minitmesyauaratsains2013-130409222212-phpapp01.docx

8

Click here to load reader

Upload: khairul-amn-krul

Post on 20-Dec-2015

233 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: minitmesyauaratsains2013-130409222212-phpapp01.docx

SK(P) Jalan Batu

Jalan Sultan Ismail

50350 Kuala Lumpur

Minit Mesyuarat Kali Pertama

Panitia Sains 2013

Tarikh : 17 Januari 2013

Masa : 1.30 petang

Tempat : Billik GPK

Kehadiran :

1. Pn Norsarpiah Bt Abu (GPK Tadbir & Kurikulum )

2. Pn Tg Rosyati Bt Tg Johan ( Ketua Panitia Sains )

3. Pn Megalah a/p Kanapathy ( Guru Sains Tahun 3, 5 dan 6 )

Page 2: minitmesyauaratsains2013-130409222212-phpapp01.docx

Agenda

1. Ucapan Pengerusi Majlis / Ketua Panitia

1.1 Pengerusi majlis mengalu-alukan kehadiran Pn Norsarpiah Bt Abu selaku GPK Kurikulum dan Pn Megalah ke Mesyuarat Panitia Sains kali pertama 2013.

2. Perkara Berbangkit2.1 Membincangkan agenda / aktiviti yang perlu dirancang sepanjang tahun untuk meningkatkan mutu akademik murid-murid.2.2 Untuk Pelan Operasi dan Taktikal , 2 program mestilah dirancang mengikut Tahap 1 danTahap 2.2.3 Buku panduan guru KSSR/ Modul KSSR Sains Tahun 1, 2 dan 3 hendaklah disimpan oleh pihak sekolah dan guru juga perlu menyediakan buku tersebut sebagai rujukan.

3. Ucapan Pengerusi Mesyuarat Pn Norsarpiah mengalu-alukan kehadiran guru dan beliau memulakan mesyuarat dengan

3.1 Peraturan guru/Takwim Panitia Beliau memaklumkan sekali lagi , semua guru dan ketua Panitia hendaklah merujuk Buku lampiran yang telah diberikan kepada semua guru dan akur dengan perancangan dalam Takwim Sekolah ( Buku Perancangan Pengurusan Sekolah 2013/ Takwim Sekolah 2013) semasa merancang untuk mengadakan sebarang aktiviti panitia.

3.2 Pengajaran & Pembelajaran Beliau sekali lagi , mengulas ucapan guru besar sebelum ini iaitu mengutamakan P&P dengan berorientasikan murid-murid.Berikan lebih perhatian kepada murid yang lemah dan menganggap murid yang lemah itu sebagai menjaga anak yang sakit.

3.3 Rancangan Pengajaran Harian / Tahunan/ Sukatan Pelajaran Semua rancangan Tahunan yang mengikut takwim sekolah mesti ada dalam failpanitia.Bagi Rancangan Tahunan dan Sukatan / Huraian Pelajaran juga mesti

Page 3: minitmesyauaratsains2013-130409222212-phpapp01.docx

dilengkapkan . Jika item tersebut tidak ada , pihak panitia boleh memuat turun dari Internet ataupun mendapatkan dari sekolah lain.

3.4 Pemeriksaan Buku Latihan / Penggunaan Buku Latihan Bagi mata pelajaran sains pemeriksaan buku latihan murid bermula pada 18 April 2013 untuk penggal pertama dan buku tersebut hendaklah dihantar kepada GPK Tadbir & Kurikulum sendiri. Penggal kedua pula , buku latihan tersebut boleh dihantar kepada GPK Kurikulum bemula 10 November 2013.

3.5 Ujian Bulanan dan PKSR

Ujian Bulanan telah ditetapkan 2 kali setahun manakala Ujian formatif juga dijalankan 2 kali setahun merujuk kepada tarikh yang akan diberikan. Kedua-dua markah ujian ini hendaklah ditulis di dalam Buku Adab Belajar .

Formatif - boleh dijalankan semasa P&P dan boleh dibuat di dalam buku latihan. Bulanan - Berpandukan jadual dan mesti dihantar 2 minggu sebelum peperiksaan. PKSR - Ia berjalan seperti biasa mengikut tarikh yang ditetapkan (Tahun 4,5 dan 6) bagi Tahap 1 , ujian dijalankan mengikut instrument yang telah ditetapkan. UPSR - Intenvensi , Percubaan dan UPSR PBS - dijalankan mengikut takwim yang ditetapkan dan guru hendaklah akur dengan tarikh mengisi maklumat secara online dan elakkan mengisi data waktu akhir. 3.6 Pencerapan Pencerapan juga akan dijalankan 2 kali setahun ( Rujuk Buku Perancangan Tahunan ) Semua maklumat mengenai pencerapan mestilah disimpan di dalam fail panitia dan fail peribadi masing-masing.

3.7 KSSR Pn Norsarpiah juga menyatkan bahawa KSSR telah berjalan selama 3 tahun. Guru tahun 4 juga perlu bersedia untuk tahun hadapan.Beliau meminta Pn Megalah menyediakan semua Dokumen KSSR Tahun 3 untuk diberikan kepada Pn Marlina

Page 4: minitmesyauaratsains2013-130409222212-phpapp01.docx

sebagai simpanan pihak sekolah. Beliau menegaskan bahawa guru sains hendaklah menguruskan fail evidens semua Murid dengan memastikan murid baru masuk ke sekolah ini , mempunyai fail evidence dari sekolah lama.

3.8 SPSK (Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti ) Semua fail Panitia hendaklah mengikut system failing (Pengurusan Fail ) yang ditetapkan oleh SPSK. Semua fail mestilah disediakan dengan menggunakan 3 Fail Keras dan 3 fail putih untuk fail surat menyurat. Tarikh akhir untuk mengemaskinikan fail pada 28 Januari 2013.

4. Ucapan Ketua Panitia

4.1 Ketua Panitia meminta ahli panitia mengemaskinikan papan buletin panitia dan Menceriakan bilik sains. Terutamanya untuk Projek Taman Sains ,pihak panitia akan bekerjasama dengan Panitia Kemahiran Hidup untuk menamakan pokok –pokok dengan nama saintifik.

4.2 Ketua panitia juga menjelaskan bahawa KSSR Tahap 1 telah bermula pada tahun 2011 dan sekolah telah didatangi oleh Pegawai dari PPW Sentul pada 14 Januari yang lalu. Pihak PPW Sentul iaitu melaporkan bahawa KSSR Tahun 3 bagi sesi 2013 telah berjalan dengan baik.

4.3 PCG / Peruntukan panitia Panitia Sains telah mendapat peruntukkan sebanyak RM 583.00 untuk perbelanjaan pada tahun ini. Sehubungan itu Pn Tengku Rosyati meminta agar guru sains menyenaraikan bahan / ABM atau alatan yang diperlukan.

4.4 Pelan Strategik / Operasi / Taktikal. Pihak panitia menjelaskan bahawa semua perancangan yang dibuat lebih tertumpu kepada murid yang lemah .Panitia juga berharap pada tahun 2013 GPMP murid dikurangkan bawah dari GPMP 2.00. GPMP yang dicatatkan sebelum ini agak tinggioleh itu pihak panitia berharap agar guru sains meningkatkan usaha untuk membantu murid yang lemah.

Page 5: minitmesyauaratsains2013-130409222212-phpapp01.docx

5. Hal – Hal Lain5.1 PBS telah dijalankan untuk Sains, PEKA dijalankan un tuk murid Tahun 4 ,5 dan Tahun 6 sahaja.5.2 Guru sains diberi pilihan untuk mengajar secara dwibahasa ,bagi KSSR Dunia Sains Teknologi diajar dalam Bahasa Melayu.5.3 Masukkan jadual peperiksaan/ JSU / Skop Peperiksaan ke dalam fail Pantia.

5.4 Buku latihan ditetapkan seperti tahun lepas iaitu 2 buah buku latihan , dan sebuah buku Amali.Panitia juga menetapkan beberapa buku yang perlu dibeli oleh murid-murid.5.5 Bagi guru yang telah menghadiri KUrsus , mestilah membuat Kursus Dalaman di Sekolah dan menghantar minit curai kepada Pn Nanki.5.6 Guru dan murid juga digalakkan menggunakan TMK semasa sesi P&P untuk menambahkan variasi pengajaran.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.40 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

............................................ ..........................................(PN TG ROSYATI BT TG JOHAN) (PN NORSARPIAH BT ABU ) KETUA PANITIA SAINS 2012 GPK KURIKULUM &TADBIRAN

Page 6: minitmesyauaratsains2013-130409222212-phpapp01.docx

SEK KEB (P) JALAN BATU SEK KEB (P) JALAN BATU