misi pantai timur 5.0.doc

Upload: mohamed-lotfi

Post on 14-Jan-2016

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

A

1. PENGENALANBencana banjir yang berlaku di negara kita terutama di Pantai Timur amat dasyat dan sungguh menyayat hati. Bencana alam ini telah menyebabkan kemusnahan tempat tinggal, harta benda malah yang menyayat hati kehilangan ahli keluarga yang tersayang. Bahkan Masjid juga turut sama terjejas.2. OBJEKTIF DAN ASAS PERANCANGANAr-Raudhah Misi Pantai Timur adalah usaha bantuan Jawatankuasa dan jemaah serta kariah Surau Ar-Raudhah, Bandar Bukit Raja dalam membantu mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur dan juga baikpulih masjid dengan menghantar sepasukan sukarelawan ke kawasan yang terlibat banjir. Misi Pantai Timur 5.0 ini merupakan kesinambungan Misi Pantai Timur berikut:-

1.0 Kuala Krai: 120 keluarga di Kampung Lubuk Simpul dan Kampung Pahi yang terjejas teruk dilanda banjir

2.0 Gua Musang: 130 keluarga di Kampung Kuala Lebir dengan lebih 30 rumah musnah dan Kampung Bertam Lama yang sebelum banjir hanya 40 minit dari Gua Musang namun setelah jambatan yang menghubungkannya dengan Gua Musang telah roboh akibat banjir, masa yang diambil ke tempat ini adalah hampir 3 jam dari Gua Musang. 3.0 Pantai Cahaya Bulan: 300 keluarga di Kampung Mek Mas melibatkan lebih 10 buah rumah dihanyutkan arus banjir & Pulau Pisang juga jamuan kepada lebih 200 mangsa banjir.

4.0 Tanah Merah: Baikpulih Masjid Tepi Sungai iaitu mengecat dan gantian barang rosak termasuk jam solat, peralatan dan kelengkapan Masjid.

3. AGENDA MISI PANTAI TIMUR 5.0

TarikhMasaAktiviti/Tempat

2404158.45 mlm Solat Isyak & Solat Hajat

9.30 mlmBergerak

2504152.00 pgMinum Rehat

6.30 pgSampai, solat subuh, sarapan & persiapan

7.30 pgTaklimat dan aktiviti bermula

1.00 ptgMakan tengahari & Solat

2.00 ptgTazkirah Ringkas

2.30 ptg Aktiviti bersambung

6.00 ptgBergerak balik

9.00 mlmBerhenti Solat & Makan malam

2604151.00 pgMinum Rehat

5.00 pgDijangka sampai

4. ANGGARAN KOS MISI 5.0PerkaraKuantitiKos/Unit(RM)Jumlah(RM)

Sarapan1003300

Cat undercode5 drum2001,000

Cat Exterior5 drum3501,750

Peralatan mengecatSum500500

Speaker2300600

Pendawaian elektrikSum300300

Cenderahati (masyarakat setempat)5010500

Makan Malam5015750

KontigensiSum500500

Jumlah

6,2005. PENUTUP

Semoga dengan adanya MISI bantuan ini akan mengurangkan beban mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur sekaligus memberi sokongan bahawa masyarakat di negara ini khasnya amat mengambil berat tentang nasib yang menimpa mereka. Dengan usaha ini maka lebih banyak hati-hati dapat disatukan memandangkan masjid merupakan tempat penyatuan ummah termasuk samada kepada sukarelawan, petugas, mangsa-mangsa banjir dan semua pihak yang terlibat kesan daripada berkongsi suka duka dalam memberi bantuan dan menjayakan misi ini. Semoga dengan usaha ini akan mendekatkan semua yang terlibat kepada Robbuljalil lalu memurnikan hati-hati semuanya seterusnya memberi keamanan bukan sahaja dalam diri mereka malah sesama ummah dan negara secara universalnya. Justeru Jawatankuasa Surau Ar-Raudhah mengalu-alukan dan berterima kasih kepada para dermawan dan semua pihak, institusi, pimpinan, individu, institusi serta syarikat yang sudi bersama kami dalam MISI 5.0 ini, menghulurkan sebarang bantuan atau sumbangan dalam menjayakan program bantuan ini. Firman Allah di dalam Surah Al Haj ayat 40 yang bermaksud Sesungguhnya Allah pasti menolong orang-orang yang menolong (agama-Nya). Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat Lagi Maha Perkasa. Semoga Allah merahmati tuan-tuan dan puan-puan sekeluarga di dunia hingga akhirat dan dianugerahkan rezeki yang berkat dan berpanjangan. Sekian, terima kasih.MISI PANTAI TIMUR 5.0

Baikpulih Masjid

Kg Sungai Sam

Kuala Krai, Kelantan

250415