minit mesyuarat kokurikulum kali ke 4 new

7
Minit Mesyuarat Mesyuarat Kokurikulum Kali ke 4 Tahun 2013 Tarikh: 30 Oktober 2013 Masa: 1.40 petang Tempat: Bilik Mesyuarat SKGN Pengerusi: Pn Noorizah binti Shuid Guru Besar Sekolah Kebangsaan Guar Nangka Kehadiran: 1) Pn. Noorizah binti Shuid (GURU BESAR) 2) Pn. Mohd Nadzari bin Baharom (GPK PENTADBIRAN) 3) En. Chatri A/L Sing (GPK KOKURIKULUM) 4) En. Osman bin Osman (GPK HEM) 5) Pn. Ainun Kamaliyah binti Kamarul Zaman 6) Pn. Athiyah binti Shuid 7) Pn. Azizah binti Hassan 8) Pn. Fauziah binti Musa 9) Pn. Hartina binti Rosdi 10) Pn. Hasnah binti Wahab 11) Pn. Hasniyanti binti Mohd Hanafiah 12) Pn. Hayati binti Yahaya 13) Pn. Jamalulhaslina binti Fuad 14) En. Yusrizal bin Yusoff 15) En. Muhamad Ridzuan bin Hj. Ismail 16) Pn. Norliza binti Kadir 17) Pn. Nur Adila binti Mohd Fadzil 18) Pn. Nur Nasihah binti Abdullah 19) En. Rohisyam bin Abidin 20) Pn. Salihah binti Abd Kadir 21) Pn. Sharizah binti Abdullah 22) Pn. Siti @ Lebar binti Rejab 23) Pn. Suraiza binti Abdullah 24) Pn. Suriany binti Idris Tidak Hadir Bersebab: 1) En. Mohamad Sofi bin Hassan 2) En. Wan Muhammad Nizar bin Wan Pe

Upload: serchingmax

Post on 26-Dec-2015

211 views

Category:

Documents


24 download

DESCRIPTION

1

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Mesyuarat Kokurikulum Kali Ke 4 NEW

Minit Mesyuarat

Mesyuarat Kokurikulum Kali ke 4 Tahun 2013

Tarikh: 30 Oktober 2013

Masa: 1.40 petang

Tempat: Bilik Mesyuarat SKGN

Pengerusi: Pn Noorizah binti Shuid

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Guar Nangka

Kehadiran: 1) Pn. Noorizah binti Shuid (GURU BESAR)

2) Pn. Mohd Nadzari bin Baharom (GPK PENTADBIRAN)

3) En. Chatri A/L Sing (GPK KOKURIKULUM)

4) En. Osman bin Osman (GPK HEM)

5) Pn. Ainun Kamaliyah binti Kamarul Zaman

6) Pn. Athiyah binti Shuid

7) Pn. Azizah binti Hassan

8) Pn. Fauziah binti Musa

9) Pn. Hartina binti Rosdi

10) Pn. Hasnah binti Wahab

11) Pn. Hasniyanti binti Mohd Hanafiah

12) Pn. Hayati binti Yahaya

13) Pn. Jamalulhaslina binti Fuad

14) En. Yusrizal bin Yusoff

15) En. Muhamad Ridzuan bin Hj. Ismail

16) Pn. Norliza binti Kadir

17) Pn. Nur Adila binti Mohd Fadzil

18) Pn. Nur Nasihah binti Abdullah

19) En. Rohisyam bin Abidin

20) Pn. Salihah binti Abd Kadir

21) Pn. Sharizah binti Abdullah

22) Pn. Siti @ Lebar binti Rejab

23) Pn. Suraiza binti Abdullah

24) Pn. Suriany binti Idris

Tidak Hadir Bersebab: 1) En. Mohamad Sofi bin Hassan

2) En. Wan Muhammad Nizar bin Wan Pe

Page 2: Minit Mesyuarat Kokurikulum Kali Ke 4 NEW

1. PERUTUSAN PENASIHAT (Guru Besar)

1.1 Ucapan Aluan

Terima kasih atas kesudian guru-guru hadir ke mesyuarat. Guru yang tidak dapat hadir telah

memaklumkan ketidakhadiran pada pentadbiran.

Tindakan: SEMUA GURU

1.2 Kelolaan Aktiviti Dan Program Tahun 2013

Tuan Penasihat amat berpuas hati dengan aktiviti dan program yang dijalankan di bawah

kelolaan Unit Kokurikulum sepanjang tahun ini.

Tindakan: SEMUA GURU

1.3 Komitmen Dan Kerjasama Guru

Tuan Penasihat juga memohon kepada seluruh warga guru supaya terus memberikan

komitmen dan kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan aktiviti dan program yang bakal

dilaksanakan seterusnya.

Tindakan: SEMUA GURU

2.0 UCAPAN PENGERUSI (GPK KO)

2.1 Ucapan Aluan

Ucapan terima kasih kepada guru-guru yang hadir kerana dapat memberikan kerjasama

walaupun terdapat banyak tugas yang lain.

Tindakan: SEMUA GURU

2.2 Mesyuarat 4 Kali Setahun

Tahniah dan terima kasih juga untuk guru-guru kerana telah berjaya melaksanakan mesyuarat

kokurikulum 4 kali setahun seperti sasaran dan kehendak pentadbiran sekolah.

Tindakan: SEMUA GURU

2.3 Kehadiran Pihak JPN Perlis

GPK KO telah memaklumkan bahawa Unit Kokurikulum telah dipantau oleh pihak JPN

Perlis dan akan terus dipantau dari semasa ke semasa bagi tujuan pemantapan unit

Kokurikulum sekolah.

Tindakan: UNIT KOKURIKULUM

2.4 Laporan Aktiviti

GPK KO memaklumkan setiap aktiviti yang dijalankan memerlukan laporan yang lengkap

dan dihantar kepada GPK KO untuk dipantau. Setiap laporan perlu mempunyai kulit hadapan

dan isi kandungan yang mengikut keperluan laporan.

Tindakan: SETIAUSAHA PROGRAM DAN KELAB DAN PERSATUAN

Page 3: Minit Mesyuarat Kokurikulum Kali Ke 4 NEW

3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU BIL. 2 TAHUN 2013

Minit mesyuarat dibentangkan untuk disahkan oleh Puan Hartina binti Rosdi dan disokong

oleh Puan Jamalulhaslina binti Fuad.

4.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU BIL. 3 TAHUN 2013

Minit mesyuarat dibentangkan untuk disahkan oleh Puan Ainun Kamaliyah binti Kamarul

Zaman dan disokong oleh Puan Salihah binti Abd Kadir.

5.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT (MAKLUM BALAS MINIT

MESYUARAT YANG LEPAS)

5.1 Majlis Penutup Dan Pembukaan Kejohanan Balapan dan Padang

Tuan Guru Besar mencadangkan agar Majlis Penutup dan Majlis Pembukaan Kejohanan

Balapan dan Padang dibuat pada hari yang sama.

Tindakan: SEMUA GURU

6.0 LAPORAN SETIAUSAHA KOKURIKULUM

6.1 Bantuan Dan Tunjuk Ajar

S/U Kokurikulum mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan guru terutama

kepada GPK KO kerana telah banyak memberikan bantuan dan tunjuk ajar dalam

menjalankan amanah sebagai Setiausaha Kokurikulum sekolah.

Tindakan: SEMUA GURU

6.2 Kemaskini Fail

S/U Kokurikulum mengharapkan agar fail-fail kelab, persatuan, badan beruniform dan rumah

sukan agar mengemaskini maklumat yang diperlukan bagi tahun 2013.

Tindakan: SEMUA GURU

7.0 LAPORAN SETIAUSAHA SUKAN

7.1 Laporan Kejohanan Bola Sepak

Sekolah telah mendapat saguhati dalam penyertaan kejohanan kali ini. Namun dapat

dibanggakan kerana melihat prestasi peserta dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Tindakan: GURU DAN JURULATIH BOLA SEPAK

7.2 Laporan Kejohanan Sepak Takraw

Peserta sekolah telah berjaya menggondol Johan PKP Arau dan telah mewakili PKP ke

peringkat Negeri dan mendapat saguhati.

Tindakan: GURU DAN JURULATIH SEPAK TAKRAW

Page 4: Minit Mesyuarat Kokurikulum Kali Ke 4 NEW

7.3 Laporan Kejohanan Bola Jaring

Dalam kejohanan yang dilangsung di SKGN, peserta sekolah mendapat tempat Naib Johan

PKP dan S/U Sukan mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan guru kerana telah berjaya

mengelola kejohanan ini dengan baik.

Tindakan: SEMUA GURU

7.4 Laporan Kejohanan Bola Baling

Tahniah kepada peserta dan guru yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini kerana

skuad bola baling lelaki telah berjaya menggondol johan dan telah mewakili PKP Arau ke

peringkat negeri.

Tindakan: GURU DAN JURULATIH BOLA BALING

7.5 Laporan Kejohanan Balapan dan Padang PKP Arau

Kita hanya berjaya meraih 2 gangsa. Namun begitu, kesungguhan atlet sekolah sangat

dibanggakan.

Tindakan: GURU DAN JURULATIH OLAHRAGA

8.0 LAPORAN PENYELARAS BADAN BERUNIFORM

8.1 Aktiviti Luar

Penyelaras memaklumkan murid agak kurang penyertaan luar bagi aktiviti kokurikulum.

Tindakan: SEMUA GURU

8.2 Perkhemahan Jamboree Pengakap

Perkhemahan tahunan ini akan diadakan di Johor pada 8 hingga 11 November 2013.

Tindakan: GURU PENASIHAT PENGAKAP

8.3 Perkhemahan Badan Beruniform SKGN 2013

Aktiviti dan program yang dirancang berjaya dijalankan dengan baik kerana cuaca sepanjang

perkhemahan juga baik.

Tindakan: SEMUA GURU

8.4 Cadangan Pemakaian Pakaian Beruniform

Guru Besar mencadangkan pemakaian pakaian beruniform pada tahun hadapan. Pemantauan

hendaklah sentiasa dijalankan terutama pada hari Rabu. Wujudkan juga baju Tshirt sebagai

baju uniform kedua.

Tindakan: SEMUA GURU

Page 5: Minit Mesyuarat Kokurikulum Kali Ke 4 NEW

9.0 LAPORAN PENYELARAS KELAB DAN PERSATUAN

9.1 Waktu Yang Sesuai

Guru penyelaras mencadangkan agar masa bagi menjalankan aktiviti kokurikulum terutama

untuk kelab dan persatuan dikaji semula agar bersesuai dengan waktu murid.

Tindakan: UNIT KOKURIKULUM

9.2 Agihan Murid Mengikut Kelab dan Persatuan

Guru penyelaras juga mencadangkan agar murid diagihkan kepada kelab dan persatuan

dengan baik dan saksama.

Tindakan: UNIT KOKURIKULUM

10.0 TAKWIM SUKAN 2014

10.1 Takwim Unit Kokurikulum 2014

Takwim bagi aktiviti-aktiviti kokurikulum tahun 2014 telah siap disusun oleh GPK KO dan

dapat dikongsikan bersama guru-guru bagi pelaksanaan pada tahun hadapan.

Tindakan: SEMUA GURU

10.2 Perpindahan Bilik Setor Sukan

GPK KO telah memaklumkan pemindahan bilik setor sukan yang lama ke bilik setor sukan

yang baru iaitu bersebelahan Pra Sekolah.

Tindakan: SEMUA GURU

11.0 LADAP PAJSK 2014

11.1 Bahan Disediakan

GPK KO memaklumkan bahawa bahan untuk PAJSK 2014 telah dimuatnaik ke dalam web

sekolah dan guru boleh memuatturun untuk rujukan lanjut.

Tindakan: SEMUA GURU

11.2 Pengetahuan Guru Tentang PAJSK

GPK KO mengingatkan kepada guru supaya memberi perhatian dan mengetahui lebih lanjut

mengenai PAJSK.

Tindakan: SEMUA GURU

Page 6: Minit Mesyuarat Kokurikulum Kali Ke 4 NEW

12.0 HAL-HAL LAIN

12.1 Data Kokurikulum 2013

GPK Pentadbiran mengingatkan guru kelab dan persatuan dan badan beruniform agar

mengisi maklumat data kokurikulum 2013.

Tindakan: GURU KELAB DAN PERSATUAN DAN BADAN BERUNIFORM

12.2 Kertas Kerja Tuntutan

GPK Pentadbiran juga memaklumkan bahawa perlu ada kertas kerja tuntutan bagi tujuan

pengauditan perbelanjaan.

Tindakan: SEMUA GURU

12.3 Laporan Panitia

GPK Pentadbiran memaklumkan untuk tahun hadapan, laporan panitia perlu disediakan

dalam dua salinan iaitu untuk fail panitia dan untuk GPK Pentadbiran. Namun, untuk tahun

ini, hanya memerlukan satu laporan sahaja.

Tindakan: SEMUA GURU

12.4 Pemantauan Guru Besar Dari JPN Perlis

Guru Besar memaklumkan telah dipantau oleh dua orang pegawai dari JPN Perlis.

Tindakan: GURU BESAR

12.5 Jamuan Akhir Tahun Guru dan Staf SKGN 2013

Puan Jamalul memaklumkan jamuan akhir tahun akan diadakan pada 13 November 2013 jam

8 malam di Putra Palace. Tema adalah bebas.

Tindakan: SEMUA GURU

12.6 Sistem PBS Tidak Begitu Stabil Buat Waktu Ini

Puan Azizah memaklumkan sistem atas talian bagi pengisian PBS untuk waktu ini adalah

tidak memuaskan. Sistem ini ditutup buat sementara waktu pada 1 Disember 2013.

Tindakan: SEMUA GURU

13.0 PENUTUP

13.1 Ucapan Terima Kasih

Guru Besar mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Unit Kokurikulum kerana berjaya

melaksanakan mesyuarat sebanyak 4 kali setahun.

Tindakan: SEMUA GURU

Page 7: Minit Mesyuarat Kokurikulum Kali Ke 4 NEW

13.2 Memohon Kemaafan

Guru Besar juga memohon kemaafan andai tersalah bicara sepanjang pengendalian sesi

mesyuarat kali ini.

Tindakan: SEMUA GURU

Mesyuarat ditangguh : 4.30 petang.

................................................ Minit dicatat oleh:

Disediakan oleh Rohisyam bin Abidin

Setiausaha Kokurikulum Setiausaha Kokurikulum

Sekolah Kebangsaan Guar Nangka Sekolah Kebangsaan Guar

Nangka

Tarikh: 1 November 2013