minit mesyuarat peperiksaan kali pertama 2015

3
PK07 Pengurusan Mesyuarat Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00 PK 07/3 SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT RAHMAT, 84700 LEDANG, JOHOR. MINIT MESYUARAT PENGURUSAN PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN BIL 1 / 2015 Tarikh : 28 JANUARI 2014 Masa : 2.00 petang 3.15 petang Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Bukit Rahmat Pengerusi : Puan Adibah binti Mohd Kalid Kehadiran(Bilangan) : Hadir - 19 orang Tidak hadir - 2 orang Turut Hadir (Jika ada) : Tiada 1 PERUTUSAN PENGERUSI Puan Adibah binti Mohd Kalid mengucapkan syabas kepada Unit Peperiksaan dan Penilaian kerana berjaya mengadakan mesyuarat pada petang ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana berjaya menghadirkan diri ke mesyuarat Pengurusan Peperiksaan dan Penilaian buat kali pertama tahun 2015. Beliau berharap segala program yang telah disusun pada tahun 2015 akan berjalan lancar dan berjalan mengikut tarikh yang telah ditetapkan dalam Buku Program Sekolah. 2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU Dicadang untuk disahkan oleh Encik Hamzah bin Md Basir Disokong untuk pengesahan oleh Cik Norasikin binti Johar 3 PEMBENTANGAN FOKUS MESYUARAT 3.1 SAPR dan SAPS 3.1.1 Untuk makluman semua guru, Unit Peperiksaan dan Penilaian akan menggunakan semula Sistem Analisa Peperiksaan (SAPR) untuk mengisi markah di untuk peperiksaan yang dijalankan di peringkat sekolah. Setiausaha Peperiksaan merangkap Setiausaha Peperiksaan Dalaman iaitu Puan Roseliana binti Rusli akan memasukkan dan mendaftar semua nama murid tahun 1 hingga tahun 6 ke dalam SAPR. Manakala uru-guru mata pelajaran pula bertanggungjawab untuk memasukkan markah murid ke dalam SAPR. Semua kerja-kerja memasukkan markah boleh dilakukan di komputer yang terletak di Bilik Operasi Pentaksiran. Guru-guru juga dikehendaki mengisi borang transit markah untuk diserahkan kepada Setiausaha Peperiksaan Dalaman. Tindakan: Setiausaha Peperiksaan Dalaman dan semua guru mata pelajaran

Upload: rosell-roseliana-rusli

Post on 24-Dec-2015

613 views

Category:

Documents


39 download

DESCRIPTION

Unit Peperiksaan dan Penilaian 2015 SK BUKIT RAHMAT

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Mesyuarat Peperiksaan Kali Pertama 2015

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT RAHMAT, 84700 LEDANG, JOHOR.

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN BIL 1 / 2015

Tarikh : 28 JANUARI 2014 Masa : 2.00 petang – 3.15 petang Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Bukit Rahmat Pengerusi : Puan Adibah binti Mohd Kalid Kehadiran(Bilangan) : Hadir - 19 orang Tidak hadir - 2 orang Turut Hadir (Jika ada) : Tiada

1 PERUTUSAN PENGERUSI

Puan Adibah binti Mohd Kalid mengucapkan syabas kepada Unit Peperiksaan dan Penilaian kerana

berjaya mengadakan mesyuarat pada petang ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada

semua guru kerana berjaya menghadirkan diri ke mesyuarat Pengurusan Peperiksaan dan

Penilaian buat kali pertama tahun 2015. Beliau berharap segala program yang telah disusun pada

tahun 2015 akan berjalan lancar dan berjalan mengikut tarikh yang telah ditetapkan dalam Buku

Program Sekolah.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Dicadang untuk disahkan oleh Encik Hamzah bin Md Basir

Disokong untuk pengesahan oleh Cik Norasikin binti Johar

3 PEMBENTANGAN FOKUS MESYUARAT

3.1 SAPR dan SAPS

3.1.1 Untuk makluman semua guru, Unit Peperiksaan dan Penilaian akan menggunakan

semula Sistem Analisa Peperiksaan (SAPR) untuk mengisi markah di untuk

peperiksaan yang dijalankan di peringkat sekolah. Setiausaha Peperiksaan merangkap

Setiausaha Peperiksaan Dalaman iaitu Puan Roseliana binti Rusli akan memasukkan

dan mendaftar semua nama murid tahun 1 hingga tahun 6 ke dalam SAPR. Manakala

uru-guru mata pelajaran pula bertanggungjawab untuk memasukkan markah murid ke

dalam SAPR. Semua kerja-kerja memasukkan markah boleh dilakukan di komputer

yang terletak di Bilik Operasi Pentaksiran. Guru-guru juga dikehendaki mengisi borang

transit markah untuk diserahkan kepada Setiausaha Peperiksaan Dalaman.

Tindakan: Setiausaha Peperiksaan Dalaman dan semua guru mata pelajaran

Page 2: Minit Mesyuarat Peperiksaan Kali Pertama 2015

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

3.1.2 SAPS masih dalam penyelenggaraan. Setiausaha memaklumkan sebaik sahaja sistem

boleh digunakan beliau akan mengedarkan kata laluan kepada guru-guru. Untuk

pengetahuan semua guru, SAPS hanya digunakan untuk mengisi markah tahun 6

sahaja.

Tindakan : Setiausaha Peperiksaan Dalaman dan guru-guru mata pelajaran teras Tahun 6

3.2 Waktu Peperiksaan

3.2.1 Peperiksaan hanya akan dijalankan sebanyak tiga kali untuk peperiksaan dalaman iaitu

pada bulan Mac, Mei dan Oktober. Cadangan Takwim peperiksaan telah dikeluarkan

oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia yang dimuat turun melalui SAPS. Setiausaha

Peperiksaan akan membina takwim peperiksaan berdasarkan takwim peperiksaan

tersebut.

Tindakan Setiausaha Peperiksaan Dalaman

3.2.2 Jadual Pengawasan Guru akan disediakan oleh Setiausaha Peperiksaan berdasarkan

Jadual Waktu Persendirian Guru. Ini bermakna guru akan mengawasi peperiksaan

mengikut jadual waktu persendirian masing-masing.

Tindakan : Semua guru

3.2.3 Tarikh yang dicadangkan untuk peperiksaan awal tahun ialah pada 1 Mac 2015 –

4 Mac 2015.

Tindakan Setiausaha Peperiksaan Dalaman

3.3 Penyediaan Kertas Soalan, Pengambilan Kertas Soalan dan Penyerahan Skema

Jawapan

3.3.1 Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun terutamanya untuk mata

pelajaran teras akan disediakan oleh pihak Majlis Guru Besar. Guru-guru perlu

membina sendiri soalan peperiksaan untuk mata pelajaran elektif.

Tindakan : Setiausaha Peperiksaan Dalaman dan semua guru

3.3.2 Guru-guru dikehendaki menyerahkan soalan yang telah dibina kepada Setiausaha

Peperiksaan seminggu sebelum peperiksaan berjalan. Ini adalah untuk memudahkan

Setiausaha Peperiksaan menyemak dan diserahkan kepada Puan Guru Besar untuk

disahkan. Proses ini juga penting memandangkan soalan-soalan yang disediakan perlu

diperbanyakkan.

Tindakan : Setiausaha Peperiksaan Dalaman dan semua guru

3.3.3 Pada hari peperiksaan guru-guru dikehendaki mengambil sendiri soalan di Bilik

Peperiksaan dan menanda buku rekod yang telah disediakan. Guru-guru juga

dikehendaki memulangkan skema jawapan murid-murid ke Bilik Operasi Pentaksiran.

Tindakan : Semua guru

Page 3: Minit Mesyuarat Peperiksaan Kali Pertama 2015

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

3.4 PBS / SBOA / PLBS / PEKA /PAFA

3.4.1 Untuk makluman semua guru PBS akan bermula pada bulan Februari. Surat-surat

perlantikan akan diserahkan sendiri oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan

Rosnah bt Mohd Noh.

Tindakan : Guru Penolong Kanan Pentadbiran

3.4.2 Ketua-ketua Pentaksir adalah seperti berikut :

PBS / SBOA – Puan Khairul Adawiyah bt Malik Ridzwan

PLBS – Puan Zaliha bt Mohamed

PEKA – Puan Roseliana bt Rusli

PAFA – Encik Abd Razak b Mohd Darom

Tindakan : Guru Penolong Kanan Pentadbiran

3.5 Rekod Transit KSSR Offline

3.5.1 Semua guru yang terlibat perlu menyediakan rekod tersebut dan diisi serta dimasukkan

ke dalam fail PPPB sebagai bukti.

Tindakan : Semua guru KSSR

PENUTUP

a. Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada petang dengan mengucapkan terima kasih dan

tahniah kerana berjaya mengadakan mesyuarat kali pertama. Mesyuarat kali kedua akan

diadakan pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.15 petang.

Disediakan oleh, Disemak Oleh, ..........................................……… ……...............................………. (ROSELIANA BT RUSLI ) ( ) Setiausaha Peperiksaan Dalaman Pengerusi Tarikh :1 Februari 2015 Tarikh :