minit meyuarat kokurikulum 2013 kali pertama

Upload: sanzoosensei

Post on 07-Jan-2016

15 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

minit mesyuarat

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN BAKAP INDAH14200 SUNGAI JAWISEBERANG PERAI SELATAN

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM KALI PERTAMA 2013Tarikh : 28 Disember 2012Masa : 8.30 pagiTempat : Bilik Mesyuarat SK bakap Indah 1) UCAPAN PENASIHAT1.1 En. Nazaruddin Bin Shaari selaku Guru Besar SK Bakap Indah mengucapkan terima kasih kepada guru-guru di atas kehadiran pada pagi ini.1.2 Guru Besar menyentuh mengenai kehadiran mesyuarat adalah wajib dan sebarang masalah perlu dimaklumkan kepada Guru Besar atau PK 1.

Tindakan : Semua guru SKBI

2) MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT2.1 Puan Hasnoonie BT. Ismail telah mencadangkan agar minit mesyuarat yang terdahulu disahkan. Cadangan beliau disokong oleh Encik Mohd Najib B. Abd. Samad.

3) PERANCANGAN TAHUNAN KOKURIKULUM 20133.1 PK Kokurikulum, Encik Yusni telah menerangkan mengenai aktiviti-aktiviti serta segala perancangan yang akan dijalankan pada tahun 2013. 3.2 Aktiviti kokurikulum akan dijalankan pada setiap hari Rabu setiap minggu.3.3 Encik Yusni juga telah memberi nasihat pada guru penasihat serta jurulatih untuk sukan dan permainan untuk melatih murid-murid dan bersedia untuk kejohanan peringkat zon.3.4 PK Kokurikulum juga telah menyenaraikan tarikh mesyuarat kokurikulum yang akan diadakan pada tahun 2013. Sebarang pindaan tarikh mesyuarat akan datang akan dimaklumkan pada guru-guru nanti.Tindakan semua guru4) AGIHAN JAWATANKUASA 20134.1 Encik Yusni telah menyenaraikan tugas dan jawatan bagi guru-guru SKBI dalam Jawatankuasa Induk Kokurikulum 2013. 4.2 Setiap pengagihan jawatankuasa yang telah diberikan mengikut kesesuaian hasil perbincangan dan persetujuan bersama.4.3 Encik Yusni juga meminta bantuan penyelaras untuk membuat buku aktiviti untuk unit uniform, sukan dan permainan dan juga persatuan.

5) PENGURUSAN UNIT KOKURIKULUM 2013(a) Unit beruniform1.1 Murid yang tidak hadir sebanyak 3 kali berturut-turut dalam aktiviti kokurikulum sekolah akan diberi surat peringatan.1.2 Setiap pasukan unit beruniform perlu memantapkan lagi teknik kawad kaki. Encik Yusni mencadangkan kepada semua unit beruniform melakukan latihan kawad kaki selama beberapa minit sebelum melakukan aktiviti unit beruniform yang lain.1.3 Puan Roslida mencadangkan kepada pihak sekolah supaya mengadakan LDP kawad bagi guru-guru SKBI.

Tindakan : Semua guru yang terlibat

(b) Kelab/Persatuan1.1 Setiap guru penyelaras persatuan/kelab perlu membuat perancangan tahunan bagi memastikan setiap aktiviti dirancang dengan teliti dan berjalan dengan lancar.1.2 Guru-guru boleh membuat rujukan aktiviti melalui internet.

Tindakan : Semua guru yang terlibat

(c) Permainan1.1 Encik Yusni mengharapkan agar guru-guru dapat melatih sebuah pasukan permainan yang mantap pada tahun 2013. 1.2 Murid-murid yang berbakat perlu diasah untuk menjadi pemain yang hebat.

Tindakan : Semua guru yang terlibat

(d) Pertandingan MSSPP1.1 Kesemua tarikh bagi kejohanan sukan MSSPP telah ditetapkan. Jika ada perubahan akan dimaklumkan kemudian.1.2 Guru-guru diminta untuk menyediakan pasukan bagi menghadapi kejohanan sukan MSSPP.

Tindakan : Semua guru yang terlibat

(e) Fail-fail Laporan1.1 Encik Yusni mengarahkan guru-guru yang berkaitan untuk melengkapkan fail sedia ada dengan maklumat-maklumat setiap aktiviti kokurikulum sama ada permainan, unit beruniform atau persatuan.1.2 Beliau juga menegaskan supaya guru-guru yang terlibat di dalam aktiviti kokurikulum sekolah untuk membahagikan tugas berdasarkan senarai ahli jawatankuasa yang telah ditetapkan bagi meringankan beban tugas.Tindakan : Semua guru(f) Hal-hal lain1.1 Puan Azirah membangkitkan isu tentang rancangan aktiviti tahunan unit beruniform yang berbeza mengikut tahun dan ini bertujuan bagi menggelakkan murid tahun 5 dan tahun 6 terpaksa mempelajari tajuk yang sama setiap tahun. 1.2 Encik Yusuf mencadangkan supaya ejaan nama pada diperbetulkan di dalam senarai jawatankuasa bagi menggelakkan kesilapan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.10 pagi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

-------------------------------- ---------------------------------(MUHAMMAD AZIZI B. ABD. HALIM) (YUSNI B. YAHYA)

SEKOLAH KEBANGSAAN BAKAP INDAH 14200 SUNGAI JAWI, SEBERANG PERAI SELATAN

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM KALI PERTAMA 2013

TARIKH : 28 DISEMBER 2012 HARI : KHAMISMASA : 8.00 PAGITEMPAT : BILIK MESYUARAT SK BAKAP INDAHKEHADIRAN : EN. NAZARUDIN BIN SHAARI (GB)EN. MOHD SHUKRI B. AWANG YAHYA (PK 1)EN. YUSNI B YAHYA (PK KOKU)PN. NOR AZIRAH BT WANPN. ROSLIDA BT MD. NOHPN. NORHIJAT BT HASSANPN. FAZILAH BT AHMADPN. RUSNIWATI BT SADRYPN. AYU KHUZAINI BT MOHD YUSOFPN. RENUGA A/P KONAPALANPN. NOR AZLINA BT AHMADCIK SITI ZALEHA BT ABD HAMID PN HASNOONIE BT ISMAILPN NORFAIZAH BT MAHMUD PN ZIRA BT DERAMAN EN YUSOFF B. AWANGEN. MOHD NAJIB B. ABDUL SAMADEN. MUHAMMAD AZIZI B ABD HALIMEN. MOHD KHAIRUL SANI B CHE ANIPN NAZIMAH SAL BT ZABEDINEN SHAHRUM B IBRAHIMEN ABD LATIF B ABDUL MOHD SHUKOREN HAIRUDDIN BIN PN ROSNANI BT DAHAMAN TIDAK HADIR :TN HJ SHAMSUDDIN B. OTHMAN (Tidak sihat)PN. HALIMAH BT SAAD (PK HEM)