minit mesy pjk pertama 2012

Upload: cikguazura

Post on 05-Apr-2018

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Minit Mesy PJK Pertama 2012

    1/4

    SPSK PK 07/3

    MINIT MESYUARAT PANITIA PJK PERTAMA BIL 1 TAHUN 2012

    Tarikh : 3 JANUARI 2012

    Masa : 10.30 Pagi 12.00 Tgh

    Tempat : Bilik Mesyuarat

    Pengerusi : Pn. Fara Azura Mazli Binti Md Razalli

    Kehadiran(Bilangan) : 8 Orang

    Nama Yang Hadir : Pn. Fara Azura Mazli Binti Md RazalliDr. Ong Swee Ling En. Mohd Azuad Bin Yahya (Pencatat minit)Pn. Nik Noraini Binti Abdul Rahman

    En. Shuhily Bin SuamiPn. Hairulani Zawati Binti SaharomPn. Haniza Bte YahyaCik Te See Yin

    Nama Yang Tidak Hadir : En. Abu Sareh Bin Haron (Bersebab)

    Pn. Nurol Aida binti Md Yusoff (Bersebab)CIk Chow Wai Koon (Bersebab)En. Mohamed Sulor Bin Mohd Hashim (Bersebab)Cik Nur Fazilah Binti Sayuti (Bersebab)En. Mohd Razali Bin Abdul Rahman (Bersebab)Pn. Eng Phaik Leng (Bersebab)

    Pn. Lau Suet Lai (Bersebab)

    Turut Hadir (Jika ada) : Pn. Hajah Zaharah Bte IshakPn. Myrna Jean Campen

    1 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

    1.1 Pn. Fara Azura Mazli selaku Ketua Panitia PJPK baharu yang menggantikan Dr. Ong Swee Ling,mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir mesyuarat panitia yang pertama bagitahun 2012.

    Tindakan: Makluman kepada semua Guru

    1.2 Pengerusi memperkenalkan barisan pentadbiran tertinggi Jabatan Pelajaran Selangor yang terdiridaripada:

    No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan

    02 01 NOVEMBER 2011 00

    Hak Cipta [email protected]

    SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN USJ12,SUBANG JAYA

    SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

  • 7/31/2019 Minit Mesy PJK Pertama 2012

    2/4

    1.4.1 Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia: YB Dato Abdul Ghafar Mahmud1.4.2 Pengarah Pelajaran Negeri Selangor : Tn. Abdullah Bin Mad Yunus1.4.3 Tmbalan Pengarah Pelajaran Negeri Selangor: Tn. Hj Mahmud B Kari1.4.4 Pengarah Pegawai daerah Petaling Pedana : Pn. Hj Foziah bt Buang

    Tindakan: Makluman kepada semua Guru

    1.3 Pengerusi mengingatkan semula kepada para guru mengenai visi dan misi sekolah

    1.3.1 Visi Sekolah: Sekolah Unggul Penjaga Generasi Terbilang1.3.2 Misi Sekolah : Membangun Potensi Individu Melalui Pendididkan BerkualitiTindakan: Makluman kepada semua Guru

    1.4 Perihal dan Status Sekolah1.4.1 Pengerusi menerangkan bawah pihak pentadbir sekolah menggesa agar semua guru

    terlibat untuk meningkatkan status sekolah kearah SKK dan SPSK ISO 1900 versi2008.

    1.4.2 Berikut pula bilangan guru, staf dan pelajar terkini bagi tahun 2012.Guru : 119 orangStaf : 7 + 3 orangPelajar : 2333 orang

    Tindakan: Makluman kepada semua Guru

    2 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS

    - Tiada

    3 PERKARA BERBANGKIT

    - Tiada

    4 AGENDA

    4.1 Pelantikan Setiausaha dan PenyelarasSemua ahli sebulat suara melantik En.Azuad Bin Yahya selaku Setiausaha Panitia PJK,penyelaras SEGAK sesi pagi Cik. Nurfazilah binti Sayuti dan penyelaras SEGAK sesi petang ialahPn. Hairulani Zawati Binti Saharom.

    Tindakan: En. Mohd Azuad, Cik Nurfazilah dan Pn. Hairulani

    4.2 Buku Rekod Mengajar4.2.1 Penghantaran buku rekod mengajar perlu dihantar kepada Ketua Bidang

    Kemanusiaan bagi setiap minggu ke kedua.4.2.2 Setiap guru PJK dikehendaki memberi 3 objektif mengikut 3 komponen penulisan

    objektif iaitu Kognitif (pengetahuan), psikomotor (kemahiran) dan afektif (nilai)Tindakan: Semua Guru

    4.3 Ketidakhadiran Guru4.3.1 Guru yang tidak hadir ke sekolah diatas urusan mesyuarat, kursus, bercuti atau sakit

    perlu menyediakan modul P&P yang disahkan oleh Guru Kanan Mata Pelajaran dansatu salinan kepada Penolong Kanan/Penolong Kanan Petang.

    4.3.2 Guru yang menghadiri kursus atau mesyuarat perlu meyediakan minit curia yang

    perlu disahkan oleh Pengetua dan sesalinan kepada Penolong Kanan dan GuruKanan Mata Pelajaran.

    4.3.3 Guru tersebut digalakkan mengadakan latihan dalaman kepada guru-guru PJK yanglain.

    Tindakan: Semua Guru4.4 Penilaian PJK

    4.4.1 Panitia PJK memberi penekanan tentang penilaian markah adalah seperti berikut:Peperiksaan/Kerja Kursus 60%Ujian Segak 20%Sikap 20%Jumlah Keseluruhan 100%

    Tindakan: Semua Guru

    4.5 Ujian Kecergasan Fizikal (SEGAK)4.5.1 Ujian SEGAK perlu dijalankan pada dua penggal iaitu pada bulan Mac dan bulan

    Ogos

    No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan

    02 01 NOVEMBER 2011 00

    Hak Cipta [email protected]

  • 7/31/2019 Minit Mesy PJK Pertama 2012

    3/4

    4.5.2 Markah SEGAK perlu diisi di dalam fail dan perlu key in di dalam Sistem AnalisisSegak.

    4.5.3 Analisis perlu direkodkan dan diserahkan kepada Ketua Panitia.

    Tindakan: Semua Guru

    4.6 Pengurusan P&P di dalam Kelas4.6.1 Guru-guru perlu memberi kerjasama kepada Ketua Panitia untuk menyerahkan kertassoalan peperiksaan untuk disimpan didalam bank soalan.

    4.6.2 Buku latihan PJK hanya menggunakan buku latihan bersaiz kecil4.6.3 Latihan minima iaitu 5 soalan objektif dan 3 soalan subjektif.4.6.4 Guru-guru perlu mengikut Rancangan Pelajaran Tahunan yang disediakan oleh

    Ketua Panitia.4.6.5 Guruguru periu mengikut tarikh tamat sukantan pelajaran iaitu sebelum bulan

    September.Tindakan: Semua Guru

    4.7 Penekanan dalam Pekeliling4.7.1 Pekeliling Ikhtisas bil 25/1998 menekankan pelaksaan waktu P&P seperti berikut:

    Pendidikan Jasmani : 60 waktu setahun x 40 minitPendidikan Kesihatan : 24 waktu setahun x 40 minit

    4.7.2 Pekeliling Ikhtisas bil 1/1995 menekankan untuk menjaga keselamatan pelajardengan rapi semasa di dalam dan di luar bilik darjah

    Tindakan: Semua Guru4.8 Panduan dan Peraturan Semasa PJK

    4.8.1 Pelajar dan guru perlu memakai pakaian sukan yang lengkap dan dibenarkan olehpihak sekolah.

    4.8.2 Pelajar dibenarkan memakai pakaian sukan sepanjang hari mengikut jadual kelasmasing-masing.

    4.8.3 Pelajar sesi pagi digalakkan membawa sesalinan pakaian sukan yang lain bagi tujuankeselesaan pelajar. Pelajar tidak dibenarkan memakai pakaian kokurikulum.

    4.8.4 Pelajar yang tidak membawa baju sukan akan diberi amaran pertama dan seterusnyademerit 3 untuk kesalahan seterusnya.

    4.8.5 Guru PJK perlu memastikan pelajar tidak ke kantin semasa PJ untuk membeli airkecuali mengambil ais jika berlaku kecemasan.

    4.8.6 Guru PJK perlu memastikan pelajar berkumpul di tapak perhimpuanan atau dataranilmu sebelum bergerak ke padang dengan menggunakan laluan di tepi pusat sumber.

    4.8.7 Pelajar perlu berhenti bermain 10 minit awal sebelum pulang ke kelas masing-masing.

    4.8.8 Pelajar yang tidak boleh menjalankan aktivti PJ perlu mendapatkan surat daripadaibu bapa, penjaga atau doctor. Walaubagaimanapun, pelajar tersebut perlu memakaipakaian sukan yang lengkap

    4.8.9 Pelajar diwajibkan memakai kasut sekolah dan dibenarkan memakai kasut sukansemasa PJ sahaja.

    4.8.10 Guru sukan dibenarkan memakai pakaian sukan sepanjang hari persekolahan kecualipada hari Isnin iaitu pada masa perhimpunanan rasmi

    Tindakan: Semua Guru

    4.9 Pengguaan Peralatan4.9.1 Guru perlu mengisi buku pinjaman dan pemulangan peralatan4.9.2 Guru mesti mengiring pelajar untuk mengambil dan memulangkan peralatan di stor

    sukanTindakan: Semua Guru

    4.10 Penggubal soalan4.10.1 Soalan peperiksaan mesti berdasarkan JSU yang ditetapkan4.10.2 Semakan kertas peperiksaan mesti selaras dengan JSU

    4.10.3 Berikut adalah jadual penggubal soalan bagi tahun 2011

    Peperiksaan Ting 2 Ting 3 Ting 4 Ting 5

    No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan

    02 01 NOVEMBER 2011 00

    Hak Cipta [email protected]

  • 7/31/2019 Minit Mesy PJK Pertama 2012

    4/4

    P.PertengahanTahun

    Hairulani & Te Ong & Haniza Nik Noraini Chow/Fazila

    P.Akhir Tahun Fara Azura Tiada Abu Sareh Tiada

    Tindakan: Semua Guru

    5 HAL-HAL LAIN5.1 En. Shuhily mencadangkan untuk membeli 2 set alat siaraya bagi tujuan aktiviti senamrobik.5.2 Aktiviti senamrobik boleh dijalankan serentak bersama dengan kelas-kelas yang lain.5.3 Guru perlu menyediakan rancangan pengajaran harian bagi tujuan cerapan.5.4 Ketua Panitia menasihatkan kepada semua guru-guru supaya memasuki ke kelas tepat pada

    waktunya, penuh keyakinan, tidak duduk semasa mengajar, tidak memilih kasih, sentiasamemastikan kelas dalam keadaan yang terkawal dan latihan kepada pelajar perlu disemak sertadiserahkan semula kepada pelajar.

    Tindakan: Semua Guru6 PENUTUP

    6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari dengan ucapan terima kasih kepada ahli-ahli yang hadir.

    Tindakan: Semua Guru

    Disediakan oleh, Disemak Oleh,

    ................................... ..............................(EN. MOHD AZUAD BIN YAHYA) (PN. FARA AZURA RAZALLI )

    Setiausaha Pengerusi

    No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan

    02 01 NOVEMBER 2011 00

    Hak Cipta [email protected]