model pengajaran dalam bilik darjah dan kesan-kesannya
TRANSCRIPT
7/21/2019 Model Pengajaran Dalam Bilik Darjah dan kesan-kesannya
http://slidepdf.com/reader/full/model-pengajaran-dalam-bilik-darjah-dan-kesan-kesannya 1/19
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH
11800 PULAU PINANG
SIDANG AKADEMIK 1999/2000
TAJUK TUGASAN
JPS 411/4
‘ Pilih satu tajuk Model Pengajaran yang pernah dilaksanakan dalam
pengajaran anda dan buatkan refleksi berkenaan model
tersebutdari segi kekuatan , kelemahan dan menarik
MAI / PPPJJ / USM / 1999 - 2002
7/21/2019 Model Pengajaran Dalam Bilik Darjah dan kesan-kesannya
http://slidepdf.com/reader/full/model-pengajaran-dalam-bilik-darjah-dan-kesan-kesannya 2/19
SEKAPUR SIREH
Alhamdulillah dengan kehendakNya ,saya dapat menyempurnakan tugasan JPS 411 ini
mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan
kepada Pensyarah Penasihat Kursus JPS 411 En. Auzait B. Shamsudin yang telah banyak
memberikan panduan dan tunjuk ajar kapada saya dalam menyempurnakan tugasan ini.
Sokongan daripada rakan-rakan sekuliah turut dihargai , segala bahan-bahan
rujukan yang disumbangkan cukup bermakna bagi diri saya kerana tanpa kerjasama
rakan-rakan sudah tentu tugasan saya tidak seperti ini.
Sebagai seorang pelajar yang baru , banyak perkara yang masih perlu dipelajari
bimbingan dan sokongan daripada pensyarah kepada saya dalam kursus ini amat -amat
saya harapkan.Segala kelemahan yang terdapat dalam tugasan saya ini adalah datangnya
daripada kelemahan saya. Tunjuk ajar daripada tuan sudah tentunya dapat
mempertingkatkan lagi mutu tugasan ini
Harapan saya agar tugasan ini , sedapat tidak mendatangkan manfaat dan
kebaikan kepada semua pihak. Semoga usaha kecil ini akan dapat keberkatan daripada
Nya.
Sekian, terima kasih.
MOHD.ANUAR B. IBRAHIM
MAI / PPPJJ USM / 1999-2002
7/21/2019 Model Pengajaran Dalam Bilik Darjah dan kesan-kesannya
http://slidepdf.com/reader/full/model-pengajaran-dalam-bilik-darjah-dan-kesan-kesannya 3/19
PENDAHULUAN
Mengajar merupakan kerja yang terpuji. Guru cuba mencerminkan dirinya pada
pelajar. Guru menanamkan sesuatu yang sukar dihapuskan kepada pelajar-pelajar yang
sedang membesar dengan fikiran kanak-kanak . Oleh sebab itu amat sukar untuk
memisahkan guru dengan pengajarannya. Watson ( 1970 ) adalah pengasas behavirisme
pernah mencatatkan :
“ Berikan saya 12 bayi yang sihat dan sempurna rupabentuknya dan suasana
sekitaran yang saya sendiri tentukan untuk membesarkan mereka. Saya
memberi jaminan bahawa dengan memilih mana-mana satu bayi secara
rawak lalu mengasuhnya untuk menjadi pakar yang say pilih sama ada doktor
, peguam, pelukis, peniaga, ketua dan juga peminta sedekah atau pencuri tanpa
mengambil kira kebolehan , kecenderungan , kepakaran bakat atau bangsa
keturunannya. “
Berdasarkan kapada petikan di atas kita dapati bahawa peranan yang dimainkan
oleh guru amat penting dalam mencorakan budaya hidup pelajar yang bakal dilahirkan .
Tanggunjawab guru pada hari ini kian mencabar disebabkan oleh perubahan keadaan dan
masa.
Guru hari ini perlu bijak dalam melaksanakn tugas mereka , berbagai kaedah dan
teknik pengajaran perlu digunakan bagi merialisasikan pencapaian cemerlang dikalangan
pelajar mereka.
MAI / PPPJJ USM / 1999-2002
7/21/2019 Model Pengajaran Dalam Bilik Darjah dan kesan-kesannya
http://slidepdf.com/reader/full/model-pengajaran-dalam-bilik-darjah-dan-kesan-kesannya 4/19
Pengajaran boleh difahamkan sebagai proses penyampaian kemahiran , ilmu
pengetahuan , sikap dan nilai. Ia akan menyebabkan perubahan tingkah laku pelajar.
Menurut Yaxley, B.G. ( 1991 ) pengajaran merupakan aktiviti intelek di mana sesuatu
tindakan bertujuan untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan nilai dan makna.
Pengajaran yang baik bertujuan untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan
di kalangan pelajar . Penunjuk kepada kualiti pembelajaran yang baik dapat dilihat
melalui perubahan tingkah laku yang dialami pelajar.
Kejayaan seseorang pelajar adalah pengukuran kepada tahap keupayaan guru
dalam melaksanakan tugas mereka dalam bilik darjah . Oleh yang demikian setiap guru
perlulah menghayati setiap model pembelajaran yang telah dihasilkan oleh pakar-pakar
pendidikan.
MODEL PENGAJARAN
Guru-guru sedaya upaya mengajar dengan berkesan . Ada guru yang berjaya
menghasilkan pembelajaran yang baik tetapi ada pula yang gagal. Kegagalan ini mungkin
disebabkan kurangnya penekanan terhadap pemilihan kaedah atau keupayaan pelajar
seperti kognitif, personal, sosial, dan psikomotor ( Cole dan Chan 1994 ). Oleh itu guru
efektif dianggap sebagai satu tindakan yang profesional oleh orang terlatih untuk
membagunkan diri pelajar dari segi kognitif, sosial dan psikomotor.
MAI / PPPJJ USM / 1999-2002
7/21/2019 Model Pengajaran Dalam Bilik Darjah dan kesan-kesannya
http://slidepdf.com/reader/full/model-pengajaran-dalam-bilik-darjah-dan-kesan-kesannya 5/19
Model atau rakabentuk pengajaran adalah satu proses yang pada dasarnya
digunakan untuk memperkembangkan pelbagai jenis teknik pengajaran dan bahan-bahan
alat bantu pengajaran. Model dan rekabentuk pengajaran dapat didefinisikan sebagai
satu proses sistematik bagi merancang, memperkembang, melaksana dan menilai
pengajaran.
Terdapat pelbagai model pengajaran pada masa kini. Setiap model pengajaran
memberikan pandangan yang berbeza tentang pengajaran dan ianya mempengaruhi guru-
guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran .
Di antara model pengajaran yang boleh digunakan adalah seperti berikut :
1. Model ciri-ciri Personaliti
2. Model Behavirisma ( Tingkahlaku )
3. Model Kaedah Subjek
4. Model Kemahiran Mengajar
5. Model Proses Pengeluaran
6. Model Reflektif
7. Model Inkuiri Penemuan.
MAI / PPPJJ USM / 1999-2002
7/21/2019 Model Pengajaran Dalam Bilik Darjah dan kesan-kesannya
http://slidepdf.com/reader/full/model-pengajaran-dalam-bilik-darjah-dan-kesan-kesannya 6/19
MODEL INKUIRI DAN PENEMUAN
Model inkuiri merupakan satu cara mengajar pelajar menggunakan keperluan
ingin tahu mereka untuk meneroka sesuatu bidang ilmu. Matlamat model ini adalah
untuk membantu pelajar mengembangkan kemahiran dan intelek bagi mencari jawapan
akibat daripada rasa ingin tahu. dalam model inkuiri, terdapat lima fasa seperti rajah
berikut :
Rajah 1 : Fasa Model Inkuiri
Fasa satu: Berhadapan dengan masalah( Menerangkan atur cara inkuiri, Gurukemukakan masalah )
Fasa dua: Mengumpul data
Pemeriksaan benar atau
tidak. Periksa objek , keadaan ,situasi bermasalah.
Fasa Tiga :
Pengumpulan data- ujikaji
Asingkan pembolehubah relevenBentuk hipotesis dan uji
perkaitannya.
Fasa Empat:
Menyusun ,merumus, keterangan.
Rumus peraturan dan keterangan
Fasa Lima:
Analisa Proses Inkuiri.
Analisa Strategi inkuiri danhasilkan yang lebih berkesan
MAI / PPPJJ USM / 1999-2002
7/21/2019 Model Pengajaran Dalam Bilik Darjah dan kesan-kesannya
http://slidepdf.com/reader/full/model-pengajaran-dalam-bilik-darjah-dan-kesan-kesannya 7/19
Fasa Satu :
Dalam Fasa Satu, guru perlu mengemukakan situasi masalah yang perlu
diselesaikan oleh pelajar. Kemudiannya memberikan penerangan susun atur bagaimana
untuk menjalankan inkuiri yang digunakan .
Fasa Dua :
Dalam Fasa Dua pula, ia melibatkan proses mengumpul data . Pegumpulan data
dibuat melalui ujikaji, pemerhatian dan pemeriksaan situasi sebenar. Guru-guru
hendaklah cuba membantu murid dengan mengembangkan jenis maklumat yang
didapati.
Fasa Tiga :
Dalam Fasa Tiga , pelajar-pelajar perlu mengasingkan pembolehubah yang
releven iaitu untuk membentuk hipotesis dan membuat perkaitan tentang sebab dan
akibat masalah berlaku.
Fasa Empat :
Dalam Fasa Empat , guru meminta pelajar menyusun semua data-data yang telah
mereka perolehi bagi membentuk satu keterangan mengenai kajian mereka.
Fasa Lima :
MAI / PPPJJ USM / 1999-2002
7/21/2019 Model Pengajaran Dalam Bilik Darjah dan kesan-kesannya
http://slidepdf.com/reader/full/model-pengajaran-dalam-bilik-darjah-dan-kesan-kesannya 8/19
Dalam fasa yang terakhir ini , pelajar diminta untuk menganalisis corak inkuiri
yang telah mereka hasilkan . Pada fasa ini pelajar boleh memberikan pelaporan mengenai
kajian yang telah mereka lakukan dalam bentuk penulisan, gambarajah atau sebagainya.
( Auzit Shamsudin, 1997 ).
Walaupun model inkuiri banyak digunakan dengan meluas dalam bidang sains
tetapi kini ianya juga digunakan secara meluas dalam semua mata pelajaran.
Model ini terhasil daripada gabungan kaedah inkuiri dan penemuan , ianya
kelihatan hampir sama dengan kaedah Eksperimen. Konsep Model Inkuiri dan Kaedah
Penemuan adalah berlainan , tetapi pendekatan , strategi, tujuan , prinsip dan langkah-
langkah menjalankan aktivitinya adalah sama.
Model ini adalah merupakan satu pengajaran yang menarik serta merangsangkan
pelajar-pelajar kerana mereka memerlukan kreativiti, pemikiran, penaakulan serta
penilaian bagi menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat sesuatu keputusan.
MAI / PPPJJ USM / 1999-2002
7/21/2019 Model Pengajaran Dalam Bilik Darjah dan kesan-kesannya
http://slidepdf.com/reader/full/model-pengajaran-dalam-bilik-darjah-dan-kesan-kesannya 9/19
PRINSIP-PRINSIP MODEL INKUIRI
Terdapat beberapa prinsip yang perlu diketahui oleh guru sebelum melaksanakan
model inkuiri di dalam pengajaran . Ini sangat penting untuk memastikan kaedah yang
digunakan . Ini benar-benar mampu menghasilkan satu pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan.
Prinsip pertama yang perlu diberi tumpuan oleh guru ialah mereka perlu memlih
topik kajian yang terdapat dalam sukatan dan mengikut objektif pelajaran . Ini penting
agar proses pengajaran itu nanti sesuai dengan tahap kemampuan mereka . Objektif
pengajaran guru akan mempunyai matlamat yang perlu dicapai oleh pelajar.
Prinsip kedua ialah penyediaan alatan . Guru perlu menyediakan alatan yang
sesuai dan mencukupi sebelum memulakan sesuatu kajian. Alatan yang tidak sesuai serta
tidak berfungsi akan menggangu kelancaran proses pembelajaran pelajar. Oleh yang
demikian para guru perlu memastikan alatan sentiasa dalam keadaan baik, berfungsi,
sesuai dan mencukupi.
Prinsip ketiga ialah peranan yang dimainkan oleh guru. Guru perlu berbincang
dengan pelajar mengenai tujuan kajian dibuat. ini akan dapat memberikan pengetahuan
awal kapada pelajar apa yang perlu mereka lakukan. Guru perlu juga memastikan murid-
murid memahami langkah-langkah untuk menjalankan kajian.
MAI / PPPJJ USM / 1999-2002
7/21/2019 Model Pengajaran Dalam Bilik Darjah dan kesan-kesannya
http://slidepdf.com/reader/full/model-pengajaran-dalam-bilik-darjah-dan-kesan-kesannya 10/19
Prinsip yang keempat ialah guru perlu mengelak daripada memberi jawapan atau
memberitahu murid jawapan dan kesimpulan yang diharapkan. Dalam peringkat ini ,
guru perlu memberi kebebasan kepada murid dalam setiap jawapan atau kesimpulan
yang mereka berikan.
Guru juga perlu memastikan agar aktiviti dibuat oleh pelajar sendiri. Kegagalan
guru memastikan kajian dibuat oleh pelajar akan memberikan impak yang besar kepada
proses pengajaran dan pembelajaran mereka.
Guru juga perlu mengawal pelajar agar mereka tidak menyeleweng dari kaedah
kajian. Guru harus sentiasa peka dan mudah mengesan kesilapan yang dilakukan oleh
pelajar serta membuat peneguran kepada pelajar. Ini penting supaya pelajar tidak
terpesong daripada matlamat dan objektif kajian.
Sebaik sahaja kajian selesai dijalankan , guru perlu mengadakan perbincangan
dengan pelajar. Dalam perbincangan ini , guru boleh mendengar keputusan dan kajian
pelajar di samping bertukar-tukar pendapat, pandangan dan pengalaman. Setiap
pandangan daripada murid hendaklah diterima dan diberi perhatian . Guru boleh
membuat kesimpulan atau keputusan di akhir perbincangan tersebut.
KEBAIKAN MODEL INKUIRI
Terdapat beberapa kebaikan bagi model ini yang boleh dimanfaatkan oleh
pelajar-pelajar. Di antaranya ialah :-
1. Model ini berasaskan strategi pemusatan pelajar . Pelajar melibatkan diri
dalam aktiviti pembelajaran sepenuhnya.
MAI / PPPJJ USM / 1999-2002
7/21/2019 Model Pengajaran Dalam Bilik Darjah dan kesan-kesannya
http://slidepdf.com/reader/full/model-pengajaran-dalam-bilik-darjah-dan-kesan-kesannya 11/19
2. Menghasilkan pemahaman yang lebih mendalam terhadap rumusan atau
generalisasi yang dibuat.
3. Menimbulkan minat pelajar serta naluri ingin tahu pelajar terhadap aktiviti
pembelajaran yang dilakukan.
4. Memberi peluang kepada pelajar-pelajar menjalankan aktiviti
pembelajaran secara bebas
5. Pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi leh murid-murid akan kekal
lama.
6. Menggalakkan pelajar berfikir secara saintifik dan rasional.
KELEMAHAN MODEL INKUIRI
1. Model ini hanya sesuai kepada pelajar tahap dua di sekolah rendah.
2. Model ini memerlukan penggunaan masa yang panjang.
3. Pelajar yang kurang pengalaman akan menghadapi kesulitan untuk
mendapatkan hasil kajian yang tepat.
MAI / PPPJJ USM / 1999-2002
7/21/2019 Model Pengajaran Dalam Bilik Darjah dan kesan-kesannya
http://slidepdf.com/reader/full/model-pengajaran-dalam-bilik-darjah-dan-kesan-kesannya 12/19
4. Model ini hanya sesuai kepada pelajar yang cerdas dan kurang sesuai
kepada pelajar yang lemah.
5. Model ini memerlukan kecekapan guru untuk mengurus dan
mengendalikan aktiviti kajian .
6. Hasil dapatan yang kurang tepat mampu melemahkan pelajar.
MODEL INKUIRI - SATU PENILAIAN DAN REFLEKSI
Model inkuiri merupakan satu model pengajaran yang sangat menarik minat
pelajar apabila ianya dilaksanakan. Saya adalah seorang guru sains, bagi saya model ini
merupakan pilihan saya ,setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan
dalam makmal
sains , model ini menjadi pilihan saya.
Bagi memenuhi tugasan ini, saya telah memilih satu tajuk dari mata pelajaran
sains Tahun 5. Tajuk pilihan saya ialah “ Bahan Konduktor dan Bahan Penebat “.Di
bawah ini saya sediakan satu rancangan pelajaran harian yang digunakan bagi tujuan
kajian ini.
MAI / PPPJJ USM / 1999-2002
7/21/2019 Model Pengajaran Dalam Bilik Darjah dan kesan-kesannya
http://slidepdf.com/reader/full/model-pengajaran-dalam-bilik-darjah-dan-kesan-kesannya 13/19
CONTOH RANCANGAN MENGAJAR HARIAN
Mata Pelajaran : Sains
Kelas : 5 Al-Amin
Tarikh : 6 Julai 1999
Bil.Murid : 35 orang
Masa : 8.45 - 9.45 pagi ( 1 Jam )
Bidang Kajian : Menyiasat Alam Fizikal
Objektif Khusus : 3.2- Bahan Konduktor dan Bahan Penebat
Kemahiran Proses : 1. Menyatakan 2 maklumat
2. Membuat hipotesis
3. Menanalisis data
Alatan Bantu Mengajar : Litar elektrik, getah, kertas, cuka, paku, kain, kuprum, plastik,
lidi, batang ais krim , carta , daun, duit syiling. kaca.
LANGKA
H
ISI
PELAJARAN
AKTIVITI P & P CATATAN
1
( 5 Minit )
Set Induksi - Guru menunjukkan
kepada murid dua jenis bahan
.
- Guru menyambung setiap
satu bahan tersebut pada litar
elektrik.
- Guru bersoaljawab dengan
murid mengenai masalahmentol elektrik yang tidak
-Murid
memerhatikan dua
bahan yang
ditunjukkan olehguru.
- Murid cubamemberikan jawapan
kepada guru.
MAI / PPPJJ USM / 1999-2002
7/21/2019 Model Pengajaran Dalam Bilik Darjah dan kesan-kesannya
http://slidepdf.com/reader/full/model-pengajaran-dalam-bilik-darjah-dan-kesan-kesannya 14/19
menyala.
2
( 20 Minit )
Bahan
konduktor
Bahan Penebat
- Guru mengedarkan kad tugasan kepada setiap
kumpulan.
- Guru meminta ketua setiap
kumpulan membaca dalam
kumpulan masing-masingkad arahan tersebut.
- Guru mengarahkan setiapkumpulan menjalankan
kajian
mengikut stesyen yang telah
ditetapkan.
- Guru memantau setiap
kumpulan.
- Ketua kumpulanmembaca arahan
dalam kumpulan
mereka.
- Setiap kumpulan
menjalankan kajiandari satu stesyen ke
stesyen yang lain.
3
( 10 Minit )
Penulisan
Pelaporan
Aktiviti
- Guru mengedarkan
Lembaran kerja kepada
setiap pelajar
- Guru meminta setiap
kumpulan menuliskan
pelaporan mereka dalamlembaran kerja yang
diberikan
- Murid berbincang
dalam kumpulan
mereka dan menulis
laporan merekadalam lembaran kerja
yang diberi oleh
guru.
4
( 10 Minit )
Pelaporan oleh
setiap kumpulan
- Guru meminta wakil setiapkumpulan membacakan
pelaporan mereka
- Guru meminta membimbing pelajar
- Wakil setiapkumpulan
membacakan
pelaporan mereka
- Pelajar membuat
catatan dalam buku
nota mereka.5
( 5 Minit )
Rumusan - Guru memberikan rumusankeseluruhan daripada laporan
yang telah diberikan oleh
setiap kumpulan
- Guru menyatakan bahawa
semua bahan
- Pelajar mendengar segala rumusan
daripada guru.
- Pelajar membuat
hipotesis bahawa
bahan yang dapat
MAI / PPPJJ USM / 1999-2002
7/21/2019 Model Pengajaran Dalam Bilik Darjah dan kesan-kesannya
http://slidepdf.com/reader/full/model-pengajaran-dalam-bilik-darjah-dan-kesan-kesannya 15/19
konduktor dapat mengalirkan
arus elektrik manakala semua bahan penebat tidak dapat
mengalirkan arus elektrik.
mengalirkan arus
elektrik adalah bahankonduktor manakala
bahan yang tidak
dapat mengalirkan
arus elektrik adalah bahan penebat.
Di antara objektif kajian ialah untuk memberikan pengetahuan dan pembelajaran
kepada murid mengenai jenis bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik dan yang tidak
boleh mengalirkan arus elektrik.
Pada awal penerangan mengenai tajuk, ada pelajar yang tidak dapat memahami
apakah yang dimaksudkan bahan konduktor dan bahan penebat. Melalui aktiviti
kumpulan, setiap ahli akan menyiasat dan mencari maklumat serta mengumpulkan
bahan-bahan yang diuji mengikut dua kumpulan iaitu yang boleh mengalirkan arus
elektrik dan yang tidak boleh mengalirkan arus elektrik. Setiap kumpulan akan
memberikan persembahan mengikut cara masing-masing. Ini bertujuan untuk memberi
peluang kepada pelajar untuk memperbaiki kemahiran komunikasi mereka.
Apa yang dapat saya perhatikan sewaktu sesi pemantauan saya dengan setiap
kumpulan , semua ahli memberikan kerjasama sepenuhnya. Mereka telah membahagikan
tugas secara adil , sentiasa memberikan bantuan apabila diperlukan rakan. Kebanyakkan
kumpulan yang ditemui melahirkan rasa seronok kerana dapat menjalankan aktiviti ini.
Keadaan ini secara tidak langsung memberikan peluang kepada murid untuk
menjalankan aktiviti pembelajaran secara bersungguh-sungguh.
MAI / PPPJJ USM / 1999-2002
7/21/2019 Model Pengajaran Dalam Bilik Darjah dan kesan-kesannya
http://slidepdf.com/reader/full/model-pengajaran-dalam-bilik-darjah-dan-kesan-kesannya 16/19
Model ini telah memberikan satu pengalaman dan pemahaman kepada semua
pelajar. Pengalaman dan pemahaman ini akan kekal lama dalam ingatan pelajar. Model
ini juga berjaya menimbulkan rasa ingin tahu pelajar serta berupaya membentuk minat
pelajar terhadap pelajaran sains.
Kejayaan dalam melaksanakan model ini banyak bergantung kepada disiplin diri
pada setiap pelajar. Faktor ketepatan masa dan juga keinginan untuk mengatasi kumpulan
lain perlu dipupuk dalam diri.
KESIMPULAN
Model pengajaran Inkuiri ini merupakan suatu proses pengajaran dan
pembelajaran yang cukup menarik minat pelajar. Pelajar di sekolah rendah khususnya
memerlukan satu kaedah dan cara yang paling berkesan bagi menarik minat mereka
untuk terus belajar. Banyak faedah dan kebaikan yang dapat diperolehi oleh pelajar
sewaktu menjalankan aktiviti.
Kesesuaian tajuk dengan aktiviti yang dijalankan adalah penting bagi memastikan
objektif dan matlamat yang ditetapkan akan tercapai. Kesungguhan dan kecekapan guru
dalam melaksanakan proses pengajaran amat perlu agar pelaksanaannya dapat berjalan
dengan lancar dan sistematik.
MAI / PPPJJ USM / 1999-2002
7/21/2019 Model Pengajaran Dalam Bilik Darjah dan kesan-kesannya
http://slidepdf.com/reader/full/model-pengajaran-dalam-bilik-darjah-dan-kesan-kesannya 17/19
Justeru itu, proses pengajaran menggunakan model inkuiri merupakan suatu
bentuk pengajaran yang boleh dijayakan oleh setiap guru dalam menyampaikan
pengajaran mereka sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.
MAI / PPPJJ USM / 1999-2002
7/21/2019 Model Pengajaran Dalam Bilik Darjah dan kesan-kesannya
http://slidepdf.com/reader/full/model-pengajaran-dalam-bilik-darjah-dan-kesan-kesannya 18/19
BIBLIOGRAFI
1. Shah Ruzi, ‘Pedagogi Dalam Pendidikan KBSR ‘, Bengkel Peningkatan
Akademik,Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, 1997.
2. Buku Teks Sains Tahun 5, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1997
3. Alam dan Manusia, Vinlin Press, Kumpulan Budiman, Kuala Lumpur, 1998
4. Auzait Shamsudin - Sistem Pengajaran Sekolah Rendah, Modul Pembelajaran
Pengajian Pendidikan Jarak Jauh.
5.
Bahan bercetak, Pusat Perkembangan Kurikulum , Kementerian
Pendidikan Malaysia. 1996.
MAI / PPPJJ USM / 1999-2002
7/21/2019 Model Pengajaran Dalam Bilik Darjah dan kesan-kesannya
http://slidepdf.com/reader/full/model-pengajaran-dalam-bilik-darjah-dan-kesan-kesannya 19/19
BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1 SEKAPUR SIREH 2
2 PENDAHULUAN 3-4
3 MODEL PENGAJARAN 4-5
4 MODEL INKUIRI DAN PENEMUAN 6
5 RAJAH FASA MODEL INKUIRI 6-8
6 PRINSIP-PRINSIP MODEL INKUIRI 9-10
7 KEBAIKAN MODEL INKUIRI 10-11
8 KELEMAHAN MODEL INKUIRI 11-12
9 MODEL INKUIRI SATU
PENILAIAN DAN REFLEKSI 12
10 CONTOH RANCANGAN
BELAJAR HARIAN 13-16
11 KESIMPULAN 16-17
12 BIBLIOGRAFI 18
MAI / PPPJJ USM / 1999 2002