minit sains 3 2015

Upload: nurinsyirah14029254

Post on 06-Jan-2016

222 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

minit mesyuarat

TRANSCRIPT

SPSK PK 07 / 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SELAYANG JAYAJLN SJ 24, TAMAN SELAYANG JAYA, 68100 BATU CAVES, SELANGOR

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BILANGAN 3 / 2015

Tarikh: 18 Ogos 2015Masa: 1.35 petangTempat: Bilik Gerakan SKSJPengerusi: Pn. Rubiaton Naemah Bt Harini

Kehadiran:1. Pn. Rubiaton Naemah Binti Harini2. En. Mohamad Shahhir Bin Shaharani3. Pn. Samsiah Binti Mohd Yasim4. En. Mohd Nizar Bin Ideris5. En. Ahmad Amirulhadi Bin Mohd Nor 6. Cik Haslina Binti Aziz

AGENDA:0. PERUTUSAN PENGERUSI0. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah0. Pengerusi mengalu-alukan dan mengucapkan ribuan terima kasih kerana dapat menghadirkan diri pada mesyuarat Panitia Sains kali ketiga ini Tindakan: Makluman

0. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU0. Cik Haslina membentangkan minit mesyuarat yang lalu dan disokong serta disahkan oleh En. Amirulhadi.

0. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT0. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru Tahun 6 yang telah melengkapkan fail untuk pemantauan PEKA. Pada kali ini pemantauan dijalankan lebih awal dari tarikh jangkaan.Tindakan: Makluman

1. LAPORAN UNIT / PERKARA BARU0. POST-MORTEM UJIAN MAC0. Semua guru diminta mengenal pasti teknik dan kaedah untuk memantapkan pembelajaran dan pengajaran agar setiap murid memiliki ilmu pengetahuan dalam mata pelajaran berkenaan dalam tahap yang optimum. Guru juga digalakkan untuk sentiasa membuat refleksi dan Kajian Tindakan dalam setiap masalah pembelajaran yang dikenal pasti.Tindakan: Semua guru SainsKelasPeratusan kelulusanBil. Murid lulusBil. Murid gagal

Tahun 195.83 %924

Tahun 284.21 %9618

Tahun 383.12 %6413

Tahun 473.61 %5319

Tahun 570.00 %4921

Tahun 664.52%6033

0. Keputusan mata pelajaran Sains dalam Ujian Ogos adalah seperti berikut:

Tindakan: Semua guru Sains

0. SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN (SAPS)0. Markah hendaklah diisi dalam sistem yang disediakan oleh sekolah kerana sistem SAPS tidak dibuka untuk peperiksaan Ujian 3 ini. Justeru semua guru diminta member markah dengan kadar segera kepada guru kelas untuk tujuan pengisian markah dalam sistem.Tindakan : Semua guru Sains

0. BILIK SAINS2. Diminta semua guru memastikan kebersihan bilik sains. Setiap kali selepas sesi pembelajaran, diharapkan guru dapat memastikan kebersihan terkawal dan segala sumber elektrik dapat ditutup bagi mengelakkan pembaziran2. Stok barangan yang dipesan telah sampai dan semua guru yang terlibat diminta bersama-sama mengemaskini dan menyimpan stok di dalam bilik sains dengan lebih tersusun dan kemas.Tindakan : Semua guru Sains

0. SOALAN PEPERIKSAAN 3. Peperiksaan Akhir Tahun akan dijalankan dalam bulan Oktober dan semua guru diingatkan untuk mengikut jadual penggubalan soalan sepertimana yang telah dipersetujui dalam mesyaurat yang pertama dahulu.3. Soalan-soalan hanya melibatkan Tahun 1 hingga Tahun 4 kerana bagi Tahun 5 soalan disediakan oleh MGB. Manakala bagi Tahun 6 tiada peperiksaan dijalankan bagi subjek teras.3. Semua penggubal soalan diminta menyediakan soalan dengan kadar segera dan menyerahkan draf soalan kepada Ketua Panitia terlebih dahulu sebelum dihantar untuk pengesahan PK 1untuk memudahkan kerja-kerja pencetakan dilakukan.Tindakan : Semua guru Sains1. HAL HAL LAIN5.1Pengerusi mengucapkan terima kasih di atras kelancaran Bulan Panitia Sains yang telah dijalankan serta penglibatan guru-guru dalam menjalankan Projek Inovasi Kokurikulum di mana pertandingan roket air telah dijalankan.

1. PENUTUP Mesyuarat ditangguh pada pukul 3.00 petang.

UrusetiaPanitia Sains SKSJ Tarikh: 21 Ogos 2015

No. KeluaranTarikh Keluaran No. PindaanTarikh Pindaan

0201 NOVEMBER 201100

Hak Cipta [email protected]