modul 5 sistem geomorfologi

14
Modul Ulangkaji 5 Geografi Alam sekitar Fizikal Tingkatan Enam Isi Kandungan BAB 2; SISTEM GEOMORFOLOGI 1 a) Terangkan secara ringkas proses orogenesis [5 markah] b) Huraikan mengapa gunung berapi mempunyai pelbagai bentuk. [10 markah] c) Terangkan kesan-kesan letusan gunung berapi terhadap manusia [10 markah] 2 a) Bezakan ciri-ciri utama dua contoh kumpulan geologi yang berlainan. [12 markah] b) Kepelbagaian bentuk muka bumi di kawasan tropika lembap adalah kesan daripada geologi yang berlainan. Jelaskan pernyataan ini [13 markah] 3 a) Nyatakan cara dan jenis hakisan sungai [5 markah] b) Dengan merujuk kepada 3 bentuk muka bumi hasil tindakan sungai, terangkan proses pembentukkannya [12 markah] c) Jelaskan empat kepentingan bentuk muka bumi hasil tindakan sungai terhadap kegiatan manusia [8 markah] 4 a) Apakah yang dimaksudkan dengan pergerakan jisim? [5 markah] b) Huraikan proses-proses pergerakan jisim yang berlaku di kawasan tropika lembap [10 markah] c) Terangkan bagaimana aktiviti manusia boleh menyebabkan berlakunya pergerakan jisim [10 markah] 5 a) Terangkan kesan aktiviti gunung berapi terhadap pembentukan bentuk muka bumi [8 markah] b) Huraikan kepentingan bentuk-bentuk muka bumi akibat aktiviti gunung berapi terhadap kegiatan manusia [12 markah] 6 a) Terangkan kaedah mengukur pemendapan dan hakisan [5 markah] b) Jelaskan faktor-faktor fizikal yang menyebabkan berlakunya pemendapan dan hakisan pantai [10 markah] c) Huraikan kemerosotan persekitaran pantai akibat aktiviti manusia [10 markah] 7 a) Apakah yang dimaksudkan dengan gempa bumi [5 markah] b) Huraikan hubungan antara kejadian gempa bumi dasar laut dengan kejadian tsunami [10 markah] c) Jelaskan kesan tsunami terhadap alam skitar manusia [10 markah] 8 a) Nyatakan lima cara pengangkutan beban sungai [5 markah] b) Huraikan proses pembentukan tiga bentuk muka bumi hasil pemendapan sungai [10 markah] c) Jelaskan tiga pengaruh bentuk muka bumi hasil pemendapan sungai terhadap aktiviti manusia [10 markah] 9 a) Apakah yang dimaksudkan dengan pemendapan sungai [5 markah] 29

Upload: rosnani-binti-khalid

Post on 13-Jun-2015

3.552 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul 5 sistem Geomorfologi

Modul Ulangkaji 5 Geografi Alam sekitar FizikalTingkatan Enam

Isi Kandungan

BAB 2; SISTEM GEOMORFOLOGI1 a) Terangkan secara ringkas proses orogenesis [5 markah]

b) Huraikan mengapa gunung berapi mempunyai pelbagai bentuk.

[10 markah]

c) Terangkan kesan-kesan letusan gunung berapi terhadap manusia

[10 markah]

2 a) Bezakan ciri-ciri utama dua contoh kumpulan geologi yang berlainan.

[12 markah]

b) Kepelbagaian bentuk muka bumi di kawasan tropika lembap adalah kesan daripada geologi yang berlainan. Jelaskan pernyataan ini

[13 markah]

3 a) Nyatakan cara dan jenis hakisan sungai [5 markah]b) Dengan merujuk kepada 3 bentuk muka bumi hasil tindakan

sungai, terangkan proses pembentukkannya[12 markah]

c) Jelaskan empat kepentingan bentuk muka bumi hasil tindakan sungai terhadap kegiatan manusia

[8 markah]

4 a) Apakah yang dimaksudkan dengan pergerakan jisim? [5 markah]b) Huraikan proses-proses pergerakan jisim yang berlaku di

kawasan tropika lembap[10 markah]

c) Terangkan bagaimana aktiviti manusia boleh menyebabkan berlakunya pergerakan jisim

[10 markah]

5 a) Terangkan kesan aktiviti gunung berapi terhadap pembentukan bentuk muka bumi

[8 markah]

b) Huraikan kepentingan bentuk-bentuk muka bumi akibat aktiviti gunung berapi terhadap kegiatan manusia

[12 markah]

6 a) Terangkan kaedah mengukur pemendapan dan hakisan [5 markah]b) Jelaskan faktor-faktor fizikal yang menyebabkan berlakunya

pemendapan dan hakisan pantai[10 markah]

c) Huraikan kemerosotan persekitaran pantai akibat aktiviti manusia

[10 markah]

7 a) Apakah yang dimaksudkan dengan gempa bumi [5 markah]b) Huraikan hubungan antara kejadian gempa bumi dasar laut

dengan kejadian tsunami[10 markah]

c) Jelaskan kesan tsunami terhadap alam skitar manusia [10 markah]

8 a) Nyatakan lima cara pengangkutan beban sungai [5 markah]b) Huraikan proses pembentukan tiga bentuk muka bumi hasil

pemendapan sungai[10 markah]

c) Jelaskan tiga pengaruh bentuk muka bumi hasil [10 markah]

29

Page 2: Modul 5 sistem Geomorfologi

pemendapan sungai terhadap aktiviti manusia

9 a) Apakah yang dimaksudkan dengan pemendapan sungai [5 markah]b) Huraikan faktor fizikal yang menyebabkan berlakunya

pemendapan sungai[10 markah]

c) Jelaskan langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah pemendapan sungai di Malaysia

[10 markah]

10 a) Apakah yang dimaksudkan dengan profil pantai seimbang [5 markah]b) Jelaskan faktor yang menghalang pembentukan profil pantai

seimbang[10 markah]

c) Jelaskan kesan profil pantai tidak seimbang terhadap aktiviti manusia

[10 markah]

11 Berdasarkan kajian luar yang telah anda jalankan di sebatang sungaia) i) Apakah yang dimaksudkan dengan luahan sungai? [3 markah]

ii) Huraikan bagaimana luahan sungai dapat diukur. [3 markah]b) i) Bagaimanakah halaju aliran sungai dapat diukur? [3 markah]

ii) Huraikan tiga faktor yang mempengaruhi halaju aliran sungai tersebut

[6 markah]

c) i)Nyatakan tiga bentuk muka bumi pemendapan di kawasan kajian

[3 markah]

ii) Huraikan kepentingan bentuk muka bumi pemendapan tersebut kepada aktiviti manusia

[7 markah]

12 Berdasarkan kajian luar yang telah anda lakukan di sebuah pantaia) Nyatakan ciri-ciri pantai tersebut [4 markah]b) i) Nyatakan kaedah mengukur arah ombak [3 markah]

ii)Terangkan pengaruh jenis ombak terhadap bentuk muka bumi pinggir pantai di kawasan kajian

[4 markah]

c) Huraikan empat faktor yang mempengaruhi proses hakisan pinggir pantai

[8 markah]

d) Jelaskan tiga kepentingan kawasan pinggir pantai terhadap aktiviti manusia

[6 markah]

30

Page 3: Modul 5 sistem Geomorfologi

SKEMA JAWAPAN : MODUL 5 : SISTEM GEOMORFOLOGI

1 a) Terangkan secara ringkas proses orogenesisProses orogenesis ialah proses pembentukan bentuk muka bumi yang melibatkan pergerakan kerak bumi hasil daripada arus perolakan magma dalam kerak bumi. Contoh proses orogenesis ialah lipatan kerak bumi atau proses yang menghasilkan banjaran gunung lipat

b) Huraikan mengapa gunung berapi mempunyai pelbagai bentuk.i. Gunung berapi mempunyai pelbagai bentuk seperti bercerun

curam atau landai atau bentuk kompositii. Sebab mempunyai pelbagai bentuk ialah:

a) Jenis lava – lava bes menghasilkan gunung berapi yang landai dengan ukur lilitnya yang sangat besar. Ini kerana lava bes cair dan dapat mengalir jauh sebelum membeku. Contohnya gunung berapi Mauna Loa dan Mauna Kea di Hawaii.Sementara lava asid menghasilkan gunung berapi yang curam dan berkubah kerana lavanya sangat likat dan tidak mampu bergerak jauh dan cepat membeku.

b) Jenis Letusan atau letupan- dalam bentuk aliran perlahan menghasilkan penara atau gunung berapi bercerun landai atau letusan yang kuat akan menghasilkan bentuk curam

c) Sifat lohong gunung berapi- lohong linear/mendatar akan menghasilkan dataran apabila lava membeku. Lohong tunggal/tengah akan menghasilkan kon. Jika terdapat lohong yang banyak dan berdekatan antara satu sama lain akan menghasilkan kon serbaragam spt di Gunung Etna di Sicily

d) Jangkamasa/usia pembentukane) Kekerapan letusan atau letupanf) Jenis gunung berapi – aktif, dorman atau matig) Akibat pendedahan –proses penggondolan yang dialami

akan menyebabkan cerun gunung berapi terhakis dan mendedahkan magma keras yang muncul dipuncak gunung berapi yang dikenali sebagai palam gunung berapi

h) Jenis bahan yang dikeluarkan –piroklas, debu dll. Lebih banyak bahan yang dikeluarkan bererti lebih besar gunung berapi yang terbentuk atau sebaliknya.

c) Terangkan kesan-kesan letusan gunung berapi terhadap manusiai. mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta bendaii. mengakibatkan kerosakan infrastrukturiii. pertanian- lava bes membentuk tanih subur untuk pelbagai

tanaman spt di Kepulauan Jawa dan Filipinaiv. Penjanaan kuasa tenaga geoterma untuk menghasilkan

elektrik kepada manusiav. Pelancongan –geizer, tasik kawah, kaldera, kolam air panas

dllvi. Kemusnahan hutan- aliran lava panasvii. Pencemaran udaraviii. Ombak besar yang dikenali sebagai tsunami akan

memusnahkan apa sahaja disepanjang laluannya

31

Page 4: Modul 5 sistem Geomorfologi

2 a) Bezakan ciri-ciri utama dua contoh kumpulan geologi yang berlainan.Boleh dipilih batuan enapan, batuan metamorfosis atau batuan igneusCiri-ciri batuan yang boleh dibezakan

i. Warna batuan samada gelap atau cerahii. Keras lembut batuan bergantung kepada mineral

pembentuknyaiii. Struktur dan tekstur yang akan menentukan kestabilan atau

keteguhan batuaniv. Ciri-ciri rekahan v. Komposisi atau kandungan mineral yang membentuknyavi. Keporosan/ketelapan

b) Kepelbagaian bentuk muka bumi di kawasan tropika lembap adalah kesan daripada geologi yang berlakinan. Jelaskan pernyataan ini

i. Batu kapur yang lembut akan menghasilkan topografi karst seperti lekukan, lubang dan lurah spt dolin, uvala dan polje serta graiks dan clint. Disebabkan sifat batu kapur yang membentuknya lemah, tidak stabil serta mudah mengalami luluhawa kimia serta hakisan air

ii. Jisim batuan batolit granit yang keras menghasilkan banjaran gunung dan bukit seperti Banjaran Titiwangsa. Ini kerana sifatnya yang keras dan tahan digondolkan. Oleh sebab itu, ia boleh berdiri teguh. Contoh lain ialah Gunung Kinabalu dibentuk oleh jisim batolit granit yang amat keras kira-kira setengah juta tahun yang lampau.

iii. Batuan Igneus yang keras seperti granit dan konglomerat menghasilkan bukit-bukit sisa yang dikenali sebagai inselberg dan tors. Tinggalan bukit-bukit sisa ini membayangkan operasi proses geomorfologi di kawasan tropika lembap tidak berupaya meruntuhkan semuanya kerana sisa ini terdiri daripada teras batuan yang keras. Inselberg dan tors ini banyak terdapat di Banjaran Kilimanjaro di Afrika dan kaki Banjaran Shan di Burma/myanmar

iv. Batuan metamorfik contohnya marmar- menghasilkan pulau-pulau yang amat kukuh misalnya rangkaian pulau-pulau di Langkawi Malaysia. Sebahagian besar geologi Pulau Langkawi terdiri daripada batuan marmar hasil proses batuan metamorfosis yang menyebabkan batuan itu amat keras dan amat sukar digondolkan oleh proses geomorfologi

v. Batuan lembat seperti kaolin (tanah liat) dan riolit( tanah laterit) menghasilkan tanah-tanah pamah beralun dan tanah lanar/dataran lanar yang rata dan mungkin disaliri oleh lembangan sungai seperti Delta Kelantan dan Dataran Kedah-Perlis. Ini kerana batuan ini amat mudah diuraikan menerusi luluhawa kimia serta dihakis-angkut oleh proses geomorfologi yang lain mengikut musim

3 a) Nyatakan cara dan jenis hakisan sungaiCara hakisan sungai

i. lelasanii. lagaaniii. larutan

32

Page 5: Modul 5 sistem Geomorfologi

iv. tindakan hidraul

Jenis hakisan sungaii. hakisan menegak/mendalamkan sadarii. hakisan melebar/mendatar/tebingiii. hakisan ke hulu/ kebelakang/ mengundur

b) Dengan merujuk kepada 3 bentuk muka bumi hasil tindakan sungai, terangkan proses pembentukkannyaBentuk bumi hakisan sungai

i. Air terjun: terbentuk di kawasan yang mempunyai lapisan batuan yang tersusun secara mendatar antara batuan keras dengan batuan lembut. Lapisan batuan lembut akan terhakis dengan lebih cepat berbanding batuan keras. Hal ini menyebabkan dasar sungai menjadi tidak rata. Batuan keras akana menghalang pergerakan air dalam alur lalu membentuk air terjun.

ii. Jeram : Terbentuk apabila aliran sungai mengalir di kawasan batuan yang tersusun secara menegak dan berselang seli antara batuan keras dengan batuan lembut. Batuan lembut akan terhakis meningggalkan bonjolan batuan keras yang menyebabkan aliran sungai terpaksa melompat menuruni bonjolan batuan keras

iii. Jurang:iv. lubuk pusarv. likuan sungai

Bentuk muka bumi mendapan sungaii. tasik ladamii. dataran banjir: Air banjir yang melimpah tebing akan

memendapkan lumpur, kelodak, aluvium, pasir dan kerikil apabila surut. Kejadian banjir yang berulang kali menyebabkan bahan yang dimendapkan bertambah membentuk suatu dataran yang luas dan lebar dikenali sebgai dataran banjir.

iii. Tetambak: Bahan-bahan yang dimendapkan di belakang tebing sungai akan membentuk timbunan yang dikenali sebgai tetambak

iv. Delta: Delta terbentuk apabila timbunan bahan mendak berlaku secara meluas di muara sungai. Di kawasan muara ini had laju arus sungai sangat perlahan kerana pertembungan arus sungai dengan arus laut.Keadaan ini menyebabkan sungai kehilangan tenaga untuk mengangkut lalu memendapkannya dengan giat. Bahan spt kelodak, lumpur dan lempung akan dimendapkan hingga memenuhi sungai utama dan cawangannya membentuk delta.

c) Jelaskan empat kepentingan bentuk muka bumi hasil tindakan sungai terhadap kegiatan manusia

i. Pertanian – dataran mendap, delta

33

Page 6: Modul 5 sistem Geomorfologi

ii. Rekreasi- air terjun, jeram, tasik ladamiii. Elektrik hidro- air terjuniv. Akuakultur – tasik ladam, muara sungaiv. Petempatan- tetambak, dataran mendapvi. Perhubungan/pengangkutan – tetambakvii. Sumber air – air terjunviii. Perlombongan pasir- beting pasir

4 a) Apakah yang dimaksudkan dengan pergerakan jisim?Pergerakan jisim adalah semua jenis pergerakan bahan yang terluluhawa yang dikenali sebagai regolit yang bergerak menuruni cerun akibat tarikan graviti. Gerakan jisim ini boleh secara perlahan, secara cepat dan secara serta merta.

b) Huraikan proses-proses pergerakan jisim yang berlaku di kawasan tropika lembapPergerakan jisim boleh berlaku secara perlahan/lambat atau cepat

1. Runtuhan: pergerakan regolit yang berlaku dicerun yang sangat curam dan adakalanya tegak 90 darjah seperti di tebing-tebing tinggi, bahu bukit yang ditarah/dipotong untuk dibina jalan raya atau di lereng bukit untuk didirikan kondominium. Contohnya runtuhan Kondominium Highland Tower dan Jalan di Km38 Lebuh raya Karak-Genting

2. Geluncuran- Pergerakan secara tiba-tiba bahan regolit, batuan dasar apabila lapisan batuan yang berat terletak di lapisan batuan yang lebih lembut seperti batu syal dan tanah liat. Bebanan batuan berat diatasnya akan menyebabkan lapisan batuan lembut dibawahnya runtuh dan mendorong lapisan batuan keras dan berat di atas turut bergerak menuruni cerun. Geluncuran batuan akan melibatkan bongkah batuan besar. Geluncuran puin akan melibatkankan serpihan batuan kecil. Jumlah hujan yang banyak menjadi bahan pelincir untuk jisim jatuh/runtuh

3. Aliran lumpur- Ia berlaku apabila kandungan air yang banyak pada jisim yang lembap adalah tinggi( aliran tanah dan aliran lumpur).Aliran lumpur ini jenis aliran berarus deras yang membawa tanah liat, lumpur, kelodak dll muatan terapung seperti kayu balak yang ditinggalkan menuruni cerun yang lebih curam.

4. Kesotan- pergerakan secara perlahan akibat partikel tanih yang longgar pada cerun yang landai. Pergerakan ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi kejadiannya dikenalpasti dengan melihat kesanyang wujud di atas permukaan cerun seperti tiang elektrik, tiang telefon, tiang pagar yang condong daripada kedudukan salnya

c) Terangkan bagaimana aktiviti manusia boleh menyebabkan berlakunya pergerakan jisim

i. Pertanian/pertanian pindah di cerun bukit- Tumbuhan litupan bumi ditebang, dibakar menyebabkan kurang cengkaman akar menyebabkan cerun menjadi tidak stabil

ii. Penternakan – berlaku ragutan berlebihan iii. Perlombongan /kuari atau pecah batu di cerun bukit. Apabila

tebing bukit diletupkan dan batuan disingkap untuk mengambil

34

Page 7: Modul 5 sistem Geomorfologi

batu granit yang bermutu tinggi dan juga batu kapur untuk dibuat simen menyebabkan struktur tanah menjadi tidak stabil dan memudahkan berlakunya runtuhan batu serta runtuhan tebing.

iv. Pembinaan jalan raya- peneresan dan pemotongan bukit serta penghapusan tumbuhan menyebabkan cerun menjadi curam sehingga sesetangah menghampiri 90 darjah. Ini akan menyebabkan cerun boleh roboh/runtuh

v. Pembalakan di kawasan cerun bukit/tanah tinggi akan meninggalkan banyak batang kayu, dahan, ranting dan sampah sarap yang akan terkumpul membentuk empangan sementara pada awal hujan. Empangan sementara boleh mengumpu air dengan cepat dan akhirnya pecah apabila mencapai takat tepu dan air akan mengalir dengan mendadak dari kawasan tanah tinggi pada tahap kekuatan yang luar biasa menghanyutkan kayu balak dan melanda kawasan tanah rendah sebagai aliran lumpur

5 a) Terangkan kesan aktiviti gunung berapi terhadap pembentukan bentuk muka bumiAntara bentuk-bentuk muka bumi yang dihasilkan oleh aktiviti gunung berapi ialah

i. Bentuk bumi jalar luar: Pelbagai jenis kon gunung berapi, dataran lava/penara basalt, kawah gunung berapi(kaldera), palam dan telaga, kolam air panas, mata air panas, geizer

ii. Bentuk muka bumi jalar dalam: daik, sil, pakolit, lakolit, lopolit dan batolit

b) Huraikan kepentingan bentuk-bentuk muka bumi akibat aktiviti gunung berapi terhadap kegiatan manusia

i. kon lava bes- aktiviti pertanianii. Tasik kawah gunung berapi (danau Toba, Indonesia dan

Rotorua di New Zealand) dan telaga air panas – pelancongan/rekreasi/perubatan

iii. Tasik gunung berapi – aktiviti perikananiv. Dataran lava/penara basalt – pertanian/penternakanspt

dataran Columbia-Snake, dataran Tinggi Deccan v. Batolit dan lakolit – perlombongan bahan mineral yang

terdapat dalam batuan gunung berapi6 a) Terangkan kaedah mengukur pemendapan dan hakisan pantai

1. alat – 10-12 batang pancang jajar atau dawai tyang ditandakan, buku catatan, pembarisatau pita ukur

2. Kaedah – 10-12 batang pancang jajar atau dawai dipacakkan di cerun pantai dalam lingkungan kesampaian aras pasang tinggi dan rendah dengan jarak tertentu. Bacaan diambil dalam jeda masa tertentu untuk satu hari

3. Kaedah mengukur- mengukur perbezaan antara penanda dengan aras baru sedimen

b) Jelaskan faktor-faktor fizikal yang menyebabkan berlakunya pemendapan dan hakisan pantai

1. Faktor jenis ombak- ombak pembina menimbunkan pasir, ombak pembinasa membawa keluar pasir, kelikir dll

35

Page 8: Modul 5 sistem Geomorfologi

2. Keadaan cerun pantai – curam atau landai. Jika cerun landai berlaku pemendapan sebaliknya jika cerun pantai curam berlaku hakisan

3. bahan pantai (pasir, kelikir, batu lada dan kelodak) – jika bahan pantai berbatu kelikir- hakisan sebaliknya jika bahan pantai kelodak berlaku pemendapan

4. Arah kedatangan ombak- ombak menyerong atau bersudut tepat dengan pantai. Jika menyerong-pemendapan, sebaliknya jika bersudut tepat berlaku hakisan

5. Orientasi pantai samada terlindung atau terdedah kepada tiupan angin

6. Bekalan bahan mendak- kalau kurang bekalan akan berlaku hakisan, jika banyak bahan akan berlaku mendapan

7. litupan tumbuhan dipinggir- jika ada paya bakau berlaku pemendapan, jika pantai terdedah berlaku hakisan

c) Huraikan kemerosotan persekitaran pantai akibat aktiviti manusia1. pemendapan pinggir pantai ( mungkin dimendapkan di kawasan

yang tidak sesuai) akibat pembinaan benteng, cerucuk, pemecah ombak dll)

2. Hakisan pinggir pantai akibat perlombongan pasir/pengorekan pasir- tidak cukup bahan pantai. Penebangan paya bakau

3. Pencemaran sampah sarap akibat aktiviti pelancongan/peranginan pinggir pantai

4. Pembuangan sisa minyak, kimia dll akibat kegiatan industri perkilangan dipinggir pantai

5. Pencemaran organik – najis/e-coli dll6. Kemusnahan ekosistem akibat penambakan dan pembangunan

7 a) Apakah yang dimaksudkan dengan gempa bumi

Pembebasan tenaga secara tiba-tiba dari pusat gempa menghasilkan gelombang kejutan berpunca daripada sesaran di sepanjang gelinciran

b) Huraikan hubungan antara kejadian gempa bumi dasar laut dengan kejadian tsunami

1. Pertembungan/himpitan 2 atau 3 plat tektonik2. gelinciran pada plat tektonik3. pemisahan antara plat tektonik

c) Jelaskan kesan tsunami terhadap alam sekitar manusia1. kemusnahan harta benda2. kehilangan nyawa/kecederaan3. kehilangan mata pencarian4. gangguan psikologi/trauma5. wabak penyakit6. kemusnahan infrastruktur7. kehilangan anggota keluarga/saudara8. gangguan ekonomi-pertanian

8 a) Cara pengangkutan beban sungaia. Ampaianb. Apungan

36

Page 9: Modul 5 sistem Geomorfologi

c. Lantunan/lompatan/loncatand. Golekane. Larutanf. seretan

b) Beting pasir: Tasik ladam Dataran banjir: Delta Tetambak Pulau

c) Pengaruh positif Dataran banjir : pertanian, akuakultur, ternakan Tasik ladam : pelancongan, rekreasi, perikanan, akuakultur Beting Pasir : perlombongan pasir, perikanan Tetambak: perhubungan/IKS, pertanian Delta : pertanian, IKS, penternakan Pulau : pertanian, pelancongan.

9 a) Apakah yang dimaksudkan dengan pemendapan sungaiJawapanPemendapan sungai ialah penimbunan/longgokan bahan/sedimen/pasir/kelikir yang diangkut akibat tenaga dan halaju sungai semakin berkurangan apabila kecerunan sungai semakin landai

[5 markah]

b) Huraikan faktor fizikal yang menyebabkan berlakunya pemendapan sungaiJawapan1. Isipadu air berkurangan2. Halaju air berkurangan3. kecerunan semakin landai/ graviti berkurangan4. bahan muatan bertambah5. halangan fizikal –tanah runtuh, pokok6. bentuk alur/berliku/tidak rata7. kurang tanaman litupan bumi

[10 markah]

c) Jelaskan langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah pemendapan sungai di MalaysiaJawapan1. Penguatkuasaan undang0undang2. perancangan pembangunan3. kempen dan pendidikan4. meluruskan sungai5. mendalam kan sungai6. membersihkan sungai7. melebarkan sungai8. struktur kejuruteraan/benteng/cerucuk/tembok9. menanam tanaman tutup bumi

[10 markah]

10 a) Apakah yang dimaksudkan dengan profil pantai seimbangJawapanProfil pantai seimbang boleh berlaku apabila kadar hakisan dan kadar pemendapan hampir sama

[5 markah]

b) Jelaskan faktor yang menghalang pembentukan profil pantai seimbangJawapanFaktor fizikal1. kekuatan ombak

[10 markah]

37

Page 10: Modul 5 sistem Geomorfologi

2. arus pesisir /tempur3. pasang surut4. tektonik/tsunami

Faktor manusia1. penambakan dan pendalaman pinggir pantai2. pemusnahan dan penebusgunaan kawasan paya bakau3. pembinaan tembok dan benteng batu4. pemupukan pasir pantai5. benteng pemecah ombak

c) Jelaskan kesan profil pantai tidak seimbang terhadap aktiviti manusiaJawapanHakisan melebihi pemendapan1. aktiviti pelancongan terjejas2. perniagaan terjejas3. pengangkutan dan perhubungan terjejas

Pemendapan melebihi hakisan1. gangguan terhadap aktiviti nelayan2. pelancongan dan rekreasi3. perlombongan- pasit meningkat

[10 markah]

11 Berdasarkan kajian luar yang telah anda jalankan di sebatang sungaia) i) Apakah yang dimaksudkan dengan luahan sungai?

Luahan sungai merujuk kepada isi padu air sungai yang mengalir melalui titik di aliran sungai pada suatu masa yang tertentu yang diukur dalam unit meter padu persaat ( m³/saat ).

[3 markah]

ii) Huraikan bagaimana luahan sungai dapat diukur.JawapanPengukuran luahan sungai.

Halaju aliran ( m³/saat ) x Keratan rentas sungai Contoh :

Halaju : 0.1 m³/saat Keratan rentas : 5 m² Luahan = 0.1 X 5

= 0.5 m³/saat

[3 markah]

b) i) Bagaimanakah halaju aliran sungai dapat diukur?JawapanPengukuran halaju

- bola ping pong diletakan di atas aliran sungai pada jarak tertentu

- ukur jarak panjang aliran sungai berdasarkan jarak yang dipilih iaitu X ( titik permulaan letak bola ping pong ) dan Y ( titik penghujung aliran bola ping pong tersebut ).

- Jika jarak X hingga Y = 10 meter dan masa yang diambil untuk bola ping pong bergerak dari X ke Y ialah 100 saat.

- Maka :

10

[3 markah]

38

Page 11: Modul 5 sistem Geomorfologi

100 = 0.1 meter / saat

ii) Huraikan tiga faktor yang mempengaruhi halaju aliran sungai tersebutJawapan1. Isi padu dan halaju air

- halaju aliran air sungai bertambah seiring dengan pertambahan isipadu air sungai.

- hakisan dan halaju air bertambah semasa isipadu sungai banyak terutama semasa banjir.

2. Kecerunan- halaju aliran sungai adalah berkadar langsung dengan

kecerunan dasar sungai.- halaju aliran air bertambah apabila kecerunan bertambah.- sungai di peringkat hulu mempunyai topografi yang sangat

curam menyebabkan halaju air sungai pada peringkat ini sangat deras. Proses hakisan dasar sangat dominan pada peringkat ini.

- sungai peringkat tengah mempunyai kecerunan yang semakin berkurangan. Aliran air pada peringkat ini sederhana deras menyebabkan hakisan tebing lebih giat berbanding hakisan dasar sungai.

- di bahagian hilir sungai topografinya rata dan rendah. Proses hakisan pada peringkat ini begitu minima sebaliknya aliran sungai mulai memendapkan bahan-bahan yang dibawanya.

3. Bentuk alur- Alur sungai yang lurus menyebabkan aliran air sungai deras dan

menggalakkan hakisan menegak.- Alur sungai yang berliku menyebabkan aliran air sungai

terganggu dan halaju pergerakan air menjadi kurang. Kesannya kadar hakisan menjadi kurang dan sebaliknya bahan-bahan yang dibawa oleh aliran air akan dimendapkan.

4. Jenis batuan- tebing sungai yang terbentuk daripada batuan yang keras

daripada kumpulan batuan igneus , maka kadar hakisan ke atas tebing dan dasar sungai menjadi kurang giat.

- manakala bahagian dasar dan tebing sungai yang terbentuk daripada batuan yang lebih lembut daripada kumpulan batuan enapan seperti batu kapur dan dolomit maka kadar hakisannya adalah lebih giat.

5. Bahan muatan- bahan-bahan muatan ( beban ) yang diangkut oleh aliran sungai

banyak membantu keberkesanan kerja-kerja hakisan yang dilakukan.

- bahan-bahan yang diangkut oleh aliran air sungai seperti serpihan batuan, batu tongkol dan lain-lain akan melakukan hakisan seperti geselan, lagaan, dan lain-lain dengan giat.

[6 markah]

c) i)Nyatakan tiga bentuk muka bumi pemendapan di kawasan kajian [3 markah]

39

Page 12: Modul 5 sistem Geomorfologi

Jawapan - dataran banjir

- delta - tasik ladam - tetambak

- pulau ii) Huraikan kepentingan bentuk muka bumi pemendapan tersebut kepada aktiviti manusiaJawapan - dataran banjir - pertanian, penternakan, - delta – pertanian, penternakan - tasik ladam - akuakultur, pelancongan - tetambak – pertanian - pulau - pelancongan

[7 markah]

12 Berdasarkan kajian luar yang telah anda lakukan di sebuah pantaia) Nyatakan ciri-ciri pantai tersebut

Jawapan- landai- curam- berpasir- berlumpur

[4 markah]

b) i) Nyatakan kaedah mengukur arah ombakJawapanalat - jangka sudut - jangka sudut diselarikan dengan garis pantai dan dapatkan bacaannya

[3 markah]

ii)Terangkan pengaruh jenis ombak terhadap bentuk muka bumi pinggir pantai di kawasan kajianJawapan

- Ombak pembina- gelombang limpah – membawa bahan dari laut ke pinggir pantai-

menggalakan proses pemendapan – bentuk pantai lebih landai.

- Ombak pembinasa- gelombang ljunam – membawa bahan dari pinggir pantai ke laut- menggalakan proses hakisan – bentuk pantai lebih curam

[4 markah]

c) Huraikan empat faktor yang mempengaruhi proses hakisan pinggir pantaiJawapan1. Pendedahan Pantai

- pantai yang terdedah tanpa perlindungan sama ada oleh pulau, beting, tanjung ataupun benteng akan mengalami kadar hakisan yang giat berbanding pantai yang terlindung.

2. Arus

- arus bergerak selari dengan pantai.

[8 markah]

40

Page 13: Modul 5 sistem Geomorfologi

- bahan-bahan seperti pasir, kelikir, tanah liat, kelodak dan sebagainya akan diseret selari dengan pantai.

- berupaya untuk menghakis dan memindahkan bahan dari satu tempat ke tempat yang lain.

3. Bahan

- kawasan pinggir pantai yang kurang mempunyai bahan untuk dimendapkan kadar hakisan lebih tinggi berbanding pemendapan.

- bahan-bahan pinggir pantai seperti pasir, kelikir, batu tongkol dan batu lada bertindak sebagai agen yang menggesel batuan pinggir pantai melalui cara hakisan geselan atau lelasan. Kesannya batuan pinggir pantai akan terhakis.

4. Batuan

- pinggir pantai biasanya terbentuk daripada pelbagai jenis batuan.

- pinggir pantai yang terbina daripada batuan lembut ( daripada kumpulan enapan ) seperti batu kapur dan dolomit biasanya lebih lembut dan mudah terhakis sama ada melalui cara geselan, larutan ataupun lagaan.

- pinggir pantai yang terbina daripada batuan keras ( daripada kumpulan igneus )

- seperti batu granit biasanya lebih keras dan susah terhakis.

- pinggir pantai yang mempunyai batuan di tebingnya lebih susah dihakis berbanding pantai berlumpur.

5. Cerun pantai

- pantai yang bercerun curam biasanya mengalami hakisan yang lebih giat.

- bahan-bahan pinggir pantai lebih mudah diangkut ke laut oleh agen-agen hakisan pinggir pantai.

6. Orientasi pantai

- pantai yang lurus kadar hakisan lebih giat berbanding pantai yang berteluk-teluk dan bertanjung.

- pantai yang lurus menerima serangan ombak secara terus tanpa perlindungan.

- tanjung berperanan menghalang serangan ombak tersebut.7. Tumbuhan

- tumbuhan ( pokok bakau ) boleh menghalang serangan terus ombak ke atas pinggir pantai melalui peranan akarnya.

- sekiranya tiada pokok bakau, ombak akan menyerang secra terus pinggir pantai dan kesannya pantai terhakis.

d) Jelaskan tiga kepentingan kawasan pinggir pantai terhadap aktiviti [6 markah]

41

Page 14: Modul 5 sistem Geomorfologi

manusiaJawapan

- Perikanan – aktiviti penangkapan ikan oleh nelayan

- Akuakultur- ternakan ikan dalam sangkar/ udang/kerang

- Pelancongan / rekreasi – pantai, beting pasir

- Perlombongan pasir- pantai/beting pasir

42