minit mesy kantin

5
SPSK PK 07/2 SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 11 KOTA DAMANSARA, 47810 PETALING JAYA, SELANGOR MINIT MESYUARAT KANTIN BIL. 1 TAHUN 2015 TARIKH : 3 MAC 2014 (SELASA) MASA : 12.30 TENGAH HARI TEMPAT : KANTIN SK SEKSYEN 11 KTA DAMANSARA PENGERUSI : DATIN JAYANTHI A/P DEVAN Kehadiran : 1. En. Abu Zahid : Pengusaha Kantin 2. Pn. Husna Mahirah Bt. Hasan : Ketua Unit Kantin 3. Pn. Norasyikin Bt. Abu Najar : Setiausaha 4. Pn. Fazidah Bt. Pauzul Wafir 5. Pn. Sarinah Bt. Hj. Hashim 6. Pn. Maznah Bt. Mohamed 7. Pn. Early Marinati Bt. Ismail Khalili (Setiausaha Unit HEM) 8. Pn. Azini bt Aladin @ Azhar (KWAMP Pagi) 9. Pn. Nooriyana Bt. Sulaiman (KWAMP Petang) Tidak Hadir: 1. Pn. Shamzakiah Bt. Talib (Kursus Luar) 2. Pn. Nur Faizura Bt. Mohd Zali (Cuti Bersalin) 3. Pn. Nooradha Bt. Mat Ali (Cuti Bersalin) AGENDA 1.0 Ucapan Pengerusi 2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat yang Lalu 3.0 Perkara Berbangkit 4.0 Perkara Baharu 5.0 Hal-hal lain 6.0 Ucapan Penangguhan AGENDA 1.0 Ucapan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru AJK Unit Kantin kerana dapat meluangkan masa menghadiri mesyuarat ini untuk membincangkan beberapa perkara penting mengenai hal kantin bersama pengusaha kantin En. Abu Zahid. 2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat yang Lalu 2.1 Cadangan: Pn. Fazidah Bt. Pauzul Wafir Disokong : Pn. Husna Mahirah Bt. Hasan 3.0 Perkara Berbangkit 3.1 Tiada perkara berbangkit. 4.0 Perkara Baharu No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan 01 01 DISEMBER 2010 00 Hak Cipta [email protected]

Upload: husnamahirah

Post on 30-Sep-2015

158 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

minit mesyuarat kantin

TRANSCRIPT

SPSK PK 07/2

SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 11 KOTA DAMANSARA,47810 PETALING JAYA, SELANGORMINIT MESYUARAT KANTIN BIL. 1 TAHUN 2015

TARIKH: 3 MAC 2014 (SELASA)MASA: 12.30 TENGAH HARITEMPAT: KANTIN SK SEKSYEN 11 KTA DAMANSARAPENGERUSI: DATIN JAYANTHI A/P DEVAN

Kehadiran:1. En. Abu Zahid : Pengusaha Kantin2. Pn. Husna Mahirah Bt. Hasan: Ketua Unit Kantin3. Pn. Norasyikin Bt. Abu Najar: Setiausaha4. Pn. Fazidah Bt. Pauzul Wafir5. Pn. Sarinah Bt. Hj. Hashim6. Pn. Maznah Bt. Mohamed7. Pn. Early Marinati Bt. Ismail Khalili (Setiausaha Unit HEM)8. Pn. Azini bt Aladin @ Azhar (KWAMP Pagi)9. Pn. Nooriyana Bt. Sulaiman (KWAMP Petang)

Tidak Hadir:1. Pn. Shamzakiah Bt. Talib (Kursus Luar)2. Pn. Nur Faizura Bt. Mohd Zali (Cuti Bersalin)3. Pn. Nooradha Bt. Mat Ali (Cuti Bersalin)

AGENDA1.0Ucapan Pengerusi2.0Pengesahan Minit Mesyuarat yang Lalu 3.0Perkara Berbangkit4.0Perkara Baharu 5.0Hal-hal lain6.0Ucapan Penangguhan

AGENDA1.0 Ucapan Pengerusi1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru AJK Unit Kantin kerana dapat meluangkan masa menghadiri mesyuarat ini untuk membincangkan beberapa perkara penting mengenai hal kantin bersama pengusaha kantin En. Abu Zahid.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat yang Lalu2.1 Cadangan: Pn. Fazidah Bt. Pauzul WafirDisokong : Pn. Husna Mahirah Bt. Hasan

3.0 Perkara Berbangkit3.1 Tiada perkara berbangkit.

4.0 Perkara Baharu4.1 HARGA PENJUALAN MAKANAN DAN MINUMAN DI KANTIN 4.1.1 Pengerusi memaklumkan kepada pengusaha kantin iaitu En. Abu Zahid tentang laporan yang telah diterima oleh murid-murid tentang harga makanan yang dijual di kantin kepada mereka adalah mahal dan tidak berpatutan seperti:

a) sepinggan nasi ayam (RM 2.00)b) secawan plastik milo ais (RM1.50)c) sebiji donut coklat (RM0.70)d) sebungkus kecil kentang goreng (RM1.00)

4.1.2 Selain itu, guru-guru turut memaklumkan hal yang sama iaitu mereka turut dikenakan harga yang sangat tinggi untuk sepinggan nasi putih dan sejenis lauk. Guru-guru turut bersependapat bahawa harga yang dikenakan adalah tidak berbaloi dan lebih tinggi daripada harga makanan yang dijual di luar kawasan sekolah.

4.1.3 En. Abu Zahid menjelaskan bahawa kenaikan harga kos bahan menyebabkan pengusaha terpaksa meninggikan harga jualan namun En. Abu Zahid bersedia untuk menyemak semula harga makanan tersebut kepada murid-murid sebagai contoh donut coklat yang dijual bakal dikecilkan saiz dan dijual pada harga RM0.50.

Tindakan : Pengusaha Kantin

4.2 SAMBAL NASI LEMAK YANG SUDAH BASI4.2.1Pengerusi turut melaporkan bahawa terdapat aduan daripada beberapa orang murid yang mengalami sakit perut akibat daripada makan sambal nasi lemak yang sudah basi dan tidak elok lagi. Pengerusi amat menitik beratkan tentang hal ini dan berharap supaya kejadian ini tidak berulang lagi pada masa akan datang. Pengerusi turut mengingatkan hal ini sangat serius untuk diambil tindakan segera oleh pengusaha dan pekerja kantin agar pihak seklah tidak lagi menerima laporan yang sedemikian.

4.2.2En. Zahid sedia maklum hal berkenaan dan akan mengingatkan para pekerjanya tentang hal berkenaan dan berharap kejadian sambal nasi lemak yang sudah basi ini tidak akan berulang lagi. Selain itu, para pekerja turut akan dinasihatkan berhati-hati dalam menyediakan makanan kepada murid-murid.

Tindakan : Pengusaha Kantin

4.3 PULANGAN DUIT BAKI DIGANTI DENGAN GULA-GULA4.3.1Pengerusi memaklumkan kepada pengusaha kantin iaitu En. Abu Zahid tentang laporan yang diterima oleh guru-guru petang daripada murid-murid Tahun 1, 2 & 3 berkenaan wang baki yang sepatutnya dipulangkan semula kepada mereka selepas membeli makanan namun diganti dengan gula-gula sahaja. Pengerusi meminta En. Abu Zahid memandang serius hal ini kerana perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku di dalam kawasan sekolah dan para penjual hendaklah berlaku jujur serta adil dalam menjual makanan kepada murid-murid kecil terutama daripada kalangan murid tahap 1 iaitu Tahun 1, 2 dan 3.

4.3.2En. Abu Zahid turut terkejut akan hal berkenaan dan akan menasihatkan para pekerjanya segera supaya kes tidak memulangkan baki wang sebaliknya diganti dengan gula-gula tidak akan berlaku lagi pada masa yang akan datang kepada murid-murid.

Tindakan : Pengusaha Kantin & AJK Unit Kantin

4.4 PENGGUNAAN POLISTRIN MENGGANTIKAN PINGGAN4.4.1Pengerusi turut memaklumkan bahawa Puan Guru besar meminta pengusaha kantin tidak menggunakan polistrin sebagai bahan pembungkus makanan sebaliknya menggunakan cawan dan pinggan yang sedia ada kepada murid-murid. Hal ini berkait dengan isu kesihatan dan alam sekitar kerana penggunaan polistrin yang berlebihan adalah tidak elok kepada kesihatan dan alam sekitar.

4.4.2En. Abu zahid selaku pengusaha kantin menjelaskan bahawa penggunaan polistrin adalah untuk memudahkan murid terus membuang sisa makanan ke dalam tong sampah. Namun, En Abu zahid bersedia untuk menukar penggunaan polistrin kepada cawan dan pinggan yang sedia ada berkait dengan isu kesihatan dan alam sekitar.

Tindakan : Pengusaha Kantin & AJK Unit Kantin 4.5PENJUALAN MAKANAN PROSES KEPADA MURID TAHUN 1,2 & 34.5.1Cikgu Husna Mahirah meminta pengusaha kantin dan pekerja kantin tidak menjual makanan proses semata-mata kepada murid-murid Tahun 1, 2 & 3 seperti sosej, nugget dan kentang goreng sahaja sebaliknya dipelbagaikan makanan yang berkhasiat untuk dijual kepada murid-murid Tahap 1 seperti mee sup, bihun sup, laksa, nasi goreng dan lain-lain lagi pada sesi persekolahan petang. Selaku Ketua Unit Kantin, beliau telah menerima beberapa laporan daripada guru-guru sesi petang tentang hal berkenaan dan menasihatkan kantin tidak mengutamakan penjualan makanan proses sahaja.

4.5.2En. Abu Zahid akan memaklumkan hal berkenaan kepada pekerja-pekerja kantin untuk mempelbagaikan lagi penjualan makanan yang berkhasiat kepada murid-murid dan tidak mengutamakan penjualan makanan proses sahaja. Tindakan : Pengusaha Kantin

4.6 PENJUALAN MAKANAN YANG TIDAK PELBAGAI4.6.1Pengerusi meminta En. Abu Zahid selaku pengusaha kantin mempelbagaikan penjualan makanan yang berkhasiat dan menarik kepada murid-murid sesi pagi dan petang supaya murid-murid mempunyai lebih pilihan dan tidak hanya nasi lemak dan kuih donut sahaja.

4.6.2En. Abu zahid sedia maklum tentang hal berkenaan dan akan mempelbagaikan lagi penjualan makanan seperti laksa, bihun sup dan lain-lain lagi. Tindakan : Pengusaha Kantin

4.7KEBERSIHAN KANTIN4.7.1Pengerusi memaklumkan kepada En. Abu zahid untuk meminta para pekerja kantin mengutamakan kebersihan dalam menyediakan makanan dan kebersihan di dewan makan. Ini kerana, selepas rehat sesi pertama pekerja kantin tidak membersihkan meja kantin untuk murid rehat seterusnya menggunakan kantin dan terdapat sisa-sisa makanan yang berada di atas lantai, kerusi dan meja. Selain itu, pengerusi turut memaklumkan bahawa pihak sekolah juga akan mengambil tindakan kepada murid murid seperti menasihati mereka supaya menggunakan kantin dengan baik dan tidak membuang sisa makanan.

4.7.2En.Abu zahid mengucapkan terima kasih atas keprihatinan pihak sekolah berkenaan hal kebersihan kantin dan beliau juga akan meminta para pekerjanya menitik beratkan soal kebersihan dalam menyediakan makanan serta menjaga dewan makan dengan bersih dan baik.

Tindakan : Semua Pihak

4.8PAMER TANDA HARGA MAKANAN4.8.1Pengerusi meminta pengusaha kantin menyediakan papan tanda harga makanan bagi menu yang dijual di kantin supaya murid-murid mengetahui tentang harga makanan dan minuman yang ingin dibeli oleh mereka dan tidak berlaku kekeliruan.

4.8.2En. Abu Zahid memaklumkan perkara berkenaan akan diambil tindakan segera dan memaklumkan bahawa mempamerkan tanda harga memang penting kepada pembeli.

Tindakan : Pengusaha Kantin

5.0 Hal-hal LainTiada hal-hal lain.

6.0 Ucapan PenangguhanPengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru AJK Unit Kantin dan meminta Mesyuarat Unit Kantin Bil.1 ditangguhkan pada jam 2.00 petang (Bil. 1 Tahun 2015).

Disediakan oleh:Disemak oleh:

..................................................................................................

(PN. HUSNA MAHIRAH BINTI HASAN)Ketua Unit Kantin,SK Seksyen 11 Kota Damansara(Datin Jayanthi A/P Devan)Penolong Kanan HEM,SK Seksyen 11 Kota Damansara.

Catatan:1. Minit Mesyuarat Unit Kantin bil. 1 tahun 2015 diterima pada ______________.2. Semua guru hendaklah terus mengambil tindakan terhadap kandungan minit mesyuarat.3. Minit Mesyuarat Unit Kantin bil. I tahun 2015 hendaklah dibawa semasa Mesyuarat Unit Kantin bil. 2 tahun 2015.

No. KeluaranTarikh Keluaran No. PindaanTarikh Pindaan0101 DISEMBER 201000

Hak Cipta [email protected]