seperti dibalikkan, diserakkan dan dipantulkan

terutama pada waktu malam

[10 markah]

c) Jelaskan fenomena yang menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan bajet haba

i. Litupan awan: litupan awan akan menyebabkan bajet haba tidak seimbangii. Penipisan lapisan ozon- bahang UV matahari lebih banyak masuk ke atmosferaiii. Gas rumah hijau – menyerap dan menyimpan haba di atmosfera. Lut sinar terhadap gelombang pendek dan legap terhadap gelombang panjangiv. Jerebu- mengurangkan penerimaan bahanganv. keadaan permukaan bumi yang berlainan- albedo permukaan

[10 markah]

7 a) Terangkan konsep pulau habaFenomena Pulau haba ialah keadaan iklim di kawasan tengah-tengah bandar yang mempunyai suhu atau haba yang lebih tinggi dari kawasan sekitarnya. Keadaan iklim yang terbentuk adalah berbeza dari kawasan sekitar dari segi jumlah hujan, suhu harian, keamatan cahaya matahari, kelajuan angin dan kelembapan udaranya.

[5 m]

b) Suhu kawasan bandar lebih tinggi berbanding kawasan sekitarnya. Jelaskan mengapa berlaku keadaan sedemikian

1. kawasan pusat bandar mempunyai suhu yang lebih tinggi berbanding kawasan sekitarnya kerana

a. Morfologi pusat bandar yang padat dengan bangunan, bahan binaan yang terdiri drp bahan batu bata, simen, logam dapat menyerap dan menyimpan haba

b. Industri perkilangan, ekzos kenderaan mengeluarkan ga karbon dioksida, karbon monoksida yang bertindak sebagai penebat haba menyebabkan suhu tinggi

c. Haba daripada penduduk yang ramai dan penggunaan alat pendingin udara meningkatkan suhu bandar

2. Kelembapan udara di kawasan bandar lebih rendah/kering daripada kawasan sekitarnya kerana

a. Sebarang haba drp pembakaran akan cepat meresap ke udara dan tidak menggalakkan kelembapan/pembentukan wap air

b. kadar turapan permukaan yang tinggi mempercepatkan laroian air ke sistem saliran dan keluar drp bandar- sejatan kurang berlaku/terhad

c. Turapan permukaan tidak membenarkan air tersimpan oleh lapisan tanih untuk disejat sebagai wap air. Udara menjadi kering

[8 m]

49

Page 8: Modul 6 sistem atmosfera

d. Kurang tumbuhan –kurang sejat peluhan untuk menyumbang kepada wap air

3. kerpasan /hujan di bandar lebih banyak daripada di kawasan pinggirnya kerana

a. banyak bahan pencemar yang bertindak sebagai nukleus higroskopik yang menarik wap air dan mengumpulkannya sebagai awan

b. Tiupan angin secara turbulen(naik dan berpusar ke atas) menghasilkan perolakan udara ke atas dan menggalakkan proses pemelowapan

c) Huraikan pengaruh iklim mikro bandar terhadap alam sekitar fizikali. Udara berdebu/tercemar – menutup permukaan liang stoma daun dan mengganggu proses fotosintesis . Ini akan membantutkan pertumbuhan pokokii. Suhu yang tinggi – meningkatkan kadar sejatan dan merendahkan kelembapan bandinganiii. Bahan pencemar menghasilkan banyak nukleus higroskopik dan meningkatkan kekerapan hujaniv. Kandungan asid dalam air hujan bertambah mengakibatkan gangguan terhadap ekosistem, badan air dan tanih

[12 m]

8 a) Apakah yang dimaksudkan dengan gas rumah hijaugas rumah hijau-( kumpulan gas yang menghalang dan memerangkap haba bumi dari terbebas keluar ke atmosfera bumi )=3m (seperti gas karbon dioksida,CFC, metana, ozon dan wap air) sekurang-kurangnya 2 gas (2m)

[5 m]

b) Bagaimanakah pertambahan gas rumah hijau boleh menyebabkan pemanasan global1. kegiatan perindustrian2. Kegiatan pembakaran hutan secara semulajadi/kegiatan manusia3. pembakaran bahan api fosil4. Aktiviti gunung berapi5. Pembalakan secara meluas6. kegiatan pertanian- padi(metana)7. ternakan- najis(metana)8. pembakaran secara terbuka di tapak pelupusan9. Sisa domestik

[10 m]

c) Huraikan cara-cara yang dapat dilakukan untuk mengurangkan akibat rumah hijau.1. penghutanan semula2. mengurangkan pembakaran bahan api fosil3. menggunakan sumber tenaga mesra alam4. perundangan dan peraturan/garis panduan5. mencegah pembakaran terbuka6. persefahaman antara negara7. pendidikan formal atau tidak formal8. kempen

[10 m]

9 a) Berikan huraian ringkas tentang El NinoSatu fenomena luarbiasa yang melibatkan perubahan arus permukaan dan tiupan angin di Lautan Pasifik yang menyebabkan perubahan cuaca dunia

[5 m]

50

Page 9: Modul 6 sistem atmosfera

Proses kejadian1. Tumpuan pancaran matahari di lautan Pasifik /tropika menyebabkan

pemanasan permukaan lautan yang luar biasa2. Arus permukaan bergerak ke barat3. Arus permukaan lautan pasifik bertukar arah ke timur4. Ia menyebabkan perubahan tekanan udara dan perubahan tiupan angin

b) Bagaimanakah El Nino boleh mempengaruhi keadaan jerebu di negara-negara Asia Tenggara?1. keadaan kering dan tiada hujan, kemarau berpanjangan2. kebakaran hutan secara semulajadi akibat kemarau

[10 m]

c) Berikan cadangan untuk mengatasi masalah jerebu terutamanya di bandar-bandar perindustrian negara ini1. penguatkuasaan undang-undang pembakaran terbuka, perkilangan dan

kenderaan bermotor2. Kempen/pendidikan formal dan tidak formal3. kawalan makenikal(penapis asap, penapis ekzos, cerobong asap)4. Penanaman pokok(hutan bandar)5. meningkatkan kelembapan udara(banyakkan fauntain/pancutan air)6. hujan tiruan-pembenihan awan7. kurangkan penggunaan bahan api fosil

[10 m]

10 a) Terangkan ciri-ciri pembentukan hujan saljiSalji ialah hablur-hablur ais halus yang terbentuk secara langsung dari wap air dalam udaraSalji terbentuk apabila keadaan takat beku sampai ke paras 300m dari permukaan bumi dan suhu udara yang kurang 4 C. Kumpulan hablur ais seni ini tidak sempat cair kerana suhu yang berdekatan permukaan bumi adalah dibawah takat beku.Hablur ais yang terbentuk dibawah suhu 0˚C , saljinya lebih halus dan ringan. Jika suhu lebih 0˚C , salji yang terbentuk adalah lembap dan berat.

[6 m]

b) Huraikan pelbagai fenomena yang berkaitan dengan salji di ruang atmosfera dan di kawasan cerun pergunungan

1. Fenomena Hujan beku: kerpasan yang terdiri daripada campuran hujan dan salji yang berlaku apabila udara dekat permukaan bumi ialah 1.5 ˚C. Jika suhu di awan antara -12 C hingga – 15 C, salji akan dihasilkan. Sebaliknya jika suhu dekat permukaan bumi lebih 1.5 C akibatkan kerpasan dalam bentuk air.2. Salji berkilat (thunder-snow): berlaku pada awal musim dingin, angin sejuk melalui kawasan air panas di tasik-tasik besar di Amerika Utara. Bahagian bawah angin sejuk ini dipanaskan lalu wap air diserap ke dalam bahagian dasar angin sejuk yang panas. Udara panas dan lembap naik ke atas membentuk awan dan titisan air seni awan akan ditukarkan kepada salji kerana keadaan yang amat sejuk. Semasa salji turun, kilat juga memancar3. Runtuhan salji: 4. Ribut salji:

[9 m]

c) Jelaskan kesan-kesan ribut salji terhadap kehidupan manusia dan alam sekitar [10 m]

11 a) Huraikan sebab-sebab terjadinya penipisan lapisan ozon

51

Page 10: Modul 6 sistem atmosfera

Sebab-sebab semulajadi1. Tompok matahari: Edaran solar pada paras maksimum menyebabkan

banyak kejadian tompok matahari yang meninggikan intensiti cahaya bertambah. Ini menggalakkan banyak ozon dibentuk. Edaran solar pada paras minimum menyebabkan kurang tompok matahari lalu intensisti cahaya dikurangkan. Jadi proses pembentukan ozon dikurangkan. Oleh itu lapisan ozon menjadi nipis.

2. Pertukaran arah angin: Ozon banyak dihasilkan di Khatulistiwa tetapi ditiup angin ke latitud yang lebih tinggi spt di Kutub.

3. Letusan gunung berapi: Letusan gunung berapi mengeluarkan aerosol sulfat yan g ditiup angin ke kawasan Antartika oleh sistem angin dunia. Aerosol sulfat bertindak menyerakkan cahaya matahari dan mengurangkan intensiti cahaya. Ini mengurangkan peghasilan ozon. Aerosol sulfat juga menyebabkan atom klorin bebas dan menyerang dan memusnahkan ozon.

4. Suhu yang sangat sejuk: Pembentukan hablur ais oleh awan stratosfera Antartika pada suhu negatif 80˚ C. Hidrogen klorida dan klorin nitrat berada bersama-sama awan sejuk ini yang akan bertindakbalas dengan ozon.

Sebab-sebab kegiatan manusia1. Kegiatan industri dan CFC: Industri membuat foam kusyen, bantal, tilam,

Industri membuat pelarut untuk membersihkan alatan komputer, industri aerosol, penyembur cat, racun serangga, Industri servis peti sejuk menggunakan gas CFC yang akan bertindakbalas dengan ozon

2. Penerbangan kapal terbang supersonik: Kapalterbang ini terbang tinggi di lapisan stratosfera mengeluarkan gas nitrogen oksida yang mempercepatkan penipisan lapisan ozon oleh atom klorin CFC.

3. Kegiatan pertanian: Baja nitrogen mengeluarkan nitrus dioksida yang mempercepatkan penipisan lapisan ozon

4. Pembersihan hutan: Pembersihan hutan mengurangkan imbangan gas terutama oksigen. Pengurangan oksigen akan mengurangkan bekalan atom oksigen untuk pembentukan ozon.

b) Huraikan kesan-kesan penipisan lapisan ozon terhadap alam sekitar.Kesan terhadap alam sekitar

1. kenaikan suhu dunia2. Kenaikan aras lautan3. ribut taufan lebih kencang4. banjir besar kerap berlaku

Kesan terhadap alam sekitar manusia1. penyakit barah kulit2. gangguan sistem pengimunan badan manusia3. kecacatan bayi dalam kandungan4. sistem pelalian haiwan berubah5. katarak mata6. mengurangkan penghasilan pengeluaran pertanian

c) Jelaskan langkah-langkah mengatasi masalah penipisan lapisan ozon.1. mencari alternatif untuk CFC2. kawalan peringkat antarabangsa3. kawalan peringkat nasional4. kawalan peringkat pengguna/konsumer5. kempen kesedaran.

52

Page 11: Modul 6 sistem atmosfera

11 a) Tekanan udara ialah daya yang dikenakan oleh jisim udara ke atas satu titik di atas permukaan bumi, diukur dalam unit milibar (mb)

b) Kaitan antara perubahan tekanan udara dengan proses pembentukan edaran am atmosfera

a. Tekanan udara berbeza mengikut garis lintang Tekanan udara bertambah mengikut garis lintang Mewujudkan perbezaan kecerunan tekanan Menghasilkan perubahan tekanan udara tinggi dan tekanan udara

rendah yang berselang seli mengikut garis lintang (5 di Hemisfera utara, 5 di Hemisfera Selatan dan 1 di Khatulistiwa)

b. Tekanan berbeza menghasilkan pergerakan angin Menghasilkan pergerakan angin menegak dan mendatar

(pertemuan dan lencongan) Menghasilkan pergerakan angin dari kawasan tekanan tinggi ke

kawasan tekanan rendah di atmosfera dan di permukaan bumi

c. Edaran am atmosfera Pergerakan ini akan membentuk kitaran udara di kawasan tropika

dan sub tropika Proses ini akan membentuk edaran am atmosfera yang

mewujudkan angin timuran dan angin baratanc) Kesan siklon

Kemusnahan harta benda Kehilangan nyawa, kecacatan Kehilangan mata pencarian- nelayan, pertanian Kesan psikologi/trauma Wabak penyakit- taun Kemusnahan infrastruktur

12 a) Kerpasan adalah lembapan yang terpeluwap dan jatuh ke permukaan bumi dalam pelbagai bentuk cecair(hujan) dan pepejal (salji/hujan batu) dengan intensiti/keamatan yang berbeza

b) Hujan perolakan Udara panas menjalankan proses sejatan di permukaan bumi Wap air dibawa naik ke atas lalu mengalami proses pengembangan dan

penyejukan Mencapai titik pemeluwapan dan ditukar kepada bentuk cecair dan turun

sebagai kerpasan

Hujan perenggan Pertemuan mendatar arus udara yang wujud di kawasan tekanan udara

rendah Udara panas naik ke atas Udara sejuk yang tumpat turun ke bawah

Hujan bukit Kenaikan udara akibat cerun banjaran gunung yang selari dengan pantai Udara lembap dipaksa naik akibat tiupan angin dari arah laut ke arah

53

Page 12: Modul 6 sistem atmosfera

kawasan gunung/tanah tinggi Udara lembap dipaksa naik ke kawasan terdapat halangan seperti banjaran

gunung Mencapai titik pemeluwapan dan ditukar kepada bentuk cecair dan turun

sebagai hujan bukit

Hujan batu Panas yang ekstrim dan perolakan kencang Bekalan air lampau sejuk Arus ribut Arus menurun

c) Pertanian terjejasPerhutanan – pembalakan terjejasPerlombongan terjejasPerikanan terjejas- akuakulturPengangkutan terjejas- jalan rosakIndustri/IKS terjejasPelancongan terjejas

13 a) Apakah yang dimaksudkan dengan atmosferaJawapanAtmosfera ialah lapisan nipis yang tidak sama tebal mengikut garis lintang terdiri daripada pelbagai gas yang melekat kepada bumi kerana daya tarikan graviti dan bergerak bersama-sama pergerkan bumi mengelilingi matahari

[5 m]

b) Huraikan peranan atmosfera dalam mengawal suhu permukaan bumiJawapan1. penebat – atmosfera bertindak sebagai penebat kepada bahangan – membenarkan kemasukan bahangan gelombang pendek waktu siang tetapi menghalang bahangan bergelombang panjang/terestrial bebas ke angkasa- menstabilkan suhu permukaan sehingga tidak begitu panas pada waktu siang dan tidak terlalu sejuk pada waktu malam/ tindakan lapisan stratosfera atau lapisan ozon.2. Penapis – menapis bahangan ultra ungu/ ultra lembayung yang membahayakan kepada semua bentuk kehidupan di bumi dan meningkatkan suhu permukaan3. Pemantul – memantul, menyebar, menyerap dan menyerakkan bahangan yang sampai di bahagian atas atmosfera- mengurangkan kadar pemanasan permukaan bumi4. Pengatur suhu/ bahangan- bertindak sebagai pengatur haba bumi dengan mewujudkan edaran umum atmosfera- kawasan tropika (Khatulistiwa yang berlebihan haba) tidak ekstrem panas dan kawasan sederhana sejuk dan sejuk dunia(kawasan kurang haba) tidak ekstrem sejuk5. Penyebaran semula/serap dahulu/penyerapan

[10 m]

c) Jelaskan bagaimana atmosfera tercemar oleh tindakan manusiaJawapan1. pembakaran terbuka secara besar-besaran seperti yang berlaku di Sumatera dan Kepulauan Borneo (Kalimantan)2. Aktiviti perindustrian/ perkilangan yang membebaskan gas-gas rumah hijau3. aktiviti harian seperti penggunaan alat pendingin udara

[10 m}

54

Page 13: Modul 6 sistem atmosfera

4. melakukan penebangan hutan untuk pembangunan sehingga meningkatkan gas karbon dioksida di atmosfera5. penggunaan bahan bakar seperti bahan api fosil, kenderaan dan perindustrian6. pertanian- penggunaan racun serangga7. peperangan8. kuari9. pembinaan

14 a) Apakah yang dimaksudkan dengan pemanasan globalJawapanPeningkatan suhu global bumi daripada aras normal disebabkan oleh faktor semulajadi dan aktiviti manusia

[5 m]

b) Huraikan kesan pemanasan global terhadap sistem geomorfologiJawapan1. luluhawa – pemanasan mempercepat luluhawa fizikal/insolusi/penggurunan2. hakisan- peningkatan aras laut menyebabkan peningkatan tindakan ombak perubahan garis pinggir pantai, meningkatkan kadar hakisan dan meningkatkan kadar pemendapan3. pemendapan – peningkatan aras laut menyebabkan gangguan kepada aliran sungai4. pergerakan jisim – tanah jadi peroi5. pengangkutan – pencairan salji menambah isipadu air sungai dan menambah isi beban.

[10 m]

c) Jelaskan bagaimana kesan pemanasan global mempengaruhi aktiviti manusia di kawasan tropika lembapJawapan1. Pelancongan terjejas- pantai tenggelam2. perikanan terjejas( perikanan meningkat)3. pertanian/penternakan terjejas- mati kerana panas air laut masin4. pembalakan – pokok mati/tenggelam(bakau)5. industri – peningkatan industri pengeringan6. domestik – aktiviti harian terjejas

[10 m]

15 a) Apakah yang dimaksudkan dengan konsep perubahan iklimJawapanPerubahan iklim merujuk kepada peningkatan atau penurunan unsur-unsur cuaca dan iklim bumi disebabkan faktor fizikal dan aktiviti manusia.

[5 m]

b) Jelaskan faktor yang mempengaruhi perubahan iklim duniaJawapan

- kekurangan tumbuhan / hutan - pertambahan gas-gas karbon dioksida.

- peningkatan gas- gas rumah hijau- menghalang pengeluaran sinaran/ bahang bumi ke angkasa.

- peningkatan gas-gas CFC – berlaku penipisan lapisan ozon /

[10 m]

55

Page 14: Modul 6 sistem atmosfera

pertambahan sinaran ultra unggu ke bumi.

- pertambahan bilangan penduduk dunia – pembebasan haba metabolisme.

- pertambahan bilangan bangunan pengcakar langit – menghalang pergerakan mendatar angin

- pembakaran / kebakaran hutan

- letusan gunung berapi

- penggunaan bahan kimia dan racun dalam pertanian

c) Huraikan kesan perubahan iklim terhada alam sekitar fizikalJawapan

- Pencairan salji- peningkatan aras laut

- Peningkatan suhu dunia

- Kemusnahan ekosistem/ habitat

- Peningkatan/ berkurangan kerpasan

- Kemarau panjang / peningkatan pencemaran udara

[10 m]

16 a) Apakah yang dimaksudkan dengan angin tempatanJawapanAngin tempatan merujuk kepada angin yang bergerak pada skala yang kecil dan di kawasan yang kecil ( seperti kawasan pinggir laut ) disebabkan perbezaan tekanan antara kedua kawasan yang berhampiran lalu menyebabkan wujudnya cerun antara dua kawasan tersebut

[5markah]

b) Jelaskan pembentukan bayu laut dan bayu daratJawapanBayu laut

- merujuk kepada angin yang bertiup dari laut ke darat.

- pada waktu siang, daratan cepat panas berbanding permukaan laut.

- tekanan udara rendah wujud di darat manakala tekanan udara tinggi wujud di laut.

- kecerunan tekanan udara menghala ke darat menyebabkan pergerakan angin dari laut ke darat.

Bayu darat

- merujuk kepada angin yang bertiup dari darat ke laut.

- pada waktu malam, daratan akan cepat menjadi sejuk berbanding permukaan laut.

- tekanan udara tinggi wujud di darat manakala tekanan udara rendah wujud di laut

- kecerunan tekanan menghala ke laut menyebabkan pergerakan angin dari darat ke laut.

[8 markah]

56

Page 15: Modul 6 sistem atmosfera

c) Huraikan kesan kejadian bayu laut dan bayu darat ke atas alam sekitar fizikal dan manusiaJawapankesan ke atas alam sekitar fizikal

- bayu laut akan menyederhanakan suhu kawasan daratan berhampiran pinggir pantai.

- bayu darat akan menyederhanakan suhu kawasan permukaan laut berhampiran pinggir pantai.

- Menggalakkan pertumbuhan plankton / menggalakkan pembiakan ikan Kesan ke atas alam sekitar manusia

- semasa bayu darat bertiup, nelayan akan turun ke laut dan pulang semasa bayu laut.

- mengalakkan kegiatan pelancongan – kejadian bayu laut dan bayu darat menyebabkan udara di kawasan pinggir laut lebih nyaman.

- Kawasan pinggir laut yang sentiasa berangin mengalakkan kegiatan sukan dan rekreasi seperti permainan laying-layang.

[12 markah]

17 a) Takrifkan siklon tropikaJawapanSiklon tropika merujuk kepada angin ribut kencang yang berpusar dengan kelajuan melebihi 120 km / jam yang berlaku di perairan tropika akibat daripada wujudnya sel- sel tekanan rendah yang melampau di kawasan tersebut

[5 markah]

b) i) huraikan proses pembentukan siklon di kawasan tropikaJawapan

- Pemanasan permukaan laut oleh sinaran matahari menyebabkan udara berada dalam keadaan yang tidak stabil lalu mewujudkan sel tekanan rendah yang melampau.

- Udara yang lembap dan tidak stabil ini kemudiaannya berputar-putar di sekeliling sel tekanan rendah tersebut.

- Angin yang berputar ini akan membawa banyak wap-wap air ke atas.

- Pembebasan haba pendam akan memanaskan udara persekitarannya menyebabkan udara yang panas dan lembap ini akan naik ke lapisan yang lebih tinggi.

- Tekanan udara rendah ini kemudiannya berkembang dengan pesat menyebabkan angin kencang berputar di sekitarnya.

[6 markah]

ii) nyatakan empat ciri siklon tropikaJawapan

1. Garisan setekanan rapat – menunjukkan kecerunan tekanan yang curam akibat daripada tekanan udara rendah yang melampau.

2. Angin kencang berputar di sekeliling pusat tekanan rendah.

[4 markah]

57

Page 16: Modul 6 sistem atmosfera

3. Halaju angin melebihi 120 km/jam. 4. Angin berputar mengikut arah lawan jam di emisfera utara dan mengikut putaran jam di hemisfera Selatan. 5. Disertai hujan yang lebat dalam tempoh yang lama. 6. Di bahagian pusat ribut, angin tenang.

c) Jelaskan lima kesan kejadian siklon kepada aktiviti manusiaJawapan1. Pertanian – mengganggu aktiviti pertanian- hujan yang lebat menyebabkan kawasan pertanian ditenggelami air. Ribut menyebabkan tanaman tumbang / musnah. 2. Perikanan – perikanan laut terhenti – ribut menyebabkan laut bergelora dan keadaan ini berbahaya kepada nelayan. 3. Penternakan ( akuakultur ) - aktiviti akuakultur terganggu- ribut yang disertai dengan hujan yang lebat akan menyebabkan banjir- kawasan ternakan ( kolam ) akan tenggelam. 4. Pengangkutan – pengangkutan air terganggu – ribut menyebabkan aktiviti pergangkutan seperti bot dan feri terpaksa menghentikan

[10 markah]

58