minitcurai

8
* Sila sertakan surat panggilan mesyuarat MINIT CURAI KURSUS/BENGKEL/TAKLIMAT Perkara : KURSUS PENYEBARAN DSKP TAHUN 6 KSSR 2015 (TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI) Tarikh : 08 DAN 09 APRIL 2015 Masa : 0800 - 1700 Tempat : DEWAN TERTUTUP, SK LANGGAR. Anjuran : PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA SETAR Pegawai Yang Hadir: 1. EKA RUSMAWATY BINTI SUJAK 2. 3. 4. BI L PERKARA / ISU TINDAKAN / MAKLUM 1. TARIKH : 08 APRIL 2015 HARI : RABU MASA : 0800 HINGGA 1700 TAKLIMAT URUS SETIA KURSUS EN. JOHARI BIN AHMAD – PENOLONG PEGAWAI PELAJARAN DAERAH KOTA SETAR Kata-kata aluan dan penghargaan kepada peserta kursus kerana dapat hadir. Kata-kata aluan dan penghargaan kepada fasilitator jemputan iaitu En. Ahmad Raji Haron dan Pn. Shahida Ibrahim. Tuntutan perjalanan boleh dikemukan dengan tuntutan satu tempat duduk teksi. Setelah tamat kursus, peserta perlu mengisi borang soal selidik , penilaian dan penilaian fasilitator kursus secara online di talian http://kedahkssr.blogspot.com/p/borang-on-line.html Muka Surat 1 / 8 No. Daftar Surat Panggilan: SKPS 30/001/9 (382)

Upload: eka-rusmawaty-binti-sujak

Post on 11-Jan-2016

218 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Minit Curai Kursus

TRANSCRIPT

Page 1: minitcurai

* Sila sertakan surat panggilan mesyuarat

MINIT CURAI KURSUS/BENGKEL/TAKLIMAT

Perkara : KURSUS PENYEBARAN DSKP TAHUN 6 KSSR 2015 (TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI)

Tarikh : 08 DAN 09 APRIL 2015Masa : 0800 - 1700

Tempat : DEWAN TERTUTUP, SK LANGGAR.

Anjuran : PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA SETAR

Pegawai Yang Hadir:1. EKA RUSMAWATY BINTI SUJAK2.3.4.

BIL PERKARA / ISU TINDAKAN / MAKLUM

1. TARIKH : 08 APRIL 2015HARI : RABUMASA : 0800 HINGGA 1700

TAKLIMAT URUS SETIA KURSUSEN. JOHARI BIN AHMAD – PENOLONG PEGAWAI PELAJARAN DAERAH KOTA SETAR

Kata-kata aluan dan penghargaan kepada peserta kursus kerana dapat hadir.

Kata-kata aluan dan penghargaan kepada fasilitator jemputan iaitu En. Ahmad Raji Haron dan Pn. Shahida Ibrahim.

Tuntutan perjalanan boleh dikemukan dengan tuntutan satu tempat duduk teksi.

Setelah tamat kursus, peserta perlu mengisi borang soal selidik , penilaian dan penilaian fasilitator kursus secara online di talian http://kedahkssr.blogspot.com/p/borang-on-line.html

Muka Surat 1 / 7

No. Daftar Surat Panggilan: SKPS 30/001/9 (382)

Page 2: minitcurai

SLOT 1 - TAKLIMAT UMUM KSSR - TAHUN 6EN. AHMAD RAJI BIN HARON – Pensyarah TMK IPG Kampus Darulaman

Penerangan tentang jadual perjalanan kursus. Senarai semak Ketua Panitia / Peserta Kursus Taklimat Umum KSSR - Latar belakang KSSR - Rekabentuk KSSR - Kurikulum KSSR : Kandungan, Pedagogi, Pentaksiran - Pentaksiran : Formatif, Sumatif - Pentaksiran Berasaskan Sekolah : Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, Pentaksiran Psikometrik DSKP – Standard Kurikulum, Standard Pembelajaran, Standard Prestasi Tahap Penguasaan Garis masa pelaksanaan penggunaan DSKP Peruntukan Masa KSSR Komuniti Pembelajaran Profesional

SLOT 2 – OVERVIEW DSKP TMK TAHUN 6EN. AHMAD RAJI BIN HARON – Pensyarah TMK IPG Kampus Darulaman

Matlamat Standard Kurikulum TMK Tahap 2:- Kuasai ilmu pengetahuan- Menguasai kemahiran khusus- Menggalakkan kreativiti- Menyediakan pembelajaran menarik

Tujuan Modul Pengaturcaraan dipilih – Tahun 6- Melatih murid belajar menggunakan pemikiran logik dalam

menyelesaikan masalah melalui penggunaan aplikasi pengaturcaraan.

- Murid juga akan mempelajari proses yang terlibat dalam membangunkan sesuatu atur cara melalui pendekatan pembangunan atur cara yang sistematik dan mudah.

Standard Kurikulum TMK Tahun 6 Modul: Pengaturcaraan:1.0 Memahami Pengaturcaraan 2.0 Menggunakan Algoritma Melalui Pseudokod dan Carta Alir 3.0 Mengatur cara dan Menguji 4.0 Menghasilkan Projek Pengaturcaraan

PERKAKASAN DAN PERISIAN Muka Surat 2 / 7

Page 3: minitcurai

Perkakasan dan perisian TMK yang dibekalkan ke sekolah adalah seperti berikut:

a. Perkakasan di Makmal Komputer Pelayan Komputer (PC) guru Komputer (PC) murid Pengimbas Mesin Cetak Kamera dan Video Digital Mikrofon dan pembesar suara b. Perkakasan untuk guru Komputer riba Projektor LCD

c. Perisian Perisian Sistem Pengendalian Windows, Linux dan Mac Perisian aplikasi Microsoft Office atau StarOffice dan

pembangun atur cara SCRATCH Program utiliti seperti alat pemain media (Windows Media

Player), perakam bunyi (Sound Recorder) dan kalkulator

d. Kemudahan Internet Talian akses Internet e. Chromebook dan VDI Thin Client

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/ 2013 – Lampiran 5 Kemudahan dan peralatan untuk pengajaran matapelajaran

TMK boleh ditambah baik dari semasa ke semasa menggunakan peruntukan Geran Per kapita(PCG).

Panitia TMK harus diwujudkan.

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dinyatakan dalam

kurikulum secara eksplisit supaya guru dapat menterjemahkan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi merangsang pemikiran berstruktur dan berfokus dalam kalangan murid.

KBAT ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

KBAT merangkumi kemahiran berfikir kritis, kreatif dan menaakul dan strategi berfikir.

KEMAHIRAN ABAD KE-21 DAN PROFIL MURID Kemahiran abad ke-21 bermatlamat untuk melahirkan murid yang

Muka Surat 3 / 7

Page 4: minitcurai

mempunyai profil berikut : Berdaya tahan Pemikir Mahir Berkomunikasi Kerja sepasukan Bersifat ingin tahu Berprinsip Bermaklumat Penyayang/Prihatin Patriotik

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pengajaran dan pembelajaran TMK akan menjadi lebih berkesan dengan menggunakan strategi berikut:

Pembelajaran Kendiri Kolaboratif Pembelajaran berasaskan projek Inkuiri-Penemuan Penyelesaian Masalah Pembelajaran Masteri Konstruktivisme Pembelajaran penerokaan

PENTAKSIRAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat

dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Pentaksiran adalah kayu pengukur untuk menilai pencapaian murid dalam memperoleh pengetahuan, menguasai kemahiran dan mengamalkan nilai disamping menilai aktiviti yang dijalankan semasa PdP secara berterusan untuk memantau kemajuan dan pencapaian murid serta mutu PdP.

Jenis Pentaksiran : Formatif dan Sumatif Kaedah Pentaksiran PdP: Pemerhatian, Ujian, Senarai semak,

Persembahan Lisan, Esei dan Folio.

STANDARD PRESTASI Standard Prestasi merupakan skala rujukan guru untuk

menentukan pencapaian murid dalam menguasai Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang ditetapkan.

Standard Prestasi mengandungi 6 Tahap Penguasaan yang disusun secara hirarki.

Kaedah Pentaksiran TMK :Rubrik, Pemerhatian, Persembahan, Anekdot, Kuiz dan Ujian, Portfolio, Simulasi.

SLOT 3 – DSKP TMK dan Modul Pengajaran dan Pembelajaran TMK Tahun 6PN. SHAHIDA IBRAHIM – Pensyarah TMK IPG Kampus Darulaman

Muka Surat 4 / 7

Page 5: minitcurai

STANDARD KANDUNGAN, STANDARD PEMBELAJARAN DAN STANDARD PRESTASI

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) TMK terbahagi kepada Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi.

Standard Kandungan ini memberikan petunjuk tahap kebolehan dalam lingkungan Standard Pembelajaran TMK.

Standard Kandungan dalam lingkungan Standard Pembelajaran akan diperkenalkan dan dikuasai oleh murid.

Murid perlu mencapai kesemua Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran seperti yang terkandung dalam DSKP TMK.

Standard Prestasi pula akan menjadi indikator tahap penguasaan murid setelah guru menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran yang ditetapkan dalam Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.

PENGATURCARAAN Program Komputer – satu siri arahan-arahan terancang yang

mengarahkan komputer untuk membuat persembahan tugas tertentu.

Pengaturcaraan – satu ciptaan set perintah atau arahan yang mengarahkan satu komputer menjalankan satu tugas yang diarahkan, disusun dan ditaksirkan supaya bertukar menjadi arahan yang boleh dilaksanakan oleh komputer.

Aturcara Komputer – satu siri suruhan yang mengarahkan komputer melakukan tugas. Ia ditulis oleh seorang pengaturcara supaya komputer dapat melaksanakan tugas dengan betul.

Bahasa Pengaturcaraan – Teknik komunikasi piawai untuk menjelaskan arahan kepada komputer. Satu set peraturan sintaksis, semantik yang digunakan untuk menghasilkan satu program komputer.

Contoh Perisian Pengaturcaraan : Basic -256, Scratch 2.0

ALGORITMA, PSEUDOKOD DAN CARTA ALIR

Algoritma ialah satu set aturan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Aturan ini bertertib, jelas dan berkesan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Muka Surat 5 / 7

Page 6: minitcurai

Pseudokod ialah satu set aturan yang ditulis dalam bahasa tabii untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ia menunjukkan langkah demi langkah untuk melaksanakan sesuatu tugas dari mula hingga tamat.

Carta Alir adalah rajah yang mengandungi simbol-simbol geometri yang disambungkan untuk menunjukkan langkah-langkah penyelesaian masalah.Setiap simbol mempunyai makna dan fungsi yang tertentu.

SIMBOL MAKNA/FUNGSI PENERANGAN

MULA/TAMATMula dan tamat sesuatu aktiviti

INPUT/OUTPUTMaklumat /data/hasil

PROSESAktiviti/Proses

GARIS ALIR/ALIRAN Aktiviti aktiviti

KEPUTUSAN/PILIHANPilihan Ya atau Tidak

PENYAMBUNGMenggabungkan aliran yang berlainan

TARIKH : 09 APRIL 2015HARI : KHAMISMASA : 0800 HINGGA 1700

SLOT 4 - DSKP TMK dan Modul Pengajaran dan Pembelajaran TMK Tahun 6

Muka Surat 6 / 7

Page 7: minitcurai

PN. SHAHIDA IBRAHIM – Pensyarah TMK IPG Kampus Darulaman

Bengkel : 1) Latihan membina algoritma, pseudokod dan carta alir Membina pseudokod berdasarkan algoritma diberi. Membina carta alir – aliran mengikut urutan, pilihan tunggal dan

kompleks.2) Menggunakan Perisian Scratch 2.0

Menghasilkan satu persembahan yang mempunyai: Pseudokod Carta alir Perisian Scratch 2.0

SLOT 5 – Pembentangan Hasil Dapatan BengkelEN. AHMAD RAJI BIN HARON dan PN. SHAHIDA IBRAHIM – Pensyarah TMK IPG Kampus Darulaman

Pembentangan hasil kerja setiap kumpulan dan ulasan penceramah.

Penutup – Majlis ringkas penyampaian cenderahati kepada para penceramah.

Tarikh : 14 April 2015 Nama dan Tandatangan Pelapor : Eka Rusmawaty Binti Sujak

Ulasan /Catatan

Guru Besar /Pengetua

Muka Surat 7 / 7