modul 4.1 membudayakan ict

Upload: hartinijeki

Post on 13-Jan-2016

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Persaingan masyarakat dunia yang lebih hebat dalam abad ke 21 dan perubahan ke arah masyarakat bermaklumat menimbulkan cabaran baru kepada institusi pendidikan. Untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 dan mewujudkan masyarakat bermaklumat, maka inisiatif untuk mengintegrasikan penggunaan ICT dan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah perlu diperluaskan.Pelaksanaan ICT di SKPG(1) terletak di bawah penyeliaan Jawatankuasa ICT yang dinaungi oleh Guru Besar dan dikendalikan oleh seorang Guru Penyelaras. Jadual penggunaan makmal komputer disediakan bagi memastikan guru dan murid menggunakan komputer secara berkala. Selain dari makmal, bilik darjah juga dilengkapi dengan LCD, skrin, dan Laptop bagi memudahkan penggunaannya. Bilik guru dan Pusat Sumber Sekolah juga disediakan komputer di samping peralatan yang berkaitan untuk kemudahan guru melaksanakan kerja-kerja mereka. Kerja-kerja yang berkaitan dengan pengurusan sekolah semuanya dilakukan dengan beralatkan komputer dan juga internet. Budaya ini diharapkan akan menjadi amalan yang berterusan dan satu kemestian bagi setiap warga sekolah.Sekolah perlu menyediakan Perancangan Jangka Panjang ( tiga tahun ). Perancangan jangka pendek merupakan pelan tindakan yang realistik untuk merealisasikan matlamat ICT sekolah langkah demi langkah berasaskan infrastruktur dan persekitaran yang wujud di sekolah.Untuk mendapat sokongan semasa pelaksanaan, perancangan dibuat sebagai usaha bersama anggota sekolah dari semua lapisan.Setiap perancangan perlu direviu selepas jangka pelaksanaan yang tertentu. Ini biasanya dilakukan di pertengahan tempoh pelaksanaan perancangan yang berkenaan. Reviu ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan perancangan , mengenal pasti aspek yang perlu ditingkatkan atau diubahsuai bagi merangka pelan tindakan yang seterusnya. Pihak sekolah harus mengambil kira kekangan dalam persekitaran, infrastruktur teknologi, kepakaran ICT dan lain lain perkara yang berkaitan, semasa merangka Perancangan ICT Sekolah.