mjks

Upload: kelabk

Post on 08-Apr-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 MJKS

    1/53

    Hasliza Ismail

    1

    KEPULAN asap hitam kelihatan

    samar-samar ditelan kepekatan

    malam. Cahaya kilat yang

    kadangkala memancar memperlihatkan keadaan jalan yang

    kiri kanannya dipenuhi oleh pokok-pokok, bertebaran di

    sana-sini. Agak menggerunkan apabila di situ juga kelihatan

    sebuah kereta Mercedes Benz merintangi jalan dengan

    tayarnya di kedudukan atas. Kemalangan yang baru beberapa

    minit berlaku tanpa diketahui sesiapa pun memandangkan

    hari yang telah pun lewat dan cuaca yang kurang baik, masih

    tidak diketahui sebabnya. Tak lama kemudian, kelihatan

    satu percikan api dari bahagian belakang kereta tersebut

    dan disusuli pula satu letupan kuat membakar kereta itu

    dengan serta-merta. Hujan renyai-renyai bagaikan merintih

    mengiringi suasana yang penuh tragis itu.

    Tidak sampai pun setengah jam, tempat itu sudah

    mula dipenuhi orang ramai. Bomba dan polis bertungkus-lumus memadamkan api. Dua buah ambulans dan sekurang-

    kurangnya lima orang kakitangan hospital telah bersiap

    menghadapi sebarang kemungkinan apatah lagi mereka

    Prolog

  • 8/7/2019 MJKS

    2/53

    Mencari Jalan Ke Syurga

    2

    diberitahu terdapat satu mayat yang rentung di dalam kereta

    tersebut. Usaha untuk mengeluarkan mayat tersebut perlu

    dilakukan setelah api dipadamkan.

    Kat sini! Sini ada orang! Masih hidup lagi! tempik

    seorang pegawai polis yang berada tidak jauh dari kenderaan

    yang sedang terbakar itu.

    Semua orang terus menerpa ke arah pegawai polis

    tersebut.

    Sekujur tubuh terlangkup di permukaan tanah,

    ditutupi oleh semak-samun setinggi paras pinggang.

    Patutlah sejak tadi mereka langsung tidak menyedari

    terdapatnya mangsa kemalangan itu tercampak ke semak-

    samun tersebut.

    Pertolongan cemas terus diberi sebelum mangsa

    dialihkan. Keadaan mangsa yang tidak sedarkan diri sukarditasirkan sama ada dapat diselamatkan atau tidak. Malahan

    tahap kecederaan yang tampak serius itu menyukarkan lagi

    usaha mereka. Di sinilah persimpangan antara hidup dan

    mati menjadi pertaruhan.

    BUNYI siren sudah jauh kedengaran. Cahaya yang memutih

    bersilih ganti melepasi tubuhnya yang kaku. Mata terpejam

    rapat tetapi telinganya masih sempat menangkap hiruk-pikuk

    di sekelilingnya. Dunianya bagaikan berputar laju. Darah

    merah masih mengalir tanpa henti. Kedinginan malam pula

    semakin mencengkam diri membuatkan naasnya tersekat-

    sekat. Kesakitan yang dirasai sudah tidak mampu digambarkan

    lagi. Hanya sebagai hamba Tuhan dia mampu berserah dan

    menerima takdir yang telah ditentukan.

  • 8/7/2019 MJKS

    3/53

    Hasliza Ismail

    3

    Cukup bersediakah dia menghadapi saat-saat di

    penghujung kehidupannya? Memadaikah apa yang telah

    dikecapinya di dunia ini? Adakah ini akhiran perjalanan

    seorang hamba Allah di dunia yang ana ini?

    Wajah-wajah suram bersilih ganti muncul dan terus

    menghilang. Sebening air matanya menitis bersatu bersama

    darah yang membaluti pipinya. Dalam perjuangannya di saat-

    saat akhir itu, terkumat-kamit mulutnya cuba menuturkan

    sesuatu namun entah kenapa fkirannya kosong danmulutnya terkunci rapat.

    Hatinya mula merintih sayu. Ya Allah, dosa yang

    kupikul sebesar dunia inikah yang akan menjadi bekalan di

    akhirat nanti?

    Di manakah amalan-amalanku? Berapa banyakkah

    yang mampu kubawa bersama? Ya Allah, jika aku diberipeluang kedua, tidak akan aku persia-siakan hidup ini.

    Ampunilah dosa-dosaku dosa semalam yang aku banggakan

    selama ini.

    Seraya naasnya sudah berada di hujung nyawa,

    nadinya sudah berhenti berdenyut, akhirnya dia terus

    terkapai-kapai di alam yang gelap gelita. Adakah untuk

    selama-lamanya?

  • 8/7/2019 MJKS

    4/53

    Mencari Jalan Ke Syurga

    4

    Bab

    1Dua tahun kemudian.

    KHIRANA... apa khabar harini? Dah makan?

    Sekujur tubuh

    yang sedang mengelamun memerhatikan pemandangan pagi

    di sebalik tingkap besi itu terpinga-pinga. Wajahnya yang

    kelihatan agak sayu mendongak melihat wanita muda yang

    menegurnya tadi. Wajah yang baru sahaja dikenali tetapi

    entah kenapa wanita muda itu mengatakan bahawa merekasudah lama berkenalan.

    Teguran lembut itu hanya disambut dengan

    senyuman tanpa sepatah kata. Dirinya masih buntu dan

    fkirannya masih kosong.

    Cik Azura baru tiba ke?

    Seorang lelaki yang sudah lanjut umur danmemakai pakaian serba putih menegur dari belakang.

    Iya doktor, baru saja sampai.

  • 8/7/2019 MJKS

    5/53

    Hasliza Ismail

    5

    Wanita itu membalas lembut.

    Kalau dah ada di sini, boleh kita bincang di biliksaya sebentar?

    Oh, tentu boleh.

    Silakan.

    Wanita muda itu mengangguk, manakala doktor itu

    sudah pun meninggalkan mereka.

    Khir, tinggal sekejap ya. Nanti Ros datang balik,ujar wanita itu sambil menggosok-gosok belakangnya yang

    masih melemparkan pandangannya keluar tingkap. Tanpa

    menunggu sebarang jawapan, wanita itu terus berlalu

    mengejar doktor separuh usia yang sudah pun hilang sebaik

    sahaja keluar dari bilik tersebut.

    Bagaimana keadaan dia, doktor?

    Agak baik berbanding minggu lepas. Dia tidak lagi

    murung dan sudah mula bercakap. Tapi biasalah, orang yang

    baru sedar dari koma dalam satu jangka masa yang agak lama

    pasti mengambil masa untuk sembuh sepenuhnya.

    Adakah dia dah mula ingat apa-apa?

    Doktor itu menggelengkan kepalanya beberapa kali.

    Wanita muda itu kelihatan kecewa.

    Jangan putus asa Cik Azura. Apa yang dia perlukan

    sekarang ini adalah masa. Cuma saya rasa dalam seminggu

    dua nanti apabila segala ujian telah dijalankan dan kalau

    semuanya berjalan lancar, cik boleh bawa dia pulang dan

    mana tahu dia mungkin akan lebih relax dan

    mempermudahkan proses rawatan terhadap ingatannya.Saya memang berharap juga untuk membawanya

    pulang secepat mungkin, doktor.

  • 8/7/2019 MJKS

    6/53

    Mencari Jalan Ke Syurga

    6

    Doktor itu mengangguk setuju. Its truly a miracle

    that she manages to survive. Hampir dua tahun... saya sendiri

    pun tak sangka dia akan sedar. Bersyukur pada yang Maha

    Esa.

    Wanita muda itu tersenyum mendengar kata-kata

    doktor itu. Sepanjang dua tahun itu dia memang tidak

    pernah berputus harapan. Dia bersyukur doanya diterima

    Tuhan.

    Dia masih ingat lagi panggilan teleon yangditerima sewaktu dia berkursus di Pulau Pinang menyatakan

    bahawa sahabatnya, Khirana sudah mula sedar dari koma.

    Hampir pengsan dia mendengar berita itu dan terus bersujud

    syukur kepada yang Esa. Malam itu juga dia terus pulang ke

    Kuala Lumpur.

    Sayangnya dia tidak mempunyai saudara-mara lainkecuali Cik Azura. Saya kagum walaupun dia hanyalah

    seorang kawan, namun Cik Azura begitu mengambil berat

    pasal dia.

    Jujur doktor menyatakan apatah lagi bila

    mengingati sepanjang tempoh itu memang dia tidak pernah

    melihat orang lain selain wanita muda itu yang hampir setiap

    hari berada di hospital itu.

    Saya memang dah anggap dia macam keluarga

    saya sendiri. Kami memang dah berkawan lama, beritahu

    Ros Azura sambil tersenyum nipis.

    Sesaat kemudian, dia mengeluh di dalam hati

    mengenangkan nasib sahabatnya yang entah apa akan terjadi

    di kemudian hari. Sekiranya ingatan Khirana tidak pulih,bagaimana dia harus meneruskan hidup atau mungkin lebih

    baik dia langsung tidak ingat apa-apa, demi untuk kebaikan

    dirinya.

  • 8/7/2019 MJKS

    7/53

    Hasliza Ismail

    7

    Astaghfrullahalazim... apa yang aku merepek ni?

    Aku tak patut berdoa macam tu. Walau seburuk mana sejarah

    dulu, ianya tetap sebahagian dari dirinya. Tanpa ingatan

    lampau, bagaimanakah seseorang itu boleh hidup? Cepat-

    cepat Ros Azura beristighar, menyesal dengan apa yang

    difkirkannya tadi.

    AGAK lama juga Ros Azura memerhatikan dari jauh Khirana

    yang masih merenung ke luar tingkap. Kedudukannya

    masih tidak berubah sejak dia meninggalkannya tadi. Cahaya

    matahari yang menerjah ke dalam bilik itu tidak dipedulikan.

    Perlahan-lahan Ros Azura mulai sebak. Air matanya

    mula bergenang melihat permainan takdir yang terjadi

    terhadap teman baiknya itu. Dia sedar tanggungjawab untukmenjaga temannya itu kini harus dipikul di pundaknya.

    Sahabatnya itu memang sebatang kara, tidak pernah ada

    sesiapa kecuali dirinya.

    Sekarang tiada lagi kedengaran gelak ketawa dan

    perangai gila-gila sahabatnya yang terkenal sebagai seorang

    yang periang dan ceria.Walaupun ke mana saja sahabatnya itu pergi, pasti

    menjadi tumpuan. Wajah yang dulunya itu tidak pernah

    lekang dengan senyuman dan dianugerahkan pula dengan

    wajah yang cantik, kulit yang bagaikan kelopak mawar, halus

    dan lembut serta tubuh yang tinggi lampai hampir

    melengkapkan beliau bagaikan seorang wanita yang cukup

    sempurna. Tidak hairanlah beliau sentiasa menghiasi dada-dada majalah, menggayakan esyen-esyen terkini dan

    kadangkala muncul di iklan-iklan TV.

    Mungkin kalau kejadian tragis itu tidak berlaku,

  • 8/7/2019 MJKS

    8/53

    Mencari Jalan Ke Syurga

    8

    sahabatnya itu pasti sudah menjadi seorang yang terkenal.

    Dia begitu yakin akan potensi yang ada pada diri sahabatnya

    itu.

    Tetapi kini semuanya sudah berlalu kerana yang

    tinggal hanyalah sekujur tubuh yang bagaikan tidak

    bernyawa. Segala kenangan atau ingatan tiada lagi menghuni

    memorinya.

    Semuanya akibat dari kemalangan dua tahun lalu

    yang membuatkan dia koma dalam satu jangka masa yangagak lama.

    Sebaik sahaja Khirana sedar, dia diberitahu pula

    oleh doktor bahawa ingatan sahabatnya itu sudah hilang

    hampir kesemuanya. Itulah yang merunsingkan fkiran Ros

    Azura. Bagaimana seseorang yang tidak mempunyai apa-apa

    ingatan boleh menjalani hidup di kemudian hari?Begitu lama Ros Azura kembali ke masa lalu

    hingga air matanya tanpa disedari sudah membasahi pipinya.

    Perlahan-lahan dia duduk di birai katil bersebelahan dengan

    sahabatnya yang menyedari kehadirannya itu. Khir dah

    makan?

    Pertanyaan lembut itu hanya disambut dengan

    senyuman yang hambar. Kepala diangguk sedikit.

    Walaupun perbualan mereka begitu terhad, bagi

    Ros Azura ianya sudah memadai. Sekurang-kurangnya

    Khirana sudah mula menerima kehadirannya.

    Khirana masih ingat lagi, beberapa hari dia sedar

    dari koma, dia tidak mampu menerima sesiapa pun di sisi.

    Ketakutan dan kebuntuan nyata menguasai dirinya yangmasih lemah. Begitu sukar membayangkan bagaimana

    perasaan sebenar seseorang yang mana ingatannya telah

    diragut sama sekali.

  • 8/7/2019 MJKS

    9/53

    Hasliza Ismail

    9

    Tak lama lagi, Khir boleh pulang tau. Insya-Allah,

    mungkin memori Khir akan jadi lebih jelas lagi setelah kita

    pulang, tutur Ros Azura lembut sambil mengusap rambut

    lurus sahabatnya itu. Lagaknya tak ubah seperti membelai

    seorang kanak-kanak kecil.

    Pulang ulang Khirana.

    Fikirannya mula membayangkan perasaan pulang

    yang cuba disampaikan oleh Ros Azura. Bagaimana rasanya

    nanti?

    Iya, kita pulang ke rumah Khir yang dulu. Rozana

    pun tak sabar menunggu kepulangan Khir. Ingat lagi tak

    dengan Zana? Kita bertiga dari dulu lagi tinggal serumah.

    Khirana mengerutkan dahinya. Satu lagi nama baru

    yang cuba diingatinya. Seperti biasa, semuanya langsung

    tidak ada di dalam kotak fkirannya. Kalau benar Rozana itusalah seorang dari temannya, kenapa dia tidak pernah melihat

    orang itu datang menjenguknya di hospital?

  • 8/7/2019 MJKS

    10/53

    Mencari Jalan Ke Syurga

    10

    ROS AZURA memberhentikan

    keretanya di pekarangan

    sebuah rumah dua tingkat yang

    sederhana besarnya. Dengan pantas dia keluar dari keretanya

    lalu berjalan menuju ke pintu pagar yang tertutup rapat. Selak

    dibuka lalu ditebarkan luas bagi membolehkan keretanya

    melolos masuk. Sempat juga dia mengerling ke arah sebuah

    kereta Kia Spectra yang tersadai di bawah sebatang pokok

    yang agak merimbun di hadapan rumahnya.

    Malas betul budak ni ngomel Ros Azurasendirian apabila mengenangkan kereta milik teman

    serumahnya yang selalu diletakkan di bawah pokok itu

    hampir setiap kali pulang dari pejabat.

    Dia tahu temannya itu memang malas hendak

    membuka pintu pagar, jadi mengambil jalan mudah

    meletakkan kereta di luar rumah sahaja.

    Kena curi baru padan muka, sambungnya sambil

    menggeleng kepala.

    Kereta Perodua MyVi berwarna hijau itu menyusur

    Bab

    2

  • 8/7/2019 MJKS

    11/53

    Hasliza Ismail

    11

    masuk. Enjin terus dimatikan. Pintu rumah yang sedikit

    terkuak memudahkan Ros Azura terus melangkah masuk.

    Badannya terasa nyaman dek penangan alat penghawa dingin

    yang menguasai ruang tamu itu. Keletihan badannya sedikit

    sebanyak mula beransur pulih.

    Lewat pulang hari ni?

    Rozana, teman serumahnya yang lengkap

    berpakaian baju tidur kelawar tersembul di sebalik ruang

    dapur dengan tangannya memegang segelas jus limau danpiring berisi goreng pisang yang masih panas.

    Pergi mana lagi kalau tak ke hospital, jawab Ros

    Azura dengan selamba.

    Emmm....

    Rozana mencebik. Dia terus mengambil tempatnya

    di soa di mana terletaknya beberapa naskhah majalah lamalalu dibeleknya.

    Kau bila nak pergi jenguk dia? tanya Ros Azura

    turut mengambil tempatnya berhadapan dengan Rozana.

    Tangan hitam manisnya mengibas-ngibas baju kurung di

    bahagian dada.

    Alah, buat apa? Dia kan dah okey.Mana kau tahu dia okey? Pergi tengok pun tidak.

    Takkanlah masih merajuk kut? Dah sampai macam ni pun

    takkan tak nak ambil tahu? bebel Ros Azura mengenangkan

    sikap endah tak endah Rozana sejak dulu lagi.

    Tengoklah nanti.

    Suka hati kaulah Zana. Aku nak mandi dulu.Ros Azura bangun sambil mengeluh kecil. Dia agak

    kecewa dengan perangai teman serumahnya itu yang telah

    tinggal bersama sejak mereka tamat pengajian di universiti.

  • 8/7/2019 MJKS

    12/53

    Mencari Jalan Ke Syurga

    12

    Oh ya, Zana. Just to inform you that she will be

    coming home soon. Beritahu Ros Azura sambil berlalu.

    Rozana terpinga-pinga seketika. Mulutnya berhenti

    mengunyah. Baru sahaja dia hendak membuka mulut, Ros

    Azura sudah melangkah naik ke tingkat dua.

    LAUK-PAUK berupa dua ketul ayam goreng berempah,telur mata kerbau dan sup sayur campur sedia terhidang

    di atas meja makan. Dua wanita bujang riuh bersembang

    sambil menyediakan juadah malam itu. Ros Azura sibuk

    mengisi nasi yang baru saja masak ke dalam dua pinggan

    yang bercorak bunga-bungaan. Rozana pula baru selesai

    membancuh air teh yang diletakkan bersebelahan dengan

    gelas yang telah pun berisi air suam.

    Jom makan, ajak Ros Azura yang telah mengambil

    tempat duduknya di meja makan itu. Satu per satu lauk-pauk

    dan sayur dimasukkan ke pinggannya.

    Betul ke dia dah boleh balik? tanya Rozana tiba-

    tiba dengan mulutnya masih khusyuk mengunyah.

    Insya-Allah, kalau ujian mengesahkan keadaanfzikalnya sudah pulih.

    Otak dia tak betul lagi ke?

    Zana!!! tempik Ros Azura. Cuba baik-baik sikit

    cakap tu. Kan ke dia tu kawan kita? Tak kesian ke kat dia?

    Bayangkan dua tahun dia terlantar di hospital dan sekarang

    baru dia boleh pulang. Kita patut bersyukur.Ops sorry. Lupa pula... kau tu kawan baik dia,

    kan? Rozana menyindir. Aku cuma nak pastikan yang dia tu

    betul-betul hilang ingatan ke atau

  • 8/7/2019 MJKS

    13/53

    Hasliza Ismail

    13

    Atau apa? Kau ingat dia buat-buat hilang ingatan?

    potong Ros Azura sambil memandang tepat ke arah Rozana

    yang hanya mencebik. Tolonglah Zana. Aku nak masa dia

    pulang nanti, kau layanlah dia baik-baik. Please.

    Kau ingat aku ni tak berperikemanusiaan sangat

    ke? tukas Rozana sambil menyuapkan nasi ke mulutnya.

    Bukan macam tu... kau dan dia adalah kawan baik

    aku sampai bila-bila. Cuma nasib dia agak malang, jadi kita

    kena beri lebih perhatian pada dia. Dan juga bila waktu diaboleh pulang nanti, biarlah kita sama-sama ambil dia dan

    bawa balik ke rumah. Manalah tahu ingatan dia akan pulih

    setelah dia pulang nanti.

    Tengoklah kalau aku free.

    Zana!

    Iyalah, iyalah! Kau ni selalu nak gesa aku aje.

    Aku tahu... hati kau walaupun keras macam batu,

    tapi baik.

  • 8/7/2019 MJKS

    14/53

    Mencari Jalan Ke Syurga

    14

    ROS AZURA selesai mengemop

    lantai parket di bilik sederhana

    besarnya. Dia melabuhkan

    punggungnya di birai katil bujang bagi menghilangkan penat

    dan juga menunggu lantai yang masih basah itu kering.

    Sengaja dibiarkan kipas siling berpusing dengan kelajuan

    maksimum agar lantai yang basah cepat kering.

    Sambil menunggu lantai kering, matanya melilau

    di segenap bilik... memerhati gambar-gambar yang elok

    tergantung di dinding bilik yang pernah dihuni oleh Khirana.Kebanyakan gambar Khirana dilukis oleh pelukis jalanan dan

    ada juga dari keratan majalah-majalah esyen dengan gaya-

    gaya yang tersendiri. Khirana memang seorang yang

    otogenik kerana setiap gambar yang diambil kelihatan cantik

    dan menarik.

    Ros Azura cuba mengimbas kembali kali terakhir

    dia bersama Khirana di bilik itu. Ingatannya menjengah kemasa lalu. Satu pertengkaran kecil telah berlaku di antara

    mereka berdua.

    Bab

    3

  • 8/7/2019 MJKS

    15/53

    Hasliza Ismail

    15

    Khir, betul ke kau nak pindah ni? Fikir baik-baik

    dulu, jangan buat keputusan semasa tengah marah.

    Ros Azura berusaha memujuk apabila melihat

    Khirana dengan marah memunggah keluar baju-bajunya di

    dalam almari lalu disumbatkan ke perut beg pakaiannya yang

    ternganga luas.

    Aku memang dah tak tahan duduk dalam rumah

    ni! Kenapa perempuan tu suka sangat cari pasal dengan aku

    hah?!

    Khirana bercekak pinggang sambil melampiaskan

    marahnya dengan suara yang sengaja dikuatkan.

    Dahlah tu Khir... Zana kan memang macam tu.

    Angin dia memang tak menentu, takkan kau tak kenal lagi

    perangai dia kut? Kita kan dah lama tinggal bersama? pujuk

    Ros Azura.Asyik nak fkirkan angin dia aje, angin aku macam

    mana?! Kalau sekali-sekala tak apa la jugak. Ini... almost

    everyday. Apa aku buat semua tak kena, dengan siapa aku

    keluar semua dia nak ambil tahu. Aku tahu dia memang

    bencikan aku dari dulu lagi. Jealous sebab aku memang

    sentiasa lebih dari dialah tu....

    Ros Azura menggelengkan kepala. Pening dengan

    kerenah dua orang teman serumahnya itu. Entah sejak bila

    mereka sentiasa tidak seahaman dan akhirnya dialah yang

    selalu menjadi orang ketiga, penyelamat keadaan.

    Kau pun salah Khir... yang kau bawa lelaki masuk

    rumah ni tadi, mestilah dia marah, beritahu Ros Azura yang

    tidak dapat nafkan bahawa temannya itu memang bersalah.

    Rozana telah mengadu padanya sewaktu pulang

    dari pejabat tadi, dia terserempak seorang lelaki di bilik

    Khirana. Apa lagi? Mengamuk sakanlah Rozana. Malah ianya

  • 8/7/2019 MJKS

    16/53

    Mencari Jalan Ke Syurga

    16

    bukan sekali dua, malah sudah beberapa kali Khirana

    mencuri-curi membawa masuk teman lelakinya ke rumah.

    Come onlah, nak bawa kawan pun tak boleh ke?

    Lagipun aku tak buat apa-apa. Kalau macam ni memang

    lebih baiklah aku tinggal sendiri.

    Mana boleh tak salah? Berdua-duaan tanpa berbuat

    apa-apa pun boleh disabitkan berkhalwat tau. Kalau jiran-

    jiran nampak, macam mana? Kalau tuan rumah ni tahu,

    habis kita semua kena halau nanti!

    Kau pun nak berleter dengan aku ke?! jerkah

    Khirana sambil bercekak pinggang kepada Ros Azura.

    Bukan maksud aku nak campur urusan peribadi

    kau. Cuma kadangkala kalau kita terlanjur perbuatan,

    mestilah ditegur. Sebab kami risaukan kaulah kami tegur

    kau.Thats it! Kalau kau pun sibuk dengan hal peribadi

    aku, no way Im going to stay here. Im leaving!

    Kau nak tinggal kat mana?

    Tinggallah kat mana-mana pun, bukan kau berdua

    saja kawan aku dalam dunia ni.

    Riak sedikit jawapan Khirana, membuatkan RosAzura berasa lebih kecewa.

    Niatnya untuk menghalang Khirana tidak berhasil.

    Gadis itu nekad keluar pada hari itu juga. Bagaimana dia

    harus melindungi sahabatnya, kalau Khirana tidak lagi

    tinggal bersamanya. Ros Azura hilang harapan. Entah di

    mana silapnya, Khirana semakin jauh hanyut.

  • 8/7/2019 MJKS

    17/53

  • 8/7/2019 MJKS

    18/53

    Mencari Jalan Ke Syurga

    18

    SEBUAH vila mewah dua tingkat

    di Persiaran Damansara hari

    ini kelihatan agak berbeza dari

    biasa. Suasana malam yang masih muda itu diterangi oleh

    gemerlapan lampu yang menghujani vila berkenaan. Pintu

    pagar kayu berukir indah yang kebiasaannya ditutup rapat,

    kini sengaja dibuka luas. Di kiri kanan jalan pula penuh

    dengan pelbagai jenis kenderaan mewah.

    Majlis tahlil yang saban tahun diadakan, baru saja

    berakhir. Para tetamu yang hadir memenuhi ruang tamu vilatersebut dijemput menjamu selera di pekarangan luar vila.

    Sebuah khemah telah didirikan di bahagian tempat letak

    kereta yang sengaja dibiarkan kosong. Pelbagai jenis lauk-

    pauk menghiasi meja buffet nampak menyelerakan. Beberapa

    pelayan yang dibawa khas pula begitu tertib melayan tetamu.

    Shahrul Azwan selaku keluarga tuan rumah

    tersebut kelihatan gelisah. Sejak tadi lagi dia tidak mampumenumpukan perhatian melayani tetamu-tetamu yang hadir.

    Sengaja dia mengasingkan dirinya di suatu sudut yang agak

    kelam. Jari-jemari kasarnya sudah letih menekan punat-

    Bab

    4

  • 8/7/2019 MJKS

    19/53

    Hasliza Ismail

    19

    punat teleon bimbitnya yang mana sejak awal majlis lagi dia

    gagal menghubungi adiknya. Di dalam hati, tidak habis

    menyumpah setiap kali pesanan voice mail yang diterima.

    Kalau diikutkan hati mahu saja dia mencampakkan teleon

    bimbitnya itu.

    Angah! Kamu buat apa kat situ? Pak imam dah nak

    balik ni.

    Tanpa disedari, pak langnya muncul sambil

    menepuk bahunya dari belakang.

    Dapat kamu teleon adik kamu? tambah lelaki tua

    itu dengan suaranya yang agak garau sedikit.

    Saya dah banyak kali cuba call, tapi tak dapat pak

    lang. Mungkin dia ada hal lain kut? jawab Shahrul Azwan

    sambil jarinya masih ligat menekan-nekan punat teleon

    bimbitnya walaupun dia tahu usahanya itu hanyalah sia-sia.Sudahlah tak ada gunanya teleon dia sekarang,

    majlis pun dah habis dah. Tu, pak imam dah nak balik

    pun.

    Pak langnya memuncungkan mulutnya ke arah pak

    imam yang tercegat berdiri di luar khemah bersama beberapa

    orang tetamu lain yang mengerumuninya.

    Shahrul Azwan tidak menunggu lama. Segera dia

    mendapatkan pak imam tersebut. Nak balik pak imam? Dah

    kenyang ke?

    Alhamdullillah... dah cukup dah Shahrul, biarlah

    kami beransur dulu.

    Terima kasih Mail kerana sudi datang. Tiap-tiap

    tahun kamu tak pernah lupa. Pak Lang Daud bersalaman

    erat dengan pak imam.

    Dah jadi tanggungjawab kita sesama manusia,

  • 8/7/2019 MJKS

    20/53

    Mencari Jalan Ke Syurga

    20

    Daud. Lagipun arwah Tan Sri dulu pun sahabat baik aku

    juga, balas Imam Mail mesra.

    Sudah bertahun-tahun dia tidak pernah lupa

    menghadiri majlis tahlil arwah Tan Sri Sahbuddin.

    Seingatnya, arwah memang seorang yang cukup baik dan

    memang disegani bukan sahaja di kalangan sahabat handai

    malah rakan-rakan perniagaan. Arwah merupakan seorang

    yang jujur dan amanah. Walaupun orang berada, arwah Tan

    Sri Sahbuddin tidak pernah lupa pada tanggungjawabnyakepada masyarakat. Kematian tragis bersama isteri tercinta

    akibat kemalangan sepuluh tahun lalu merupakan satu

    kehilangan yang besar di dalam dunia korporat. Arwah

    meninggalkan tiga orang anak lelaki pada waktu itu.

    Pak Lang Daudlah yang telah mengambil alih tugas

    menjaga ketiga-tiga beradik itu dan juga secara tidak

    langsung mengambil alih perniagaan yang ditubuhkan

    bersama rakan kongsi yang lain.

    Hinggalah kemudian dibantu oleh anak sulung

    arwah Tan Sri Sahbuddin, iaitu Dato Shamsul Arifn. Namun

    takdir sekali lagi memainkan peranannya. Dato Shamsul

    Arifn pula menyusuri nasib ibu dan bapanya. Beliau

    meninggal dunia di dalam satu kemalangan jalan raya duatahun yang lalu.

    Ia adalah satu tamparan hebat kepada keluarga

    berkenaan dan membuka satu sejarah hitam yang sukar

    dilupakan.

    Imam Mail meminta diri. Dia diiringi hingga ke

    pintu pagar besar.

    Beberapa tetamu lain turut menyusur

    kemudiannya.

    Assalamualaikum, pak lang!

  • 8/7/2019 MJKS

    21/53

    Hasliza Ismail

    21

    Sekonyong-konyong mereka disapa dari belakang.

    Sharqir Ikhwan tiba dengan jeans dan baju kemejayang tidak terurus. Dia kelihatan tercungap-cungap seperti

    baru menghabiskan larian seratus meter. Dia sebenarnya

    terpaksa memarkirkan keretanya agak jauh tadi kerana

    terlalu banyak kereta memenuhi kiri dan kanan jalan yang

    menuju ke vila keluarganya.

    Emmm baru nak datang sekarang? tegur Pak

    Lang Daud, menggeleng-gelengkan kepala sambilmemandang anak saudaranya itu atas bawah.

    Shahrul Azwan turut kecewa. Malu melihat keadaan

    adik bongsunya itu yang tidak terurus. Kalau macam ni

    keadaannya, baik tak payah datang terus, getus hati pemuda

    itu. Kalau pak langnya tidak ada di situ, sudah lama diluku

    kepala adiknya itu.Errr maa pak lang. Saya terlewat, tadi ada hal

    sikit. Sharqir Ikhwan memberi alasan. Matanya tidak mampu

    memandang wajah pak langnya itu. Dia sedar dia sudah

    terlalu lewat ke majlis tersebut tapi

    Ah! Sekurang-kurangnya aku datang juga, itukan

    sudah cukup baik dari tak datang terus. Sharqir Ikhwan

    sengaja cuba menenangkan hatinya.

    Kenapa tak bagitau awal-awal kalau lewat. Tak

    boleh call dulu? Shahrul Azwan mencelah sambil cuba

    menahan kemarahannya.

    Tak sempat nak call sebab tiba-tiba ada hal

    penting.

    Hal apa yang penting sangat berbanding dengan

    majlis tahlil untuk arwah abang kamu dan ibu bapa kamu?

    Eee... entahlah apa nak jadi dengan kamu ni? keluh pak

    lang, menggeleng-gelengkan kepala sambil mendengus.

  • 8/7/2019 MJKS

    22/53

    Mencari Jalan Ke Syurga

    22

    Dah, baik kamu berdua masuk ke dalam. Tak baik tercegat

    kat sini saja. Ramai lagi tetamu kat dalam tu. Kamu dah

    makan ke belum?

    Sharqir Ikhwan menggaru kepalanya sambil

    tersengih. Errr dah makan dah pak lang, kat luar tadi.

    Pak Lang Daud berdeham mendengar jawapan

    Shaqir Ikhwan.

    Makan sempat pulak, perli Shahrul Azwan.

    Hah, masuklah. Apa yang tercegat lagi? Pak Lang

    Daud membuka langkah. Eh, bau apa ni?

    Langkah lelaki tua itu terhenti sebaik sahaja

    Sharqir Ikhwan melintasinya.

    Errr bau apa pak lang?

    Pucat lesi wajah Sharqir Ikhwan sambil matanyatak mampu memandang wajah pak langnya yang berkerut

    cuba mengesan bau pelik dari badannya itu.

    Pak lang, tukan Dato Jalil tu? Shahrul Azwan

    pantas mencelah apabila peluang tiba sebaik sahaja dia

    terlihat seorang tetamu yang baru keluar dari pintu rumah

    mereka.

    Pak lang tak jadi bertanya lebih lanjut. Dia

    terkocoh-kocoh mendapatkan Dato Jalil yang merupakan

    seorang ahli politik yang juga rakan niaganya yang penting.

    Sebelum beredar, sempat juga Pak Lang Daud mengerling ke

    arah Sharqir Ikhwan seolah-olah tahu apa yang cuba

    disembunyikan oleh anak muda itu.

    Pap!Shahrul Azwan tiba-tiba menepuk perut adiknya

    dengan mata yang sengaja dijegilkan, sebaik sahaja pak lang

    mereka beredar.

  • 8/7/2019 MJKS

    23/53

    Hasliza Ismail

    23

    Aduh! Sakitlah marah Sharqir Ikhwan.

    Dia terbongkok menahan kesakitan dek penangantangan abangnya yang hanya tua dua tahun darinya.

    Are you out of your mind?

    Shahrul Azwan hampir memuntahkan

    kemarahannya tetapi dikawal dengan nada berbisik, takut

    didengar orang.

    What?Should you be drinking today?

    Bukan dia tidak tahu bau yang datang dari badan

    adiknya itu. Bau itu sudah cukup menjelaskan berapa banyak

    minuman keras yang diambilnya.

    Usu mabuk tadi, kan? duga Shahrul Azwan.

    Alah, nak berpura-pura alim konon! Macamlahangah pun tak pernah.

    Lancang mulut Sharqir Ikhwan cuba memulang

    paku buah keras kepada abangnya.

    Angah tak sebodoh usu. Kalau nak minum pun

    bukannya hari ni.

    Mana usu tahu hari ni majlis tahlil tu. Ive just gotthe message, okay!

    Youve just got the message? Ive already reminded

    you last week, plus two days ago to your secretary and not to

    mention hundred of messages on your phone today which

    has been all the time.

    I have been outstation for the last few days. No

    coverage okay. Sharqir Ikhwan memberi alasan. Besides,

    kebetulan pula hari ni ada party celebrating one of our

    important clients really important, okay?

  • 8/7/2019 MJKS

    24/53

    Mencari Jalan Ke Syurga

    24

    Please usu, stop fooling me. Macamlah angah ni

    bodoh sangat. Usu ingat angah tak tahu aktiviti usu? Kalau

    berpoya-poya itu is part of your work, tak tahulah pula, kan?

    Shahrul Azwan berlalu meninggalkan adik

    bongsunya. Malas untuk terus bertelagah memandangkan

    beberapa tetamu sudah mula menjeling-jeling ke arah

    mereka berdua.

    Sharqir Ikhwan menghela naas panjang menahan

    marah dengan kata-kata abangnya. Kalau bukan kerana paklangnya ada di rumah itu, sudah pastinya dia terus pulang

    sahaja. Apa dia ingat dia tu bagus sangat ke?

    Terasa pula kehadirannya pada malam itu seolah-

    olah tidak dialu-alukan.

  • 8/7/2019 MJKS

    25/53

    Hasliza Ismail

    25

    JAM sudah pun melewati pukul

    sebelas malam. Vila mewah itu

    masih bergemerlapan dengan

    lampu, cuma kini suasananya sedikit lengang. Sekelip mata

    sahaja vila itu sudah kembali seperti sediakala. Ruang tamu

    yang tadinya dikosongkan kini dipenuhi dengan set perabot

    dan perhiasan rumah yang diletakkan kembali ke tempat

    asalnya.

    Dua orang gaji rumah berkenaan masih sibuk

    mengemas di bahagian dapur pula.Mak Lang Rabiah yang turut sibuk di dapur tadi

    muncul dengan membawa sepinggan kuih lebihan dari

    jamuan tadi.

    Pak Lang Daud, Shahrul Azwan dan Sharqir Ikhwan

    berehat di ruang tamu sambil menghirup kopi panas.

    Masing-masing lega majlis malam itu berakhir dengan baik.

    Pak Lang Daud mengeluarkan curutnya. Beberapa

    minit kemudian dia tersandar sambil menikmati curutnya

    itu. Kadangkala dia terbatuk-batuk kecil. Kesihatan Pak Lang

    Bab

    5

  • 8/7/2019 MJKS

    26/53

    Mencari Jalan Ke Syurga

    26

    Daud sejak akhir-akhir ini agak merosot, membuatkan dia

    mengurangkan tabiat merokoknya itu.

    Makan la angah. Kuih tu membazir kalau tak

    dihabiskan.

    Mak Lang Rabiah menegur apabila melihat kuih

    tadi masih tidak berusik. Wanita tua itu yang kelihatannya

    sudah pun menjangkau umur lima puluhan mengambil

    tempat duduk di sebelah suaminya, Pak Lang Daud. Lengan

    baju kurung yang tadi disisih ke paras siku sedikit demisedikit dilorotkan kembali ke bawah.

    Shahrul Azwan dan Sharqir Ikhwan hanya

    berpandangan sesama sendiri, berharap salah seorang dari

    mereka terlebih dahulu menjamahnya. Perut masing-masing

    sudah penuh, itulah punca kuih di hadapan mereka itu tidak

    berusik.Zulaikha mana? Tak nampak pun dari tadi? Pak

    Lang Daud bertanya.

    Ada dalam bilik. Katanya badan tak sihat, jadi sejak

    tadi dia berehat dalam bilik sajalah makan pun tak selera,

    jawab mak lang apabila mengenangkan Datin Zulaikha yang

    meminta izinnya untuk berehat di bilik sebaik sahaja majlis

    tahlil bermula. Sejak itu dia tidak pernah keluar dari bilik.

    Makanan yang dihantar oleh Mak Lang Rabiah juga tidak

    terusik. Dia hanya terbaring lesu di atas katil.

    Pak Lang Daud mengeluh kecil. Sakitnya datang

    lagi ke?

    Entahlah saya pun kurang pasti. Tapi sejak dua

    tiga hari ni dia asyik termenung aje.

    Alah biasalah tu, teringat kat arwahlah tu.

    Tak bawa jumpa doktor ke mak lang? tanya

  • 8/7/2019 MJKS

    27/53

    Hasliza Ismail

    27

    Shahrul Azwan pula. Dia teringat wajah kakak iparnya yang

    sejak siang tadi lagi agak pucat.

    Mak lang dah tanya. Dia kata dia tak nak pergi.

    Kasihan kakak ipar kamu tu, sejak arwah abang

    kamu tu meninggal dunia, sampai sekarang dia masih tak

    dapat terima. Pak lang tahu, bukan mudah kita nak lupa apa

    yang terjadi tapi segala-galanya adalah ketentuan Ilahi. Kamu

    berdua kena jaga kakak ipar kamu tu dengan baik, jangan

    terlalu asyik dengan dunia saja. Pak Lang Daud mulaberceramah seperti selalunya setiap kali mereka berkumpul.

    Shahrul Azwan dan Sharqir Ikhwan hanya

    mendiamkan diri. Apabila perkara lalu diungkit, hati mereka

    juga terusik.

    Jangan kamu terlalu fkirkan apa yang dah berlaku.

    Walau apa pun yang terjadi, arwah abang kamu adalah orangyang baik. Arwah selama ini ambil berat akan keluarga ini.

    Mungkin arwah tersilap langkah sikit, dan pak lang percaya

    arwah pasti ada alasannya tersendiri.

    Apa yang baiknya? Selama ini kami ingat abang

    long adalah orang yang paling bertanggungjawab, baik tapi

    akhirnya.... Sharqir Ikhwan yang sejak tadi mendiamkan diri

    mula bersuara.

    Tak baik cakap macam tu, usu. Abang kamu dah

    jadi arwah dah... tegur mak lang.

    Mungkin kita semua mahu melupakan kisah dulu,

    tapi tidak saya, mak lang. Walau apa pun, abang long telah

    menconteng arang ke muka keluarga ini hinggalah

    kematiannya...

    Cukup usu! Jangan buat tuduhan melulu kita

    baru saja buat tahlil untuk dia. Shahrul Azwan mencelah

    pantas.

  • 8/7/2019 MJKS

    28/53

    Mencari Jalan Ke Syurga

    28

    Apa yang angah tau! Selama ini angah tak pernah

    pun ambil tahu pasal keluarga kita. Angah hanya tahu

    sembunyikan diri bertahun-tahun kat luar negara. Angah

    bertuah sebab tak perlu menempuhi apa yang telah kami

    lalui.

    Cakap baik-baik sikit, usu sekarang ni siapa yang

    lebih bertanggungjawab? Apa yang usu buat untuk syarikat

    kita? Bukan ke angah juga yang kena pikul tanggungjawab

    tuDah terlambat! Angah pulang waktu semuanya

    telah berakhir.

    Cukup-cukuplah tu kamu berdua ni tak baik

    bertengkar malam-malam buta ni, cantas mak lang.

    Pak Lang Daud kelihatannya tenang dari tadi.

    Langsung dia tidak mencelah seperti selalunya. Dia masihleka dengan curutnya yang sudah tinggal separuh itu. Biarlah

    kedua-dua beradik itu bertelagah, selama ini mereka hanya

    memendamkan perasaan hati masing-masing. Sekali-sekala

    apa salahnya meluahkan apa yang terbuku di dalam dada.

    Pak Lang Daud mempunyai alasannya tersendiri.

    Baginya mungkin inilah cara dia merapatkan hubungan dua

    beradik itu yang sejak dulu tidak berapa erat. Dia masak

    benar dengan perangai anak-anak saudaranya itu.

    Arwah si abang memang seorang yang amat

    disenangi. Tegas dalam perniagaan dan bijak dalam segala

    hal, tak ubah seperti arwah bapa mereka yang memang dari

    awal lagi mendidik sedemikian rupa. Maklumlah yang sulung

    bakal memegang tanggungjawab yang besar untuk keluarga.Adik yang kedua pula agak pendiam dan suka

    menyendiri. Shahrul Azwan sejak kecil memang rapat dengan

    arwah ibunya. Setelah ibu bapanya meninggal dunia dalam

  • 8/7/2019 MJKS

    29/53

    Hasliza Ismail

    29

    kemalangan jalan raya, dia seolah-olah hilang tempat

    mengadu dan akhirnya membawa diri ke luar negara,

    melanjutkan pelajarannya di UK hingga bertahun-tahun

    lamanya. Dia bagaikan tidak mahu pulang lagi ke Malaysia

    dan terus menetap dan membuka perniagaannya di sana

    sehinggalah mendapat berita abangnya itu meninggal dunia.

    Sharqir Ikhwan sebagai anak yang bongsu adalah

    yang paling sukar dibentuk. Mungkin dia tidak mendapat

    kasih sayang secukupnya daripada ibu bapanya. Dia seorangyang suka memberontak dan bertindak sesuka hati. Arwah

    abangnya itulah yang sentiasa menjadi tulang belakang

    baginya. Tapi itu pun pening dibuatnya kerana perangai panas

    baran si adik yang semakin menjadi-jadi.

    Aku dah penat. Nak tidur dulu. Kamu berdua tak

    usah balik malam ni, tidur saja di sini.

    Tak boleh pak lang, esok pagi-pagi saya kena pergi

    ke Lumut, jadi saya terpaksa pulang malam ni, ujar Shahrul

    Azwan, teringatkan yang esok dia perlu ke Lumut atas urusan

    kerja.

    Saya pun kena balik. Esok saya ada hal juga.

    Sharqir Ikhwan juga mempunyai alasan tersendiri.

    Rumah kamu berdua bukannya jauh sangat.

    Lagipun ini rumah kamu juga, kan? Esok pagi-pagi lepas

    subuh teruslah balik. Perintah Pak Lang Daud, tegas.

    Shahrul Azwan dan Sharqir Ikhwan bungkam.

    Pak Lang Daud dan Mak Lang Rabiah telah pun

    berlalu ke bilik mereka, meninggalkan dua beradik itu yang

    terkulat-kulat memandang sesama sendiri tanpa sepatahkata.

  • 8/7/2019 MJKS

    30/53

    Mencari Jalan Ke Syurga

    30

    A

    PA yang dimenungkan tu?

    tegur Ros Azura sambil

    mencuit bahu Khirana yang

    sedang leka berehat di halaman rumah teres dua tingkat itu.

    Saja rehat-rehat kat luar, Ros. Ambil angin.

    Ros Azura bersandar di tiang, membiarkan angin

    sepoi-sepoi bahasa membelai lembut tubuhnya. Nyaman

    terasa, ditambah pula apabila lepas hujan. Pohon-pohon

    kecil yang merimbun menjadi satu taman kecil di hadapan

    mereka juga mengindahkan lagi pemandangan.Macam mana keadaan Khir semenjak dah dua

    minggu balik ke rumah ni? Ada ingat apa-apa tak?

    Khirana cuba mengingati seperti selalunya, lama

    dia terdiam dan akhirnya dia pasrah kerana jawapan yang

    dicari tetap sama, kosong Dia menggelengkan kepala

    dengan hampa.Tak apalah Khir, perlahan-lahan. Tak lama lagi

    adalah tu sabar ya, pujuk Ros Azura.

    Dia sayu melihat keadaan sahabatnya itu.

    Bab

    6

  • 8/7/2019 MJKS

    31/53

    Hasliza Ismail

    31

    Walaupun sudah lebih dua minggu pulang, namun masih

    tidak ada tanda-tanda ingatannya akan pulih. Namun begitu

    dia bersyukur kerana Khirana ternyata sudah mula

    membiasakan dirinya dengan keadaan sekeliling. Dia tidak

    lagi membisu dan menyendiri seperti di hospital dulu. Sikap

    periangnya serba sedikit sudah mula kembali dan dia juga

    lebih banyak bertanya itu dan ini.

    Ros. Khirana tidak jadi meneruskan kata-

    katanya. Dia ragu-ragu untuk bertanya.Kenapa? Ada apa-apa ke? balas Ros Azura.

    Khirana mengerutkan dahinya tanpa sepatah kata.

    Cakaplah. Ros Azura mendesak lembut.

    Rozana tu... orangnya macam mana ya?

    Zana? Kenapa tiba-tiba tanya pasal dia?

    Ros Azura mula rasa tidak sedap hati. Adakah

    Rozana telah memberitahu Khirana perkara yang dia tidak

    patut diberitahu? Hati Ros Azura mula bergelora.

    Bukan apa-apa sangat. Cuma sejak saya balik

    ke sini, dia macam tak suka pada saya dan selalu

    menjauhkan diri. Kami dulu memang macam ni ke?

    Khirana mengimbas kembali hubungannya dengan

    Rozana sejak dia pulang semula ke rumah ini. Pada mulanya

    dia tidak berapa mengendahkan sangat, namun setelah

    beberapa lama dia mula menyedari kehadirannya seolah-

    olah tidak dialu-alukan. Rozana bukan sahaja selalu

    mengelakkan diri berbual dengannya malah anginnya selalu

    tidak baik. Ini membuatkan dia takut untuk mendekati

    teman serumahnya itu kerana pernah sekali dia cuba

    bertanyakan sesuatu sewaktu di dapur namun jawapan yang

    diterima agak menyakitkan hati.

  • 8/7/2019 MJKS

    32/53

    Mencari Jalan Ke Syurga

    32

    Zana, macam mana ya nak guna oven ni?

    Hah, kau nak buat apa pula dengan oven tu?tanya Rozana acuh tak acuh sewaktu bertembung dengan

    Khirana di dapur.

    Ingat malam nanti, saya nak panggang ayam

    macam dalam buku resipi tu, boleh kita makan sama-sama.

    Eh, sejak bila pula kau rajin memasak ni? Tak

    payahlah Khir nanti rosak oven tu. Kau tu mana pernah

    masak sejak duduk kat rumah ni? Nak masak konon.

    Rozana mencebik lantas terus meninggalkan

    Khirana yang terpinga-pinga dengan jawapan itu. Sejak

    kejadian itu, Khirana takut untuk menegur Rozana.

    Khir.

    Ros Azura mengambil tempat duduknya di sebelah

    Khirana. Dia sememangnya memahami perasaaan

    sahabatnya itu. Bukan dia tidak pernah perasan layanan

    Rozana terhadap Khirana selama ini dan memang sangat

    berharap Khirana tidak terasa. Namun jelas sahabatnya itu

    peka dengan perasaannya.

    Kadang-kadang cara seseorang itu berkawan tak

    sama antara satu sama lain. Ada yang mesra dan ada yangagak kasar, tapi hakikatnya itu adalah cara masing-

    masing.... Ros Azura mengusap-gusap lembut tangan

    Khirana, cuba membuatkan dia aham.

    Zana memang macam tu. Mungkin Khir tak ingat

    tapi memang Khir dengan dia dari dulu macam anjing

    dengan kucing, tak ngam. Tapi tak semestinya Khir dengan

    dia bermusuh. Kita bertiga tetap kawan baik, cuma dengan

    cara yang berbeza. Tapi percayalah, Zana sebenarnya

    memang ambil berat pasal Khir, mungkin dia tak tahu

    macam mana nak luahkan saja.

  • 8/7/2019 MJKS

    33/53

    Hasliza Ismail

    33

    Kenapa saya dengan dia macam tu ya? tanya

    Khirana yang buntu mengenangkan perangai Rozana.

    Entahlah Khir, dah semula jadi kut. Korang

    berdua memang keras kepala, masing-masing tak nak

    mengalah. Selalunya, kalau korang berdua bergaduh aku

    juga yang kena jadi orang tengah.

    Ros rasa perangai saya sekarang berbeza ke

    daripada perangai dulu?

    Emmm... memang berbeza. Khir dulu seorang

    yang periang, tegas dan agak panas baran juga bila moodtak

    bagus.

    Ye ke? Saya macam tu ke?

    Khirana seolah-olah tak percaya dengan apa yang

    didengarnya. Dia membayangkan dirinya seperti Rozana.

    Betulkah dia seperti apa yang digambarkan?

    Kenapa? Tak percaya? Rozana mengajuk seperti

    di dalam iklan TV.

    Rasa macam lain pula. Khirana tersenyum. Ros

    suka saya yang dulu ke atau sekarang?

    Ros Azura diam seketika lalu tersenyum. Dulu ke

    sekarang ke, sebenarnya sama saja sebab orangnya tetapsama. Tapi yalah, sekarang nampak Khir agak lembut dan

    lebih bersopan santun.

    Jadi Ros suka saya yang sekaranglah?

    Ros Azura ketawa kecil, menjongket bahunya

    tanda tidak dapat membuat keputusan. Namun jauh di

    sudut hatinya dia sememangnya sangat bersyukur di atasperubahan besar Khirana. Jauh berbeza daripada dulu.

    Seolah-olah dua orang yang berbeza. Walau bagaimanapun

    Khirana yang dulu tetap istimewa. Dia berhak untuk

  • 8/7/2019 MJKS

    34/53

    Mencari Jalan Ke Syurga

    34

    mendapat kembali apa yang dia telah hilang walaupun pahit

    untuk ditelan.

    Sedang mereka leka berbual, kelihatan Rozana

    terkial-kial membuka pintu pagar rumah mereka.

    Keretanya seperti biasa diletakkan di bawah pohon di tepi

    pagar.

    Baru balik? Ros Azura menegur setelah terlihat

    Rozana dengan pakaian pejabatnya bersesuaian dengan

    dirinya seorang eksekuti pemasaran di salah sebuahsyarikat swasta di ibu kota.

    Emmm.... Rozana menjawab malas apatah lagi

    apabila dia terpandang Khirana yang turut berada di sebelah

    Ros Azura membuatkan dia membatalkan diri menyertai

    sahabatnya itu.

    Marilah join kami kat sini, nanti aku buatkan airkopi, nak tak?

    Tak apalah, aku penat. Nak mandi, lepas tu nak

    rehat, jawab Rozana acuh tak acuh.

    Ros Azura memandang ke arah air muka Khirana

    yang kembali sugul. Dia memahami perasaan sahabatnya itu

    membuatkan dia sendiri berasa serba salah. Kecewa benar

    dia melihat Rozana yang tidak mengendahkan mereka.

    Khir tak bosan ke duduk rumah hari-hari? Ros

    Azura cuba menceriakan Khirana kembali.

    Bosan juga. Tambah pula kalau Ros pergi kerja.

    Asyik makan tidur aje.

    Hah! Apa kata kalau Khir keluar bekerja?

    Kerja? Khirana mula menunjukkan minatnya.

    Ya, kerja. Dulu pun Khir memang sibuk, jarang

    ada kat rumah.

  • 8/7/2019 MJKS

    35/53

  • 8/7/2019 MJKS

    36/53

    Mencari Jalan Ke Syurga

    36

    SHARQIR IKHWAN terkocoh-

    kocoh merempuh masuk ke

    bilik pengarah urusan walaupun

    dihalang oleh setiausaha yang memintanya untuk menunggu

    sebentar bagi membolehkan dia memberitahu kehadiran

    lelaki itu memandangkan ketuanya sedang berbincang di

    dalam bilik.

    Shahrul Azwan yang sedang serius berbincang

    dengan beberapa pekerjanya tersentak dengan kehadiran

    adiknya yang tiba-tiba, disusuli pula oleh setiausahanya yangcuba menjelaskan keadaan sebenar.

    Its okay Melissa, you may go, ujar Shahrul

    Azwan kepada setiausaha yang berbangsa Cina itu.

    Setiausahanya mengangguk dan kembali ke

    tempatnya dengan hati yang lega.

    Do you have time?Berkerut wajah Sharqir Ikhwan sambil cuba

    mengawal pernaasannya, seolah-olah baru menghabiskan

    satu larian yang panjang.

    Bab

    7

  • 8/7/2019 MJKS

    37/53

    Hasliza Ismail

    37

    Urgent sangat ke? Tak boleh tunggu? I have an

    important discussion right now.

    Serius sahaja Shahrul Azwan berkata-kata, tidak

    senang dengan kehadiran adiknya secara tiba-tiba dan

    mengganggu perbincangan mereka. Walaupun Sharqir

    Ikhwan adalah adiknya, namun tidak semestinya dia

    mendapat layanan yang istimewa.

    Kalau perkara ini tak penting, usu pun tak ada

    masa saja-saja nak melawat angah.

    Shah, tak apalah. Kita break dulu. Lepas lunch kita

    sambung, usul Danny.

    Betul tu Encik Shah. Saya pun masih ada report

    yang belum siap lagi, sokong Adnan, pengurus bahagian

    operasi mengiyakan cadangan Danny.

    Okey. Kita sambung after lunch, putus ShahrulAzwan.

    Kedua-dua pekerjanya berlalu meninggalkan dua

    beradik itu.

    Duduklah. Nampaknya benda yang usu nak bagitau

    ni pastinya sangat menarik, kalau tidak tak mungkin usu

    datang melawat syarikat ni tiba-tiba sejak usu berhenti dulu.Nak minum? Shahrul Azwan berkata-kata dengan sinisnya.

    Usu tak ada masa nak dengar celoteh angah.

    Jangan lupa syarikat ini milik usu juga. Masa angah

    bersenang-lenang di UK dulu, usu juga yang bertungkus-

    lumus menguruskannya.

    Baguslah kalau usu tahu syarikat ini milik usu.

    So, kenapa tak terus bekerja di sini?

    Usu datang bukan nak argue pasal perkara tu,

    okey?

  • 8/7/2019 MJKS

    38/53

    Mencari Jalan Ke Syurga

    38

    So, whats the big thing you want to tell me?

    You are not going to believe this. Yesterdayevening, I just saw that woman.

    Perempuan mana pula ni?

    Santai Shahrul Azwan bertanya kepada adiknya,

    tanpa mahu meneka.

    Khirana. Dayang Khirana!

    Shahrul Azwan terdiam. Nama itu sudah lama tidakdidengarinya. Wajahnya juga tidak pernah dilihat namun

    nama itu sudah cukup menggegarkan tangkai jantungnya.

    Shes still alive? Are you sure? Shahrul Azwan

    inginkan kepastian.

    Usu pernah jumpa dia dulu dan usu tahu itu dia.

    Doktor pernah cakap yang dia tidak mungkin bangun darikoma setelah kemalangan itu but guess what, sebab usu juga

    macam angah... tak percaya, jadi usu sendiri pergi ke

    hospital.

    Jadi?

    Jadi betullah, dia sudah sedar dari komanya dan

    telah sebulan keluar dari hospital. Angah bayangkan apa

    perasaan usu bila tengok dia bersenang-lenang di luar sana

    seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku setelah dia

    hancurkan keluarga kita. Kalau usu jumpa dia lagi, memang

    usu bunuh dia di situ juga! ikrar Sharqir Ikhwan.

    Bulat matanya menunjukkan geram dan benci yang

    dipendamnya selama ini. Sikapnya yang memang terkenal

    dengan panas baran memang mudah diramal.Tapi tidak bagi Shahrul Azwan. Walaupun dia juga

    mempunyai dendam yang sama, namun dia masih dapat

    berfkir dengan waras. Tindakan yang terburu-buru hanya

  • 8/7/2019 MJKS

    39/53

    Hasliza Ismail

    39

    akan mengeruhkan keadaan. Dia kini memikul

    tanggungjawab bukan sahaja sebagai seorang abang, malah

    sebagai pengarah syarikat milik keluarga. Oleh yang

    demikian, dia sentiasa berfkir dengan lebih rasional.

    Jangan bertindak terburu-buru. Usu harus

    mengawal kemarahan usu dulu, nasihat Shahrul Azwan.

    Nak tunggu apa lagi? Angah juga pernah berikrar

    kalau perempuan sial itu selamat, dia juga tidak akan hidup

    lama. Hutang darah mesti dibayar dengan darah!

    Angah tak pernah lupa dengan apa yang pernah

    angah cakapkan dulu. Tapi kita tak perlu bertindak sekarang.

    Dua tahun sudah cukup untuk kita menunggu.

    Bayangkan perasaan kak long kalau dia tahu perempuan tu

    sekarang sedang hidup dengan gembira. Entah lepas ni siapa

    pula mangsa dia.Kalau usu bertindak tanpa berfkir, dengan usu-

    usu sekali akan berakhir dalam penjara, usu aham tak?!

    Kali ini giliran Sharqir Ikhwan pula terdiam. Ada

    benarnya kata-kata Shahrul Azwan itu. Kalau tidak dirancang

    dengan baik, mungkin akhirnya akan menjerut dirinya pula.

    Biar angah yang uruskan. Angah akan hantarorang untuk siasat keadaan dia dulu, lepas tu barulah kita

    rancang apa yang perlu dibuat. Tapi, kalau boleh jangan

    sekali-kali melibatkan kematian. Usu tahu apa hukumannya

    membunuh orang, kan?

    Sekali lagi Sharqir Ikhwan tidak dapat menyangkal

    kata-kata abangnya itu. Perasaan marahnya tadi mulai reda.

    Nampaknya dia terpaksa mengikut kata-kata Shahrul Azwan

    untuk bersabar buat sementara waktu ini.

  • 8/7/2019 MJKS

    40/53

    Mencari Jalan Ke Syurga

    40

    ROZANA baru saja pulang

    dari kerja. Azan maghrib

    sudah lama berkumandang.

    Dia terkocoh-kocoh menaiki tangga kerana tidak mahu

    ketinggalan solat maghribnya. Memang sukar diramal

    keadaan jalan di Kuala Lumpur ini. Walaupun dia cuba

    pulang awal namun akhirnya dia akan tersekat di jalan

    raya juga. Tambahan pula sekarang ini musim hujan, jadi

    bertambah teruklah keadaan lalu lintas di bandar ini.

    Tatkala dia melewati bilik Khirana di mana pintubiliknya agak terbuka luas, matanya menangkap kelibat

    Khirana serta Ros Azura yang baru selesai menunaikan solat

    maghrib bersama. Pertama kali melihat Khirana bertelekung

    di atas sejadah menarik minat Rozana. Wajah yang kini

    dilitupi kain putih tidak pernah dilihatnya selama ini. Apa

    benarkah kawannya itu telah berubah?

    Zana, apa yang tercegat kat pintu tu? Masuklah.Ros Azura menegur sebaik sahaja selesai menghabiskan

    doanya.

    Bab

    8

  • 8/7/2019 MJKS

    41/53

    Hasliza Ismail

    41

    Errr takpelah, aku masuk bilik dulu. Aku pun

    belum solat lagi ni. Oh, ya! Esok pagi jangan lupa bersiap

    awal sikit. Aku hantar kau ke tempat kerja baru tu, ujar

    Rozana.

    Betul kau nak hantarkan Khirana? Baguslah

    macam tu, balas Ros Azura.

    Habis tu, takkan nak biarkan dia pergi sendiri?

    Esok aku masuk kerja lewat sikit. Lepas hantar Khirana

    nanti, aku terus pergi kerja, sambut Rozana.

    Terima kasih ya Zana, ucap Khirana sebelum

    Rozana meninggalkan mereka dengan sedikit senyuman

    tersungging di tepi bibirnya.

    Ros Azura tersenyum. Nampaknya Rozana dah

    berubah. Kawannya itu tidak secengil dulu lagi terhadap

    Khirana.Macam mana? Risau tak mula-mula nak kerja ni?

    Ros Azura mengusik.

    Takut juga.

    Khirana cuba membayangkan perasaan pertama

    kali mula bekerja. Walaupun sepatutnya ini bukanlah kali

    pertama dia bekerja, namun apakan daya... perasaan danpengalamannya dulu sudah tidak wujud di ingatannya. Ros

    Azura selalu mengingatkannya betapa tabahnya dia dahulu,

    penuh dengan keyakinan dan bukanlah seorang yang mudah

    mengalah. Alangkah bagusnya jika sekarang dia mempunyai

    perasaan seperti itu.

    Jangan bimbang, Khir. Insya-Allah semuanya akan

    berjalan dengan lancar. Mudah-mudahan setelah kau mula

    bekerja nanti, ingatan kau perlahan-lahan akan kembali. Kau

    kena yakin. Jadikan ini suatu exercise untuk minda kau.

    Lepas ni boleh kita cuba baju yang kita beli semalam tu.

  • 8/7/2019 MJKS

    42/53

    Mencari Jalan Ke Syurga

    42

    Tapi, kan ke aku kena pakai uniorm?

    Takpelah, kau boleh pakai masa pergi dan masabalik kerja.

    Khirana tersenyum lebar. Kali ini perasaan takutnya

    telah hilang. Tak sabar pula dia hendak menunggu esok hari.

    Tiba-tiba rasa gundahnya kembali datang. Ros, macam mana

    kalau kerja tu aku tak mampu buat nanti?

    Alah kau ni, bukan susah pun. Bila customer

    masuk, kau terus grab dan promote. Keyakinan tu sangat

    penting.

    Tapi aku takut aku tak pandai cakap macam

    mana nak convince orang nanti? Kalau customer tak puas

    hati, macam mana?

    Ros Azura terdiam. Jauh benar sikap Khirana

    sekarang dengan dulu. Selama ini Khirana tidak pernahbermasalah untuk berdepan dengan sebarang cabaran.

    Sikapnya yang peramah dan bijak berkata-kata, kalau setakat

    untuk menarik pelanggan pastinya tidak bermasalah. Namun

    sekarang berbeza. Khirana lebih bersikap pemalu dan kurang

    berkeyakinan. Kasihan... semuanya perlu dipelajari semula.

    Belajar perlahan-lahan, lama-lama mesti okeylah.

  • 8/7/2019 MJKS

    43/53

    Hasliza Ismail

    43

    A

    BANG minta maa sebab

    abang tak bermaksud nak

    lukakan hati Ika. Tapi

    bukan semua perkara terjadi atas kehendak kita.

    Mendidih hati Datin Zulaikha mendengar kata-kata

    suaminya itu. Mengapa perlu disalahkan pada takdir

    sedangkan semuanya adalah salah diri sendiri.

    Sebab apa, bang? Sebab Ika tidak dapat bagi zuriat

    pada abang? tukas Datin Zulaikha.

    Demi Allah Ika, abang tak pernah salahkan Ikasebab hal itu. Kalau Tuhan tak bagi kita zuriat sekalipun,

    abang reda sebab anak bukanlah penyebab utama abang

    berkahwin dengan Ika dulu.

    Habis tu, apa sebabnya abang nak kahwin lain?

    Abang dah terlanjur dengan dia? Abang tahu siapa dia, kan?

    Abang sedar tak yang abang telah diguna-gunakan oleh dia?Abang tahu dia bukan perempuan yang baik, kenapa masih

    biarkan diri abang terjerumus dalam perangkap dia?

    Abang tahu dan abang sedar. Abang masih waras

    Bab

    9

  • 8/7/2019 MJKS

    44/53

    Mencari Jalan Ke Syurga

    44

    untuk menilai yang mana baik dan yang mana buruk. Sebab

    abang waraslah, abang berterus terang dengan Ika. Abang tak

    mahu jadi lelaki yang curang di belakang isterinya.

    Ika bersumpah Ika tak akan sekali-kali benarkan

    perempuan itu berkahwin dengan abang dan Ika juga tidak

    akan lepaskan dia. Kalau abang betul-betul nak tengok Ika

    yang masih bernyawa, abang jangan sekali-kali sebut pasal

    perempuan itu depan Ika lagi. Putuskan hubungan

    dengannya. Kalau tak, abang akan menyesal seumur hidupabang!

    Dengan hati yang geram, album perkahwinannya

    dilemparkan ke dinding. Sakit hatinya mengenangkan arwah

    suaminya yang pernah meminta kebenaran untuk berkahwin

    lagi. Sampai hati abang buat Ika macam ni. Kenapa bang,

    kenapa hingga ke mati pun abang masih membuatkan Ika

    benci abang. Kenapa?

    Kak long? Boleh angah masuk?

    Kedengaran suara lelaki di luar biliknya. Terus

    dikesatnya air mata yang mengalir. Angah ke? Masuklah...

    pintu tak berkunci.

    Shahrul Azwan menguak pintu bilik yang tidak

    berkunci. Lampu bilik yang agak samar dicerahkan oleh

    Datin Zulaikha. Shahrul Azwan sempat mengerling ke arah

    sebuah album gambar yang terbuka di tepi dinding.

    Duduklah angah. Apa mimpi datang malam-malam

    ni?

    Datin Zulaikha mempelawa adik iparnya duduk di

    soa. Hairan juga dia kerana jarang benar melihat adikiparnya itu menziarahinya. Selama ini pun, Shahrul Azwan

    tinggal di luar negara dan hanya selepas kematian suaminya,

    baru Shahrul Azwan pulang ke Malaysia.

  • 8/7/2019 MJKS

    45/53

    Hasliza Ismail

    45

    Datin Zulaikha menuang secawan kopi panas yang

    memang tersedia sepanjang masa di biliknya.

    Shahrul Azwan hanya memerhatikan tingkah laku

    kakak iparnya. Walaupun umur kakak iparnya itu sudah

    menjangkau awal empat puluhan, wajahnya masih utuh tidak

    dimamah masa. Cuma ianya tidak bercahaya dan kelihatan

    pucat sahaja. Apa kurangnya dia hingga arwah abangnya itu

    sanggup menduakannya?

    Satu cukup? tanya kak longnya merujuk kepadaberapa banyak gula batu yang hendak diletak di dalam

    minumannya.

    Shahrul Azwan mengangguk.

    Mak lang kata, kak long tak berapa sihat. Tu yang

    angah datang ni, beritahu Shahrul Azwan, setelah wanita itu

    mengambil tempatnya dan meletakkan kopi tadi di meja.Takdelah. Mak lang tu yang kecoh. Kak long okey

    aje.

    Kak long ada pergi hospital buat check-up tak?

    Nak buat apa? Kak long dah lama sihat. Kak long

    bukannya gila sampai asyik nak berulang jumpa pakar

    psikiatri tu.Siapa pulak kata kak long gila? Kami semua tak

    pernah ingat macam tu. Kami cuma nak kak long kembali

    sihat macam dulu aje daripada kak long duduk di rumah.

    Dulu kak long selalu sibuk dengan aktiviti, tapi sekarang ni

    kak long jarang sangat keluar.

    Kak long malas la angah. Nanti semua orang tanya

    pasal arwah abang kamu dan macam-macam lagi.

    Kak long masih tak maakan abang long ke? duga

    Shahrul Azwan.

  • 8/7/2019 MJKS

    46/53

    Mencari Jalan Ke Syurga

    46

    Macam mana kak long nak maakan dia? Sampai

    akhir nyawa dia pun, dia masih dengan perempuan tu. Dia

    memang dah melampau!

    Kak long, apa kata kak long bercuti ke luar negara.

    Tenangkan fkiran. Angah boleh uruskan segala-galanya

    untuk kak long ke sana.

    Bercuti? Kenapa tiba-tiba suruh kak long pergi

    bercuti pulak ni?

    Tak adalah. Manalah tahu di negara orang, kak

    long lebih tenteram. Lagipun, kak long boleh bersiar-siar

    tanpa gangguan.

    Shahrul Azwan cepat memberi jawapan. Dia risau

    kalau-kalau wanita itu mengetahui akan kebenaran yang

    disembunyikan oleh keluarganya selama ini.

    Terima kasih sebab ambil berat pasal kak long.Tapi rasanya buat masa sekarang ni kak long lebih senang

    tinggal di rumah.

    Kak long fkirlah dulu ya. Angah rasa vacation ni

    baik untuk kak long.

    Shahrul Azwan menghabiskan minumannya

    sebelum meminta diri. Sewaktu keluar dari bilik itu, diasempat melihat kak longnya yang masih duduk di kerusi

    dengan mulut yang berkumat-kamit seperti memarahi

    seseorang tapi tidak dapat didengar.

    Shahrul Azwan risau melihat keadaan kakak iparnya

    yang kadangkala sihat, kadangkala tidak. Entah apa

    penyakitnya pun dia masih tidak tahu. Peristiwa hitam itu

    benar-benar memberi kesan pada Datin Zulaikha.

  • 8/7/2019 MJKS

    47/53

    Hasliza Ismail

    47

    P

    EKERJA baru ke?

    Ingatkan dah tak nak

    ambil employee lagi dah.

    Butik ni pun bukannya laku sangat, bisik Marion kepada

    Farah Huda yang berdiri di sebelahnya.

    Entahlah. Nak kata butik ni laku sangat taklah

    pun. Ada hati nak ambil pekerja lagi, ulang Farah Huda pula

    setelah mereka melihat majikan mereka sedang memberi

    penerangan kepada seorang wanita yang baru tiba.

    Habislah kita Farah, nampaknya bertambahlahsatu lagi saingan.

    Apa nak dirisaukan? Orang baru mana boleh nak

    setanding kita, kan? Tapi aku rasa macam pernah aku lihat

    dia, tapi kat mana ya?

    Mana kau pernah jumpa dia? tanya Marion.

    Lupalah. Ah, pedulikanlah. Eh, tu Miss Vicky dahnak introduce dia kat kita.

    Cepat-cepat kedua-duanya berlakon seolah-olah

    mereka sedang sibuk berbincang mengenai kerja.

    Bab

    10

  • 8/7/2019 MJKS

    48/53

    Mencari Jalan Ke Syurga

    48

    Hah, Farah dan Marion adalah pekerja senior di

    sini. Miss Vicky memperkenalkan kedua-duanya. Kalau you

    perlukan bantuan apa-apa, boleh tanya mereka. Farah,

    Marion, this is Dayang Khirana and she will be joining us

    starting from today. Bantu dan tunjuk ajar dia cara-cara nak

    menambat hati pelanggan kita. Boleh?

    Of course Miss Vicky. Tak ada masalah. Hai,

    selamat menyertai butik ini. Farah Huda yang bermulut

    manis menghulurkan salam perkenalan.Diikuti pula dengan Marion yang turut menyambut

    kedatangannya.

    Sempat juga mereka memberi sedikit motivasi pada

    Khirana yang masih baru itu.

    LEGAhatinya setelah diperkenalkan dengan beberapa pekerja

    di situ yang kebanyakannya sebaya dengannya. Mereka

    semua kelihatan baik dan peramah. Rasa-rasanya dia tidak

    mempunyai apa-apa masalah bekerja di situ.

    Miss Vicky pula walaupun nampak agak garang tapi

    memang baik orangnya.

    Salah seorang pekerja bernama Siti juga sempat

    dikenalinya.

    Di butik itu semuanya ada empat orang pekerja

    termasuk dirinya. Semuanya adalah wanita dan masing-

    masing berpakaian uniorm berwarna putih, berjaket biru

    dan boleh berskirt atau berseluar. Ska pula mesti diikat dileher untuk membezakan antara butik tersebut dengan butik

    yang lain.

    Nampaknya you dah kenal dengan semua pekerja

  • 8/7/2019 MJKS

    49/53

    Hasliza Ismail

    49

    di sini, cuma you belum jumpa lagi dengan Encik Luqman.

    Dia adalah pengurus di sini. Sekarang dia tengah berkursus

    dan rasanya lusa dia akan balik. Buat masa sekarang I akan

    briefkan you tugas-tugas you dan lepas tu kalau semuanya

    okey, you boleh sign offer letterdan boleh mula bekerja.

    Terima kasih Miss Vicky kerana memberi peluang

    saya bekerja di sini. Saya janji akan bekerja dengan baik.

    Cuma saya ni masih baru. Mesti kekok sikit nak sesuaikan

    diri dengan kerja ni.Ah its okay. Biasalah tu. Mula-mula, kan? Cuma

    you kena selalu ingat sini tak sama macam tempat lain.

    Customer kita kebanyakannya high class punya orang. You

    mesti jaga reputasi butik ni okey? Sekarang jom masuk ofs

    dulu.

    Isy... menyampah betul! Kau tengok tu, nampaksangat dah mula nak bodek. Baru kerja aje dah mula tunjuk

    mengada-ada dia.

    Berbulu Farah Huda melihat keramahan Khirana

    bersama Miss Vicky yang baru sahaja melangkah masuk ke

    bahagian belakang butik tersebut.

    Tengok gayanya pun dah tahu, Farah. Jenis orang

    yang macam tu, jangan kasi muka sangat. Nanti kita yang

    susah. Marion pula mengiyakannya.

    Apa tidaknya, sekarang ini mereka terpaksa bekerja

    kuat untuk merebut pelanggan. Walaupun butik berjenama

    itu bukan selalu dikunjungi, namun sekali pelanggan masuk

    dan membeli pakaian di situ sudah cukup baik kerana rata-

    rata pakaian dan aksesori di situ mencecah ribuan ringgit.Apa nak jadi dengan you allni? Kenal pun tidak,

    dah buat andaian sendiri. Aku rasa dalam butik ni korang

    berdualah yang paling kuat membodek terutamanya dengan

  • 8/7/2019 MJKS

    50/53

    Mencari Jalan Ke Syurga

    50

    Encik Megat tu. Nasib baik Encik Megat jenis yang tak layan

    orang macam korang berdua.

    Siti tiba-tiba mencelah. Bukan dia tak kenal dengan

    perangai Marion dan Farah Huda yang tak pernah senang jika

    ada pekerja baru.

    Eh apa yang kau sibuk-sibukkan ni Siti? Kau

    jangan lupa kami ni pekerja lama kat sini. Hormat sikit ya,

    cebik Farah Huda yang panas telinga apabila ditegur.

    Eleh, memanglah pekerja lama sebab korang

    berdua ni tak berkelayakan nak kerja kat tempat lain pun. So,

    kerjalah kat sini aje.

    Semakin berbulu Marion dan Farah Huda

    mendengar Siti memerli mereka dengan pedas.

    Tetapi tiada sesiapa yang sanggup bertekak

    dengannya kerana Siti terkenal dengan mulut murainya.Tambahan pula usianya lebih tua daripada mereka berdua.

  • 8/7/2019 MJKS

    51/53

    No. ISBN:- 978-967-5067-45-7

    Jumlah muka surat: 548

    Harga Runcit:-

    Semenanjung Msia: RM19, Sabah/Sarawak: RM22Harga Ahli KKN:-

    Semenanjung Msia: RM15, Sabah/Sarawak: RM18

    Sinopsis:-

    Kemalangan dahsyat dua tahun lalu telah meragut

    memori dan insan tercinta di hati Khirana.

    Shahrul Azwan menawarkan bantuan untuk

  • 8/7/2019 MJKS

    52/53

    memulihkan semula ingatan Khirana supaya kebenaran

    mengenai hubungan Khirana dan arwah abangnya

    terbongkar.

    Dendam di hatinya terus berkubur tatkala dia mula

    mengenali wanita itu.

    Tetapi, ianya menuntut sebuah pengorbanan yang

    besar, baik di pihak Khirana mahupun Shahrul Azwan.

    Bersama Khirana dalam usahanya mencari jalan ke

    syurga.

    Mengapa sedarkan aku dari lena yang panjang, jika

    ia hanya untuk sementara....

    Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan

    MENCARI JALAN KE SYURGA di rangkaian kedai buku MPH,

    Popular dan kedai-kedai berdekatan anda.

    Anda juga boleh terus melanggan dengan Kaki

    Novel Enterprise melalui online atau pun pos.

    Untuk melanggan melalui online, sila layari laman

    web kami di:- www.kakinovel.com.

    Untuk melanggan melalui pos, anda hanya perlu

    tuliskan nama, alamat lengkap, no. teleon, tajuk novel yang

    ingin dilanggan dan jumlah naskhah berserta wang pos/

    kiriman wang atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE dan

    poskan ke alamat berikut:-

  • 8/7/2019 MJKS

    53/53

    Kaki Novel Enterprise

    No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12,DWangsa, Wangsa Maju,

    53000 Kuala Lumpur.

    No. Teleon:- 03-4149 0096

    No. Faks:- 03-4149 1196