minit mesyuarat ajk persatuan sains & math 2015

3
SEKOLAH KEBANGSAAN LABU BESAR 09010 KULIM KEDAH DARUL AMAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PERSATUAN SAINS DAN MATEMATIK 2015 Tarikh : 14 Mei 2015 Hari : Khamis Masa : 2.00 petang Kehadiran : 1. Pn. Shafinaz bt Saad 2. Pn. Masita bt Ismail 1. Ucapan aluan daripada ketua guru penasihat Guru penasihat mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kerana sudi hadir ke Mesyuarat Persatuan Sains dan Matematik bagi kali kedua. Mesyuarat ini bertujuan untuk memaklumkan kepada AJK berkaitan aktiviti yang akan dijalankan. AJK yang telah dilantik akan bertanggungjawab bagi melaksanakan serta menjayakan aktiviti tersebut yang akan diadakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan dalam perancangan tahunan. Tindakan dan makluman : Semua ahli 2. Pelaksanaan dan Penglibatan Murid 1

Upload: shafinaz-saad

Post on 07-Dec-2015

585 views

Category:

Documents


60 download

DESCRIPTION

Minit Mesyuarat AJK Persatuan Sains & Math 2015

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Mesyuarat AJK Persatuan Sains & Math 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN LABU BESAR

09010 KULIM

KEDAH DARUL AMAN

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PERSATUAN SAINS DAN

MATEMATIK 2015

Tarikh : 14 Mei 2015

Hari : Khamis

Masa : 2.00 petang

Kehadiran :

1. Pn. Shafinaz bt Saad

2. Pn. Masita bt Ismail

1. Ucapan aluan daripada ketua guru penasihat

Guru penasihat mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kerana sudi hadir

ke Mesyuarat Persatuan Sains dan Matematik bagi kali kedua. Mesyuarat ini

bertujuan untuk memaklumkan kepada AJK berkaitan aktiviti yang akan

dijalankan.

AJK yang telah dilantik akan bertanggungjawab bagi melaksanakan serta

menjayakan aktiviti tersebut yang akan diadakan mengikut tarikh yang telah

ditetapkan dalam perancangan tahunan.

Tindakan dan makluman : Semua ahli

2. Pelaksanaan dan Penglibatan Murid

Guru penasihat sangat berpuas hati dengan kadar penglibatan ahli yang tinggi

dalam semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan.Peranan yang telah

dimainkan oleh AJK yang dilantik amatlah baik dalam semua aktiviti yang telah

dijalankan.

Tindakan dan makluman : Semua ahli

1

Page 2: Minit Mesyuarat AJK Persatuan Sains & Math 2015

3. Matlamat dan Objektif Persatuan Sains dan Matematik

Kelab dan persatuan ditubuhkan berdasarkan kepada mata pelajaran yang diajar

di sekolah. Ahli kelab dan persatuan yang berasaskan mata pelajaran lebih

menekankan pada aspek memantapkan lagi pembelajaran formal dalam

kurikulum.

Matlamat :

Memupuk keyakinan pada diri sendiri.

Menggalakkan dan mendidik murid agar berdikari dan membuat

keputusan sendiri dalam sesuatu keadaan.

Melahirkan murid yang boleh memimlin sesuatu aktiviti dan persatuan.

Mencungkil bakat dan kemahiran murid dalam beberapa bidang.

Menarik minat murid terhadap mata pelajaran yang diajar di sekolah.

Objektif :

Persatuan Sains dan Matematik ditubuhkan bertujuan untuk menyedarkan

murid tentang kepentingan sains dan matematik dalam kehidupan

seharian, menarik minat murid terhadap sains dan matematik serta

bagaimana untuk mengaplikasikan sains dan matematik dalam kehidupan

harian.

4. Ucapan penangguhan

Pn. Shafinaz mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua AJK Persatuan

Sains dan Matematik diatas kejayaan menjalankan program yang dirancang

dengan baik.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

................................... .....................................

MUHAMMAD AIQIL IRFAN B ISMADI SHAFINAZ BT SAAD

Setiausaha Guru Penasihat

(Persatuan Sains dan Matematik) (Persatuan Sains dan Matematik)

2

Page 3: Minit Mesyuarat AJK Persatuan Sains & Math 2015

3