sistem atmosfera gambarajah.docx

38
SISTEM ATMOSFERA : STRUKTUR, KANDUNGAN, PERANAN, FAKTOR KONSEP ATMOSFERA

Upload: cgkazsin

Post on 17-Jan-2016

144 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sistem atmosfera gambarajah.docx

SISTEM ATMOSFERA : STRUKTUR, KANDUNGAN, PERANAN, FAKTOR

KONSEP ATMOSFERA

Page 2: Sistem atmosfera gambarajah.docx

Atmosfera ialah satu lapisan nipis gas tanpa bau, warna dan rasa yang berada di atas permukaan bumi disebabkan oleh tarikan daya graviti bumi.”

STRUKTUR ATMOSFERA

(Termosfera, Mesosfera, Stratosfera, Troposfera)

a. Termosfera/ionosfera

Page 3: Sistem atmosfera gambarajah.docx

Suhu meningkat mengikut ketinggian sehingga 1000˚C.

Lapisan paling bawah dipenuhi dengan gas nitrogen dan molekul oksigen.

Berlaku pemisahan electron bercas negative daripada atom oksigen dan molekul nitrogen.

Penting untuk telekomunikasi.

b. Mesosfera

Ketinggian sehingga 80 km, suhu berkurangan mengikut ketinggian sehingga -90˚C.

Di kawasan ini wujud awan noktilusen.

Bahan meteor mula terbakar di sini

c. Stratosfera

Ketinggian sehingga 50 km, suhu bertambah secara perlahan-lahan mengikut ketinggian.

Lapisan ini sangat kering, tidak mengandungi awan atau cuaca.

Mengandungi gas ozon.Kebanyakkan bahan meteor memasuki lapisan ini.

d. Troposfera

Ketebalan kira-kira 8 km, meliputi 25 % daripada jisim bumi.

Pengurangan suhu 6.5˚C bagi setiap 1000m.

Kawasan terdapatnya perubahan iklim dan cuaca

KANDUNGAN ATMOSFERA

Page 4: Sistem atmosfera gambarajah.docx

1. Gas kekal

Gas yang tetap di atmosfera seperti Nitrogen ( 78.09%), Oksigen (20.95%) dan Argon (0.93%).

2. Gas berubah

Gas yang kandungannya tidak tetap di atmosfera. Contohnya :

a. Karbon dioksida : sentiasa bertambah;

memasuki atmosfera melalui tindakan organisma hidupan lautan dan daratan.

peningkatan penggunaan bahan api fosil oleh manusia

b. Ozon : sentiasa berkurangan;

melalui kitar fotokimia iaitu melibatkan percantuman semula dengan atom oksigen menyebabkan kehilangan bersih oksigen ganjil

c. Klorofluorokarbon (CFC) : sentiasa bertambah

punca: bahan-bahan aerosol, bahan penyejuk (freom) , bahan pencuci dan penyaman udara

Page 5: Sistem atmosfera gambarajah.docx

terlerai dan membebaskan klorin yang juga terlibat dalam pemusnahan lapisan ozon.

d. Nitrogen Oksida (NOX): sentiasa bertambah

mekanisme biologi di lautan dan juga dalam tanah, pembakaran industri, kenderaan, biojisim, dan penggunaan baja kimia.

e. Sulfur dioksida (SO2): sentiasa bertambah

pembakaran arang batu dan minyak serta peleburan tembaga.

Penambahan dan pengurangan kumpulan gas ini akan mempengaruhi :

Page 6: Sistem atmosfera gambarajah.docx

pencemaran udara

peningkatan gas rumah hijau

hujan asid

Penipisan lapisan ozon

pemanasan global

3. Juzuk bukan gas

Dikenali sebagai bahan aerosol termasuk habuk, asap, zarah garam, zarah tanah, dan habuk galian daripada pembakaran kering, karbon dan habuk gunung berapi.

Mengakibatkan fenomena jerebu

PERANAN ATMOSFERA

1. Kepada Biologi

Oksigen - penyokong kepada semua kehidupan di permukaan bumi.

2. Mencorakkan kontur permukaan bumi

Kejadian cuaca seperti angin, hujan dan larian air.

Tindakan unsur-unsur cuaca ini telah mewujudkan pelbagai bentuk permukaan bumi yang sentiasa berubah tanpa mengira masa dan tempat.

3. Kekayaan semula jadi

Perlombongan logam dan simpanan bijih dikaitkan dengan pengumpulan bahan logam melalui tindakan kimia air hujan ke dalam batuan.

4. Perdagangan / rekreasi

Pedagang pada zaman dahulu menggunakan kapal layar yang memerlukan tiupan angin.

5. Membentuk dan mempengaruhi cuaca

Atmosfera bumi sentiasa mengalami perubahan secara berterusan.

Manusia perlu menyesuaikan diri dengan setiap perubahan yang ekstrem agar tidak mengalami kesan perubahan tersebut

Page 7: Sistem atmosfera gambarajah.docx

SISTEM ATMOSFERA NOTA STPM

3.1. Struktur dan Kandungan Atmosfera

Page 8: Sistem atmosfera gambarajah.docx

Mengandungi 5 lapisan utama:-

i. Troposfera -18km

ii. Stratosfera -50 km

iii. Mesosfera -100km

iv. Termosfera- 500km

v. Eksosfera – lebih 500km

Kandungan gas dalam udara:-

i. Gas Nitrogen- 78%

ii. Gas Oksigen- 20.95%

iii. Gas Karbon Dioksida 0.03%

iv. Gas-gas Nadir- 0.9%

v. Wap Air – 0.9%

vi. Ozon – 0.000007%

3.1 Cuaca dan Iklim

3.1.1 Konsep Cuaca

Merujuk kepada fenomena harian perubahan unsur cuaca seperti suhu, hujan, angin, kelembapan udara di sesuatu tempat yang sentiasa berubah mengikut tempat dan masa.

Page 9: Sistem atmosfera gambarajah.docx

Iklim

Purata unsur-unsur cuaca seperti suhu, hujan, kelempaban udara dalam tempoh 35 tahun. Iklim adalah tetap dan amat jarang berubah dalam tempoh yang singkat.

Perbezaan iklim dan cuaca dari segi masa dan keluasannya.

Cuaca dilihat dalam tempoh masa yang pendek dan ruang yang kecil (kawasan setempat seperti cuaca di Bandar KL) manakala iklim dilihat dalam tempoh masa yang panjang dan ruangnya adalah luas (seperti iklim sebuah negara, Wilayah, Benua).

3.1.2 Unsur-unsur cuaca dan iklim

a) Bahangan Suria :

- Matahari (72% gas hidrogen dan 27% gas helium) merupakan punca tenaga paling utama

untuk menggerak dan meneruskan semua proses di atmosfera dan di permukaan bumi.

- Tenaga matahari membekalkan kira-kira 99.97% daripada jumlah tenaga yang terdapat dalam sistem bumi atmosfera dan selebihnya daripada punca tenaga endogenik.

- Perbezaan penerimaan tenaga matahari dari segi masa dan kawasan menyebabkan wujudnya cuaca dan iklim.

- Bahangan Matahari/ suria dipancarkan ke bumi dalam bentuk gelombang elektromagnet yang pendek (0.2 - 0.4 mikron).

b) Bahangan Bumi

Page 10: Sistem atmosfera gambarajah.docx

- Setelah menerima dan menyerap bahangan matahari/ sinaran matahari, bumi akan membebaskan bahangannya pada waktu malam

- Pembebasan bahangan bumi ini berlaku dalam bentuk gelombang panjang (suhu bumi jauh lebih rendah berbanding sinaran matahari)

- Bahangan ini tidak terus lesap ke angkasa dan sebahagiannya akan diserap oleh lapisan atmosfera.

c ) Suhu

- Darjah kepanasan udara di sesuatu tempat.

- Darjah kepanasan udara ini datangnya dari sinaran matahari/ bahangan matahari yang mempunyai tenaga haba di dalamnya.

d) Kerpasan

- Merangkumi hujan, salji, hujan batu dan hujan beku.

f) Kelembapan Udara

- Merujuk kepada jumlah wap air yang terdapat dalam udara

- Kelembapan udara terbahagi kepada 2 jenis:

(i) kelembapan mutlak

(ii) kelembapan bandingan

g) Tekanan udara

Page 11: Sistem atmosfera gambarajah.docx

- Tekanan yang dihasilkan oleh atmosfera terhadap permukaan bumi.

h) Angin

- Adalah udara yang bergerak secara mendatar

- Bertiup dari kawasan tekanan udara tinggi (SEJUK) ke kawaan tekanan udara rendah (PANAS).

i) Litupan Awan

- Merupakan titisan air yang sangat halus berdiameter antara 0.02 – 0.06 mm serta terapung di udara.

3.1.3 Konsep Imbangan Bahangan

- Imbangan haba merujuk kepada keseimbangan yang berlaku antara bahangan matahari yang masuk ke sistem bumi – atmosfera dengan jumlah bahangan bumi yang dibebaskan semula ke angkasa.

- Imbangan haba merupakan perbandingan antara sinaran matahari yang masuk dengan sinaran matahari yang keluar. Tidak semua jumlah tenaga sinaran matahari yang memasuki sistem atmosfera akan tiba ke permukaan bumi. Ada yang diserap, diserak, dipantul oleh pelbagai juzuk dan unsur dalam atmosfera tersebut.Begitu juga dengan sinaran bumi, bukan semua akan terlepas ke angkasa. Ia juga akan melalui proses yang sama dengan sinaran matahari.

3.1.4 Proses Pemindahan Haba

Terdapat 4 proses pemindahan haba iaitu:

Page 12: Sistem atmosfera gambarajah.docx

i) Proses Serakan - Partikel-partikel akan menyerak bahangan matahari secara mendatar apabila bahangan tersebut dipancarkan kepadanya.

ii) Proses Serapan - Partikel-partikel di atmosfera dan stratosfera juga menjalani proses serapan.

iii) Proses Pantulan - bahangan matahari apabila terkena partikel-partikel, sebahagiannya akan dipantulkan semula ke angkasa secara menegak ( vertikal).

iv) Proses Albedo - Ditakrifkan sebagai darjah keputihan atau kecerahan sesuatu permukaan bumi. Semakin cerah sesuatu permukaan maka semakin tinggi jumlah sinaran matahari yang akan dipantulkan. Tidak semua sinaran suria yang telah tiba ke permukaan bumi akan diserap dan diguna oleh hidupan. Sebahagian daripada sinaran suria akan dipantulkan pula oleh permukaan bumi secara langsung.

3.1.5 Taburan Suhu Secara Menegak

Konsep

Merujuk kepada taburan suhu mengikut ketinggian muka bumi. Taburan suhu ini ditentukan oleh proses pemindahan haba oleh pergerakan udara menegak. Dari segi tenaga, proses ini belaku melalui pengeluaran haba pendam akibat pemeluwapan, penyejukan bahangan di udara dan juga air lintang.

Faktor

Penurunan mengikut tinggi (suhu jatuh mengikut ketinggian dalam atmosfera sehingga 8 km dari permukaan bumi).

Page 13: Sistem atmosfera gambarajah.docx

3.1.6 Taburan Suhu Secara Mendatar

Konsep

Taburan tenaga suria mengikut kawasan atau ruang di permukaan bumi. Suhu sebenarnya terhasil melalui sinaran suria yang membekalkan tenaga haba yang menyebabkan persekitaran menjadi panas lalu indeks suhu sekitar meningkat.

3.1.7 Menjelaskan Kelembapan Udara

Kelembapan udara merujuk kepada kandungan wap yang ada di dalam udara (atmosfera) pada masa-masa tertentu. Kelembapan udara terbahagai kepada 2 jenis:-

a) Kelembapan Mutlak

Bermaksud jumlah wap air yang sebenarnya wujud dalam jisim udara tertentu pada tempoh tertentu. Ia juga dikenali sebagai ketmpatan wap air dan diukur dalam unit gram setiap meter padu (g/m3).

b) Kelembapan Bandingan

Bermaksud nisbah jumlah wap air yang sebenarnya terdapat dalam jisim udara pada suhu dan tekanan tertentu. Nilai ini membandingkan kandungan kelembapan sebenar sesuatu jisim udara dengan jumlah kandungan lembapan dalam jisim udara tersebut apabila ia mencapai takat tepu.

3.1.8 Menjelaskan Proses

Page 14: Sistem atmosfera gambarajah.docx

a) Sejatan

Konsep

Proses penukaran air dari bentuk pepejal atau cecair kepada wap air. Kelazimannya sejatan berlaku pada permukaan air.

Proses

Wap air yang tersejat akan naik ke atas kerana ia menjadi ringan (berbentuk gas). Sejatan berlaku apabila tekanan wap air pada permukaan adalah lebih tinggi berbanding tekanan wap di dalam atmosfera yang belum sampai ke takat tepu.

Faktor

Faktor yang mempengaruhi proses sejatan:-

i. Suhu

ii. Tekanan wap

iii. Angin dan Turbulens

iv. Kemasinan air

v. Kelembapan bandingan

vi. Luas permukaan air.

b) Pemeluwapan

Konsep

Page 15: Sistem atmosfera gambarajah.docx

Ditakrifkan sebagai wap air kepada cecair (titisan air). Wap-wap air yang tersejat ke udara tidak selamanya akan kekal sebagai wap air da ia akan mengalami perubahan. Titisan –titisan air ini (cecair) akan terapung di atmosfera sebagai awan.

Proses

Berlaku apabila suhu dan jisim udara tersebut menurun hingga ke takat embun (0°C). Penurunan suhu ini berlaku disebabkan oleh kadar tukaran adiabatik, iaitu semakin tinggi jisim udara itu naik, maka suhu dalamnya semakin menurun.

Faktor

Faktor yang mempengaruhi proses pemeluwapan:-

i. Kandungan wap air dalam atmosfera mestilah cukup

ii. Proses penyejukan udara hingga ke paras atau ke bawah takat embun

iii. Mesti terdapat nukleus pemeluwapan.

c) Pembentukan Awan.

Konsep

Awan ialah titisan-titisan air yang halus yang terapung dalam udara dan biasanya wujud dalam kawasan ketinggian kurang dari 12 2000 meter. Awan biasanya terjadi hasil daripada pemeluwapan di aras yang tinggi.

Page 16: Sistem atmosfera gambarajah.docx

Proses

Terdapat kaitan rapat antara proses pemeluwapan dengan pembentukan awan. Semakin tinggi kadar pemeluwapan, maka semakin tebal awan yang terbentuk.

d) Kerpasan

Konsep

Didefinisikan sebagai lembapan yang terpeluwap dan jatuh semula ke permukaan bumi sebagai cecair atau pepejal. Contoh kerpasan ialah hujan, hujan batu, hujan gerimis dan salji.

Proses

Sebelum berlakunya kerpasan, mesti berlaku proses pemeluwapan dan pemejalwapan atau kedua-duanya sekali. Kedua-dua proses ini akan menghasilkan awan dan apabila awan tersebut sudah tepu barulah kerpasan akan turun sebagai hujan,hujan batu dan salji.

Faktor

Faktor pembentukan kerpasan (terdapat 2 teori):-

i. Teori Bergeron - findeisen

- Pertumbuhan hablur ais.

ii Teori Perlanggaran

Page 17: Sistem atmosfera gambarajah.docx

- Pengumpulan atau penyatuan bintik-bintik air yang kecil melalui pelanggaran oleh titisan-titisan air yang jatuh.

e) Jenis Kerpasan di Kawasan Tropika Lembab

i) Hujan Perolakan

Konsep

Hujan yang terbentuk akibat daripada pergerakan udara yang tidak stabil ke troposfera dan membentuk awan kumulus dan kumulonimbus.

Proses dan Faktor

Hujan perolakan ini berlaku apabila permukaan bumi dipanaskan oleh bahangan matahari.Udara disebelah atasnya di panaskan terlebih dahulu melalui proses perolakan haba.Air di permukaan bumi akan berubah menjadi wap dan mengembang apabila menjadi lebih ringan dan naik ke aras yang lebih tinggi. Udara yang telah dipanaskan tadi,akan naik ke lapisan di troposfera secara perolakan.apabila sampai ke paras pemeluwapan, sebahagian daripada wap bertukar menjadi awan kumulus. Di paras yang lebih tinggi, ia menjadi awan kumulonimbus dan menjadi semakin sejuk daripada awan di skelilingnya. Bila awan ini bertambah besar dan berat, ia akan turun sebagai hujan perolakan.

ii) Hujan Orografik (Hujan Bukit)

Konsep

Page 18: Sistem atmosfera gambarajah.docx

Hujan ini terbentuk akibat daripada pemeluwapan yang pesat oleh udara yang dipaksa mendaki lereng bukit atau banjaran gunung. Biasanya hujan jenis ini akan turun dicerun-cerun bukit atau banjaran gunung yang menghadap tiupan angin manakala cerun lindungan angin hanya menerima angin kering tanpa hujan.

Proses

Proses pemeluwapan akan membentuk awan-awan kumulus dan nimbustratus. Apabila berlaku tiupan angin, ke atas awan-awan tadi ,udara tersebut yang tidak stabil dipaksa mendaki lereng bukit atau banjaran gunung. Titisan air akan bercantum menjadi lebih besar dan sedikit demi sedikit akan gugur sebagai hujan.

e) Tekanan Udara dan Edaran Umum Atmosfera.

i) Tekanan Udara

Merujuk kepada daya yang terdapat pada sesuatu turus udara terhadp kawasan di bawahnya. Tekanan ini berubah mengikut ketinggian. Biasanya tekanan udara akan berkurangan apabila semakin jauh ke troposfera dari permukaan laut.Ini adalah disebabkan kira-kira setengah daripada jisim atmosfera berada di bawah daripada 18,000 kaki. Tekanan udara sedunia adalah tidak sama antara satu tempat dengan tempat yang lain dan juga antara satu masa dengan masa yang lain. Ini kerana taburan tenaga dan lembapan global adalah tidak sama. Terdapat satu perkaitan antara taburan tenaga dengan taburan tekanan. Kawasan yang berlebihan tenaga adalah kawasan bertekanan udara rendah manakala kawasan yang kekurangan tenaga merupakan kawasan bertekanan udara tinggi. Tekanan udara di dunia di pengaruhi oleh 3 faktor utama iaitu taburan daratan dan lautan, taburan suhu global dan latiud (garis lintang).

Dalam konteks edaran umum atmosfera, sebahagian besar tenaga haba yang diangkut oleh tropika ke kutub adalah dalam bentuk haba rasa dan selebihnya dalam bentuk haba pendam yang bergerak dalam bentuk wap-wap air yang diporolehi dari proses sejatan. Akibat putaran bumi yang mewujudkan daya korolis maka edaran umum atmosfera menjadi lebih kompleks. Ini kerana

Page 19: Sistem atmosfera gambarajah.docx

arus-arus udara yang bergerak ke kutub dan ke kawasan tropika akan dipengaruhi oleh daya korolis tersebut yang menyebabkan pergerakan angin menjadi terbias.

ii) Angin Wilayah

Angin jenis ini merupakan angin kencang yang bertiup secara tiba-tiba dengan kelajuan lebih 70 km/jam dan berupaya membawa hujan sebanyak 80 mm. Ia membawa hujan lebat dipantai barat semenanjung Malaysia dan berlaku pada masa tiupan angin monsun baratdaya (Mei-Ogos). Angin ini dikatakan terjadi apabila dibahagian pantai timur Sumatera berlaku pengembangan udara secara adiabatik akibat pemanasan.

iii) Angin Fohn dan Cinuk, angin katabatik, angin anabatik, bayu laut dan bayu darat serta angin badai selari

Merupakan angin tempatan.

f) Menjelaskan gangguan atmosfera

i) Siklon Tropika

Terjadi di zon tekanan udara rendah di kawasan tropika. Ini kerana kawasan tropika adalah lebih panas berbanding dengan kawasan-kawasan lain didunia. Apabila suhu tinggi maka tekanan udara dikawasan itu menjadi rendah. Siklon merupakan pusat tekanan udara rendah yang bergerak secara berputar di kawasan sederhana dunia dan tropika. Terjadi disebabkan oleh wujudnya suatu kawasan tekanan udara rendah di atmosfera. Di bahagian tengah siklon mengalami tekanan yang paling rendah. Garisan-garisan setekanan udara bagi siklon rapat dan angin bertiup ke dalam tekanan rendah. Berdiameter berbeza-beza dari 80 km hingga 1500 km. Biasanya mewujudkan angin ribut dan membaa hujan yang kuat.

Page 20: Sistem atmosfera gambarajah.docx

ii) Tornado

Berbeza dengan ribut tropika dari segi saiz kawasan liputan, halaju serta tempoh ia berlaku.

g. Antisiklon.

Antisiklon pula angin bertekanan udara tinggi yang bergerak keluar secara berputar ke kawasan kumpulan udara bertekanan lebih rendah rendah. Biasanya antisiklon adalah angin yang tidak kencang dan cuaca yang cerah dan baik.

3.3 Kaitan Sistem Atmosfera Dengan Manusia

3.3.1 Pengaruh cuaca dan Iklim terhadap aktiviti ekonomi.

i. Perikanan

ii. Pertanian – setiap jenis tanaman memerlukan iklim dan cuaca yang berlainan.

iii. Perdagangan

iv. Pelancongan – Iklim yang berlainan di kawasan berlainan telah mewujudkan pelbagai jenis

tarikan semulajadi.

v. Perindustrian

vi. Pembalakan.

3.3.2 Menjelaskan fenomena Iklim

Page 21: Sistem atmosfera gambarajah.docx

i) Banjir

Konsep

Seringkali dataran-dataran tanah pamah yang terletak berhampiran tebing sungai akan mengalami banjir sekiranya berlaku hujan lebat yang tutun dengan intensisti yang tinggi.

Contoh-contoh sungai dan dataran tanah pamah yang seringkali mengalami fenomena banjir teruk ialah sungai Huang Ho di China, Delta Muara Sg Ganges di India.

Banjir besar seumpama ini akan mengorbankan nyawa manusia, ternakan dan harta benda.

ii) Kemarau

Konsep

Keadaan di mana jumlah sejat peluhan yang melebihi jumlah kerpasan yang turun untuk satu tempoh yang lama atau panjang.

- Kemarau boleh terjadi disebabkan faktor semulajadi (seperti fenomena El- Nino) dan faktor manusia.

iii) Siklon Tropika

Konsep

Terjadi di zon tekanan udara rendah di kawasan Tropika.Ini kerana kawasan tropika adalah lebih panas berbanding dengan kawasan-kawasan lain di dunia.

Page 22: Sistem atmosfera gambarajah.docx

- Siklon Tropika boleh dibahagi kepada Ribut Tropika / Taufan dan Tornado.

a) Ribut Tropika/ taufan

Konsep

Berlaku di kawasan garis lintang 8o-35o U dan selatan Khatulistiwa.

- Ia terbentuk di merata-rata tempat di lautan, misalnya di Lautan Pasifik.

- Terjadi akibat pemanasan yang tinggi dari habaMatahari, arus lautan juga menjadi panas

dan ini menyebabkan jisim udara yang panas mengembang lalau naik ke atas mewujudkan

sel tekanan udara yang rendah di bawahnya.

- Berbanding dengan tekanan udara sekeliling yang masih lagi tinggi, maka angin akan

bertiup masuk dengan kencang ke kawasan tekanan udara rendah tersebut.

- Angin mampu bertiup kencang melebihi 270 km sejam dalam bentuk berpusar.

- Contoh: Negara yg kerap dilanda taufan- Filipina.

b) Tornado

- Ia berbeza dengan taufan dari segi Kawasan liputan , hala tuju serta tempoh ia berlaku

tetapi dari segi mekanisme kejadian masih sama.

- Saiz liputan tornado adalah lebih kecil, namun halajunya lebih tinggi (melebihi 650km

sejam) tetapi tempoh berlaku lebih pendek berbanding taufan.

- Juga dikenali sebagai puting beliung.

Page 23: Sistem atmosfera gambarajah.docx

iv) Fenomena El- Nino dan La - Nina.

a) Fenomena El -Nino.

i) Konsep El-Nino

- Merujuk peningkatan suhu arus lautan yang mengubah tiupan angin lazim dan juga cuaca menjadi panas.

- Ia seringkali dikaitkan dengan fenomena kemarau

ii) Proses Kejadian

- Ia adalah fenomena semulajadi yang biasanya berlaku sekali dalam setiap 3 – 5 tahun.

- Dalam keadaan normal, angin timuran akan bertiup dari timur ke barat merentasi Lautan

- Pasifik.

- Angin ini akan mengangkut kelembapan udara (awan). Yang terbentuk di Lautan Pasifik dan melepaskannya sebagai hujan monsun di bahagian barat Pasifik seperti Malaysia dan di kawasan Asia Tenggara dan Australia.

- Semasa kejadian El-Nino, proses sebaliknya berlaku. Air laut yang panas akibat peningkatan suhu global telah menyebabkan tekanan udaranya menjadi rendah.

- Hal ini akan melemahkan, menghentikan atau mengubah pola tiupan angin timuran dari darat ke laut atau dari barat ke timur.

- Oleh sebab itu, hujan monsun turun di tengah lautan Pasifik dan bukan kawasan sepatutnya di Asia Tenggara.

- Kesannya cuaca panas, kemarau dan suhu yang tinggi di alami di Negara Asia Tenggara.

iii) Kesan Fenomena El - Nino.

Page 24: Sistem atmosfera gambarajah.docx

a) Kejadian kemarau yang panjang.

b) Penyumbang fenomena jerebu- akibat pembakaran hutan

c) Menjejaskan kesihatan

d) Mengancam penghasilan pertanian makanan

e) Krisis bekalan air

f) Mengancam sumber kehidupan akuatik.

b) Fenomena La – Nina.

i) Konsep La-Nina.

Merujuk kepada kejadian fenomena banjir.

ii) Proses kejadian fenomena La- Nina.

- Apabila El- Nino berakhir, bermakna suhu permukaan Lautan Pasifik juga akan menurun (dianggarkan 3-5°C).

- Kejatuhan suhu Lautan Pasifik akan menyebabkan tekanan udara menjadi lebih tinggi berbanding bahagian daratan.

- Ini membolehkan angina bertiup dari laut ke darat dengan membawa wap-wap air yang banyak untuk dilepaskan sebagai hujan.

- Antara contoh keladian La - Nina yang telah dialami oleh negara-negara terletak di timur Lautan Pasifik.

iii) Kesan-kesan Fenomena La - Nina.

a) Kejadian banjir besar. Contoh: Bandar Itaqui di Selatan Brazil, Bandar Santiago di Chile.

Page 25: Sistem atmosfera gambarajah.docx

b) Mengorbankan banyak nyawa dan harta benda.

c) Kehilangan tempat tinggal

.

3.4 Perubahan Iklim

3.4.1 Konsep

- Pemanasan global dikaitan dengan kenaikan suhu dunia.

- Peningkatan ini berlaku di semua skala mikro atau makro.

- Dari sudut imbangan haba, fenomena pemanasan global bermakna wujudnya ketidakseimbangan dalam bajet haba. Bumi-matahari. Input haba yang terpaksa diterima oleh bumi berlebihan berbanding dengan output haba yang dikeluarkannya.

3.4.2 Punca Penipisan Lapisan Ozon.

a) Konsep penipisan.

- Merujuk kepada terputusnya ikatan koralen tiga atom oksigen (O3) yang selama ini membentuk lapisan ozon akibat serangan gas kloroflorokarbon (CFC) di lapisan Stratosfera.

- Penipisan lapisan ozon membolehkan radiasi sinar Lembayung matahari menembusi permukaan bumi dengan mudah.

b) Punca-punca berlakunya penipisan ozon.

i) Kegiatan perindustrian

- Industri pendingin Udara. – Pengguanaan CFC (carbon fluro chloride)

Page 26: Sistem atmosfera gambarajah.docx

- Contoh: Gas ini dikeluarkan apabila berlaku kebocoran peralatan dan peringkat servis.

- Industri Pencuci dan Pelarut: CFC dalam bentuk cecair sebagai bahan pencuci minyak dan gris dalam peralatan elektronik , elektrik, mikrocip dalam komputer.

ii) Ujian pelancaran roket dan Peluru Berpandu.

- Contoh: Rusia dan AS – terbukti terdapat lubang ozon di benua Antartika.

iii) Sektor Pertanian

- Penggunaan baja Nitrogen yang banyak- menghakis lapisan ozon.

iv) Kapal terbang supersonic, membebaskan nitrogen oksida yang menipiskan lapisan ozon.

c) Kesan Penipisan lapisan ozon.

a) Pemanasan global

b) Ancaman kesihatan

c) Menjejaskan sektor pertanian.

3.4.3 Kesan-kesan Perubahan Iklim terhadap Alam Sekitar Fizikal dan Aktiviti Manusia.

a) Kesan ke atas sistem geomorfologi.

- Peningkatan kadar luluhawa (luluhawa fizikal)

- Pencairan ais benua dan ais pergunungan tinggi.

- Kawasan pantai lebih cepat terhakis.

Page 27: Sistem atmosfera gambarajah.docx

b) Kesan ke atas sistem atmosfera.

- Menggalakkan kejadian El-Nino (kemarau) dan La-Nina (banjir)

- Kejadian pulau haba.

c) Kesan ke atas sistem hidrologi

- Pengurangan sumber/ kuantiti air benua.

- Simpanan air tanah akan berkurangan.

d) Kesan ke atas sistem ekologi.

- Kebakaran hutan

- Memusnahkan kehidupan flora dan fauna

- Memusnahkan kehidupan akuatik.

e) Kesan kepada aktiviti manusia.

- Menjejaskan kegiatan pertanian

- Menjejaskan sector pelancongan

- Menjejaskan aktiviti harian

- Mengancam kesihatan manusia/penyakit.

Page 28: Sistem atmosfera gambarajah.docx

3.5 Mikro Iklim Bandar

3.5.1 Konsep Mikro Iklim Bandar

Merujuk fenomena cuaca dan iklim mikro yang terbentuk dan dialami oleh keluasan di sesuatu kawasan terbatas iaitu dikawasan bandar. Ciri-ciri iklim mikro ini amat berbeza dengan kawasan pinggir bandar atau keadaan sebelum berlakunya pembandaran.

3.5.2 Perubahan unsur cuaca dan iklim di bandar.

i) Pulau Haba

Konsep

Peningkatan terhadap suhu di pusat bandar melebihi daripada suhu persekitaran dipinggir bandar.

Faktor

- Kekurangan litupan tumbuhan/pokok

- Terdapat banyak bangunan konkrit

- Pelepasan banyak gas-gas rumah hijau

- Pencemaran daripada kenderaan bermotor

- Pencemaran sektor perindustrian

Langkah-langkah mengatasi

Page 29: Sistem atmosfera gambarajah.docx

- mengwujudkan kawasaan hijau

- mengawal aktiviti pelepasan gas-gas rumah hijau

- mengurangkan pengunaan sumber bahan api

- mengurangkan penggunaan gas CFC.

- Kempen kesedaran

ii) Pencemaran Udara

Konsep

Kehadiran satu atau lebih daripada bahan cemar seperti gas-gas, habuk, zarah, debu dan sebagainya di atmosfera.

Faktor

- Pembakaran bahanapi fosil oleh kenderaan bermotor

- Sektor perindustrian terutama kilang memproses

- Pembakaran terbuka

Langkah-langkah mengatasi

- Galakkan masyarakat menggunakan petro tanpa plumbum

- Kempen kongsi kenderaan

- Penguatkuasaan undang-undang oleh Jabatan Alam Sekitar

- Pendidikan samada secara formal atau tidak formal

Page 30: Sistem atmosfera gambarajah.docx

iii) Jerebu

Konsep

Merujuk kepada partikel-partikel terampai di atmosfera dalam kepekatan yang tinggi.Partikel ini terbentuk didalam keadaan cuaca kering dan udaranya yang stabil menghasilkan satu lapisan kabus nipis menyelubungi ruang atmosfera di sesuatu kawasan.

Faktor

Terdapat 2 faktor iaitu faktor semulajadi dan faktor buatan manusia.

i) Faktor semulajadi

- Kebakaran hutan contoh di Pulau Sumatera dan Kalimantan pada 1997.

- Letusan gunung berapi Pinatubo di Pulau Luzon Filipina pada tahun 1991.

ii) Faktor buatan manusia

- Pencemaran asap kenderaan bermotor terutama dikawasan bandar.

- Pembakaran secara terbuka ditapak pelupusan sampah dan sektor pertanian.

- Sektor perindustrian iaitu industri memproses hasil pertanian dan kawasan quari.

Kesan-kesan jerebu

- Mengurangkan jarak pengelihatan dan risiko kemalangan terutama pengguna jalanraya, kapalterbang dan kapal laut.

Page 31: Sistem atmosfera gambarajah.docx

- menjejaskan sektor pertanian

- ancaman kesihataan kepada manusia dan haiwan.

- Menjejaskan sektor pelancongan.

Langkah-langkah mengatasi

- Pembenihan awan bagi menurunkan hujan. Kaedah menyembur larutan garam iodin kedalam awan kumulonimbus.

- Kerjasama serantau. ASEAN menjalin kerjasama membantu memadamkan kebakaran hutan di Indonesia.

- Penguatkuasaan undang-undang dan denda kepada syarikat dan orang perseorangan.

- Mengurangkan kadar pencemaran udara oleh sumber kenderaan bermotor.

iv) Hujan Asid

Konsep

Air hujan yang mengandungi tahap keasidan yang tinggi(pH < 5) seperti air hujan yang mengandungi asid sulfrik adan asid nitrit.

Punca

- Perindustrian

- Kenderaan bermotor

- Stesen janakuasa elektrik yang menggunakan bahan bakar konvensional seperti arang batu.

- Punca semulajadi iaitu letusan gunung berapi

Kesan

Page 32: Sistem atmosfera gambarajah.docx

- Memusnahkan ekosistem hutan

- Kerosakkan ekologi

- Meningkatkan keasidan tanah

- Kerosakkan harta benda

- Gangguan kesihataan

Langkah mengatasi

- Mengawal pencemaran udara terutama dari sektor industri

- Penguatkuasaan undang-undang Alam Sekitar

- Kempen cintai Alam Sekita