model untuk menjadi seorang peniaga yang berjaya

9
TOKOH PERNIAGAAN ALI BIN HASSAN

Upload: lia-zainudin

Post on 10-Aug-2015

25 views

Category:

Career


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MODEL UNTUK MENJADI SEORANG PENIAGA YANG BERJAYA

TOKOH PERNIAGAAN

ALI BIN

HASSAN

Page 2: MODEL UNTUK MENJADI SEORANG PENIAGA YANG BERJAYA

BIODATA PENGASAS

Nama penuh beliau Ali bin Hassan

Berkelulusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal UTM pada tahun 1993

Anak bongsu daripada lapan adik-beradik

Merupakan pelajar cemerlang pernah ditawarkan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara tetapi ditolak kerana lebih cenderung untuk mengusahakan perniagaan.

Page 3: MODEL UNTUK MENJADI SEORANG PENIAGA YANG BERJAYA

SEJARAH Ditubuhkan sejak tahun 1993 Memulakan perniagaan dengan bermodalkan RM50 ketika belajar di universiti

dan beliau berniaga kemeja-T secara kecil-kecilan dengan rakan dan kelab sekolej dengan harga berpatutan.

Dengan wang itu juga beliau mengumpul modal untuk meneruskan perniagaannya yang bermula di sebuah rumah di Taman Ungku Tun Aminah pada 1993

Penjualan dibuat secara kecil-kecilan dan modal juga kecil. Jualan dibuat kepada rakan-rakan satu universiti dan juga pensyarahnya.

Bekerja sambilan sebagai penghantar piza untuk menampung modal, perbelanjaan pengajian dan sara hidup

Ditawarkan biasiswa tetapi diberikan semua kepada ibu untuk menampung sara hidup

Membuka sebuah premis pertama di Holiday Plaza, Johor Baharu yang masih beroperasi hingga hari ini kerana mengalami kesukaran untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan kerana saiz perniagaan kecil.

Untuk mengurangkan risiko kerugian pada awal perniagaan, Jualan dilakukan secepat mungkin dengan melakukan jualan pada hari barangan sampai di dalam kedai.

Perniagaan dilakukan secara serius pada tahun 1994 apabila mendapati wujud trend permintaan terhadap barangan sukan yang amat menggalakkan.

Page 4: MODEL UNTUK MENJADI SEORANG PENIAGA YANG BERJAYA

INFO TENTANG AL-IKHSAN Syarikat al-ikhsan ini adalah sebuah syarikat

yang menjual peralatan sukan yang bertaraf antarabangsa.

Produk yang ditawarkan adalah ekslusif dan berkaitrapat dengan arena sukan dunia seperti Liga Perdana Inggeris,Piala Eropah(EURO) dan sebagainya.

Pada penghujung 2010, Al-ikhsan telah mula merancang membuka kedai sukan untuk wanita yang dikenali sebagai Al-ikhsan Sports Girl.

Page 5: MODEL UNTUK MENJADI SEORANG PENIAGA YANG BERJAYA

Pembukaan premis ini adalah untuk memenuhi tuntutan para pelanggan wanita kerana pakaian serta kelengkapan sukan yang berkualiti sukar untuk diperolehi di pasaran tempatan.

Kini, rangkaian al-ikhsan adalah nama besar dalam kalangan anak muda yang meminati produk sukan yang popular seperti Nike, Adidas,Puma,Reebok, Umbro,Lotto dan Diadora pada harga yang murah.

Page 6: MODEL UNTUK MENJADI SEORANG PENIAGA YANG BERJAYA

KEJAYAAN Kejayaan yang dicapai oleh syarikat ini bermula dengan modal kecil dan permulaan yang

amat ‘humble’. Pada permulaannya Ali Hassan Mohd Hassan hanya menjual barangannya secara kecil-

kecilan kepada rakan-rakan dan pensyarah beliau ketika beliau masih menuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.

Beliau juga bekerja sambilan sebagai penghantar pizza untuk menampung perbelanjaan pengajian dan sara hidup.

Meskipun beliau juga menerima biasiswa, beliau memberitahu yang kesemuanya diberikan kepada ibu beliau “kerana kami bukan orang senang.”

Dalam berusaha tanpa mengenal jemu dalam pelajaran dan menyara kehidupan ketika itu, beliau akhirnya berjaya mendapat Diploma Kejuruteraan Mekanikal UTM pada tahun 1993.

Beliau yang merupakan pelajar cemerlang pernah ditawarkan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara tetapi ditolak kerana lebih cenderung untuk mengusahakan perniagaan.

Perniagaan pertama Ali Hassan bermula pada tahun 1993 di ruang sempit di Holiday Plaza, Johor Bahru dengan modal perniagaan yang diusahakan dengan titik peluhnya sendiri.

Beliau mula mengusahakan perniagaan serius pada tahun 1994 apabila mendapati wujud trend permintaan terhadap barangan sukan yang amat menggalakkan.

Beliau menyatakan dalam menjayakan sesuatu perniagaan, beberapa elemen penting perlu ada, antaranya kesabaran, kesungguhan, tiada perasaan malu serta tekun berusaha.

Page 7: MODEL UNTUK MENJADI SEORANG PENIAGA YANG BERJAYA

FORMULA AL-IKHSAN

1.JANGAN KITA MENINGGALKAN SOLAT LIMA WAKTU

2. JAGA IBU BAPA KITA SEBAIK MUNGKIN,

3. TUNAIKAN ZAKAT DAN BERIKAN SEDEKAH

4. BANTU MEREKA YANG SUSAH.

Page 8: MODEL UNTUK MENJADI SEORANG PENIAGA YANG BERJAYA

PERANCANGAN Pada penghujung 2010, aL-ikhsaN juga

telah mula merancang membuka kedai sukan untuk wanita dikenali Al-Ikhsan Sports Girl.

 Menurut Ali, pembukaan premis ini untuk memenuhi tuntutan para pelanggan wanita yang menyatakan bahawa pakaian serta kelengkapan sukan berkualiti tinggi jenama terkemuka sukar diperoleh dalam pasaran tempatan.

Page 9: MODEL UNTUK MENJADI SEORANG PENIAGA YANG BERJAYA

KESIMPULAN

Kini, rangkaian kedai aL-ikhsaN adalah nama besar dalam kalangan anak muda hari ini yang menggemari produk sukan berjenama popular seperti Nike, Adidas, Puma, Reebok, Umbro, Lotto dan Diadora pada harga yang murah.

Kejayaan Ali Hassan mengembangkan kedai aL-ikhsaN ini diharapkan dapat memberikan inspirasi kepada usahawan Melayu yang sering dianggap stereotaip dengan kisah kegagalan, untuk berusaha tanpa mengenal jemu, beristiqamah, sambil mempelajari untuk mendengar kehendak pelanggan dalam membina perniagaan.

Ali Hassan membuktikan kebenaran pepatah Melayu, di mana ada kemahuan di situ ada jalan