minit mesyuarat kurikulum kali pertama

9
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT ROKAN UTARA (F) 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI PERTAMA 2014 Hari : Khamis Tarikh : 26 Disember 2013 Masa : 8.00 pagi Tempat : Bilik Gerakan SKBRU Kehadiran : 1. Pn Wan Melati Binti Mat Lazin -Guru Besar 2. Pn Zaharah Binti Daud -GPK 1 3. En. Nawira Bin Saal @ Tahir -GPK HEM 4. En. Kamarzaman Bin Md Shariff -GPK KoKu 5. Pn. Idahyunizah Binti Khamis - Setiausaha 6. Cik Noor Hidayati Binti Abdul Wahab 7. Cik Norlela Binti Karim 8. En. Norazlihan Bin Jelani 9. Pn. Radiah Binti Yusof 10. En. Jamaludin Bin Khamis 11. Pn. Norlida Binti Abd Aziz 12. Pn. Faridah Binti Ahmad 13. Pn. Zaleha Binti Hassan 14. En. Johanis Bin Haji Saberin 15. En. Mohd Radhi Bin Mohd Azmee 16. En. Mohd Rohaizad Bin Mohd Raduan 17. Pn. Muhasmaniza Bt Mohamed 18. En. Mohd Najib Bin Mohd Kahar 19. En. Mohd Shafie Bin Mohd Yunos 20. En. Mohd Zarif bin Mohd Sani 21. Cik Norrizati binti Mohamad Kamil 22. Pn. Anis Fatini bin Azimi Tidak Hadir : 1. Cik Norrizati binti Mohamad Kamil Mesyuarat Kurikulum Kali Pertama 2014 1

Upload: eida-rayyan-eina-adi

Post on 23-Dec-2015

63 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

MINIT MESYUARAT

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Mesyuarat Kurikulum Kali Pertama

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT ROKAN UTARA (F)

73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN

MINIT MESYUARAT KURIKULUM

KALI PERTAMA 2014

Hari : Khamis Tarikh : 26 Disember 2013Masa : 8.00 pagiTempat : Bilik Gerakan SKBRU

Kehadiran :

1. Pn Wan Melati Binti Mat Lazin -Guru Besar2. Pn Zaharah Binti Daud -GPK 13. En. Nawira Bin Saal @ Tahir -GPK HEM4. En. Kamarzaman Bin Md Shariff -GPK KoKu5. Pn. Idahyunizah Binti Khamis - Setiausaha6. Cik Noor Hidayati Binti Abdul Wahab7. Cik Norlela Binti Karim8. En. Norazlihan Bin Jelani9. Pn. Radiah Binti Yusof10. En. Jamaludin Bin Khamis11. Pn. Norlida Binti Abd Aziz12. Pn. Faridah Binti Ahmad13. Pn. Zaleha Binti Hassan14. En. Johanis Bin Haji Saberin 15. En. Mohd Radhi Bin Mohd Azmee16. En. Mohd Rohaizad Bin Mohd Raduan17. Pn. Muhasmaniza Bt Mohamed18. En. Mohd Najib Bin Mohd Kahar19. En. Mohd Shafie Bin Mohd Yunos20. En. Mohd Zarif bin Mohd Sani21. Cik Norrizati binti Mohamad Kamil22. Pn. Anis Fatini bin Azimi

Tidak Hadir : 1. Cik Norrizati binti Mohamad Kamil

Mesyuarat Kurikulum Kali Pertama 2014 1

Page 2: Minit Mesyuarat Kurikulum Kali Pertama

Agenda Mesyuarat :

1. Ucapan Guru Besar2. Pesanan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan3. Fokus 20144. Program Kurikulum5. Mesyuarat Panitia6. Ucapan Guru Penolong Kanan Akademik7. Hal-hal Lain8. Ucapan Penangguhan

1. UCAPAN GURU BESAR (PN. WAN MELATI BINTI MAT LAZIN)

1.1 Beliau mengucapkan tahniah kerana dapat menghadirkan diri pada mesyuarat kurikulum kali pertama bagi sesi 2014.

1.2 Beliau mengharapkan supaya kurikulum pada tahun 2014 menjadi berkualiti, MMI perlu dijaga supaya hasrat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan tercapai.

1.3 Beliau meminta guru-guru melihat Jawatankuasa kurikulum 2014 yang telah diedarkan. Beliau meminta Cik Norrizati membantu menguruskan Pusat Sumber.

Tindakan : semua guruMakluman : semua guru

2. PESANAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN

2.1 Beliau memaklumkan bahawa UPSR 2013, SK. Bukit Rokan Utara menduduki tangga pertama dalam kategori Sekolah FELDA Daerah Tampin. Begitu juga dengan Sekolah Kluster, sekolah menunjukkan peningkatan yang ketara dalam UPSR.

2.2 Beliau memaklumkan bahawa UPSR daerah Tampin menduduki tangga keempat. Peruntukan waktu Tahap 2 untuk Reka Bentuk Teknologi (RBT) dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) 60 minit seminggu. Maklum balas En. Kamazaman bahawa guru yang mengajar kedua-dua mata pelajaran adalah berlainan. Ada cadangan menyatakan mata pelajaran TMK diajar pada bulan yang ganjil (Januari,Mac,Mei, Julai, September, November). Manakala untuk mata pelajaran RBT diajar pada bulan yang genap. Ada cadangan juga TMK boleh diajar pada semester pertama TMK dan semester kedua RBT.

2.3 Beliau juga memaklumkan Ujian Psikometrik bagi guru Bimbingan Kaunseling akan diadakan pada 21 Januari 2014 di Pejabat Pendidikan Jempol.

Tindakan : Pn. Muhasmaniza Makluman : semua guru

2.4 Lonjakan Saujana untuk murid Tahun 6 bagi sekolah kita perlu dibuat semula memandangkan prestasi sekolah kita menduduki tangga ke-4.

2.5 Pada Tahun ini Jemaah Nazir telah memilih Negeri Sembilan untuk melihat MMI terus ke sekolah, guru diminta berhati-hati dan bersedia dalam semua perkara.

Mesyuarat Kurikulum Kali Pertama 2014 2

Page 3: Minit Mesyuarat Kurikulum Kali Pertama

Beliau berharap agak ketiga-tiga bidang perlu mengikut instrumen SKPM yang telah ditetapkan.

2.6 Beliau menyatakan bahawa LINUS PPD Tampin LINUS2.6.1 Bagi Tahun 1 Literasi 80.64%, Numerasi 89.04% menduduki tangga akhir

dalam daerah Tampin. Bagi sekolah kita 90% bagi literasi dan 92.5% bagi numerasi. Bagi Tahun 2, keseluruhan daerah Tampin bagi literasi 90.90% dan numerasi 94.60% menduduki tangga ke-2 akhir. Literasi bagi sekolah kita ialah 90.24% dan Numerasi 92.68%. Bagi Tahun 3 pula, 96.88% bagi Literasi dan 99.79% serta menduduki tangga ke-2 akhir. Bagi sekolah kita, 100% murid menguasai.

2.6.2 Beliau menyatakan supaya guru-guru dapat menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan, menarik dan berkualiti sebelum melakukan ujian. Jika terdapat murid yang masih lemah, guru perlu menghantar murid untuk pemeriksaan doktor dan tidak perlu tanda dalam borang penilaian LINUS.

2.6.3 Bagi penilaian Baiah, penilaian berdasarkan LINUS 100%, tiada tindakan tatatertib dan Lonjakan UPSR. Kelestarian murid sekolah adalah penting yang merupakan misi sekolah.

2.7 Beliau menyatakan budaya cocostar, setiap guru perlu mengetahui tentang cocostar dari Tahun 1 hingga Tahun 6.

2.8 Beliau juga menyatakan Pendidikan Islam dan J-QAF, pencapaian PPD Tampin ialah 89% dan menduduki tangga keempat.

2.9 Beliau memaklumkan bahawa Kem Bestari Solat dijalankan 4 kali setahun, 10 jam sekali dan dimasukkan dalam takwim sekolah

2.10 Beliau menyatakan bagi sekolah yang berprestasi rendah, pegawai pendidikan akan datang ke sekolah dan dialog prestasi akan diadakan bersama pegawai.

2.11 Beliau memaklumkan bahawa post mortem UPSR 2013 perlu dihantar pada 6 Januari 2014.

Tindakan : semua guruMakluman : semua guru

3. FOKUS 2014

3.1 Bagi peningkatan akademik 2014 fokus utama guru ialah:3.1.1 Penguasaan Kemahiran Asas 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan

menaakul. Guru perlu menguji murid berfikiran aras tinggi dan dilaksanakan dalam kelas.

3.1.2 MMI merupakan fokus utama lonjakan akademik.3.1.3 Kebitaraan Bahasa Inggeris, beberapa program dan perkara akan

dibincangkan dalam mesyuarat kluster.3.1.4 Program i-Think, semua mata pelajaran perlu melaksanakan dalam

pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk i-Think yang sesuai.3.1.5 Budaya Membaca, pada Tahun 2013, Program Membaca ini sangat baik

dan tingkatkan program ini lebih lagi pada tahun ini.3.1.6 Program Tahun 6, tiada lagi dan beliau memperkenalkan Program OPPM

akademik dan meminta guru tahun 6 menyambut program OPPM perlu dibuat .

Mesyuarat Kurikulum Kali Pertama 2014 3

Page 4: Minit Mesyuarat Kurikulum Kali Pertama

3.1.7 Program Tahap 1 perlu dijalankan oleh guru Tahap 1 supaya LINUS 100% dan J-QAF 100%. Guru diminta membuat program dalam bentuk OPPM. Dalam perancangan strategik telah ditulis hanya perlu dipindahkan dalam bentuk OPPM.

3.1.8 Program Tahap 2, guru diminta membuat program untuk tahap 2.3.1.9 Bulan Panitia, setiap panitia diminta membuat aktiviti panitia.3.1.10 Kemahiran HOTS, KBAT perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan

pembelajaran guru.3.1.11 Teknik GROW, perlaksanaan seperti Headcount sekolah tetapi telah

diamalkan oleh kebanyakan sekolah-sekolah kluster dan beliau meminta semua guru mengamalkannya.

Tindakan : semua guruMakluman : semua guru

3.2 Mesyuarat Panitia3.2.1 Guru diminta membuat Post Mortem berdasarkan keputusan peperiksaan

akhir 2013. Guru perlu membuat penambah baikan berdasarkan faktor guru, faktor soalan, faktor peranan panitia, faktor program sekolah dan faktor murid.

3.2.2 Perancangan 2014 perlu ada anggaran perbelanjaan.3.2.3 BOS akan diterangkan kemudian.3.2.4 Sukatan dan rancangan pelajaran tahunan perlu ada dalam Buku Rekod

Mengajar dan diselaraskan mengikut panitia. Jika terlalu tebal dan tidak muat buat catatan bahawa sukatan pelajaran tahunan telah difailkan dan perlu dibawa semasa masuk ke kelas.

3.2.5 Bincangkan juga mengenai PBS, KSSR, LINUS serta dasar-dasar Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tindakan : semua guruMakluman : semua guru

4. UCAPAN GURU PENOLONG KANAN AKADEMIK

4.1 Beliau mengucapkan syukur kerana dipanjangkan umur dengan izinNya kerana dapat berkumpul dan membincangkan perkara-perkara serta pandangan untuk program 2014.

4.2 Ucapan terima kasih kepada semua guru kerana telah bekerjasama menjayakan program pada tahun ini. Beliau juga mengucapkan syabas kepada guru Tahun 6 kerana telah berusaha meningkatkan prestasi sekolah dalam Penilaian UPSR. Begitu juga kepada Pra sekolah hingga ke Tahun5. Pada program-program panitia, ada juga program yang tidak dapat dilaksanakan dan berharap agar pada tahun ini terdapat penambahbaikan.

4.3 Beliau menyatakan tentang Post Mortem UPSR (lihat lampiran 1), beliau berharap kepada guru Tahun 6 supaya dapat membuat analisa Post Mortem yang berkualiti untuk dapat membuat perancangan dan aktiviti pada tahun 2014. Kualiti 5A seramai 6 orang. Pada keseluruhannya pada tahun ini merupakan tahun terbaik untuk penilaian UPSR.

4.4 Post Mortem Kurikulum sepanjang Tahun 2013:4.4.1 Perancangan Strategik. Perancangan tidak dilaksanakan mengikut program

yang dirancang. Tiada semakan semula mengenai program yang

Mesyuarat Kurikulum Kali Pertama 2014 4

Page 5: Minit Mesyuarat Kurikulum Kali Pertama

dijalankan. Guru membuat program tetapi tiada analisa serta laporan-laporan bergambar. Beliau tidak menerima sebarang laporan daripada program yang dijalankan.

4.4.2 Pengurusan Fail. Pengurusan fail masih ditahap sederhana. Minit mesyuarat kebanyakan tiada. Pada tahun ini, minit mesyuarat perlu disiapkan dan berada dalam tempoh 7 hari.

4.4.3 Pengajaran dan pembelajaran telah banyak disentuh oleh guru besar. Mengenai penghantaran buku rekod mengajar, terdapat guru tidak hantar buku rekod mengajar mengikut waktu yang ditetapkan. Beliau berharap semua guru memberikan perhatian tentang buku rekod mengajar.

4.4.4 Sudut panitia tidak dikemaskini. Beliau meminta agar membuat penambah baikan terhadap papan panitia.

4.4.5 Buku latihan dan kerja murid tidak bertanda. Beliau berharap agar menanda buku kerja murid. Jika salah guru tolong betulkan dan minta murid membuat pembetulan.

4.4.6 Aktiviti panitia pagi pada tahun 2013 tidak berjalan. Cuma terdapat sebahagian sahaja yang melaksanakan aktiviti panitia pagi.

4.4.7 Headcount dan analisis item hanya tahun 6 sahaja yang buat. Beliau berharap tolong membuat analisa item setiap mata pelajaran.

4.4.8 Headcount telah dilaksanakan tetapi masih terdapat guru tidak melaksanakan sepenuhnya. Pada tahun ini, headcount sekolah akan menggunakan Teknik GROW.

4.4.9 TOV dan target pada tahun 2013 telah menyediakan analisa gred mata pelajaran sekolah. Maklum balas Pn. Zaharah meminta Cik Noor Hidayati menyediakan Gred Purata Sekolah keseluruhan.

4.5 Jawatankuasa Kurikulum 2014 serta guru kelas 2014, rujuk lampiran 24.6 Jadual waktu masih lagi dalam pemprosesan. Terdapat beberapa perubahan perlu

dilakukan.4.7 Terdapat pelbagai perancangan strategik maka telah diputuskan untuk

menggunakan perancangan strategik sekolah kluster.4.8 Maklum balas guru besar:

4.8.1 Mengenai surat panggilan mesyuarat, setiap setiausaha perlu menyediakan satu surat panggilan mesyuarat dan minta masukkan ke dalam fail

Tindakan : setiausaha Makluman : semua guru

4.8.2 Mengenai Buku Rekod Mengajar, satu hari tidak tulis akan didenda RM 500.

4.8.3 Borang tugasan guru 2014 perlu diedarkan.4.8.4 Cik Noor Hidayati diminta membuat GPS sekolah untuk perancangan

2014.Tindakan : semua guruMakluman : semua guru

5. HAL-HAL LAIN

5.1 sukatan pelajaran bagi setiap panitia perlu lengkap.5.2 LDP KSSR Tahun 4, esok guru perlu bersedia, jika perlu beri edaran tolong

edarkan.

Mesyuarat Kurikulum Kali Pertama 2014 5

Page 6: Minit Mesyuarat Kurikulum Kali Pertama

5.3 Cik Norlela menyatakan GPS Sekolah untuk UPSR. Maklum balas guru besar GPS sekolah ditentukan oleh sekolah sendiri.

Tindakan : semua guruMakluman : semua guru

6. UCAPAN PENANGGUHAN

6.1 Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru di atas kerjasama yang diberikan dalam Mesyuarat Kurikulum kali pertama 2014 ini dan mengharapkan agar semua yang telah dirancangkan dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar.

6.2 Guru Besar memohon maaf sekiranya ada tersilap kata dan menyinggung perasaan ketika beliau mempengerusikan mesyuarat.

6.3 Menyatakan mesyuarat ditangguh pada pukul 1:15 petangTindakan : semua guru

\ Makluman : semua guru

Disediakan oleh :

__________________________

(IDAHYUNIZAH BINTI KHAMIS)

Setiausaha,

Mesyuarat Kurikulum

SK. Bukit Rokan Utara.

Mesyuarat Kurikulum Kali Pertama 2014 6