minit curai mesyuarat jawatankuasa keutuhan tadbir urus bil.1-2012

4
MINIT CURAI MESYUARAT JAWATANKUASA KEUTUHAN TADBIR URUS (JKTU) BIL.1/ 2013. Tarikh : 6 Mac 2013 Masa : 2.30 petang. Tempat : Bilik Mesyuarat Permata SMK Labuan, W.P. Labuan. Pengerusi : Pn. Misterine Binti Radin. Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran W.P. Labuan. Hadir : En. Asmadi Bin Labatu mewakili Guru Besar SKK SK St. Anne W.P. Labuan. Bi l Perkara Tindakan/ Catatan 1. Ucapan Pengarah Mesyuarat jawatankuasa ini akan diadakan 2 kali setahun. Ada 7 terma yang akan dibuat penambahbaikan. Mesyuarat hari ini hanya akan menumpukan kepada terma 1 Dasar dan Perundangan. o Kad Perakam Waktu o Surat Aku Janji o Pengisytiharan Harta o Pemakaian Tanda Nama o Pemeriksaan Kesihatan Pegawai Perkhidmatan Awam. o Akta Rahsia Rasmi 1972 o Pakaian Batik Makluman semua Pengetua / Guru Besar 2. Perkara-perkara berbangkit Isu-isu 2011 yang telah dibawa ke mesyuarat peringkat KPM. o Prasarana sekolah kurang membantu dalam pelaksanaan Dasar 1M1S. Makluman semua Pengetua / Guru Besar

Upload: therese-jackson

Post on 25-Oct-2015

269 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Curai Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus Bil.1-2012

MINIT CURAIMESYUARAT JAWATANKUASA KEUTUHAN TADBIR URUS (JKTU) BIL.1/ 2013.

Tarikh : 6 Mac 2013Masa : 2.30 petang.Tempat : Bilik Mesyuarat Permata SMK Labuan, W.P. Labuan.Pengerusi : Pn. Misterine Binti Radin.

Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran W.P. Labuan.

Hadir : En. Asmadi Bin Labatu mewakili Guru Besar SKK SK St. Anne W.P. Labuan.

Bil Perkara Tindakan/Catatan

1. Ucapan Pengarah Mesyuarat jawatankuasa ini akan diadakan 2 kali setahun. Ada 7 terma yang akan dibuat penambahbaikan. Mesyuarat hari ini hanya akan menumpukan kepada terma 1

Dasar dan Perundangan.o Kad Perakam Waktuo Surat Aku Janjio Pengisytiharan Hartao Pemakaian Tanda Namao Pemeriksaan Kesihatan Pegawai Perkhidmatan Awam.o Akta Rahsia Rasmi 1972o Pakaian Batik

Makluman semua Pengetua / Guru

Besar

2. Perkara-perkara berbangkit Isu-isu 2011 yang telah dibawa ke mesyuarat peringkat KPM.

o Prasarana sekolah kurang membantu dalam pelaksanaan Dasar 1M1S.

o Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal di Sekolah Menengah Harian yang menawarkan subjek Ketukangan / Vokasional.

Makluman semua Pengetua / Guru

Besar

3. 1. Kad Perakam Waktu 6 buah sekolah masih menggunakan ‘Buku Kedatangan” . 8 buah sekolah pula menggunakan Kad Perakam Waktu”. Kelebihan buku kedatangan ialah memudahkan pentadbir

sekolah untuk mengesan staf sekolah yang belum atau tidak hadir.

Kelebihan Kad perakam waktu pula ialah tahan lama untuk

Page 2: Minit Curai Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus Bil.1-2012

tujuan simpanan. Walaubagaimanapun terdapat 5 isu kad perakam waktu.

o AKS tidak mengisi borang WP1, WP2 dan WP3.o Masa bertugas guru dan AKS yang sepatutnya tidak

ditulis.o Bagi guru dan AKS yang lewat datang, mereka hanya

menulis masa yang mereka datang tetapi tidak ditandatangan oleh ketua jabatan untuk pengesahan. (terdapat guru atau AKS yang menulis masa yang lebih awal dari masa yang mereka sampai sebenarnya).

o Kad guru atau AKS yang bertugas di luar pejabat/ kawasan tidak dapat dicatat dan kebiasaannya dibiar kosong sedangkan staf tersebut hadir bertugas rasmi.

o Memanggil pegawai yang lewat hadir lebih 3 kali sebulan, tetapi dengan syarat perkara 1 dan 4 perlu dibuat tindakan terlebih dahulu.

2. Surat Aku Janji Setiap sekolah mesti mengarahkan pegawai-pegawainya

menandatangani Surat Aku Janji setiap awal tahun. Rujuk Surat Pekeliling Perkhidmatan bil.7/2001. Pengetua/Guru Besar/PK mengetuai bacaan ikrar Surat Aku

Janji dalam mesyuarat pertama sekolah dalam tahun tersebut.

3. Pengisytiharan Harta Setiap pegawai mestilah mengisytiharkan harta :

o Mula bertugas.o Selepas/setiap 5 tahun bertugaso Bila ada pertambahan hartao Bila ada pelupusan harta

Rujuk Surat Pekeliling Perkhidmatan bil.3/2002.

4. Pemakaian Tanda Nama Setiap pegawai diwajibkan memakai tanda nama semasa

berkhidmat/berada di sekolah atau berada di JPN/jabatan lain. Rujuk Surat Pekeliling Perkhidmatan bil.8/1983. Ukuran 7.5 cm X 2.5 cm. Tulisan putih berlatarkan warna hitam. Hanya satu perkataan nama saja yang perlu ditulis. Contoh :

nama pegawai Awang Adi, pilih satu sama ada Awang atau Adi saja.

5. Pemeriksaan Kesihatan Pegawai Perkhidmatan Awam. Berumur 40 tahun dan ke atas sahaja. Tidak diwajibkan tetapi sangat digalakkan. Dibuat sebagai pesakit luar.

Page 3: Minit Curai Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus Bil.1-2012

Pegawai yang sedang dalam pemeriksaan rawatan berjadual, tidak perlu mengikuti.

Tidak dikenakan sebarang bayaran. Pegawai tidak boleh membuat tuntutan perjalanan semasa pergi

membuat rawatan. Rujuk Surat Pekeliling Perkhidmatan yang berkaitan.

6. Akta Rahsia Rasmi 1972 (Borang ‘Pink’) Setiap sekolah mesti mengarahkan pegawai-pegawainya

menandatangani borang tersebut setiap tahun/awal tahun. Borang tersebut disimpan di dalam fail peribadi masing-

masing. Semua pegawai diwajibkan mengisi borang tersebut.

7. Pakaian Batik. Mesti berlengan panjang. Rujuk Surat Pekeliling Perkhidmatan yang berkaitan.

4. Hal-hal Lain. Syarat tambahan untuk pemilihan jawatan Guru Besar atau

Pengetua mestilah lulus ‘Prospek’.dan yang terkini ialah perlu mengikuti dan mempunyai sijil NPQEL.

Pengetua/Guru Besar diminta agar dapat mengingatkan pegawai masing-masing untuk memastikan status ‘Berkahwin’ di BRP telah dikemaskinikan jika pegawai telah berkahwin. Masalah ini telah berlaku apabila seorang pegawai yang telah meninggal dunia tetapi status ‘Bujang’ di BRP nya menyebabkan masalah dan kelewatan urusan pembayaran kepada warisnya terutama isteri pegawai terbabit. Masalah tersebut juga berkaitan jika pegawai terbabit telah bercerai.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.45 petang dengan harapan akan berjumpa lagi di mesyuarat akan datang.

Minit dicatat oleh,

(ASMADI BIN LABATU)Penolong Kanan Kokurikulum SKK SK St. Anne W.P. Labuan.

Tarikh : 7 Mac 2013.