minggu pertama

2
minggu pertama PENULISAN JURNAL MINGGU PERTAMA ( 18/02/2010 22/01/2010 ) Saya memulakan sesi praktikum saya pada 18hb Januari 2010 mengikut jadual yang ditetapkan. Pada tahun ini saya telah diamanahkan untuk mengajar tahun 1 dan tahun 2. Seminggu sebelum memulakan praktikum ini, saya telah pun bersiap sedia dalam mengatur jadual dan mula merancang sesi pengajaran dan pembelajaran saya serta bahan-bahan bantu mengajar untuk pengajaran saya. Alhamdulillah, saya bersyukur kehadrat Ilahi kerana segalanya berjalan dengan lancar. Jadual waktu juga tiada masalah kerana tidak berubah sejak saya diberikan jadual ini pada awal sesi persekolahan 2 minggu yang lalu. Dua minggu sebelum bermula sesi praktikum saya, sekolah ini telah mengadakan Program Orientasi Transisi Penyayang untuk murid Tahun 1. Program ini berlarutan sehingga minggu ketiga dalam bulan Januari iaitu seminggu setelah bermulanya sesi praktikum saya. Oleh kerana saya telah diamanahkan untuk mengajar Tahun 1, pengajaran dan pembelajaran untuk Tahun 1 tidak dapat dijalankan kerana masih lagi dalam Program Orientasi Transisi Penyayang. Saya turut terlibat di dalam program ini sebagai Ahli Jawatankuasa program tersebut. Namun sesi pengajaran dan pembelajaran saya untuk Tahun 2 berjalan seperti apa yang dirancangkan mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan. Sepanjang program ini saya telah ditugaskan untuk mengendalikan beberapa aktiviti terutamanya aktiviti di dalam kelas. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah lawatan infrastruktur sekolah, aktiviti di dalam kelas, melukis serta mewarna gambar dan banyak lagi aktiviti-aktiviti lain. Disini saya dapat lihat pelbagai kerenah murid-murid tahun satu yang memasuki alam persekolahan. Murid- murid tahun satu ini juga mahir dalam aktiviti-aktiviti tersebut kerana kebanyakkan mereka telah mengikuti pengajian pra sekolah sebelum melangkah ke alam sekolah rendah. 1. MASALAH Pada minggu pertama praktikum ini, saya merasa agak kekok untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan tugas-tudas yang banyak seperti menyediakann bahan bantu mengajar, menyediakan rancangan mengajar dengan terperinci serta menyediakan portfolio serta jurnal mingguan yang perlu disediakan setiap minggu. Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar tetapi ada beberapa masalah yang saya hadapi. Sesi pertama pengajaran dan pembelajaran, saya menghadapi masalah pengurusan masa. Saya sedar sebagai seorang pendidik, masa amat penting dah harus digunakan dengan baik untuk proses pengajaran Masalah ini menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran saya berakhir lewat seperti yang dirancangkan. Kesan daripada kelewatan tersebut, masa untuk satu-satu langkah yang dirancangkan dalam buku Rancangan Pengajaran Harian saya telah berubah dan tidak menepati masa yang ditetapkan. Selain itu masalah yang saya hadapi adalah susun atur bahan bantu mengajar yang tidak tersusun dan berselerak semasa proses pengajaran dan pembelajaran serta masalah dalam ejaan jawi di dalam buku rancangan pengajaran harian yang perlu diperbaiki. 2. ANALISIS Masalah pengurusan masa berlaku kerana kelewatan murid-murid untuk hadir ke bilik j-Qaf kerana sesi pengajaran dan pembelajaran saya berlaku di sana. Ini menyebabkan semua masa untuk aktiviti didalam buku Rancangan Pengajaran Harian saya beranjak dan tidak tepat seperti apa yang dirancang. Saya perlu

Upload: sitifatimah92

Post on 14-Nov-2015

222 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

xsxxsxsxxxxa

TRANSCRIPT

minggu pertamaPENULISAN JURNALMINGGU PERTAMA ( 18/02/2010 22/01/2010 )

Saya memulakan sesi praktikum saya pada 18hb Januari 2010 mengikut jadual yang ditetapkan. Pada tahun ini saya telah diamanahkan untuk mengajar tahun 1 dan tahun 2. Seminggu sebelum memulakan praktikum ini, saya telah pun bersiap sedia dalam mengatur jadual dan mula merancang sesi pengajaran dan pembelajaran saya serta bahan-bahan bantu mengajar untuk pengajaran saya. Alhamdulillah, saya bersyukur kehadrat Ilahi kerana segalanya berjalan dengan lancar. Jadual waktu juga tiada masalah kerana tidak berubah sejak saya diberikan jadual ini pada awal sesi persekolahan 2 minggu yang lalu.Dua minggu sebelum bermula sesi praktikum saya, sekolah ini telah mengadakan Program Orientasi Transisi Penyayang untuk murid Tahun 1. Program ini berlarutan sehingga minggu ketiga dalam bulan Januari iaitu seminggu setelah bermulanya sesi praktikum saya. Oleh kerana saya telah diamanahkan untuk mengajar Tahun 1, pengajaran dan pembelajaran untuk Tahun 1 tidak dapat dijalankan kerana masih lagi dalam Program Orientasi Transisi Penyayang. Saya turut terlibat di dalam program ini sebagai Ahli Jawatankuasa program tersebut. Namun sesi pengajaran dan pembelajaran saya untuk Tahun 2 berjalan seperti apa yang dirancangkan mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan.Sepanjang program ini saya telah ditugaskan untuk mengendalikan beberapa aktiviti terutamanya aktiviti di dalam kelas. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah lawatan infrastruktur sekolah, aktiviti di dalam kelas, melukis serta mewarna gambar dan banyak lagi aktiviti-aktiviti lain. Disini saya dapat lihat pelbagai kerenah murid-murid tahun satu yang memasuki alam persekolahan. Murid-murid tahun satu ini juga mahir dalam aktiviti-aktiviti tersebut kerana kebanyakkan mereka telah mengikuti pengajian pra sekolah sebelum melangkah ke alam sekolah rendah.

1. MASALAHPada minggu pertama praktikum ini, saya merasa agak kekok untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan tugas-tudas yang banyak seperti menyediakann bahan bantu mengajar, menyediakan rancangan mengajar dengan terperinci serta menyediakan portfolio serta jurnal mingguan yang perlu disediakan setiap minggu. Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar tetapi ada beberapa masalah yang saya hadapi.Sesi pertama pengajaran dan pembelajaran, saya menghadapi masalah pengurusan masa. Saya sedar sebagai seorang pendidik, masa amat penting dah harus digunakan dengan baik untuk proses pengajaran Masalah ini menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran saya berakhir lewat seperti yang dirancangkan. Kesan daripada kelewatan tersebut, masa untuk satu-satu langkah yang dirancangkan dalam buku Rancangan Pengajaran Harian saya telah berubah dan tidak menepati masa yang ditetapkan. Selain itu masalah yang saya hadapi adalah susun atur bahan bantu mengajar yang tidak tersusun dan berselerak semasa proses pengajaran dan pembelajaran serta masalah dalam ejaan jawi di dalam buku rancangan pengajaran harian yang perlu diperbaiki.

2. ANALISISMasalah pengurusan masa berlaku kerana kelewatan murid-murid untuk hadir ke bilik j-Qaf kerana sesi pengajaran dan pembelajaran saya berlaku di sana. Ini menyebabkan semua masa untuk aktiviti didalam buku Rancangan Pengajaran Harian saya beranjak dan tidak tepat seperti apa yang dirancang. Saya perlu mengingatkan murid-murid saya tentang ketepatam masa untuk ke bilik j-Qaf sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran saya.Segala bahan bantu telah saya sediakan dan memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran saya berlaku di bilij j-Qaf ini. Semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini juga, bahan bantu mengajar saya tidak disusun dengan teratur mengikut langkah-langkah yang dirancang. Masalah ini berlaku kerana saya tidak dapat membiasakan diri untuk menggunakan bahan bantu mengajar yang banyak dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya. Saya perlu lebih bersedia agar segala bahan bantu mengajar dapat diselaenggarakan dengan baik.Selain itu masalah ejaan dalam rancangan mengajar harian saya juga akan segera saya atasi dan membuat pembetulan secepat mungkin untuk kebaikan pada masa akan datang dan memartabatkan lagi tulisan jawi untuk generasi akan datang.

3. CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI

i. Berbincang dengan rakan sejawatan supaya saya dapat sama-sama menyelesaikan masalah ini.ii. Berbincang dengan guru pembimbing untuk mendapatkan pandangan daripada beliau.iii. Mengingatkan murid untuk hadir ke bilik j-Qaf tepat pada masa yang ditetapkan.iv. Bersedia dengan lebih awal sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran saya agar bahan bantu mengajar dapat disusun dengan baik.v. Membanyakkan lagi bacaan dalam tulisan jawi agar tidak tersalah ejaan dalam menulis rancangan pengajaran harian.

4. TEMPOH MASA PENYELESAIANSaya mengaharapkan agar penyelesaian bagi masalah ini dapat diatasi pada akhir minggu ini agar saya boleh menjalani praktikum pada minggu hadapan dengan lancar dan baik.

5. TINDAKAN SUSULANSaya akan bersedia lebih awal sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku dan mengingatkan murid-murid saya agar datang ke bilik j-Qaf dengan lebih awal dan memastikan masa yang diambil untuk satu-satu aktiviti berjalan dengan tepat sepertimana yang dirancang di dalam buku Rancangan Pengajaran Harian saya.