minit mesyuarat pbs kali pertama 2013

6

Click here to load reader

Upload: lily-herma

Post on 20-Jul-2015

903 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Minit mesyuarat pbs kali pertama 2013

SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR PANJANG71250 PASIR PANJANG,PORT DICKSON, NEGERI SEMBLAN DARUL KHUSUS Tel./ Fax 06-6619032

MINIT MESYUARAT PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)KALI PERTAMA TAHUN 2013

Tarikh : 17 Januari 2013Masa : 1.05 tengah hariTempat : Bilik Gerakan SKPPKehadiran : En Ahmad Zabrin bin Zainal (GB)

Pn Hjh Abidah bt Hj Kamaruddin (GPK 1)Cik Neo Lai Keong (SUP)Pn Hermaliza bt Helmi(Penyelaras)En Mohd Nor Qadar b Hj NawawiEn Selvarajah a/l PeriasamyEn Ros Mohd ShahJoharPn Fauziah binti SulaimanCik Shamsiah bt AhmedPn Sinra HanyiCik Rabiatul AdawiyahPn Zarina bt Mohd ZohdiPn Siti Zarida bt Jalaludin’Pn Fadhlina bt BasirPn Hernih bt SalamCik Nur Rusita bt NordinPn Zuridah bt HamzahPn Khairunisa bt ZakariaPn Farozamzam bt BakarPn Norzalila bt Mohamed SalemPn Kamariah bt Esa

Agenda : 1. Ucapan Pengerusi2. Ucapan Guru Besar3. Konsep, Dasar dan Pelaksanaan PBS4. Agihan tugas jawatankuasa PBS 20135. Lantikan Pentaksir Sekolah6.Sistem Fail PBS7. Surat pekeliling dan surat siaran pelaksanaan PBS8. Peraturan-peraturan am pelaksanaan PBS9. Jadual Kerja Pelaksanaan10. Pengurusan evidens11. Pengurusan pelaksanaan PBS bagi kes-kes khas12. Hal-hal lain13. Ucapan Penangguhan

Page 2: Minit mesyuarat pbs kali pertama 2013

AGENDA 1 : UCAPAN PENGERUSIPn Hermaliza bt Helmi

1.1 Ucapan aluan dan terima kasih kepada semua kerana dapat menghadiri mesyuarat PBS kali pertama.

1.2 PBS bagi tahun 2013 dilaksanakan bagi tahun 1,2 dan 3 selaras dengan pelaksanaan KSSR bagi tahun 3 sesi 2013.

Tindakan : Makluman

AGENDA 2 : UCAPAN GURU BESAREn Ahmad Zabrin bin Zainal

2.1 Mengucapkan tahniah kepada semua guru kerana dapat menghadiri mesyuarat. 2.2 Menyatakan bahawa guru perlu merujuk surat pekeliling yang diedarkan oleh KPM mengenai pelaksanaan PBS bagi tahun 1 ,2 dan 3.2.3 Memaklumkan bahawa pelaksanaan PBS untuk tahun 2013 bermula pada 2 Januari 2013. Diharapkan semua guru dapat melaksanakan PBS seperti yang telah diarahkan oleh pihak KPM.Tindakan : Makluman

AGENDA 3 : KONSEP, DASAR PELAKSANAAN DAN KOMPONEN PBS

3.1 Konsep PBS adalah penambahbaikan UPSR dan PMR mulai tahun 2011

3.2 Dasar Pelaksanaan PBS mempunyai punca kuasa iaitu Akta Pendidikan, mesyuarat jemaah menteri

3.3 Komponen PBS bagi tahap 1 ialah pentaksiran sekolah (PS). Komponen PBS bagi tahap 2 ialah pentaksiran sekolah (PS), Pentaksiran Pusat(PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi),

AGENDA 4 : AGIHAN JAWATANKUASA PBS

Pengerusi : En Ahmad Zabrin bin Zainal (Guru Besar)Naib Pengerusi : Pn Hjh Fadzilah bt Samik (Pen.Kanan Pentadbiran)-PS dan PP

Pn Radziah bt Hj Bakar (Pen. Kanan HEM)-PPsi/Pembudayaan PBSEn Ahmad Razali bin Salleh (Pen. Kanan Kokurikulum)-PAJSK

Setiausaha PBS: Pn Hermaliza bt HelmiAhli : KP BM – Pn Farozamzam bt Bakar (Latihan /Penataran) KP BI – Pn Norzalila bt Mohamed Salim (Penyelarasan)

KP SN – Pn Siti Zarida bt Jalaludin (Pementoran)KP PAI – Pn Zuridah bt Hamzah (Pemantauan)KP MT – Pn Zarina bt Mohd Zohdi (Pengesanan)KP PS/BA (PS dan PP)Guru Cemerlang - Pn Siti Zarida bt JalaludinGuru Disiplin-En Ros Mohd Shah JohaGuru Bimbingan dan Kaunseling – En Ahmad Affandi (PPsi)Guru Penolong Sukan – En Mohd Saidi bin Sarlan (PAJSK)Jurulatih Utama-Pn Hermaliza bt Helmi (Bahasa Inggeris)Guru-guru pentaksir

Page 3: Minit mesyuarat pbs kali pertama 2013

AGENDA 5 : LANTIKAN PENTAKSIR SEKOLAH

5.1 Semua guru matapelajaran KSSR dilantik sebagai pentaksir sekolah.5.2 Surat lantikan pentaksir akan diberikan pada Januari dan Februari. Pentaksir perlu memulangkan surat jawapan lantikan pentaksir kepada Unit PBS.

AGENDA 6 : SISTEM FAIL PBS

6.1 Penggunaan ring file bagi murid untuk sesi 2013. Setiap murid mempunyai satu fail yang menghimpunkan semua evidens bagi setiap subjek yang dipelajari. Guru perlu menyediakan pembahagi untuk fail murid tersebut.6.2 Fail guru adalah ring file dan menggunakan satu fail guru sahaja.6.3 Fail induk diletakkan di bilik fail di pejabat.6.4 Penyimpanan fail evidens murid akan diletakkan di dalam bilik peperiksaan bagi memastikan keadaan fail sempurna. 6.5 Senarai fail yang diperlukan ialah:6.5.1 Fail Induk-Pengurusan

6.5.2 Fail Guru

6.5.3 Fail Perkembangan Murid –FPM

6.5.4 Fail Showcase

AGENDA 7 : SURAT PEKELILING DAN SURAT SIARAN PELAKSANAAN PBS

7.1 Surat pekeliling dan surat siaran pelaksanaan PBS yang telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan adalah seperti berikut: 7.1.1 KP.LP.003.07.14 (3) bertarikh 22 Feb 20117.1.2 KP.LP.003.07.14.05(1) bertarikh 29 Julai 20117.1.3 KP.LP.003.07.14.05(3) bertarikh 15 Sep 2011.7.2 Setiap panitia perlu meletakkan surat tersebut dalam fail panitia masing-masing.

AGENDA 8 : PERATURAN-PERATURAN AM PELAKSANAAN PBS

8.1 Syarat pelaksaanaan PBS disekolah adalah :8.1.1 semua murid di semua sekolah hendaklah melaksanakan PBS8.1.2 semua murid hendaklah didaftarkan dalam SPPBS

8.2 Pengurusan kes khas yang melibatkan PBS adalah seperti berikut :8.2.1 Kes disiplin8.2.2 Murid tidak hadir ke sekolah dalam tempoh yang panjang atas sebab kesihatan8.2.3 Murid OKU8.2.4 Murid bertukar sekolah8.2.5 Murid bawah pengawasan KDN dan JKM8.2.6 Atlet8.2.7 Murid baru pulang dari bermastautin di luar negara.

AGENDA 9 : JADUAL KERJA PELAKSANAAN

Page 4: Minit mesyuarat pbs kali pertama 2013

9.1 Jadual kerja pelaksanaan PBS melibatkan 9.1.1 PS/PP/PAJSK/PPsi9.1.2 Program Pembudayaan PBS(Murid/Guru/Ibubapa/Jalinan dan Jaringan)9.1.3 Latihan/Penataran-pelaksanaan LDP KSSR dan PBS9.1.4 Penyelarasan9.1.5 Pementoran9.1.6 Pemantauan9.1.7 Pelaporan Prestasi murid dalam SPPBS-2 kali setahun (Mei dan Oktober)

AGENDA 10 : PENGURUSAN EVIDENS

10.1 Evidens perlu diletakkan di tempat yang selamat dan sistematik. Evidens telah diletakkan di bilik peperiksaan yang boleh diakses oleh semua warga sekolah.10.2 Evidens murid bagi tahun 2011 dan 2012 telah dipulangkan kepada murid.

AGENDA 11 : PENGURUSAN PELAKSANAAN PBS BAGI KES-KES KHAS

11.1 Terdapat kes-kes khas yang telah dapat dikenalpasti:11.1.1murid tidak hadir/buang/berhenti sekolah

i. Muhammad Zafirul -1 Jaya(2011)ii. Amirul Zaki -1 Jaya (2011)

11.2 murid OKUi. Muhammad Danish Iqram -1 maju

11.3 murid mempunyai masalah kesihatani. Nur Aiman Ridhuan (masalah buah pinggang) 2 Jaya

AGENDA 12 : HAL-HAL LAIN

12.1 Cik Neo mencadangkan untuk penetapan peratusan bagi menguasai standard prestasi yang telah ditetapkan. Sebulat suara menyokong peratusan 100 peratus bagi menguasai band 1 dan band 2 manakala 80 peratus bagi menguasai band 3, band 4, band 5 dan band 6. Semua guru dapat memberikan komitmen yang tinggi dalam pelaksanaan PBS agar ramai murid boleh mendapat band 6.12.2 GPK HEM meminta semua guru kelas memastikan bilangan sebenar murid dalam kelas adalah betul bagi penyerahan BR1M pada 19hb Januari 2012.12.3 GPK Akademik memaklumkan semua guru diberikan relief tetap kerana masalah kekurangan guru. Semua guru diminta memberikan kerjasama.12.4 GPK Akademik meminta semua fail panitia dikemas kini.

AGENDA 13: UCAPAN PENANGGUHAN

13.1 Ucapan terima kasih kerana menghadiri mesyuarat PBS kali pertama untuk 2013.13.2 Berharap agar semua jawatankuasa dapat bekerjasama bagi menjayakan PBS di Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang.13.3 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Disediakan oleh ,

…………………………….

Page 5: Minit mesyuarat pbs kali pertama 2013

(PN HERMALIZA BTE HELMI)Setiausaha PBS,Sek. Keb. Pasir Panjang,71250 Port Dickson.

Page 6: Minit mesyuarat pbs kali pertama 2013

(PN HERMALIZA BTE HELMI)Setiausaha PBS,Sek. Keb. Pasir Panjang,71250 Port Dickson.